06 August 2017

10 Perkara Yang Menyelamatkan Kita Dari Azab Neraka

10 Perkara Yang Menyelamatkan Kita Dari Azab Neraka

 

Antara sebab kewujudan kita di atas muka dunia ini adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab neraka Jahannam. Allah merakamkan di dalam al-Quran,

 ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ 

"Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya." (4:185)

Kejayaan sebenar adalah selamat dari seksa neraka, dan mendapat ganjaran terbesar, iaitu memasuki syurga.

Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu taala telah menyenaraikan 10 perkara atau cara supaya terhindarnya kita dari azab yang maha pedih; azab jahannam. 

1. Taubat

Taubat bermaksud kembali kepada Allah. Ia adalah merupakan tindakan hati. Taubat adalah sebuah psychological state; perasaan ingin kembali kepada Pencipta, Rabb. Rasulullah saw pernah mengatakan, "الندم التوبة" yang bermaksud, "rasa bersalah itu taubat".

Oleh kerana dosa menjauhkan kita dari Allah, meletakkan pembatas antara kita dan Allah, maka taubat mengembalikan kita semula kepada Allah setelah melakukan dosa.

Taubat adalah merupakan cara paling berkesan untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Tidak ada cara lain yang lebih hebat dari taubat. Tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan melalui taubat. 

  ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا

"kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa" (39:53)

Apa yang membuat taubat ini lebih lebih hebat ialah penerimaan taubat itu dijamin keatas mereka yang bertaubat dengan ikhlas. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menjadi penghalang antara pendosa dan rahmat Allah. 

Bahkan, sebahagian ulama' telah menyebutkan bahawa konsep taubat ini adalah antara hikmah mengapa Allah menciptakan kita.

Apabila malaikat mempersoalkan "ya Allah mengapa Engkau menciptakan manusia sedangkan mereka ini selalu menumpahkan darah, saling bermusuhan, berperang? Sedangkan kami- para malaikat tidak melakukan dosa. Kami sering mengingatimu tanpa lelah, sentiasa taat dan patuh kepadaMu."

Allah pun menjawab "Aku lebih tahu apa yang kalian tidak tahu."

Di sinilah sebahagian mufassirun memberi komentar bahawa sebab Allah menciptakan manusia adalah agar Dia dapat memanifestasikan, memperlihatkan rahmat dan cintaNya kepada hamba-hamba yang selalu berdosa. 

Subhanallah ikhwati fillah. 

Sepertinya Allah mengatakan,
"Supaya mereka tahu betapa aku ini Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang, maka apakah tidak ada dari hamba-hambaku yang mahu bertaubat?"

Nabi saw juga ada menyebutkan, "orang yang melakukan taubat itu seperti tidak pernah melakukan apa-apa dosa" (HR. Ibn Majah)

Lalu, apakah yang menghalang kita daripada mahu bertaubat?

2. Istighfar.

Apabila kita mengatakan bahawa taubat ialah tindakan hati, maka istighfar pula ialah tindakan lidah kita. Taubat yang dilisankan. taubat dan istighfar; kedua-dua adalah hal berbeza, tapi saling memerlukan. Istighfar adalah salah satu cara melahirkan rasa taubat.

Nabi saw bersabda,

وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.”
(HR. Bukhari)

Jika nabi saw sering bertaubat dan beristighfar, bagaimana dengan anda dan saya?

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari diceritakan tentang seorang hamba yang berbuat dosa kemudian berkata, 

يَا رَبِّ إِنِّى أَذْنَبْتُ ذَنْبًا فَاغْفِرْ لِى

"Ya Allah aku telah berdosa, ampunilah aku"

Maka Allah berfirman,

عَلِمَ عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ 

"Hambaku mengetahui bahawa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa"

Maka dia pun diampunkan. Dan berulang-ulang kali hal yang sama terjadi. Dia berulang kali melakukan dosa, dan Allah tidak letih mengampunkan dosa-dosanya. Allah tidak menyukai dosa, tetapi Allah mencintai pendosa yang bertaubat. 

3. Melakukan kebaikan

Berbuat kebaikan akan menghapuskan dosa-dosa. Dalam sebuah hadith nabi saw diceritakan bahawa seorang lelaki telah mencium seorang wanita ajnabi lalu bertemu dengan Nabi saw dan berkata, "Ya Rasulullah aku telah melakukan sekian dan sekian apakah aku akan diampunkan?" Rasulullah saw mendiamkan diri. Apalagi tidak ada sebarang hukuman dalam syarak terhadap perkara tersebut. Kemudian datangnya waktu solat dan mereka solat. Selepas solat, Nabi saw memanggil si fulan dan berkata, "Bukankah engkau telah hadir ke masjid dan solat bersama kami?" "Ya" jawabnya. Lalu kata nabi, " ان الحسنات يذهبن السيات" "Sesungguhkan kebaikan menghapuskan kejahatan".

Setiap sedeqah, setiap wudhu', setiap solat, setiap senyuman, setiap tenaga yang disumbang, apa-apa sahaja kebaikan akan menghapuskan sebahagian dari dosa-dosa.

4. Doa daripada orang-orang beriman kepada kita

Mendoakan orang lain agar diampunkan adalah perintah dan anjuran Allah. Doa mampu menghapuskan dosa-dosa.

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". (59:10)

Kita mengharapkan, agar setelah kita pergi, sebahagian doa-doa dari orang muslim itu sampai kepada kita, apatah lagi doa-doa yang menyebut nama kita secara khusus. Doakanlah orang lain, semoga kita juga didoakan. 

"كما تدين تدان"

Sebagaimana kita mendoakan, kita juga didoakan.

5. Ujian di dunia

Atas rahmat dari Allah, setiap kesakitan, sama ada secara fizikal atau emosi yang menimpa akan menghapuskan dosa-dosa.

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. 

(HR. Bukhari)

Tiada manusia yang sukakan kepayahan dan kesakitan. Akan tetapi seorang mukmin bila diuji, sebahagian kecil dari dirinya akan menyedari dan menerimanya dengan lapang dada kerana menyedari bahawa Allah sedang mengampuni dosa-dosanya, dan mengharapkan agar apabila di mahsyar kelak, dosa-dosanya semuanya terhapus.

6. Azab di kubur

Azab seksa di kubur adalah perkara yang tidak kita mahu lalui. Akan tetapi, berbanding dengan azab neraka, azab di kubur lebih baik kerana ia mampu memadamkan dosa-dosa kita.

Akan ada sebahagian dari kita, naudzubillahi min dzalik, melakukan dosa-dosa besar dan akan diseksa di neraka jahannam. Namun, atas rahmatNya, Allah menjadikan azab kubur sebagai kaffarah.

7. Kepayahan di hari akhirat

Hari akhirat adalah merupakan hari kesusahan bagi kebanyakan manusia. Ia adalah hari yang amat panas, kecuali bagi mereka yang mendapat naungan dari Allah. Kiamat adalah hari di mana manusia akan kehausan, kecuali mereka yang Allah izinkan untuk minum dari perigi Haud. Untuk ramai manusia hisab terlalu menggugah kekuatan, titian sirat amat payah dilalui, kecuali mereka yang diberikan kemudahan oleh Allah. Sebahagian ini akan menjadi kaffarah untuk kita dari ditimpa azab jahannam.

8. Kebaikan dari orang hidup kepada yang telah mati

Doa dari seorang anak yatim yang pernah kita berbuat baik padanya, membesar lalu teringat pada kita dan mendoakan kita, masyarakat yang mendoakan kita kerana ilmu kita memberi manfaat kepada mereka, ini semua mampu menyelamatkan kita dari azab neraka.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith yang masyhur,

عَنْ اَبي هُـرَيْـرَةَ رَضِـَي اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذاَ ماَتَ ابْنُ اٰدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّمِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ اَوْوَلَدٍصَا لِحٍ يَدْعُوْلَه. رَوَهُ مُسْلِمْ

“Dari Abi Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW.bersabda; Apabila anak Adam telah meningal dunia terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kedua orang tuanya,”(HR Muslim)

Menyedari hal ini, menjadi keperluan bagi kita untuk memaksimakan manfaat kita semasa di dunia, planting the best of seeds, and as many as we could,agar selepas kita mati, mereka akan ingat pada kita dan mendoakan kita. Menjadi insan yang paling baik, yang paling pemurah, yang paling ringan tangan. Tidaklah kita tahu kebaikan mana yang akan membantu kita pada hari akhirat.

9. Syafaat nabi saw

Syafaat nabi mampu menyelamatkan kita dari azab neraka. Berdoalah sebagaimana doa kita selepas azan,

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدَاً الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامَاً مَحْمُودَاً الَّذِي وَعَدْتَهُ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

'Maqam mahmudaa' itu adalah maqam syafaat. Semoga Allah menerima kita dari mereka yang mendapat syafaat nabi saw di hari akhirat.

10. Rahmat dan kasih sayang Allah kepada sesiapa sahaja yang dia mahukan

Ini adalah yang terakhir, jauh sekali dari yang paling tidak penting. 

Rahmat Allah.

Hakikatnya, akhirat kelak akan ada terlalu ramai manusia yang layak untuk dicampak ke neraka jahannam. Akan tetapi, 

 ۚ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ

"...dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu..." (7:156)

Terlalu besar rahmat Allah. Dalam sebuah hadith nabi menceritakan bahawa Allah mempunyai 100 bahagian rahmat, dan 1 diletakkan di atas dunia. Dengan 1 rahmat itu, haiwan mengasihi anaknya, seorang ibu menyayangi keluarganya, pemuda berbuat baik kepada yang tua. Dari awal penciptaan sehingga hari kiamat. Segalanya. semua atas 1 rahmat ini. 

99 lagi bahagian rahmat yang lain Allah memperuntukkan untuk hari akhirat. Begitulah sifat Ar-Rahman Allah kepada manusia, sekalipun kepada yang tidak layak.

Apapun, hal ini tiada jaminan dan kita harus berusaha mendapatkannya. 

Kita semua pendosa, dan dosa itu pahit

Hakikatnya ikhwati fillah yang dikasihi, dosa tidak melakukan apa-apa kecuali kepedihan di alam ini dan akhirat. Ingkar kepada Allah tidak menenangkan, menjauhkan kita dari Allah.

Melakukan dosa mengeraskan jiwa, hati kita mati. Menarik rezeki-rezeki daripada turun kepada kita. Dosa-dosa juga akhirnya akan membawa kita ke neraka.

Sebelum berfikir tentang bagaimana untuk diampunkan dosa, fikirkan dahulu bagaimana ingin menghindarkan diri darinya. Kemudian barulah kita berfikir tentang cara terampunnya dosa-dosa.

Ramadhan kian dekat dengan kita. Dan kita semua berdoa agar Allah menyampaikan kita kepada bulan Ramadhan dan menjadi peluang agar dosa-dosa kita dihapuskan, mendapat pengampunan Allah dan bergraduasi dari bulan Ramadhan dengan jiwa yang bersih.

Ameen, inshaAllah. Doakan saya, dan umat muslimin seluruhnya.

Nota: Diekstrak dan disunting dari khutbah Syeikh Yasir Qadhi, "10 things that saves us from hellfire"

Ameen, inshaAllah.



Artikel ini di hantar oleh Saudara Adib ‘Afifi bin Abdul Rahim seorang Pelajar Perubatan Universiti Iskandariah, Mesir. Nota: Diekstrak dan disunting dari khutbah Syeikh Yasir Qadhi, “10 things that saves us from hellfire”

Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati

Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati Dalam Masa 5 Minit Sahaja!

 

Mesti anda geli dengan masalah daki pada badan anda kan? Terutama di kawasan yang celah seperti ketiak, celah paha dan juga belakang leher kan? 


Kalau orang perempuan yang bertudung tu tak mengapa la juga kan dapat tutup bahagian belakang leher yang berdaki tu dengan mudah, tetapi mesti rimas juga kan pada pandangan mata sendiri apabila melihat sendiri daki yang sukar hilang. Sebenarnya ada petua menghilangkan daki badan paling berkesan untuk daki-daki anda yang degil itu.


Cara dan petua berkesan untuk menghilangkan daki dan sel kulit mati pada seluruh anggota tubuh badan adalah seperti dibawah :


Petua Berkesan Hilangkan Daki Guna Sireh dan Beras


Kisarkan segenggam beras sehingga halus. 
Selepas itu, tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. 
Campurkan beras yang telah dikisar dengan sireh yang telah ditumbuk tadi dan kacau hingga ianya sebati. 


Petua dan Panduan Hilangkan Daki Pada Badan


Sebelum mandi, lumurkan dahulu adunan beras dan sirih tersebut ke anggota tubuh badan. Kemudian gosokan dengan perlahan-lahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tertanggal dari badan kita. Selain menghilangkan daki, petua ini mampu menjadikan kulit badan kita lebih halus, dan turut dan mampu menyegarkan bau badan anda.


Petua Berkesan Hilangkan Daki Pakai Beras Kunyit dan Asam Jawa


1.  Sediakan beras, kunyit hidup dan asam jawa
2.  Gorengkan beras tanpa minyak sehingga warna bertukar keperang-perangan,
3.  Kisar beras yang telah digoreng tersebut
4.  Kemudian tumbuk hingga hancur satu inchi kunyit hidup.
5. Selepas itu, gaulkan beras dan kunyit yang telah dikisar dan ditumbuk tadi dan masukkan segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air.
6. Perapkan dalam tempoh kira-kira satu jam.


Petua Berkesan Hilangkan Daki dan Sel Kulit Mati


Ketika mandi, sila gosokkan bahan-bahan yang telah disediakan tadi ke seluruh anggota badan dalam tempoh kira kira 5 minit. InsyaAllah ianya mampu menanggalkan sel-sel kulit mati serta daki yang ada pada anggota tubuh badan kita. Selepas siap, bilas dengan menggunakan air paip. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.



Diharap dapat sedikit sebanyak dapat membantu anda. Jika anda rasa Petua Mudah dan Berkesan Hapuskan Daki diatas turut berguna kepada mereka yang memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian, terima kasih.

3 Waktu Tidur yang Dilarang

Sila Beri Perhatian! Inilah 3 Waktu Tidur yang Dilarang dalam Pandangan Islam


Seperti diketahui, tidur setelah waktu Subuh merupakan salah satu hal yang dilarang dalam Islam. Namun ternyata, tidak hanya setelah Subuh. Ada waktu-waktu lain yang tidak boleh digunakan untuk tidur menurut pandangan Islam.


Untuk itu, berikut kami ulas beberapa istilah yang biasa digunakan untuk menyebut tidur yang boleh dan tidak boleh dilakukan.


1. Hailulah


Hailulah ialah tidur sehabis solat Subuh. Tidur jenis ini dilarang kerana dapat menghalangi kita dari rezeki yang Allah turunkan pada pagi hari.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila kamu telah selesai solat Subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki." (HR. Thabrani)


2.  Qailulah


Qailulah secara bahasa ertinya tidur pada pertengahan siang. kerana ertinya “tidur siang”, sebahagian besar orang menyangka qailulah merupakan “tidur siang” dalam erti sebenarnya, iaitu benar-benar tidur.  Pada nyatanya,qailulah tidak harus tidur, istirehat pada siang hari juga sudah termasuk qailulah.


Ash-Shan’ani rahimahullah berkata, yang ertinya, “Qailulah adalah istirehat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur.” Maka, qailulah bererti tidur atau istirahat yang dilaksanakan pada siang hari. Waktunya sekitar 20-30 minit sebelum zohor.


Al-Munawi rahimahullah berkata, “Qailulah adalah tidur di pertengahan siang ketika zawal (waktu zohor) atau mendekati waktu zawal sebelum atau sesudahnya.”


Dalam sebuah riwayat, pada musim dingin Rasulullah tidur setelah zohor, sedangkan saat musim panas Rasulullah tidur sebelum zohor.


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan” (Ar-Ruum :23)


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Qailulah-lah (istirehat sianglah) kalian, sesungguhnya syaitan-syaitan itu tidak pernah istirehat siang.”


Demikian juga perbuatan para sahabat, “Pernah suatu ketika ada orang-orang Quraisy yang duduk di depan pintu Ibnu Mas’ud. Ketika tengah hari, Ibnu Mas’ud mengatakan, “Bangkitlah kalian (untuk istirehat siang), Yang tertinggal hanyalah bahagian untuk syatan.” Kemudian tidaklah Umar melewati seorang pun kecuali menyuruhnya bangkit.”


Dalam riwayat yang lain, “Dahulunya ’Umar bila melewati kami pada tengah hari atau mendekati tengah hari mengatakan, “Bangkitlah kalian! Istirehat sianglah! Yang tertinggal menjadi bahagian untuk syatan.”


Selain dianjurkan oleh Rasulullah, Qailulah juga dapat mengubati insomnia, menurunkan stres, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan produktiviti, dan mencegah penyakit jantung.


3.  Ailulah



Ailulah ialah tidur yang dilakukan setelah melaksanakan solat Asar. Tidur jenis ini dapat memicu berbagai penyakit. Di antaranya sesak nafas, gelisah, dan murung. Selain itu, tidur setelah Asar juga menyebabkan jam biologi kita terganggu serta memungkinkan terlewatnya waktu solat Magrib. (*)

04 August 2017

Tahajjud bangun di malam hari

Ramai orang terbangun di waktu yang sama waktu malam hari. Sayangnya, fenomena ini sering kali diabaikan. Namun, tahukah kamu bahawa ini adalah cara tubuh dan Allah berkomunikasi denganmu.
 
Pengubatan tradisional Cina menggunakan titik energi untuk teknik akupunktur. Titik-titik tenaga ini terhubung dengan sistem jam yang dipercayai memberi energi untuk bahagian tubuh tertentu.
 
Jadi, dilihat dari waktu kamu bangun di malam hari, tubuhmu sedang mengalami ransangan tertentu. Ini juga sebuah cara fizikal dan emosi menyampaikan masalah padamu.

 
Terbangun di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan. Dalam pengubatan Cina, fasa tidur menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah.
 
Pesanan-pesanan ini yang dapat mengungkapkan perjalanan spritual kita. Jika kamu kesukaran tidur di antara pukul 9 sampai 11 malam, itu adalah tanda stress.
 
Ini adalah jam tidur bagi kebanyakan orang. Jika kamu malah merasa sukar tidur, tandanya kamu sedang stress dan khuatir. Solat hajat boleh jadi solusi untuk masalah ini.



Terbangun pada pukul 11 malam hingga 1 pagi petanda kamu mengalami kekecewaan emosi. Pengubatan Cina kuno mengatakan bahawa ini adalah waktu dimana pundi hempedu aktif.

Bangun pada jam ini menunjukkan kekecewaan. Cubalah untuk tenang dan memaafkan dirimu sendiri, maka akan membantu. Bangun antara pukul 1 hingga 3 pagi menunjukkan kemarahan.

Titik energi terhubung dengan hati. Bangun pada jam ini memnunjukkan bahawa kamu sedang marah dan memiliki energi “Yang” berlebihan.

Cuba minum air dingin dan meditasi agar boleh tidur kembali.

Jika kamu bangun pukul 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu.

Jam ini menunjukkan bahagian paru-paru dan kesedihan. Jika kamu bangun di jam ini, maka dipercayai Allah sedang membimbingmu untuk jadi lebih baik.

Cuba bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur. Fasa bangun tidur terakhir adalah pukul 5 hingga 7 pagi. Jika kamu bangun di jam ini, dipercayai kamu sedang memiliki emosi yang tertahan.

Begini cara Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada hambanya

Kamu tak perlu langsung duduk, pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau malah tidur lagi. Tetaplah dalam kedudukan baring sambil membaca zikir yang diamalkan oleh Rasulullah . Zikir apakah itu?

Dari Ubadah bin Shamit, dari Nabi bersabda, “Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca:

‘Laa Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu, Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaahi,’ kemudian ia berdoa ‘Ya Allah, ampuni Aku’ atau berdoa pasti dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan solat, pasti diterima solatnya,” (HR. Al-Bukhari).

Dari segi ilmiah, ini petanda kamu mengalami masalah di usus besar namun boleh diatasi dengan renggangkan otot atau pergi ke tandas agar boleh kembali tidur.


Tubuh menyimpan begitu banyak rahsia. Jika kita belajar mengambil tahu dan mendengar, maka tubuh sebenarnya sedang memberi tahu kita informasi. Kita juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan spiritual dalam kehidupan kita.