23 June 2009

Renungan

Renungan

Marah

Sifat pemarah adalah sifat tercela dan sangat dianjurkan bagi umat Islam menghindarinya.

Keberanian dan kesabaran

Mencegah suatu keburukan memerlukan keberanian, namun harus diiringi dengan kesabaran. Tidak ada keberanian yang sempurna jika tidak disertai dengan kesabaran.

Hati dan Kehidupan

Jagalah hati kamu dengan segala kewaspadaan kerana di situlah terpancar kehidupan.

Kasih

Kasih itu indah bila diberikan dengan hati yg tulus.

Jangan dikenang masa lalu

Jangan melihat masa lalu dengan berduka; ia tak akan kembali lagi. Hadapilah masa sekarang dengan bijaksana dan sambutlah bayangan masa depan tanpa keraguan juga disertai dengan keteguhan hati.

Menyimpan kebencian

Jika kita menyimpan kebencian dan dendam, maka seluruh masa dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

Kehidupan

Jangan terlalu bergantung kepada kesihatan dan kekayaan, kerana dalam sekelip mata ia dapat berubah menjadi penyakit dan kemiskinan.

Menunda

Pernahkah kita sedari bahawa semakin lama kita menunda sesuatu yang harus dilakukan, semakin susah pula untuk kita memulakannya?

Masa

Janganlah merenung masa lalu dengan berduka, hadapilah masa kini dengan sebaik-baiknya.

Akhlak yang baik

Akhlak yang baik akan tercermin dalam perilakunya sehari-hari terhadap sesiapapun, kata-kata yang keluar terasa menyejukkan, bersih dan tak pernah ada yang meluka.

Peribadi yang unggul

Seseorang yang mempunyai peribadi yang unggul itu pantang membuat sesuatu yang sia-sia. Dia akan sangat menjaga masa, sebab semua yang diperbuat itu memerlukann masa.

Keyakinan pada kebenaran

Orang yang pasti beruntung adalah orang yang setiap hari bertambah kekuatan iman dan keyakinannya terhadap kebenaran.

Lautan hidup

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yangg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Hidup dalam kenangan

Hidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Kejujuran

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Hati yang terluka

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Kerendahan hati

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlas

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Insan suci

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Agama dan manusia

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Perempuan itu cantik…

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan umpama semut

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Pengorbanan

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

18 November 2008

Nota-Nota Kehidupan

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 

اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                 اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

Nota-Nota Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, bergantung pada apa yang kita hendak sepanjang tidur,otak akan menjanakan apa yang dihajati & InsyaAllah, kita akan berusaha kea rah itu (ada semangat) di keesokan harinya.


Makan buah sebelum sarapan, makan tengah hari & malam ~ ikut Sunnah & dapat pahala & juga boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vitamin C dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu tadi yang akan diperolehi adalah menghampiri 0%. Jangan minum air semasa sedang makan sarapan, makan tengah hari & malam.


Minum air selepas 15-30 minit selepas makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dalam mulut sekitar 10saat kemudian baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, & sebagainya yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.


Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja di masa maghrib) sebab bagi yang sedang belajar (atau anak-anak), otak akan berfungsi cemerlang (senang serap ilmu) selepas 2 jam mulai belajar jadi jika makan pukul 2030 malam pukul 2230 malam mula study dan sesungguhnya hanya boleh bertahan hingga jam 2359 tengah malam saja jadi tak banyak yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 1830 petang (orang Cina mengambil masa makan dalam waktu ini) Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)


Tatacara di bilik air, Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar.


Tatacara didik anak, Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan terbentuk cemerlang. Bagi anak-anak yang dah azalinya aktif atau hyper-aktif, kurang (atau jangan) pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (cth. akan lebih nakal) sentiasa bersemangat waja & penuh semangat.


Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa2 yg baik (juga amalan-amalan baru)

Selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, berterusan, akan menjadi tabiat dan kalau tak, ilmu itu akan mati.



Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain-lain yang -ve ~emosi-emosi ini akan membenarkan otak, melepaskan stress keterlaluan & toksid yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua seebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.


ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ


ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ

Nota-Nota Kehidupan
              اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
              Insya ALLAH 
.........................................................



أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            ALLAH  اللهَ 
                 اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ



          



ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                                                                                      

ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ



              اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
        والله أعلم بالـصـواب 
           Moga Bermanfaat.
              Insya ALLAH 
.........................................................