اللّهُ

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اللّهُ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللّهُ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللّهُ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللّهُ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ



اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ


آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
..............................................................................................................................
Terjadinya murtad
'KEMBANG TAK JADI...'

Hirsi Ali, seorang murtad dari Somalia telah dijadikan penghias muka depan di sebuah majalah Islam. Penulis jahatnya, Stora Jubo menyiarkan temubual berkait dengan kemurtadan gadis tersebut. Penulis yang sama juga sebelumnya menuduh ulama sebagai merapu. Dia juga turut menyokong saranan agar ibu tunggal dibolehkan melacur dalam keadaan terdesak! Anehnya, pihak berkuasa membiarkan sahaja ‘Abdullah Ubai’ Stora Jubo ini daripada terus-terusan mengelirukan orang ramai mengenai Islam.
----------------------------------------------------ok
Moga Bermanfaat
..............................................................................................
................................................RedzWang..................................................
Banyakkan Zikrullah Penawar Hati #### 006 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔
والله أعلم بالـصـواب


آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
.........................................................................................................
Terjadinya murtad
'KEMBANG TAK JADI...'
Gejala murtad telah heboh diperkatakan oleh Mufti Negeri
Perak. Pada tahun 2006 sahaja sudah terdapat 250,000 si murtad dari kalangan
orang Melayu. Malah apa yang disuarakan itu langsung tidak mendapat apa-apa
reaksi daripada pihak berkuasa. Kerajaan pun turut mendiamkan diri seolah-olah
merestui tindakan murtad oleh sebilangan masyarakat Melayu. Berikut ini petikan
daripada muka surat 623-617 novel di atas.
GEJALA murtad telah menjadi begitu serius. Ia berkait
dengan aqidah umat Islam dan musibah ini memang dirancang dan dibiayai oleh
musuh Islam di dalam dan luar negara yang menyamar sebagai aktivis hak asasi
manusia.
Kemudian Majlis Bukan Islam pernah menghantar memorandum
kepada Majlis Loyar Buruk menuntut agar orang Islam diberi hak murtad tanpa
permohonan dibuat kepada mahkamah syariah. Mereka mahu supaya kes murtad tidak
dikendalikan oleh mahkamah yang menaungi orang-orang Islam itu.
Terbaru sebuah Majlis Antara Agama (IFC) pula mahu
ditubuhkan dengan tujuan untuk menukar ajaran mana-mana agama yang menyekat hak
asasi manusia termasuk dalam kes murtad. Mereka sendiri yang akan memproses
permohonan seseorang Islam yang mahu murtad.
Alasannya, norma-norma antarabangsa tidak membezakan di
antara orang Islam dan bukan Islam. Jadi bagi seseorang Islam norma kehidupan
mereka bukan lagi atas nama Islam, tetapi berlandaskan norma ciptaan manusia.
Setiap ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa mesti
dihapuskan. Ini bermakna Allah swt akan terpaksa tunduk kepada kehendak norma
antarabangsa!
Jadi mereka mahu status seseorang Islam itu bukan
ditentukan oleh Tuhan lagi. Orang Islam bebas untuk murtad dengan kehendak
masyarakat antarabangsa. Firman Allah swt dalam surah an-Nahl: 106;
‘Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka
baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan
kufur), sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang
terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah,
dan mereka pula beroleh azab yang besar.’
Dalam tuntutan Majlis Antara Agama (IFC) itu bukan setakat
memudahkan orang Islam untuk keluar dari agamanya, tetapi agama lain juga bebas
didakwahkan kepada orang-orang Islam. Jadi, dengan itu perkara murtad sudah
jadi perkara biasa. Mereka mahu menafikan sekatan yang ada pada Artikel 11(5)
dalam perlembagaan negara.
“Mereka mahu seseorang Islam yang ingin murtad cukup
sekadar kemukakan permohonan kepada mereka, iaitu orang-orang bukan Islam ini
dan diluluskan,” jelas Sariah sambil menolak ke tepi peta-peta laluan lebuh
raya yang dicadangkan.
“Ni la yang dikatakan campur tangan pihak-pihak yang tidak
berkenaan,” tegas Dr. Heikal sambil bertenggek di birai meja Sariah. Dari jauh
dia memerhatikan nun di seberang sana jalan pada kereta yang berduyun-duyun
menuju destinasi. “Jabatan pendaftaran sudah tiada kuasa menolak permohonan
menukar nama kepada bukan Islam. Jika tidak ia dianggap menjejaskan keharmonian
dan menyekat kebebasan beragama!”
“Kalau ditolak, ia boleh diheretkan ke mahkamah pula sebab
tidak menghiraukan keputusan Majlis Antara Agama,” tingkah Rizal sambil menarik
kerusi di sebelah Dr. Heikal.
“So, jelas la bahawa majlis ni sebuah suruhanjaya yang
anti-Islam,” sahut Sariah pula sambil memerhatikan Rizal yang mendongak
memerhatikan Dr. Heikal.
“Presiden kata penubuhan suruhanjaya tu ditangguhkan,”
jelas Dr. Heikal lalu bangun menuju jendela. “Ini memberi implikasi bahawa
beliau akan berikan kebenarannya.”
“Hahh... tunggu bila nak dekat pilihanraya,” tingkah Rizal
sambil mendepangkan tangannya. “Apa saja yang dituntut orang pasti ditunaikan.”
“Ya la... sebab orang yang menyokong penubuhannya pun
datang dari kalangan jemaah eksekutif MelayDeutro juga. Jemaah eksekutif yang
ada terlalu banyak duit tu...,” Dr. Heikal menepuk-nepuk bahu Rizal sambil
tertawa. “Permit teksi pun semua disapunya....”
Campur tangan seperti ini amat berbahaya. Sedangkan segala
yang berkaitan dengan Islam mesti ditangani oleh mereka yang arif dan
berkelayakan sahaja. Itu sebab maka mahkamah syariah diadakan.
“Ini jugalah yang diperjuangkan oleh Ladies In Islam tu
kan!” Sariah teragak-agak.
“Hahh... yang ni kena tanya Dr. Heikal sebab wifenya dah
terkena minyak guna-guna mereka kat dalamnya,” sindir Rizal pula sambil
menjeling temannya itu. “Dia dah jadi geng baik dengan Surinah, Sylvia Youseff,
Marianne dan anak Presiden sekarang tu juga.”
Dr. Heikal menggeleng. “Kes dah dibawa ke mahkamah
syariah.”
“Nak buat apa?” Rizal terperanjat.
“Err... dia nak tuntut cerai,” sahut Dr. Heikal sambil
menarif nafas panjang. “Kesian Amiera, anak aku tu.”
Sariah dan Rizal berpandangan.
“Masih sekolah lagi kan!” Sariah bersuara.
“Setakat ni, mak dia masih hantar ke sekolah agama
kendalian Ustaz Syahir tu,” sahut Dr. Heikal lalu pergi ke coffee master di
tepi dinding.
“Err... you nak ke? Biar saya ambilkan,” Sariah menawarkan
diri.
“Boleh juga,” sahut lelaki bujang itu pula.
Perbualan mereka termati di situ apabila kemudiannya Sariah
menerima panggilan daripada setiausaha peribadi Dato’ Tamrin. Ada perkembangan
terbaru berkait dengan Tiang Longgar Bhd.
“Kenapa? Dah berjaya!” Dr. Heikal tidak sabar.
Sariah mengangguk. “Err... Dato’ Tamrin nak jumpa. Mungkin
ada berita baik sebab kita sedang tunggu jawapannya saja.
“Ooo... tahniah,” seru Dr. Heikal. “Kita akan ada sebuah
rangkaian pasaraya lepas ni nanti.”
“Dan tak lama lagi cik abang kita ni kena tolong kat sana.”
“Siapa? Myself...,” Rizal kehairanan.
“Elok sangat la tu...,” tingkah Dr. Heikal dengan wajah
gembira. “Kau jaga pasaraya pula. Jangan dok berkait dah dengan orang politik,
terutama yang jadi dubuk lapar tu.”
“Tapi err....”
Dr. Heikal merenungnya. “Aku mau kau tolong Sariah. Okey!”

Novel: 'KEMBANG TAK JADI...'
Elias Hj Idris
Kisah murtad ini masih menjadi topik utama dalam pembicaraan
novel 'Kembang Tak Jadi...'. Berikut ini adalah petikan daripada muka surat
391-393 tentang sikap biadab mereka yang murtad terhadap tuan yang empunya
dunia.
PEMIMPIN-pemimpin MelayDeutro hanya akan sibuk apabila ramai
orang masuk pertubuhan Islam. Sebabnya, mereka khuatir Amerika akan
marah! Mereka bimbang bangsa lain akan terasa hati kerana rakyat negara ini
majmuk. Jadi, apabila orang-orang MelayDeutro mahu masuk agama lain, iaitu
murtad biarkan!
Sedangkan mereka lupa, tujuannya Allah swt menjadikan dunia
ini bagi membolehkan makhluk berabdi kepada-Nya. Orang-orang yang murtad
bererti melawan tuan empunya dunia. Sedangkan seseorang pelawat biarpun
Presiden mana-mana negara besar sekalipun yang melawat ke sesebuah negeri mesti
patuh kepada peraturan dan undang-undang negeri tersebut.
Inikan pula manusia, makhluk yang lemah boleh murtad dan
melawan Allah swt pula. Dia melawan fitrah kejadiannya sendiri. Sedangkan
murtad, ibarat melawan ketua dan dia mesti dihukum menurut ketetapan fuqaha.
Kalau tidak, dia kena buat sebuah dunia lain. Jangan duduk di atas bumi Allah
dan menumpang segala infra-struktur yang disediakan untuk kehidupan manusia
lain.
“Itulah, mentaliti murtad adalah orang yang tidak tahu
malu!” tingkah Rizal pula ikut bersimpati dengan keadaan sekolah yang tidak
bermaya itu. Bantuannya telah ditarik balik kerana menjadi sarang pengganas,
kononnya.
Jadi, Allah swt mengurniakan institusi kenabian bagi
membolehkan manusia mendapat taufiq dan hidayah. Manusia disuruh solat dan di
dalamnya ada menyebut, ‘ihdinassirotolmustaqiim’ - iaitu jalan yang betul,
jalan lurus.
“Manusia dilengkapkan dengan nafsu,” kata Dr. Heikal sambil
memandu keretanya dengan ditemani Rizal. Mereka masih dalam perjalanan menuju
ke pekan Banting. Mereka mahu melihat jembatan yang melintasi Pulau Carey yang
sedang dibina sebagai sebahagian daripada laluan lebuhraya pesisir pantai yang
sedang diura-urakan. Laluan itu nanti akan terus menghubungkan kawasan
pembangunan anjung selatan negeri yang diiktirafkan maju itu. “Ada nafsu amarah
yang menarik ke arah kejahatan dan nafsu mutmainnah yang mendorong kita menjadi
baik.”
“Memang la... itupun dah termasuk dalam rukun, kan!” kata
Rizal.
“Untuk menentukan nafsu jadi baik atau jahat sebenarnya
tidak ada kuasa manusia. Ia hanya dapat dilakukan melalui ajaran para nabi,
" kata Dr. Heikal lagi yang masih memandu perlahan keretanya. “Bukan para
pemimpin yang diharap menentukannya.”
Para pemimpin pun tidak boleh menunjukkan jalannya sebab
ramai di antara mereka yang menyeleweng. Bagaimana bekas Presiden Marcos di
Filipina atau bekas Presiden Suharto di Indonesia menyeleweng. Presiden Clinton
atau Presiden Bush pun menyeleweng. Malah paderi boleh terlibat dengan skandal.
Lantaran orang-orang murtad ini memperlekeh nikmat kenabian dan ‘ketuanan’
Allah Taala.
Pemikiran sekular akan lebih mudah terdorong kepada murtad,
bukan kepada iman. Selagi pemerintahan masih berpaksikan sekular, mustahil
untuk mereka membendung gejala murtad. Samalah halnya dengan menyerahkan lembu
untuk dijaga oleh seekor harimau! Sedangkan pemimpin MelayDeutro yang ada asyik
memutarkan skru (iman) ke arah melonggarkannya. Dan banyak pula di antara
skrunya yang telah pun tercabut!

Penyu: Tidak punya perhitungan apa-apa?
Kisah yang membawa kepada terjadinya murtad bermula apabila
tidak solat. Teman mengambil berat dalam soal-soal sebegini kerana kepentingan
solat dalam kehidupan beragama. Cuba ikuti petikan dari muka surat 619-623
novel 'Kembang Tak Jadi' terhadap seorang anak pensyarah kanan di UM yang
menjadi Hindu.
“Actually, I dah terlanjur dengannya,” jelas gadis anak
pensyarah itu sambil tunduk. “I dah rosak....”
Dr. Heikal menarik nafas panjang. Dia mula mengerti. Maka
tidak salah daripada kajian yang dibuat mendapati kebanyakan kes lain juga
berpunca daripada angkara zina. Apatah pula seks bebas begitu menular dalam
masyarkat hari ini. Semuanya berpunca daripada tiada didikan agama. Kalau ada
pun agama itu secara sistematik diperkecilkan peranannya.
Seterusnya, apabila mereka mengulangi zina, ia akan tiba ke
suatu peringkat di mana keasyikannya melampaui alam lamunan. Ia menjadi ketagih
dan rasa asyik itu terus dibuai oleh syaitan terlaknat. Bagi mereka pasangannya
itu adalah segala-galanya. Mereka baru menemui cinta sejati! Mereka akan
menolak segala yang menjadi penghalang, termasuk agama.
‘... buang emak, buang saudara’
kerana asyik aku turutkan
persetankan saja agama turunan!
Apabila semuanya dirasakan manis belaka serta dengan iman
senipis kulit bawang, apa lagi yang dapat diharapkan? Agama sudah dikira tidak
penting dan boleh ditolak sahaja ke tepi. Akhirnya, mereka pun bernikah dengan
mengikut agama pasangannya.
Di sini, pihak berkuasa agama tidak berbuat apa-apa. Para
muftinya tidak bersuara, sebab dalam banyak kes melibatkan campurtangan
politik. Ada permainan tarik tali, sedangkan pemimpin yang ada terlalu lemah
untuk bertelagah dan berhujah. Mereka bimbang timbul polemik yang bakal
menjejaskan populariti. Dan demi mengekalkan status quo dan terus berada di
tampuk kuasa, maka pemimpin parti kebangsaan MelayDeutro terpaksa beralah dan
tutup mata.
“Itu sebab agama kita menetapkan rotan seratus kali bagi
yang belum bernikah dan direjam sampai mati bagi yang pernah berumahtangga,”
jelas Dr. Heikal sambil menggeleng. “Sebab kerosakannya itu... tak termasuk
lagi dengan kelahiran anak luar nikah, cemburu, dendam dan pertelingkahan di
kalangan anggota keluarga.”
Rizal memerhatikan riak di wajah temannya itu. Kemudian dia
menjeling Sariah yang sedang tunduk. “Err... kata Rafiq Baba, makan luar ni
sedap.”
“Apa pula makan luar? Zina la tu,” sergah Dr. Heikal lalu
bangun. “Tengok la kes dalam novel ‘KEHILANGAN’ yang dapat anugerah ‘Novel
Terbaik’ tu. Betapa parahnya apabila isteri orang bercinta dengan suami orang
lain! Cinta bersilang....”
Sariah menoleh. “Err... betul ke?”
Rizal hanya mampu tersenyum apabila melihat gelagat Dr.
Heikal. Lelaki itu baru tersedar yang dia
menimbulkan kisah kelabu itu dengan kehadiran Sariah, seorang gadis yang
masih tidak tahu apa-apa?
“Err... saya minta maaf.” Dr. Heikal kembali tersandar di
kerusinya sambil Sariah bangun menuju ke tempatnya.
Apabila diselak lagi akan asas masalah ini timbul, ia
melibatkan pihak berkuasa juga. Hukum-hakam agama diremehkan. Agama itu dibenci
dan secara giat cuba disisihkan daripada pengetahuan umatnya sendiri. Kalau ada
mufti pun, Dr. Heikal percaya mufti di negerinya sahaja yang berani bersuara.
Ada pula mufti yang mengarut juga... yang melarang penguatkuasaan agama
daripada membenteras gejala maksiat di bilik-bilik hotel. Sedangkan mereka tidak
sedar betapa ramai anak gadis MelayDeutro yang menjadi simpanan tauke-tauke
besar di merata-rata kondominium.
Seterusnya, gerakan mengelirukan agama pun hebat juga.
Penulis-penulis upahannya berselerak dan bebas menulis di mana-mana media arus
perdana. Mereka menghina dan mempersoalkan integriti agama yang mereka sendiri
berada jauh daripadanya. Suara sumbang para orientalis diperpanjangkan ke
tengah-tengah masyarakat. Maka timbullah golongan anti hadis, Islam liberal,
Islam moden termasuk Islam sekular. Mereka ghairah bercakap mengenai Islam
mengikut acuan kepala otak mereka yang telah sedia kelabu itu.
Hirsi Ali, seorang murtad dari Somalia telah dijadikan penghias muka depan di sebuah majalah Islam. Penulis jahatnya, Stora Jubo menyiarkan temubual berkait dengan kemurtadan gadis tersebut. Penulis yang sama juga sebelumnya menuduh ulama sebagai merapu. Dia juga turut menyokong saranan agar ibu tunggal dibolehkan melacur dalam keadaan terdesak! Anehnya, pihak berkuasa membiarkan sahaja ‘Abdullah Ubai’ Stora Jubo ini daripada terus-terusan mengelirukan orang ramai mengenai Islam.
Anehnya, mereka ini bersolat pun tidak! Sebagaimana tersebut hadis
riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad bahawa; ‘Sempadan
di antara seorang muslim dengan yang kafirnya adalah solatnya.’
Menurut Ahmad dan Ashabus-sunan sebagaimana kata Nabi Besar
Muhammad saw; ‘Tanda-tanda yang membezakan kita dengan mereka (orang
kafir) adalah solat. Maka barang siapa yang meninggalkannya, maka kafirlah
dia.’
Menurut ijmak ulama, seseorang yang meninggalkan solat kerana
mengengkari kewajipan atau mengejek akan kesuciannya maka orang itu adalah
kafir dan murtad. Perbuatan mengengkari dan meremehkan kewajipan ini bererti
mendustakan Allah dan Rasul-Nya. Kekafiran ini diperkuatkan lagi dengan firman
Allah swt dalam Surah Al-Maidah: 58;
‘Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solat,
mereka menjadikannya bahan ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah
kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu menggunakan akal.’
“Tidak mahu menggunakan akal di sini sama tarafnya dengan haiwan,”
kata Dr. Heikal lalu meninggalkan Rizal. Dia pergi mendapatkan Sariah yang
nampak asyik dengan draf laluan lebuhraya pesisir pantai yang kerap kali
dipinda itu.
----------------------------------------------------ok
Terjadinya murtad
..............................................................................................
.........................................................................................................
Banyakkan Zikrullah Penawar Hati #### 006 Wallpapers 1K X ok 140720 🆗️✔










Hirsi Ali
No comments:
Post a Comment