21 February 2018

Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri


Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe?nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan gundah di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Replika bilik tidur Rasulullah SAW

Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my

BERCIRIKAN hologram, paparan visual, lukisan tiga dimensi (3D), serta lebih 21 segmen mengenai Rasulullah SAW, di Galeri Utama Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.
Itu antara tarikan utama Pameran Rehlah Nabawiyah atau perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW yang mula dibuka kepada orang ramai, di Shah Alam, semalam.

REPLIKA rumah Rasulullah SAW. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Miras, berkata idea pameran terbabit tercetus sejak setahun lalu.
Menurutnya, pameran pertama seumpamanya di rantau ini dan dibuka sehingga hujung Februari.

REPLIKA bilik tidur Siti Khadijah RA dan ruang pameran. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
“Hampir semuanya menggunakan tenaga tempatan yang terbabit segi rekaan dan penggunaan teknologi, saya percaya di Malaysia belum ada lagi pameran mengenai Rasulullah SAW seperti ini.

REPLIKA Gua Hira’. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
“Tujuan adalah bagi pencinta Rasulullah SAW merasai pengalaman dan melihat sendiri suasana di zaman baginda.

MODEL dan replika Perang Badar. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
“Sebelum ini mungkin hanya mengetahui mengenai sejarah baginda menerusi buku,” katanya

REPLIKA Gua Jabal Tsur. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Beliau berkata, harga tiket masuk adalah RM15 bagi kanak-kanak dan RM25 dewasa.

ORANG ramai berzikir pada hari pembukaan Rehlah Nabawiyyah di Komplek Seni Islam Antarabangsa Selangor, Seksyen 10 Shah Alam. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat

Lima Putera Bugis Bersaudara



Gambar ehsan Berita Harian Plus.
Alam Melayu merangkumi sebuah kawasan kepulauan yang sangat luas yang meliputi hampir keseluruhan kepulauan Asia Tenggara, di samping kepelbagaian etnik Melayu yang mempunyai identiti mereka sendiri tetapi mereka disatukan dalam himpunan satu ikatan bangsa yang sama. Bangsa Melayu adalah bangsa pelayar dan kepulauan Alam Melayu adalah “kediaman besar” mereka. Mereka bebas merantau dan berdagang tanpa batasan negara seperti sekarang. Etnik Bugis adalah antara etnik Melayu yang terkenal dengan dunia pelayaran.
Dalam budaya mereka, terdapat satu semangat yang dikaitkan dengan dunia pelayaran yang mereka kenali sebagai “pesompe’.” Kapal pelayaran mereka yang terkenal dalam alam Melayu dikenali sebagai Phinisi. Negeri masyarakat Bugis ialah selatan Sulawesi, dan ibu kota dan pelabuhannya ialah Makassar dan Gowa. Pada pertengahan abad ke-17, pusat kerajaan Makassar ditakluk oleh pihak Belanda dan menyebabkan penghijrahan besar-besaran masyarakat Bugis kerana mereka tidak rela tinggal di bawah penaklukan Belanda dan mereka juga tidak bebas berdagang di pelabuhan mereka sendiri.
Dalam kitab Tuhfat an-Nafis, tiada cerita berkenaan penglibatan kelima-lima orang putera diraja Bugis dalam peperangan tersebut. Kemungkinan ketika itu, ayahanda mereka, Daeng Rilaga @ Rilekkek membawa mereka merantau ke negeri-negeri di Sulawesi, Borneo dan Kepulauan Laut Cina Selatan. Menurut Kitab Tuhfat al-Nafis, Daeng Rilaga merupakan salah seorang kerabat diraja Bugis-Luwu-Bone yang didakwa bersusur galur daripada keturunan Ratu Balqis pada zaman Nabi Sulaiman. Beliau dikurniakan lima orang putera yang sentiasa dibawa belayar bersama-sama. Kelima-lima orang putera tersebut bernama Opu Daeng Perani sebagai kakanda sulung, kedua Opu Daeng Menambun, ketiga Opu Daeng Marewah, keempat Opu Daeng Chelak dan adinda bongsu mereka ialah Opu Daeng Kemasi.
Penglibatan lima orang putera Bugis bersaudara dalam Kesultanan Johor
Johor adalah salah satu kuasa yang digeruni dan kesultanannya adalah legasi daripada Kesultanan Melaka. Walau bagaimanapun, Kesultanan Johor ketika awal abad ke-18 mula diperintah oleh sultan daripada keturunan Bendahara Johor. Ancaman daripada Siak menyebabkan Raja Muda Johor ketika itu, Raja Sulaiman, mengundang kelima-lima orang putera tersebut ke Johor untuk membantu baginda menghadapi ancaman tersebut.
Sebelum mereka menyatakan persetujuan mereka membantu kerajaan Johor, kedua-dua belah pihak telah membuat perjanjian dan bersetuju bahawa sekiranya Johor berjaya memenangi ancaman tersebut, maka salah seorang daripada kelima-lima mereka akan dilantik sebagai Yamtuan Muda (Yang Dipertuan Muda) yang nasihat mereka akan sentiasa diikuti oleh sultan dan jawatan tersebut akan kekal sehingga ke anak cucu. Setelah tentera Johor berjaya mengusir tentera Siak dengan bantuan tentera Bugis pimpinan kelima-lima orang putera Bugis tersebut, maka pada tahun 1722, Opu Daeng Marewah telah dipilih oleh mereka menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan Muda Johor yang pertama dan bermulalah dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis bersama-sama Sultan Johor memerintah Johor sehingga akhir abad ke-19. Setelah itu, kelima-lima mereka menabalkan Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Perihal ringkas kelima-lima orang putera Bugis tersebut
  1. Opu Daeng Perani ialah kakanda sulung. Selepas kemangkatan ayahanda mereka, beliau bertanggungjawab menjaga keempat-empat orang adindanya. Beliau telah menolak jawatan Yamtuan Muda dengan alasan beliau sudah berusia dan menyerahkan jawatan tersebut kepada adinda-adindanya yang lain. Walau bagaimanapun, beliau dilihat banyak membantu pentadbiran Yamtuan Muda dan terus menetap di Riau. Ketika pemerintahan adindanya, Daeng Marewah, beliau bersama ketiga-tiga adindanya yang lain telah banyak kali memimpin tentera Johor membantu Sultan Kedah ketika itu iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II menghadapi ancaman perang saudara dan Siak di Kedah. Disebabkan untuk membalas jasa, Sultan Kedah telah mengahwinkan adindanya dengan Daeng Perani. Dalam satu peperangan menentang tentera Siak, beliau telah syahid terkorban dan dimakamkan di sana.

  1. Opu Daeng Menambun ialah kakanda kedua. Sebelum kedatangan kelima-lima mereka ke Johor atas undangan Raja Sulaiman, mereka berlima telah membantu Sultan Zainuddin iaitu Sultan Kerajaan Matan di Kalimantan menangani peperangan di sana. Baginda kemudiannya telah mengahwinkan puterinya yang bernama Puteri Kesumba dengan Daeng Menambun. Ketika pentadbiran Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda di Johor, Daeng Menambun dan adinda bongsunya, Daeng Kemasi telah berlayar ke Sambas di Kalimantan atas undangan daripada Sultan Kerajaan Sambas ketika itu, Sultan Umar Akamuddin I, yang berhasrat untuk mengahwinkan puterinya, Raden Tengah dengan salah seorang daripada kelima-lima orang putera tersebut. Disebabkan Daeng Menambun telah berkahwin dengan Puteri Kesumba iaitu puteri kepada Sultan Zainuddin, maka beliau menolak tawaran tersebut dan mencadangkan adinda bongsunya iaitu Daeng Kemasi supaya dikahwinkan mereka berdua. Selepas perkahwinan adindanya, beliau ke Matan dan ditabalkan oleh Sultan Zainuddin sebagai Raja Mempawah pada tahun 1737 dengan gelaran Pangeran Emas Seri Negara. Beliau menjalankan pemerintahannya berdasarkan hukum agama Islam sehinggalah beliau mangkat pada tahun 1761.

  1. Opu Daeng Marewah adalah kakanda yang tengah atau yang ketiga. Beliau telah dipilih sebagai Yamtuan Muda Johor yang pertama dengan gelaran Sultan Alauddin Shah Raja Muda dan mentadbir Johor bersama sultan selama enam tahun. Sebelum dipilih dan dilantik sebagai Yamtuan Muda Johor, beliau telah mendapat gelaran Kelana Jaya Putera kerana membantu pihak Belanda menewaskan Pariaman di Kepulauan Jawa. Beliau dikahwinkan dengan Cik Ayu, balu kepada Sultan Mahmud Shah II. Ketika pentadbirannya sebagai Yamtuan Muda, beliau telah mewakilkan Raja Tua Daeng Menampok untuk menabalkan Tun Zainal Abidin, ayahanda saudara Sultan Sulaiman sebagai Sultan Terengganu yang pertama dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I. Sepanjang pentadbirannya, beliau telah berjaya mematahkan serangan-serangan daripada Raja Siak ke atas Johor.

  1. Opu Daeng Chelak adalah adinda yang kedua bongsu. Ayahanda mereka (dalam hikayat lain Daeng Menambun) bermimpi bahawa ‘kemaluan Daeng Chelak menjulur menjadi naga dan kepala naga tersebut mengadap kearah barat.’ Ini menandakan bahawa daripada keturunan beliau, lahirnya pemimpin-pemimpin yang hebat dalam sejarah kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu. Ini terbukti kerana enam daripada 10 orang dalam dinasti Yamtuan Muda adalah daripada keturunannya. Daripada keturunannya jugalah lahirnya sultan-sultan Johor daripada dinasti Temenggung Johor sehingga kini dan Kesultanan Riau-Lingga. Puteranya, Raja Lumu, ditabalkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Selangor yang pertama dengan gelaran Sultan Salehuddin. Daeng Chelak ditabal sebagai Timbalan Yamtuan Muda pada zaman pentadbiran kakandanya Daeng Marewah sebelum beliau ditabal sebagai Yamtuan Muda kedua pada tahun 1728 selepas kemangkatan kakandanya itu. Beliau dikahwinkan dengan Tengku Mandak, adinda Sultan Sulaiman. Beliau memegang jawatan tersebut selama 17 tahun sebelum kemangkatannya. Sepanjang pentadbiran beliau sebagai Yamtuan Muda, pelabuhan Johor di Riau amat maju dan penuh dengan kapal-kapal dagang yang membawa pelbagai jenis barang dagangan.

  1. Opu Daeng Kemasi ialah adinda yang paling bongsu. Bersama kakandanya, Daeng Menambun, mereka berlayar ke Sambas di Kalimantan atas undangan Sultan Umar Akamuddin I yang berniat untuk mengahwinkan puterinya, Raden Tengah kepada salah seorang daripada mereka. Atas cadangan kakandanya, Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan dilantik sebagai Pembesar Kerajaan Sambas dengan gelaran Pangeran Mengkubumi.
Kita dapat lihat di sini ketokohan kelima-lima orang putera Bugis bersaudara. Mereka adalah pemimpin yang kuat bukan sahaja dari segi ketenteraan, bahkan mereka juga pemimpin yang berwibawa. Sepanjang sejarah mereka di Johor, berapa banyak ancaman daripada luar seperti Siak dan juga ancaman daripada dalam seperti sekumpulan orang-orang Melayu Johor sendiri berjaya dipatahkan dan juga diselesaikan dengan bijaksana. Pertahanan kerajaan Johor yang sebelum itu lemah menjadi ‘kebal’ semasa pentadbiran mereka di Johor.
Selain daripada bantuan ketenteraan, mereka menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan. Kita juga dapat lihat bagaimana luasnya pengaruh kelima-lima orang putera bersaudara tersebut dalam banyak kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu dan Kalimantan seperti Kedah, Perak, Matan dan Sambas, bahkan mereka juga memainkan peranan yang besar dalam pengasasan beberapa kesultanan di Tanah Melayu.
Sekurang-kurangnya dua orang Sultan Terengganu yang pertama ditabalkan melalui kuasa Yamtuan Muda Johor. Kesultanan Johor dan Selangor sehingga kini adalah daripada keturunan mereka (keturunan Daeng Chelak dan Daeng Perani). Bahkan Kesultanan Riau-Lingga yang pernah wujud suatu ketika dahulu sebagai kerajaan Melayu yang kaya dengan karya-karya agama dan kesusasteraan juga legasi daripada keturunan mereka (Yamtuan Muda Johor). Rujuk rujukan-rujukan ilmiah di bawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi sejarah mereka yang penuh dengan kehebatan dan konflik.
Dalam sejarah mereka, kita dapat lihat bagaimana mereka bersatu sebagai adik-beradik dan juga bersatu bersama sebagai pemimpin dalam menentang musuh. Sebagai contoh, dalam Kitab Salasilah Melayu dan Bugis, Daeng Perani pernah mengatakan bahawa mereka lima beradik ibarat lima badan satu nyawa.
Pada zaman pemerintahan Daeng Menambun sebagai Raja Mempawah, beliau pernah memohon bantuan daripada kedua-dua orang adindanya daripada dua kerajaan iaitu Daeng Chelak sebagai Yamtuan Muda Johor ketika itu dan Daeng Kemasi sebagai Pembesar Sambas untuk menghadapi ancamana daripada tentera Dayak daripada Kerajaan Pinang Sekayuk pimpinan pemerintah kerajaan tersebut iaitu Pangeran Dipati. Ketiga-tiga pasukan tentera daripada Mempawah, Johor dan Sambas pimpinan ketiga-tiga putera bersaudara tersebut bersatu menentang musuh yang sama dan mereka berjaya memenangi peperangan tersebut. Turut bersekutu dengan mereka ialah tentera Ratu Bagus iaitu Pemerintah Kerajaan Landak. S
elepas peperangan tersebut, kaum Dayak yang terlibat diajarkan agama Islam. Jika Kesultanan Melaka mempunyai lima orang pahlawan bersaudara (seperguruan) iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, maka ketahuilah bahawa dalam sejarah Kesultanan Johor juga mempunyai lima orang putera Bugis bersaudara.
——————————————
Rujukan
Raja Ali Haji, diselia oleh Virginia Matheson Hooker, Tuhfat al-Nafis, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998.
Muhammad Hafiz Samsudin, “Sejarah Pengaruh Dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis dalam Kesultanan Johor dan Riau-Lingga Pada Abad ke-18-19 M,” Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda seliaan Dr. Nurulwahidah Fauzi, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013.
Abdullah @ Zakaria Ghazali, “Johor dan Kepulauan Riau: Berlainan Negara Tetapi Bersaudara,” dalam Malaysia dari Segi Sejarah, Bil. 39, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2011, hlm. 82-90.
Ahmad Farhan Abdullah @ Zakaria, “Opu Bugis Lima Bersaudara: Peranan Daeng Menambun ibni Daeng Rilekkek dalam Kerajaan di Alam Melayu Pada Abad ke-18,” dalam Malaysia dari Segi Sejarah, Bil. 39, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 2011, hlm. 41-68.

Yahudi Ketika Zaman Rasulullah S.A.W


Pada tanggal 7 Disember 2017, umat Islam seluruh dunia terkejut dengan kenyataan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengisytiharkan bahawa mereka mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Israel yang sebelum ini di Tel Aviv. Hal tersebut menggembirakan hati golongan Yahudi yang berfahaman zionisme. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar saudara-saudara seagama kita di Palestin dan di tempat-tempat lain dikurniakan kekuatan dari segi keimanan, kesatuan, fizikal, mental, interlektual, ekonomi dan semangat juang yang tinggi, semoga kemenangan berpihak kepada umat Islam.
Yahudi atau Judaisme lebih kepada sebuah agama eksklusif, ini bermaksud mereka tidak cenderung untuk mengembangkan agama mereka kepada masyarakat yang bukan berdarah keturunan bangsa Bani Israel. Mereka merupakan keturunan kedua belas-dua belas orang putera Nabi Ya’akub AS. Nama agama mereka adalah berdasarkan nama salah seorang anak Nabi Ya’akub AS yang bernama Yahuza (Judah), manakala nama bangsa mereka, Israel, merupakan nama gelaran Nabi Ya’akub AS.
Al-Qur’an menggelarkan mereka sebagai “Ahlul Kitab” yang bermaksud golongan yang dikurniakan ataupun mereka yang mengikuti ajaran kitabullah (kitab-kitab suci yang diwahyukan oleh Allah SWT). Secara khususnya, gelaran Ahlul Kitab di dalam al-Qur’an ditujukan kepada penganut agama Yahudi dan Nasrani (Kristian). Walau bagaimanapun, terdapat juga para ulama’ yang menafsirkan bahawa Ahlul Kitab selain merujuk khusus kepada penganut agama Yahudi dan Kristian, secara umumnya juga termasuk penganut-penganut agama-agama lain seperti Majusi, Sabi’un, Hindu, Budha, Konfusianisme dan Shinto.
Kitabullah yang dimaksudkan tersebut ialah Taurat, Zabur dan Injil. Sebagaimana yang wajib diimani oleh umat Islam, Allah SWT telah mewahyukan pelbagai kitab dan suhuf kepada para nabi dan rasul tertentu yang mengandungi keterangan tauhid dan ketetapan syariat yang hanya bersesuaian pada golongan masyarakat tertentu dan tempoh masa tertentu (kecuali al-Qur’an, yang diwahyukan untuk seluruh umat manusia daripada zaman Nabi Muhammad SAW sehingga hari kiamat) untuk diikuti dan sebagai panduan hidup bagi mereka beriman kepada Allah SWT. Empat buah kitabullah yang wajib diketahui oleh umat Islam ialah Kitab Taurat yang diwahyukan kepada Nabi Musa AS, Kitab Zabur yang diwahyukan kepada Nabi Daud AS, Kitab Injil yang diwahyukan kepada Nabi ‘Isa AS dan Kitab al-Qur’an yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Dari sudut pandang umat Islam, apa yang boleh “disamakan” dengan Kitab Taurat dan Injil yang asli pada masa kini ialah Torah dan Bible, iaitu kitab suci penganut agama Yahudi dan Nasrani (Kristian). Ini kerana menurut al-Qur’an dalam banyak ayat menjelaskan bahawa kitab Taurat dan Injil yang asal telah banyak diselewengkan oleh pendeta mereka sendiri mengikut kepentingan hawa nafsu mereka sendiri (Surah al-Baqarah, ayat 75, 79, 174; Surah Ali ‘Imran, ayat 78; Surah al-Ma’idah, ayat 13-14; Surah al-An’am, ayat 91…). Al-Qur’an juga banyak memberi peringatan demi peringatan dan perkara-perkara penting berkenaan golongan Ahlul Kitab sama ada dalam hal akidah, sejarah, feqah, sosial dan kepimpinan. Sebanyak 29 kali perkataan “Ahlul Kitab” disebutkan di dalam al-Qur’an yang merujuk kepada penganut agama Yahudi dan Kristian atau keturunan Bani Israel secara jelas.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat juga golongan Yahudi di Semenanjung Tanah Arab sama ada daripada bangsa Bani Israel mahupun bangsa Arab sendiri. Mereka lebih tertumpu di kawasan Yaman, Yamamah dan Yathrib (Madinah). Golongan Yahudi telah lama menetap di Yathrib jauh sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Yathrib (Madinah) dan menukar nama negeri tersebut kepada Madinah al-Munawwarah, terdapat tiga kabilah Yahudi terbesar merupakan penduduk Madinah ketika itu iaitu Bani Quraizah, Bani Qainuqa’ dan Bani Nadir.
Penulis tidak dapat pastikan sama ada ketiga-tiga kabilah Yahudi tersebut merupakan keturunan bangsa Bani Israel yang tulen atau telah bercampur darah dengan orang Arab ataupun mereka merupakan kabilah Arab yang menganut agama Yahudi. Apa yang dapat dipastikan bahawa mereka mengamalkan budaya Arab, kemungkinan juga berasimilasi dengan bangsa Arab, pertuturan seharian dan nama mereka dalam bahasa Arab, tetapi mereka beragama Yahudi dan berpegang teguh dengan kitab suci Yahudi iaitu Taurat atau Torah.
Sepanjang kepimpinan Nabi Muhammad SAW ke atas Madinah, ketiga-tiga kabilah Yahudi tersebut sering menunjukkan permusuhan terhadap umat Islam walaupun semua hak mereka sebagai kelompok rakyat minoriti dipelihara dalam Sohifah Madinah (Piagam Madinah) yang digubal oleh baginda dan para sahabat selepas penghijrahan mereka ke Yathrib. Ketiga-tiga kabilah tersebut melakukan pengkhianatan malah bersekutu dengan kaum musyrikin Makkah untuk menghancurkan umat Islam di Madinah. Berlaku beberapa siri peperangan terhadap mereka kerana sifat permusuhan dan pengkhianatan mereka sehingga mereka diusir keluar dari Madinah oleh Nabi Muhammad SAW.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa orang Yahudi yang beriman dengan Nabi Muhammad SAW seperti al-Husayn bin Salam RA. Beliau merupakan seorang pendeta Yahudi (rabbi) daripada kabilah Bani Qainuqa’ di Madinah. Beliau dikatakan berketurunan Nabi Yusuf bin Nabi Ya’akub AS.
Beliau juga seorang yang arif tentang isi kandungan kitab Taurat dan amat dihormati dalam kalangan kaumnya sendiri. Apabila beliau mengetahui berita tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW, beliau telah bertemu dengan baginda sendiri untuk menanyakan beberapa persoalan yang hanya boleh dijawab oleh seorang rasul sebagaimana yang diramalkan dalam Kitab Taurat. Apabila Nabi Muhammad SAW menjawab soalan-soalan tersebut sebagaimana yang diwahyukan oleh Malaikat Jibril, beliau mengucap syahadah, membenarkan kerasulan baginda. Baginda menukar namanya kepada ‘Abdullah dan beliau bersetuju. Baginda juga menggelarnya Abu Yusuf. ‘Abdullah bin Salam RA merupakan antara seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang utama, bahkan beliau merupakan salah seorang sahabat baginda yang dijamin syurga oleh baginda sendiri. Apabila orang-orang Yahudi mengetahui keislaman beliau, maka mereka menghinanya.
‘Abdullah bin Salam RA juga bertindak sebagai pembongkar penipuan orang-orang Yahudi di Madinah. Pernah berlaku apabila dua orang Yahudi lelaki dan wanita melakukan zina dihadapkan kepada Nabi Muhammad SAW yang bertindak sebagai hakim. Baginda memerintahkan supaya mereka berdua dihukum sebagaimana hukuman zina di dalam Kitab Taurat. Orang-orang Yahudi mengatakan bahawa hukumannya ialah penghinaan dan sebatan ke atas mereka berdua lalu mereka membacakan hukuman tersebut daripada Kitab Taurat. ‘Abdullah bin Salam RA yang menyedari penipuan tersebut mengarahkan mereka supaya dibacakan isi kandungan sebenarnya iaitu hukuman rejam. Ini menunjukkan bahawa pengetahuannya yang luas dalam isi kandungan Kitab Taurat dan beliau seorang yang jujur, tidak menyembunyikan atau memanipulasi ayat-ayat kebenaran dan hukum-hakam di dalam kitab suci Yahudi tersebut. Beliau meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah semasa zaman pemerintahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA dan dikebumikan di Madinah.
Selain ‘Abdullah bin Salam RA, terdapat juga beberapa orang sahabat Nabi Muhammad SAW daripada kalangan golongan Yahudi. Salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW adalah anak kepada ketua kabilah Yahudi Bani Nadir iaitu Sofiyyah binti Huyay RA. Beliau dikahwini oleh baginda selepas Peperangan Khaybar. Ummul Mukminin Sofiyyah RA pernah menangis kerana beliau tidak tahan dengan sindiran beberapa orang yang menggelarnya “Puteri Yahudi.” Hal tersebut diadukan kepada suaminya, Nabi Muhammad SAW, lantas baginda menjawab, “Sekiranya ada orang yang memanggil kamu dengan gelaran Puteri Yahudi, katakan kepadanya, “Ayahku ialah Nabi Harun, bapa saudaraku pula ialah Nabi Musa.” Sememangnya Ummul Mukminin Sofiyyah berketurunan Nabi Harun AS. Beliau memiliki keimanan yang diwarisi daripada nenek moyangnya iaitu Nabi Harun AS.
‘Abdullah bin Salam RA dan Sofiyyah binti Huyay RA adalah antara golongan Yahudi yang beriman dan status mereka sebagai sahabat Nabi Muhammad SAW yang utama dan Ummul Mukminin tidak dapat dinafikan lagi sehingga terdapat ayat al-Qur’an yang menyatakan bahawa walaupun terdapat seorang saksi dalam kalangan Bani Israel (Yahudi) yang beriman dan membenarkan al-Qur’an sebagai wahyu daripada Allah SWT, orang-orang Yahudi tetap tidak mahu beriman (Surah al-Ahqaf, ayat 10). Ulama tafsir menyatakan bahawa “seorang saksi (syahid)” dalam ayat tersebut merujuk kepada ‘Abdullah bin Salam RA.
Al-Qur’an dengan jelas menyatakan bahawa di dalam Kitab Taurat dan Injil yang diturunkan kepada golongan Ahlul Kitab ratusan tahun dahulu sebelum penurunan al-Qur’an terdapat ramalan tentang kelahiran dan pengutusan seorang rasul terakhir yang bernama Ahmad (Ahmad merupakan versi lain bagi nama Muhammad) (Surah As-Sof, ayat 6). Bagi golongan Ahlul Kitab yang benar-benar arif dan memahami isi kandungan kitab suci Taurat dan Injil serta benar-benar bersifat jujur dalam mencari kebenaran, mereka akan menyedari bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penutup sekalian para nabi dan rasul serta penyambung legasi para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Nuh (Noah) AS, Nabi Ibrahim (Abraham) AS, Nabi Musa (Moses) AS dan Nabi ‘Isa (Jesus) AS dalam menyampaikan risalah tauhid bahawa “Tiada Tuhan yang layak dan berhak disembah melainkan Allah SWT.” Ini kerana al-Qur’an sendiri menyatakan bahawa golongan Ahlul Kitab mengenali identiti Nabi Muhammad SAW (sebagai penutup sekalian para nabi dan rasul) lebih daripada mereka mengenali anak mereka sendiri.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an: “Katakanlah (Muhammad, lebih umumnya umat Islam, kepada golongan Ahlul Kitab): “Wahai golongan Ahlul Kitab! Marilah kita bersama (bersetuju) dalam satu kalimah (perkara) yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak akan menyembah sesuatu pun melainkan Allah, dan kita tidak akan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, serta janganlah sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka (golongan Ahlul Kitab) berpaling (enggan menerimanya), maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah oleh kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran, ayat 64). Lihat juga dalam Surah al-Ikhlas, ayat 1; Bible, Deutronomy 6:4 dan Mark 12:29.
Untuk maklumat lebih lanjut dan mendalam berkenaan perbincangan ini, para pembaca boleh merujuk sumber-sumber ilmiah di bawah:
Sumber Rujukan
– Ibnu Hibban, Abu Hatim Muhammad, Tarikh as-Sohabah allazi ruwiya ‘anhum al-Akhbar, Beirut: Darulkutub al-‘Ilmiyyah, 1988.
– Asy-Syaukani, Muhammad bin ‘Ali, Dar as-Sahabah fi Manaqib al-Qarabah wa as-Sohabah, Damsyik: Dar al-Fikr, 1984.
– An-Nasa’ie, Abu ‘Abdul Rahman Ahmad bin Syu’aib, Fado’il as-Sohabah, Beirut: Darulkutub al-‘Ilmiyyah, 1984.
– Zulkifli Mohd. Yusoff (Ketua Panel Penulis), Kamus al-Qur’an, Rujukan Lengkap Kosa Kata dalam al-Qur’an, Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 30 Disember 2015.
– Nasaruddin Awang al-Hafiz, Catatan Sejarah Rasulullah SAW, terbitan Dr. Aziz Hashim, Februari 2013.
– Harda Haryamanto, “The Ahl al-Kitab Conception in Islam: Dialogue with Religious Pluralisme Proponents,” dalam Karsa, Journal of Social and Islamic Culture, Vol. 25, No. 1, Jun 2017, hlm. 200-231.

Kenali Muhammad RasuluLlah SAW

1999
Assalamu’aikum saudara dan saudariku,
AlhamduliLlah hari ini Isnin 11 Rabi’ulAwwal dan esok adalah 12hb, marilah kita mulakan ingatan kita kepada RasuluLlah lebih awal dengan mengenali dirinya supaya lebih kasih dan sayang kepadanya menjelang MaulidurRasul.

Posting ni agak panjang tapi ambillah sedikit masa dan bacalah perlahan-lahan.
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
makam-halimahIbu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

caravanISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam’ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
Ummu Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah Hamzah, Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
2. Halimah Al-Saidiyyah Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith Muqawwam Zubair Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ‘ bah
Hijl
Dhirar
Umaimah Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ## Arwa ## Barrah Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

SAW houseKENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Sifat Fizikal
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata menggambarkan RasuLlahSAW para sahabat ialah:
– Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW
– Aku melihat cahaya dari lidahnya
– Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
– Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
– Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
– Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
– Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
– Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
– Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
– Wajahnya seperti bulan purnama.
– Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
– Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampaK jelas semasa marah.
– Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
– GariS2 merah dibahagian putih mata, luas kelopak, kebiruan di sudut. – – Hidung agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas.
– Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
– Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
– Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
– Janggutnya penuh dan tebal menawan.
– Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
– Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
– Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
– Rambutnya sedikit ikal.
– Rambutnya tebal(sesekali)menyentuh pangkal telinga, mencecah bahu disisir
– Rambutnya terbelah di tengah.
– Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan menganjur dada ke pusat.
– Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
– Seimbang antara kedua bahunya.
– Pergelangan tangan & tapak lebar, jari juga besar dan tersusun cantik.
– Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
– Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
– Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
– Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
– Warna kulitnya tidak putih atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
– Warna putihnya lebih banyak.
– Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
– Warna kulitnya putih tapi sihat.

jubah_rasulullah_s_a_wWARNA-WARNA KEGEMARAN RASULULLAH
1. Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺberpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” .
2. Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi ﷺmemakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”.
3. Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalahhijau.”.
4. Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”.
5. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi ﷺ keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”.
6. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah ﷺ berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”.
7. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad ﷺ pernah memakai pakaian berwarnahitam, merah hati, kelabu dan warna campuran..
8. Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi ﷺmenutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”.

KENDERAAN RASULULLAH SAW
Kuda – Lizaz, Dharib, dan Luhaif.
Kuda pertama yang dimiliki Rasulullah SAW bernama as-Sakb. Beliau membelinya dari seorang Arab Baduwi dari Bani Fazarah seharga 10 uqiyah (mata uang zaman dahulu). Saat dimiliki penjualnya, ia bernama ad Dharis, lalu oleh Rasulullah saw diganti dengan as-Sakb. Kuda tersebut memiliki warna putih di kaki dan kepalanya sebelah kanan. Itu adalah kuda pertama Rasulullah saw yang digunakan di medan perang.Ia memiliki pakaian dari kulit. Suatu saat Rasulullah saw lumba pacuan kuda, dan beliau mengendarainya lalu beliau menang. Karena itu beliau senang padanya. -Al Murtajaz. Rasulullah saw membelinya dari seorang Arab Baduwi yang disaksikan oleh Khuzaimah bin Tsabit. Baduwi tersebut dari Bani Murrah. Sahl bin Saad as Saidi berkata:“Rasulullah saw memiliki tiga ekor kuda yang kupelihara, yaitu: Lizaz, Dharib, dan Luhaif. Adapun Lizaz adalah hadiah dari al Muqoiqis; sedangkan Luhaif hadiah dari Rabiah bin Abi Bara, yang dibalas Rasulullah saw dengan beberapa baju kulit dari Bani Kilab; dan Dharib adalah hadiah dari Farwah bin Amr al Judzami. – Al Wardu. Ini adalah hadiah dari Tamim ad Dari. Lalu diberikan kepada Umar. Beberapa saat kemudian oleh Umar kuda tersebut dijual

muhammad_saw_sifatlebah_14Bagal dan Keldai (Duldul dan Ufair)
Disamping kuda, Rasulullah saw memiliki bagal yang beliau kendarai saat bepergian. Rasulullah saw biasa menumbuk gandum sebagai makanan bagal tersebut.Bagal yang bernama Duldul tersebut masih hidup sepeninggal Rasulullah saw, hingga tanggal gigi-giginya.Hingga akhirnya ia meninggal di Yanbu’.Adapun keldai rasulullah saw yang bernama Ufair mati saat haji Wada’.

Unta – al-Qaswa
Rasulullah saw juga memiliki 20 Unta yang dibiarkan berkeliaran. Setiap malam diperah susunya hingga terkumpul 2 geriba (tempat susu dari kulit) yang besar. Diantara unta-unta tersebut ada beberapa unta yang banyak susunya, yaitu: al-Hanna, as-Samra’, al-Urais, as-Sa’diyah, al-Baghum, al-Yasirah, dan ar-Rayya. Ada unta yang bernama Burdah, hadiah dari ad-Dahhak bin Sofyan, yang juga deras perahan susunya. Adapula yang bernama Mahrah dan as-Saqra’ merupakan kiriman dari Sa’d bin Ubadah. Dua unta tersebut adalah kenderaan terbaik dari Bani Uqail.Adapula yang bernama al’Adhba’ yang dibeli oleh Abu Bakar dari Bani Harisy seharga 800 dirham. Kemudian dibeli Rasulullah saw dengan 400 dirham. Unta tersebut dikendarai saat hijrah ke Madinah. Ketika beliau tiba di Madinah, unta itu merupakan tunggangan yang terbaik. Itulah yang disebut al-Qoswa, terkadang disebut al-Jad’a. Karena menyusahkan kaum muslimin, maka diikat agar tidak berontak lari.

topi-besi-rasulullah-sawKasut Rasulullah
Buraidah berkata: Raja an-Najasyi menghadiahkan sepasang kasut berwarna hitam pekat kepada Rasulullah. Rasulullah memakai kasut itu. Kemudian, beliau berwudhuk dan hanya menyapu air pada kasut itu. (Hadis sahih. Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Selipar RasuluLlah
Qaradah r.a meriwayatkan bahwa beliau bertanya :”Bagaimana keadaan capal Rasulullah s.a.w?” beliau menerangkan :”Bagi setiap capal terdapat dua jaluran tali kulit.”Hadis yang serupa diriwatkan oleh Abu Hurairahr.a:” Di tanah Arap keadaan capalnya berbeza dengan bentuk capal yang digunakan hari ini. Bentuk capal itu ialah dua jalur tali kulit dilekatkan ke tapak kulitnya seperti selipar sekarang. Ini adalah kerana pada zaman tersebut tidak ada sepatu seperti yang kita pakai hari ini.”

Tempat Tidur RasuLlah

Aisyah RA meriwayatkan,”Sungguh, tempat tidur Rasulullah SAW, terbuat dari kulit binatang yang diisi dengan sabut.”(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad).Muhammad bin Ali bin Hussain meriwayatkan,”Seseorang bertanya kepada Aisyah, ‘Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?’. Ia menjawab, ‘Terbuat dari kulit yang diisi dengan sabut.’.””Seseorang bertanya pada Hafshah, ‘Seperti apa tempat tidur Rasulullah SAW di rumah mu?’. Ia menjawab, ‘Kain mori yang kami lipat dua kali, hingga beliau tidur diatasnya. Pada suatu malam, saya beranggapan bahawa jika saya melipatnya empat kali, nescaya tempat tidur itu menjadi lebih empuk. Maka, kami pun melipatnya empat kali. Namun, saat terbangun, beliau bertanya, ‘Apa yang kalian sediakan untuk tempat tidurku tadi malam? Kami menjawab, ‘Itu memang tempat tidur engkau, hanya saja kami melipatnya empat kali supaya lebih empuk.’ Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Kembalikanlah seperti semula! Kerana keempukannya telah menghalangiku untuk melaksanakan solat malam.’.”(Riwayat Tirmidzi). Sumber : Syamail Muhammad SAW – Imam al-Tirmizi

Makan dan Minuman kegemaran RasuluLlah

Barli, susu, cendawan, kurma, buah tin, tembikai, delima, madu, minyak zaitun, cuka, air