26 October 2011

Jumlah Kata Dalam AlQuran

:::..KESEIMBANGAN JUMLAH KATA DALAM AL-QURAN,,SUBHANALLAH.

Dimana Kita?


BerDOA bukanlah untuk memberitahu ALLAH apa yang kita POHON, kerana tanpanya ALLAH sedia MENGETAHUI..

DOA adalah PERINTAH ALLAH,
DOA adalah BUKTI PENGABDIAN seorang HAMBA kepada RABBnya,
DOA adalah SALURAN berMUNAJAT kepadaNYA,

TANDA diri kita ini TERAMAT-TERAMAT MEMERLUKANNYA ..-)

KENDERAAN YG TIDAK KELIHATAN..::


::..KISAH IBRAHIM BIN ADHAM - KENDERAAN YG TIDAK KELIHATAN..::

Ibrahim bin Adham keluar dari negerinya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan, seorang lelaki yang menunggang untanya bertemu dengan Ibrahim lantas menegurnya:


“Tuan hendak ke mana?”
Ibrahim menjawab:
“Saya hendak pergi menunaikan haji”
“Mana kenderaan tuan? Perjalanannya sangat jauh!”
”Aku mempunyai banyak kenderaan yang kamu tidak Nampak”
”Apa dia?”

Ibrahim menjelaskan:

“Apabila aku ditimpa MUSIBAH, aku menaiki kenderaan SABAR”
“Apabila aku diberi NIK'MAT, aku menaiki kenderaan SYUKUR”
“Apabila berlaku ke atasku QADHA' DAN QADAR, aku menaiki kenderaan REDHA!”

Lelaki itupun berkata:

“Berjalanlah tuan dengan iringan keberkatan dari Allah. Sesungguhnya tuanlah yang sebenarnya menaiki kenderaan sedangkan aku orang yang berjalan kaki”.
— with Nur Qaseh and nik rizal adli.

TINGKATKAN AMALAN DENGAN MEMBACA AL-QURAN



MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL- QURAN
i. Sesudah Solat Subuh
ii. Antara Maghrib dan Isyak
iii. Pada waktu tengah malam adalah paling utama.

SURAH YANG DIGALAKKAN PADA SETIAP MALAM
1. Surah Yasin: Untuk kebaikan dan perlindungan dunia akhirat.
2. Surah al- Mulk: Untukperlindungan semasa alam kubur.
3. Surah al- Waqiah: Mohon dijauhi kepapan.
4. Surah al- Dukhan:Untuk kesejahteraan.
5. Surah Ali 'Imran, Surah Hud dan lain- lain.

SURAH- SURAH YANG DIGALAKKAN PADA MALAM DAN HARI JUMAAT
1. Surah Yasin: Diampunkan dosa pada siangnya.
2. Surah al- Dukhan
3. Surah al- Kahfi: Diampunkan dosa di antara dua jumaat.
4. Surah al- Sajdah
5. Surah Ali 'Imran, Surah Hud dan lain- lain.

Di Tangga Yang Manakah KITA???

ZIKRULLAH


Jika BERSEDIH, panggilah HATImu dengan ALUNAN gemersik ZIKRULLAH kerana pada UNTAIAN alunan itu tersingkap JUTAAN kilauan KETENANGAN dan KEDAMAIAN..

Dan Jadikanlah HARAPANmu padaNya menjadi PERISAI atas serangan PUTUS ASAmu…

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah HATI menjadi TENTERAM."(al-Ra`d:28)

***"HATI anda pasti akan HIDUP pabila diBIASAkan dengan ZIKIRULLAH, namun
HATI anda pasti akan MATI pabila diTINGGALkan ZIKRULLAH.."..-)

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA



Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

Bila Hati Berkata








Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

*Bkn artikel brantai ea..^^, .. Silalah Share utk kwn2 yg lain..:

25 October 2011

Zodiak yang paling diminati. Anda?






Pertama: Aquarius
Berdikari, bertimbang rasa, mempunyai pendirian diri dan mempunyai perasaan ingin tahu yang amat kuat. Inilah ciri2 yang ada pada Aquarius. Anda boleh berjenaka dengan org lain terutamanya kaum lelaki. Anda merupakan kawan baik kepada kaum lelaki. Tambahan pula anda seorang yang memahami orang lain, membuat ramai orang yang berminat pada anda.


Kedua: Gemini
Gemini suka bermanja2. Dia sangat popular di kalangan lelaki, namun kaum perempuan pula tidak benci ataupun cemburu dengannya. Gemini mempunyai cara yang tersendiri untuk bersosial dengan kawan lelaki dan kawan perempuan. Semua orang sayang dengan Gemini.


Ketiga: Aries
Daya tarikan yang paling mengancam adalah naif. Aries tidak pedulikan pandangan orang lain padanya. Apabila sedih, dia akan menangis kuat2! Apabila gembira, dia akan ketawa kuat2! Mulut mereka sangat manis dan sangat peramah dan suka menolong orang lain. Kaum lelaki akan terpukau apabila bersama2 dengan Aries.


Keempat: Pisces
Pisces sangat romantik. Dia sering berkhayal. Apabila dia berada dlm keadaan berkhayal, rupanya sgt ayu dan ramai lelaki yg tergoda dgn pandangan matanya. Pisces sgt lemah lembut dan mudah mengalirkan air mata. Lelaki manakah yg tidak ingin melindungi wanita ini?


Kelima: Capricon
Orang yang setia dan tabah. Mereka merupakan kekasih yang boleh diharap. Semakin meningkat umur Capricon semakin ramai orang yang berminat pada mereka. Faktor yang membuatkan mereka diminati ialah dapat membuat keputusan yang baik dalam keadaan yang paling huru-hara.



Keenam: Cancer
Cancer seorang yg bersopan santun, mempunyai senyuman yang manis serta lemah lembut merupakan ciri2 yg dapat mbuat ramai orang tertarik dengannya. Namun, personaliti Cancer yg pendiam dan tidak suka bergaul dgn org yg tidak dikenali telah menambahkan daya tarikan misterinya.



Ketujuh: Libra
"Menggunakan kecantikan yang ada utk menggoda orang lain" Inilah pandangan serong pada Libra. Sebenarnya Libra yg suka berhias dan mementingkan penampilan berbuat demikian semata2 utk dirinya. Peminat2 Libra biasanya dr golongan berani dan kasar.


Kelapan: Leo
Semua orang tahu Leo ialah seorang yang sukar utk didamping. Leo mpunyai permintaan yg tinggi dan mengejar kesempurnaan dalam semua perkara yg dilakukan. Tapi, apabila Leo telah jatuh cinta kepada seseorang, dia sanggup melakukan apa sahaja utk si dia yg tersayang.

Kesembilan: Taurus

Seorang yg jujur, penyayang, ikhlas melayan semua org. Walaupun si dia mengamuk, Taurus masih lagi bersabar dgn karenahnya. Sikapnya yg penyabar telah mbuat si dia berasa bersalah. Mgkn ini adalah taktik Taurus. Peminat2 Taurus biasanya kawan yg telah dikenali ataupun rakan sekerja.



Kesepuluh: Sagittarius
Sikap yg tidak mudah mengalah walaupun berkali2 mengalami kekalahan. Inilah sikap yg mbuat org lain tertarik dgnnya. Cinta pandang pertama selalu berlaku ke atas Sagittarius. Tapi anda tidak pandai menguruskan percintaan, menyebabkan setiap kali pun tamat dgn perpisahan.


Kesebelas: Virgo
Sebenarnya anda mharapkan ramai org yg menyayangi anda. Anda berharap dibelai oleh semua org. Tetapi anda memakai topeng yg tabah utk melindungi hati anda yg sepi. Tambahan anda pula seorang yg kuat mbebel terhadap kenalan yg rapat. Ini menyebabkan orang takut mdekati anda.



Kedua belas: Scorpio
Anda sering tidak bercakap. Tapi apabila anda bercakap pasti 100% menyinggung hati org lain. Kadang2 anda suka menyindir org lain. Anda dinasihatkan utk mengubah sikap anda itu agar peminat anda tidak cabut.


Kenali rahsia wanita berdasarkan mengikut hari lahir.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, hati-hati, tidak mudah mengalah serta pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi, pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan pula, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya.

****



SELASA

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu sahaja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan dan mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

****

RABU

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya, dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu. Namun, dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang. Suka mementingkan teman daripada dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tidak pandai menyimpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang berpengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai mencari duit, tetapi kurang cermat menyimpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Dari segi seksualnya pula, boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.

****

KHAMIS

Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun, dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorongnya ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.

****

JUMAAT

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang berbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku keselahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadang kala tidak telus. Seksualnya sangat istimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.

****

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak dan suka bertikam lidah adalah antara nilai dirinya. Namun, dia tegas pendirian, cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin tetapi jika kena gayanya, ia penuh dengan kelembutan.

****

AHAD

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk. Apabila bersuami, dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain. Antara keperibadiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang, tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus, tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rjain berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya agak tinggi.

Mari belajar doa Istikharah.

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.


Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah"
.

Tersurat dan tersirat mengenai wanita.


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!


Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.


Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kenali rahsia lelaki melalui zodiak.


Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.


Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.


Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.


Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.


Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.


Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.


Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .


Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.


Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .


Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .


tentangcinta.com

2o perkara yang menyebabkan wanita membenci lelaki.


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.



6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!




11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


6. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Mengenali wanita dengan cara berjalan.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.



4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


tentangcinta.com

Mari kenali personaliti wanita dan rahsia dahi.



Dahi Jendol
ahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!


Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

kredit : tentangcinta.com

9 sebab sesuatu hubungan tidak dapat bertahan.




1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.