21 January 2023

20 January 2023

Tartil Quran Colour Code Iqra 2023

 


HURUF HIJAIYYAH (Bilangan, Cara Sebutan & Sifat Huruf)

Apakah yang dimaksudkan dengan Huruf Hijaiyyah?

Huruf hijaiyyah adalah abjad bahasa arab. Huruf-huruf inilah yang akan membentuk kalimah dan ayat Al-Quran. Ia ditulis dari kanan ke kiri.

Bilangan keseluruhan huruf hijaiyyah adalah 29 huruf kesemuanya.

Bilangan Huruf Hijaiyyah Dan Cara Sebutannya

Jumlah bilangan huruf hijaiyyah dan cara sebutannya dipaparkan dalam jadual di bawah:

BilHuruf HijaiyyahCara Sebutan
1اAlif
2بBa
3تTa
4ثTsa
5جJim
6حHa
7خKho
8دDal
9ذDzal
10رRo
11زZai
12سSin
13شSyin
14صSod
15ضDhod
16طTha
17ظZ
18عAin
19غGhain
20فFa
21قQaf
22كKaf
23لLam
24مMim
25نNun
26وWaw
27Ha
28ءHamzah
29يYa

Sebutan Huruf Hijaiyyah Apabila Mempunyai Baris

Bagaimana baris memberi kesan terhadap sebutan huruf hijaiyyah?

Apabila huruf-huruf hijaiyyah ini diletakkan baris, seperi baris atas, bawah atau depan – maka sebutan vokal huruf-huruf ini juga akan turut berubah.

Tiga baris asas adalah:

  1. Baris Atas (Fathah) ⇾ ـَ
  2. Baris Bawah (Kasrah) ⇾ ـِ
  3. Baris Hadapan (Dhommah) ⇾ ـُ
Nota

Baris atas (fathah) adalah diambil dari huruf ا maka bacaannya adalah seakan vokal a

Baris bawah (kasrah) pula diambil dari huruf ي maka bacaannya adalah seakan vokal i

Manakala Baris Depan (Dhommah) diambil dari huruf و maka bacaanya adakah seakan vokal u

Contoh bacaan:

تَ (Ta)
تِ (Ti)
تُ (Tu)

Selain daripada baris asas diatas, sebutan huruf hijaiyyah juga berubah apabila bertemu tanda-tanda lain seperti:

  • Baris dua hadapan (Dhommatainـٌ
  • Baris dua bawah (Kasratain ـٍ
  • Baris dua atas (Fathatain ـً
  • Baris sabdu (Shaddahـّـ
  • Baris mati (Sukunـْـ
  • Alif Kecil (Alif Maddahــٰ
  • Tanda panjang (Mad)

Tempat Keluar Huruf (Makhraj Huruf Hijaiyyah)

Apakah maksud makhraj?

Makhraj ialah tempat menahan / menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan.

Menurut pendapat imam al-Khalil Bin Ahmad dan kebanyakkan ahli qiraat dan ulama nahu seperti Imam Ibn Al-Jazari, tempat keluar huruf hijaiyyah terbahagi kepada 5 bahagian:

  1. Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong (al-Jauf ٱلْجَوْفُ) — hurufnya adalah: ا و ي
  2. Bahagian kerongkong (al-Halq ٱلْحَلْقُ) — hurufnya adalah: ء ە ح ع خ غ
  3. Bahagian Lidah (al-Lisan ٱللِّسَانُ) — hurufnya adalah: ت ث ج د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ق ك ل ن ي
  4. Bahagian bibir mulut (asy-Syafatan ٱلشَّفَتَانُ) — hurufnya adalah: ف و ب م
  5. Bahagian pangkal hidung (al-Khoisyum ٱلْخَيْشُومُ) — hurufnya adalah: ـٌ ـٍـً / نْ مْ

Kemudian daripada lima tempat ini, ia dipecah-pecahkan menjadi sebanyak 17 bahagian makhraj.

Penerangan berkaitan makhraj ini akan diterangkan dalam panduan seterusnya.

Sifat-Sifat Huruf Hijaiyyah

Apakah maksud sifat huruf?

Maksud sifat-sifat huruf adalah perkara-perkara yang terjadi atau berlaku kepada huruf yang ketika diucapkan atau ketika keluar dari makhrajnya.

Dalam ilmu tajwid, sifat bagi setiap huruf adalah perkara yang perlu diperhatikan dengan betul, kerana ia sangat penting untuk menentukan huruf itu boleh di-idgham-kan atau disatukan ke dalam mana-mana huruf lain, atau sebaliknya.

Dalam perkara ini, para ulama tajwid menyenaraikan 17 sifat bagi huruf-huruf abjad arab (hijaiyyah) yang mana antara sifat-sifat ini terbahagi pula kepada dua bahagian, iaitu:

  1. Sifat-sifat berlawan
  2. Sifat-sifat tidak berlawanan

Dua bahagian sifat huruf hijaiyyah ini saya akan terangkan pada bahagian di bawah ini ?⇣

Bahagian Pertama

Sifat-Sifat Berlawanan

Bahagian pertama adalah sifat-sifat yang berlawanan. Sifat-sifat yang berlawanan ada 5 kumpulan iaitu:

1.al-Jahr (ٱلْجَهْرُ) lawannya al-Hams (ٱلْهَمْسُ)

  1. Jahr menurut bahasa: Nyaring

    Maksudnya ialah keluarnya suatu huruf dalam keadaan tersekatnya nafas ketika menyebutnya dengan tekanan kuat pada makhrajnya.

    Huruf-huruf bagi ketegori ini ada 18 iaitu:
    ب ج د ذ ر ز ض ط ظ ع غ ل م و ي ق ن ء

  2. Hams menurut bahasa: Sembunyi

    Maksudnya huruf yang keluar dengan keadaan terlepas, kerana tidak memberikan penekanan kepada makhraj huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 10 iaitu:
    ت ث ح خ س ش ص ف ه ك

2.asy-Syiddah (ٱلشِّدَّةُ) lawannya ar-Rakhawah (ٱلرَّخَاوَةُ)

  1. Syiddah menurut bahasa: Kuat

    Maksudnya ialah huruf yang keluar dengan terhimpit nafasnya ketika menyebutkan huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 8, iaitu:
    ا ب ت ج د ط ق ك

  2. Rakhawah menurut bahasa: Lembut

    Maksudnya ialah terlepasnya suara ketika menyebutkan suatu huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 16, iaitu:
    ث ح خ ذ ر ز س ش ص ض ظ ع غ ف و ي

3.Isti’laa’ (ٱلاِسْتِعْلَاءُ) lawannya Istifaal (ٱلاِسْتِفَالُ)

  1. Isti’la’ menurut bahasa: Meninggi

    Maksudnya ialah terangkatnya lidah ke lelangit hingga memenuhi mulut ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 7 iaitu:
    خ ص ض غ ط ق ظ
  2. Istifaal menurut bahasa: Merendah

    Maksudnya ialah terangkatnya lidah ke lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 21, iaitu:
    ا ب ت ث ج ح د ذ ر ز س ش ع ف ك ل م ن و ه ي

4.Ithbaq (ٱلإِطْبَاقُ) lawannya Infitah (ٱلاِنْفِتَاحُ)

  1. Ithbaq menurut bahasa: Menutup / Mendempik

    Maksudnya ialah meletakkan lidah dan mengatupnya pada lelangit, ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 4 iaitu:
    ص ض ط ظ

  2. Infitah menurut bahasa: Membuka

    Maksudnya ialah merenggangkan lidah dari lelangit, supaya nafas boleh keluar ketika menyebutkan huruf-huruf berkenaan.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 24, iaitu:
    ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ع غ ف ق ك ل م ن و ه ي

5.Izlaq (ٱلْإِذْلَاقُ) lawannya Ishmat (ٱلْإِصْمَاتُ)

  1. Izlaq menurut bahasa: Tergelincir / Melepas

    Maksudnya ialah huruf yang senang dan mudah disebut, kerana semua makhrajnya terletak di sekitar hujung lidah dan bibir mulut.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 7 iaitu:
    ا ب ر ف ل ن م

  2. Ismat menurut bahasa: Tertegah

    Maksudnya ialah huruf yang sukar diucapkan dan tidak dapat disebut dengan mudah.

    Huruf-huruf bagi kategori ini ada 22 iaitu:
    ا ت ث ج ح خ د ذ ز س ش ص ض ط ظ ع غ ق ك و ه ي
Bahagian Kedua

Sifat-Sifat Yang Tidak Berlawanan

Huruf-huruf yang mempunyai sifat jenis ini ada 7 kategori, iaitu:

  1. As-Sofir (Berdesir)
  2. Al-Lin (Lembut)
  3. Al-Inhiraf (Melentur)
  4. Al-Takrir (Berulang-ulang)
  5. Al-Istitholah (Berpanjangan)
  6. At-Tafasyyi (Berhamburan)
  7. Al-Qolqolah (Gementar)

Huraiannya adalah seperti dalam jadual di bawah:

Sifat HurufHurufCara Sebutan
As-Sofirز س صMenyebut huruf-hurufnya berserta desiran angin
Al-LinMenyebut huruf-hurufnya dengan lembut dan tidak memberatkan lidah
Al-Inhirafل رmenyebut huruf-hurufnya dengan melengkungkan lidah
Al-TakrirرMenyebut hurufnya getaran hujung lidah serta berulang
Al-IstitholahضMenyebut hurufnya dengan tepi lidah secara memanjang
Al-TafasyyiشMenyemburkan angin diantara lidah dan lelangit ketika menyebut hurufnya
Al-Qolqolahج د ط ب
ق

أَجْ أَدْ أَطْ أَبْ أَقْ
Melantunkan bunyi suara sewaktu menyebut huruf-hurufnya ketika waqaf (berhenti) atau bertanda sukun (mati)
MAD ASLI (Maksud, Hukum & Contoh Mad Asli)
Oleh Muhamad Naim
mad asli
Apakah itu mad asli?

Artikel ini akan menerangkan secara ringkas tetapi lengkap berkaitan mad asli, hukum bacaannya berserta contoh.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Isi Kandungan
Maksud Mad Asli
Huruf Mad Asli
Hukum Mad Asli
Contoh Mad Asli
Contoh Mad Asli Dalam Ayat Quran
Ujian Kefahaman
Maksud Mad Asli
Apakah maksud Mad Asli?

Mad mengikut istilah bahasa ialah panjang, tambahan atau kelebihan.


Mengikut ilmu tajwid, mad memberi erti memanjangkan sebutan sesuatu huruf mengikut kadar harakat madnya, apabila ia bertemu dengan salah satu dari tiga huruf mad.

Mad asli ( مَدٌّ أَصْلِيٌّ ) adalah Mad yang terhasil apabila huruf yang berbaris atas bertemu alif ( ا ), huruf berbaris bawah bertemu dengan Ya ( ي ) dan huruf berbaris depan bertemu Waw ( و )

Ia bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah ( ء ) atau tanda sukun ( ـْـ )

Ia dibaca dengan kadar panjang dua harakat, sama ada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya.

Mad Asli juga dikenali dengan nama Mad Tabi’i.

Ini kerana dia sudah menjadi tabiat bagi semua pembaca al-Quran yang mahir/baik tidak mengurangkan kadar madnya dua harakat dan tidak pula melebihi daripada itu.

Selain itu, ia juga dinamakan Mad Zati kerana mad ini memang terdiri daripada huruf madnya (zadnya) sendiri.

Huruf Mad Asli
Terdapat tiga huruf mad, iaitu ا و ي

Alif ( ا ) huruf sebelumnya berbaris di atas. Contohnya قَالَ
Wau ( و ) huruf sebelumnya berbaris hadapan. Contohnya يَقُولُ
Ya’ ( ي ) huruf sebelumnya berbaris di bawah. Contohnya قِيلَ
Hukum Mad Asli
Apakah hukum bacaan untuk mad asli?

Hukumnya adalah ia dibaca dengan kadar dua harakat.

Ukuran panjang bacaan dua harakat dikira dengan dua kali gerak jari, iaitu menggenggam anak jari yang terbuka atau membuka anak jari yang tergenggam secara sederhana.

Begitulah harakat dikira menurut gerakan anak jari, satu harakat adalah dikira satu gerakan anak jari.

1 harakat = 1 gerakan anak jari

Contoh Mad Asli
Berikut adalah contoh-contoh perkataan yang mempunyai mad asli


PERHATIAN: Sila layari halaman ini dengan browser Chrome untuk paparan font yang sempurna.

Huruf Contoh
ا 
فَكُلُواْ مِنْهَا

خَالِصَةً

مَنَاسِكَنَا
و 
مَّعْرُوفًا

غَفُورًا

وَقُولُواْ
ي 
نَّخِيلٍ

وَٱلذَّٰكِرِينَ

يُقِيمَا
Contoh Mad Asli Dalam Ayat Quran
PERHATIAN: Sila layari halaman ini dengan browser Chrome untuk paparan font Quran yang sempurna.

Berikut adalah contoh-contoh mad asli yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran:

1.Surah al-Baqarah ayat 3

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ 

2.Surah al-Baqarah ayat 8

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ 

3.Surah al-Baqarah ayat 32
قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

4.Surah al-Baqarah ayat 37
فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيۡهِۚ

Ujian Kefahaman
Sila jawab soalan-soalan berikut untuk menguji kefahaman anda mengenai Mad Asli


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Mad?

 Memendekkan bacaan huruf
 Memanjangkan sebutan huruf
 Menyambungkan huruf
 Berhenti bacaan
2. Bilakah berlakunya Mad Asli?

 Mad asli terhasil apabila huruf yang berbaris atas bertemu alif ( ا ), huruf berbaris bawah bertemu dengan Ya ( ي ) dan huruf berbaris depan bertemu Waw ( و )
 Mad asli terhasil apabila huruf yang berbaris atas bertemu nun ( ن ), huruf berbaris bawah bertemu dengan Sin ( س ) dan huruf berbaris depan bertemu Hamzah ( ء )
 Apabila terdapat huruf Hamzah selepas dalam satu perkataan ا و ي
 apabila terdapat huruf Nun yang mati/sakinah ( نْ ) atau baris dua/tanwin ( ــًــ , ــٍــ , ــٌــ ) bertemu dengan salah satu huruf dari enam huruf izhar
3. Berapakah huruf Mad Asli?

 Lapan
 Dua
 Tiga

 Lima
4. Berapakah kadar panjang bagi hukum bacaan Mad Asli?

 1 harakat
 2 harakat
 3 harakat
 5 harakat
5. Tandakan dua ayat yang menunjukkan hukum Mad Asli.  

 َطَسَم
 عَذَابٌ أَلِيمٌ
 خَيْرٌ وَأَحْسَنُ
 وَقُولُواْ لَهُمْ



IQLAB (Panduan Tajwid Asas Lengkap)
Oleh Muhamad Naim
cover iqlab
Apakah maksud Iqlab?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap berkaitan topik iqlab, hukum bacaannya berserta contoh-contoh.

Soalan berupa kuiz ringkas juga turut disediakan pada akhir pelajaran untuk menguji kefahaman anda mengenai topik ini.

Mari kita mulakan..

Isi Kandungan
Maksud Iqlab
Huruf Iqlab
Hukum Dan Cara Bacaan
Contoh Iqlab
Contoh Dalam Al-Quran
Maksud Iqlab
Iqlab ( إِقْلَابٌ ) dari sudut bahasa bermaksud “menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain“, atau “memalingkan sesuatu kepada yang lain” .

Dari sudut istilah ilmu tajwid pula, iqlab terjadi apabila nun mati ( ن ) atau tanwin (ــًــٍــٌـ) bertemu huruf Ba’ ( ب ) — maka ditukarkan bunyi nun mati ini ( ن ) kepada bunyi mim ( م ) dan didengungkan dengan kadar panjang dua harakat.


Ia diberi hukum bacaan Iqlab kerana susah mendatangkan dengung serta mengizharkan nun sukun atau tanwin, kemudian menutup dua bibir mulut kerana huruf ba’ ( ب ).


Dan juga susah mengidghamkannya, kerana ia berlainan makhraj dengan ba’, dan kurang munasabah, maka ditentukan dengan sifat bacaan Ikhfa’, di mana menukarkannya menjadi mim, kerana mim berkongsi makhraj dengan ba’, dan berkongsi sifat dengung dengan nun.

Huruf Iqlab
Huruf iqlab ada satu sahaja iaitu Ba’ ( ب )

Hukum Dan Cara Bacaan
Apabila nun mati (sukun) atau tanwin bertemu dengan huruf iqlab ( ب ), maka ia wajib ditukarkan kepada bunyi mim ( م ) pada lafaz bacaan.

Kemudian ia di-ikhfa’-kan (disembunyikan) di sisi huruf ba’ ( ب ) serta mengekalkan sifat dengungnya dengan sempurna dua harakat (bibir tidak rapat).


Dalam al-Quran Rasm ‘Uthmani bacaan iqlab diberi tanda mim kecil.


Bagi menyebut qalb yang betul, seseorang itu mestilah melalui tiga cara berikut:

fasa bacaan iqlab
Contoh Iqlab
Iqlab terjadi dalam satu perkataan mahupun dua perkataan sama ada pada nun mati atau tanwin.

Contohnya boleh dilihat pada jadual di bawah:

Nun Mati (Sukun)

Tanwin

1 kalimah

2 kalimah








Contoh Dalam Al-Quran
Antara contoh-contoh Iqlab dalam al-Quran adalah seperti berikut:

1.Surah al-Baqarah ayat 18

2.Surah al-Baqarah ayat 27


3.Surah al-Baqarah ayat 31


Berkaitan:

IDGHAM BILA GHUNNAH (Panduan Tajwid Asas Lengkap)
HURUF HIJAIYYAH (Bilangan, Cara Sebutan & Sifat Huruf)
5 Tips Mudah Tapi Berkesan Untuk Lebih Bersemangat Baca Al-Quran
7 Kaedah Meningkatkan Bacaan & Memperbaiki Hubungan Dengan Al-Quran
Kongsikan artikel ini:
Click to share on Facebook (Opens in new window)Click to share on Twitter (Opens in new window)Click to share on Telegram (Opens in new window)Click to share on WhatsApp (Opens in new window)4Click to share on Pinterest (Opens in new window)4
Artikel Berkaitan:
ikhfa haqiqi
IKHFA HAQIQI (Panduan Tajwid Asas Lengkap)
idgham maal ghunnah
IDGHAM MAAL GHUNNAH (Panduan Tajwid Lengkap)
idgham bila ghunnah
IDGHAM BILA GHUNNAH (Panduan Tajwid Asas Lengkap)
TagsNun Sakinah & Tanwin, Tajwid
Suka Apa Yang