03 March 2012

worldshopperslink






















TEMPAH POSISI ANDA SEKARANG!!!!
DAFTAR PERCUMA


LAYARI www.worldshopperslink.com

CALL/SMS 016-959 8989 (RedzWANG)


Posted 4th Jun by Redzwang




Roh Jiwa dan Nafs

Roh Jiwa dan Nafs PDF | Print | E-mail

Saya sering mendapati kata-kata atau kalimat bahasa Malaysia yang tidak mampu mengisi makna atau padanan kata yang sesuai dengan bahasa Arab, Inggeris, dan Perancis.

Sehingga sampai sekarang kita terkadang bingung dengan istilah-istilah asing yang kalau diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia menjadi rancu dan aneh. Seperti pada kata qalb, diterjemahkan menjadi hati, hati kecil, hati nurani dan lain-lain seakan-akan hati itu ada beberapa macam lapisan, sebenarnya qalb itu sifat dari jiwa, sedangkan jiwa itu termasuk An nafs (badan, susuk, wujud / berwujud / berbentuk / berupa). Disini orang kebanyakan keliru, "An nafs" hanya diertikan jiwa, padahal badan fizikal ini pun disebut An nafs (susuk, wujud kasar/ badan kasar).

Roh adalah rahsia Tuhan yang di tiupkan kepada nafs (jiwa atau badan). Roh ini menyebut dirinya AKU, yang disebut bashirah (yang mengetahui atas jiwa, qalb, fizik dan lain-lain. - lihat tafsir Shafwatut Attafaasir surat Al qiayamah: 14 )

Baiklah agar tidak bingung, mari kita bahas satu persatu menurut dalil qoth'i.

Apakah roh itu ??

Mengapa Allah merahsiakan Roh dan mengaitkannya dengan Roh-Nya, dan didalam Alqur'an termasuk kelompok ayat-ayat mutasyabihat (makna yang dirahsiakan), kerana pada ayat tersebut terdapat kalimat Roh manusia adalah Roh yang ditiupkan dari ROH-KU (Min ruuhii) erti harfiahnya adalah Roh milik Allah. Akan tetapi para mufassir menterjemahkan Roh ciptaan Allah. - saya tidak berani menafsirkan kerana dari segi tata bahasa ayat ini termasuk kalimat muatasyabihat, tidak ada menunjukkan bahawa Roh itu ciptaan Allah, kerana itu saya tidak berani menterjemahkan kalimat ini - sebab Allah sendiri melarang meraba-raba atau mereka-reka seperti apa roh itu .Kecuali hanya boleh merasakan bahawa di dalam diri ini ada yang melihat (bashirah) setiap gerak-gerik jiwa dan pikiran serta perasaan kita. Dan bashirah bersifat fitrah (suci) kerana ia selalu bersama dan mengikuti amr-amr (perintah) Tuhannya .

"Maka apabila telah Aku menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan kedalamnya Ruh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Al Hijr,29)

An Nafs adalah yang memiliki bentuk atau wujud atau susuk yang tergambarkan, yang diciptakan dari unsur alam iaitu min sulaatin min thiin (ekstrak alam), sedangkan Roh bukan tercipta dari unsur alam ataupun dari unsur yang sama dengan Malaikat mahupun Jin, sehingga mereka hingga kini tidak mengetahui dari unsur apa roh manusia diciptakan. Bahkan Allah membiarkan para Malaikat dan Syaitan tak berhenti berfikir penasaran, apakah gerangan yang menyebabkan manusia memiliki kedudukan lebih tinggi dari bangsa malaikat dan Syaitan serta makhluk-makhluk yang lainnya, Allah hanya berkata : "Inni a'lamu maa laa ta'lamuun … Aku lebih mengetahui dari apa-apa yang kalian tidak ketahui." (QS. Al Baqarah: 30). Para malaikat protes atas kebijaksanaan Allah yang dianggap tidak masuk akal, dengan perasaan ragu mereka akhirnya mengungkapkan rasa penasarannya kepada Allah … ataj'alu fiiha man yufsidu fiiha wayasdikuddimaa' wanahnu nussabbihu bihamdika wanuqaddisulaka ?? Mengapa Engkau hendak menjadikan ( khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?? Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al Baqarah: 30 )

Rahsia roh ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al Isra' :85

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang Roh, katakanlah : Roh itu termasuk urusan-Ku (amr-Tuhanku) dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit ."

Seperti apa yang sebutkan diatas saya tidak berani menafsirkan, apakah Roh itu, apalagi menterjemahkan sebagai Roh ciptaan-Ku. Saya akan tetap mengikuti erti lafadz aslinya iaitu Ruuhii (Roh-Ku) kerana disana disebutkan kalian tidak memiliki pengetahuan tentang Roh kecuali hanya sedikit sekali.

Dan roh ini memiliki sifat yang Mengetahui, seperti pada surat :Al qiyamah ayat : 14

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (nafs). Di dalam nafs (diri) manusia ada yang selalu tahu, iaitu Aku. Iaitu Roh manusia yang menjadi saksi atas segala apa yang dilakukan nafsinya (diri). Ia mengetahui kebohongan dirinya (nafs), kemunafikan, rasa angkuhnya, dan rasa kebencian hatinya. Kerana itu sang roh disebut min Amri rabbi - selalu mendapatkan intruksi-instruksi Tuhan-Ku. Mengapa demikian, - kerana ia tidak pernah mengikuti kehendak nafsunya dan tidak pernah menyetujuinya tanpa kompromi sedikitpun. Ialah disebut fitrah yang suci, dan fitrah manusia selalu seiring dengan fitrah Allah (QS. Ar Rum:30)

Jadi jika manusia mengikuti fitrahnya, maka ia akan selalu mengikuti kehendak ilahi.

Kemudian Apakah Nafs itu ??

Nafs mempunyai beberapa makna :

Pertama, Nafs yang berkaitan dan tumpuan syahwat atau hawa (hawa berasal dari bahasa Arab yang tercantum dalam Alqur'an, wanaha An nafsa `anil hawa - dan ia menahan dirinya (fiziknya) dari keinginannya (hawanya) ( An Nazi'at :40-41). Iaitu hawanya mata, hawanya telinga, hawanya mulut, hawanya kemaluan, hawanya otak dan lain-lain. Hawa-hawa atau syahwat, selalu berkecenderungan kepada asal kejadiannya iaitu sari pati tanah - dengan demikian An nafs bererti fizik (tanah yang diberi bentuk). Dia akan bergerak secara naluri mencari bahan-bahan unsur asal fiziknya, ketika kekurangan energi atau kekurangan unsur-unsur asalnya maka ia akan segera mencari atau secara naluri ia akan berkata, saya lapar, saya haus !!

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari ekstrak yang berasal dari tanah." (QS. Al Mukminun:12)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang berstruktur (berbentuk), maka apabila Aku telah meniupkan kepadanya Roh-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (QS. Al Hijir: 28-29)

An nafs erti fizik yang mempunyai bahan dari ekstrak tanah yang mempunyai bentuk .

Kedua, An Nafs bererti : Jiwa , - jiwa mempunyai beberapa sifat, nafs lawwamah (pencela), nafs muthmainnah (tenang), Nafs Ammarah bissu' (sentiasa menyuruh berbuat jahat).

Yaa ayyatuhannafsul muthmainnah ….. (QS. Al Fajr : 27-28)

Wala uqsimu binnafsil lawwamah …(QS. Al Qiyamah:2)

Wama ubarriu nafsii, innannafsa laammaratun bissuu' (QS. Yusuf:53)

Sedangkan Qalb, ertinya sifat jiwa yang berubah-ubah, tidak tetap. Terkadang ia bersifat muthmainnah, kadang juga lawwamah, atau berubah menjadi ammarah bissuu'

Watak seperti inilah yang dimaksud dengan QALB (berbolak-balik), jadi keliru kalau dikatakan qalb itu adalah wujud kerana dia bukan jiwa, akan tetapi merupakan sifatnya jiwa yang selalu berubah-rubah. Jiwa yang mempunyai sifat berubah-rubah inilah, dinamakan Qalbun !! sedangkan jiwa yang selamat disebut Qalbun salim (selamat dari sifat yang berubah-rubah) - illa man atallaha biqalbin saliim - kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat. (QS. Asy Syura: 89)

An nafs (jiwa ) memiliki alat-alat, Pikiran, Perasaan, Intuisi, Emosi, dan Akal. Sedangkan An Nafs (fizik ) memiliki alat-alat : Penglihatan ( mata ), Pendengaran (telinga), Perasa (lidah), Peraba, Penciuman (hidung).

Selanjutnya saya akan menguraikan kitab Barnabas berikut ini :

"…kemudian berkata Isa, demi Allah pada hadirat-Nya Rohku berdiri, banyak yang sudah tertipu mengenai kehidupan kita. Kerana demikian saling merapatnya antara Roh dan perasaan telah berhubungan bersama, hingga sebahagian besar manusia mengiakan Roh dan perasaan itu menjadi satu dan hal yang sama, hanya terbaginya dalam penugasan sedangkan tidak dalam wujud, menyebutkannya sensitive (rasa perasaan), vegetative (tubuh yang tumbuh) dan intellectual soul (Roh berfikir, cerdas akal). Tetapi sungguh aku katakan kepadamu, roh itu adalah satu, yang berfikir dan hidup. Orang-orang dungu, dimanakah akan mereka dapatkan roh akal tanpa kehidupan ? tentulah keadaan ketidak sadaran, apabila rasa perasaan meninggalkannya." Thaddeaus menjawab, "O Guru, apabila rasa perasaan ( sense) meniggalkan kehidupan (life) seorang manusia tidak mempunyai kehidupan."

Ayat diatas menjelaskan banyak orang tertipu mengenai kehidupan, sesungguhnya Roh itulah yang menyebabkan orang itu hidup dan berfikir dan memiliki perasaan (sense), tubuh yang bergerak dan tumbuh, berfikir dan berakal. Semuanya itu kerana adanya Roh. Dan Thaddeaus menyimpulkan bahawa jika manusia tidak memiliki Roh maka tidak akan ada kehidupan pada dirinya. Bererti rasa (sense) intellectual soul merupakan intrument roh.

Kemudian pada pasal 123

Ketika semua duduk, Isa berkata lagi, ALLAH kita untuk memperlihatkan kepada makhluk-makhluk-Nya kasih sayang-Nya dan rahmat serta Maha Kuasa-Nya, dengan Maha pemurah dn Maha Adil-Nya, membuat sesunan dari empat hal berlawanan yang satu dengan yang lain, lalu menyatukannya dalam suatu tujuan ahkir, itulah manusia dan ini adalah tanah, udara, air dan api. Supaya tiap-tiap satu sama lain menenangkan pertentangannya. Dan dari empat benda ini, dia menjadikan sebuah kendi (bejana) itulah tubuh manusia, daging, tulang-tulang, darah, sum-sum dan kulit dengan saraf-saraf dan pembuluh-pembuluh darah, dan dengan semua bagian-bagian dalamnya; dalam tempat itu Allah meletakkan ROH dan rasa perasaan, laksana dua tangan dari hidup ini. Memberikan tempat kepada rasa perasaan pada setiap bagian tubuh untuk itu menebarkan dirinya disana seperti minyak. Dan kepada Roh, dia memberikan untuk tempatnya hati, yang bersatu dengan perasaan, dialah akan menerima seluruh kehidupan itu.

Ayat ini menerangkan penciptaan manusia seperti terdapat di dalam Al qur'an surat Al Hijir 28-29 , sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan kedalamnya Roh-Ku , maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud ,

Surat Al mukminun: 12 , berasal dari ekstrak tanah

Surat Al hajj : 5, manusia dari turab (berupa debu)

Surat Ar Rahman : 14 , dari tanah liat yang kering seperti tembikar.

Pasal 179, dikatakan Roh itu bersifat universal dan besarnya 1000 kali lebih besar dari seluruh bumi.

Sebenarnya pasal ini hampir sama dengan keterangan saya pada bab hakikat manusia, bahawa jiwa adalah bersifat sangat luas dengan identitas dirinya yang dipanggil sebagai feminin kerana sifatnya yang universal - Ya Ayyatun nafsul muthmainnah - wahai jiwa yang tenang. Penggunakan Ya nida'(Ayyatuha) atas jiwa sebenarnya biasa digunakan untuk memanggil wanita, juga untuk panggilan (nida') sesuatu yang sangat luas berdasarkan dalil kullu jam'in muannatsin - sesuatu yang bersifat universal atau luas disebut muannats (feminin). Misalnya, jannatun (syurga), samawat (langit), Al Ardh (bumi), Al jamiat (universitas / universal).

Hampir jarang orang menyadari akan dirinya sebenarnya sangat luas, akan tetapi kesadaran ini telah lama menyesatkan fikiran kita yang menganggap bahawa diri kita sebatas apa yang tergambar secara kasat mata saja, padahal lebih dari yang ia bayangkan, bahawa manusia baik logam, tumbuhan dan gunung adalah sebetulnya terdiri dari suatu untaian kejadian-kejadian atau proses. Dimana segala alam lahir ini tersusun oleh senyawa-senyawa kimiawi yang dinamai zarrah (atom). Dan atom-atom ini dalam analisa terakhir adalah satu unit tenaga listrik, yang energi positifnya (proton) berjumlah sebanyak energi negatifnya (electron) di dalam atom ini - setiap detik terjadi loncatan dan pancaran (chark and spark) secara terus menerus. itulah semburan-semburan yang tidak ada hentinya dari daya listrik. Manusia tidak mampu melihat semburan atau loncatan yang tidak putus-putus dengan kecepatan yang sangat luar biasa ini dengan kasat mata biasa, kecuali dengan kesadaran ilmu yang cukup - sebagaimana Al qur'an mengungkapkan tentang gunung yang dianggap oleh orang awam seperti diam tak bergerak :

"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap ditempatnya, padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awam." (QS. An Naml:88)

Secara fizik ,manusia bersifat luas dan rohani meliputi keluasan alam semesta.

Demikian yang saya tahu, mudah-mudahan bahasa Jawa lebih memungkinkan mengisi makna bahasa Arab yang tinggi nilai balaghahnya.

Mengenal NAF'S dan mengenal ROH

MENGENAL NAF'S DAN ROH

Figure: Salawat Ruh


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirobbila'alamin Washolatuwassalamu 'ala asyrafil anbia'i wal mursalin wa a'la aalihi wa ashaabihi wabaarik wasallam.

Pembaca yang dimuliakan Allah Ta'ala. adapun mengenal Naf's dan Ruh itu tersangat luas pembahasan dan kupasannya tersangatlah mendalam sejak dahulu hinggalah ke zaman sekarang. Walau pun Allah Ta'ala telah berfirman bahawa Dia hanya memberi pengetahuan tentang Ruh hanya sedikit manakala pengetahuan tentang Naf's juga adalah terbatas. Tetapi manusia dengan sifatnya yang ingin tahu masih belum merasa puas dengan ilmu yang sedikit itu.
Aku lebih gemar menggunakan istilah Naf's yang menunjukkan kepada Diri, Nafsu. Jiwa dan seumpamanya kerana istilah inilah yang sebut di dalam Al Quran dan Hadis. Namun kita semua sudah biasa dengan pelbagai terjemahan melayu seperti diri,nafsu,nafas,jiwa dan sebagainya.
Dengan mengggunakan istilah yang disebut di dalam Al Quran dan Hadis akan mendatangkan fahaman yang lebih jelas dan kita tidak akan keliru dengan pelbagai terjemahan dan istilah-istilah melayu. Bagi mereka yang benar-benar mengaji dan mengkaji bidang ini sudah tentu lebih arif dan ada yang sampai ke tahap guru-guru yang arif billah . Sudah pasti mereka tidak keliru dan tengelam dengan istilah-[istilah yang benyak itu.
Tentang Naf's kita seringkali mendengar kata-kata Sufi seperti ini , ada juga yang mengatakan hadis nabi saw walau pun kita tidak menjumpai sanad yang sahih, tetapi yang lebih tepat ia adalah kata-kata Syeikh Yahya b Muaz As Saufi.

"Man 'Arofa Nafsahu Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal Jasad"

"Barangsiapa mengenal akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapamengenal akan Tuhannya ,binasalah jasadnya"

Manakala Allah menyebutkan di dalam firmanNYA "

"Hai jiwa yang tenang (Naf's al-Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia ridha kepadamu" (89:27-28).

Dan banyak lagi istilah-istilah NAF'S yang disebut di dalamAl Quran yang menjelaskan mengikut tingkatan-tingkatan NAF'S itu

Tentang Ruh pula Allah Ta'ala menyebutnya di dalam firmanNYA


"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: ‘Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit" Al-Israa'(17): 85

Pengetahuan yang sedikit inilah yang menjadi pembahasan zaman berzaman , ada yang menolak untuk dibahaskan ada yang membahasnya secara berlebih-lebih hingga melampau batas ilmunya dan berlain-lainan pendapat dari pelbagai aliran. Namun sejauh manakah manusia itu dapat benar-benar mengenal diri dan ruh dan dapat memahami rahsia yang sedikit ini . Apakah bezanya antara diri atau 'nafs' dengan ruh , banyak pembahasannya. Akan aku bahaskan nanti.
Kesudahan daripada mengenal NAF'S itu ialah apabila kita tahu bahawasanya kita ini adalah merupakan hamba kepada Allah Rabbul a'lamin. Di sini aku kumpulkan beberapa persoalan di dalam hal mengenal diri untuk dikongsi oleh pembaca semua. Semoga ia menjadi panduan yang berguna buat kita semua.


"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (Surah Hijr : ayat 29 )

Dimaksud dengan sujud di sini bukan menyembah, tetapi sebagai penghormatan kepada Nabi Adam as. Allah Ta'ala menyebutkan sebangai Ruhku (Ruhhi) adalah kerana memuliakan Ruh sebagaimana DIA memuliakan Kaabah lalu menyebutnya sebagai Baitullah. Maka terdapat Ahli tafsir menfasirkan sebagai Ruh ciptaanKU sesuai dengan pendekatan syariat. Manakala Ahli-Ahli Tassawuf dan Sufi menfasirkan dengan pelbagai-pelbagai tafsiran yang lebih mendalam. Semuanya berbeza-berbeza menurut kefahaman masing-masing.


Perbezaan di antara Nafs' dan Roh

Setelah kita lihat istilah NAF'S dan ROH yang Allah Ta'ala sebutkan di dalam Al Quran kita akan membahaskannya secara lebih terperinci dan melihatnya dari sudut pandangan Ahli-Ahli Tasawwuf dan Sufi. Imam kita Sayyidina Ali karamullahu wajjah ra pernah menyebut , ada juga yang menyatakan ia sebagai hadis Nabi saw yang jelasnya ia sampai kepada Imam Ali as

"Awalludiin maarifatullah"

Awal permulaan agama adalah mengenal Allah. Maka itulah isyarat yang perlu difahami dan diikuti agar kita betul-betul mengenal Allah Ta'ala kerana tanpa mengenal Allah Ta'ala bagaimana kita akan beragama. Adakah kita tidak tahu siapa yang kita sembah . Apabila Imam Ali as di tanya apakah kamu melihat Allah ? Imam Ali as menjawab," Apakah aku menyembah Tuhan yang tiodak dapat dilihat ? Ia dapat dilihat dengan pengkihatan mata hati " Jadi pengetahuan dan penglihatan bathin kepada Allah Ta'ala dan kewujudanNYA adalah menjadi pokok dan dasar di dalamkita beragama. Janganlah kamu abaikan perkara yang penting ini. Ulamak-Ulamak Muhaqiqin dan Ariffin billah tidakpernah menyangkal kepentingan ini kecualilah Ulama-Ulamak Dunai dan yang hanya mementingkan perkara-perkara yg zahir semata-mata.Maka bahawasanya taklik (apa yang dikehendaki dengan ) mengenal Allah Ta'ala adalah mengenal diri .

"Man 'Arofa Nafsahu Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Fasadal Jasad"

"Barangsiapa mengenal akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapamengenal akan Tuhannya ,binasalah jasadnya"

Perkataan 'diri' adalah terjemahan ke bahasa melayu dan di dalam istilah arabnya ialah NAF'S . Diri itulah NAF'S walau pun apa istilahnya ia menunjukkan kepada bangsa NAF'S yakni nafsu atau jiwa, diri yang mempunyai hati ,perasaaan ,akal ,nafsu dan berkehendak. Yang makan dan minum itu tubuh ,tetapi yang merasa kenyang ,lapar dan dahaga itulah diri atau NAF'S . NAF'S inilah juga yang akan merasa bahagia atau derita ,diseksa atau menikmati syurga Allah Ta'ala di dunia dan di akhirat . Inilah yang dimaksudkan dengan NAF'S yang merangkumi qalbu/hati ,jiwa, perasaan, akal ,budi ,danyang seumpamanya .Fahamilah betul-betul.

Adakah NAF'S ini yang dapat mengenal Tuhan ? Apabila NAF'S telah disucikan dan berada di martabat insal kamil pada maratabat Nafsu Kamaliah barulah ia benar-benar mengenal Tuhan kearana ketika itu ia mendapat panduan dari RUH yang ditugaskan untuk membimbing NAF'S dan mengingatkan jalan kembali kepada Allah Ta'ala.

Kalimat Ruh itu sangat luas istilahnya dan banyak pula tafsirannya menurut takrif masing-masing samaada pada lughat baik pun pada ilmu yang khusus seperti ilmu tasauf dan ilmu tarekat., Ada yang memberi erti Ruh itu Jawahir (kata jamak /pulral bagi jauhar). Ada yang memberi erti Ruh itu nyawa.. Ada yang memberi erti Ruh itu Jiwa.

Yang paling tepat adalah sebagaimana Allah Ta'ala berfirman didalam Al Quran. ROH itu diertikan Ruh itu sebagai 'Amar Rabbi", maksudnya Urusan Tuhanku. ROH itu Amar Allah , maksudnya Urusan Allah. ROH dengan pengertian Amar Allah adalah dihidupkan dengan sifat Hayat Allah ta'ala. Maka Ruh itu lah yang menghidupkan tuannya iaitu jasad , jisim atau tubuh.

Aku telah meneliti kitab2 bahasa melayu jawi terdahulu seperti kitab Lubabub Tasauf karangan Syeikh Ibrahim b. Hassan Al Kurani yg diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Rauf Al Fansuri dimana 'RUH' itu diterjemahkan kepada 'NYAWA' . Jadi istilah 'NYAWA' dan 'ROH' itu adalah menunjukkan kepada barang yg sama jua. Ini adalah makna yg paling tepat menurut fahamanku.. Kerana dengan ada Ruh itu menghidupkan tubuh atau jasad. Sekiranya Ruh sudah dicabut dari jasad maka manusia itu dikatakan mati atau sudah hilang nyawanya. ROH dan NAF'S adalah 2perkara yang dikekal oleh Allah Ta'ala maka yang mati itu tubuh atau jasad. ROH akan kembali mengadapTuhan Robbil 'alamin sebagaimana Allah Ta'ala berfirman , "Innalillahiwainna ilaihi rooji'un" manakala NAF'S akan menerima balasan samaada bahagia atau kecelakaan di akhirat kelak. Fahamkan betul-betul.

Maksudnya "setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati, kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." ( Al 'Ankabuut:57)

Perkataan NAF'S/diri di sini menunjukkan kepada diri ROH, karana nafas atau nyawa itu digerakkan oleh Ruh. Diri ROH dan Diri NAF'S keduanya sudah terhimpun di alam insan diri kita ini . ROH bersifat taat dan bertaraf Ammar Robbi manakala NAF'S atau nafsu yakni inilah diri kita mempunyai asal kejadian yang berbeza,

Nafs'/Nafsu ni yang mahu nak turun dunia. Nafs'/Nafsu inilah diri kita . Dan tingkatan2 nafsu apabila disucikan naiklah kepada tingkatan amarah > lawamah> mulhamah >mutmainnah >radhiah > mardhiah >kamaliah.

Maka NAF'S atau Nafsu ini di awal kejadiannya bila ditanya oleh Allah Ta'ala siapa Aku dan siapa engkau ,dijawabnya aku aku ,engkau engkau lalu di rejam beratus tahun di dalam neraka panas. Kemudian diangkat semula mengadap Allah Ta'ala dan ditanya lagi siapa Aku dan siapa engkau ,dijawabnya aku aku ,engkau engkau dijawab sama aku aku ,engkau engkau . Maka di rejam beratus tahun di dalam neraka sejuk kemudian diangkat mengadap Allah Ta'ala di tanya lagi , tetap menajwab aku aku , engkau engkau . Lalu diperintah oleh Allah Ta'ala dikurung di dalam penjara lapar dan dahaga beberapa lama kemudian di panggil mengadap Allah di tanya lagi . Barulah ia mengaku Engkau Tuhanku.

Maka NAF'S yang telah disucikan itu Allah Ta'ala gelarkan sebagai 'NAF'S Mutmainnah' yakni 'Jiwa yang tenang' sebagaimana FirmanNYA dan perintahNYA kepada NAF'S untuk memasuki SyurgaNYA

"Hai jiwa yang tenang (Naf's al-Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhamu, kamu puas dengan Dia dan Dia ridha kepadamu" (89:27-28).

Walaupun terjemahannya ialah kepada jiwa namun hakikatnya menunjukkan kepada NAF'S jua. Jangan kamu keliru di sini.

Berbeza dengan ROHuh apabila dihimpunkan kesemua ROH-ROH lalu ditanya. "Alastu birobbikum" , adakah kamu menyaksi Aku ini tuhan kamu maka menjawab sekelian ROH ,"Qolu Bala Syahidna" Bahkan kami semua menyaksikan .

Maka itulah sebabnya ROH itu 'Ammar Rabbi" Urusan Tuhanku, ROH itulah pesuruh Allah yang sentiasa mengingatkan NAF'S/ diri kita agar jangan lupa kamu ada kehidupan yang lebih kekal abadi dan bukan hanya hidup untuk bersuka-suka di atas muka bumi ini.

ROH adalah suci, ciptaan Allah, sehingga dikategorikan sebagai Makhluk. Jadi ROH dalam diri jasad manusia bukanlah Allah itu sendiri. Faham betul-betul

"Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (Surah Hijr : ayat 29 )

Pengertian “ROH KU”? ROH milik Allah. ROH ciptaan dan milik Allah, yang ditiup masuk oleh Allah ke dalam Jasad manusia. Bila manusia meninggal maka ROH ini akan kembali ke Sang Pencipta.

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (Bahkan atas diri manusia itu ada bashirah yang melihat).(QS 75:14)

Kata bashirah ini disebut sebagai yang menyaksi dan tahu atas segala gerak manusia yang sekalipun sangat rahsia. Ia biasa menyebut diri (wujud)-nya adalah "Aku". Manakala Ulamak Tafsir secara syariaat menafsirkan bahwa anggota-anggota tubuh manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lakukan seperti tersebut dalam surat Nur ayat 24, Sedangkan sifat Basirotun itu antara sifat Maanawiyah ynag ditajalli pada ROH. Fahamkan betul-betul isyarat ini.

Menurut pendapat Tarekat Syatariah pula ROH yg tetap dinamakan RUHUL Quddus., ROH yang pergi dinamakan RUHUL 'AZIM., RUHUL QUDDUS itulah yg turun naik, kerana adanya RUHUL QUDDUS itu maka adanya tujuh Latifah dalam tubun insan. Latifah itu dinamakan Makam, Wilayah dan Latifah Latifah RUHUL QUDDUS itu ialah Latifatul QALB, Latifahtul ROH, Latifatul SIRR, Latifatul KHAFI, Latifatul AKHPIA, Latifatul NAFS, Latifatul JASAD. Aku tidak akan membahaskan persoalan Makam,Wilayah dan Latifah di sini.

Sebenarnya Ruh itu asalnya satu jua , kerana ,"Muhammad Abu Ar ROH" Muhammad itu Bapak sekelian ROH. Manakala pada martabat perceraian ianya menjadi berbilang2 namun sifat nya sama. Istilah yang berbeza-beza itu cuma menunjukkan pada martabat2 ROH pada berbeza-beza manusia dan makam.

Maka macam2 istilah tentang ROH, semua menunjukkan kepada Latifah rabbaniah , barang2 yg seni dan halus . Jangan kita tenggelam dan konfius dengan istilah yang macam2 ni . Hakikatnya ROH itu satu yang berbilang itu nafas atau 'NAF'S

ROH tu urusan Allah.. Istilah2 ROH yang macam2 tuh mengikut peringkat2 ROH tersebut., Ruhul Amin - ROh Muhammad, Ruhul Quddus - ROh Jibrail, Ruhul Ammar - ROh yg Allah tiup pada tubuh adam, Fungsinya menjalankan perintah Allah..urusan Allah .

Sedangkan di dalam pembahasan ilmu Usuluddin NAF'S menunjukkan kepada Zat Allah Ta'ala apabila dibicarakan sifat wujud maknanya wujud NAFSIAH. Jangan pula kamu keliru di sini . Maksud wujud NAFSIAH di sini adalah Diri Zat ALlah Ta'ala . Apabila sifat wujud ini sudah tahkik pada hamba itulah NAF'S yang menunjukkan kepada NAFSU kita . Maka NAFS Zat Allah Ta'ala sudah tentu berbeza dengan NAFS , nafsu yang pada kita. Bahawasnya nafsu itulah kita , sebab kita ini hamba . Maka fahaman batiniah yang menyatakankan kita ini Allah adalah satu fahaman yang terpesung jauh. Kerana mereka tidak memperinci sedalam-dalamnya hakikat NAFS itu sendiri .

Manakala di dalam pembahasan tassawuf apa pula kaitan nya dengan kalam sufi 'Man 'arafa Robbahu ,Fa qod 'arofa Rabbahu' Barangsiapa mengenal dirinya (nafsahu) , maka mengenal ia akan Tuhannya", Maksudnya di sini untuk mengenal Allah Ta'ala itu adalah dengan melihat diri sendiri ,mengenal segala sifat2 kelemahan dari kita sebagai tanda wujud kekuasaan Allah Ta'ala dan kebesaranNYA pada kita ,Maka tahulah yang kita ini selaku hambanya yang wajib mengabdikan diri kepada Tuhan Rabb sekelian 'alam.


Tidak ada yang namanya ROH jahat, ataupun lainnya. Sesungguhnya ROH itu selalu mengajak jiwa ke jalan yang lurus, tetapi syaitan sangat gigih menyeru segala yang dimiliki jiwa agar sesat.


bersambung ....

29 comments:

  1. mengenal diri akan mengenal tuhan...tertarik dgn 2 perkara iaitu roh dan nafsu...

    Reply
  2. Jalan paling dekat dan tepat mengenal Allah adalah dengan mengenal utusan Allah,
    Allah hanya beserta dengan nabi dan para Rasul dan utusanya....
    kerana itulah " Barangsiapa taat kepada nabi maka sesungguhnya ia taat kepada Allah"

    "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah"
    barangsiapa yang berpegang kepada yang tiada kena mengena dengan Allah maka sesatlah ia malah menyesatkan pula.

    Reply
  3. Assalamualaikum, izin boleh copy paste tak, kerna nak print dan dibaca offline.

    Reply
  4. salam...
    roh terbahagi kepada 2 roh qaddim(kekal) dan roh hijab.
    roh hijab lahir dari amal & perbuatan jasad semasa hidup...setelah mati roh qadim kembali kpd maha pencipta manakala roh hijab yg akan dihisab...

    Reply
  5. Walau pun Ruh dikatakan Ruh qadim ianya bukan Qadim hakiki sebab yg qadim hakiki itu hanya sebenar2 tuhan (Zat) ,qadim lagi azali . Ruh itu cuma qadim majazi. Quran menyebut Ruh itu sebagai Ammar Rabbi maka selain dari Ammar Rabbi itu bukan disebut Ruh . Sebab Ruh itu sesuatu yg Suci dan taat sebagai Ammar rabbi. Yg dikatakan Ruh Hijab itu bukan Ruh ,itulah Nafsu .Kerana hanya akan di hisab sekiranya ianya bersifat Mutmainnah akan masuk syurga tanpa di hisab.

    Reply
  6. kt jgn terkeliru dgn istilah2 yang diguna pakai bagi menerangkan roh, yang paling penting kt faham/kenal tentang roh(lafaz dimulut tasdith dihati)

    Reply
  7. salam...boleh kah tuan huraikan apa itu islam secara mendalam

    Reply
  8. Apa pun istilah yg cuba dikupas oleh pendapat2 ulamak sufi , AlQuran sudah menjelaskan RUH itu bersifat "AMMAR RABBI" . RUH itu tidak akan di hisab dan yg akan kembali kpd Allah , diri kita Naf's atau Nafsu yg akan dihisab amal perbuatan.

    Tentang lafaz di mulut tasdiq di hati itu tidak ada kena mengena dgn RUH sebab itu adalah iman . Iman itu ikrar bi lisan (lafaz di mulut) tasdiq bi qalbi ( membenarkan dlmhati ) dan disertakan dengan amalperbuatan . Yg dibenarkan di dalam hati itu adalah AQA'IDUL IMAN yg terkandung di dalam kalimah ALLAH. AWAS ??? RUH itu bukan Allah ,tetapi ada manusia hg mengaji hanya di peringkat Ruh dan bertuhankan Ruh .

    Reply
  9. salam,
    "Barangsiapa mengenal akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapamengenal akan Tuhannya ,binasalah jasadnya"

    disini saya perlukan penjelasan dari tuan apakah yang dimaksudkan dengan binasa jasad?

    Reply
  10. salam,
    saudara pernah mengatakan bahawa roh hijab itu bukan roh itulah nafsu. cuba renung dan fikirkan bayi yang baru dilahirkan akan menangis meminta susu, disitu sudah ada nafsu atas diri bayi tersebut megapa tidak ada dosa bagi bayi itu. disini menunjukkan perbezaan hijab dengan nafsu.

    Reply
  11. Asalamualaikum?Ruh dan nafsu camna nak beza dalam hati?2.kadang jahat kadang baik ,yang buat keputusan sapa ,kita ni?Dalam diri ada nafsu ada jasad ada Ruh ?bila mati kemana?

    Reply
  12. Salam... Ingin bertanya.. setelah manusia mati... Nafsu pergi kemana??

    Reply
  13. "Barangsiapa mengenal akan dirinya maka mengenallah akan Tuhannya. Dan barangsiapa mengenal akan Tuhannya ,binasalah jasadnya"

    Binasa jasad membawa maksud sudah meninggalkan perbuatan2 maksiat ,bila kita sudah kenal diri sebagai hakikat kehambaan ,sudah tahu siapa hamba dan siapa tuhan maka mulalah kita mengabdikan diri kepada Allah siang dan malam.

    Reply
  14. Wslm ,
    saudara pernah mengatakan bahawa roh hijab itu bukan roh itulah nafsu. cuba renung dan fikirkan bayi yang baru dilahirkan akan menangis meminta susu, disitu sudah ada nafsu atas diri bayi tersebut mengapa tidak ada dosa bagi bayi itu. disini menunjukkan perbezaan hijab dengan nafsu.

    Bayi yg baru lahir mmg la juga Naf's yg bersifat muhammad yatim dalam keadaaan fitrah bersih dari dosa cuma bila sudah akil baligh datang mimpi barulah nafsu itu mulalah diganggu oleh syaitan,kalau tak di didik secara sempurna maka jatuhlah ia kepada martabat amarah ,lawamah. Tentang hijab ni kisah lain terdapat 7 lapisan setiap lapisan pula beribu2 hijab.

    Reply
  15. This comment has been removed by the author.

    Reply
  16. Asalamualaikum?Ruh dan nafsu camna nak beza dalam hati?2.kadang jahat kadang baik ,yang buat keputusan sapa ,kita ni?Dalam diri ada nafsu ada jasad ada Ruh ?bila mati kemana?

    Waslm . yg datang pada hati ada baik ada jahat , ada bisikan ,ada nur dan macam2 lagi . Ada drp malaikat ,drp ruh ,drp syaitan dan drp nafsu. Semua ini kita perlu kenal secara satu persatu ,bukan nya mudah perinciannya ianya satu pemerhatian yg teliti.Perlu kepada berguru dengan guru tasawwuf yg mahir dalam seluk beluk penyucian dan pemerhatian hati. Kalau saya perincikan di sini pun sukar nak faham kecuali tuan sama2 melalui jalan ini. Kalau tuan dah lalui ada serba sedikit pengalaman boleh email saya dan ceritakan apa yg tuan dapat,bagaimana sifatnya, rasaya , dll untuk di perjelaskan itu apa , ini apa secara detail. Insyalallah .

    Reply
  17. Wslm saudara botak (maaf tatau nama :) ) Salam... Ingin bertanya.. setelah manusia mati... Nafsu pergi kemana??

    Nafsu/naf's ,diri kita ada zahir dan bathin , yg zahirnya , tubuh akan dikebumikan di dalam tanah selepas mati . Nafs' yg bathin nya pula akan menunggu di alam barzakh, melalui soal mungkar nakir dan sehingga hari kiamat dan hari pembalasan. Kalau naf's yg telah bersih di tahap mautmainnah akan dijemput masuk syurga oleh Allah Ta'ala.

    Manakala RUH yg bertaraf ammar rabbi sudah selesai kewajipan di alam insan akan kembali kepada Allah ,innalillahi wainna ilaihirojiun.
    kalau Naf's yg diangkat martabatnya menjadi wali Allah akan bersama2 dengan RUH (sebab sudah kamil mukamil antara RUH dan NAF'S) mengadap Allah Ta'ala. (memasuki syurga di akhirat dan syurga makrifat di dunia tanpa hisab)

    Reply
  18. Asalamualaikum!terima kasih atas penerangan kenal hati.saya mohon pada Tuan bagaimana amalan agar kita dapat mengenali suara hati dari ruh ,malaikat, Nafsu dan Syaitan.

    Reply
  19. Walaikumsalam ,bab amalan ni tuan kena dapatkan dari guru2 arifbillah/murshid . Bila dah bawa amalan nanti datang perkara2 ni tuan sendiri akan tahu dgn petunjuk Allah mana2 satu yg dtg. Insyaallah.

    Reply
  20. Tuan Anonymous , sila add saya kat facebook kalau betul2 nak mendalami bab ni ,saya akan cuba halakan tuan dgn guru yg sesuai dgn apa yg tuan cari . Clik di sini >>>>>> http://www.facebook.com/home.php#!/LordofNagaSakhti77

    Reply
  21. Asalamulaikum izin kan saya link blog ini dgn blog saya kerana saya juga berminat dengan ilmu ketuhan ini

    Reply
  22. assalamualaikumm...
    sekarang ni saya nk mengenal "diri" saya...
    sy nk tgk or jumpa dengan "diri" saya...
    buleh tuan syiah ali terangkan mcm mane?
    seperti yang digambar kan oleh kawan saya yang mengaji tentang ilmu hakikat begitu indah serta cantik "diri" kita berbanding jasad yang kotor..
    boleh tuan syiah ali terangkan...

    Reply
  23. "Man 'Arofa Nafsahu Faqod 'arofa Rabbahu, Wa man a'rofa Rabbahu , Faqod jahillan nafsahu"
    Kalau di Jawa-Indonesia awal pengenalan jati diri
    begitu dalilnya untuk mencapai Manunggaling Kawula Gusti,Ada bedanya tidak???? Guru???

    Reply
  24. asalamualaikun wr. wb
    saya ingin bertanya mengapa harus mengenal Allah
    sebab Allah tidak kelihatan ?
    dan bagaimana kita bisa mengenal Allah?

    Reply
  25. assalamualaikum.....segala ilmu ketuhanan perlukan guru yang mursyid...seorang guru yg benar2 tahu/rasa/kenal akanNya....bak kata guru saya segala2nya dari jantung....zikir...dan ada org2 tua berkata ilmu jalan mati....segala puji-pujian hanya kepada Allah...

    Reply
  26. Guru murshiq itu ada lah "rasa" burung dalam sangkar yang ta di ambil perduli.Tak kenal maka tak cinta.Ada seumpama tiada tapi ada.Cuba makan lada pasti kan terasa pedas.Manusia hanya dapat menyebut "pedas" sedangkan hakikat pedas itu hanya dapat di nyatakan lebih tepat dengan ilmu rasa he he he he... hampir terlalu hampir sayang ta kenal merasa jelas terlalu jelas tapi buta

    Reply
  27. Assalamualaikum , mohon maaf atas kelewatan balas komen dari tuan/puan , Aku ingin ucapkan pembaca semuanya Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Bathin andaikata ada kata2ku yg terkasar dan kurang enak .

    Puan/Kak Emmah silakan link , takde masaaalah,

    Saudara (nama tatau tau maaf/Anonymous). Kalau nak mengaji bab mengenal diri cubalah cari guru2 arif yg berdekatan , tolong email alamsufisma@gmail.com mudah kita berbincang.



Rasa

Rasa (Al Ghazaly) PDF | Print | E-mail

Seorang pemikir, bagaimanapun, tidak dapat dilepaskan dari konteks sosio-budaya. Hasil-hasil pemikiran, dalam kenyataaannya, tidaklah lahir dengan sendirinya, tetapi sentiasa mempunyai kaitan sejarah dengan pemikiran yang berkembang sebelumnya dan mempunyai hubungan dengan pemikiran yang ada pada zamannya. Tanggapan ini berlaku juga pada Al Ghazaly.

Kaitan sejarah pemikirannya dengan pemikiran cara pendahuluanya dinyatakan sendiri dalam Al Munqidz Min Al Dhalal dan diperoleh melalui isyaratnya didalam Tahafut al Falasifat. Untuk mengetahui hubungan pemikiran Al Ghazaly dengan pemikiran yang berkembang pada zamannya, perlu diketahui suasana pemikiran waktu itu dan sikapnya terhadap kenyataan tersebut.

Al Ghazaly hidup ketika pemikiran di dunia Islam berada pada tingkat perkembangannya yang tinggi. Pemikiran-pemikiran tidak berhenti sebagai hasil olah budi individual, tetapi berkembang menjadi aliran-aliran dengan metode dan sistemnya masing-masing. Tingkat perkembangan ini memperlihatkan wujudnya dalam tingkat keragaman yang tinggi. Al Syahrani (w.548 H), pemikir yang sejaman dengan Al Ghazaly, menggambar-kan betapa banyaknya aliran pemikiran di dunia Islam pada waktu itu. Setiap aliran, menurut Al Ghazaly, mengklaim kebenaran pada dirinya, yang dengan sendirinya menempatkan aliran yang lain pada kedudukan yang tidak benar.

Opini umum ketika itu tentang kebenaran, kelihatannya cenderung bersifat monolitik, yang sebenarnya mempunyai akar dalam sejarah pemikiran masa lampau. Opini umum ini di topang oleh pernyataan yang diyakini sebagai ucapan yang berasal dari nabi Muhammad Saw, yang menggambarkan bahawa ummat islam akan terpecah ke dalam tujuh puluh tiga golongan, seluruhnya sesat dari kebenaran, kecuali satu golongan. Golongan atau aliran yang satu inilah yang benar, dan akhirnya simbol untuk itu menjadi ranjang rebutan. Setiap pendukung aliran menganggap bahawa alirannyalah yang dimaksud oleh hadis tersebut sebagai aliran yang benar.

Usaha Al Ghazaly dalam hal ini menjelaskan bahawa Al qur'an telah mengandung ukuran-ukuran tentang kebenaran, dan manusia telah dianugerahi alat untuk berfikir, menggunakan ukuran-ukuran tersebut ... adalah untuk membuktikan bahawa manusia tidak memerlukan imam-imam yang ma'shum lagi sesudah Nabi, sebagai sumber kebenaran. Kesimpulan tentang batinnya ialah bahawa sistem pemahaman ini tidak memenuhi harapannya, kerana batin memerlukan daya manusia untuk menemukan kebenaran. Disini taqlid menjadi hal yang sangat penting, namun taqlid membawa kerawanan dan pertentangan.

Pada ilmu kalam, ia melihat kemandulan metodologi, kalau yang hendak dicari adalah hakikat-hakikat, sebab ilmu ini tidak dipersiapkan untuk itu. Pada falsafah, ia melihat ketidaklengkapan metodologi sehingga melahirkan kesilapan, sebab falsafah hanya menggunakan akal semata. Pada batinnya ia melihat kekeliruan, kerana dengan konsep al ta'lim, peran pengalaman, pengamatan, dan akal manusia sebagai alat-alat menemukan sendiri kebenaran dengan kitab suci sebagai pedoman, diabaikan, sehingga pengetahuan tidak diperolehi manusia dengan sendirinya.

Dalam tasawuf, cara yang ditempuh untuk menemukan hakikat, menurut Al Ghazaly, terdiri atas dua tahap, iaitu: ilmu dan amal. Ilmu yang dimaksud disini adalah pengetahuan tentang kosep dan langkah-langkah yang harus ditempuh didalam tasawuf, seperti zuhd, faqr, tawakkul, mahabbat, makrifat, dan sebagainya. Selain itu diharuskan pula mengetahui syariat, ilmu `aqliyyat dan

keimanan yang kuat terhadap tiga dasar keimanan. yang dimaksud dengan amal adalah mengalami secara langsung konsep dan langkah yang harus di lalui tadi. Ilmu dan amal harus menyatu. Kelihatannya ,ia menganggap bahawa pada sistem pemahaman lainnya ada keterpisahan antara ilmu dan amal, khususnya pada falsafah dan ilmu kalam. Kesan ini terlihat pada penyataan Al Ghazaly bahawa para sufi adalah arbab al ahwal (orang-orang yang memilki pengalaman langsung) bukan ash hab al aqwal (orang-orang yang hanya berbicara). Dalam tasawuf pencarian hakikat tidak akan tercapai dengan pengetahuan saja, tetapi selain itu, harus dengan pengalaman langsung.

Dalam usahanya memasuki tahap amal, Al ghazaly dihadapkan kepada keharusan memilih salah satu dari dua kemungkinan : memasuki pengalaman tasawuf dengan konsikunsi meninggalkan kedudukan dan segala keperluan kehidupan yang telah dimiliki, atau mempertahankan kedudukan dan keperluan tersebut dengan konsikunsi tidak memasuki pengalaman tasawuf. Menurut

pengakuannya, ia mengalami kesulitan bahkan tidak dapat menentukan pilihan, sehingga ia menderita sakit selama enam bulan. Penyelesaian yang ditempuh dalam hal ini, sama dengan penyelesaian yang dilakukan ketika ia mengalami puncak kesangsian sebelumnya, iaitu pasrah dan mengakui kelemahannya. Jalan keluar datang dengan sedirinya. Tuhan memberi kemudahan

kepadanya untuk memilih kemudahan kepadanya, untuk memilih jalan tasawuf dan meninggalkan kedudukan dan keperluan kehidupan yang dimilikinya. Iapun mengembara dengan cara hidup sufi selama lebih kurang sepuluh tahun, dari tahun 489 H sampai dengan tahun 499 H. Menurut pengakuannya, ... dalam pengalaman tasawuf itu, ia memperoleh secara langsung (Al kasyf) ilmu-ilmu yang tidak terhingga, meskipun ia tidak menunjukkan secara tegas ilmu yang diperoleh itu. Kesimpulannya, dengan cara tasawuflah pengalaman secara langsung tentang hakikat itu dapat dicapai. Sufilah yang lebih dekat kepada tuhan, akhlak merekalah yang lebih bersih, cara hidup merekalah yang lebih benar, gerak dan diam mereka lahir dari jiwa yang disinari nur al nubuwat.

Ketika ia menguji tasawuf, pada dasarnya ia tidak menghadapi persoalan tentang kebenaran sumber pengetahuan yang digunakan tasawuf, sebab sebelumnya ia telah yakin adanya intuisi (al zauq) sebagai sumber pengetahuan diatas akal. Yang menjadi persoalan adalah menyelesaikan konflik batin antara memasuki pengalaman tasawuf dan mempertahankan kedudukan dan keperluan kehidupan duniawinya. Yang menarik perhatian dari proses pencariannya adalah bahawa, ia kelihatannya mempunyai sikap dasar yang tetap, iaitu memandang segala sesuatu sentiasa dalam hubungannya dengan tuhan. Ketika ia mengalami puncak kesangsian akibat ketidak mampuannya membuktikan wujud sumber pengetahuan diatas akal, setelah ia meragukan indera dan akal, penyelesaian yang di tempuh nya adalah mengakui kelemahannya dan pasrah kepada Tuhan ….

Situasi ini juga pernah dialami Nabi Yusuf ketika nafsunya sudah mulai goyah oleh rayuan dan kecantikan wajah Siti Zulaiha, beliau mengakui ketidak mampuannya menerima godaan nafsunya " ('innan nafsa lammaratun bissu') dan situasi yang sangat mencekam batinnya itu ditulis dalam QS. Yusuf: 24 " sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu, andaikata dia tidak melihat burhan dari tuhannya, demikian agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian, sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba kami yang ihlash (berserah diri)"

Yusuf terbebas dari konflik batinnya dikeranakan Allah telah mencabut rasa nafsunya yang bergejolak ….dia mengaku tidak kuat melawan nafsunya kemudian ia berserah diri kepada Allah. Saat itulah tuhan memberikan ilmu kasyaf berupa burhan (hidayah) sehingga sifat keji dan mungkar lenyap dalam hatinya. Bukan kerana usaha mencegah dari perbuatan itu … akan tetapi kerana tuntunan dan inayah dari Allah Swt.

Ihya' `ulumuddin , merupakan rangkaian pengalaman batinnya Al Ghazaly, bukan hasil dari pemikiran dan gagasannya, oleh kerana itu kita tidak bisa melakukan amalan seperti yang di tulis Al Ghazali kecuali turut memasuki jalan rohani secara benar, … apalagi hanya diseminarkan dan menjadi kajian-kajian ditempat-tempat mewah …

Seperti apa yang pernah saya sajikan pada setiap artikel, ialah menempuh jalan spiritual dengan sangat sederhana dan ikhlash. Kalau jalan ini ditempuh dengan rela maka semua yang tercantum dalam ajaran islam sedikit demi sedikit akan memasuki dunia batin kita, … dan tuntunan itu akan terus mengalir, seperti : kesabaran ketawakalan, kekhusyu'an, dan keimanan yang sangat kuat.

Ternyata Al Ghazaly membuktikan sendiri, bahawa memang Allah-lah yang mampu mencabut kekejian dan kemungkaran didalam hati manusia (kalian tidak akan pernah bersih selama-lamanya, akan tetapi Allah-lah yang akan membersihkan hatimu dari pebuatan keji dan mungkar. (Lihat QS Maryam; 21)

Konsep Al qur'an ini sebenarnya sangat sederhana ... hanya dengan berserah diri kepada Allah maka Allah akan membuka hati kita memberikan kefahaman dengan jalan ilham, iaitu ilham kebaikan, ilham kekhusyu'an, dan ilham keimanan, serta perbuatan-perbuatan yang baik (demi jiwa ... dan kesempurnaanya..maka Allah mengilhamkan jalan kejahatan dan jalan kebaikan .. QS.Asy syams 7-8). Sampai kini kita masih mendapat ilham kejahatan kerana ..kejahatan dan kekejian serta ketidak khkusyu'an mengalir dalam batin kita tanpa ada yang mampu menghalaunya termasuk kita ... (mudah-mudahan tidak)

Perlu diketahui bahawa Al Ghazaly sebelum menjadi sufi, adalah seorang guru besar di universitas Nizamiyah, pemikir, filosof, ahli kalam, ahli fikih dan ilmu-ilmu yang lainnya, … justru kerana ilmu-ilmu itu tidak memberikan manfaat terhadap batinnya, maka beliau memutuskan mengamalkan dengan jalan meninggalkan seluruh aktivitinya ... untuk beribadah kepada Allah ... (uzlah ). Setelah berhasil, beliau menulis kitab besar yang di beri nama Ihya' ulumuddin …… Al Ghazaly, pernah melakukan uzlah selama 120 hari … pada saat itulah beliau mendapatkan ilmu kasyf yang terkenal itu.

Demikian-lah kira-kira cerita Al ghazaly, agar menjadi perhatian, bahawa ilmu yang banyak belum tentu memberikan manfaat jika jiwa belum menggantungkan secara penuh hanya kepada Allah…..

Suatu ketika ada seorang jamaah saya (seorang ustaz yang telah mendalami ilmu agama di eplbagai tempat), menghubungi saya melalui telefon mengabarkan putrinya sakit keras … sekaligus minta tolong untuk di do'akan agar sakitnya menjadi sembuh…kelihatannya ia panik dan cemas …saya hanya berkata singkat : "jauh mana antara jarak anda kerumah saya dengan Allah yang maha dekat lagi maha penyembuh ?" ….dia tampak terkejut dengan jawapan saya … kemudian dia sedar …dan tidak berselang lama sekitar dua jam … dia telefon lagi untuk mengabarkan bahawa anaknya sudah sembuh dari sakitnya … Rupanya ia mengadu kepada Allah atas sakit anaknya tersebut ia berdo'a sendiri dengan serius … dan Allah menjawab do'anya.

Demikianlah contoh bahawa agama itu bukan disandang untuk aksi akan tetapi untuk diamalkan...