06 March 2012

Menolak Fahaman Tajsim


PDF | Print | E-mail

MENOLAK FAHAMAN TAJSIM .
Dan Akidah Syubhat.

Siri 1.

Oleh: Al Haqir Wal Faqir Abd. Raof Bin Haji Nurin. Al Bahanjee Al A’liyy.
Ghafara Allahu Lahu Wali waalidaihi Wal Muslimin. Aamin.
Jalan Padang Ragut, Seri Repah , 73000 , Tampin ,N S .

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذى توحّد فى ذاته وصفاته, وتقدس بِائِيجاده الخلق فى أسمائه , وأرسل الرسل بالأيات الجلية . صلاة وسلاما على سيدنا محمد الصادق الأمين المخبر بما كان وما يكون من امور الدنيا والدين وعلى أله وصحبه وأزواجه , أمهات المومنين.



Sinopsis.

1) Pengertian Tajsim.

Jisim (جسم) atau Jirim (جرم)dalam hubungan perbahasan disini bermaksud menganggap bahawa Tuhan mempunyai Jisim/jirim atau mempunyai ciri-ciri Jisim/jirim . Maka kalimat “Tajsim” atau mentajsimkan Tuhan atau mentasybihkan/menyerupakan Tuhan adalah digunakan untuk maksud yang tersebut.


Mujassimah atau Musyabbihah bermaksud , “Penganut-penganut Fahaman Tajsim atau Tasybih”.

Jisim bererti: Sesuatu perkara yang memenuhi lapang keluasan kedudukan dirinya/zatnya. Atau dikatakan sesuatu yang mengambil/mempunyai LAPANG/RUANG keluasan yang bertepatan dengan ukuran dirinya/zatnya.


Akal telah menghukumkan /memutuskan :

“Bahawa sesuatu yang selain Allah swt ,ada mempunyai lapang/ruang dan keluasan yang bertepatan dengan ukuran zat/dirinya”. Kerana ciri ini adalah ciri atau sifat yang asas bagi setiap makhluk. Sebut sahaja apa sesuatu yang selain Allah swt , kesemuanya mempunyai Lapangan keluasan.


Misalnya Ketulan Batu, Rumah atau sebagainya.

Lantaran itu dikatakan :

Mustahil Aqli yaitu Suatu yang tidak diterima Akal, jika dikatakan:

Terdapat pada sesuatu perkara yang selain Allah swt :

"TIDAK MEMPUNYAI LAPANG/RUANG MENGIKUT KELUASAN DIRI/ZATNYA.
Sebaliknya pula ,Adalah Mustahil Aqli yaitu Suatu tidak diterima oleh Akal , jika dikatakan :

Allah swt MEMPUNYAI LAPANG/RUANG MENGIKUT KELUASAN DIRINYA/ZATNYA. Sebabnya , Kerana Allah swt bukanlah JIRIM atau JISIM atau sesuatu yang disangka JISIM YG BERLAINAN DENGAN JISIM SELAINNYA,atau MEMPUNYAI SEBARANG CIRI-CIRI JISIM."

INI lah perkara asas yang mesti difahami oleh setiap individu Muslim.

Syekh As- Sanusi menyebut dalam Kitab Ummul Barahin beliau:

تنزهه عن الفراغ

Ertinya: Maha suci Ia (Allah) daripada mengambil (mempunyai) Lapang.

Kita boleh juga menyebut Jirim atau jisim sebagai Jauhar, ketiga-tiga nya adalah Zat/ diri makhluk dan mempunyai Ta’rif (pengertian) yang sama cuma berbeza di sudut tertentu.

Ciri-ciri atau sifat yang mesti ada pada jirim dan jisim ialah melazimi aradh (عرض) yaitu sifat-sifat Makhluk, bersusun dan sebagainya .

Sedangkan Aradh pula berbentuk : Gerak diam, segala warna, segala pihak misalnya: atas , bawah dan sebagainya .

Imam Sayyid Al Murtadho telah menerangkan sifat-sifat yang ada pada Jirim dalam Ittihaf saadatil muttaqin, juzuk 2, muka surat 24:

أن الجسم ما له طول وعرض وعمق وقاله الراغيب وقال غيره هوما يتألف عن جوهرين فاكثر وقال بعضهم هو جوهر مجتمعة والله تعالى متعال عن حال الاجسام وافتقارها وقبولها للانقسام. فمن وصفه بالجسمية ضل وأضل .


Bahawa Jisim ialah suatu yang mempunyai : Panjang, Lentang dan Dalam,

Al-Raghib telah menta’rifkannya begitu. Sementara orang lain pula telah menta’rifkannya:

"Perkara yang bersusun daripada (sekurang-kurangnya) dua Jauhar (zat makhluk) maka (sudah tentu) yang lebih , (daripada dua jauhar menunjjukan ia adalah Jisim)."

Berkata pula sebahagian ulamak pula:

"Jisim adalah Jauhar yang berhimpun."

Allah ta’ala maha suci daripada berkeadaan jisim, berhajat kepada jisim dan menerima pembahagian jisim.

"MAKA BARANG SIAPA YANG MENSIFATKAN ALLAH DENGAN BERJISIM , SESATLAH IA DAN MENYESATKAN (ORANG LAIN)." Tammat.


2) Syubhat :

Bermaksud sesuatu yang kesamaran. Disini bermaksud Akidah yang samar.

3) Waham atau mewahamkan :

Bermaksud Sangkaan atau Anggapan yang samar. Disini bermaksud : Akidah atau Kepercayaan terhadap Sifat Mukhalafah (berbeza) Allah daripada makhluk ciptaanNya yang bertahap tidak meYakinkan . Bentuk kepercayaan yang sebegini mungkin boleh mengakibatkan penganutnya terjerumus kedalam Akidah Mujassimah dan Musyabbihah yg terlarang atau mungkin ianya memang sudah terjumlah didalam kategori Mujassimah dan Musyabbihah. Maka kedua-dua bentuk ciri Kepercayaan atau Akidah ini adalah Merbahaya.


4) Takwil: ما ترك ظاهره لدليل

Perkara yang ditinggalkan /dihilangkan Zohirnya berdasarkan dalil.

Perbezaan antara kedua Takwil:

1)Takwil Ijmali: Tidak menentukan maksud makna. Dinamakan juga dengan
Tafwidh
.
2)Takwil Tafsili: Menentukan maksud maknanya.

5) Tafsir: كشف المراد واظهارها
Menyingkap maksud dan menyatakannya.

6) Mujmal: اللفظ المبهم الذى لا يفهم المراد منه.
Lafaz yang kesamaran ,yang tidak difahami kehendak makna.

7) S. IT : Sheikh Ibnu Taimiyyah.
8) SSU: Sheikh Soleh Usaimin.
9) IAHA: Imam Abu Hasan Al-Asha’ari r.a.

Wallaahu A’lam.

Perbahasan.


Rencana ini adalah sebahagian daripada article yg pernah dikemukakan. Saya perbaiki dan hidangkan kepada para pembaca, mudah-mudahan ada manfaatnya. Tidak pula bermaksud mencari dan mendedahkan kesilapan seseorang. Hanya sebagai Penerangan dan Penjelasan pada perkara yang telah ada dalam Pengetahuan Para Pembaca atau sebagai Asas Pengetahuan pada masa akan datang ,jika timbul persoalan yang sebegitu. Jika ada kesilapan, harap dibetulkan dengan INSAF.

Wassalam.

ID Email seorang yang berinteraksi dengan Penulis telah di tiadakan demi mengutamakan isi perbincangan .

JAWAB:

Walaikumus salam warah matullah.


Sebenarnya saya tak berminat nak memanjangkan persoalan yg rumit ini. Yang mungkin akan menambahkan tidak faham mereka yg memang dah tak faham dari asal persoalannya. Lebih-lebih lagi perkara yg menyentuh soal Tauhid. Kalau “Saudara” mengatakan soal Tasybih dan Tajsim yg ada pada fahaman Salafi /Wahabi adalah rekaan dan tuduhan Kabbani, Saqaf dan lain-lain. Maka saudara sebenarnya telah tersalah sangka. Sayangnya mengapakah kita yg sangat berminat mengkaji tapi tak mampu menelusi persoalan sampai keasal nya. Maksud saya jangan hanya mengikut Taqlid sahaja apa yg tercatit di halaman web sesiapa sahaja. Mengapa kita tidak mampu terus melihat asalnya timbul soalan?. Mengapa kita tidak membaca buku-buku atau Kitab berbahasa asalnya (Arab) yang ditulis berkenaan persoalannya?.


Kalau soal method yang ada pada Wahabiyah yang asalnya telah dipopularkan oleh Sheikh Ibnu Taimiyyah yang sebenarnya berasal dari fahaman golongan Mujassimah, cuma kita tidak mengetahui dengan tahkik sejauh mana Sheikh Ibnu Taimiyyah telah menceduk fahaman tersebut dan mengikutinya . Boleh kita dapati bahasnya misalnya dalam Kitab Ta sis karangan Sheikh Ibnu Taimiah , kemudian kita selidik lagi Kitab Asas Taqdis karangan Imam Fakhrurazi, dan kita baca pula kitab-kitab yg membahaskan sekitar persoalan tersebut yang berkaitan dengan kedua-dua kitab tersebut. Dikedua belah pihak, pro kepada fahaman Sheikh Ibnu Taimiah dan yang kontra terhadap fahamanNya. Sayangnya kesemua rujukan tersebut masih dalam bahasa Arab. Yang diterjemahkan ke English , ada pula yg disangsikan orang. Misalnya ulasan yg cantik dari Syekh Nuh Ha Mim Keller, tapi ada pula yang tidak mahu membacanya kerana terpengaruh dengan kata-kata golongan Wahabiyah, yang Nuh Ha Mim adalah seorang Jahmiyah dan sebagainya. Saya juga tidak bermaksud menghina dan mengeji, jauh lagi mengibkan atau mengkufurkan peribadi Sheikh Ibnu Taimiah , Sheikh Soleh Usaimin, Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan sesiapa saja yang sefahaman dengan mereka. Hanya sebagai kajian dan perbandingan yang sangat perlu di perhatikan oleh setiap lapisan masyarakat yang mengaku bermazhab dengan Mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah , tidak kira beliau dari pihak Asyairah atau Salafiyah. Sama-sama kita berlapang dada berbincang demi kebenaran , jika kemantapan pegangan berada dipihak manapun kita akan menerimanya tanpa mengira adakah ia di pihak Sheikh I.T dan yang sefaham dengan beliau atau sebaliknya.



1. Perbezaan A’syairah dengan Jahmiyyah.

Jaham bin Safwan , pengasas faham {Tuhan tidak bersifat dgn sesuatu sifat yg di disifatkan juga kepada makhluk , misalnya Qudrat (kuasa), Iradat (Kehendak) Sama’ (mendengar) dan sebagainya , kerana jika Tuhan mempunyai sifat nanti akan membawa erti serupa dgn makhluk pula. Maka lantaran itu dikatakan Tuhan tidak bersifat dgn Kudrat dan sebagainya ,hanyalah Zat Tuhan yg berkeadaan Kuasa, melihat , mendengar , menghendaki dan sebagainya}.


Fahaman ini dinamakan Fahaman Jahmiyyah.

Sila rujuk Kitab: Al Milal wan Nihal karangan As Sharhastani. (Al- Fashlu Thani. Jabariyah.) M.s. 86 cetakan Darul al-Fikr.

Jika diperhatikan, sebenarnya Jaham ini adalah Muktazilah. Cuma beliau menambahkan beberapa fahaman baru atas muktazilah antaranya dengan mengatakan Hamba adalah majbur terpaksa (menafikan hak iktisab dan ikhtiyar pada hamba).
Jika kita telusuri pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah yg berdasarkan method A’syaairah/Maturidiyah, terdapat perbahasan yang menetapkan Tuhan memang mempunyai sifat-sifat . Tidak lah semata-mata Zat sahaja. Berbezanya antara fahaman Jahmiyah yang Muktazilah dengan A'syairah adalah jelas tanpa terselindung.

Disinilah salah satu kesalahan, sangkaan mereka yang meletakkan hukuman terhadap golongan yang mentakwil ayat Mutasyabihat khususnya A’syairah sebagai golongan Jahmiyah. Sebagaimana yg telah dipelopori oleh Sheikh Ibnu Taimiyah dan diikuti oleh murid nya Ibnu Qayyim . Satu ketika digelarkan golongan mentakwil ayat mutasyabihat sebagai Jahmiyah dikala yg lain digelar dengan gelaran –gelaran yg biasanya dipakaikan untuk orang Kafir .Ini adalah kebiasaan kumpulan tersebut. Bolehlah diketahui dengan diseluk dan selidik oleh ahli Ilmu Islam yg berpengetahuan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid .


Sekurang-kurangnya bolehlah kita melihat-lihat:

(1)Kitab Saifus Saqil ,buah tangan Imam Subki, yg di disertakan ulasan yg luas oleh Imam Al Kawthari. Cetakan Mesir.
(2) Kaasifus Shaghir an Aqo' idi Ibni Taimiyah, buah tangan Sa’id Abd. Latif Fuudah, cetakan Darul Al Razi, Jordon.
(3) Maqaalatul Kawthari dan berbagai-bagai kitab dan buku lagi berkenaan perbahasan ini yang sayangnya, kebanyakannya tidak terdapat dipasaran diMalaysia ,apatah lagi terjemahannya.

Yang ada , banyak terjual, banyak diterjemah dan harganya pula murah , mudah pula didapati dimerata-rata kedai dan toko buku ialah buku fahaman Wahabiyah, buku-buku Al-Albani dan yang sefahaman dengannya. Buku-buku mereka yang membangkang dan menolak tersilapnya Al- Albani dalam mentashih dan mentadhifkan hadis tak ada langsung terjual usahkan diterjemahkan memanglah tak berbau. Mudah-mudahan akan adalah yg bangun menterjemah buku-buku tersebut demi kebenaran dan dasar Ilmu.

Pada hal , sebagaimana yang telah difahami bersama, bahawa mentaktwil ayat-ayat mutasyabihat tidak hanya perbuatan Muktazilah saja. Ianya menjadi amalan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah Bahkan terdapat dikalangan Salaf juga telah mentakwil ayat-ayat tersebut, walaupun tidak difahami oleh mereka yang kontra. Yang mendakwa TIADA SEKALI-KALI PERBUATAN SALAF MENTAKWIL.



2. Asas Pertelingkahan.

Kalau kita lihat dalam kitab Ilmu Tauhid karangan Sheikh Ibnu Tayymiyah misalnya “A’qidah Hamawiyah Kubro” muka surat 439 . Sheikh Ibnu Taymiyyah merumuskan Mazhabnya dengan katanya :

“Baina Tamshil wa ta’thil”.

بين التمثيل والتعطيل

Ertinya diantara Peyerupaan dan meniadakan sifat.

Maksudnya: Fahaman beliau berada ditengah –tengah , antara “Fahaman Mujassimah / Musyabihah” yang mentajsimkan dan mentasybihkan Tuhan serupa makhluk dengan fahaman Mu’athilah / Jahmiyah Mu’tazilah” yang meniadakan sifat pada Tuhan .

Seterusnya maksud beliau : "Tidak mentajsimkan dan mentasybihkan Tuhan dengan makhluk sebagaimana yang telah dilakukan oleh puak Mujassimah dan Musyabihah , dan tidak juga meniadakan dan menghampakan Tuhan daripada sifat-sifatNya sebagaimana yang dilakukan oleh Puak Jahmiyah yang berfahaman Mu’tazilah yang mengkosongkan , menafikan Tuhan daripada mempunyai Sifat-sifat". Sayangnya beliau tidak ketinggalan juga telah menganggap perbuatan "Takwil" terhadap ayat-ayat Mutasyabihat berkenaan sifat-sifat Ketuhanan sebagai perbuatan golongan Jahmiyah. Lantaran itu , Asyairah adalah malang kerana telah mempraktikkan kaedah tersebut.


Maka tidak ketinggalan jugalah , Golongan A’syairah أشاعرة ( Pengikut Imam Abu Hasan al-Asha’ry ) dianggap sebagai "Jahmiyah".

Pada hal setelah kajian dibuat, nyatalah fahaman beliau hanyalah :

“Nisfhut takwil wat Tasybih”

نصف التأويل والتشبيه.

Yaitu : "Setengah Takwil dan sebahagiannya diTasybihkan dengan makhluk".

Inilah Tahqiq dari fahaman S. Ibnu Taymiyyah yg dikritik orang semenjak beliau hidup sampai kehari ini. Sudah tentu orang yg mengkritik tersebut adalah ulamak yg mengerti dan faham method fikiran S. Ibnu Taymiyyah. Beliau ini sangat membangkang Fahaman Ahli Sunnah A’syairah. Kadang kadang S. Ibnu Tayymiyah ini menggunakan bahasa yang lebih dahsyat yang ditujukan kepada golongan A’syairah yang biasanya Quran pun sendiri menggunakan kalimat tersebut untuk Yahudi , yaitu “Tahrif”, تحريف maksudnya golongan yang mengubah-ubah ayat Quran.

Masalah methodologi pemahaman ayat-ayat atau hadis-hadis mutasyabihat yg di gariskan oleh S. Ibnu Taymiyah adalah puncanya pertelingkahan pendapat.



3. Cuba berdalilkan ayat dalam Surah Al-Mulk sebagai Tuhan bertempat diatas langit. Hanya saja tidak serupa dengan Makhluk.


Saudara menulis:

Assalaamu'alaikum WarahmatuLlah . As Shabuni menulis berkenaan ayat surah al-mulk. Bagaimana pula dgn Ayat ini "Apakah kamu berasa aman terhadap Allah yg dilangit..." (al-Mulk : 16).. perbahasan sekarang bukannya Allah itu bertempat atau berada dimana-mana....Mengikut dalil dari Al-Quraan dan hadeeth itu sendiri telah menujukkan Allah SWT itu Dilangit...Beriman kepadanya adalah wajib... adakah makna Di Langit itu menunjukkan bertempat atau tidak itu kita tidak tahu dan bukan persoalannya dan tak boleh bertanya tentang hal itu....yg pastinya sifat Allah SWT yg Di Langit itu adalah bertepatan dgn kebesaranNya dan bertepatan dgn Surah As-Syura : 11...


JAWAB:

Waalaikum salam…Kalau As- Shabuni yg dimaksudkan adalah al-Allamah Syekh Ali As -Shobuni pengarang Tafsir Aayatul Ahkam yg masyhur, beliau menyebut dalam Tafsir Safwah al- Tafsir juga susunan beliau, Juzuk 3 ms 394 --395 ketika menafsirkan ayat 16 dan 17 suratul mulk : أأمنتم من فى السمأ.. “ Apakah aman kamu terhadap mereka yg dilangit….” Beliau mengulas “Adakah aman kamu wahai sekelian kuffar terhadap Tuhan kamu YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA BESAR…..”.

Begitu juga di ayat 17 beliau mengulas “ Apakah aman kamu terhadap Allah yg A’liy yg Kabir ..”. Di kedua-dua ayat tersebut ternyata tafsiran Syekh Ali As Shobuni mentakwil ayat tersebut dengan menyatakan Kalimat “Man Fis Sama” bererti Tuhan yg Maha Tinggi lagi Maha besar. Tiada pula dikatakan Tuhan di langit” . Jauh lagilah dikatakan “Allah yg dilangit” atau “Yang bertempat dilangit”. Kita tidak tahu mana satu Shobuni maksud saudara .


Satu lagi saudara nampaknya sudah mula keliru dengan kaedah sendiri. Menafikan Allah bertempat atau tidaknya bukan Fokusnya disini, kata saudara. Padahal, sebenarnya itulah Fokusnya. Cuba lihat kembali tulisan saudara.

“ Mengikut dalil dari Al quran dan Hadeeth itu sendiri telah menunjjukkan Allah swt Dilangit” .
Kenapa saudara mengatakan "menafikan bertempat bukan fokusnya?"..
Apakah “Di Langit” bukan tempat ?.
Nanti kita akan lihat bagaimana berpusing-pusingnya kaedah saudara.

4.Perbezaan Kaedah S. Ibnu Taimiyyah dengan Jumhur .

Untuk penjelasan, marilah kita singkapkan kembali method pegangan Salaf yang dipopularkan oleh S. Ibnu Taimiyyah sepertimana yang dicatit oleh tangan beliau sendiri dan perbezaannya dengan Salaf sebenar.

Beliau menulis dalam Majmu’ Rasail Al Kubro juzuk 1 ms 416;


اجراء أيات الصفات وأحاديثها على ظاهرها مع نفى الكيفية و التشبيه
“Ijraa u aayatis shifaat wa aahadisiha a’la zoohiriha ma’a nafyil kaifiyyati wat tasybih”.

Ertinya : “Mengertikan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yg berhubung dengan sifat Tuhan menurut Zohirnya , serta menafikan Kaifiyat dan Tasybih daripada nya”.

Sedangkan Salaf Ahli Sunnah yang sebenar telah merumuskan sikap terhadap Ayat-ayat Mutasyabihat dengan :

اجراء أيات الصفات كما وردت وفوضوا معانيها ءالى الله تعالى


“Ijraa u ayaatis shifaat kama waradat wafawwadhu ma’aaniiha ila Allahi ta’ala”.

Ertinya : "Mengertikan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yang berhubung dengan sifat Tuhan menurut sepertimana yang Warid ( datang/ difirmankan atau disabdakan yaitu hanya menurut BACAAN nya sahaja bukan maknanya ) dan diTafwidh (serahkan) segala maknanya kepada Allah s.w.t."


Rujuk Kitab Kaasyifus Shaghir m.s 23. Karangan Sa’id Abd. Lathif Fuu dah. Cetakan Daarul Al Razi.

Fahamlah kita bahawa Fahaman Salaf yang sebenar , tidak langsung memahami maknanya, sedangkan disisi Fahaman Salaf IT difahami maknanya menurut Zohir. Wallahu a’lam.

Setelah kita memerhatikan beberapa huraian Kaedah yg dicatit S.Ibnu Taimiyah dan kitab-kitab dan buku-buku yang menghalusi syarahan kepada kaedah beliau tersebut, contohnya Buku Fathu Rabbil Bariyyah bit Talkhis Hamawiyah, karangan Syekh Solih Usaimin , yg menjadi teks sekolah-sekolah di Saudi dan sebahagian sekolah-sekolah fahaman Wahabiyah di Malaysia mungkin?. Nyatalah bahawa kaedah tersebut tiada lain melainkan membawa kepada kerpercayaan yang fasid (rosak) yang tiada asas nukilan nya dari pada Seorang yang di kagumi oleh S. Ibnu Taymiyah sendiri, iaitu Syekh Ahli Sunnah Imam Abu Hasan Al A’sy ari .

Mengapa dikatakan Ibnu Taimiyyah tidak sebenar seperti dakwaan nya menyamai method Imam Abu Hasan Al Ashaary?. Padahal Ibnu Taimiyyah beberapa kali menegaskan jalan yang di ikutinya ada lah jalan Imam Ahmad bin Hanbal dan memuji-muji Syekh Ahli Sunnah Wal Jama’ah Imam Abu Hasan Al Asy’aari. Begitu juga pentahkik-pentahkik kitab yang sefahaman dengan beliau telah menunjjukkan ta’jub kepada perbahasan Kitab S. Ibnu Taimiyyah dan mendapati fahaman S. Ibnu Taimiyyah sama dengan Fahaman Imam Abu Hasan Asy’ary?.


Cubalah kita perhatikan kefahaman yg dihasilkan daripada Kaedah Ibnu Taymiyyah tersebut .

Sebagaimana yg saudara catitkan di bawah ini sebagai huraian kaedah tersebut:

Saudara menulis:

{Dalam ertikata lain "Menetapkan apa-apa yg telah ditetapkan oleh Allah bagi diri-Nya sendiri di dalam Kitab-Nya, atau ditetapkan oleh RasuluLlah SAW bagi-Nya ; tanpa penyelewengan dan dan tidak pula pengurangan, serta tidak menggambarkan bentuknya dan tidak pula memperumpamakan."}

JAWAB:

Perkataan saudara tersebut seolah-olah memberi maksud yang tepat dengan kehendak Allah dan Rasul. Hakikat sebenarnya adalah tidak . Marilah kita perhatikan apa maksud Kaedah mereka ini:

1). “Tanpa penyelewengan” bermaksud “Tiada Takwil samaada Takwil Ijmali atau Tafsili ”. Kerana Ibnu Taimiyyah tidak sahaja menuduh Muktazilah sebagai Penyeleweng ayat-ayat Sifat Tuhan, bahkan termasuk juga Jumhur Ulamak yang berpegang dengan “ Takwil Ijmali dan Tafsili” adalah Penyelewengan juga.

2).“Tanpa pengurangan” bermaksud “ Tiada Ta’thil” yaitu “tiada dihilangkan maknanya yg zahir dan dipakai maknanya yg Zahir/Hakikat , tidak dipakai makna yg Majaz".

3).“Serta tidak pula menggambarkan bentuknya dan tidak pula memperumpamakan” bermaksud “Tiada Tasybih (menyerupakannya) dengan makhluk ” .

Jika dipasangkan kaedah ini kepada sesuatu ayat misalnya : الرحمن على العرش استوى “ Ar Rahman a’la arsyis tawa”. Ertinya “Tuhan bersifat Rahman beristiwa di Arsy”, maka tentulah kalau mengikut fahaman pengikut S. Ibnu Taimiyyah akan menatijahkan:


“Tuhan yang bersifat Rahman bertempat iaitu diatas Arsy, yang tidak serupaNya dengan tempat makhluk”?.


Lihatlah buktinya dari kata-kata Ibnu Taimiyyah sendiri dalam Al Hamawiyah Al Kubro, MS 452:

أن الله فى السمأ على العرش من فوق سبع سموات


“Bahawa Allah diatas Langit , Diatas Arsy ,yang mana keadaan Arsy pula diatas tujuh petala Langit”?.

Jika bukan maksud IT bukan bertempat diArsy langit, kenapa dikaitkan pula dengan Tujuh petala Langit?.

Sebenarnya memang dasar kaedah beliau sepatutnya akan memahamkan bertempat, cuma tak serupa dengan bertempatnya makhluk sahaja. Beliau juga telah tidak ragu-ragu mendeklarasikan Tuhan boleh berjisim. Maka apa pula perlunya di Ihtimalkan perkataan beliau yang mungkin tidak menunjjukan Tuhan Bertempat?.

Lihatlah nanti kita akan bawakan bukti-bukti yang jelas menunjjukkan bahawa Tuhan memang berada dilangit bertempat , cuma tidak serupa sahaja dengan atasnya dan tempatnya dengan Tempat dan atasnya makhluk pada fahaman mereka ini.


Pada hal fahaman Tuhan bertempat adalah sebahagian daripada fahaman Tajsim atau Mujassimah yang sesat. Wal iyyazabillah.
Betapa tidaknya?.

Ini sebenarnya dapat kita kesani setelah kita memahami Kaedah-kaedah Salaf yg sebenar, bilamana berhadapan dengan Ayat Quran atau Khabar/Hadis yang mutasyabihat (kesamaran maksudnya).

Sebagai contoh marilah kita melihat Kaedah yg diutarakan oleh Syekh Ibrahim Al Laaqoni dalam matan Jauharah beliau menyebut:

وكل نص أوهم التشبيها : أوله أو فوض و رم تنزيها.


“ Wakullu nashsin aw hamat tasybiiha * Awwilhu aw fawwidh wa rum tan zii haa”.

Maksudnya:
Tiap-tiap nas (ayat/hadis) yg mewahamkan (mendatangkan sangkaan) penyerupaan (Tasybih) terhadap Tuhan * Takwillkan oleh kamu (sebagai takwil Tafsili mengikut method khalaf} atau Tafwidhkan (yakni serahkan maknanya kepada Tuhan, yg dikatakan sebagai takwil ijmali) dan isyaratkan (qasadkan dgn hati kamu ,samada kamu mengamalkan method salaf atau khalaf) akan kesucianNya dari penyerupaan sesuatu. Tammat.

Sebagai penerangan ringkas , setiap pihak samada salaf atau khalaf ,masing-masing menghilangkan makna-makna yg mustahil yg diwahamkan pada setiap Hadis atau Ayat seperti tersebut . Cuma dipihak salaf tidak menta’yinkan (menentukan) makna atau maksud /murad pada ayat tersebut. Dipihak khalaf pula menta’yinkan (menentukan) makna atau maksud/murad ayat /hadis tersebut berdasarkan dall-dalilnya .

Menghilangkan atau mengubahkan atau membuangkan makna yang zohirnya adalah menunjjukkan suatu kemustahilan ialah yang dimaksudkan dengan TAFWIDH ( menyerahkan maksudnya hanya kepada Allah) atau dikatakan sebagai TAKWIL IJMALI.

Syekh Ibrahim Al Baijuri Dalam kitab beliau Tuhfatul Murid ms 53 telah menjelaskan kesimpulan dari bahasan dan penerangan berkenaan masalah ini dgn kata beliau:

فظهر مما قررناه اتفاق السلف والخلف على التأويل الاءجمال لأنهم يصرفون النص الموهم عن ظاهره المحال عليه تعالى لكنهم اختلفوا بعد ذلك فى تعيين المراد من ذلك النص وعدم التعيينن .

“ Maka jelaslah dari huraian kami tersebut ,bahawa ‘ Aliran Salaf’ dan ‘Aliran Khalaf’ sekata atas mentakwilkan secara ijmali , yaitu memalingkan/mengubahkan pengertian dari Nas dari yg zohirnya(Hakikat) yang memahamkan seolah-olahnya sebagai menunjjukan perkara yang mustahil bagi Allah swt . Tetapi mereka (salaf/khalaf) ikhtilaf pula antara diterangkan/dita’yinkan atau tidak diterangkan (maknanya muradnya).Tammat

Sekata pada menghilangkan makna zohir yg mustahil, tidak sependapat pula pada menentukan maksud .

Kalau misalnya dikatakan ayat yang bermaksud “Tuhan Ar Rahman beristiwa diatas Arsy”, jika dipasangkan kepada kaedah yang di sebut oleh Syekh Ibrahim Bajuri ini maka akan bermakna:

(1) Mazhab Salaf: Beristiwa Tuhan diatas Arsy dgn Kebesarannya yang kita Tafwidhkan/ serahkan hakikat makna beristiwa tersebut kepada Allah serta kita Tanzihkan/Sucikan dari sangkaan/waham yang mustahil.

(2) Mazhab Khalaf :Beristiwa Tuhan diatas Arsy dengan Kebesarannya yang diTakwilkan/dipalingkan /diubahkan / ditentukan makna Nya kepada satu makna yang munasabah serta disucikan dari sangkaan/waham yang Mustahil.


Hasilnya :

Mazhab Salaf
memakai kaedah تفويض TAFWIDH (Takwil Ijmali) serta تنزية TANZIH yaitu Penyerahan Hakikat makna kepada Allah dan Penyucian dari sangkaan berlaku sesuatu Kemustahilan.

Mazhab Khalaf memakai kaedah تأويل TAKWIL (Takwil Tafsili) serta تنزيه TANZIH yaitu Memalingkan Hakikat makna kepada yang Munasabah dan Penyucian dari sangkaan berlaku sebarang Kemustahilan.

Tetapi , dipihak S.Ibnu Taimiyyah dan pengikutnya, mereka telah membantah kaedah ini . Mereka menganggap menghilangkan makna yang zohir yang mewahamkan sesuatu kemustahilan yang terdapat pada ayat yg seperti itu adalah sebagai menghilangkan makna ayat yang ditunjjuk oleh ayat itu sendiri. Baik samaada secara Takwil Ijmali yg disisi salaf atau Tafsili yang disisi khalaf . Maka ianya adalah satu penyelewengan menurut mereka.

Sebagai contoh cubalah kita lihat apa kata-kata dan bantahan yang telah ditulis oleh Syekh Soleh Usaimin dalam Kitab Fathur Rabbil Bariyah, merupakan syarahan beliau kepada ringkasan Aqidah Hamawiyah Kubro karangan S. Ibnu Tayymiyah, di ms 16 dan 17 beliau berkata :


“ Bab yg kelima .

Pada berkenaan hikayat sebahagian Mutaakhirin bagi Mazhab Salaf.

Berkata sebahagian mutaakhirin ( Mazhab salaf : Berkenaan (ayat) Sifat-sifat ialah memperlakukan/ menjalankan nas-nas atas bacaannya serta mengi’tiqodkan bahawa Zohirnya bukanlah yang dimaksudkan).

Perkataan ini yg berlaku atas Ithlaq ( pemakaian yang umum) padanya penilitian perbahasan(dikritik) .
Kerana lafaz ZOHIR (zahir) adalah lafaz Mujmal yang berkehendak pula kepada penghuraian .

Maka jikalau dikehendaki dengan yang zahir itu adalah perkara yang zahir dari nas-nas sifat yang layak bagi Allah ,tanpa Tasybih ,maka inilah yg dimaksudkan secara qat’ie (putus yang tiada khilaf lagi). Sesiapa yang berkata zahir tersebut bukanlah yang dimaksudkan , dialah orang yang sesat jika dia hanya mengi’tikadkannya untuk dirinya sendiri sahaja. Jikalau dinisbahkan (disandarkannya) I’tikad tersebut (berasal) dari salaf

jadi berdusta atau tersalah pula.


Jika dikehendaki dengan yang zahir ialah perkara yang zahir dikalangan sebahagian maknusia ,bahawa zahir nas-nas adalah menunjjukan tasybih terhadap Allah dengan makhluknya maka ini bukanlah yang dimaksudkan secara putus?. Dan bukan pula ianya merupakan zohir nas-nas tersebut?, kerana penyerupaan Allah dengan makhluknya adalah perkara yg mustahil , tidak mungkin pula bahawa zohir kitab dan sunnah ada suatu yang mustahil?? .Sesiapa yang menyangka bahawa (kemustahilan) Ini adalah zahir Nya (nas-nas tersebut), maka diterangkanlah kepadanya BAHAWA ZOHIRNYA BAHKAN SORIHNYA IALAH MENGISBATKAN SIFAT-SIFAT YG LAYAK BAGI ALLAH?
DAN MENENTUKAN SIFAT-SIFAT TERSEBUT BAGINYA?.

Tammat.

Kemudian Syekh Soleh Usaimin telah mengklimkan berdasarkan kaedah tersebut, sebagai telah menunaikan hak-hak Nas pada lafaznya dan maknanya. Tahkik yg telah dibawa oleh mutaakhirin seperti Syekh Ibrahim Al Baijuri tersebut tidak betul , menurut SSU.


“Mengisbatkan sifat yg layak bagi Allah (pada pendapat Ssu ini) adalah mengisbatkan zohirnya. Kalau kalimat mutasyabihat zohirnya ATAS ARSY maka isbatkan ATAS adalah satu sifat yg layak bagi Allah cuma tak serupa dengan makhluk sahaja bezanya. Kalau kalimat mutasyabihat zohirnya “ MATA” maka Allah ada MATA cuma tak serupa dengan makhluk sahaja bezanya.” Begitulah seterusnya.


Baiklah. Adalah sangat perlu diingatkan , mengekalkan makna yang zohir pada lafaz sesuatu kalimat atau ayat yang kesamaran maknanya (mutasyabihat) adalah bermakna mengekalkan makna-makna yang mustahil juga.

Tetapi SSU ini pandai memusingkan kenyataan dengan mengatakan "Bahawa ZAHIR NAS-NAS ADALAH MENUNJJUKKAN TASYBIH terhadap Allah dengan makhluknya maka ini BUKANLAH YANG DIMAKSUDKAN SECARA PUTUS. Dan BUKAN PULA IANYA MERUPAKAN ZOHIR NAS-NAS ".

Lihatlah , betapa berpusing-pusingnya kaedah mereka ini. Sehingga memeningkan orang. Sehingga murid IT sendiri yaitu Az Zahabi pernah menegur gurunya ini dengan “Risalah Nasihah Az- Zahabiyah, sebab nampaknya sudah terjerumus kekancah Falasafah yang merbahaya.

Dijawab:

“Pada hal yang sebenarnya makna-makna yang Mustahil memang termasuk dalam kandungan sebahagian (تضمن) tadhammun Nas-nas tersebut. Jikalau tidak begitu, kemana pula perginya makna-makna yang mutasyabihat (kesamaran) pada kalimah-kalimat tersebut?”.

SSU mengatakan lagi "Tidak mungkin pula bahawa Zohir Kitab dan Sunnah ada suatu yang Mustahil".

Dijawab:

“Maka kalau seperti sangkaan SSU begitu betul, mengapa pula dinamakan ayat-ayat Mutasyabihat?”. Bukankah Allah sendiri yang telah menunjjukkan ada dua bentuk ayat dalam Quran, Muhkamat dan Mutasyabihat?.

هن أم الكتاب وأخر متشابهات . سورة أل عمران اية 7

Atau adakah dalam Quran tiada ayat-ayat yang mutasyabihat?.. Kalau begitu apa faedahnya pula ayat 7 surah al Imran tersebut?.

Yang BETULnya semua makna-makna , samada yang layak (yaitu yang tidak mustahil ) atau yang tidak layak (yaitu yang mustahil) sememangnya terkandung dalam sesuatu kalimah yang “Mujmal”, lebih-lebih lagi kalimah yang lebih nyata zohirnya menunjjukan kemustahilannya, seperti kalimat-kalimat mutasyabihat tersebut.

Cuma disisi Mazhab Salaf yang sebenar hanya mentafwidhkan iaitu menyerahkan makna-makna yang dimaksudkan hanya kepada Allah jika berlaku pada ayat Quran dan kepada RasulNya jika berlaku pada Hadis-hadis .

Jika dibantahi pula dengan argumen { Penyerahan Mutlak makna kepada Allah , jika dilihat disudut menghilangkan makna yang zohir memang terjumlah dalam defenasi Takwil. Sebab Takwil diertikan dengan “Memalingkan maksud yang dekat/zohir atau ditinggalkan makna yang zohir ”. Ini memang berlaku dalam praktik Takwil Ijmali/ Tafwidh? Sedangkan Takwil adalah dilarang? }.


DiJawab:

Tetapi , Adalah Takwil Ijmali / Tafwidh merupakan sejumlah dari “Tafsir” . Sedangkan Tafsir memang diakui keberadaannya dalam al-quran dan Al-Sunnah dan Ijmak.
Dan “Tafsir” yang dimaksudkan disini hanya merujuk kepada bacaan sahaja , bukan makna nya.

Bentuk yang begitu dipanggil Takwil Ijmali . Yang juga merupakan istilah Muta’akhirin sahaja.
Dan ini memang bersesuaian dengan Pernyataan Para Ulamak Salaf yang sebenar, bagaimana “Pemahaman dan Sikap” mereka dalam menanggapi persoalan ini , misalnya dengan kita memerhati Kaedah yang dinyatakan oleh salah seorang Salaf , Imam Sufiyan Uyaiynah:

كل ما وصف الله نفسه فى كتابه فتفسيره تلاوته والسكوت عليه.

Ertinya: Tiap-tiap Sifat yang telah mensifatkannya oleh Allah swt dalam Kitab Nya ,maka Tafsirnya adalah BACAANNYA dan DIAM daripadanya.

Memaksudkan : “Tidak di Takwil dengan Takwil Tafsili dan tidak di Tentukan maknanya ” , adalah merupakan “Tafsiran” nya. Inillah maksud “Tafsirnya adalah BACAANNYA dan Diam atasnya” yang diistilahkan sebagai “Takwil Ijmali” disisi istilah Muta’akhirin .


Oleh yang demikian :

1) Tafsir dengan makna mentakwilkan dengan Takwil Tafsili adalah termasuk dalam penafian yang Allah swt sebut dalam Al Quran: Surah Aali Imran:

وما يعلم تأويله الا الله .

Ertinya: Tidak ada yang mengetahui Takwilnya melainkan Allah swt sahaja.

Ini telah maklum hanya berlaku perbahasannya dikalangan Ulamak Khalaf Ahli Sunnah Wa Jama’ah. Ikhtilaf dan perbahasannya akan kita sentuh sedikit diakhir nanti , insyallah.


2)Tafsir dengan makna Takwil Ijmali atau diIstilahkan sebagai Tafwidh , adalah Fahaman Salaf yang sebenar. Lagi akan kita bawakan bukti Fahaman ini sedikit demi sedikit, Insyallah.

Lantaran itu, Pada sisi Salaf yang sebenar , Ianya diTafwidhkan dan diserahkan secara muthlak hanya kepada Allah sahaja yang mengetahui maknanya. Yang akan menatijahkan “Yang tinggal hanya Wurudnya sahaja. Yaitu Qiraah atau Bacaan nya sahaja”. Sedangkan “Maknanya” dan “Maksudnya” Tidaklah difahami.

Ini sangatlah berlainan dengan dasar kaedah IT , SSU dan yang sefahaman dengan mereka. Mereka telah memakai makna yang zohir. Termasuklah makna yang Mustahil. Nampaknya mereka mengetahui makna-makna yang dimaksudkan oleh Allah swt dalam ayat-ayat yang Mutasyabihat atau Rasul s.a.w pada hadis-hadis yang Mutasyabihat. Mereka menetapkan makna yang zohir sahaja yang dipakai. Mendahului Allah juga nampaknya. Kalau begitu, sebenarnya mereka juga telah melakukan Sebahagian dari TAKWIL , yaitu MENETAPKAN MAKNA dan PENTAFSIRAN. Sedangkan mereka telah mendakwa SEBARANG Takwil atau TAFSIR , pada sisi kaedah mereka ini tidak dibenarkan sama-kali. Bagaimana ini?. Berpusing-pusing lagi nampaknya.



Oleh yg demikian dimanakah munasabahnya mereka mengisbatkan tanzih padahal Mustahil tidak dinafikan?.

Contohnya, dimanalah munasabahnya “tiada peyerupaan dengan makhluk” yang merupakan Tanzih difahamkan daripada kenyataan mereka " tiada peyerupaan nya dengan makhluk?” pada hal zohir kalimat “atas” yang mana sebahagian dari maknanya adalah ,makna yg mustahil iaitu yang menunjjukan bertempat?.

Kerana kalimat على العرش “ a’la al a’rasy” ertinya “atas Arasy” . Dalam Bahasa Arab mempunyai banyak makna yang setengahnya bermakna perkara yang mustahil . Contohnya A’la bermakna U’lu yang Hissy , iaitu Tinggi yang Zohir, iaitu keberadaan suatu benda diatas suatu benda . Misalnya “Kepala adalah anggota yang teratas sekali”. Maka makna ini adalah makna yang mustahil jika dibangsakan kepada Allah . Tetapi disisi kaedah mereka ini, Kesemua makna ini, dipakai/pasangkan serta ditanzihkan sahaja daripada serupa dengan makhluk. Sekalipun mereka tidak mengaku.


Kalau mereka jawab “ Yang dikatakan hanya “ Allah di atas langit sahaja , tidak perlu ditanya bertempat atau tidak”. Maka nampaknya mereka dah mula tak nampak kaedah mereka sendiri iaitu:

“ Bahawa ZAHIR NAS-NAS ADALAH MENUNJJUKKAN TASYBIH terhadap Allah dengan makhlukNya” .

Buktinya dikalangan mereka ini ada yang masih mempertahankan “Tiada terdapat perkara yang Mustahil pada Ayat-ayat atau hadis Mutasyabihat ”, sehingga ada yang membuat satu hujjah rekaan bid’ah pula dengan mengatakan “Apa pulak nak diherankan, kalau Tuhan kata Duduk atas belakang Nyamuk pun apa Mustahilnya? . Tuhan berjisim dan berbagai lagi lanjutan bid’ah yang terhasil dari METHOD pemikiran yang kesamaran ini. Subhana llaah. Fala haw la wala quwwata illa billah.

Kita pun faham “Bukan fokasnya pada pertanyaan bertempat tidaknya” , tetapi fokasnya adalah pada : “Adakah munasabahnya berlaku tanzih pada sesuatu yang bercampur kemustahilan?.


Misalnya dikatakan :

“Nasik bercampur TAHI ayam tapi SUCI”? .

“Tuhan mempunyai MATA KEPALA tapi mata kepala nya TAK SERUPA mata kepala MAKHLUK”?.

Keadaan fahaman mereka yang sebegini sebenarnya sangatlah kesamaran dan jauh berbeza dengan Kaedah Salaf Ahli Sunnah yang sebenar dengan diTakwil secara IJMALI yang disitilahkan sebagai TAFWIDH yang akan memberi maksud DITIADAKAN MAKNA YANG MUSTAHIL sebagaimana yang telah di kita terangkan dulu.

Jika kita perhatikan dengan sehalus-halus kanta pemerhatian pada penerangan SSU tersebut , maka bolehlah kita pasangkan dan bandingkan dengan ringkasan tahkik yang telah di utarakan oleh saudara tersebut yang sekali imbas nampaknya munasabah dan betul , tapi setelah diselidiki nyatalah salah :

Menetapkan apa-apa yg telah ditetapkan oleh Allah bagi diri-Nya sendiri di dalam Kitab-Nya, atau ditetapkan oleh Rasulullah SAW bagi-Nya ; tanpa penyelewengan dan dan tidak pula pengurangan, serta tidak menggambarkan bentuknya dan tidak pula memperumpamakan".


Nescaya kita dapatilah hasilnya tepat dengan maksud kaedah dan huraian yang dibawa oleh SSU itu.


Baik juga diingat , kaedah “Tanpa penyelewengan” mereka tersebut , sebenarnya adalah menyeleweng. Mereka tidak menghilangkan makna yang Mustahil dan langsung menganggapnya sebagai Tidak Mustahil, adalah satu penyelewengan yang besar sebab telah meletakkan suatu perkara yang dinafikan dan disucikan oleh Allah swt sendiri.

Mengakui adanya Kemustahilan , kemudian menganggapkannya suatu yang Tidak Mustahil pula adalah “Tanaqudul ibarah", تناقض العبارة iaitu berlawanan antara diawal dengan akhir kenyataan , yang merupakan suatu yang tidak diakui oleh mana-mana kaedah bahasa.


Begitu juga Kaedah “Menetapkan apa-apa yang ditetapkan oleh Allah swt bagi diri Nya didalam Kitab Nya atau ditetapkan oleh Rasulullah saw bagi Nya”, sebenarnya adalah suatu kesilapan faham .

Mengapa mereka begitu berani menetapkan makna yang zohir sebagai makna yang dikehendaki oleh Allah?, padahal ALLAH SUDAH MENJELASKAN IANYA ADALAH KESAMARAN MAKNANYA?????.

Sebaliknya jika kita lihat kesisi Salaf yang sebenar pula hanyalah menyerahkan muthlak maknanya kepada Allah. Inilah yang Tahkiknya. Inilah yang sebenar.

Oleh yang demikian , Sekarang kita boleh mendeklarasikan bahawa , “Fahaman mereka ini bukan pembawaan Salaf”. Tidak ada satu dalil yg nyata bagi mereka ini melainkan dalil-dalil yang Kesamaran dan Syubhat sebagaimana yang telah dan akan kita kupas sedikit demi sedikit untuk memudahkan kita nampak kemana sebenarnya hala tuju kaedah mereka ini. Insyallah Ta’aala.

Alangkah senangnya memahami Kaedah yang diutarakan oleh Syekh Ibrahim Al-Laaqoni dan disyarahkan oleh Syekh Ibrahim Al- Baijuri sepertimana yang telah kita bawakan.

5. Cuba menegakkan hujjah dengan mengkategorikan "Istiwa" Sebagai Sifat
seperti sifat-sifat ma’ani.



Saudara menulis lagi:

Methodologi kita sama... Sifat Mendengar Allah swt adalah tidak sama dgn sifat mendengar Makhluknya... Sifat mendengar Allah SWt bersesuaian dgn kebesaranNya dan bertepatan dgn As-syura Ayat ke 11 . Kenapa perkara yg sama tidak boleh dibawa kepada sifat Istiwa?….


JAWAB:

Tidak sama dan tidak akan menjadi serupa sama- sekali. Diantara Sifat Sama’ dan tidak sama berbeza bagaikan berbezanya Kaedah S. Ibnu Taimiyah dengan Kaedah mereka yg kontra terhadapNya. Sama’ adalah sememang asalnya sifat . Dia adalah washaf . Diterbitkan /diisytaqkan dari sami’un yg ada didalam Quran. Sami’un adalah isim Fa’il yg menunjjuk sifat Sama’.Itu lah hujjahnya, itulah dalilnya . Lantaran itu diterjemahkan oleh penterjemah dari Arab ke Arab atau Arab ke Melayu dikatakan Sami’un bererti “Zat (Diri) Yang bersifat Sama". Atau “Sami’un, ai Zaatun muttasufun bissama’ ”. Tdak ada syak lagi . Tiada wasangka dan waham lagi tahkiknya bahawa sama' adalah washaf yang dinyatakan Al-Quran. Yang disebut dalam al-Quran pada beberapa surah adalah Sifat Allah s.w.t. Al- Quran , Hadis , Ijmak , dan Kaedah Bahasa Arab telah memutuskan Sama’ dan yang sejenis dengannya adalah Sifat Allah s.w.t yang merupakan sifat Zat tanpa ada keraguan lagi. Bukan sifat fi’il (perbuatan) yang berkemungkinan menunjjukan tidak Qodim (sediakala) Nya .

Cuma, kemusykilan nya apabila timbulnya Fahaman syak wasangka dari gulungan Jahmiyah /muktazilah yang menolak adanya SIFAT MA’ANI pada Allah swt , kerana menurut sangkaan mereka jika Allah swt mempunyai sifat tersebut maka menunjjukan Allah tidak suci dari penyerupaan dengan makhluknya. Kerena makhluk juga mempunyai ma’ani ?. Sangkaan mereka adalah meleset kerana perbezaan yang telah dinyatakan dahulu bahawa ma’ani Tuhan adalah Muthlaq sedangkan Ma’ani makhluk adalah Muqayyad sebagaimana yg telah dibahas dalam Kitab-kitab Ilmu Tauhid.

Keadaan ini berbeza samasekali apabila kita melihat Sifat yg tahkik seperti Sama’, kemudian melihat pula kesisi “Istawa” yg ada dalam Quran. Lafaz “Istawa” yang hanya merupakan Sifat Ghairu Musyabbahah. Dia bukan washaf, dan bukan wazan Fa’il atau Isim Tafdhil. Ia hanyalah Fi’il Madhi. Ini adalah satu perbezaan yg sangat nyata . Tiada terdapat pula didalam Al Quran nas yg berbunyi “ Al Mustawi” atau yg satu maadah dengannya. Tak ada tak ada. Tak ada dalam Al Assmaaul Husna Nama “Al Mustawi” yang boleh dikatakan Tahkik ianya adalah Sifat Zat Tuhan, sama seperti Sama’ dan Basar . Tak ada, tak ada. Perbezaan ini sudah cukup nyata , hatta boleh juga dikatakan “Istawa” yg menunjjukkan perbuatan yg berkait dengan masa, yang sudah tentu makna dan maksudnya kesamaran atau syubhat. Lantaran itu sangat sesuai ianya dinamakan Kalimat yang Mutasyabihat .

Baiklah. Seterusnya setelah kita memahami perbezaan diantara dua method, iaitu Pembawaan Ibnu Taimiyah dengan Yang kontra dengan beliau , cubalah kita fikirkan , apakah lanjutan dari pemahaman yang begitu?.

Tentulah pemahaman yg begini bukan dari pembawakan Syekh Ahli Sunnah Imam Abu Hassan Al Asha’ary seperti dakwaan sesetengah mereka.


Kalau begitu, method apakah yg telah di pelopori oleh Syekh Ibnu Taimiyyah ini?.

Jawabnya : Method sebahagian dari fahaman Tajsim/Mujassimah atau fahaman syubhat Tajsim.

Apakah buktinya?.

Pertama:
Kita lihat dulu apakah method pemahaman gulungan mujassimah ini?. Imam Abu Hasan Al As’ary telah menaqalkan pegangan gulungan Tajsim ini. Beliau menyebut dalam Kitab Maqoolaat al- Islamiyyin ms juzuk 2 ms 281 cetakan Al Maktabah Al Asha'riyah.

هذا شرح اختلاف الناس فى التجسم .

قد اخبرنا عن المنكرين للتجسم أنهم يقولون ءان البارى جل ثناؤه ليس بجسم ولا محدود ولا

ذى نهاية ونحن الأن نخبر أقاويل المجسمة واختلافهم فى التجسم.

“Sesungguhnya telah memberitakan kepada kami dari mereka yang mengingkari Tajsim (Yaitu Ahli Sunnah Wal- Jama’ah adalah golongan yang ingkar Tajsim ), bahawa mereka menyatakan ‘ Sesungguhnya Tuhan Al- Baary , Maha tinggi pujian terhadapNya ,TIDAKLAH BERJISIM ,TIDAK MEMPUNYAI SEMPADAN DAN TIADA KESUDAHAN’. Dan sekarang Kami akan mengkhabarkan perkataan-perkataan Mujassimah dan Ikhtilaf mereka berkenaan Tajsim”. Tammat.

Dari kenyataan Syekh Ahlus Sunnah tersebut , nyatalah tiada pemahaman Syubhat Tajsim dan I’tiqod Tajsim dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jam’ah. Jika ada sesiapa yg mendakwa adanya Tajsim atau Syubhat Tajsim dalam akidah ini maka satu kekeliruan telah berlaku.


IAHA menghikayatkan pegangan Ahli Sunnah lagi :

وقال أهل السنة وأصحاب الحديث :ليس بجسم ولا يشبه الآشيأ.

“ Berkata Ahlus Sunnah dan Ahli Hadis {Tuhan Tidak berjisim dan tidak meyerupai sesuatu}”. Tammat.

Sedangkan Kaedah S.Ibnu Tayymiyah akan memahamkan : أنه جسم ولا يشبه الأشيأ “Dia adalah Jisim , padahal tidak menyerupai sesuatu?….” Bagaimana ini?.

Kita ringkaskan sebahagian dari usul-usul yang sependapat dikalangan kebanyakan golongan Mujassimah. Ini berdasarkan atas perkataan Imam Asha'ary berkenaan mereka didalam kitab yang sama.

1) Allah ta’la mempunyai kadar zat panjang , lebar dan tinggi.



2) Allah ta’la, berkemungkinan menyentuh sesuatu yang lain (daripada kalangan makluknya) dan Ia berkemungkinan juga disentuh oleh jisim makluknya.



3) Allah ta’la menyentuh/memenuhi Arsy dan para Malaikat menanggungNya diatas Arsy. Arsy adalah tempat Allah.



4) Allah ta’la mempunyai anggota , pancaindera seperti muka, tangan dan mata.



5) Allah ta’la mempunyai batasan yang terdiri daripada pihak-pihak (Jihat) yang enam , atau mempunyai lapang (ruang keluasan zat) yang tidak kehinggaan jauhnya.



6) Sifat Sama’, Basar, Ilmu Allah ta’la dan yang sejenis dengannya terbit pada Allah ta’ala selepas kewujudan semua perkara.



7) Perbuatan Allah ta’ala memahamkan adanya gerakan Allah .


Tammat.

Jelas sejelas-jelasnya, Imam Abu Hasan telah terang-terangan menyebut dan mengklimkan dasar “Tuhan Tidak BERJISIM” adalah dasar Ahli Sunnah Wal Jama’ah .Tidak ada kesamaran langsung. Tidak ada langsung fahaman “Baina Tamsil wa Ta’thil” seperti yang digembar gemburkan oleh S. IT dan yang sefaham dengan nya.

Tak ada meng isbatkan Jisim pada Tuhan dan menTanzihkannya (mensucikannya) dari penyerupaan makhluk. Kalau mengikut kaedah SSU dulu dan fahaman S. IT , inilah hasilnya. Yang dikatakan sebenarnya “Nisfut Takwil wa Tasybih”.

Kalau diperhatikan kenyataan IAHA tersebut , ialah “ Putus pada fahaman Ahli Sunnah , Tuhan Tidak Berjisim dan Tidak ada kesamaran langsung TIDAK BERJISIMNYA TUHAN”. Kalau mengikut fahaman S. IT , Tuhan berjisim tapi tak serupa dgn jisim makhluk, yang dikatakan “ KESAMARAN BERJISIMNYA TUHAN”. Sebab S. IT menetapkan Tuhan berjisim kemudian telah menafikan penyerupaannya pula. Walaupun begitu jika dibandingkan dengan Fahaman IAHA diatas, nyata tak sama langsung dengan fahaman S. IT. Fahaman SSU dan S. IT ini sebenarnya sangat layak mendapat gelaran “AKIDAH SYUBHAH”, ertinya Pegangan akidah yang kesamaran.

Mana mungkin Imam Abu Hasan Al Asha’ary “Mensabitkan Tajsim” kemudian "Menafikan nya” pula iaitu tidak serupa dengan makhluk sahaja sebagaimana fahaman S. IT.

Sebagai bukti tidak kemananya arah tuju Kaedah mereka ini melainkan ke Fahaman Mujassimah atau Yang Tergolong dalam kategorinya lantaran berlaku Syubhat/ Kesamaran pada methodologinya.

Lihatlah bagaimana S.IT telah menjelaskan fahamannya Bahawa Tuhan Berjissim atau Kesamaran Berjisim. Ta’aalallahu uluwwan kabira (maha suci Allah yang maha Tinggi lagi maha Besar).

Beberapa kenyataan daripada pihak S. Ibnu Taimiyah dan mereka yang sefahaman dengannya, yang menunjukkan Tajsim atau ciri- ciri Tajsim:

S. Ibnu Taimiyah berkata di dalam Kitab At-Ta, sis juzuk 1 m/s 9 , sebagaimana yang dinukilkan didalam al-Kaasyif al-Shoghir m/s 33 cetakan Dar al-Raazi :

ما ثم موجود الاجسم أو قائم بجسم

“Tidak adalah di sana suatu yang maujud melainkan jisim atau sesuatu yang berada pada jisim”.

Tammat.



Beliau menisbahkan perkataan ini kepada Imam Ahmad r.a.

Inilah suatu yang jelas tersasar..

Imam Baihaqi telah menaqalkan dalam Kitab “Manaqib Ahmad” daripada Pemuka Hanabilah dan anak Pemukanya , yaitu Abi Fadhal at-Tamimi ( أبى الفضل التميمى) , bahawa beliau berkata : “Telah mengingkari Imam Ahmad sesiapa yang berkata dengan berjisimnya Tuhan. Imam Ahmad berkata:

ءان الأسمأ مأخوذة من الشريعة واللغة وأهل اللغة وضعوا هذا الاسم على ذى طول وعرض وعمق وتركيب وصورة وتأليف . والله تعالى خارج عن ذلك كله فلم يجىء فى الشريعة ذلك فبطل.

Sesungguhnya Segala Nama adalah diambil dari Syari’at dan Bahasa . Ahli bahasa telah meletakkan nama ini (Jirim) atas sesuatu yang Panjang , lentang , dalam , susunan lapisan , rupa dan susunan. Bermula Allah Maha suci ia , yang tidak termasuk ia dari perkara tersebut semuanya. Maka tidak kedatangan dalil Syariat pada demikian . Maka (nyatalah) Batalnya (Akidah yang begitu).

Tammat.



Telah dinukil secara amanah oleh pengarang Kaasyif al-Shooghir m/s 33 dimana S. I T berkata lagi di juzuk 1 m/s 93 , bagi merealisasikan Kaedah nya :

و معلوم أن كون البارى ليس جسما ليس هو مما تعرفه الفطرة بالبديهة

“Dan telah maklum bahawasa keadaan Tuhan Al- Baa ri (Tuhan makhluk) itu bukanlah jenis jisim, yang bukanlah ia daripada perkara- perkara yg sebagaimana dikenali oleh fitrah dengan cara badii hi (mudah difahami)” .

Tammat.

Disini nampak jelas S. IT cuba pula meTanzihkan/ menSucikan “Jisim” Tuhan pada fahamannya.


Beliau berkata lagi dengan lebih jelas di paragraf yg sama :

وأن الموجود القائم بنفسه لا يكون الا جسما وما لا يكون جسما لا يكون الا معدوما.

“ Dan sesungguhnya Al- MAUJUD YG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA , tidak adalah ia melainkan jisim . Perkara yg bukan berjisim tidak akan ada ia melainkan (pada) perkara Ma’dum (suatu yang TIADA)”.

Tammat.

Lebih jelas , bahawa maksud Al-Maujud yg berdiri dengan sendiri atau dengan istilah Al Maujud yang bersifat Qiyamuhu Binafsih, adalah Allah s.w.t seperti yang termaklum dalam Ilmu Tauhid. Tak perlulah dibahas panjang.


Hasilnya S. IT telah mengklimkan Tuhan ada mempunyai Jisim. Tapi tak serupa dengan Jisim Makhluk?. Yang lebih menarik S. IT kemudiannya telah meDeklarasikan bahawa inilah Fahaman yang Rajih/muktamad.

Dihujung paragrafnya berbunyi :

ومن المعلوم أن هذا أقرب الى الفطرة والعقول من الأول.

Dan setengah daripada perkara yg maklum bahawa Inilah Qaul (Fahaman) yg paling hampir kepada fitrah dan akal jika dibandingkan dgn qaul yg pertama” .

Tammat.

Qaul kedua adalah Fahaman yg paling Hampir , yang bermaksud Pendapat yg Muktamad. Maka IT telah mengatakan pendapat Tuhan berjisim adalah Muktamad.



Sedangkan Qaul atau Pendapat yang Pertama yaitu fahaman yang mengatakan “Tuhan tidak sekali-kali BerJisim dan tidak mempunyai Aradh, tidak sepertimana Makhluk yang mesti berjisim dan mempunyai Aradh” adalah Ijmak.

Qaul pertama inilah yang menjadi peganggan seluruh Ulamak Islam , semenjak Nabi s.a.w, sebagaimana yang kita boleh dapati buktinya dalam catitan Kitab-kitab Akidah misalnya , Imam Tohawi( امام الطحاوى) menulis dalam kitab beliau:

ْ اعتقاد اهل السنة والجماعة على مذاهب الفقهأ الملة أبى حنيفة وأبويوسف ومحمد بن حسن."

I’tiqod Ahlus Sunnah wal Jama’aah. A’la Mazhab Fuqahaa millah Abi Hanifah wa Abi Yusof , wa Muhammad bin Hassan”.

تعالى الله عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء واللأدوات ولا تحويه الجهات الست كسائر المبتدعات..

Ertinya: Maha suci Allah daripada segala sempadan had, segala batas kesudahan, segala tubuh dan anggota, segala alat-alat dan tidak meliputi Nya oleh semua Jihat Yang Enam , sebagaimana kepercayaan yang dianuti oleh Puak Ahli Bid’ah.

Tammat.

Telah menjadi Ijmak , Akidah yang dibawa dan dicatit oleh Imam Thohawi adalah se Sahih-sahih Akidah, selain beliau juga merupakan seorang Imam Salaf yang hidup dizaman Salafus Soleh . Bukan seperti mereka yang mengaku Salafi pada hari ini , yang sudahlah hidupnya tidak di zaman Salaf , akidahnya pula direka-reka kemudian didakwa pula diambil dari Salaf. Kita jangan terpedaya dengan dakwa mereka ini, sebab Salafi hanyalah merujuk kepada Thabaqah atau Zaman kehidupan sesuatu golongan Manusia. Bukan merujuk kepada Fahaman Mazhab , sebagaimana yg telah ditahkikkkan oleh Dr Said Ramadhan Al Buthi dalam Kitab beliau:

السلفيه مرحلة زمنية مباركة لا مذهب اسلامى

Semua ciri-ciri kemustahilan pada sisi Allah yang dicatit oleh Imam Thohawi dan Imam Ahlis Sunnah Wal Jamaah IAHA diatas adalah perkara yang ada pada Jisim dan Aradh. Yaitu Makhluk . Antara sifat-sifat yang lazim bagi jisim adalah berpihak/ arah /jihat : Atas , bawah, depan , belakang. beranggota , bertubuh, dan sebagainya yang termaklum dalam perbahasan Ilmu Tauhid.

Kita lihatlah pula , bagaimana Ibnu Hazmin telah mematahkan hujjah Mujassimah. Kemudian bandingkan pula dengan kaedah dan fahaman yg berlaku atas kaedah SSU dan IT. Apakah hasilnya?. Ibnu Hazam menaqalkan hujjah Mujassimah dalam Kitab Al- Fisal Fil Milal Win Nihal, juzuk 2 m/s 117 :

“Telah menjalani satu Thoifah , bahawanya Allah Taala adalah jisim dan hujah mereka pada demikian itu, bahawa tidak ma`qul (tidak diterima akal) melainkan Allah itu adalah Jisim atau Aradh. Maka takala batallah keadaan Allah Taala Aradh, maka sabitlah keadaanNya ADALAH JISIM. (Ta’laahu Uluwwan Kabira). Mereka berkata ‘Sesungguhnya perbuatan tidak sah (wujudnya) melainkan terbit daripada jisim, padahal Allah Al-Bari ialah Faa ‘il ( pencipta pembuatan) maka wajiblah keadaanNya itu adalah jisim’. ”

Tammat.


Ta’alallahu Uluwan Kabira.

Lihat kembali dan bandingkanlah , bagaimana telah terdahulu kenyataan IT terhadap Allah :

وأن الموجود القائم بنفسه لا يكون الا جسما وما لا يكون جسما لا يكون الا معدوما

Dan telah maklum bahawasa keadaan Tuhan Al- Baa ri (Tuhan makhluk) itu bukanlah jenis jisim,yang bukanlah ia daripada perkara- perkara yang sebagaimana dikenali oleh fitrah dengan cara badii hi (mudah difahami)” .

Tammat.

Subhana Allah .


Seterusnya Ibnu Hazmin menjelaskan dalil mereka:

“Mereka berhujjah dengan ayat –ayat AL-Quran yg tersebut didalamnya dua tangan (Al- Yadaini), tangan (Al-Yadu) , beberapa tangan (Al-Aidi) , mata(Al-Ain), muka (Al-Wajhu) dan lambung (Al-Jan,bu) dengan firman Allah Taala “Dan telah datanglah Tuhan engkau”, “Dan datanglah kepada mereka Allah dalam kegelapan awan mendung dan Para Malaikat”, “Dan telah mentajalli Allah Taala pada bukit” , serta berhujjah mereka dengan beberapa hadis yg menyebut tapak kaki (Al-Qadam), kanan (Al-Yamin), kaki (Al-Rijlu), anak jari (Al-Ashso bi’) dan turun (At-Tanazzul).

Tammat.

Tentulah jawapannya “Kenyataan Ibnu Hazmin ini , memang sesuai dengan fahaman mereka”.
Kalau tidak secara keseluruhan pun, menyamai pada sebahagian besar dari dasar-dasar fahaman Mujassimah. Lihat pula, bagaimana Ibnu Hazmin menolak Fahaman Tajsim dan Syubhat Tajsim…

Ibnu Hazam berkata lagi di m/s 119 :

“Batallah perkataan mereka yang mensifatkan Allah Taala berjisim dan perkataan mereka yang mensifatkanNya bergerak, Ta’allahu Anzalika (maha suci Allah daripada demikian itu). Bahawasanya (hujjah yang menolak fahaman berjisim Tuhan ini); Secara Darurinya (dalil yang mudah ):

Wajiblah (pada pandangan akal) tiap- tiap perkara yang bergerak itu mempunyai gerakan, dan bahawa gerakan adalah milik bagi yang bergerak dengannya, ini adalah termasuk didalam Bab Idoofah.


Begitu juga ‘Bab rupa pada yg merupakanNya’ adalah juga daripada bab idoofah.

Maka jikalau tiap- tiap yang merupakan sesuatu (Al Musawwir المصور ), mempunyai rupa pula , dan tiap-tiap yang mengerakkan itu (Al Muharrik المحرك ) bergerak- gerak pula, Nescaya wajib ada segala Fe,el فعل (perbuatan) , tidak mempunyai awal baginya pula ( yaitu dikatakan pula Qadim).

Ini sesungguhnya telah kami batalkan pada yang telah lalu daripada kitab- kitab kami dengan pertolongan Allah dan pengukuhanNya terhadap kami”.

Tammat.

Jika diamati kenyataan terakhir daripada Ibnu Hazam ini, beliau telah menafikan berlakunya Tasalsul pada segala perbuatan sejak azali dengan penjelasan yg menyeluruh. Dan kita fahami juga dari kenyataannya yg tersebut bahawa beliau menepati fahaman Ahlul Haq pada masalah tiada berlaku Tasalsul perbuatan, sejak Azali . Mengi'tikadkan berlaku tasalsul perbuatan sejak Azali akan mengakibatkan fahaman adanya Qodim Nau' yang sangat merbahaya. Wallahu a'lam.



Kita simpulkan penerangan Ibnu Hazm terhadap pegangan Mujassimah seperti berikut:

1) Tidak didapati Pembuat (Faa ‘il), melainkan adalah berjisim.


2) Tiada sesuatu perbuatan melainkan bergerak, padahal pembuat (Faa ‘il) tidak akan melakukan sesuatu melainkan dengan pergerakkanNya.


3) Pembuat (Faa ‘il) yg bergerak- gerak , bergerak- gerak ia sejak azali, maka golongan

Mujassimmah memahamkan berlaku Tasalsul perbuatan sejak azali.


4) Mengisbatkan segala anggota dan pancaindera dan alat- alat, dan lain-lain lagi ,seperti fahaman mengisbatkan keadaan Allah Taala bergerak – gerak dan lain- lain lagi yg akan kita bincangkan lagi.

Ini adalah beberapa pendapat yang kita dapati menepati pendapat yang dipegang oleh S. Ibnu Taimiyah didalam sebahagian Mazhabnya , akibat dan lanjutan daripada Methodologi atau Kaedah nya.

Kita perhatikan pula apa kata Imam Al Ghazali yang telah hidup dan wafatnya lebih dahulu dari S.IT . Beliau lebih memahami dengan lebih mendalam susur-galur dan kaedah-kaedah fahaman Mujassimah telah mencatitkan dalam Kitab Al Iqtisod fil I’tiqod , berkenaan kaedah-kaedah Perbahasan Masaalah Mutasyabihat ini. Ms 50 , cetakan Darul fikar.

Beliau berkata:

وأما الحشوية : فاءنهم لم يتمكنوا من فهم موجود ءالا فى جهة . فأثبتوا الجهة حتى ألزمهم بالضرورة الجسمية والتقدير والاختصاص بصفات الحواديث.

Adapun Hasywiyah: Maka sesungguhnya mereka tidak menerima kefahaman terhadap SESUATU YANG ADA ( MAUJUD) melainkan (mestilah mempunyai ) jihat ( iaitu arah, misalnya atas, bawah dan sebagainya). Mereka langsung menetapkan bagi Allah jihat (arah) , kadar-kadar dan sifat-sifat yang ketentuannya hanya untuk Makhluk.

والحشوية أثبتوا الجهة ءحترازا من التعطيل فشبهوا

Hasywiyah (Golongan yang menafsir ayat-ayat dan hadis-hadis secara zahir lafaznya ) , menegaskan ada ARAH (Jihat/Pihak ) bagi Allah manakala dalam masa yang sama mengawal diri daripada mengosongkan Tuhan daripada sifat-sifat (Ta’thil) ,dengan itu mereka terjatuh (kedalam kesalahan ) menjadikan Allah seperti MAKHLUK (Tasybih).

فوفق الله سبحانه أهل السنة للقيام بالحق. فتفطنوا للمسلك القصد . وعرفوا أن الجهة منفية لأنها للجسمية تا بعة وتتمة

Allah swt mengurniakan Tawfiq dan kejayaan kepada Ahli Sunnah dalam menetepkan kebenaran. Mereka mengikuti matlamat yang sebenar dan yang layak dalam memahami bahawa Arah adalah dinafikan dan ditolak bagi Allah, kerana jihat ( segala pihak) adalah bergantung dengan Jisim-jisim dan mengikutinya dan menyempurnakannya. ….”.

Tammat.

Difahamkan dari kenyataan Imam Ghazali ini , bahawa Kaedah S.I T adalah sama dengan Kaedah golongan yang meyerupakan Tuhan dengan Makhluk iaitu Hasywiyah atau Mujassimah atau Musyabihah. Silalah rujuk dan kajilah perbahasan yang jitu dari Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ini, berkenaan fahaman Akidah Syubhat atau Akidah Nisfut Takwil wat Tasybih . Kemudian bandingkanlah dengan kaedah S. IT… Apa agaknya yang berlaku?. Perlu juga disebutkan disini IT , tidak ragu-ragu telah menyokong dan menegaskan bahawa Akidah Musyabbihah dan Mujassimah yang mana menurut beliau Tajsim dan Tasybih tidak menjadi masalah dan tidak akan memudharatkan Iman. Lahaw la wala quwwata illa billah.



Rujuklah Kitab Al Kawakib m.s 24:

ليس فى كتاب الله ولا سنة رسوله صلى الله عليه وسلم ولا كلام أحد من الصحابة والتابعين ولا الأكابر من أتباع التابعين

ذم التشبيه ونفى مذهب التشبيه ونحو ذلك وءانما اشتهر ذم هذا من جهة الجهمية .

“Tidak ada dalam Kitab Allah , tidak ada dalam Sunnah RasulNya saw. Tidak ada perkataan seorang Sahabat pun dan Tabi’in , tidak ada dikalangan pembesar Tabi’ut taabi’in yang MENCELA dan MENAFIKAN TASYBIH dan YANG SEUMPAMANYA. Hanyalah yang masyhur ada berbuat begitu cuma dikalangan Golongan Jahmiyah sahaja.

Tammat.

Lihat dan amat-amatilah, betapa S.IT , seolah-olah tidak pernah mendengar firman Allah Ta’la:
ليس كمثله شيء

Ertinya: Tuhan tiada sesuatu yang menyerupainya.

S.IT hidup kurun ke enam hijrah . Dia tak berjumpa dengan Imam-imam besar seperti Imam Ahmad , Syafie dan Imam Abu Hanifah . Maka yang menentang fahaman dan pendapat nya kebanyakannya , adalah mereka yang sezaman dengannya. Kebanyakan mereka Asya’ irah . Maka lalu beliau melebelkan penentanngnya sebagai Jahmiyah. Ini biasa. Kalau kita lihat wasiat-wasiat ulamak Ahli Sunnah Wal Jama’ah zaman dahulu, mereka berpesan “ Salah satu tanda sifat mereka yang tergelincir, akan menamakan diri mereka sendiri sebagai Ahli Sunnah wal Jam’ah. Pada Hal yang berlaku adalah sebaliknya”. Amat-amatilah kenyataan Sesepoh ini. Wallahu a’lam.

Selain dari itu , dapat kita fahami bahawa memang sebenarnya Kaedah mereka adalah Syubhat/Kesamaran. Jelaslah kaedah mereka adalah kaedah yang samar. Adakah mereka yang sefahaman dengan dengan fahaman S. IT juga tak pernah mendengar riwayat ini ?.


Diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah di dalam Kitab Al- Furqan m/s 16 :

أتانا من المشرق رأيان خبيثان جهم معطل ومقاتل مشبه وقال أيضا أفرط جهم فى النفى حتى قال ليس بشيء وأفرط مقاتل فى الاثبات حتى جعل الله تعالى مثل خلقه.

“ Telah datang kepada ku daripada sebelah Timur dua fikiran yang keji . Pertama Jaham yang mengkosongkan, menghampakan sifat , kedua Muqatil yang menyerupakan dengan makhluk . Berkata lagi Imam Abu Hanifah: "Jaham telah terlajak melampau pada menafikan pada mengata sesungguh Allah tiada sesuatu pun. Terlajak melampau Muqatil pula pada meng isbat kan sehingga ia menjadikan Allah Taala seumpama makhlukNya".

Tammat.

Imam Abu Hanifah , seorang Imam Salaf yang sebenar. Hidup di kurun pertama hijrah. Berguru dengan berpuluh-puluh Sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau mengklasifikasikan Fahaman Tajsim sebagai “Keji” dan “Dicela”. Siapa lagi sebenarnya Para Pemuka Salaf yang boleh dipegangi dan diikuti Akidah Nya?.


Lihat pula bagaimanakah kedudukan kaedah mereka yang kesamaran ini, apabila dibandingkan dengan fahaman-fahaman Mujassimah.

Al-Imam Abu Muzaffar Al- Isfiraini yg wafat pada tahun 471 H. Rahimahullaahu ta’ala, menyebut didalam Kitab beliau At-Tabsir, didalam bab yg kesebelas pada menghuraikan fahaman- fahaman golongan Karamiah yang Mujassimah yang dipelopori oleh Muhammad bin Karam mati 255 H .


Imam Abu Muzzafar menerangkan pencerobohan mereka terhadap aqidah agama, dimukasurat 65 :

ومنها : أنه كان يسمى معبوده جسما }

Sebahagian daripada fahaman Nya , ialah : MENAMAKAN TUHAN YG DISEMBAH SEBAGAI JISIM }.

Tammat.

Bagaimana ini?. Dengan S. Ibnu Taimiyah yg telah menamakan Allah Taala sebagai JISIM dibeberapa tempat di dalam kitab beliau, seperti itu juga pengikut- pengikutnya (pemaham- pemaham ) daripada mazhabnya, yg mengikuti mazhab beliau menyebut juga didalam Kitab-kitab Syarahan dan huraian mereka terhadap Kitab Aqidah Al- Wasitiah karangan S. Ibnu Taimiyah.

فلا حول ولا قوة الا بالله االعلى العظيم



6. Apakah hukumnya ?.


Tersebut di dalam Hasyiyah Daa Suqi m/s 83.

حاشية الداسوقى على أم البراهين.

و اعلم أن من اعتقد أن الله جسم كلأجسام فهو كافر . ومن اعتقد أنه جسم لا كلأجسام فهو غير كافر . والاعتقاد الحق اعتقاد أن الله ليس بجسم ولا صفة ولا يعلم ذاته الا هو.

“ Ketahui oleh mu bahawa sesiapa yg mengiktikadkan bahawasanya Allah itu jisim seperti segala jisim- jisim makhluk , maka ia kafir. Dan sesiapa yg mengiktikadkan bahawasanya Allah itu ialah jisim, tidak seperti jisim- jisim makhluk, maka dia berdosa tidak kafir. Iktikad yg sebenar bahawasanya Allah bukanlah berjisim dan bukannya sifat dan tidak mengetahui zatnya melainkan Dia.”

Tammat


Tersebut dalam kitab:

AUNUL-MURIID LI-SYARH JAUHARAT-TAUH'IID FII `AQIIDAH AHLI-SUNNAH WAL-JAMAA'AH,

Karangan: Asy-Syeikh `Abdul Kariim Tataan dan Asy-Syeikh Muhammad Adiib Al-Kailaaniyy, juzu` 1, Cetakan Daar Al Basyaair, Damascus.

DAN SESUNGGUHNYA TELAH MENGKAFIRKAN AL-`IRAAQIYY DAN LAIN-lain LAGI, ORANG YANG MENG-ITSBATKAN AKAN ADANYA JI-HAH (ARAH) BAGI ALLAAH TA'AALAA [MUTS-BIT AL-JIHAH LIL-LAAH TA'AALAA].DAN INI ADALAH JELAS, KERANA ORANG YANG BER-I'TIQAAD (ADANYA) AL-JIHAH (ARAH) ADALAH TIDAK MUNGKIN BAGINYA MELAINKAN BAHAWA BER-I'TIQAAD IA AKAN AT-TA-H'A-YYUZ (YA'NII MENGAMBIL TEMPAT/BERTEMPAT/MENGAMBIL RUANG/BERPIHAK) DAN AL-JIS-MIY-YAH (BERJISIM), DAN SEANDAINYA IA TELAH BERKATA SELAIN ITU MAKA IANYA ADALAH SUATU UCAPAN YANG MU-TA-NAA-QIDH (BERTENTANGAN/BERLAWANAN).

DAN TELAH MENYEBUT MULLAA `ALI AL-QAARI RAH'.A.: BAHAWASANYA TELAH IJMA' GOLONGAN SALAF DAN GOLONGAN KHALAF BAHAWA BARANGSIAPA BER-I'TIQAAD BAHAWA ALLAAH (BERADA) PADA SUATU JI-HAH (ARAH) MAKA ADALAH IA SEORANG YANG KAAFIR, AL-.`IRAAQIYY RAH'.A TELAH MENAQALKANNYA, DAN BEGITULAH JUGA APA YANG TELAH DIKATAKAN OLEH ABUU HANIIFAH RAH'.A. DAN MAALIK RAH'.A. DAN ASY-SYAAFI'IYY RAH'.A. DAN ABUU AL-H'ASAN AL-ASY'ARIYY RAH'.A. DAN AL-BAAQILLAANIYY RAH'.A.

DAN TELAH BERKATA AS-SUBKIYY RAH'.A. (MAFHUUMNYA) : "SETIAP ORANG YANG BER-I'TIQAAD BAHAWA ALLAAH TA'AALAA ITU MENEMPATI ATAU MENDIAMI SUATU TEMPAT, ATAU DIA (ALLAH SWT) BERHUBUNG DENGANNYA (DENGAN TEMPAT ITU) ATAU DENGAN SESUATU DARIPADA AL-H'A-WAA-DITS (SEGALA SESUATU YANG BAHARU) SEPERTI AL-`A-RASY ATAU AL-KUR-SIYY ATAU AS-SA MAA* (LANGIT) ATAU AL-ARDH (BUMI) ATAU YANG SELAIN ITU MAKA PASTILAH IA SEORANG YANG KAAFIR (FA HUWA KAAFIRU QAT-'AN) DAN TELAH BATAL-LAH `AMAL-NYA TERMASUK SHALAAT, PUASA, DAN DAN TELAH TERANGLAH BERLAKUNYA THALAAQ BAA- IN TERHADAP PASANGAN-NYA (ISTERINYA/ SUAMINYA), DAN WAJIBLAH KE ATASNYA UNTUK MELAKUKAN TAUBAT SERTA MERTA.

Tammat.

Kesimpulan:
1.Akidah Syubhat Tajsim adalah mengi'tikadkan Tuhan berjisim atau ciri-ciri jisim tetapi tidak serupa jisim-jisim makhluk. Hukumnya tidak kafir, cuma bid'ah.
2. Akidah Tajsim mengi'tikadkan Tuhan berjisim , serupa jisim-jisim makhluk, hukumnya kafir. wallahu a'lam.



7. Menolak Hujjah Kaedah yang Kesamaran (Syubhat). Percubaan mereka menegakkan dalil-dalil kaedah Syubhat Tasybih .



Mulla Ali Al Qoori telah mengkritik Ibnu Abdil Izz pensyarah Kitab Aqidah At-Thohawi. Mulla Ali al Qori berkata dalam kitab beliau- Syarah Fiqhul Akbar m.s 171 :

ومنه ما روى عن أبى مطيع البلخى رحمه الله أنه سأل أبا حنيفة رحمه الله عمن قال لا أعرف ربى فى السمأ هو أم فى الأرض , فقال كفر لأن الله تعالى يقول ( الرحمن على العرش استوى ) . وعرشه فوق سبع سماوات. قلت: فان قال انه على العرش ولكن لا أدرى فى السمأ أم فى الأرض , قال : هو كافر لأنه أنكر كونه فى السمأ , فمن أنكر أنه فى السمأ فقد كفر لأن الله فى أعلى عليين , وهو يدعى من أعلى لا من أسفل. انتهى.

والجواب أنه ذكر الشيخ الامام ابن عبد السلام فى كتاب حل الرموز أنه قال ( الامام أبو حنيفة رحمه الله : من قال لا أعرف الله تعالى فى السمأ هو, أم فى الارض كفر , لأن هذا القول يوهم أن للحق مكانا, ومن توهم أن للحق مكانا فهو مشبه) انتهى. ولا شك أن ابن عبد السلام من أجل العلمأ وأوثقهم فيجب الاعتماد على نقله لا على ما نقله الشاريح مع أن أبا مطيع رجل وضاع عند أهل الحديث, كما صرح به غير واحد.

“Kemudian berkata pensyarah Aqidah At Tohawi ( Yaitu Ibnu Izz al- Hanafi) :

Sebahagian daripada dalil yang menunjukkan Tuhan itu di atas ialah yang diriwayatkan daripada Abi Muti’ Al Balkhi rahimuallahu ta’ala, bahawasanya dia telah bertanya Abu Hanifah r.a berkenaan seseorang yang berkata “Aku tidak mengetahui, Tuhanku dilangit atau di bumi” maka menjawab Abu Hanifah, “Telah kufur dia kerana Allah Taala telah berfirman di dalam surah Toha ayat 5“ Tuhan yang bersifat Rahman telah beristiwa di atas arasy”. Padahal arasyNya di atas tujuh petala langit” .

Aku (Ibnu Abdil Izz) menjawab : Maka jikalau seseorang itu berkata bahawasa Tuhan di atas arasy, tetapi aku tidak mengetahui di langit atau di bumi , menjawab Abu Hanifah “dia kafir, kerana bahawa dia telah engkar keadaan Allah di langit, maka sesiapa yg engkar keadaan Allah itu berada di langit, maka sesungguhnya telah kafir ia, oleh kerana Allah S.W.T berada di setinggi- tinggi tempat (tempat yg tinggi) . Dialah yang diseru daripada pihak yang tinggi, bukan daripada tempat yang dibawah.


Jawabnya :

Bahawasanya telah menyebut Sheikhul Imam Ibnu Abdi Salam di dalam Kitab Hall lu rumuz, bahawasa beliau berkata : Al- Imam Abu Hanifah rahimullah taala berkata “ Sesiapa yg berkata aku tidak mengetahui, Allah taala di langit atau di bumi nescaya telah kafir , kerana perkataan ini memahamkan tempat bagi Al-Haq ta'ala. Dan sesesiapa yg memahamkan Al- Haq ta'ala itu mempunyai tempat , ia adalah Musyabbih”.

Tiada keraguan lagi bahwasa Ibnu Abdi Salam adalah sebesar- besar ulama dan beliau adalah kepercayaan para ulama (yaitu para ulama mempercayai beliau) . Maka wajiblah berpegang ke atas naqalan Ibnu Abdi as- Salam ini, bukan naqalan daripada pensyarah Matan (Thohawiyah) tersebut kerana Abi Muti’ Al –Bal khi adalah seorang lelaki yg mereka- reka hadis di sisi Ahli Hadis , ini adalah sebagaimana telah mentafsirkan dia oleh tidak seorang daripada para ulama hadis.

Tammat.

Lihatlah , bagaimana Al Allamah Mulla Ali Al-Qori telah menjelaskan kebatilan Akidah mereka yang mewahamkan Tuhan bertempat di langit. Menjelaskan riwayat maudhu yang diada-adakan sebagai dalil untuk menyokong fahaman diwahamkan Tuhan bertempat.

Waham bertempat saja sudah terjumlah kedalam Akidah Musyabihah, betapa pula jika seterang kenyataan didalam sebahagian Kitab Akidah karangan mereka yang sama fahamannya dengan SSU dan S. IT?. Ibnu Abdil Izz telah mensyarahkan Kitab Aqidah Tohawiyah mengikut fahaman S. Ibnu Taimiyyah. Biasanya Kitab syarahan Ibnu Izz tersebut telah dijadikan rujukkan oleh mereka dalam setiap perbahasan.



8. Cuba berdalilkan Hadis Jariah.

Tersebut dalam Kitab Zur qoni Syarah Al Muwatak Imam Malik , Juzuk 4 m.s 106 cetakan Darul Kutub Bairut.

عن عمر بن الحكم أنه قال أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلت : يا رسول الله ان جارية لى كانت ترعى غنما لى , فجئتها وقد فقدت شاة من الغنم, فسألتها فقلت: أكلها الذئب فأسفت عليها , وكنت من بنى أدم فلطمت وجهها وعلي رقبة أفأعتقها؟. فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم: أين الله ؟. فقالت : فى السمأ . فقال : من أنا؟. فقالت : أنت رسول الله, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعتقها .

Umar bin Al Hakam bahawasa Nya beliau berkata “ Saya pergi berjumpa Rasulullah s.a.w , maka saya berkata “ Wahai Rasulullah , sesungguhnya Jariah (hamba perempuan) ku menggembalakan kambing milik ku. Aku pergi kepadanya dan sesungguhnya aku dapati seekor kambing telah hilang, maka ku tanyai dia, dia menjawab “Telah dimakan serigala”. Aku marah padanya padahal adalah aku daripada kalangan anak Adam juga (mempunyai kemarahan juga), maka ku tampar mukanya dan di (wajib) atas aku (nazar memerdekakan) hamba, (lantaran kesal atas tindakan tersebut) maka adakah ( patut) aku merdekakannya.

Bertanya Rasulullah S.A.W kepada hamba tersebut,"Dimana Allah?", jawab Jariah itu dilangit. Sabda Nabi lagi “Siapakah aku?”, jawab Jariah tersebut “Engkau adalah Rasul Allah”. Maka jawab Rasulullah S.A.W : Merdekakan lah dia.



Tambahan dalam satu riwayat yg lain: “Sesungguhnya dia beriman”. Bersabda Rasulullah s.a.w kepada Jariah tersebut “dimana Allah Taala?”, maka dijawab oleh Jariah tersebut “Dilangit”.

Ibnu Abdilbar telah memberi komen kepada ayat ini, beliau berkata “Iaitulah tergolong didalam pengertian firman Allah Taala, {Adakah kamu beriman kepada mereka yg dilangit…} Surah Al- Mulk :16. Dan ayat {Kepadanyalah naik segala kalimah yg baik- baik…} Surah Al-Fathir : 10”.

Berkata Al Baaji, “Mudah-mudahan sesungguhnya menghendakilah riwayat tersebut bersifat Allah Taala dengan Ketinggian (Al U`luw) dengan yang demikian disifatkan mereka yg berkedudukan tinggi. Dikatakan pada sisi bahasa TEMPAT SI FULAN DI LANGIT , bermaksud KETINGGIAN KEADAAN,PANGKAT dan KEMULIAANNYA.

Tammat.


Jawabnya:

Jika tidak begitu maksudnya (iaitu sebagaimana tafsiran dan takwilan oleh al-Allamah al-Baaji) dan dipakai makna yang Hakikat tanpa di takwil samaada takwil tafsili (Khalaf) atau ijmali (mengikut method kebanyakan Salaf), apa pula perbezaan diantara TUHAN BERTEMPAT DILANGIT menurut peganggan Arab Jahiliyah dengan TUHAN BERTEMPAT DILANGIT mengikut fahaman mereka yang menolak takwil secara muthlak???.


2) Lagi pula sebagaimana yg ditahkikkan oleh Ibu Abdil Barr dan Al Baaji:

Kalimat “Aina” adalah Arabiyah boleh jadi pertanyaan untuk menunjjukkan Tempat (Al Makan) dan boleh juga pertanyaan untuk menunjjukkan martabat (Al Makanah).

3) Selain itu , Matan dan sanad hadis ini yang MUTHARIB , yang berusaha Az-Zahabi pada permulaannya mentashihkan Nya dan diakhirnya mengubahkan pendapat: ”Barang kali lafaz "Aina Allah" telah mengubah oleh sebahagian perawi mengikut perkiraan fahamannya”. Bolehlah dikaji oleh mereka yg berkemampuan melihat-lihat dalam kitab-kitab Syarahan Al Muwata yg banyak, kemudian lihat pula sanad nya dalam kitab Al Uluw karangan Zahabi, Kitab Tauhid Ibnu Khuzaimah nanti akan dijumpailah itidhrab nya pada matan dan sanadnya.

Misalnya ada pula ihtimal berbilang peristiwa yang mana tidak akan menjadi sependapat pandangan dikalangan Ahli yg MENYELAMI RIWAYAT dan MENELITI MAKNA untuk memahami nya lebih-lebih lagi dalam persoalan Akidah.


Imam Malik sendiri tidak mengakui adanya tersalah riwayat dari Umar bin Al-Hakam sedang orang lain mengatakan sanad beliau hanyalah dari Muawiyah bin Al-Hakam.

Imam Muslim pula tidak meriwayatkan lafaz “Fa innaha Mu’minah” (maka sesungguhnya dia beriman).

Imam Bukhari tidak meriwayatkannya dalam sahih beliau.Yang ada pun hanyalah dalam juzuk “Kejadian segala perbuatan yg berkaitan dengan orang bersin” yang diringkaskan. Tidak pula menunjjukkan hadis orang bersin tersebut keadaannya Allah ta’laa dilangit. Lagi pula Hadis ini bukan merupakan Ikhtisar (ringkasan ) kepada hadis yang dipertikaikan tersebut dan tiada bukti yg menunjjukkan dari mana-mana isyarat pun bahawa al- Bukhari telah meringkaskan hadis yang telah dipertikaikan tersebut.


Dan juga dari Riwayat Al Layyisi dari Imam Malik pula tiada lafaz “Fa innaha Mu’ minah” ertinya “Maka kerana sesungguhnya dia beriman”.

Masaalahnya sebagai asas (fokus):

Jika Riwayat yang begini dijadikan asas Akidah dan Dalil Kaedah Tauhid maka:

“Adakah boleh berdalilkan sesuatu hadis yg mutharib” ?. Sudah tentu jawabannya adalah , “TIDAK BOLEH”.

Wallaahu a’lam.


Hadis Kedua:

Az Zurqooni mencatit dim.s 107:

عن عبيد الله بن عبد الله بن عتبة بن مسعود , أن رجلا من الأنصار جأ الى رسول الله صلى الله عليه وسلم بجارية له سودأ فقال : يا رسول الله ان على رقبة مؤمنة أعتقها , فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم. : أتشهدين أن لا اله الأ الله ؟ قالت : نعم. قال : أتشهدين أن محمد رسول الله ؟. قالت: نعم: قال : أتوقنين بالبعث بعد الموت ؟. قالت نعم. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أعتقها .

Daripada Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas`ud, bahawasanya seorang laki- laki dikalangan Sahabat Ansar, telah datang kepada Rasullah S.A.W membawa seorang Jariah berkulit hitam miliknya, maka berkata laki-laki tersebut “ Ya Rasullullaah, sesungguhnya wajib ke atas aku memerdekakan hamba perempuan yg beriman, maka jikalau Tuan Hamba melihatnya beriman nescaya aku merdekakannya. Bertanyalah Rasullah S.A.W kepada Jariah tersebut “ ADAKAH ENGKAU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YG SEBENAR MELAINKAN ALLAH?”, jawab Jariah tersebut “Ya”. Sabda Nabi S.A.W. lagi “Adakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah?” menjawab jariah tersebut “Ya”, bertanya lagi pula “Adakah engkau beriman dengan dibangkit lagi selepas kematian?”, Jariah tersebut menjawab “Ya”. Sabda Nabi S.A.W. “Merdekakan lah Hamba tersebut”.

Ibnu Abdil Barr telah memberi komentar hadith ini dengan kata beliau: Sesungguhnya Yahya (perawi hadis Al Muwa`ta dari Imam Malik) menghukum Jayyid (elok) lafaz hadis ini.



Telah meriwayat pula hadis ini oleh Ibnu Bukair dan Ibnu Qasim, mereka tidak pula menyebut lafaz “Maka jikalau engkau fikirkan beriman, hanyalah mereka meriwayatkan lafaz “Ya Rasulullah, atas ku wajib memerdekakan hamba perempuan yang beriman, apakah(memadai) kalau aku memerdekakan yang ini? Maka bertanyalah Rasulullah S.A.W kepada Jariah tersebut”……hingga akhir hadis. Tidak tersebut didalam riwayat kedua mereka perkataan “Sesungguhnya wajib atasku memerdekakan seorang hamba perempuan yg beriman”, padahal pada lafaz ini mempunyai faedah istinbath hadis.

Al-Mas`udi telah meriwayatkan pula daripada A`un bin Abdillah daripada saudaranya Ubaidillah daripada Abu Hurairah. Beliau berkata datang seorang lelaki kepada Rasulllah S.A.W, membawa seorang hamba perempuan Ajam (bukan bangsa arab), berkata lelaki tersebut “Wahai Rasullah, sesungguhnya wajib ke atas aku memerdekakan seorang hamba perempuan yg beriman,apakah boleh kalau aku memerdekakan yang ini?”, maka bertanyalah Nabi S.A.W. kepada hamba tersebut "Dimana Allah?"”,maka mengISYARATkan Jariah tesebut ke langit. Bersabda lagi Nabi kepada Jariah maka “Siapakah aku ini?”, maka mengISYARAT Jariah tersebut kepada Nabi dan ke arah langit, iaitu “Engkau adalah Rasul Allah” .Sabda Nabi S.A.W “Merdekakanlah Dia kerana Dia beriman”.


Telah mengeluarkan hadis ini oleh Ibnu AbdilBar.

Tammat.

Jawabnya:

Beberapa hadis yang tersebut membicarakan asal berkenaan masalah, bagaimanakah membayar Kafarat Nazar dengan memerdekakan seorang hamba perempuan yg beriman sebagaimana yang dibahaskan dalam Ilmu Feqah, salah satu syarat sah membayar kifarat dengan memerdekakan hamba semestinya hamba yang Islam. Inilah maksud asal atau intipati daripada kesemua hadis tersebut, tetapi ada juga sebahagian mereka yg mengambil faham daripada ibarat yang umum sebagaimana persoalan yang kita sedang bahaskan sekarang.Iaitu pada dialog Rasullah S.A.W dalam memastikan keIslaman hamba tersebut untuk mengesahkan pembayaran kafarat.

Hadis pertama Rasullah S.A.W. menanyakan perkataan “ainallah” (dimana Allah),

hamba perempuan tersebut menjawab “fi samaa” (dilangit).



Hadis pertama ini menjadi dalil bagi mereka yang mengatakan Tuhan itu bertempat di langit, yang mana sebenarnya fahaman ini adalah fahaman mujassimah (menetapkan Tuhan itu bertempat).

Sementara pada Hadis yang Kedua yang diriyawatkan dalam Al-Mauwtak juga, dengan kalimat “atasyhadiina” (menunjukkan Rasulullah S.A.W bertanya :Adakah engkau mengaku bahawa Tiada Tuhan Yg Sebenar Melainkan Allah), hamba Jariah tersebut menjawab perkataan “na’am”(Ya).


Dan Hadis Akhir yang dibawa oleh Ibni Abdil barr pula menyebut Rasulullah S.A.W berlafaz “ainallah”(dimana Allah), sedangkan Jariah tersebut hanya mengisyaratkan kelangit. Dalam hadis Ibni Abdil Barr ini dicatit “Fa Asyaarat”.

Jelaslah Kalimat “Atasyhadin” dalam hadis pertama dan kemudian kalimat “Fa asyarat” dalam hadis yang kedua telah mentafsirkan maksud hadis yang pertama :

Hanya menunjjukkan “Praktik semasa SESEORANG BERSAKSI” . Bukan menunjjukkan Allah atau Tuhan memang ada atas langit.

Lagi pula jariah (hamba perempuan) tersebut adalah seorang Ajam (bukan bangsa Arab), yang mana kesulitan baginya untuk menafsirkan Tauhid yang ada dalam hatinya. Lantaran itu bila disoal oleh Rasulullah s.a.w berkenaannya maka mengisyarat jariah tersebut kepada langit bermaksud "Setinggi-tinggi pangkat dan martabat Ketuhanan".

Wallaahu a’lam.

Dimana diketahui Jariah tersebut bukan Arab?. Oleh sebab hadis jariah tersebut seperti yang telah dinyatakan adalah Mutharib pada sanad dan matannya, yang sudah pasti tidak boleh dibuat dalil dalam bidang Tauhid. Maka Si Jariah yang tidak pasti secara putus adakah mengetahui bahasa arab atau tidak, mungkin tidak tahu, sebab disebutkan pada satu riwayat “Ajam” ertinya bukan orang Arab . Maka menterjemahlah ia Tauhid dalam dadanya dengan bahasa isyarat. Serupalah dengan orang-orang yang mengunakan bahasa isyarat kebiasaannya sebagai penterjemahan . Keadaan ini boleh diihtimalkan si Jariah tersebut memang tidak tahu bahasa arab.


Jikalau Saudara berkata “Adakah mungkin Rasulullah s.a.w mengetahui Jariah tersebut tidak tahu bahasa Arab?” .

Jawabnya:

1) Mungkin kerana ada kalimat “Ajam” dalam salah satu riwayat hadis tersebut. Dan tidak mungkin pula kerana ada hadis yang satu lagi menyebut jawaban jariah tersebut “Ya”, tapi tidak mungkin juga boleh dipakai hadis yang ada jawapan “Ya” ini, sebab tidak ada disebutkan dalam riwayat yang mengatakan Rasulullah s.a.w mengatakan si jariah itu “Beriman”.

2) Sanadnya Mutharib , orang kata Imam Malik tersalah menamakan rawi nya tapi tidak mengaku pula Imam Malik .

3) DiSatu sudut, dikatakan pertanyaan “aina” adalah tambahan perawi sahaja. Sudut lain dikatakan pula mustahil berlaku banyak peristiwa, sebab stelah diselidiki oleh ahli riwayat mereka memutuskan begitu, tak diterima berlaku banyak peristiwa pada kisah tersebut. Langsunglah tidak boleh di nazarkan (dilihat maknanya) oleh Ahli Nazar (yang meneliti makna dan maksud) .

Kesimpulannya: Hadis-hadis yang berkaitan dailog antara Nabi s.a.w dengan seorang hamba perempuan (Jariah) tersebut tidaklah boleh dijadikan hujjah untuk menegakkan KAEDAH KESAMARAN mereka.

wallahu a'lm.

9. Kedudukan mereka yang menafikan semua bentuk Takwil, samada Ijmali atau Tafsili.



Berkata Pengarang Kitab Manahil Ahli Irfan Fi Ulumil Quran m.s 188 juzuk 2:

علمت أن حمل المتشابهات فى الصفات على ظواهرها مع القول بأنها باقية على ولقد حقيقتها ليس رأ يا لأحد من المسلمين . وانما هو رأى لبعض أصحاب الأديان الأخرى كاليهود والنصارى وأهل النحل الضالة كالمشبهة والمجسمة

“Sesungguhnya yang aku tahu, bahawa mengihtimalkan ayat –ayat mutasyabihat berkenaan “Sifat- Sifat Khobari” di atas zahirnya serta berkata bahawasa kekalnya (makna kalimat) ini di atas makna hakikatnya, bukanlah merupakan satu pendapat pun daripada seseorang di kalangan Muslimin. Hanya sanya ia adalah fikiran sebahagian pemeluk agama lain seperti Yahudi dan Nasrani dan ahli agama ( Nihal) yang sesat seperti golongan Musaybbihah dan Mujassimmah”.

Tammat.




10. Jawaban terhadap makna Perkataan Imam Malik r.a .

Terdapat berbagai riwayat dari Imam Malik , dialog antara beliau dengan seorang Mujassimah yang hadir dalam majlis Ilmu beliau . Yang paling masyhur dan menjadi dalil yang kukuh bagi Kaedah S. IT dan yang sefahaman dengan beliau ialah :

ألاءستوأ معلوم . والكيف مجهول. والايمان به واجب والسوأل عنه بدعة

Istiwa telah maklum . Kaifiyatnya tidak diketahui. Beriman dengannya Wajib. Bertanya tentangnya Bid’ah.

Tammat.

Mereka mengemukakan, inilah seteguh-teguh hujjah yang menunjjukkan kebenaran Kaedah mereka. Kalau begitu , Tuhan memang berada diatas Arsy, kaifiatnya tidak diketahui. Iaitu cara nya sahaja tidak tahu. Bersilakah, bertinggungkah atau baringkah?. Jawaban Imam Malik radiallaahu anhu ini , telah menjadi ukuran kepada seluruh ayat-ayat dan hadis-hadis yang mutasyabihat/ayat-ayat sifat.

JAWABNYA:

Jika kita semata-mata berpegang dengan riwayat pertama, nanti akan lebih membengongkan, sebagaimana perbahasan yang telah lalu . Contoh-contoh bagaimana berpusing-pusing , tidak tentu hala arah maksud kaedah dan mengakibatkan Terjerumus terus ke lembah Syubhat Tajsim dan Tasybih yang membahayakan Akidah telah kita bahas, jelaskan dan fahami bersama. Keadaan begitu terjadi adalah lantaran berlakunyaa; “ Tanaqud fil I’barah”yaitu Berlawanan hujung dengan pangkal ayat. Diawalnya tahu (maklum) makna Istiwa tapi diakhirnya tidak difahami pula (majhul) kaifiyatnya.

Lebih membengongkan, apabila diberi makna Kaifa dengan maksud “cara”. Hasilnya jadilah seperti fahaman S. IT dan Wahabiyah dan yang sefahaman dengan mereka. “Tuhan diketahui duduk diatas Arsy, Cuma kaifiyat duduknya sahaja tidak diketahui, bersilakah atau mencangkungkah?”. "Ta’aalallah ‘an zaalika”.

Oleh yang demikian: Jangan lupa, terdapat satu lagi riwayat dari Imam Malik yang menjelaskan apakah maksud sebenar beliau dengan jawaban tersebut.


Di dalam Kitab Al- Furqan m/s 16 dinaqalkan Imam Malik radiallahuanhu menjawab :

الاستوا مذكور والكيف غير معقول والايمان به واجب والسوأل عنه بدعة

“Istiwa itu mazkuurun (disebutkan di dalam ayat Quran dan hadis berkenaan sifat ) dan kaifiatnya tidak dima’qulkan ( tidak di fahami dan ditasawwurkan oleh akal) , beriman dengannya wajib dan bertanya padanya bida’ah.”

Tammat.

Maka riwayat pertama ( Istiwa adalah Maklum kaifiatnya Majhul ) sebaiknya bahawa dirujukkan maksudnya kepada riwayat kedua ini:


"Bahawa lafaz istiwa adalah maklum yg waridnya/catitannya/telah diturunkan, terdapat di dalam Al-quran (maklumul Wurud معلوم الورود ) Sedangkan Kaifanya (yaitu bagaimananya) tidak dapat difikirkan”

Maka Hasil rujukkan :

“ Istiwa maklum (diketahui) , Kaifanya (bagaimananya) tidak diketahui”

Akan Memaksudkan :

Diketahuikan lafaz yang disebutkan/dicatitkan, padahal maknanya tidak dima’qulkan (tidak difahami) oleh akal, berkenaan pada perkara-perkara yg bergantung pada sisi AL-Haq Jalla Wa`aza”.

Keadaan ini memang bersesuaian dengan Kaedah Tafwidh pada sisi Salaf yang sebenar.

Maklum yang dimaksud pada riwayat pertama adalah: (maklumul wurud معلوم الورود ) bukan (maklumul maa’ni معلوم المعانى .) Hanya tahu kalimat tersebut memang tercatit dalam Al Quran , maknanya tidak diketahui. Maka Kalimah غير معقول tidaklah dirujukkan hanya kepada maksud adanya duduk/istiwa, cuma tidak diketahui sahaja (kaifiatnya) iaitu caranya dan rupa sifat istiwa tersebut. Sebagaimana yang difahami dengan semata-mata melihat kepada riwayat pertama yang menjadi dalil bagi Fahaman Syubhat Tajsim. Kerana Ghairu Ma’qul adalah menafikan keseluruhan Makna-makna yang boleh difahami daripada ayat atau sesuatu kalimat mutasybihat.


Wallahu a’lam.

Selain dari dua riwayat tersebut , terdapat lagi riwayat dari Ummu salamah dan Imam Rabi’ah Ar-Ra, yi guru Imam Malik sendiri yang mana maknanya sama dengan riwayat kedua yang telah kita terangkan tadi.


Syekh Ibnu Hajar Al Asqolani meriwayatkan kedua-duanya dalam Fathul Baari Syarah Bukhari M.S 406- 407 juzuk 13 : Silalah rujuk disana.

Jika dibantahi lagi kefahaman yang telah kita jelaskan ini .

Jawab:

Lihatlah semua kenyataan dan ulasan Ulamak Salaf yang sebenar yang hidup di kurun yang dijamin oleh Rasulullah s.a.w.


Misalnya ulasan Imam Syafie radiallahu a’nhu.

استوى بلا تشبيه وصدقت بلا تمثيل و ا تهمت نفسى فىالادراك وأمسك عن الخوض فى ذلك كل الامساك.

“Istawa (Tertinggi) tanpa penyerupaan , aku benarkan tanpa membuat bandingan , mentohmah aku akan diriku pada mengidrak ( cuba memahami/ mengetahui) dan aku tahani diriku dari membicarakan demikian itu secukup-cukup menahan”.

Adakah boleh kita fahami dari kenyataan Imam Syafie ini sepertimana yang difahami dari kaedah S. IT?. Adakah sama maksud antara kedua mereka?. Perhatikan dengan teliti. Akan didapati perbezaan yang nyata.


Oleh itu, Berhati-hatilah dengan Fahaman mereka yang syubhat /kesamaran tersebut.

Mari perhatikan.

Cuba perhatikan pula kalimat Imam Syafie :

و ا تهمت نفسى فىالادراك

Ertinya:“Mentohmah aku akan diriku pada mengidrak ( cuba memahami/ mengetahui) "

Perkataan Imam Syafie ini adalah memahamkan penyerahan makna iaitu yang dinamakan Tawfidh/ Takwil Ijmali sebagaimana yang telah digariskan oleh Kaedah Salaf yang sebenar. Kata Imam Syafie lagi:

وأمسك عن الخوض فى ذلك كل الامساك.

Ertinya: “Dan aku tahani diriku dari membicarakan demikian itu”.



Tidak membicarakan bermaksud tidak membincang dan menentukan makna atau tafsir, ayat ini membuktikan Tiada Syubhat, Waham Tasybih dan Takwil Tafsili. Bolehlah kita ringkaskan sebagai berikut:


Method Imam Syafie adalah:

{Tiada menafsir dan tiada menentukan makna , sebaliknya disisi Mazhab Khalaf ditentukan makna yang munasabah (takwil Tafsili) dan disisi method S. I T juga berlaku penentuan makna , iaitu dipakai makna hakikat yang zahir pada setiap lafaz ayat-ayat sifat}. Penentuan makna yang disebut sebagai Takwil Tafsili. Telah maklum Takwil Tafsili kebanyakannya berlaku disisi Ulamak Khalaf . Pada Ulamak Salaf seperti Imam Syafie ini, tiada Takwil Tafsili. Oleh yang demikian, adalah lebih benar dengan mengikuti method khalaf yang telah menentukan makna yang munsabah sahaja pada ayat-ayat mutasyabihat, atau mengikut saja kaedah Imam Syafie yang terus mentafwidhkan maknanya kepada Allah s.w.t tanpa takwil tafsili . Berbanding dengan kaedah S. IT sepertimana yang telah kita bincangkan dulu, juga telah menentukan makna sekalipun tidak menyedarinya atau tidak mengakui. Beliau dengan Kaedahnya, telah kesamaran dalam penentuan makna atau tidak. Satu ketika dikatakan memakai makna yang hakikat (iaitu makna-makna zahir lafaz yang termasuklah juga makna-makna yang mustahil) dan dimasa yang sama juga dianggap mustahil adanya makna-makna yang mustahil dalam ayat-ayat sifat tersebut. Method ini sebenarnya adalah sangat-sangat keliru dan tidak akan difahami dengan jelas oleh sesiapapun yang cuba menyeluknya. Insyallah nanti akan kita cuba bentang pendetailannya , sebab terdapatnya orang-orang telah cuba membantah penerangan kita berkenaan fahaman ini dalam buku-buku terbaru terbitan mereka yang dijual dikedai-kedai dengan harga murah. Mereka mendakwa tiada perbezaan kaedah S. IT dengan kaedah-kaedah Para Salaf yang sebenar dan para ulamak muktabar seperti Imam Sayuthi, Ibnu Hajar Al-Haitami dan sebagainya . Wallahu A’lam.


2) Perhatikan semula seperti kata Imam Abu Hanifah yang telah kita sebut dulu:

والجواب أنه ذكر الشيخ الامام ابن عبد السلام فى كتاب حل

الرموز أنه قال ( الامام أبو حنيفة رحمه الله : من قال لا أعرف الله تعالى فى السمأ هو, أم فى الارض كفر . لأن هذا القول يوهم أن للحق مكانا. ومن توهم أن للحق مكانا فهو مشبه) انتهى

"Bahawasanya telah menyebut Syeikh Al Imam Ibnu Abdi Salam di dalam Kitab Hall lu rumuz, bahawasa beliau berkata Al- Imam Abu Hanifah rahimullah taala berkata “ Sesiapa yg berkata aku tidak mengetahui, Allah taala di langit atau di bumi nescaya telah kafir , kerana perkataan ini memahamkan sangkaan tempat bagi Al-Haq. Dan sesesiapa yg menyangka Al- Haq itu mempunyai tempat, ia adalah Musyabbih (orang yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk)"

Tammat.


3) Juga Kaedah yang telah dinyatakan oleh salah seorang Ulamak Salaf , Imam Sufiyan Uyaiynah :

كل ما وصف الله نفسه فى كتابه فتفسيره تلاوته والسكوت عليه

Ertinya: Tiap-tiap Sifat yang telah mensifatkannya oleh Allah s.w.t dalam Kitab Nya ,maka Tafsirnya adalah BACAANNYA dan DIAM daripadanya.

Hanya bacaan dan diam sahaja yang menjadi tafsir adalah memaksudkan kaedah tafwidh. Bukan kaedah baina tamsil wa ta'thil seperti dakwaan mereka.

Oleh yang demikian : Memadailah bagi kita dengan beberapa contoh yang telah dibawa untuk memahami kedudukan sebenar fahaman Salaf yang sebenar yang TIDAK ADA TASYBIH DAN SYUBHAT/WAHAM TASYBIH (sesuatu yang membawa sangkaan Tuhan mempunyai Arah dan PenyerupaanNya dengan Makhluk). Perbezaannya dengan pemahaman golongan Salafiyah Wahabiyah yang mengelirukan adalah jelas.



11. Berkenaan Takwil Tafsili , Keharusan dan Ikhtilafnya.

As-Syawkaani telah menulis di dalam Kitab Irsyaadul Fuhul, Usul Fiqh beliau m.s 176:

{Perkara yg masuk di dalamnya takwil terbahagi kepada dua:


Pertama :Kebiasaanya didalam masalah furu’, tiada khilaf pada keharusannya.


Kedua : Perkara usul seperti aqidah–aqidah dan usul agama dan sifat- sifat Tuhan Azza Wa Jalla .


Berikhtilaf ulama pula pada bahagian kedua ini di atas tiga mazhab.

Mazhab Pertama : Tiada kemasukkan Takwil padanya bahkan berlaku di atas zahirnya dan tidak ditakwil sesuatu pun daripadanya (samada Ijmali maupun Tafsili). Ini adalah Qaul golongan Musyabihhah/Mujasimmah.

Mazhab Kedua:Mempunyai Takwil tetapi kami menahankan diri daripadanya serta membersihkan iktikad kami daripada tasybih dan takwil, berdasarkan firman Allah Ta'ala
“Tiada mengetahui takwil melainkan Allah”. Berkata Ibnu Burhan ini Mazhab Salaf . Aku berkata ini ialah jalan yang terang dan method yang selamat daripada terjatuh ke dalam kecenderongan takwil kerana tiada yg mengetahui akan takwilnya melainkan Allah. Memadalah Salafu Soleh sebagai ikutan untuk sesiapa yang hendak mengikut dan sebagai contoh untuk sesiapa yang kasih mencontohi (ini adalah jika) ditakdirkan tiada kedatangan dalil yang menghukumkan tegahan takwil. Betapa pula tidak dikatakan (ia lebih selamat) , ini adalah jalan yang selamat padahal ialah yang teguh terdapat di dalam Kitab dan Sunnah .


Mazhab yang Ketiga: Bahawasa diTakwilkan.

Berkata Ibnu Burhan: "Qaul yang pertama daripada semua Mazhab ini adalah batil dan dua qaul yang kemudian adalah dinaqalkan daripada Sahabat r. anhum. Dan dinaqalkan Mazhab yang ketiga (terakhir) ini, dinukil daripada Saidina Ali, Ibnu Masud, Ibnu Abbas dan Ummu Salamah".

Abu Umar bin Solah (Ibnu Solah) berkata: Manusia pada perkara– perkara yang memahamkan jihat (arah/pihak dan seumpamanya) terdapat tiga kumpulan .


Pertama:Kumpulan yg mentakwilkan.


Kedua: Kumpulan yg mentasybihkan (menyerupakan Tuhan dengan Makhluk) .

Ketiga: Golongan yang berpendapat bahawa syara’ tidak memakaikan lafaz (mutasyabihat) seperti ini melainkan kepada pengunaan yang harus dan baik penerimaannya secara mutlak seperti mana yang telah berkata mereka, serta Penjelasan, mensucikan , membersihkan dan bebas dari batasan dan penyerupaan . Diatas Jalan ini, telah melalui Imam-imam terawal dikalangan Fuqoha dan pengikut-pengikut mereka, dan kepadanya juga telah menyeru oleh Imam Hadis dan Pemuka-pemukanya. Tidak ada seorang pun dikalangan Mutakalimin yang melencong dari jalan ini. Tiada yang enggan menurutinya. Imam Ghazali mengulas dengan baik dibeberapa Kitab beliau dengan larangan terhadap jalan selainnya (qaul yang ketiga ini) .}

Tammat.




Daripada kenyataan As -Syawkani tersebut kita memahami:

Takwil Ijmali dan Tafsili ada dasarnya. Pengambilannya berasal daripada Ulamak Salaf yang terdiri dari Para Sahabat r. anhum.

2) Tanpa melakukan sebarang Takwil sebagaimana Kaedah yang dibawa oleh IT, SSU adalah merupakan kaedah golongan Mujassimah .

3) Perkataan Syawkani:
أن لها تأويلا memahamkan:

a. “Bahawa ia mempunyai Takwil,” --------- Takwil Ijmali.

b. “Tetapi kami menahankan diri daripadanya serta membersihkan akidah kami daripada
tasybih dan takwil”,--------------------- Takwil Tafsili.

Wallahu a'lam.



12. Berkenaan Kitab Al Ibanah Imam Abu Hasan Ash’ary

Pada dasarnya memang kita mempercayai Imam Abu Hasan ada meninggalkan karangan kitab Ibanah Fi Usul al-Diiyanah. Cuma mutakhirnya, kitab tersebut mempunyai masalah , adakah sebenar Naskhah yang sampai ketangan kita hari ini masih kekal keasliannya. Sekalipun Imam Ibnu Asyakir dalam kitab beliau Tabyin kizbi al Muftari telah menukilkan lebih daripada 50 ulamak yang membuat keputusan bahawa Kitab tersebut memang karangan Imam Asha’ary, tetapi apa yang dapat dipasti kan bukan masalah tiada keyakinan Kitab tersebut adalah karangan Imam Asha'ary. Ibnu Asyakir wafat jauh sebelum kelahiran S. IT. Kebarangkalian berubah naskhah dengan dimasukkan fahaman yang tidak sesuai dengan Kaedah Salaf yang sebenar mungkin berlaku. Sarjana kemudian yang mengkajinya telah mendapati beberapa Naskhah Kitab Ibanah yang masih dalam bentuk Tulisan tangan yang berbeza-beza.

Lebih-lebih lagi , bila mana didapati fahaman didalam Kitab tersebut tidak sama dengan Fahaman yang di Naqalkan oleh Murid-murid Imam Abu Hasan sendiri.

Ibanah , maklumat keberadaannya telah dimantapkan oleh Ibnu Asyakir dalam Tabyiin beliau. Kalau kita melihat Kitab At Tabyiin Kazibi al-Muftari , karangan Ibnu A’syakir, kita juga akan hairan ?, mengapa Ibnu Asyakir pun sendiri menyebut terdapatnya Takwil yang berbentuk Ijmali yang di putuskan ianya adalah berasal dari Imam Ahli Sunnah tersebut. Sedangkan mereka yang mengikuti method S.IT telah menolak sebarang takwil termasuk Takwil Ijmali kemudian mendakwa ketiadaannya berdasarkan isi kitab Ibanah Imam Abu Hasan pula. Kemudian membuat susulan jawapan dengan peringkat perubahan Akidah Imam Ahli Sunnah tersebut kepada tiga peringkat dengan hanya berdasarkan andaian yang boleh dipertikaikan padahal persoalan Akidah tidak akan sekali-kali tumbuh diatas asas-asas yang dipertikaikan.

Mengapa tahkik kewujudan Ibanah yang telah menolak Takwil Ijmali hanya menumpang pada Tabyiin yang mentahkik keberadaan Takwil Ijmali pula. Mengapa ini terjadi?.

Yang pastinya kita tidak akan memegang sesuatu pegangan yang bercelaru dan tiada ketetapan pengambilan dan dasarnya.

Wallahu a’lam.


13. Saudara menulis lagi:

dan Ibnu Taymiyyah. Inilah manhaj kami dalam tawheed Asma Was Sifat. Dan bukannya semudah seperti "Dah Allah SWT dan Rasulnya sendiri yg katakan Allah itu dilangit jadi dia dilangit ler." "Dah Allah SWT dan Rasulnya sendiri kata Allah ada Tangan, so kita terima je ler." Tidak ya Syaikh..It is not That easy... ada kaedahnya. Contohnya Syaikh Alawy bin Abdul Qadir As-Segaf telah menggariskan 21 kaedah-kaedah umum tentang berinteraksi dgn sifat-sifat Allah SWT ini dalam Bukunya "Mengungkap Kesempurnaan Sifat-sifat Allah dalam Al-Quraan dan As-Sunnah" terbitan Pustaka Azzam yg terdapat di Pustaka Indonesia, Bangunan Wisma yakin berhadapan dgn masjid India. Judul aslinya "Shifatullah Azza wa Jalla Al Waaridah fil Kitab wa Sunnah", terbitan Darul Hirjah, Riyadl 1994. Memang tidak semudah itu dalam Bab Tawheed Asma Wa Sifat sehingga boleh menjerumuskan kepada Tashbih / tajsim dan tidak pula seperti yg dituduh oleh Kabbani, Nuh Ha Min Keller, As-Saqqaf, dan lain-lain golongan yg sewaktu dgn mereka. Dan tuduhan tentang Tashbih dan Tajsim terhadap golongan salafee telah dijawab oleh Ulama'-Ulama' Ahlu Sunnah Wal Jamaah yg bisa di cut & paste di Milis ini jika mahu.... Wallahu'alam

Jawab: Saya telah membaca buku karangan Alawy bin Abdul Qadir as-Segaf dari Dahran , Saudi Arabia tersebut. Sudah pasti beliau bukan Sayed Sagaf yang kontra dengan Al-Albani, yang merupakan anak didik al-Ghumari. Apa latarbelakang pengajian Sagaf pengarang buku tersebut mungkin boleh dijawab oleh mereka yang berminat dengan fahaman pengarang. Dalam buku tersebut boleh dikatakan beliau banyak menceduk ulasan-ulasan pelajaran Tauhid karangan Bin Bazz, Sheikh Soleh Uthaimin, yang semasa dan sefaham dengan S. Ibnu Taimiyyah , Ibnu Qayyim. Bin Bazz dicatitkan dalam buku tersebut telah menganggap Amirul Mu'mini fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani melakukan kesalahan kerana telah mentakwil ayat surah An-nisa 142 : Ertinya: "Sesungguhnya orang munafiq menipu Allah dan Allah akan membalasi tipuan mereka". Pada pandangan saya , semua kandungan dalam buku tersebut ada yang sesuai, ada yang tidak sesuai dan setiap dakwaan buku tersebut yang tidak sesuai dengan I,tikad Jumhur boleh dijawab dan diluruskan. Mungkin juga pembaca boleh melihat-lihat sebuah buku karangan Ustaz Zamihan, bertajuk “Salafiah Wahabiah satu Penilaian Semula”. Cetakan Terajaya Enterprise . Mungkin boleh diambil manfa’at sedikit sebanyak pandangan beliau berkenaan Persoalan yang kita bincangkan ini. Juga boleh dibaca buku Saudara Hafiz Firdaus bertajuk “Jenayah Ilmiyyah” yang menjawab dan membahas persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zamihan dalam buku beliau. Saudara Hafiz cuba menjawab sedaya upaya mempertahankan kaedah S.S.U dan S. IT dengan ulasan-ulasan yang menarik tetapi masih ada ruang-ruang yang perlu dipertikaikan dan diluruskan. Saya mendapat cerita ,Ustaz Zamihan telah menulis jawapan untuk menjawap buku Saudara Hafiz , sayangnya tidak tersiar di media penyiaran atau cetakan . Mungkin satu hari Ustaz Zamihan diberi peluang membentangkan jawapan beliau Insyallah.

Pendahuluan buku Saqaf tersebut menyatakan , beliau banyak menukilkan fahaman-fahaman dari kitab Ibnu Taimiyah dan yang sefahaman dengannya. Ada dua tiga buah buku Ahli sunnah Asya irah yang disebut seperti “Al Asmaa’ Wal-Shifat” buah tangan Imam Al-Baihaqi, tetapi beliau mengatakan tidak berminat kerana banyak Takwil. Kalau sudah begitu kedudukannya, apa lagi yang perlu dibahas, sebab sudah nyata pengarang buku tersebut hanyalah cut and paste sahaja dari fahaman Ibnu Taimiyyah. Lebih baik kita terus membahaskan fahaman Ibnu Taimiyyah , bagi menguji keteguhan fahaman nya, bahkan yang sebenarnya adalah kerapohan yang ditemui. Sebenarnya sangat banyak buku-buku dan kitab-kitab yang boleh kita baca untuk mendapat penjelasan berkaitan Fahaman Tajsim dan Syubhatnya. Tetapi dingatkan bagi sesiapa yang berminat mengkaji , hendaklah jangan hanya membaca maklumat-maklumat disebelah pihak saja. Bacalah keterangan dikedua-dua pihak sampai mendapat tahkik dipihak manakah kaedah yang lebih tepat mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Sebaliknya jika kita tidak berkemampuan menyeluk perbincangannya hendaklah terus berpegang kepada kaedah-kaedah yang telah masyhur dipegang oleh para Ulamak Melayu terdahulu . Iaitu kaedah Takwil dan Tafwidh yang telah kita bincangkan. Inilah cara yang selamat, sebaliknya jika mencuba tanpa persediaan adalah sangat merbahaya, kerana persoalan ini adalah persoalan Akidah.

Kesimpulannya : Fahaman Tajsim dan Syubhat Tajsim adalah bermasalah dengan Akidah Islam. Fahaman yang sedang giat di popularkan ditengah masyarakat mestilah diberi peringatan dan penjelasan dengan cara yang bijak secepat mungkin. Golongan yang berfahaman sebegitu dimasa kini biasanya dikenali sebagai Salafi atau Wahabi . Wallahu a’lam.

14. Ulasan-ulasan dan jawapan kita terhadap buku Jenayah Ilmiyah.

Penulis buku "Jenayah Ilmiyah" menulis setelah diringkaskan:

PENILAIAN SEMULA NO: 60

Dakwaan percanggahan Ibn Taimiyah dengan al-Zarqani.

Disebut dalam Swsp ms 76: Di dalam kitab “Manahil al-Urfan” (m.s. 292, jld. 2) beliau menegaskan:

“Kami telah mengetahui bahawa menggunakan ayat-ayat mutasyabih pada sifat-sifat Allah itu secara zahir dengan mengekalkan maknanya adalah bukan pendapat orang-orang Islam. Sebaliknya ia adalah pendapat ahli-ahli agama yang lain seperti yahudi dan kristian dan ahli-ahli agama yang sesat seperti kaum Musyabbihah dan Mujassimah”.


Penilaian semula:

Kata-kata di atas benar terdapat dalam Manahil al-‘Urfan fi ‘Ulum al-Qur’an karya Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Zarqani (1122H) (Dar al-Fikr, Beirut 1996) jld 2, ms 209 (Bab ke 15: Tentang Muhkam al-Qur’an dan Mutasyabihah, Bab: Petunjuk dan Peringatan). Bab ini asalnya ditujukan kepada sebahagian manusia di zaman al-Zarqani yang cuba meneladani generasi Salaf dalam memahami nas-nas al-Sifat tetapi telah terkeliru sehingga mereka memahaminya secara zahir, istilah dan maksud. Mereka menganggap Allah beristiwa di atas Arasy dengan Dzat-Nya dengan sebenar-benar maksud. Ahl Zahir inilah yang dikritik oleh al-Zarqani.


Sebelum itu al-Zarqani telahpun menukil 3 kaedah yang benar dalam memahami nas-nas al-Sifat, ringkasnya:



[1] Kaedah Tafwid yang diamalkan oleh Mazhab Salaf.



[2] Kaedah Takwil.



[3] Kaedah dipertengahan, iaitu dibolehkan mentakwil sesebuah al-Sifat apabila takwilan yang dilakukan benar dan dikenali di sisi lisan Arab. Jika tidak maka hendaklah ditangguhkan (tidak ditakwil) melainkan beriman kepada maksudnya sambil mensucikan Allah (daripada Tasybih dan Tajsim).



Penulis mengulas "tiada percanggahan fahaman antara al-Zurqoni dan S. IT", beliau menulis:

[Manahil al-‘Urfan, jld 2, ms 207-208. Yang seumpama juga telah dikemukakan oleh al-Suyuti dalam al-Itqan, jld 2, ms 10-12] Oleh itu yang benar tidak ada percanggahan antara al-Zarqani dan Ibn Taimiyah. Kata-kata al-Zarqani yang dinukil oleh pengarang Swsp sebenarnya tidak di letakkan pada tempat yang sebenarnya (out of context) dan ini merupakan pendustaan ke atas al-Zarqani.]


JAWAPAN KITA:



Penjelasan kenyataan Al-Zurqoni:

Al-Zurqoni , penulis kitab Manahilul Irfan bukan al-Zurqoni pensyarah Hadis al-Mawtak karangan Imam Malik r.a . Maka zaman al-Zurqoni manakah sebenarnya berlaku salah faham dan terkeliru memahami nas-nas al-sifat sehingga memahaminya secara zahir (HAKIKAT)?. Penulis mencatitkan di nota kaki buku beliau Jenayah Ilmiyah m.s 207 berkenaan Al-Zurqoni

Saya menambah, dimukaddimah Kitab Manahil al-Irfan memang jelas catitan penerbit yang dapat difahami bahawa Zurqoni pengarang Manahil ini adalah mereka yang hidup sekitar tempoh Wahabi mula masuk memerintah di Saudi Arabia.

Di muka surat 291 Manahil al-Irfan yang ada di tangan saya, cetakan Dar al-Ihya al-Kutub al-Arabiyah , juzuk 2 tercatit :

لقد أسرف بعض الناس فى هذا العصر , فخاضوا فى الصفات بغير حق. وأتوا فى حديثهم عنها وتعليقهم عليها بما لم يأذن الله , ولهم فيها كايمات غامضة تحتمل التشبيه والتنزيه , وتحتمل الكفر واالايمان حتى باتت هذه الكليمات نفسها من المتشابهات , ومن المؤسف أنهم يوجهون العامة وأشباهم بهذا . ومن المحزن أنهم ينسبون ما يقولون الى سلفنا الصالح , ويخيلون الى الناس أنهم سلفيون ؟؟؟. من ذلك قولهم : ان الله تعالى يشار اليه بالشارة الحسية .وله من الجهات الست : جهة الفوق . ويقولون : انه مستوى على عرشه بذاته استوأ حقيقيا : بمعنى أنه استقر فوقه استقرارا حقيقيا, غير أنهم يعودون فيقولون : ليس كاستقرارنا وليس على مانعرف ,هكذا يتناولون أمثال هذه الأية .

{Sesungguhnya telah melampaui batas setengah dari manusia pada masa kini, mereka membicarakan sifat-sifat dengan tidak mengikut cara yang benar . Mereka berkata-kata berkenaanNya dan mengulas tanpa mengikut lunas yang diizinkan oleh Allah. Mereka berkata berkenaannya dengan kalimat-kalimat yang mendalam yang di ihtimalkan terdapat Tasybih dan Tanzih. Dan dihtimalkan Kufur dan Iman hingga nyatalah semua kalimat-kalimat ini sendiriNya adalah Kesamaran. Dan setengah dari yang mendukacitakan bahawa mereka membentangkannya pada masyarakat awam dan mewas-waskan mereka. Dan setengah dari yang mendukacitakan lagi, bahawa mereka menisbahkahkan perkara yang mereka bicarakan itu kepada Salaf–Soleh, dan mengkhayalkan orangramai bahwa mereka adalah golongan Salafi???. Setengah dari demikian itu, perkataan mereka : “ Bahawa Allah ta’la, ditunjuk padaNnya dengan telunjuk yang zahir. Dia, ta’ala mempunyai arah ( pihak ) yang enam. Pihak atas . Dan mereka berkata : “Bahawa Dia ta’la bersemayam atas A’rsy Nya dengan Zatnya sebagai semayam yang HAKIKI. ..iaitu dengan makna bahawa dia tetap sebagai tetap yang hakiki.Cuma kembali merujuk (dari makna HAKIKI itu dengan kata) : “ Bukanlah Ia tetap (atas A’rsy) seperti tetapnya kita dan bukan pula menurut yang kita tahu”. Seperti inilah mereka mentakwil contoh-contoh ayat ( yang menunjukkan sifat-sifat mutasyabihat) }. Tammat.


Jika diperhatikan maksud ayat diatas , dapatlah kita fahami maksud sebenar kaedah mereka yang diutarakan oleh al-Zurqoni yang berbunyi:

Bahawa Dia ta’la bersemayam atas A’rsy Nya dengan Zatnya sebagai semayam yang HAKIKI. ..iaitu dengan makna bahawa dia tetap sebagai tetap yang HAKIKI. Cuma kembali merujuk ( dari makna HAKIKI itu dengan kata) : “ Bukanlah Ia tetap (atas A’rsy) seperti tetapnya kita dan bukan pula menurut yang kita tahu”.

Kita akan dapati ianya saling tak tumpah sedikit pun dengan kaedah mereka yang telah kita bincangkan. Perhatikanlah bersungguh-sungguh. Kemudian cuba lah para pembaca meneliti semula penerangan yang telah kita kemukakan. Bacalah berulang kali dari m. s 291 – 293 kitab Manahilul Irfan tersebut , buah karangan seorang pakar al- Quran. Kita akan mendapati maksud pengarang Manahilul Irfan memang bersesuaian dengan fahaman Salafi Modern yangg tercanggih sekarang. Kita akan dapati jelas perbezaan antara fahaman Salaf S. IT dengan Salaf sebenar. Fahaman seperti dakwaan S. IT adalah sama dengan fahaman mereka yang di maksudkan oleh pengarang Manahil tersebut. Perhatikanlah bersungguh-sungguh. Kemudian cubalah para pembaca meneliti semula penerangan yang telah kita kemukakan. Saling tak tumpah sedikit pun . Tidaklah saya bermaksud al-Zurqoni menulis secara tepat ayat "bahawa setengah dari manusia pada masa kini" adalah golongan Wahabiyah, tetapi yang difokuskan adalah Kaedah Fahaman yang sama antara pihak S. IT yang menjadi ikutan Wahabiyah dan "kenyataan Sheikh Al-Zurqoni tersebut" . Oleh itu anggapan Saudara penulis mengatakan tiada percanggahan fahaman antara al-Zurqoni dengan S. I T , adalah tidak benar dan telah out of context.

Pengenalan Ilmu Tasauf

Pengenalan Ilmu Tasauf PDF | Print | E-mail

1. اسمه: علم التصوف وعلم السر وعلم السلوك.

1. Namanya : Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan

Allah.

2. حده: فَهُوَ عِلْمٌ يُعْرَفُ بِهِ اَحْوَال النَّفْسِ وَ صِفَاتِهَا الذَّمِيْمَةِ وَالْحَمِيْدَة.

2. Pengertiannnya : Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu ( hati ) dan sifat- sifatnya yang keji dan terpuji.

3. مَوْضُوْعُهُ: فَهُوَ النَّفْسُ مِنْ حَيْثُ مَا يُعْرَفُ لَهَا مِنَ الأَحْوَالِ وَالصِّفَاتِ .

3. Tempat perbahasannya : Iaitu Nafsu ( Hati ) berkenaan perkara- perkara yang berkaitan dengan segala keadaan- keadan hati dan segala sifat – sifatnya.

4. ثَمْرَتُهُ: فَهُوَ التَّوَصُّلُ بِهِ اِلىَ تَخْلِيَّةِ الْقَلْبِ عَنِ اْلأَغْيَارِ وَتَحْلِيَّتِهِ بِمُشَاهَدَةِ المَلِكِ الغَفَّارِ.

4. Buah hasilnya : Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada aghyar ( Ingatan selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan

penyaksian Tuhan Al Malikul Ghafar ( Raja yang sangat mengampuni ).

5.حُكْمُهُ: فَهُوَ الوُجُوبُ الْعَيْنِ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ , وَذَلِكَ لأِ نَّهُ كَمَا يَجِبُ تَعَلُّمُ مَا يُصْلِحُ الظَّاهِرَ كَذَلِكَ يَجِبُ تَعَلُّمُ مَا يُصْلِحُ الْبَاطِنَ.

5. Hukumnya : Iaitu wajib ain ( fadhu ain ) atas tiap- tiap mukalaf. Demikian itu kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu- ilmu yang memperbaikan zahir seperti itulah juga wajib mempelajari perkara- perkara yang memperbaikan hati.

6. فَضْلُهُ: فَهُوَ فَوْقَانُهُ عَلَى سَائِرِ الْعُلُومِ مِنْ جِهَةِ أَنَّهُ يُوٍصِلُ اِلَىَ مَا ذُكِرَ .

6. Kelebihannya : Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah Wasilah ( yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut.

7.نِسْبَتُهُ لِلّعُلُوم : فَهِىَ أَنَّهُ أَصْلُ كُلِّ عِلْمٍ وَمَا سِوَاهُ فَرْعٌ. وَنِسْبَتُهُ لِلْبَاطِنِ كَنِسْبَةِ الْفِقْهِ اِلَى الظَّاهِر.

7. Nisbah (bandingan ) dengan yang ilmu lain : Ia adalah asal tiap- tiap ilmu dan perkara- perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya diantara perkara- perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkara- perkarayang zahir.

8. واَضِعُوهُ : فَهُمْ الأَئِمَّةُ الأْعْيَانِ الْعَارِفُوْنَ بِرَبِّهِمْ اْلمَنَّان .

8. Penyusun : Terdiri daripada mereka, semua Pemuka Ahli Tasauf yang ariffin Birabbihim Al mannan ( yang telah mengenal Tuhan mereka yang bersifat sangat pemberi, dengan mata hati ).

9. اِسْتِمْدَادُهُ : فَهُوَ مِنْ كَلاَمِ اللهِ وَكَلاَمِ رَسُوْلِهِ سَيِّدِ عَدْنَان, صلى الله عليه وسام , وَذَوِى اليَقِيْنِ وَالْعِرْفَانِ .

9. Tempat ambilannya : Iaitu daripada Kalam Allah ( Al-Quran) dan hadis Rasulnya iaitu Penghulu daripada Anak Adnan S.A.W. dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan ( Makrifat kepada Allah Azzawajalla).

10 . مَسَائِلُهُ : فَهِىَ قَضَايَاهُ التَّى يُبْحَثُ فِيْهَا عَنْ عَوَا رِضِهِ الذَّاتِيَّة.

10. Masalah- masalahnya : Iaitu segala konsep-konsep yang dibahaskan didalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara yang timbul ( yang hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf ) seumpama al-fana`1,al-baqa`2,al-muraqabah3 dan lain- lain lagi.

Catitan:

  1. Fana : Binasa, hapus, hilang, lenyap, gugurnya sifat- sifat yang tercela pada diri hamba sebagaimana baqa` itu ialah wujudnya sifat- sifat terpuji pada diri hamba.
  2. Baqa` : Kekal- sebagai istilah Tasauf digunakan untuk nama maqam sesudah maqam fana`. Orang yang maqam berada pada maqam baqa akan berpandangan dengan al-Haq Taala dengan tiada terdinding daripada memandang sekalian makhluk ini. Menurut Imam Al-Qusyairi: Baqa` itu ialah tegaknya (bersifat dengan ) sifat- sifat yang terpuji pada hamba.

3. Muraqabah : Mengintai-intai al Haq Taala dengan mata hati.

03 March 2012

Ilmu Tauhid

Ilmu Tauhid PDF | Print | E-mail

Ilmu tauhid adalah ilmu yang penting… sangat penting… malah yang terpenting! Gagal ilmu tauhid bererti gagallah yang lain-lain. Tapi dalam dunia hari ini, pelajaran ilmu tauhid semakin terpinggir. Sebahagian besar para pendakwah sendiri mengabaikan ilmu ini dengan hanya mengambil yang asas sahaja. Mereka rasakan ‘yang asas’ itu sudah mencukupi lalu mereka tumpukan usaha

mereka kepada gerak kerja dakwah. Apabila kita mendengar percakapan mereka ataupun kita membaca tulisan-tulisan mereka, barulah kita sedar yang mereka bermasalah dalam tauhid. Malangnya…. mereka sendiri tidak sedar yang tauhid mereka bermasalah. Kalau tauhid para pendakwah sendiri banyak yang bermasalah, kita yang orang awam ini bagaimana?

Tentulah lebih banyak masalahnya!

Sebab itulah para ulama terdahulu sangat menekankan ilmu tauhid.

PENGENALAN

Persoalan mentajdid diri, keluarga, masyarakat dan umat sering diutarakan dalam blog ini. Saranan-saranan baru, saranan-saranan pemulihan dan saranan-saranan ‘meningkatkan keberkesanan’ silih berganti menghiasi muka depan tetapi hal ehwal akidah kurang disentuh. Sebahagian pelayar mungkin tertanya-tanya, mana tulisan tentang tauhid? Bukankah ia persoalan asas lagi utama?

Bukanlah niat kita untuk mengetepikan urusan teratas dalam agama ini tetapi ada pertimbangan-pertimbangan tertentu yang terpaksa kita teliti. Memang banyak individu dan perkumpulan yang mendakwa sedang berjuang hari ini sebenarnya masih kabur dalam persoalan akidah dan mereka tidak menyedarinya.

Sebahagiannya menyangkakan cukuplah ‘ilmu tauhid’ sebagaimana yang dihidangkan oleh orang atasan mereka. Sebahagiannya pula ‘tertolak’ beberapa sudut penting ilmu tauhid tanpa disedari kerana menyangkakan hal itu bukan sebahagian daripada ilmu tauhid ataupun kurang/ tidak penting. Sebahagiannya lagi tidak mahu ambil tahu pun, cukup sekadar dia tahu yang Tuhannya Allah dan dia menyembah Allah selama ini. Sangkaan-sangkaan sebegini sebenarnya SANGAT BERBAHAYA menurut pandangan orang-orang yang faham.

Sebab itulah asas ilmu tauhid mesti dibereskan terlebih dahulu bersesuaian dengan ungkapan “Awwaluddin maghrifatullah”- Awal agama ialah mengenal Allah. Kalau Tuhan tidak dikenal, kepada siapa kita berabdi selama ini? Ke mana hala perjuangan kita selama ini? Kita menyembah Allah ataupun kita tersembah ‘makhluk’ yang kita sangka Allah? Ataupun kita tersembah Allah yang kita sekutukan dengan makhluk? Bagaimana kita hendak tahu dengan pasti?

“Supaya janganlah kamu menyembah (berabdi kepada) selain Allah.”

(Hud: 2)

Berbicara lantang tentang hukum-hakam agama memang baik. Berjuang bersungguh-sungguh utuk mendapatkan daulah juga sangat baik. Demikianlah halnya dalam memperjuangkan idea-idea jemaah, ekonomi, tajdid fiqh, dakwah, hiburan Islam, kemajuan teknologi dan lain-lain. Tapi selama ini sedarkah kita setara mana KETAUHIDAN kita kepada Khaliq? Ada yang berpendapat cukuplah dengan ‘asas’. Apakah ‘asas’ yang kita faham itu benar-benar asas untuk lulus dengan baik dalam mentauhidkan Allah ataupun ia sekadar ‘asas kepada asas’?

Tulisan di bawah disampaikan dalam gaya bahasa yang paling mudah agar dapat difahami oleh ‘orang atasan’ mahupun ‘orang bawahan’, seolah-olah berbicara saja lagaknya. Hal ini dilakukan kerana kita tidak mahu ada yang tersalah faham. Sangat besar bahayanya jika berlaku sedemikian.

Satu perkara yang sangat penting untuk kita faham ialah… contoh-contoh yang dibuat untuk menerangkan isi kandungan ilmu tauhid ini umumnya tidak ada yang tepat 100%. Hal ini berlaku kerana kita membicarakan Allah iaitu Khalik sedangkan contoh-contohnya kita ambil daripada alam makhluk. Mana mungkin contoh-contoh daripada alam makhluk dapat menceritakan hal Khalik dengan tepat 100%!

“Dan tidak ada suatu apa pun yang setara dengan-Nya.”

(Al-Ikhlas : 4)

“Tiada suatu apapun yang standing dengan-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Asy-Syura: 11)

Semoga penjelasan asas ini dapat membuka minda kita bersama.

PENGENALAN

Ilmu tauhid adalah ilmu yang penting… sangat penting… malah yang terpenting! Gagal ilmu tauhid bererti gagallah yang lain-lain. Tapi dalam dunia hari ini, pelajaran ilmu tauhid semakin terpinggir. Sebahagian besar para pendakwah sendiri mengabaikan ilmu ini dengan hanya mengambil yang asas sahaja. Mereka rasakan ‘yang asas’ itu sudah mencukupi lalu mereka tumpukan usaha mereka kepada gerak kerja dakwah. Apabila kita mendengar percakapan mereka ataupun kita membaca tulisan-tulisan mereka, barulah kita sedar yang mereka bermasalah dalam tauhid. Malangnya…. mereka sendiri tidak sedar yang tauhid mereka bermasalah. Kalau tauhid para pendakwah sendiri banyak yang bermasalah, kita yang orang awam ini bagaimana?

Tentulah lebih banyak masalahnya!

Sebab itulah para ulama terdahulu sangat menekankan ilmu tauhid. Kata mereka, “Awaluddin maghrifatullah”- Awal agama ialah mengenal Allah. Permulaan agama ialah dengan mengenal Allah.

Ilmu-ilmu yang utama dalam agama Islam ini ada tiga iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasauf. Ringkasnya tauhid-fiqh-tasauf. Setiap satunya ada beberapa nama lain. Contohnya, ada orang sebut ilmu kalam, ilmu syariat dan ilmu akhlak. Banyak nama tapi sebenarnya menceritakan benda yang sama. Jadi, tak perlulah kita berbahas tentang nama ataupun istilah, nanti akan membuang masa.

Ketiga-tiga ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Semua orang mesti berusaha untuk belajar dan memahami ketiga-tiganya setakat yang termampu. Kita tidak boleh ‘ambil dua tolak satu’. Kita juga tentulah lebih tidak boleh ‘ambil satu tolak dua’. Ketiga-tiganya umpama batu tungku yang digunakan untuk melapik kawah.

Bolehkah kawah diletakkan di atas dua tungku sahaja? Jawapannya ‘tidak boleh’, ataupun lebih tepat lagi ‘hampir-hampir mustahil” boleh.

Kalau satu tungku? Lagilah tak boleh! Akan terbaliklah kawah.

Samalah tamsilannya dalam hal menembak musuh. Untuk menembak musuh dengan senapang, mestilah ada tiga perkara utama iaitu tukang tembak (manusia), senapang dan peluru. Seandainya tidak ada salah satu perkara di atas, perlakuan ‘menembak musuh’ tidak akan berlaku.

Ada manusia ada senapang tapi tak ada peluru. Boleh tembak? Tak boleh.

Ada manusia ada peluru, tak ada senapang. Boleh tembak? Tak boleh juga.

Ada senapang ada peluru tapi tak ada manusia. Boleh tembak? Tak boleh juga.

Ketiga-tiganya mesti ada untuk membolehkan perlakuan ‘menembak musuh’ berlaku.

Tapi orang sekarang ni pandai. Dia kata ‘ada peluru ada senapang tapi tak ada manusia” boleh tembak. Macam mana? Kita programkan senapang tu guna komputer. Apabila komputer berjaya mengesan penceroboh, secara automatik senapang akan mencari sasaran dan melepaskan peluru!

Memang betul, tapi kita kena tanya balik- yang programkan komputer tu siapa dia? Bukankah manusia juga?

Jadi, tetap mesti kena ada ketiga-tiganya baru senapang tadi boleh menembak.

Kita bagi contoh lagi, supaya faham betul-betul.

Untuk suap makanan ke mulut, kena ada sekurang-kurangnya tiga perkara utama. Satu- makanan. Dua- tangan. Tiga- mulut.

Katakanlah ada makanan ada tangan, tapi tak ada mulut. Macam mana? Ke mana makanan nak dihalakan? Kalau makanan itu dihalakan ke ketiak, ia tidak dinamakan suap. Kalau makanan itu dihalakan ke pusat, ia juga tidak dinamakan suap. Kalau makanan itu disumbatkan ke telinga, adakah kita sebut ‘suap”? Tidak kan?. Ia dinamakan ‘suap’ apabila makanan tadi dihalakan ke mulut. Selain itu tidaklah dinamakan ‘suap’. OK?

Baik. Ada makanan ada mulut tapi tak ada tangan. Jadi tak ‘suap’? Tidak.

Ada tangan ada mulut… tak ada makanan. ‘Suap’ ke tu? Tak jugak.

Kesimpulannya, untuk ‘suap’… mesti ada ketiga-tiganya sekali iaitu makanan, tangan dan mulut.

Tauhid ialah tahu, kenal dan faham Tuhan. Fiqh ialah cara-cara berabdi ataupun beribadah kepada Tuhan. Tasauf pula ialah pemurnian kepada tauhid dan fiqh tadi, untuk mencantikkan lagi tauhid dan fiqh.

Contoh- orang hendak menjala ikan.

Sebelum kita pergi menjala ikan kita kenalah tahu, kenal dan faham yang mana jala dan yang mana tempat ada ikan. Jangan pula nanti kita bawa cangkul ataupun joran ataupun senapang untuk menjala ikan. Ataupun kita pergi menjala di kolam renang, kolah bilik air, kubang kerbau dan sebagainya. Untuk itu kita kena belajar yang mana jala dan tempat mana ada ikan yang boleh dijala. Inilah tauhid ataupun usuluddin. Disebut juga ilmu usul dalam agama.

Setelah kita tahu apa itu jala dan di mana ada ikan, kenalah ada CARA-CARA menangkap ikan menggunakan jala. Cara-cara inilah yang kita katakan fiqh ataupun syariat. Kita belajar pula cara menjala.

Ada orang lempar jala yang kembangnya berbentuk bujur. Ada yang tak terkembang. Ada yang bentuk huruf lapan. Ada yang bulat cantik kembangnya. Dengan itu kenalah belajar pula pemurnian untuk mencantikan lagi kembang jala itu. Ini dinamakan tasauf.

Apabila ketiga-tiga ilmu ini dipelajari dan dikuasai, barulah boleh mendapat ikan, barulah mudah mendapat ikan.

MAKSUD ILMU TAUHID

Kita masuk kepada definisi ataupun takrif ilmu tauhid.

Apakah ilmu tauhid? Baaanyak takrif yang dibuat oleh para ulama. Ada yang sebut Ilmu Kalam, ada yang sebut Ilmu Usuluddin, ada yang sebut Ilmu Aqa’idul Iman dan sebagainya. Masalahnya… yang mana satu yang lebih mudah untuk difaham oleh orang awam macam kita. Jadi saya rumuskan satu takrif yang saya rasa paling mudah difaham oleh kita iaitu… ilmu tauhid ialah ilmu untuk tahu, ilmu untuk kenal dan ilmu untuk faham Tuhan.

“Permudahkanlah, jangan menyulitkan.”

Apakah ilmu tauhid?

Ilmu untuk tahu, kenal dan faham Tuhan. Itulah ilmu tauhid.

Mengapa kita mesti belajar ilmu tauhid?

Supaya kita dapat tahu, faham dan kenal Tuhan.

Apa tujuan belajar ilmu tauhid?

Tujuannya untuk kita tahu Tuhan, kenal Tuhan, faham Tuhan.

Apa akan jadi kalau kita tidak belajar ilmu tauhid?

Kemungkinan besar kita tidak tahu Tuhan, tidak kenal Tuhan dan tidak faham Tuhan.

Apa risikonya jika kita tidak tahu, tidak kenal dan tidak faham Tuhan?

Risikonya- kemungkinan besar segala amal ibadah kita tidak diterima oleh Tuhan. Hal ini terjadi kerana kita tersalah sembah! Salah sembah, sia-sialah amal ibadah kita.

“Berapa banyak orang yang berdiri (mengerjakan solat sedangkan) daripada solat itu (mereka mendapat) hanya penat dan lelah.”

(An-Nasa’i & Ahmad)

“Berapa banyak orang yang berpuasa (sedangkan) daripada puasanya itu (mereka mendapat) hanya lapar dan dahaga.”

(An-Nasa’i & Ibnu Majah)

BEZA ANTARA TAHU, KENAL DAN FAHAM

Apa beza antara ‘tahu Tuhan’, ‘kenal Tuhan’ dan ‘faham Tuhan’?

Mula-mula kita kena faham maksud tahu, kenal dan faham dulu. Ketiga-tiganya berbeza. Kenal lebih tinggi daripada tahu, dan faham adalah lebih tinggi daripada kenal. Yang paling atas ialah faham, kemudian kenal dan kemudian barulah tahu.

Biasanya disebut ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin. Ada juga yang menambah kepada satu tingkat lagi iaitu kamal yaqin.

Contoh.

Seorang pelancong dari Barat yang datang ke Malaysia diberitahu tentang sambal tumis ikan bilis. Sebelum ini dia tidak pernah dengar pun masakan bernama ‘sambal tumis ikan bilis’. Ketika diberitahu, itulah kali pertama dia TAHU adanya masakan yang disebut ‘sambal tumis ikan bilis’.

Ilmu peringkat ini dinamakan ilmu peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN - tahu cerita tetapi tidak pernah melihat dan belum pernah merasa.

Kemudian si pelancong diajak makan tengah hari mengikut hidangan orang-orang Melayu. Dalam hidangan itu ada sambal tumis ikan bilis. Orang tempatan menunjukkan kepadanya, “This is sambal tumis ikan bilis”. Itulah kali pertama si pelancong melihat sambal tumis ikan bilis. Dilihatnya sebagai sejenis masakan lauk berkuah, berwarna merah dan ada ikan-ikan kecil di dalamnya.

Ilmu peringkat ini dinamakan ilmu peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN- tahu cerita dan sudah melihat tetapi belum merasa.

Seterusnya si pelancong dipersilakan menjamah hidangan bersama sambal tumis ikan bilis. Barulah dirasanya pedas, manis, masin, lemak, masam dan lain-lain adunan rasa sambal tumis petai itu. Itulah sambal tumis sebenar.

Ketika ini ilmunya berada di peringkat FAHAM ataupun disebut HAQQUL YAQIN- sudah tahu cerita, sudah disaksikan dan sudah dirasa/ dialami.

Contoh kedua…

Datang beberapa orang beritahu kepada kita ada pokok tumbang merentang jalan raya. Kita hanya tahu ada pokok tumbang daripada cerita mereka dan kita belum melihat pokok tumbang itu. Ilmu peringkat ini adalah ilmu peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN sahaja.

Kemudian kita pergi melihat pokok yang tumbang itu. Memang betullah ada sebatang pokok besar tumbang merentang jalan raya, kita lihat dengan mata sendiri. Ilmu peringkat ini adalah ilmu peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN sahaja, sudah melihat tapi belum tahu hal ehwal ketumbangan pokok itu.

Kemudian kita menyelidik perihal pokok tumbang itu hingga kita faham bagaimana ia boleh tumbang, bila ia tumbang, apa yang menyebabkannya tumbang, apa akibat daripada tumbangnya itu, benarkah ia tumbang dan lain-lain. Ketika ini ilmu kita adalah di peringkat FAHAM ataupun HAQQUL YAQIN.

Contoh ketiga…

Para sahabat berdakwah hingga ke negara China. Mereka perkenalkan Tuhan kepada orang-orang China- “Tuhan kita ada satu sahaja iaitu Allah”. Ada orang-orang China yang percaya. Ketika ini iman mereka adalah di peringkat TAHU ataupun ILMU YAQIN sahaja. Mereka baru tahu Siapa yang sepatutnya disembah tetapi belum tahu bagaimana keadaan Yang Disembah itu.

Orang yang belajar ilmu Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rubbubiyyah sahaja biasanya sampai ke peringkat ini.

Kemudian orang-orang China tadi belajar hingga mereka tahu keadaan Yang Disembah itu. Mereka tahu Allah itu sedia ada sejak awal, tidak boleh mati, tidak terpengaruh dengan warna, ruang, arah, bentuk dan tempat, menguasai segala-galanya, tidak sama dengan makhluk, menciptakan syurga dan neraka, mencipta semua makhluk, memberi wahyu dan sebagainya. Mereka juga tahu sifat-sifat yang mustahil bagi Allah. Iman peringkat ini adalah iman peringkat KENAL ataupun AINUL YAQIN. Melalui kajian ataupun pembelajaran mereka, mereka sudah menyaksikan bukti-bukti tentang Yang Disembah itu tetapi belum ‘MENYAKSIKAN’ Yang Disembah itu sendiri. Peringkat ini dinamakan FAHAM ataupun HAQQUL YAQIN.

(* Perkataan ‘MENYAKSIKAN’ Yang Disembah dalam ayat tadi adalah istilah sufi yang tidak dapat dihurai dengan perkataan. Ia tidaklah sama dengan perkataan ‘menyaksikan’ sebagaimana yang biasa kita guna. Harap maklum)

Orang yang belajar Tauhid Sifat 20 biasanya sampai ke peringkat ini.

Peringkat seterusnya, mereka yang dikurniakan kebolehan oleh Allah dapat pula ‘MENYAKSIKAN’ Allah, ataupun ‘MEMANDANG WAJAH ALLAH’ ataupun ‘MERASAI SENDIRI’ Allah. Inilah yang dikatakan beriman kepada Allah hingga ke tahap Haqqul Yaqin.

(* Perkataan-perkataan berhuruf besar adalah istilah sufi yang tidak dapat dihurai dengan perkataan melainkan pemahaman. Maksud perkataan-perkataan itu tidaklah sama dengan maksud perkataan-perkataan yang biasa kita gunakan)

Orang yang belajar ilmu tasauf atau ilmu hakikat BOLEH mencapai peringkat ini.

Sebab itu ada ungkapan berbunyi:

Ahli fiqh menemui Allah dengan jalan mengkaji dalil-dalil al-Quran.

Ahli ilmu kalam menemui Allah dengan jalan berfikir

Dan ahli tasauf menemui Allah dengan jalan ‘MERASA SENDIRI’.

Manakah yang terbaik?

Yang terbaik ialah yang mengambil ketiga-tiga jalan dan menguasai ketiga-tiganya.

Jadi, dengan penerangan ringkas lagi dhaif itu tadi, diharap dapatlah memahamkan para pembaca akan perbezaan antara tahu, kenal dan faham. Seterusnya dapat pula memahamkan pembaca akan perbezaan antara ilmu yaqin, ainul yaqin dan haqqul yaqin.

BAHAYA JIKA TIDAK MENGENAL ALLAH

Penduduk sebuah kampung hendak mengadakan kenduri. Mereka bercadang untuk menyembelih empat ekor kerbau. Masalahnya, kerbau-kerbau itu dilepaskan hidup secara liar di dalam hutan. Beratus ekor tinggal di hutan itu. Pendek kata, masuk-masuk hutan saja akan terus terjumpa kerbau. Mereka bersepakat mengerahkan empat orang pemuda yang diajar menggunakan senapang berpeluru pelali untuk mendapatkan kerbau-kerbau itu. Keempat-empat pemuda ini dberi masa dua puluh empat jam sahaja. Siapa yang paling awal berjaya melalikan kerbau, akan dapat hadiah istimewa.

Pemuda A mengambil senapang lalu terus pergi entah ke mana dalam keadaan dia tidak tahupun binatang apa yang penduduk kampung mahu, di mana lokasinya dan bagaimana sifat-sifatnya serta apa sifat-sifat yang mustahil bagi seekor kerbau. Dapatkah dia membawa pulang kerbau yang dimaksudkan? 99.99% pasti dia tidak akan dapat kerbau kerana dia tidak tahu pun binatang apa yang dimaksudkan oleh penduduk kampung. Setelah sehari semalam berjalan baru dia terperasan, “Eh, orang kampung suruh aku tembak binatang apa ya?”

Rakannya Pemuda B tahu penduduk kampung mahukan seekor binatang bernama kerbau dan dia tahu binatang itu tinggal liar di dalam hutan. Masalahnya, dia tidak pernah melihat, tidak pernah tahu dan tidak pernah belajar bagaimana rupa dan sifat-sifat kerbau. Yang dia tahu, ada binatang bernama kerbau dan binatang itu tinggal di dalam hutan. Itu saja. Ada kemungkinan tak dia akan dapat menembak kerbau? Besar kemungkinan tidak kerana dia tidak pernah tahu kerbau itu bagaimana. Boleh jadi dia akan menembak ayam hutan, ular sawa, rusa, monyet , babi dan sebagainya yang disangkakannya kerbau.

Ini ilmu peringkat TAHU.

Pemuda C pula, walaupun tidak pernah melihat kerbau tetapi ada belajar tentang sifat-sifat kerbau. Diketahuinya kerbau itu berkaki empat, bersuara menguak, mendengar dan bertelinga, bertanduk, biasanya berwarna kelabu, suka berkubang, badannya besar, bentuknya macam lembu, melihat dan matanya besar, ada ekor dan sebagainya. Sifat-sifat mustahil bagi kerbau pun diketahuinya iaitu mustahil rupa kerbau itu seperti kucing, mustahil bersuara seperti manusia, mustahil boleh terbang, mustahil boleh memanjat pokok, mustahil berdiri di atas satu kaki dan sebagainya. Bagaimana? Ada kemungkinan tak Pemuda C akan memperolehi seekor kerbau? Ya, tentu. Kemungkinan besar dia akan menembak kerbau dan bukannya binatang-binatang lain.

Ini ilmu peringkat KENAL.

Pemuda D pula sudah ‘menyaksikan’ kerbau sedari kecil. Dia sendiri membela beberapa ekor kerbau di rumahnya. Setiap hari dia ‘berinteraksi’ dengan kerbau-kerbaunya. Dimandikannya, diberus badan, ditunggangnya di sawah, diubatnya jika ada penyakit ataupun tercedera, dipeluk dan sebagainya. Ariflah dia akan hal ehwal hamba Allah yang bernama kerbau itu. Bagaimana? Ada kemungkinankah dia mendapat seekor kerbau di hutan itu? Pasti! Pasti jika tiada apa-apa aral lain yang melintang. Betul?

Ini ilmu peringkat FAHAM ataupun MENYAKSIKAN.

Ringkasnya:

Pemuda A pasti tidak dapat kerbau.

Pemuda B kemungkinan besar tidak dapat kerbau.

Pemuda C kemungkinan besar dapat kerbau.

Pemuda D pasti dapat kerbau.

Contoh ini kita hendak gunakan untuk memahami betapa pentingnya tahu Allah, kenal Allah dan faham Allah.

Pemuda Alif tidak tahu apa itu ‘Tuhan’, tidak tahupun Tuhan itu memang wujud. Adakah dia menyembah Tuhan selama hari ini? Pasti dia tidak menyembah Tuhan bahkan tidak menyembah apa-apa, sebab dia tidak tahupun yang Tuhan itu memang wujud. Sampai bila-bila pun dia tidak akan mendapat Allah. Samalah seperti Pemuda A tadi. Sampai bila-bila pun dia tidak akan mendapat kerbau kecualilah dia belajar tentang kerbau ataupun menyaksikan sendiri rupa kerbau.

Inilah risiko yang dihadapi oleh mereka yang tidak pernah ambil tahu tentang Tuhan, tidak pernah belajar agama kerana mereka tidak pernah TAHU, KENAL dan FAHAM Tuhan.

Pemuda Ba pula tahu Tuhan itu ada dan nama bagi Tuhan ialah Allah. Itu saja yang diketahuinya. Dia tidak tahupun sifat-sifat Tuhan ada tidak tahu juga sifat-sifat yang mustahil bagi Tuhan. Adakah B menyembah Allah selama hari ini? Belum tentu! Ada kemungkinan dia tersembah selain daripada Allah yang disangkakannya sebagai Tuhan. Samalah nasibnya macam Pemuda B tadi yang mngkin tertembak ayam hutan, ular sawa, rusa, monyet , babi dan sebagainya yang disangkakannya kerbau. Hal inilah yang kita takut!

Inilah risiko yang dihadapi oleh mereka yang belajar setakat Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah sahaja. Mereka hanya tahu ‘Tuhan itu ada” dan ‘Tuhan yang sebenar ialah Allah”. Itu saja. Mereka tidak tahu apa sifat-sifat Tuhan dan apa sifat-sifat yang mustahil bagi-Nya, ringkasnya mereka tidak belajar Sifat 20 ataupun ilmu yang setara dengannya. Ada kemungkinan mereka akan tersembah selain Allah, sama ada tersembah makhluk ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk.

Ringkasnya, boleh jadi mereka tidak mengEsakan Allah yang menjadikan tauhid mereka rosak. Ini kerana mereka TIDAK KENAL dan TIDAK FAHAM Tuhan, hanya setakat TAHU Tuhan sahaja.

Pemuda Ta tahu Tuhan itu ada dan nama bagi Tuhan ialah Allah, sama seperti Pemuda Ba. Selain itu dia juga pernah belajar dan faham Allah itu bagaimana. Diketahuinya apa sifat-sifat bagi Allah dan apa sifat-sifat yang msutahil bagi Allah. Ringkasnya, dia belajar dan khatam ilmu Sifat 20 ataupun yang setara dengannya. Adakah dia menyembah Allah selama hari ini? Ya, kemungkinan besar dia menyembah Allah, iaitu Tuhan yang sebenar. Sangat kecil risikonya untuk dia tersembah selain daripada Allah. Samalah seperti Pemuda C tadi. Hampir-hampir mustahil Pemuda C akan tertembak selain daripada kerbau. Hampir-hampir mustahil juga Pemuda Ta akan tersembah selain daripada Allah, sama ada tersembah makhluk ataupun tersembah Allah yang bersekutu dengan makhluk.

Orang jenis ini ialah mereka yang sudah menguasai ilmu Sifat 20 ataupun yang setara dengannya. Ringkasnya, tauhid orang yang menguasai Sifat 20 adalah lebih selamat daripada tauhid mereka yang belajar Tauhid Uluhiyyah sahaja. Ini kerana mereka sudah TAHU dan KENAL Tuhan, c uma belum MENYAKSIKAN-NYA (FAHAM) saja lagi.

Pemuda Tha seorang yang ‘ahli’ dalam tasauf dan Ilmu Hakikat. Dia ‘menyaksikan’ sendiri Allah. Adakah dia menyembah Allah selama hari ini? Pasti! Ada kemungkinankah dia tersembah selain daripada Allah? Mustahil! Samalah seperti mustahilnya Pemuda D tersalah tembak selain daripada kerbau. Setiap hari dia bergelumang dengan kerbau, mustahil dia akan sengaja menembak tupai, beruang, kumbang, kala jengking, landak dan sebagainya yang disangkakannya kerbau.

Orang jenis ini ialah mereka yang sudah menguasai Ilmu Hakikat (kita tidak maksudkan ilmu hakikat yang sesat). Mereka TAHU, KENAL dan FAHAM (menyaksikan) Tuhan. Ini peringkat paling selamat.

Kita beri contoh lagi supaya betul-betul faham.

Empat pemuda Orang Asli hendak pergi berburu ke sebuah lembah. Tok Batin maklumkan kepada mereka bahawa di lembah itu ada tuhan mereka iaitu sebatang pokok cengal daripada sepuluh batang pokok cengal. Pokok cengal yang menjadi tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua sekali. Sesiapa yang pergi ke sana mestilah menyembah dan sujud sebanyak tujuh kali kepada tuhan mereka itu.

Pemuda pertama datang lewat dan tidak sempat mendengar penerangan Tok Batin. Apabila dia tiba di lembah itu, adakah dia akan menyembah apa-apa? Tentu tidak sebab dia tidak tahupun di lembah itu ada tuhan mereka dan tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua. Pemuda ini TIDAK TAHU, TIDAK KENAL dan TIDAK FAHAM,.

Pemuda kedua tahu di lembah itu ada tuhan mereka dan tuhan mereka itu ialah pokok cengal yang paling tua. Malangnya dia tidak tahu yang mana satu pokok cengal, apakah sifat-sifat pokok cengal dan apakah sifat-sifat yang mustahil bagi pokok cengal. Apabila dia tiba di lembah itu, pastikah dia bersujud kepada tuhan mereka iaitu pokok cengal yang paling tua? Besar kemungkinannya dia akan bersujud kepada selain pokok cengal. Jika dia bersujud kepada pokok cengal pun, kemungkinan besar dia sujud kepada pokok cengal yang bukan tuhan mereka.

Pemuda ini sekadar tahu tuhan mereka ada dan tuhan mereka ialah pokok cengal yang tertua di lembah itu. Samalah dengan orang yang belajar Tauhid Uluhiyyah- dia tahu Tuhan itu ada dan Tuhan yang sebenar ialah Tuhan yang Ilah iaitu Allah. Ini ilmu peringkat TAHU.

Pemuda ketiga tidak pernah melihat pokok cengal, namun begitu dia pernah belajar sifat-sifat pokok cengal dan sifat-sifat yang mustahil bagi pokok cengal. Oleh kerana dia tahu sifat-sifat pokok cengal, tahulah dia bagaimana keadaan pokok yang lebih muda dan keadaan pokok yang lebih tua. Sampai di lembah itu, berjayakah dia bersujud kepada tuhan mereka iaitu pokok cengal yang paling tua? Kemungkinan besar dia akan berjaya.

Pemuda ini tahu membezakan anatar tuhan yang sebenar dengan yang lain. Samalah dengan orang yang belajar dan menguasai Sidat 20 ataupun ilmu yang setara dengannya. Ini ilmu peringkat KENAL.

Pemuda keempat pula sudah menyaksikan sendiri pokok cengal tertua yang menjadi tuhan mereka itu. Setiap hari dia melalui lembah itu untuk mencari madu dan petai. Dapatkah dia bersujud kepada tuhan mereka? Sudah tentu! Adakah dia akan tersilap sembah dengan bersujud kepada pokok-pokok lain? Mustahil. Ini ilmu peringkat FAHAM atau MENYAKSIKAN.