اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku ALLAH اللهَ
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku ALLAH اللهَ
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku ALLAH اللهَ
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ ALLAH اللهَ
اللهَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
Zikirullah
HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
Zikirullah
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ) SubHaNallah
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar
100 X(حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ)HasBunaLah HuWa NekMal WaKill
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ) Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ) La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim
100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ ) La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TumMinaz Zolimin
Covid-19: Ada ke Larangan Solat Jumaat n Berjemaah
--Covid-19: Ada ke Larangan Solat Jumaat n Berjemaah
Elias Hj Idris
Penularan Coronavirus: Kesan Pada Solat
Fatwa yang dikeluarkan oleh sesetengah badan agama
berkenaan arahan mengunci mesjid serta melarang solat Jumaat dan solat berjemaah
telah menimbulkan sedikit sebanyak kekeliruan serta meninggalkan kesan mendalam
di hati sanubari umat Islam memandangkan tidak pernah sebelum ini ada fatwa
sedemikian sepanjang sejarah Islam selama lebih 1441 tahun.
Terdapat beberapa kemusykilan berkenaan fatwa ini seperti
mana berikut:
KEMUSYKILAN PERTAMA
Tiada petunjuk daripada ketiga-tiga generasi awal umat
Islam; daripada kalangan sahabat, tabi’in dan tabi’tabi’in serta mereka yang
datang sesudah mereka daripada kalangan para ulama dan fuqaha (ahli fiqah)
bahawa mereka pernah melarang solat Jumaat dan solat berjemaah apabila menular
wabak taun yang kesannya jauh lebih dahsyat dan tak terbanding dengan virus
corona.
Angka kematian dalam kes coronavirus buat masa sekarang
tidak lebih 4% daripada keseluruhan jumlah kes.
Jika dibandingkan dengan dahulu, boleh dikatakan angka ini
merupakan nisbah mereka yang selamat (yang hidup) di beberapa peristiwa wabak
taun dalam sejarah Islam dan ada kalanya nisbah kematiannya sampai tiga
perempat daripada jumlah mangsa jangkitan.
Anas bin Malik r.a. pernah kehilangan 83 orang anaknya
akibat taun. Namun, telah sabit bahawa mereka tetap mendirikan solat Jumaat dan
solat berjemaah dalam tragedi tersebut.
Dalam hal ini, prinsip agama menetapkan bahawa apa sahaja
yang tidak dilakukan oleh generasi salaf (ketika mana wujud keperluan dan tidak
apa-apa yang menghalang mereka daripada melakukannya) maka ia perlu
ditinggalkan.
Bagaimana pula sekiranya keperluan pada zaman salaf dahulu
jauh lebih dahsyat berbanding dengan zaman terkemudian. Ini menuntut supaya apa
yang tidak dilakukan oleh generasi salaf itu jauh lebih utama untuk
ditinggalkan oleh umat Islam yang datang kemudian.
KEMUSYKILAN KEDUA
Tiada pandangan daripada mana-mana fuqaha mutakaddimin
mahupun mutaakhirin – yang sekian ramai dan sekian banyak tulisan mereka – yang
menyatakan bahawa penularan taun dan wabak penyakit merupakan satu keuzuran
untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah, sedangkan peristiwa
penularan taun dan wabak penyakit telah banyak kali berlaku sehinggakan pada
zaman Kerajaan Umawiyah berlaku pada purata sekali untuk setiap empat tahun.
KEMUSYKILAN KETIGA
Perlu dibezakan antara memberi kelonggaran untuk meninggalkan
solat Jumaat dan solat berjemaah buat mereka yang khuatir atas dirinya
dijangkiti penyakit sekiranya ada sebab-sebab seperti yang ditetapkan oleh
sebahagian fuqaha, dengan perbuatan mengunci mesjid dan menghalang orang ramai
termasuk mereka yang tidak khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit.
Kelonggaran ialah bagi mereka yang khuatir atas dirinya,
bukan dengan menghalang mereka yang tidak khuatir atas dirinya.
KEMUSYKILAN KEEMPAT
Kenyataan sebahagian fuqaha bahawa kekhuatiran dijangkiti
penyakit merupakan satu keuzuran untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat
berjemaah merupakan satu kelonggaran dan bukan larangan mutlak.
Dengan kata lain, keizinan untuk mereka yang khuatir atas
dirinya dijangkiti penyakit untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah
hanyalah satu keharusan dan bukan satu kewajipan.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak khuatir atas
dirinya dijangkiti penyakit? Adalah lebih utama untuk mereka tidak meninggalkan
solat Jumaat dan solat berjemaah, apatah lagi untuk pihak lain menghalang
mereka.
KEMUSYKILAN KELIMA
Dalam hadis menyebutkan bahawa penyakit taun ialah “Rahmat
buat orang-orang beriman”. Dan ini membuatkan sebahagian sahabat seperti mana
yang sabit daripada Abu Ubaidah r.a. dan Muaz bin Jabal r.a. berdoa kepada Allah
dan meminta bahagian mereka daripadanya apabila tersebar penyakit taun di
negeri Syam yang dikenali dengan Taun Amwas.
Memandangkan ia rahmat buat orang-orang beriman maka ini
menyebabkan mereka tidak meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah.
KEMUSYKILAN KEENAM
Berkumpul orang ramai di sesebuah tempat dan bercampur
antara satu sama lain merupakan antara faktor tersebarnya wabak penyakit. Cuma
ia tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah.
Oleh yang demikian dibolehkan melakukan perbuatan-perbuatan
yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini bagi individu yang yakin dengan
Allah dan bertawakal kepada-Nya.
Dan ini maksud sabda Nabi “Tidak ada penyakit yang menular
(dengan sendirinya)” dan jawapan balas baginda tentang pertanyaan bagaimana pula
boleh berjangkit kudis daripada unta yang sakit kepada unta yang sihat apabila
unta-unta itu dicampurkan dengan bersabda “Siapakah yang telah membuatkan unta
yang pertama dijangkiti kudis (iaitu dari mana ia mendapat jangkitan)?”.
Sebagaimana telah sabit daripada perbuatan sebahagian
sahabat yang melakukan perbuatan yang berisiko tinggi dan berbahaya seperti
mana perbuatan Abdullah bin Omar r.a. makan bersama-sama orang yang berpenyakit
kusta kerana yakin dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya.
KEMUSYKILAN KETUJUH
Hadis seperti “Jangan memudaratkan dan tidak boleh membalas
kemudaratan dengan kemudaratan”, larangan orang makan bawang mendatangi mesjid
serta hadis “Jangan dicampurkan unta yang sakit dengan unta yang sihat” hanya
tepat untuk dijadikan sebagai hujah bagi menghalang orang yang terkena penyakit
daripada mendatangi solat Jumaat dan solat berjemaah.
Ia bukan hujah untuk menghalang orang yang sihat atau orang
yang tiada tanda-tanda penyakit, apatah lagi menjadikannya sebagai dalil untuk
mengunci mesjid dan melarang orang ramai daripada solat di dalamnya.
KEMUSYKILAN KELAPAN
Terdapat dalam hadis “Jangan dicampurkan unta yang sakit
dengan unta yang sihat” sebagai larangan atas orang yang sakit bercampur-gaul
dengan orang yang sihat kerana ia adalah di antara sebab yang boleh
mendatangkan mudarat ke atas orang yang sihat serta mengganggunya.
Hadis ini sama sekali bukan bermakna melarang orang yang
sihat daripada bercampur gaul dengan orang yang sakit.
Oleh yang demikian jika orang yang sihat mahu
bercampur-gaul dengan orang yang sakit atas dasar yakin dengan Allah dan
bertawakal kepada-Nya maka dia tidak boleh dihalang, dan tiada petunjuk dalam
hadis ini yang melarangnya.
KEMUSYKILAN KESEMBILAN
Wabak ialah sebahagian daripada penyakit yang ada manakala
mendapatkan rawatan untuk penyakit bukanlah suatu yang wajib di sisi majoriti
para sahabat dan ulama.
Oleh itu maka dibolehkan untuk tidak mendapatkan rawatan
atas dasar yakin kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya memandangkan sebab-sebab kesembuhan bukan dengan cara
berubat. Malah berdoa, meruqyah dan amalan soleh jauh lebih bermanfaat
daripadanya.
Ibnu Taimiyyah menjelaskan “Berubat bukanlah suatu yang
wajib. Dan barang siapa mempertikaikannya nescaya aku akan berhujah atasnya
dengan as-Sunah... Aku tidak tahu sesiapa daripada kalangan salaf yang
mewajibkan berubat.”
Adapun hadis “Berubatlah wahai hamba Allah” menjurus kepada
hukum harus atau anjuran, dan bukan wajib.
Sekiranya telah jelas bahawa berubat bukan sesuatu yang
wajib atas orang yang sakit atau orang yang terkena penyakit, maka tidak
mewajibkan atas orang yang sihat menghindari orang yang sakit atas dasar yakin
dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya lebih utama, apatah lagi bercampur-gaul
dengan orang yang sihat yang tidak nampak padanya sebarang tanda-tanda
penyakit.
KEMUSYKILAN KESEPULUH
Tidak diketahui dalam sejarah Islam bahawa mesjid pernah
dikunci dan orang ramai dilarang daripada solat di dalamnya.
Oleh itu perkara ini tidak boleh diambil mudah, malah ia
merupakan isu besar dan cukup sensitif.
KEMUSYKILAN KESEBELAS
Berhimpunnya orang-orang Islam dalam mesjid dan berkumpul
mereka di dalamnya merupakan antara sebab-sebab utama bala bencana diangkat, lebih-lebih
lagi setelah diketahui bahawa antara hikmah di sebalik Allah mendatangkan taun
dan wabak penyakit ialah supaya manusia kembali kepada Tuhan dan bertaubat
kepada-Nya.
Adapun mesjid, ia merupakan tempat untuk orang Islam solat,
bertaubat dan berdoa meminta supaya dihilangkan bala bencana di samping
memperoleh keberkatan berkumpul mengerjakan ketaatan.
Oleh itu berkumpulnya orang-orang Islam untuk solat dan
berdoa merupakan antara sebab utama mendapat kesembuhan serta dihilangkan
mudarat.
Atas sebab ini disyariatkan umat Islam berkumpul apabila
berlaku suatu yang menggemparkan dengan disyariatkan solat gerhana secara
berjemaah, solat istisqaa apabila berlaku kemarau dan musim kering manakala
sebahagian pendapat menyatakan bahawa disyariatkan solat sunat secara berjemaah
apabila berlaku gempa bumi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Abbas dalam
satu riwayat.
Adapun dalam solat Hari Raya, Nabi memerintahkan supaya
kaum muslimin di sesebuah tempat berkumpul dan mengerjakannya secara berjemaah
manakala perempuan yang haid turut diperintahkan hadir agar dapat “Menyaksikan
kebaikan dan dakwah kaum Muslimin.”
KEMUSYKILAN KEDUA BELAS
Perlu dibezakan antara ‘pencegahan dalam solat Jumaat dan
solat berjemaah’ dengan ‘pencegahan daripadanya’.
Pencegahan dalam solat Jumaat dan solat berjemaah tiada
masalah, seperti mewajibkan orang ramai memakai penutup mulut dan hidung (face
mask), membasuh tangan sebelum masuk mesjid dan seumpamanya.
Namun melarang mereka daripada solat Jumaat dan solat
berjemaah serta mengunci mesjid, ia merupakan ‘pencegahan daripadanya’.
KEMUSYKILAN KETIGA BELAS
Mengiaskan antara mesjid dengan pasar sebagai tempat
tersebarnya wabak penyakit kerana orang ramai berkumpul di dalamnya merupakan
seburuk-buruk kias.
Ini kerana ia menyamakan antara tempat yang paling dicintai
Allah (mesjid) dengan tempat yang paling dibencinya (pasar), tempat turunnya
rahmat dengan tempat turunnya azab, tempat ketaatan dengan tempat kemaksiatan
dan tempat berhimpun malaikat dengan tempat berhimpunnya syaitan!
Demikian sebahagian kemusykilan yang perlu dihuraikan oleh
badan-badan berkenaan bagi meleraikan persoalan-persoalan yang timbul agar
kesudahannya mereka yang sesat akan sesat berdasarkan keterangan dan penjelasan
(yang telah diberikan) manakala mereka yang selamat akan selamat berdasarkan
keterangan dan penjelasan (yang telah diberikan).
Wallahualam.
Catatan: Terjemahan dengan sedikit olahan daripada tulisan
Faisal bin Qazzar al-Jasim, Kuwait.
Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Rejab 1441H / 16 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman------------------------------------------------ok
Covid-19: Ada ke Larangan Solat Jumaat n Berjemaah
.............................................................
..........................RedzWang........................................ |
Zikrullah Penawar D'Hati #### 005 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔
No comments:
Post a Comment