07 August 2017

Hidup diumpamakan WAP

Hidup itu seperti WAP, 
yang sebentar saja kelihatan, lalu lenyap !!
Ketika orang memuji MILIKKU,
aku berkata Bahawa ini HANYA pinjaman saja.
 
Bahawa kenderaanku adalah pinjaman-NYA,
Bahawa rumahku adalah pinjaman-NYA,
Bahawa hartaku adalah pinjaman-NYA,
Bahawa putera-putera dan puteri-puteriku hanyalah pinjamanNYA ...

Tapi mengapa aku tidak pernah bertanya,
MENGAPA DIA meminjamkan kepadaku?
UNTUK APA DIA meminjamkan semuanya kepadaku.

Dan kalau bukan milikku,
apa yang seharusnya aku lakukan untuk pemilikNYA ini?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika pinjaman itu diminta kembali olehNYA?
 
Malahan ketika diminta kembali,
kusebut itu MUSIBAH,
kusebut itu UJIAN,
kusebut itu MALAPETAKA,
kusebut itu apa saja ...
Untuk melukiskan, Bahawa semua itu adalah DERITA....
 
Ketika aku berdoa,
kuminta pinjaman yang sesuai dengan
KEPERLUAN DUNIAWI,
Aku ingin lebih banyak HARTA,
Aku ingin lebih banyak KENDERAAN,
Aku ingin lebih banyak RUMAH,
Aku ingin lebih banyak POPULARITI,

Dan ku tolak SAKIT,
Ku tolak KEMISKINAN,
Seolah semua DERITA adalah hukuman bagiku.

Seolah-olah KEADILAN dan KASIHNYA, 
harus berjalan seperti penyelesaian matematik
dan sesuai dengan kehendakku.

Aku rajin beribadah,
maka selayaknyalah derita itu menjauh dariku,
Dan nikmat dunia seharusnya kerap menghampiriku ...

Betapa curangnya aku,
Kuperlakukan DIA seolah Alat Daganganku
dan bukan sebagai Kekasih!

Kuminta DIA membalas perlakuan baikku
dan menolak keputusan-NYA yang tidak sesuai dengan keinginanku ...

Padahal setiap hari kuucapkan,
*_Hidup dan Matiku, Hanyalah untuk-MU

Mulai hari ini,
ajari aku agar menjadi peribadi yang selalu bersyukur
dalam setiap keadaan
dan menjadi bijaksana,
mahu menuruti kehendakMU saja ya ALLAH ...

Sebab aku yakin....
ENGKAU akan memberikan anugerah dalam hidupku ...
KEHENDAKMU  adalah yang terBAIK bagiku ..

Ketika aku ingin hidup KAYA,
aku lupa,
Bahawa HIDUP itu sendiri
adalah sebuah KEKAYAAN.

Ketika aku berat utk MEMBERI,
aku lupa,
Bahawa SEMUA yang aku miliki
juga adalah PEMBERIAN.

Ketika aku ingin jadi yang TERKUAT,
....aku lupa,
Bahawa dalam KELEMAHAN,
Tuhan memberikan aku KEKUATAN.

Ketika aku takut Rugi,
Aku lupa,
Bahawa HIDUPKU adalah
sebuah KEBERUNTUNGAN,
kerana AnugerahNYA.

Ternyata hidup ini sangat indah, ketika kita selalu BERSYUKUR kepadaNYA

Bukan kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA.
Tetapi kerana kita BAHAGIA,
maka hari ini menjadi INDAH.

Bukan kerana tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS.
Tetapi kerana kita optimis, RINTANGAN akan menjadi tak terasa.

Bukan kerana MUDAH kita *YAKIN BOLEH *.
Tetapi kerana kita *YAKIN BOLEH *.!
semuanya menjadi MUDAH.

Bukan kerana semua BAIK kita TERSENYUM.
Tetapi kerana kita TERSENYUM, maka semua menjadi BAIK,

Tak ada hari yang MENYULITKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang membuat SULIT.

Bila kita tidak dapat menjadi jalan besar,
cukuplah menjadi JALAN SETAPAK
yang dapat dilalui orang,

Bila kita tidak dapat menjadi matahari,
cukuplah menjadi LILIN
yang dapat menerangi sekitar kita,
 
Bila kita tidak dapat berbuat amar ma'ruf,
Jangan kita bebani dengan nahi munkar,
yang dapat memayungi kehidupan kita,

Bila kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang,
maka BERDOALAH untuk
kebaikan.

🍀🌿🍀🌿🍀🌿

USIA 45 KE ATAS

USIA 45 KE ATAS SEBAIKNYA SDH TIDAK USAH FOKUS MEMBURU MAKANAN... PERBANYAK REKREAKSI SAJA..
Ini pesanan Prof. Dr. dr. Bhenny Karim, SpPD-KR. (Guru Besar FK UGM)

Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 45 Thn ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan.

Proses Penuaan (Aging Process) sdh Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya Penurunan Fungsi Organ-organ (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan Penurunan Hormon-Hormon (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.

Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Berlangsung Kronik yg Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda.

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'

Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer (Pikun).
5. SD (Sexual Dysfunction).

APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?

1. BERGERAK.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.

2. SENAM OLAH NAFAS
Seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Menuras CO2.

3. KURANGI KARBOHIDRAT
Cukup Protein, Buah & Sayur.

4. JAGA BERAT BADAN
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki. 
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.

5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.
Cek BP Tiap Minggu. 

6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.
Jadi Periksa Darah Max Tiap 6 Bulan. 

7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.

8. ISTIREHAT CUKUP
- Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon). 
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak). 
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak). 
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

9. KURANGI STRESS
- Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
- Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi
 - Sentiasa Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif 

Perbanyak Masa Borak2, Sembang2 Santai, Gurau-senda,  Erat Silaturahim atau Berkumpul dgn Keluarga & Teman2.

Elakkan Marah2 atau Terlalu Emosi, Hindari Hal2 yg Berpotensi Membuat Sedih/Angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia.

Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (JIMAT lbh BAIK tapi BUANG JAUH2 sikap KEDEKUT).

JGN TERLALU BERKIRA TERUTAMA DGN ORANG2 TERDEKAT KITA..

Kongsi Jika Bermanfaat..

Bertuhan tanpa rasa bertuhan


بسم الله الرحمن الرحيم


Dia sedang membiasakan diri solat berjemaah di masjid. Adakalanya di saf hadapan, selalunya di saf kedua atau ketiga. Kebiasaannya dia akan menunaikan solat sunat sejurus solat fardhu.
******

Dia membaca al-Quran setiap hari. Dia menetapkan untuk membaca sekurang-kurangnya 5 muka setiap hari. Kadangkalanya terkurang dari 5 muka, dan jarang tidak membaca langsung al-Quran dalam sehari. Biasanya akan ambil satu atau dua ayat untuk ditadabbur.
******

Allah memberi kesempatan kepadanya untuk bangun awal pagi itu, maka dia pun segera berwudhu'. Sunat tahajjud dilakukan, diikuti sunat taubat dan witir.

"Alhamdulillah, bukan setiap hari dapat peluang sebegini."
******

Kemanisan taat pada awalnya, perlahan-lahan berubah menjadi kebiasaan.

Ibadah, rasanya tawar. Tak pasti sebabnya.

Mengapa ibadah yang dilazimi ini, tidak lagi membahagiakan, tapi, menjadi rutin yang membosankan...?
يا ايها الانسان ما غرك بربك الكريم

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

Ayat ini menghairankan, Allah menggunakan kata panggilan 'wahai manusia' berbanding 'wahai orang beriman', bermakna ayat ini ditujukan kepada semua manusia, bukankah yang mempercayai Tuhan itu hanya para mukmin? Ataupun sebenarnya memang manusia itu percaya pada Tuhan?

Hmmm, dia berfikir sejenak.

Benar, manusia fitrahnya akan percaya pada suatu kuasa luar biasa yang mampu menentukan hidup dan matinya. Sejarah panjang ribuan tahun kemanusiaan membuktikannya. Manusia akan sentiasa mencari Tuhan, sebahagian dalam bentuk yang pelbagai - batu, pokok, matahari, dan sebahagian mendua-tiga-jamakkan Allah, ini kerana tidak dipandu dengan wahyu. Semua manusia, melainkan sedikit ateis secara relatif, akur pada Tuhan, bahkan ada yang bertengkar kerana berebutkan Tuhan. 

"Allah itu bukan Tuhan kamu sahaja, tetapi Tuhan kami juga!"

***********

Mengaku ber-Tuhan itu mudah..

Tetapi, merasa ber-Tuhan itu, payah...

Mungkin kerana itulah ibadah kita terasa kosong. Ritual yang dilaksana tanpa perasaan. 

Sebenarnya bukanlah Allah itu tidak ada, Allah sentiasa ada.

tetapi Allah telah hilang dari dalam hati kita.

Besarlah kerugian bagi kita, saat kehilangan Tuhan dari jiwa yang dipinjamkan Tuhan.

Mengapa terjadi sebegini?

Barangkali hati yang kotor tidak memungkinkan cahaya Allah memasukinya..perlu dibersihkan, disental dari maksiat dan jahiliah yang enggan ditinggalkan... dipandang enteng dosa-dosa, bahananya mampu menghijabkan hati dari nur. Hilang rasa ber-Tuhan itu bermakna hilangnya rasa takut. Hilang rasa takut, maka tiada lagi menjadi dinding antara diri dengan kejahatan dan kezaliman. Hilangnya khauf pada firaun sehingga mengaku Tuhan, apa pula kesannya pada kita?

Mungkin ini adalah teguran Allah bahawa kita sebenarnya belum benar-benar beriman... agar kita berterusan membaiki amal-amal. Bermula dengan memperbaiki hal-hal asas- solat, pada niatnya, berbuat kerana apa? Apa niat 'sahaja aku solat kerana Allah taala' selari dengan niat di hati?
Pada perkataannya, fahami dan hayati ayat-ayat yang dibaca. Pada wudhunya, mungkin tidak cermat, terbazir. Renungilah makna firman,
"Berjayalah orang-orang mukmin itu,
iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka." (al-Mukminun:1-2) 

Berjayanya seorang mukmin itu, pertamanya disebutkan mereka yang khusyuk dalam solatnya. Barulah disebut yang lain-lain. 

Curilah masa berbicara dengan Allah. Terbiasa bicara dengan manusia tentang Tuhan, kali ini kita mencurahkan pula terus pada Tuhan. Terus kepada Allah.

Luahkan rasa yang kian lama terpendam di hati, bahawasanya sudah terlalu lama tidak mampu merasai kehadiranNya, kepadaNya yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala isi hati. 

Semoga Allah mengembalikan rasa manisnya ber-Tuhan selari dengan fitrahnya kita sebagai hamba...

06 August 2017

9 Perkara yang dilarang semasa Melawat Bayi

Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 9 Perkara Ini. Ramai TAK AMBIL TAHU !!! | Dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan bayi baru lahir, ada beberapa perkara yang perlu dipandang berat. Ingatlah yang anda akan bertemu dengan dua insan yang masih belum sihat sepenuhnya selepas kedua-duanya melalui proses kelahiran.

Setiap daripada kita mesti teruja melawat keluarga atau rakan terdekat yang baru melahirkan bayi. Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bahawa bayi yang baru lahir adalah amat sensitif kerana mereka sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.
Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu mahupun keluarga yang perlu dipertimbangkan. Bagi memastikan diri anda adalah tetamu yang beradab, maka anda perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan ini.
1. BERITAHU TERLEBIH DAHULU
Elakkan datang terlalu awal kerana sesetengah ibu bapa sebenarnya agak keberatan untuk menerima tetamu, lebih-lebih lagi sekiranya keadaan ibu masih memerlukan perhatian atau bayi yang dilahirkan kurang sihat.

Jika kita tidak pasti sama ada mereka bersedia menerima kehadiran tetamu, bertanya dahulu keadaan mereka. Dan sekiranya anda telah berjanji untuk melawat keluarga tersebut dalam tempoh tertentu, patuhilah masa tersebut.




2. TAK PERLU LUANGKAN MASA TERLALU LAMA
Beri ucapan tahniah kepada rakan anda, tanyakan khabar, dan berbual-bual ringkas sekadarnya. Walaupun bayi baru lahir selalunya tidur, mereka kerap juga diberikan perhatian.

Selalunya, ibu perlu menyusu badan dengan kerap pada awalnya dan kehadiran tetamu mungkin akan memberi sedikit kesukaran untuk mereka menyusukan bayi dengan selesa.

3. JANGAN AMBIL GAMBAR TANPA KEBENARAN
Memang comel melihat bayi. Walaupun mereka tidur, kita tetap leka dengan gelagat mereka.

Tapi, sebelum mengeluarkan kamera atau smartphone, mintalah izin daripada ibu bapanya untuk diambil gambar bayi tersebut. Sesetengah ibu bapa belum mahu memaparkan wajah bayi mereka kepada orang ramai atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, hormatilah pendirian mereka.

4. ELAK BAWA AHLI KELUARGA YANG SEDANG SAKIT
Jika ada antara anak anda yang sedang demam, selsema, dijangkiti ruam, atau sebagainya, tangguhkan dahulu melawat bayi baru lahir. Seperti yang kita tahu, bayi amat sensitif dan mudah terkena jangkitan, lebih-lebih lagi semasa usianya baru menjangkau beberapa hari.

Jika terpaksa membawa mereka, pastikan anda memesan supaya mereka tidak terlalu mendekati bayi dan menciumnya sesuka hati.

5. BASUH TANGAN KETIKA MAHU MEMEGANG BAYI
Jika anda ingin memegang bayi, pastikan tubuh anda dalam keadaan bersih. Lebih baik jika dapat mencuci tangan sebelum menyentuh dan memegang bayi untuk mengelakkan jangkitan.

6. FIKIR SEBELUM MENCIUMNYA
Apabila anda bersin, batuk, bernafas, termasuk mencium bayi, kuman boleh terbebas dan menular kepada orang di sekelilingnya, terutamanya bayi yang masih lemah antibodinya.

Apabila dicium-cium, kuman mudah berpindah dari mulut anda melalui air liur ke pipi atau bibir si kecil.

7. MEROKOK, WALAUPUN SEBELUM BERJUMPA BAYI
Ini salah satu perkara yang amat penting. Tak kiralah sebelum berjumpa bayi atau semasa di luar rumah / hospital, seseorang tak sepatutnya merokok apabila mereka mendekati bayi.

Ini kerana, walaupun bayi tidak menghidu asap rokok secara terus daripada rokok, bau-bauan yang masih melekat pada baju menandakan partikel kimia itu masih berada pada tubuh anda. Bahkan, asap rokok basi ini lebih merbahaya berbanding asap rokok itu sendiri!

8. JANGAN KEJUTKAN BAYI YANG SEDANG TIDUR
Kita tak tahu betapa susahnya ibu bapa cuba menidurkan anak mereka tadi. Oleh itu, tolonglah jangan mengejutkan bayi sekiranya mereka sedang tidur semata-mata untuk mendukung atau mengambil gambar mereka.

Apabila bayi meragam, tentu ibu bapa akan berasa susah hati dan bertambah letih untuk memujuknya nanti.

9. JAGA PERCAKAPAN
Tak perlu beri nasihat sekiranya tidak diminta, lebih-lebih lagi jika si ibu dan ayah kelihatan tidak bermaya. Mungkin mereka belum bersedia menerima sebarang komen yang mungkin merimaskan, walaupun anda seorang yang lebih berpengalaman.

Ucapkanlah perkara-perkara yang baik dan boleh menenangkan hati mereka.

‘KEEP IT SHORT AND SWEET

Jika anda datang ke rumah mereka, pesankan supaya mereka tak perlu sediakan apa-apa. Kita datang semata-mata untuk menziarahi mereka, dan bukannya untuk dilayan dengan pelbagai jenis makanan.

Jika membawa buah tangan, bawakan makanan yang sesuai seperti buah-buahan, roti, atau juadah yang boleh dimakan oleh wanita berpantang. Tidaklah mereka ‘kempunan’ dan ‘terliur’ melihat makanan-makanan yang hanya boleh dibuat bahan pameran!

Jika Anda Disengat Lipan

BAHAYANYA !!! Ramai Yang Tak Tahu! Inilah Padahnya Jika Anda Disengat Lipan. Cepat Lakukan 3 Perkara Ini Kalau Disengat !

 
Gigitan lipan bahaya tak? Doktor, saya ni nak mati dah ke? Kena sengat lipan bara besak bukan main,". 

Kes pagi tadi di klinik doktor. Lipan ini sebenarnya ada di mana-mana sahaja terutamanya di tempat-tempat yang lembab seperti:

Dalam bilik air. Kalau mandi itu, tengok-tengoklah, kot-kot terkejut jumpa lipan. Lari keluar tunggang langgang terlupa tutup aurat.

Bawah almari baju atau katil. Sebelum menutup lampu nak tidur, periksa sama ada anda tidur bersama lipan dalam selimut anda.



Menyorok di dalam kasut. Jadi berhati-hati semasa hendak memakai kasut. Balingkan kaut keluar bila ada benda bergerak-gerak dalam kasut. 

Terdapat 1,500 jenis lipan yang berbeza saiz dan warna di seluruh dunia. Mari doktor berikan info sedikit mengenai sengatan lipan.

Gigitan lipan seperti gigitan ular dengan dua lubang di kawasan gigit. Gigitan lipan hanya sakit di bahagian yang digigit. Malah, serangga itu tidak beracun dan tidak perlulah anda berasa panik. Tenang dan cari lipan itu serta balas dendam dengan bertarung dengannya sehingga terkulai supaya tidak menyengat orang lain.

Bagaimana merawat gigitan lipan? Perlu tahu bahawa sengatan lipan bukanlah toksik dan ia tidak akan membawa kepada maut serta boleh dirawat. Gunakan sabun antiseptik dan air untuk mencuci bahagian yang disengat. Bagi mengurangkan kesakitan, gunakan kompres panas. Dalam kes bengkak, pek ais atau kompres sejuk untuk kurangkan kesakitan itu. Sekiranya kesakitan teramat sangat, makanlah ubat tahan sakit.

!Gigitan lipan juga boleh menyebabkan gatal, jadi gunakan krim Hydrocortisone. Antibiotik hanya akan digunakan bila ada infeksi di kawasan gigitan lipan..

Nekrosis atau kematian tisu jika disengat lipan terlalu kuat. Berwaspadalah semua terutamanya pada yang menghidap diabetis. Anda juga dinasihatkan mengambil suntikan tetanus. Jika anda mengalami alahan pada bisa lipan sampai penat lelah dan gatal seluruh badan, suntikan atau makan ubat Antihistamine digalakkan.

Gejala sengatan lipan

Sakit dan bengkak kecil adalah tanda-tanda biasa apabila disengat oleh anak lipan atau lipan pondan. Ia akan terhapus sendiri dalam beberapa jam sahaja. Jika anda disengat oleh lipan bara, gejala teruknya seperti di bawah yang mana anda perlu mendapatkan rawatan segera di hospital:

Jantung berdebar-debar kencang. Rentak jantung boleh menjadi pelahan atau terlalu cepat dan kadar denyutan tidak normal.
§     Sakit kepala, ketakutan, kebimbangan dan muntah-muntah.
§     Bengkak nodus limfa.
§     Kemerahan dan gatal-gatal melarat di seluruh badan.
§     Nekrosis atau kematian tisu dalam kes teruk.

Cara untuk menghilangkan rasa sakit yang menyucuk-nyucuk akibat gigitan lipan ialah dengan menggunakan tembakau. Ambil sedikit tembakau dan kunyah. Perah airnya di tempat yang terkena gigit. Jika tidak dapat mencari tembakau, boleh juga digantikan dengan asam jawa. Ambil air perahan biji asam jawa dan sapukan ke tempat yang sakit. Lakukannya secara berulang kali. 


Cara yang lain juga ialah mencari lipan yang menggigit anda itu. Bunuh dan bakar sehingga menjadi abu. Abunya diambil dan disapukan pada tempat yang terkena gigitan itu.

Amal Soleh Yang Ditolak

Nauzubillah Min Zalik!! Inilah Amal Soleh Yang Ditolak & Dibaling Ke Muka. 

 
 "Tanda yang nampak pada lidah orang yang 'ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini-begini, aku begini seperti perkataan Iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s.),


Surah Al A 'raf, ayat 12"Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada tanah". [QS 7:12]

Imam Abdullah bin Al Mubarak r.a. telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:




"Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w.".


Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhimya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata:

"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:
Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari Kiamat nanti".


"Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut".



Langit Pertama
Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawaamalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:


"Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas".



Langit Ke 2
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:


"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran".



Langit Ke 3
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:


"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai".

Langit Ke 4
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu:


"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya".


Nota:
'Ujub, takbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah diubati. 'Ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran serta memandang orang lain dengan pandangan penghinaan. Tanda yang nampak pada lidah orang yang 'ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini-begini, aku begini seperti perkataan Iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s.),
"Aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada tanah". (Surah Al A 'raf, ayat 12)


Langit Ke 5
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:


"Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasad akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasad ini melintasi aku".



Langit Ke 6
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:


"Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku".



Langit Ke 7
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialahsembahyang,puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:


"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir di sini bermakna: mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain).

Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. la beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat 
tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak".



Di Hadapan Allah
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah.


Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:


"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. la sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. la hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknat Ku".


Lalu para malaikat tadi berkata:


"Ke atasnya laknat Mu dan juga laknat kami". Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.


Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata:
"Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera".


Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka.

Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu danjangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti".


Muaz bertanya: "Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?"


Nabi s.a.w. menjawab: "Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah".


Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: "Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang
banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini".


Hadis ini riwayat lbnul Mubarak di dalam Kitab Al Zuhd dan riwayat lbnul Jauzi di dalam kitab Al Maudhu'at (Lihat Takhrij Al Iraqi, Ihya Ulumiddin 3/295).



Dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah  (Permulaan Jalan Hidayah) Imam Al Ghazali, muka surat 144.

Sila Sebarkan...