29 February 2020

Kejadian Malaikat & MAUT

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Kejadian Malaikat & MAUT                                                                                                 

 Fasal pada menyatakan kejadian Malaikat & MAUT

Bermula bab pada menyatakan segala kejadian Malaikat Maut. Ketahui oleh mu bahawasanya Allah Taala menjadikan ia akan segala malaikat yang mulia yang empat iaitu Israfil Alaisalam dan Mikail Alaisalam dan Jibrail Alaisalam dan Izrail Alaisalam dan dijadikan dalam tangan mereka itu akan segala perkerjaan makhluk dan memmerintahkan segala alam sekeliannya.
Dan dijadikan Jibrail Alaisalam itu yang menyampai menurunkan wahyu kepada segala rasul
Dan Mikail Alaisalam itu menurunkan hujan dan segala rezeki
Dan Izrail Aialisalam itu mengambil nyawa daripada segala yang mempunyai ruh. Berkata Ibnu Abas Radiallahuanhuma bahawa Izrail  Alaisalam meminta akan dia Kuat tujuh petala  langit, kuat tujuh petala bumi, Kuat segala angin, kuat segala bukit, kuat segala jin, kuat segala manusia, kuat segala binatang yang buas,
 maka memberia akan Allah Taala akan dia, dan daripada bawah dua tapak kakinya hingga sampai kepada kepalanya itu beberapa bulunya dan segala mulutnya dan lidahnya yang menutupi dengan hijab mengucap tasbih akan Allah Taala dengan tiap-tiap lidah itu seribu langit-langit dan dijadikan Allah Taala dearipada seribu malaikat mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga hari qiamat.
Dan Israfil Alaisalam itu menuip sangka kala
Bermula mereka Malaikat Mukaribun disisi Allah Taala dan Malaikat menangung Aras dan Malaikat Kiraman Katibin. Bermula mereka itu atas rupa Israfil  Alaisalam.Menilik oleh Israfil pada tiap-tiap hari dan malam tiga kali kepada neraka jahanan dan menangis ia dan berteriak ia akan sebagai berteriak yang sangat dan jikalau tiada bahawasanya Allah Taala itu menegah ia akan air matanya, nescaya memenuhi segala bumi dengan Airmatanya. Maka Jadilah ia seperti taufan Nabi Allah Nuh Alaisalam dan setengah daripada kebesarannya itu bahawasanya jikalau dituangkan akan segala air laut dan segala air sungai atas kepalanya itu, nescaya tiada gugur daripadanya satu titik atas bumi.

Adapun Mikail Alaihissalam:-
Maka menjadikan oleh Allah Taala kemudian daripada Israfil Alaihisalam dengan 500 tahun dan daripada kepalanya hingga sampai kepada kedua kakinya itu berapa bulu daripada "kamka" dan sayapnya daripada "zarbajad" yang hijau dan tiap-tiap bulunya itu seribu seribu mukanya dan tiap-tiap mukanya seribu-seribu mata dan tiap-tiap mata itu kerana kasihani bagi hamba yang berdosa daripada segala orangyang mukmin dan pada tiap-tiap mukanya itu seribu-seribu mulut dab pada tiap-tiap mulutnya itu seribu-seribu lidah dan pada tiap-tiap satu lidah itu berkata kata ia dengan seribu seribu lorat / bahasa dan tiap-tiap lidah itu mengucap istikfar akan Allah Taala bagi segalao rang yang mukmin dan orang yang berdosa dan titik daripada tiap-tiap mata itu 70 ribu titik maka menjadikan Allah Taala daripada tiap-tiap satu titik itu seorang Malaikat atas rupa Mikail Alaihissalam, mengucap tasbih oleh mereka itu akan Allah Taala hingga sampai kepada hari Kiamat. Dan bermula mereka itu tentera bagi Mikali Allaihissalam diwakilkan mereka atas menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan segala rezeki dan segalabuah. Maka tiada daripada suatu didalam laut dan segala buah kayu diatas pohon dan segala tumbuh-tumbuhan atas bumi melainkan ada da atasnya seorang malaikat yang diwakilkan dengandia.

Adapun Jibrail Alaihissalam:-
Maka menjadikan oleh Allah Taala kemudian daripada Mikaill Alaihisalam dengan 500 tahun dan baginya 1600 sayap dandaripada kepalanya hingga sampai kepada kedua kakinya itu berapa bulu daripada "kamka" dan Matahari itu antara dua matanya dan atas tiap-tiap bulunya itu seumpama bulan penuh purnama dan seumpama bintang dan tiap-tiap hari masuk ia didalam  laut nur 370 kali, maka apabila keluar nescaya gugur daripada tiap-tiap sayap itu  beribu-ribu titik maka menjadikan Allah Taala daripada tiap-tiap titik itu akan seorang mMalaikat atas rupa Jibrail Alaihissalam mengucap tasbih oleh mereke akan Allah Taala hingga sampai hari Kiamat, bermula mereka itu Malaikat Roja naun (Ro wau jimalif nun ya wau nun) namanya.

Adapun Izrail Alaihissalam:-
Bermula rupa Malikatul Maut itu seumpama rupa Israfil dengan segala mukanya dan segala lidahnya dan segala sayapnya dan besarnya dan kuatnya denga tiada lebih dan kurang dan tersebut dalam khabar daripada Nabi s.a.w tetaka menjadikan Allah akan Malikatul Maut didinding daripada segala makhluk dengan seribu ribu hijab.
Bermula kebesarannya itu terlebih besar daripada Langit dan bumi dan jikalau diturunkan air sekelian laut dan sekelian sungai atas kepalanya nescaya tiada gugur daripadanya suatu titik juapun atas bumi.Dan bahawa sekelian musyrik dunia dan maghribnya antara hadapanya seperti satu hidangan, sesungguhnya dihantarkan atasnya tiap-tiap suatu dan dihantrkan antara hadapan lelaki supaya hendak makan ia akandia maka memakan ia daripadanya akan barang yang dikehendakinyanya, maka seperti demikianlah malikatul maut
membilik-bilik oleh anak adam antara hadapannya.
Sesungguhnya diikat akandia dengan 70000 rantai pada tiap-tiap satu ranti itu panjangnya perjalanan 1000 tahun dan tiada hampir akandia oleh segala malaikat dan tiada mengetahui oleh mereka itu akan tempatnya dan tiada mendengar oleh mereka itu akan suaranya dan tiada mendapat oleh mereka itu akan halnya dan tiada mengetahui kepada barang waktuada ia. Maka tetakala menjadikan oleh Allah Taala akan  maut itu, berkatalah Malaikat Maut  itu Ya Rab apalah MAUT itu?.maka menyuruh oleh Allah Taala akan hijab itu terbuak ia hinga melihat akan dia oleh Malaikat Maut maka firman Allaj taala bagi segala malaikat, berdiri kamu dan tilik olehmu akan Maut ini maka berdirilah segala malaikat itu sekeliannya dan firman Allah Taalah bagi Maut itu terbang olehmu atas mereka itu dan bukakan olehmu akan segala sayap sekeliannya dan bukakan oleh mu akan segala mata engkau sekeliannya, maka tetakala terbanglah ia nescaya  menilik kepadanya oleh segala Malaikat maka lalu rebah oleh mereka itu pada pengsan atas mereka itu 1000 tahun maka tetakala siuman mereka itu berkata mereka, hai tuhan kami adalah engkau jadikan terlebih besar daripada makhluk ini, maka firman Allah Taala aku jadikan dia dan engkau terlebih besar daripadanya lagi merasa oleh tiap-tiap makhluk daripadanya. Maka firman Allah Taala, hai Izrail ambilah olehmu akan dia.

Seterusnya [Next] :- Fasal pada menyatakan kejadian MAUT


 Fasal pada menyatakan kejadian MAUT

Maka tatkala Maut berada di dalam Tangan Malaikat Izrail, berkatalah Maut  ya tuhan ku izinkan olehmu bagiku hingga aku menyeru didalam tujuh petala langit itu satu kali seru?. Maka meberi izin Allah Taala baginya maka lalumenyeru ia dengan terlebih kuat suaranya:-
Akulah Maut yang menceraikan antara tiap-tiap kekasih
Akulah Maut yang menceraikan antara suami dan isteri
Akulah Maut yang menceraikan anak perempuan dengan ibunya
Akulah Maut yang menceraikan antara saudara-saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan
Akulah Maut yang mengerasi pada segala yang keras daripada anak adam
Akulah Maut yang memusnahkan segala rumah dan segala kampung.
Akulah Maut yang meramaikan segala kubur
Akulah Maut yang aku tuntut akan kamu dan aku dapatkan akan kamu dan jikalau adalah kamu itu didalam keranda besi yang amat teguh sekalipun dan tiada kekal segala makhluk itu melainkan merasakan akan daku / MAUT.

Maka apabila datang maut itu akan sesorang maka berdirilah antara hadapannya atas rupa yang sangat hebat, kemudian berkata oleh sesorang itu, siapa engkau? apa kehendak mu?, maka sahut maut itu, akulah maut yang mengelurakan dikau dariapda dunia ini dan akulah yang menjadikan anakmu yatim, menjadikan isterimu janda, dan menjadikan hartamu dipusakai oleh warisnya yang tiada engkau kasihi akan dia pada ketika hidupmu dan bahawsanya engkau tiada mendahulu akan kebajikan bagi diri engkau dan tiada mendahulu bagi akhirat engkau,  pada hari inilah datang aku kepada engkau supaya aku hendak menanggalkan ruh engkau.
Maka tetakala mendengar ia akan kata maut itu maka memalingkan ia akan mukanya kekiri, maka dilihatnya jua akan maut ada ia berdiri dihadapanya, memalingkan ia akan mukanya ke kanan maka dilihat jua akan maut ada berdiri dihadapannya.

Tempat kediaman maut pada langit yang ketujuh dan pada satu riwayat pada langit yang keempat. Dijadikan Allah Taala akan dia daripada Nur dan adalah baginya  70000 kakinya dan 4000 sayap dan penuh pada segala tubuhnya dengan mata dan lidah dan tiada sesorang jua pun daripada segala makhluk daripada manusia dan jin dan Angkas dan barang yang bernyawa melainkan ada pada tubuh maut itu sebanyak-banyak bilangan muka dan tangan segala makhluk Allah Taala yang bernyawa, maka mengambil ia akan segala yang bernyawa itu dengan tangannya.
Dan meniliklah ia dengan mukanya yang berbetul orang yang yang hendak mati itu, demikianlah peri mengambil nyawa segala makhluk pada tiap-tiap tempat dan apabila matilah seorang manusia yang didalam dunia ini maka hilanglah satu rupanya tubuh maut itu. Pada suatu riwayat bahawa adalah bagi maut itu empat mukanya satu muka dihadapnnya, kedua pada kepalanya ketiga pada belakangnya keempat pada tapak kakinya..
Adapun tetakala mengambil ia akan nyawa segala Ambia, dan segala Maialikat dengan mukanya yang dikepala, dan mengambil nyawa segala orang yang mukminin dengan muka yang dihadapannya dan mengambil nyawa segala kpir denga muka belakangnya dan mengambil nyawa segala jin dengan muka yang pada tapak kakinya. Bermula salah satu kakinya berpijak ia ditepi syurga dan satu lagi itu berpijak ia ditepi neraka. Bermula segala kafir, segala munafik dan segala yang celaka itu apabila hadir akan mereka itu oleh mati, nescaya turunlah ia atas mereka itu dan daripada pihak yang kirinya malaikat azab yang hitam mukanya lagi biru dua matanya dan serta mereka itu pakaian azab. Maka dudulah mereka itu padahal jauh daripada mayat itu hingga dakat malikatul maut mengambil nyawa mereka itu lalu diberikan kepada malaikat azab.

Pada suatu riwayat tetaka datang malikatul maut antara hadapan mayat itu pada hal berdir,maka berkata malikatul maut, adakah engkau tiada kenal aku? akulah malikatul maut yang mengambil ia akan ruh  dua ibu bapa engkau  dan engkau menilik kepada keduanya, dan tidada engkau memberi menafaat akan keduanya pada hari ini aku mengambil akan nyawa engkau hingga menilik segala anak-anak engkau dan segala perbuatan engkau dan segala taulan engkau hinga berteriaklah mereka. Maka berkata baginya Malikatul Maut betapa engkau lihat akan dunia? maka jawab ia aku lihat akan dia tipudaya dan maka menjadikan oleh Allah Taala akan dunia atas satu rupa maka lalu berkat dunia itu
Hai orang yang derhaka adakah engkau malu berdoasa dengkau didalam dunia dan tiada menegah engkau akan diri engkau daripada segala maksiat, bahawasanya menuntut engkau akan daku dan tiada menuntut akan dikau dan tiada engkau bezakan antara halal dan haram, bahawasanya aku lepas daripada engkau dan daripada amal engkau. Dan melihat ia akan hartanya itu sesungguhnya telah jatuh dalam milik orang yang lain. Maka berkata harta itu hai orang yang derhaka telah berusaha engkau akan daku denga tiada sebenarnya dan tiada engkau gunakan akan daku pada jalan yang sebenar dan tiada disedekahkan dengan aku atas segala fakir dan segala miskin, pada hari ini sesungguhnya telah jatuh aku didalam milik orang yang lain.

Adalah dijadikan oleh Allah Taala akan malaikat yang bernama Malaikatul ArRohim yang memerhatikan tiap-tiap  segaka kanak-kanak yang lagi akan diperanakkan oleh ibunya, maka apabila beranaklah seorang manusia maka dicampurkan malaikat itu tanah tempat kematiannya kepada "Nuftah". Dan situlah jasadnya berkubur.


ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  






















ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
                                             
Kejadian Malaikat & MAUT                                             
                                             
                      اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                            والله أعلم بالـصـواب    
                   Moga Bermanfaat.
                 
...........................................................................

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh








Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH

Kejadian ADAM

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU  YA اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Kejadian ADAM                                                          

 Fasal menyatakan kejadian ADAM



Maka tetakala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada  Nur Sifatnya,  maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu. 
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan lembaga  oleh hak Allah Taala  akan tanah yang satu gengam itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat
 yang antara medan “azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada  "israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada  qamar al-sifat, tetapi  tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas  lembaga adam kira kira 120 tahun lamanya iaitu:-
  •  Pada tanah yang bercampur  dengan air kira-kira 40 tahun lamanya.
  •  Pada tanah kering kira-kira 40 tahun lamanya.
  • Pada tanah hitam busuk kira-kira 40tahun lamanya.
Setelah itu maka dipersalinkan hak taala akan lembaga itu dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah penglihatan segala malaikat daripada melihat hakikat rupa lembaga itu daripada melihat yang dijadikan allah Taala denga kemulianya dan Samad dan Jalalnya dan Jamalnya dan Zatnya pada menyempurnakan akan kejadian lembaga Nabi Allah Adam,
Maka adalah tilik segala malaikat kepada lembaga itu dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu kerana kurang makrifat mereka itu akan kebesaran  dan martabat lembaga  itu. dan dibutakan Allah Taala akan mata Iblis daripada melihat segala rahsia didalam lembaga nabi allah adam itu hingga dibesarkan dirinya daripada lembaga itu.

Berkata segala ulama tetakala dikehendaki allah taala menjadikan nabi allah adam, maka ia berfirman seperti yang tersebut didalam alquraan yang ertinya,  pada ketika firman tuhan engkau bagi segala malaikat bahawa sesungguhnya aku hendak menjadikan insan daripada tanah, maka firman allah taala kepada Jibril Alaisalam, Hai Jibril, pergilah engkau ke bumi ambil olehmu tanah daripada segala bumi. Aku hendak menjadikan suatu kejadian daripdanya. maka Jibril pun turunlah ke bumi lalu hendak diambilnya akan tanah daripada bumi itu maka disumpah oleh bumi akan dia serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka, maka Jibril pun kembalilah kehadrat Allah, maka dipersembah Jibril, Ya Tuhanku engkau jua yang mengetahui bahawa hambamu disumpah oleh bumi...
Setelah itu maka dititahkan Allah akan Mikail pun mengambilnya akan bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak diambilnya akan bumi itu maka lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia. Maka ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembah ia seperti sembah Jibril itu jua. 
Setelah itu maka titahkan Allah Taala akan Israfil pula mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun pergilah lalu hendak diambil akan bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu jua. 


Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail pula, maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi itu, maka disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril ["serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka"] Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku ambil daripada mu maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai kepada segala bumi maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada tanah putih, merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab itulah jadi berlain-lainan rupa pada tubuh nabi allah adam.


Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat  Taalah serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana  engkau jua tuhan  yang  terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh bumi  inilah tanah yanga ku ambil daripadanya. Maka Firman Allah Taala, hanya  Izrail telah aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahanya itu aku tolakkan daripada mu kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah kepada mu mengambil NYAWA segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku jika yang sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.? Maka firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau kerana aku jadikan baginuya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan binatang atau mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan dia.


Setelah itu Firman Allah Taala kepada Malaikat, ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu, maka Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam, air putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi, yang ertinya aku “hamarkan” lembaga adam  dengan dua tangan kudart ku, empat hari maka jadilah dariapda
- air manis itu air liur
- dan daripada air masam itu air mata
- dan daripada air hanyir itu air hidung
- dan daripada air putih itu air telinga. 


Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi Allah Adam itu daripada tujuh petala bumi, 
  1. Kepalanya itu daripada bumi yang pertama.
  2. Lehernya itu daripada bumi yang kedua.
  3. Ddadanya daripda bumi yang ketiga.
  4. Kedua tangan itu daripada bumi yang keempat.
  5. Belakang badan dan perutnya daripada bumi yang kelima.
  6. Dan pingangnya daripada bumi yang keenam.
  7. Kedua betisnya dan kedua tapak kakinya daripada bumi yang ketujuh.
Dan  pada satu riwayat kata Ibni Abas r.a.h. telah menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s daripada segala iklim dunia.
  1. Kepalanya itu dariapda tanah Kaabah
  2. Dadanya itu daripada segala pihak bumi
  3. Belakangnya dan perutnya itu daripada tanah Hindi
  4. Dua tanganya itu daripada tanah Masyrik
  5. Dua kakinya itu daripda tanah Magrib
Dan pada satu riwayat yang lain pula telah berkata Ibnu Abas r. telah menjadi oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s
  • Kepalanya itu daripada tanah Baitul Mukadis itu tempat akal dan cerdik dan berkata-kata.
  • Mukanya itu daripada tanah Syurga - tempat keelokan dan tempat perhiasan.
  • Dua telinganya itu dariapda tanah Tursina - itu tempat mendengar nasihat.
  • Dahinya itu itu daripada tanah Iraq - tempat  sujud bagi Allah Taala
  • Segala kakinya itu daripada tanah Kausar
  • Tangannya yang kanannya dan segala anak jarinya daripada tanah Baitul Kaabah
  • Tangannya yang kiri itu daripada tanah Parsi
  • Dua kakinya dan serta dua bvetisnya itu daripada tanah Hindi
  • Tulang itu daripda tanah Bukit
  • Uratnya itu daripada tanah Negeri Bil Bil
  • Belakangnya itu daripada tanah Iraq
  • Perutnya itu daripda tanah Khurasan
  • Hatinya itu daripada tanah Firdaus
  • Lidahnya itu daripda tanah Taif 
  • Mata itu daripada tanah Hud.
Telah menjadikan Allah taala didalam Adam itu sembilan pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua telinganya, dua lubang hidunnya, dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan dubur.
Dan dijadikan pacaindera yang lima itu:-
  1. Penglihatan pada mata
  2. Pendengaran pada telinga
  3. Perasa pada mulut
  4. Penjabat (deria) pada badanya
  5. Penciuman pada hidunnya
Bahawa ROH itu masuk ia daripada otaknya, maka berkelilinglah ia didalamnya pada kadar 200 tahun, Kemudian  turun roh itu kepada mata maka menilik ia akan dirinya maka melihat ia akan dirinya tanah yang kering maka tetakala sampai ia akan dua telingnya nescaya mendengar ia akan tasbih segala malaikat, kemudian turun ia kepada hidungnya maka bersin ia maka tetakal selesai daripada bersinnya turunlah ruh itu kemuluntya dan kepada lidahnya dan kepada kedua telinga dan telah mengajar oleh allah taala akan bahawa berkata ia Alhamdulillah maka menjawab ia akan dia denga kata Ya Harkam robik ya Adam.


Turun ruh itu kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula demikian itu firman allah taala yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat bersegera, maka tetakala sampai roh itu kepada ronga perutnya  maka inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan dianugrahkan oleh allah taalah akan pakaian kulit yang sangath halus seperti KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokkan dan Jamalnya. Terpancar Nur Muhammad dengan brseri-seri pada wajahnya.
Bertukarlah pakaian kulit seperti kuku itu kepada keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah Taala turun Nabi Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari tulang rusuk yang kiri Nabi Allah Adam.
Seterusnya [Next]:- Fasal pada menyatakan kejadian Malaikat dan MAUT                                       

ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  























ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
                                             
Kejadian ADAM                                             
                                             
    اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                     والله أعلم بالـصـواب  
                             Moga Bermanfaat.
             
...........................................................................................................





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh








Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH