03 March 2012

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid PDF | Print | E-mail

Tasawuf dalam Pandangan Al Junaid

Dasar-dasar Tasawuf

"Kitab ini yaitu Al-Qur'an adalah kitab paling mulia dan paling lengkap. Syariah

kita adalah aturan hidup yang paling jelas dan paling rinci.

Tareqat kita, yakni jalan ahli tasawuf, dikuatkan dengan kitab dan sunnah.

Maka barang siapa belum mendalami al-Qur'an, memelihara Sunnah dan

memahami makna-maknanya tidak boleh di ikuti."

Ia juga berkata kepada sahabat-sabahatnya :

"Seandainya kamu melihat seseorang terbang di udara maka janganlah kamu

meyakininya hingga melihat perbuatannya berkaitan dengan perintah dan

larangan Allah.

Jika kamu melihat ia menjalankan perintah-perintah Allah dan meninggalkan

larangan-larangan-Nya, maka kamu boleh mempercayai dan mengikutinya.

Tetapi jika kamu melihat ia melanggar perintah dan larangan itu maka jauhilah

dia."



Lingkungan Agung Para Sufi

"Manakala Allah menghendaki kebaikan bagi seorang murid, Dia akan

membawanya ke lingkungan para Sufi dan menjauhkannya dari kaum ulama

pembaca buku." Dikatakan kepada Abdullah bin Sa'id bin Kilab, "Anda berbicara

pandangan masing-masing ulama. Lalu di sana ada seorang tokoh yang

dipanggil dengan nama al-Junayd. Lihatlah, apakah Anda kontra atau tidak?"

Abdullah lalu menghadiri majlis al-Junayd.

Ia bertanya kepada al-Junayd tentang tauhid, lalu Junayd menjawabnya. Namun

Abdullah kebingungan. Lantas kembali bertanya kepada al-Junayd, "Tolong Anda ulang ucapan tadi bagiku!" Al-Junayd mengulangi, namun dengan ungkapan yang lain. Abdullah lalu berkata, "Wah, ini lain lagi, aku tidak mampu

menghafalnya. Tolonglah Anda ulangi sekali lagi!" Lantas al-Junayd pun

mengulanginya, tetapi dengan ungkapan yang lain lagi. Abdullah berkata, "Tidak

mungkin bagiku memahami apa yang Anda ucapkan. Tolonglah Anda huraikan

untuk kami!" Al-Junayd menjawab, "Kalau Anda memperkenankannya, aku akan

menguraikannya."

Lalu Abdullah berdiri, dan berkata akan keutamaan al-Junayd serta keunggulan

moralnya.

"Apabila prinsip-prinsip kaum Sufi merupakan prinsip paling sahih, dan para

syeikhnya merupakan tokoh besar manusia, ulamanya adalah yang paling alim

di antara manusia.



Bagi para murid yang tunduk kepadanya, bila sang murid itu termasuk ahli

penempuh dan penahap tujuan mereka, maka para syeikh inilah yang menjaga

apa yang teristimewa, berupa terbukanya kegaiban.

Karenanya, tidak dibutuhkan lagi bergaul (terkait) dengan orang yang ada di luar

golongan ini.

Bila ingin mengikuti jalan Sunnah, sementara dirinya tidak bersaing untuk

mahir dalam hujjah, lalu ingin mencapai peringakat bertaklid agar bisa sampai

pada kebenaran, hendaknya ia bertaklid kepada ulama salafnya. Dan hendaknya

bersama jalan generasi Sufi ini, sebab, mereka lebih utama dari yang lain."



Tasawuf, Ilmu Paling Mulia

Al-Junayd berkata, "Jika Anda mengetahui bahwa Allah swt. memiliki ilmu di

bawah atap langit ini yang lebih mulia daripada ilmu tasawuf, dimana kita

berbicara di dalamnya dengan sahabat-sahabat dan teman kita, tentu aku akan

berjalan dan menuju ilmu tadi."



Makna Hakikat Terdalam

"Tasawuf artinya Allah mematikan dirimu dari dirimu, dan menghidupkan dirimu

dengan-Nya." Tasawuf adalah engkau berada semata-mata bersama Allah swt.

tanpa keterikatan apa pun."

"Tasawuf adalah perang tanpa kompromi." Dia berkata pula, "Para Sufi adalah

anggota dari satu keluarga yang tidak bisa dimasuki oleh orang-orang selain

mereka." Selanjutnya dia juga menjelaskan lagi, "Tasawuf adalah dzikir bersama, penyampain yang disertai bimbingan, dan tindakan yang didasari Sunnah."



Metafor Kaum Sufi

"Kaum Sufi adalah seperti bumi, selalu semua kotoran dicampakkan kepadanya,

namun tidak menumbuhkan kecuali segala tumbuhan yang baik." Dia juga

mengatakan, "Seorang Sufi adalah bagaikan bumi, yang di injak orang saleh

mahu pun munafiq; juga seperti mendung, memayungi segala yang ada; seperti

air hujan, mengairi segala sesuatu."

Dia melanjutkan, "jika engkau melihat seorang Sufi menaruh kepedulian kepada

penampilan lahiriahnya, maka ketahuilah wujud batinnya rosak."

Kitab Risalah Tasawuf

Kitab Risalah Tasawuf PDF | Print | E-mail

Kitab Risalah Tasawuf

KITAB RISALAH TASAUF OLEH TUAN GURU SYEIKH DAUD BUKIT ABAL. MURSYID BAGI TARIQAH AHMADIYYAH IDRISSIAH DI BUKIT ABAL.

DISYARAH OLEH USTAZ MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI

(Dipetik daripada muzakarah di Bicarasufi.Com)

بسم الله الرحمن الرحيم

Matan: Terbahagi ugama kepada tiga. Pertama: IMAN, kedua: ISLAM, ketiga: IHSAN kerana ugama itu, adakalanya amalan dalam yakni hati maka dinamakan akan dia iman.

Syarah MH

Tok Guru Hj Daud Bukit Abal merujuk kepada hadith Jibril tentang IMAN ISLAM IHSAN. Matan hadithnya adalah seperti berikut:-

عن عمر رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عـند رسـول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم اذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب ، شديد سواد الشعر لا يرى عليه أثـر السفر ولا يعـرفه منا احـد. حتى جـلـس إلى النبي صلي الله عليه وسلم فـأسند ركبـتيه إلى ركبتـيه ووضع كفيه على فخذيه، وقـال: " يا محمد أخبرني عن الإسلام ".فقـال رسـول الله صـلى الله عـليه وسـلـم : (الإسـلام أن تـشـهـد أن لا إلـه إلا الله وأن محـمـد رسـول الله وتـقـيـم الصلاة وتـؤتي الـزكاة وتـصوم رمضان وتـحـج البيت إن اسـتـطـعت اليه سبيلا).قال : صدقت.فعجبنا له ، يسأله ويصدقه ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‌‌‌؟قال : فأخبرني عن الإيمان .قال : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخر وتؤمن بالقدر خيره وشره .قال : صدقت .قال : فأخبرني عن الإحسان .قال : ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك .قال : فأخبرني عن الساعة .قال : "ما المسؤول عنها بأعلم من السائل "قال : فأخبرني عن أماراتها .قال : " أن تلد الأم ربتها ، وان ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان"ثم انطلق ، فلبثت مليا ،ثم قال :" يا عمر أتدري من السائل ؟"قلت : "الله ورسوله أعلم ".قال : فإنه جبريل ، اتاكم يعلمكم دينكم "رواه مسلم [ رقم 8 ].

Maksudnya:- Daripada Umar radiyallahu anhu, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, lantas ia berkata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam. Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu persuruh Allah, dan kamu mendirikan sembahyang, dan kamu mengeluarkan zakat, dan kamu berpuasa dibulan Ramadhan, dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu berkemampuan pergi kepadanya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.

Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku tentanh iman. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari Qiamat dan kamu beriman kepada kadar baik dan burukNya. Lelaki itu berkata: Benarlah kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal ihsan. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Lelaki itu bertanya lagi: Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Tidaklah yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya. Lelaki itu berkata lagi: Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing menegakkan dan mendirikan binaan. Kemudian dia pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya: Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu? Aku menjawab: Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu. (Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith nombor 8 )

Tok guru kata, IMAN itu amalan dalam yakni hati. Kenapakah perkara akidah dipanggil sebagai amalan hati. Ianya adalah kerana termasuk dalam kategori TAKWA juga. MH rujuk kitab karangan Dr. Jahid Sidek bertajuk Syeikh Dalam Tareqah. Dr Jahid mengatakan bahawa salah satu daropada ciri-ciri orang TAKWA ialah benar IKTIKADnya. Jadi ia adalah amalan hati. Kita tak nampak dalam hati seseorang itu, tapi sesiapa yang betul akidahnya, bererti di sedang beramal batin. Oleh sebab itulah tok guru kata AMALAN HATI.

Matan: Dan adakalanya amalan anggota luar yakni mulut, mata, telinga kaki, tangan dan lain-lain. Maka dinamakan ia ISLAM.


Syarah MH

Ini tok guru maksudkan, amalan-amalan syariat yang boleh kita nampak orang buat seperti solat, baca quran, dengan menggunakan anggota-anggota kita. Digelar Islam sebab ia adalah untuk keselamatan kita. Anggota zahir juga dikira dalam syariat dari segi dosa dan pahalanya.

Matan: Dan adakalanya amalan hendak mengelokkan dan membersih dan menyuci akan anggota luar dan dalam, maka dinamakan IHSAN

Syarah MH

IHSAN ini adalah "gantinama" bagi iman dan islam. Bila kita sebut IHSAN, sebenarnya kita memperkatakan hal iman dan islam di peringkat yang lebih sempurna. IHSAN itu adalah TAUHID SYUHUDI.

IHSAN itu hendaklah ibadat seolah-seolah melihat Allah swt, jika kamu tak lihat Allah, Allah swt melihat kamu. Dari hadith Jibril ini sumber ilmu. Walaupun TIGA tapi macam-macam ilmu keluar dari kefahaman ketiga-tiga itu seperti ilmu usuluddin, feqah, tasauf, tafsir, hadis dan lain-lain. Hendaklah IBADAT. Disini melibatkan IMAN dan ISLAM yakni ilmu usuluddin dan Feqah. Sebab sah ibadat itu dengan adanya akidah yang betul dan ikut tatacara SYARIAT ISLAM.

SEOLAH-OLAH itu..... Adalah MUSYAHADAH.Ini melibatkan ilmu Tasauf. Seolah-olah lihat. Bila seseorang itu MUSYAHADAH ia merasakan dia telah melihat Allah swt. Padahal tidak, sebab tahqiqlah,dikatakan LIHAT. Basirah menangkap ZAUK ketuhanan, lantas dirasakan LIHAT.Sebab tahqiq. Macam mana RASA boleh dikatakan lebih jelas dari MATA LUAR melihat alam MULKI. Atau MATA DALAM melihat alam MALAKUT. Kedua-dua alam itu nampak dengan mata luar dan dalam TAPI Allah swt tak dapat dengan kedua-dua mata itu,TAPI hanya ZAUKI. Dan ZAUKI ini lebih tahqiq lagi dengan kedua-dua mata itu lihat objek. Bagaimana ya?

Matan: Makna iman itu, kepercayaan hati yakni akuan hati dengan apa-apa perkara ugama itu, membenarnya akan dia, terimanya akan dia, simpulnya akan dia, jazamnya akan dia, amalnya akan dia

Syarah MH

Apa-apa perkara ugama itu luas skopnya, bukan saja dari segi akidah, bahkan dari segi hukum-hakam, syariat dan lain-lain. Itulah dikatakan SIMPULAN IMAN. Iman bukan saja ucap dilidah tetapi hendaklah TASDIQ dihati dan amalkan. Maksud amal disini ialah setelah kita yaqin, kita kena amal apa-apa suruhan Allah swt. Bila kita dah yaqin adanya Malaikat kiraman-katibin yang mencatat amal baik dan jahat, kita kena jaga segala tuturkata, perbuatan dan lain-lain. Kita kena bertindak berdasarkan keimanan itu.


Matan: Makna Islam itu, ikutan anggota luar yakni junjung dan mengaku mulut dan mana-mana anggota luar dengan apa-apa perkara ugama itu dan terimanya akan dia dan amalnya akan dia dengan sarih.

Syarah MH

Mengaku mulut itu seperti mengucap dua kalimah syahadat. TERIMA - amal anggota luar seperti bacaan dalam solat dan gerakkan anggotanya. Mengaku saja tak jadi,kena terima dan amal.

Matan: Makna Ihsan itu, mengelokkan akan Iman dan Islam itu yakni menyuci akan keduanya dan menghias akan keduanya itu dengan membuang akan perkara-perkara yang ditegah kedua-duanya dan dengan memsempurnakan akan syarat-syarat dan rukun-rukun dan apa-apa disuruh kedua-duanya.

Syarah MH

Jika kita lihat tok guru tulis:

1. Sucikan apa yang ditegah kedua-dua nya

2. Hiaskan apa yang disuruh oleh kedua-duanyanya, syarat-syarat, rukun-rukun


Elok IMAN dan ISLAM. Atau TAHQIQ IMAN & HENING ISLAM. Bagi MH,IHSAN ialah IMAN dan ISLAM juga, yang diamal oleh HATI yang sempurna. IMAN -diamal oleh HATI. ISLAM - diamal oleh anggota zahir dengan perintah HATI. HATI itu RAJA. Jika RAJA itu sempurna, eloklah zahir. Hendak dapat kesempurnaan HATI itu kena BAIKI HATI. Bila hati sedah elok, eloklah IMAN dan ISLAM. Oleh itu, IHSAN itulah IMAN yang ELOK dan ISLAM yang elok.

IHSAN itu IMAN yang bertaraf IMAN Haqiqat dan HAQ. IHSAN itu ISLAM yang bertaraf tareqat dan haqiqat.



Matan: Bicara akan iman itu, ilmu Usuluddin. Keberhasilan itu bicara, beredar antara islam dan kufur dan bid'ah dan fasik yang jadi dari bid'ah itu.

Syarah MH

Apa itu IMAN kita kena jelas. Bolehkah ia bertambah dan berkurang? Kita kena pasti IMAN yang ada pada kita itu adalah yang sebenar. Dari Ahlussunah Waljamaah. Sebab Bab IMAN ini sendiri telah berpecah banyak puak. Qadariah pun percaya ada Allah swt TAPI pegangan mereka dari aspek usaha ikhtiar sudah berbeza.

Matan: Bicara akan islam itu, ilmu furu' ad-din (feqah) kehasilan bicaranya beredar antara tujuh (7) perkara: Wajib, sunat, haram, makhruh, harus, sah dan batal. Empat daripadanya itu dapat pahala iaitu kerjakan yang wajib dan sunat; meninggalkan yang haram dan makhruh; dengan syarat ada NIAT pada sekaliannya itu. Dan satu darinya dapat dosa iaitu mengerjakan yang haram dengan syarat ada niat padanya. Dan dua daripadanya itu tidak ada pahala dan dosa iaitu mengerjakan yang harus dan meninggal akannya.

Syarah MH

Jika kita lihat pintu PAHALA lebih banyak dari DOSA. Lorong yang nak masuk pahala ada 4. Lorong nak dapar dosa hanya 2 yakni buat yang haram dan tinggalkan yang wajib. Jadi kita lihat ahli tareqat seperti tok guru sangat menekankan bab TAKWA ini. Bukanlah bila sebut saja ahli tareqat, asyik dok zikir saja, tidak buat kerja dan lain-lain. Tok guru kata tak jadi TASAUF jika tak ada USULUDIN dan FEQAH.

Matan: Bicara akan Ihsan itu, ilmu ihsanuddin (tasauf). Keberhasilan bicaranya itu beredar antara takhalli( تخلي ) dan tahalli ( تحلي ).

Syarah MH

Tok guru kata ihsan itu ilmu IHSANUDDIN atau tasauf. Ihsan ini diambil dari hadis Jibril yang menerangkan berkenaan IHSAN itu. Jibril berkata kpd Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam أخبرني عن الإحسان. Khabarkan kepadaku apa itu IHSAN. Nabi saw bersabda: ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك Maksudnya: IHSAN ITU, KAMU BERIBADAT KEPADA ALLAH SEOLAH-OLAH KAMU MELIHAT ALLAH, JIKA KAMU TAK MELIHAT ALLAH, ALLAH MELIHAT KAMU. Cuba kita perhati secara halusi akan maksud IHSAN itu. Banyak ilmu kita boleh dapat dari nya.

MH lihat begini:

1. Ibadatlah

2. Seolah-olah lihat

3. Kamu tak dapat lihat

4. Allah swt lihat kamu.

Apa yang tuan-tuan faham dari keempat-empat fakta itu?



Jawapan dari PERHALUSAN itu ada dalam kitab RISALAH TASAUF oleh Tuan Guru Hj. Daud Bukit Abal, Mengenal Diri & Wali Allah oleh Ustaz Mustafa al-Jiasi, Ramuan Tasauf oleh Ustaz Mustafa al-Jiasi ,Bidayatul Hidayah oleh Imam al-Ghazali ,Minhaj al-‘Abidin oleh Imam al-Ghazali, Siyarus Salikin oleh Syeikh Abdul Salamd al-Falimbani dan Ihya Ulumuddin oleh Imam al-Ghazali.

Insyallah,akan kita pelajari.

Ibadat lah:-

Nak ibadat kena ada ilmu usuluddin. Jika tidak ibadat tak "JADI". Nak ibadat kena ada ilmu Feqah. Jadi kena ada IMAN, kena ada ISLAM. Jika ada ilmu baru lah sah IBADAT. IBADAT adalah antara kita dengan Allah swt. Dua MAUJUD.


WUJUD kita ada 2:-

1. Jasad

2. Ruh

Jadi kena tahu alatan-alatan apa nak berhubung dengan Allah swt. Wujud Allah swt tak serupa wujud kita. Jadi macam mana nak berhubung.Oleh itu hubungan itulah melalui ibadah.



Matan: Makna takhalliah itu, menyuci akan zahir dan batin daripada tipa-tiap perkara yang menegah akan suluk dan wusul kepada ALLAH swt.

Syarah MH

Ilmu Tasauf bukan lah ilmu hanya sekadar tahu saja. Memang betullah, tasauf ada dua jenis:-

1. Tasauf ILMI

2. Tasauf Amali atau praktikal.

Tasauf ILMI, orang kafir pun reti bahkan lebih tahu dari kita seperti Nicholson, Martin Lings dan lain-lain. Baca kitab ,pindah-pindah kitab, pindah-pindah guru, itu semua bersifat ILMI. Yang penting ialah AMALI atau PRAKTIKAL. Ini yang susah, Imam al-Ghazali berkata dalam kitab Munqiz Minal Dhollal, ILMU ITU LEBIH MUDAH DARI AMAL. Jadi tok guru nak tekankan AMALAN. TASAUF AMALI melibatkan usaha-usaha TAKHALI.

Tok guru menekankan CUCI dulu baru HIAS. Jika tak cuci akan mengakibatkan perjalanan TERTEGAH, LAMBAT. Tak sampai langsung pun ada, lambat pun ada. Sebab apa tak SAMPAI langsung. Sebab apa lambat. Jadi kena cuci.



Tambahan: Martin Lings telah memeluk Islam dengan memakai nama Islamnya Abu Bakar Sirajuddin.


Matan: Mencuci akan zahir itu daripada tiap-tiap yang haram dan yang makhruh dan yang harus yang sia-sia dan tiada memberi manafaat diakhirat dan menegah dan melambat akan suluk dan wusul kepda ALLAH swt.

Syarah MH

Disini Tok Guru ingin memberitahu kepada ahli tareqat bahawa bila sudah ambil wirid tareqat, jangan sangka, dengan wirid-wirid saja boleh berjaya dan WUSUL. TIDAK!!!! Jika tidak jaga anggota zahir seperti tangan, mata, kaki dan lain-lain dari maksiat, dari melakukan perkara-perkara haram, bukan lambat sampai TAPI tak sampai langsung, tertegah dari sampai.

Perkara haram lain seperti riba, judi, tenung nasib, mencuri, membunuh, minum arak, merogol dan lain-lain akan TERTEGAH dari SAMPAI. Oleh itu, ahli tareqat kena hindarkan dari melakukan perkara-perkara yang HARAM. Wiridlah banyak mana, zikirlah banyak mana jika yang haram masih lagi buat, jangan harap nak sampai makrifatullah dgn. SYUHUD. Begitu juga buat perkara makruh. Ini akan melambatkan perjalanan kerohanian walaupun tidak TERTEGAH. Buat yang harus yang sia-sia pun, boleh melambatkan WUSUL. Seperti duduk ditangga petang-petang sembang dengan keluarga. Itu harus. Tapi sia-sia. Boleh juga membuat perkara haram pulak seperti mengumpat dan melekehkan orang lain. Oleh itu ZAHIR kena dicucikan dari yang haram, makruh ini. Inilah digelar TAKHALLI ZAHIR. Jadi tidak timbul kata-kata mengatakan ahli tareqat, tasauf tak ikut syariat, tak ikut al-Quran dan as-Sunnah. Sebab jika tareqat yang muktabar, guru akan berpesan akan perkara ini. ekian,dari maksud MATAN itu.

Oleh itu CUCI zahir ini sangat penting. Jangan sangka bila kita dah amal wirid-wirid tareqat, boleh abaikan bab ini. Cuma, jika ada rahmat Allah swt, jika buat juga, disamping itu kita buat maksiat juga,akan di TEGUR. MH pernah pada suatu masa dulu, mula-mula ambil tareqat, pergilah gunting rambut kat UNISEX Salun.Perempuan seksi yang gunting. Berdebar darah MH. Malamnya ,MH mimpi murshid MH datang dengan garang sekali dan berkata "Hizam haram tu ..mengapa mu gi gunting dengan pompuan". Lantas MH terus bertaubat dan barulah Sheikh peluk MH, katanya nak PERAH dosa disentuh perempuan ajnabi. Sambil berzikir kami dalam mimpi itu. Bila sedar MH sangat menyesal dan tak gunting-gunting lagi. Jika nak perempuan gunting pun ,MH suruh isteri gunting kan.
Sekian,dari maksud MATAN itu.


Matan: Mencuci akan batin itu daripada tiap-tiap iktiqad yang salah, dan daripada tiap-tiap mazmumah dan daripada ingat dan cita-cita dan angan-angan yang sia-sia dan tiada memberi manafaat diakhirat dan tiada manafaat akan suluk dan wusul kepada Allah swt daripada aghyar yakni daripada barang yang lain daripada Allah swt yang didalam hati.

Syarah MH

Jadi bukan saja zahir kena cucikan tapi batin/hati juga kena sucikan barulah boleh berhias. Macam orang perempuan hendak pakai gincu bibir, kenalah basuh muka dulu. Perkara batiniah yang kena cuci, Tok Guru tekan:

1. IKTIKAD-IKTIKAD yang salah. Disinilah banyak yang kecundang sebab salah akidah. Mereka dah betul dah tapi sebenar membawa ke kekufuran. Didalam Siri 2 Risalah Tasauf ada Tok Guru senaraikan lebih 52 akidah kufur yang Tok Guru ketemui sekitar Pasir Puteh Kelantan saja. Sila rujuk kitab tersebut, sebab MH tahu ramai disini dah ada. Tapi senyap jer. Harap mereka. IKTIKAD ni saja ada 72 jenis pula yang terdiri dari Mujasimah, Qadariah, Jabariah, Rafidiah dan lain-lain. Golongan sufi-sufi pun ramai yang "pakai" iktikad salah spt puak-puak HULULIYAH danlain-lain

Insyallah, MH akan buka tajuk lain tentang SUFI-SUFI yang salah. IKTIKAD kena betul seperti iktikad AHLUSSUNAH WALJAMAAH. Jika iktikad tak betul, ini Tok Guru kata akan TERTEGAH dari SAMPAI/WUSUL. Bab IKTIKAD ini banyak yang orang salah pegangannya. Ada seorang kenalan MH, dia ahli Tareqat Ahmadiah juga, tapi IKTIKAD bagi MH adalah salah. Sebab dia iktikad Allah swt ini asalnya seperti BOLA besar. Kemudian berlaku BIG BANG!!!!!! ... lantas yang pecah tu jadi langit,bumi arash dan lain-lain.

Masih lagi bicara akan TAKHALLI zahir dan batin.Sebenar syarah bagi iktikad saja akan masa panjang dan Tok Guru sudah syarahkan di Siri Kedua dalam RISALAH TASAUF ini. Begitu juga sifat-sifat mazmumah jika nak detail elok rujuk kepada kitab IHYA' ULUMUDDIN oleh Imam al-Ghazali. Maksiat zahir dan maksiat batin akan MENEGAH daripada SAMPAI atau WUSUL kepada Allah swt. TAPI bagi MH, maksiat batin seperti riya', ujub, sombong, dengki dan lain-lain itu ianya tidak terungkai dari hati hanya dengan membaca kitab IHYA" Ulumuddin. HATI yang suci dari sifat-sifat mazmumah atau tercela, dosa-dosa akan TERCUCIKAN dengan istighfar, taubat dan amalan-amalan yang soleh. HATI yang betul-betul suci ialah HATI yang disinari NURULLAH atau WARIDAH secara ISTIQAMAH. WARID "tidak pergi mari', tapi menetap dihati. Jika masih lagi ‘GI MARI' itu tanda hati tidak bersih lagi disisi ahli Tasauf. HATI yang suci bersih akan melimpah kepada zahir yang suci dari maksiat dan noda.

Begitu juga suci dari aghyar atau MASIWALLAH. Bukan dengan zikir Allah, Allah, Allah.. itu sudah dikatakan suci dari MASIWALLAH atau selain dari Allah swt.

Jadi SUCI adalah pokok utama dalam perjalanan kerohanian, suci dari hadas kechil, hadas besar, suci makanan, pakaian, tempat tinggal, suci dari dosa-dosa zahir, dari dosa-dosa batin, dari dosa ingat yang lain ,selain Allah swt. Yang penting sekali ialah suci dari IKTIKAD-IKTIKAD yang salah dan suci hati dari sifat-sifat mazmumah dan zahir kita dari dosa-dosa kerana buat yang haram. Jadi ahli tareqat tidak saja zikir, tapi kena buat usaha pencucian. Kebanyakan TAREQAT sesat ,tidak suci dari akidah. Banyak lagi iktikadkan Allah swt dan makhluk adalah sama, Nur Muhammad itu sifat Allah swt, Muhammad, Adam dan manusia lain-lain adalah sama SEMUA adalah sebahagian dari Nur Zat Allah swt. MH sendiri sudah banyak ketemu puak-puak tareqat yang iktikad sebegini. Pernah ambil tareqat dari guru yang SURUH IKTIKADKAN UMUR KITA ADALAH TUA SATU HARI DARI ALLAH SWT, masa kita solat, semasa rukuk itu, sebenarnya kita sedang cium pusat Nabi Adam as dan lain-lain. Ahlussunah waljamaah, Qadariah, Jabariah ... sendiri sudah berlainan iktikadnya. Sama-sama ulama', sama-sama solat berjamaah TAPI dalam hati siapa tahu? Apa yang diiktikadkannya. Oleh itu kita kena belajar ilmu tauhid yang betul. Sebab semua mereka kata IKTIKAD mereka yang betul. Jadi kena usahakan kita beriktikad yang sebenar. Barulah dapat sucikan hati yang batin.Tak guna jua, zikir tareqat ribu-ribu, tapi iktikad rosak.Lebih baik tidak zikir mana-mana tareqat TAPI iktikad benar!!!!!!!

Ada yang minta MH huraikan dgn. detil IKTIKAD2 yang salah dan kufur.Jadi MH ambil MATAN nya dari Risalah Tasauf siri KEDUA di Bismillah yang keenam.


Matan dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam: Segala perkara dan kufur yang didapati anakan dia pada orang-orang Melayu dan lain-lainnya daripada mereka itu amat banyak. Setengah daripadanya itu disebut akan dia disin untuk jadi contoh dan dijaga akan dia supaya selamat ugama.

Pertama:

Nabi Muhammad itu zat tuhan. Misalnya seperti garam ialah air laut bukan lainnya berubah namanya itu kemudian daripada bekunya jua. Ini iktikad KUFUR

Syarah MH

Tok guru jumpa iktikad sebegini disekitar Pasir Puteh dan Bukit Yong, Trengganu. Bila berhadapan dengan Tok Guru, mereka tidak boleh susut (sembunyikan), tiba-tiba mereka akan keluarkan apa yang mereka iktikad. Pernah ada seorang yang suka main judi, tikam ekor, pergi jumpa Tok Guru Hj. Daud nak minta nombor ekor dengan Tok Guru. Bila berhadapan dengan Tok Guru jadi begini.

Tok guru : Ada apa hajat?

A : Emmm..nak belajar ugama.

Tok guru : Lagi?

A : Nak belajar tareqat.

Tok guru : Lagi?

A : Nak solat sekali dengan Tok Guru.

Tok guru : Lagi?

A : Nak itu, nak ini ..bla..bla..bla..

Tok guru :(dgn. nada kuat) LAGIIIIIIIIIIII?

A : Nak minta nombor ekor, Tok Guru...

Jadi tak boleh susut depan tok guru. Begitu juga Iktikad yang salah ini. ZAT Tuhan dan zat Muhammad dikatakan SAMA sejenis. Sebelum dijadikan Ruh Muhammad dinamakan Tuhan. Selepas terjadi, dikatakan Muhammad. Jadi inilah dikatakan Muhammad QADIM. Atau jika dipadang dipanggil orang mengkuang. Tapi diatas rumah dipanggil tikar. Benda sama. Tok Guru kata jika ada iktikad begini, Allah swt dan makhluk adalah sama, jadi kafir. Kena mengucap semula. Qadha semua solat dan lain-lain. Jadi jika ada iktikad begini, masih lagi kotor hati itu, dan ini akan melambatkan WUSUL atau mendapat MUSYAHADAH dengan Allah swt. Wahai sahabatku sekelian, AWAS jangan ikut jemaah tareqat atau lain-lain jika iktikad sebegini. Jangan tertipu dengan guru itu keramat, boleh kashaf, boleh baca hati/scan dan lain-lain. Itu semua TERPEDAYA.


Matan dari Risalah Tasauf Siri Kedua di Bismillah Yang Keenam:

Kedua:

Zat Tuhan itu Nafas Muhammad. Sifat Muhammad itu Nyawa kita. Ini iktikad KUFUR.

Ketiga:

Dirinya itu Tuhan, Muhammad dan Adam. Ini iktikad KUFUR.


Syarah MH

Iktikad-iktikad diatas itu, ramai orang iktikadkan begitu. Konon mereka dapat setelah baca kitab-kitab karangan ibnu Arabi. Oleh itu kita kena berhati-hati dan jangan dekat jika ada nak cerita atau mula nak bercerita kat kita.

MH rasa yang sudah ada RISALAH TASAUF itu boleh rujuk, berbagai-bagai iktikad salah. Kebanyakannya bab Ketuhanan. Kesimpulannya, nak pastikan iktikad terhadap tuhan itu tidak rosak, asasnya. ... ALLAH swt itu BERSALAHAN dengan makhluk DAN jangan baca kitab IBNU ARABI, dan ambil faham tulisan zahirnya. Seperti yang MENYEMBAH DAN DISEMBAH ADALAH SAMA dan lain-lain kerana jika difaham secara zahir akan bercanggah dengan SYARIAT. Sebab itulah ulama' Tasauf mengharamkan membaca kitab-kitab tasauf Ibnu Arabi tanpa guru yang murshid. Bila faham-faham sendiri atau guru bukan ahli yang beritahu, nanti tersalah iktikad dan akidah. Kitab Ibnu Arabi hanya untuk MUNTAHI saja, sebab mereka dikurniakan ilmu laduni dan mukashafah. MH akan meneruskan syarah...

Matan: Makna tahalliah itu, menghias akan zahir dan batin dengan tiap-tiap perkara yang menarik akan suluk dan wusul kepada Allah swt.

Syarah MH

Insyallah bab MENGHIASKAN pula. Selepas kita cuci, kita hiaslah pulak. Nak bedak, bergincu, mascara dan lain-lain.

Matan: Menghias akan zahir itu ialah, dengan tipa-tiap amal yang wajib, dan yang sunat dan wirid-wirid tareqat dan dengan usaha yang halal yang menolong akan suluk dan wusul kepada Allah swt dengan ketiadaan tamak akan dia dan ketiadaan melebihi dan ketiadaan meluput akan habuan akhirat dan ketiadaan mengalangi dan melambat akan suluk dan wusul kepada Allah swt.

Syarah MH

Jika kita lihat, Tok Guru masukkan empat (4) amalan utama. Ini digelar TAHALLI ZAHIR. Kita kena amalkan yang FARDU tidak dapat tidak seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, mengelaurkan zakat dan mengerjakan haji. Yang sunat termasuklah solat-solat sunat, puasa sunat, baca quran, zikir selepas solat, sedekah, iktikaf, ziarah orang mati dan sakit, qurban, akikah dan lain-lain. Wirid-wirid tareqat sebagai tambah dari amalan-amalan sunat. Ia amalan sunat jugak cuma wirid-wirid tareqat ini ada karan atau nur atau warid sebagai kenderaan bagi hati menuju Allah swt.

Kerja-kerja yang halal sekadarnya untuk keluarga, cari rezeki agar tidak ganggu tok mertua, ayah ibu dan lain-lain. Kena usaha kerana masih dimaqam ASBAB. Tak kerja tak leh makan, tak kerja tak dok pitih. Jangan susahkan orang lain, jangan minta-minta pada orang lain. Usaha kerjalah TAPI jangan sampai tak solat, tak ibadat. Meeting hari jumaat sampai tak gi solat Jemaat.

JADI KAT MANA ORANG KATA AHLI TAREQAT TAK IKUT QURAN DAN SUNNAH? Bukankah amalan-amalan yang MH sebut itu suruhan seperti dalam al-Quran dan hadith Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.



Matan: Menghiaskan akan batin itu dengan tiap-tiap sifat mahmudah dan dengan muraqabah akan Allah swt pada tiap-tiap amal ibadat dan pada tipa-tiap barang yang didapat akan dia dengan pancaindera supaya membawa kepada musyahadah akan Allah swt pula dan dengan ingat akan dia didalam tipa-tiap masa dan tiap-tiap hal senang dan susah.

Syarah MH

Cuba tuan-tuan dan adik-adikku sekelian lihat betapa telitinya Tok Guru Hj. Daud memecahkan huraian. Disini amal batin akan menghasilkan CINTA. Kuliah cinta ini agar kita berjaya mencapai apa yang Allah swt firmankan dalam al-Quran yang bermaksud lebih kurang. MH tak ingat dah surahnya, nanti MH rujuk semula. "SESUNGGOHNYA ORANG MUKMIN ITU TERSANGAT-SANGAT CINTA KEPADA ALLAH SWT". Nah! mari kita masuk kuliah cinta ini, hebat lagi daripada cinta Erra Fazira kepada Yusri, cinta Zalikha kepada Nabi Yusof as. Abang zam akan sambong esok untuk kalian adik-adikku dijalan Allah swt.

Kita sudah lihat MATANnya. Ia terdiri dari SUCI dan HIAS. Ada zahir dan batin. HIAS batin dan suci batinlah yang paling susah. Ia tidak akan berhasil dengan membaca kitab-kitab tasauf sahaja. Ia adalah hasil dengan beramal wirid-wirid tareqat. Kaedah Muraqabah MH jelaskan esok.



Matan: Makna MURAQABAH akan allah swt pada tiap-tiap amal ibadat itu hadhir hati dan perhatinya dan mengintainya akan Allah swt, diselang-selangi dan dicelah-celah maana kalimah-kalimah amal ibadah itu dengan sungguh hati sedapat-dapatnya semacam kerja kuli dihadapan mandor.

Syarah MH

Maksud Tok Guru itu agar kita perhatikan maana bacaan yang kita baca dalam solat dan lain-lain itu. Lebih baik dihafal arti setiap kalimah dalam bacaan ibadat kita itu. Dengan tahu arti bacaan itu boleh kita tumpukan kpd kerja ibadat itu. Perhati dan tumpu pada bacaan, TOK GURU kata seperti seorang kuli kerja sunggoh-sunggoh apabila dihadapan seorang mandor. ATAU sunggoh-sunggoh perhati sebagaimana kucing perhatikan seekor tikus yang baru saja masuk lubang. Atau semasa kita mencari sebatang jarum yang terjatuh atas rumput. Itulah MURAQABAH AMAL. Walaupun itu masih lagi MURAQABAH SYARIAT, tak apa. Teruskan sebab kita tidak ada warid lagi. Jika sudah ada warid yang hasil dari amalan wirid-wirid tareqat masing-masing, barulah MURAQABAH AMAL itu meningkat kpd MURAQABAH TAREQAT.Sekian.

Daripada MATAN RISALAH itu dapat kita lihat ada TAKHALLI dan TAHALLI sahaja. Tidak ada di huraikan TAJALLI. Sebenarnya TAJALLI dihurai di Siri ke-4 dan lain-lain didalam risalah itu. Tugas kita hanya TAKHALLI dan TAHALLI. TAJALLI itu haq Allah swt nak kurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tak semesti ada TAKHALLI dan TAHALLI dulu. TAPI sebab sunatullah kena ada SEBAB dan AKIBAT. Dan Allah swt tuntut kita ikut SUNNATULLAH. TAJALLI adalah Allah swt kurniakan. Kita hanya perlu tunggu saja. Teruskan ibadat. ARIFTU RABBI BIRABBI.. Aku kenal Tuhan dengan Tuhan juga ...... TAKHALLI dan TAHALLI itu hanya usaha dan ikhtiar kita saja YANG tak boleh beri BEKAS. Sebab kita ini adalah orang TAKLIFI yakni diberati dengan hukum syariat. Jadi kena ikut perintah saja. Dalam Tareqat Ahmadiah, misalnya,ada amalan bacaan AHZAB KHAMSAH. Kata-kata dalam ahzab adalah banyak dalam bentuk MOHON TAJALLI. Dan ahzab itu adalah Nabi saw ajar terus kepada Sidi Ahmad Idris. Ini berarti ... minta TAJALLI ... dibolehkan.

Jadi:-

1. Tunggu saja untuk diTAJALLIkan.

2. Mohon agar diTAJALLIkan.

Tak salah kedua-duanya. Asalkan ada TAKHALLI dan TAHALLI dipehak kita. Ada TAKWA dan wirid-wirid zikir dipehak kita. Allah swt itu TIDAK BOSAN SEHINGGA KITA BOSAN. Begitu lah MH tutup matan ini. Insyallah ,esok kita sambong matan seterusnya.Yang mana-mana yang dah dapat kitab RISALAH TASAUF itu boleh rujuk siri ketiga.Insyallah.

Kesimpulan dari konsep takhalli dan tahalli

Jika kita lihat dalam konsep TAKHALLI dan TAHALLI ini ada unsur spt TAKWA dan wirid Tareqat.Ini bermakna sudah menyeluruh.

Ada dua Tareqat disitu.

1. Tareqat Umumi

2. Tareqat Khususi

TAKWA itu tareqat UMUMI yang merangkumi IMAN ISLAM IHSAN. Tareqat Naqshahbandi, Ahmadiah dan lain-lain itu tareqat KHUSUSI. Jadi kedua PELAKSANAAN itu masih lagi SYARIAT. Hasil dari gabungan dua tareqat itulah menatijahkan WARIDAH. Bila ada WARIDAH dihati barulah TERBINA JALAN untuk menuju HAQIQAT. Sebab HAQIQAT atau TAJALLI tidak akan dibukakan jika tidak melalui JALAN/TAREQAT.

Konsep TAKHALLI & TAHALLI zahir dan batin itu mesti ketimbang dengan MIZAN atau timbangan SYARIAT. Ada suruh, ada tegah, ada zikir, ada muraqabah, ada wirid-wirid tareqat dan lain-lain. Apa saja perkara-perkara ugama semua sudah termasuk dalam TAKHALLI dan TAHALLI itu. Jadi tidak ada sebab, nak kata TASAUF dan TAREQAT bukan dari ajaran Islam. Ia bukan penambahan dalam Islam. Teknik amalan TAKHALLI ini dan TAHALLI ini sudah merangkumi, semua. Jika lihat MATAN Risalah Tasauf Tok guru itu, jelas sudah merangkumi habis.

Takhalli Zahir

SUCIKan zahir dari yang HARAM & MAKRUH. Ini adalah unsur TAKWA. Jadi tak timbul, ada orang kata ahli tareqat, asyik dok zikir saja. Sucikan zahir dari perkara 2 haram, pancaindera, makan, minum, pakaian, rumahtangga dan lain-lain. ITU boleh MENEGAHKAN WUSUL. Maksud tok guru ialah tak akan dapat makrifat syuhud. Walaupun bijak dalam ilmu usuludin, ada PHD dalam Usuluddin dari Universiti al-Azhar, tapi jika masih lagi dok tengok tarian gelek di Sg. Nil, masih lagi mata dok tengok CD-Siti dan lain-lain, telinga masih dok dengar lagu BUNGA2 CINTA Misha Umar dan lain-lain, selagi itulah TERTEGAH untuk WUSUL.

TAKHALLI zahir ini sangat mustahak kerana dosa-dosa ,haram dianggota zahir, mata, telinga, riba, dan lain-lain akan MENEGAH daripada sampai makrifat secara TASAUF. Cuba tuan-tuan rujuk kitab PENAWAR HATI untuk tahu detail dosa-dosa di bahagian anggota zahir manusia. MELAMBATKAN wusul kerana buat banyak perkara-perkara makruh, harus yang sia-sia. Jadi mari kita sucikan zahir kita dari perkara-perkara haram, makruh dan harus yang sia-sia. Ini lah maksud Tok Guru dalam menerangkan tentang TAKHALLI zahir ini.Dan boleh tambah lagi lah sendiri-sendiri detailnya dalam senarai tuan-tuan.

Takhalli Batin

Tok guru kata apa, mula-mula sekali? Naam ... SUCIKAN BATIN kita dari iktikad yang salah. Iktikad ni macam-macam. Orang Islam jugak TAPI macam iktikad bidaah. Selagi ada iktikad bidaah, iktikad HARAM akan TERTEGAH WUSUL. Bukan lambatkan bahkan tidak DAPAT langsung makrifat. SEBAB akidah ini yang betul hanyalah dari AHLUSUNNAH WALJAMAAH. 1 saja tok guru kata betul. 72 lagi salah. Dan masuk neraka. 72 lagi ,yang salah itu dipecahkan 6 puak secara kasar. Setiap puak ada 12. Jadi semua nya 72. Insyallah, akan MH detailkan bab ini. AKIDAH YANG betul dalam pandangan Tok Guru Hj. Daud Bukit Abal, yang alim dan bertaraf wali ini. Insyallah.

Masih lagi di TAKHALLI BATIN yang boleh MENEGAH dari pada WUSUL. Iktikad yang salah bukan saja MENEGAH bahkan boleh membuatkan masuk neraka. Bab iktikad ini pada peringkat awalnya adalah KASBI. KASBI atau usaha zahir ialah dengan belajar dari kitab-kitab usuluddin yang muktabar. Bab iktikad ini orang tak tau. Apa yang orang lain iktikadkan kita tak tau WALAUPUN sedang solat berjamaah bersebelahan. Entah-entah yang disebelah kita, iktikadkan perkara-perkara kufur. Kita tidak tahu. Dalam RISALAH TASAUF ini , disiri Kedua, ada diterangkan lebih dari 50 iktikad kufur, yang tok guru temui disekitar Pasir Puteh saja. Mereka juga solat, puasa, sedekah TAPI iktikad kufur. Ini lah yang kita takut. Jadi kita kena pastikan IKTIKAD kita adalah apa yang diiktikadkan oleh AHLUSUNNAH WALJAMAAH. Jadi kena belajar. Jika iktikad rosak, batin kita juga rosak. Sebab itulah dalam RISALAH TASAUF ini diselang-selikan dengan bab-bab iktikad ini selain dari matan Ilmu Tasauf. Tok Guru sendiri, sehinggalah beliau meninggal dunia, tak pernah ‘miss' mengajar Ilmu Usuluddin ini. Oleh itu jangan kita terjebak dengan iktikad-iktikad yang salah dari iktikad-iktikad Jabariah, Qadariah, Mujasimah, Rafidiah/Syiah dan lain-lain.

Alam Lahut

Matan: (Tok Guru berkata): Dan alam lahut itu, alam ketuhanan, yakni alam makrifat dengan Tuhan, zauk akan Tuhan, bersedap-sedap dengan Tuhan, berkasih-kasih dengan Tuhan, bersunyi diri dengan Tuhan, Maha Suci dari tiap-tiap yang lain daripada Tuhan dan lain-lain lagi.

Syarah MH

Tok Guru nak cerita apa sebenar nya itu alam LAHUT. Orang akan segera ingat bila sebut alam seperti alam mulki dan malakut, ia adalah tempat. Bagi MH ia bukan tempat. Sebagaimana juga, misalnya ALAM PERCINTAAN ... cuba royak mari ke abe .. mano alam percintaan itu?

Alam Lahut dan Jabarut kedua-duanya alam ketuhanan. Adakah kita masuk kealam itu? Mesti jelas disini. Inilah pengajian di Bukit Abal, perguruan dari tareqat Ahmad Idris, nak perjelaskan apa itu alam LAHUT. Tok Guru kata alam makrifat akan Tuhan yakni KENAL akan Tuhan. Nak kenal Tuhan ini Tok Guru kata ada dua cara sahaja:

1. kenal dengan DALIL & BURHAN

2. Kenal dengan SYUHUD.

Tuan Guru Dr Jahid Sidek kata:

1. kenal secara KASBI

2. kenal secara LADUNNI.

MH kata: kedua-duanya COMEL: DALIL mengambil bukti alam, sebagai nak yaqin ada ya Allah swt itu. SYUHUD nak ‘LIHAT" sendiri adanya Allah swt itu. KASBI - usaha,memikir. LADUNNI - diperlihatkan, dibawa melawat. Semuanya bagus, nak kenal Allah swt inilah MAKRIFAT akan Allah swt. MAKRIFAT dialam LAHUT lebih tahqiq dari makrifat dengan DALIL. Jadi maksud tok guru ialah, makrifat di alam lahut ialah makrifat SYUHUD bukan dengan DALIL.

Mengambil alam sebagai nak KENAL TUHAN pun boleh. MH bagi caranya begini. Misalnya, kita lihat OMBAK BESAR TSUNAMI. Itu adalah ALAM. Itu adalah BEKAS. Sebagaimana tapak kaki harimau merupakan bekas. Tentu ada pemberi bekasnya. Harimau itu sendiri pemberi bekas. Lihat bekas teringat kepada pemberi bekas. Lihat tapak kaki harimau, teringat kepada harimau, tentu ada berkeliaran. Bila lihat TSUNAMI .. ia ujud. Ada depan mata. Menggulung rumah-rumah dan kenderaan dan lain-lain. Itu adalah BEKAS. Kita akan ingat kpd QUDRAT Allah swt. QUDRAT adalah SIFAT dan ia berdiri pada ZAT Allah swt. QUDRAT tidak memberi bekas pada HAQIQAT nya. Tok Guru kata, jika bersyarikat dengan QUDRAT dan ZAT pada memberi bekas maka itu masih syirik lagi. QUDRAT tidak sepakat dengan ZAT untuk menggerakkan TSUNAMI. ZATlah yang memberi bekas. ZATlah yang menggerakkan. Bila kita lihat TSUNAMI .. disitu kita sudah yaqin wujudnya Allah swt, sebab ia adalah bekas dan pemberi bekas ialah Zat Allah swt. TAPI cara ini bukan lagi alam lahut. Sebab itulah ... selepas lihat Tsunami kita masih lagi lupa kpd Allah swt dan berbuat maksiat. Masih buat endah tak endah saja kepada perentah Allah swt.

Alam Lahut adalah ZAUK dengan Tuhan. ZAUK ini adalah rasa, rasa macam mana? Adakah seperti rasa-rasa makanan didunia ini? Rasa-rasa ini adalah rasa-rasa dimartabat ketuhanan.Tidak serupa dengan rasa-rasa didunia ini. RASA takut, hebat, kebesaran Tuhan dan lain-lain. ZAUK-ZAUK ini masih makhluk lagi. Bukan sifat-sifat Tuhan berpindah kepada hati. Tapi dengan dapat tertangkapnya rasa-rasa itu, kita merasakan ‘melihat' Allah swt. Basirah yang itulah yang terhijab lantas ia dipanggil BUTA.

Bersuka-suka dengan Tuhan hatinya, semasa mengalami zauk-zauk dialam lahut itu ... tersangatlah gembira dan suka dgn. KEHADIRAN Allah swt itu berbagai-bagai "bentuk".


Matan: Tiap-tiap perkataan perbuatan, perangai yang keluar sekeliannya itu daripada seorang yang duduk didalam alam lahut sebagai keluar dengan terkerasi, dengan ketiadaan terasa, dengan ketiadaan kesedaran, dengan ketiadaan sengaja, hal-hal yang diantanya dan Tuhannya, kesemua itu adakalanya tidak munasabah, tidak terima dan sebangsa, zahir hukumnya didalam Islam.

Kerana perkara-perkara itu, sebagai terjemah, hikayat, isyarat, gambaran, kelaksanaan akan perkara-perkara yang berlaku diantaranya dan antara Tuhannya didalam maqam alat lahut itu dari hal-hal ketuhanan samada dizahir seorang itu atau dibatinnya

Syarah MH

Alam Lahut ini ada bahayanya. Tapi alam lahut bahayanya bagi orang lain yang melihat TIDAK seperti alam Malakut. Alam malakut bahayanya bagi yang memasuki. Pasal apa bagi yang melihat?

1. Perangai pelik dan perkataan menyalahi syariat spt AKU ALLAH !!!

2. Kerana ia adalah hakikat


Ia macam ni.

A bercakap dengan B.

B kata AKU B.

A pun terlatah ..mengatakan .. Aku B. Itulah maksud terkerasi atau Syatah.


Apa-apa yang berlaku adalah Sisalik dengan Allah swt, semua itu dialam Lahut. Sisaliklah akan faham dan melihat dan lain-lain. Allah swt lah yang berkata kepada salik AKU Allah . Oleh sebab terlampau lazat, sedap, manis,indah dan lain-lain .. sisalik mengalami SYATAH, dan terkeluar dari mulutnya AKU Allah. Orang-orang lain yang tak tahu, tak mengaji, ahli syariat ... akan kata ... KAMU SYIRIK ... sebab kata kamu itu Allah swt. Sedangkan ia tak syirik. Inilah bahaya bagi yang melihat, yang mendengar, yang tidak merujuk kepada ahlinya. Sebenar sisalik tidak syirik. Cuma zauk dialam lahut terlampau kuat, menyebabkan dia tersyatah. Dia tidak boleh dikira salah sebab ... tidak ada aqal, tidak sedar kepada alam zahir, sebab saking hebat dan lazatnya tawajuh kepada Allah swt.

Berkata-kata Allah ... itu adalah yang layak di maqam ketuhanan. Bagaimana? Walahu'alam. Tapi sesiapa yang masuk kealam lahut, ia akan faham begitu kerana alam lahut ialah alam antara sisalik dan Allah swt berdua-duaan. Apa-apa rahsia, apa-apa kashaf adalah antara sisalik dan Allah swt saja yang tahu. Dan sisalik di"buka' faham. Berapa lama? Itu diatas kehendak Allah. Ada sekejap , ada lama, ada selama-lamanya(tak sedar).

Siapa yang dipilihnya? Ahli tasauf yang ahli atau guru murshidnya. Sisalik tidak tahu. Yang dia tahu Allah swt saja yang wujud. ATAU bila dia sedar kembali dari mabuk ketuhanan nya atau SOBER setelah Intoxicated, diberitahu baru dia tahu yang dia itu telah mengalami SYATAH.

Mestikah seseorang salik sebelum meningkat maqamnya perlu melalui zauk ini? Walahu'alam. Itu urusan Allah swt. Tentu sekali yang taat kepadanya, banyak mengingati, yang suci hatinya dan ada juga dikalangan orang-orang2 kafir seperti yang pernah berlaku dimasa Shaikh Abdul Qadir al-Jilani ... ada seorang paderi kristian ... tiba-tiba dimasukan kealam lahut ... dan diberi pangkat WALI ABDAL. Dan Shaikh Abdul Qadir diperintah menjemput paderi itu ke majlis wali-wali. Mana boleh buat-buat sendiri. Allah swt lah yang menarik masuk kealam lahut. Naam ... dari satu maqam ke satu maqam ... tentu lah setelah mengalami zauk-zauk haqiqat ketuhanan.

Fana itu HASIL dari Zauk. FANA tu tak kabar ... sebab zauk/sedap makan budu ... tok tuo (mertua) lalu belakang pun tak sedar. Tak kabar - itulah fana. Sedap budu - itulah zauk.

Zauk terdiri daripada pelbagai rasa kah? Naam. Ada zauk ZAT, ada zauk sifat ,ada zauk asma', ada zauk af'al. Tok Guru kata ada berjuta-juta rasa. Antara satu dengan yang lain tidak sama. Misalnya zauk qiam tidak serupa dengan zauk sujud. Zauk baca alhamdullilah hirabbil ‘alamin tidak serupa dengan zauk baca malikiyau middin. Dalam solat saja ada berjuta-juta zauk. Dan zauk itu tidak serupa dengan zauk makanan, buah-buahan, zauk bersetubuh dengan isteri dan lain-lain. Bahkan lebih lazat, sedap, manis ... dan ia BANGSA KETUHANAN. Siapa rasa dia tahu. Begitu lah tok guru beritahu.

Ia bukan zauk semata-mata, tetapi diiringi dengan ilmu-ilmu laduni, sir-rahsia-rahsia ketuhanan dan alam, rahsia zikir dan lain-lain. Zauk yang menghasilkan ilmu. Ilmu haqiqat - laduni.

Matan: Sehingga disangka oleh yang mendengar atau yang melihat yang tiada biasa dengan perkara-perkara yang didalam alam lahut itu dengan sangkaan baik, jahat, fasiq, kufur, zindiq, keluar dari ugama. Dinama akan perkara-perkara yang zahir semacam itu dengan nama syatah (kelatahan) seperti yang keluar dari Hallaj dan seumpamanya hingga dibunuh orang akan dia

Syarah MH

Biasanya guru yang arif akan mengurung murid-murid yang mengalami SYATAH ini buat sementara waktu. Bagaimana pula jika guru yang syatah? Sebab pernah berlaku .... ada seorang anak murid, baru dapat anak.Pergilah sianak murid itu kepada gurunya, untuk minta berikan nama anaknya. Ketika itu gurunya sedang mabuk dalam alam lahut. ANAK MURID: Tok Guru, tolong berikan nama kepada anak saya ini. TOK GURU: ALLAH. Terpinga-pinga anak murid, boleh kan anak nya nama ALLAH!

MABUK Allah atau FANA ini pada peringkat permulaan saja. Jika tidak syatah terselamatlah dari fitnah atau sangkaan-sangkaaan.

Dari segi syariat, tiada hukum sebab tidak ada AQAL. Sebab zauk terlampau kuat, menyentap aqal berfikirnya. TAPI ada juga MH dengar, yang mengatakan ia dihukum sebab menceritakan tentang rahsia ketuhanan. Sheikh Junaid al-Baghdadi, meluluskan ia dihukum dari segi syariat. Shaikh Abdul Qadir Jailani pula mengatakan, jika Hallaj hidup zaman aku, aku akan tahan dia dari dihukum.

Ada juga riwayat dari ahli tasauf mengatakan..ketika Aisyah masuk ingin jumpa bertemu Nabi saw. Nabi saw sedang mabuk ketuhanan.

Nabi saw : Siapa kamu?

Aisyah : Ana. Aisyah.

Nabi saw : Siapa Aisyah?

Aisyah : Anak Abu bakar.

Nabi saw : Siapa Abu Bakar?

Aisyah : Mertua Muhammad.

Nabi saw : Siapa Muhammad?


Dari riwayat ini MH tidak berapa boleh terima KERANA Nabi saw adalah istimewa, baginda tidak akan mengalami FANA atau mabuk ketuhanan. Walahu'alam.

Matan: Maka sebenarnya, perkara-perkara yang seumpama itu, yang keluar dari seseorang yang didalam alam itu, ialah sebagai mengkhabar, menterjemahkan, menghikayatkan akan perkara-perkara yang berlaku antaranya dan antara Tuhannya, di dalam alam itu samada perkara iktikadnya sendiri atau bukannya.
Bandingannya ialah sebagaimana perkataan yang keluar daripada mulut orang sakit yang masuk hantu, disangka oleh setengah daripada orang yang mendengar ialah perkataan orang sakit itu, pada halnya, perkataan hantu yang diorang sakit itu, menumpang ia akan mulutnya pada mengkhabarkan kehendak-kehendaknya, kerana orang sakit kemudian dari takdok (tiada) hantu itu padanya, sedar ia, dan tak tahu ia akan apa-apa yang berlaku padanya daripada perkataan dan perbuatan dan perangai dan lain-lainnya. Kerana bangsa jin dan malaikat tidak boleh bercakap dengan cakapan manusia melainkan dengan menumpang akan mulut manusia atau berupa dengan rupa manusia atau masuk manusia itu kedalam alam jin iaitu alam malakut.


Demikanlah bermacam-macam zauk ketuhanan yang merasa akan dia, oleh orang yang hadir didalam alam lahut hingga berubah hal-hal setengah dari orang yang merasa akan dia itu, dengan bermacam-macam hal kerana mengikutnya akan bermacam-macam zauk itu, dinama akan dia oleh ahlinya itu dengan bermacam-macam nama seperti: Wahdatul Wujud, Jama, Fana, Baqa' dan lain-lainnya.


Sekianlah matan dari kitab Risalah Tasauf berkenaan Alam Lahut.

Gambaran Makrifat

Gambaran Makrifat PDF | Print | E-mail

OLEH : SYEIKH NADZIR AS SAGHIR

BERBAGAI-BAGAI JENIS AMAL ADALAH KERANA BERBAGAI-BAGAI AHWAL (HAL-HAL)

Ini dalam memperkatakan tentang makrifat tentang gambaran makrifat tetapi tidak dikatakan makrifat dan tidak dihuraikan secara terus terang sebaliknya diperkatakan sebagai ahwal. Ahwal adalah jamak bagi perkataan hal. Hikmat ini membawa erti hal membentuk keadaan amal. Amal adalah perbuatan atau kelakuan lahiriah dan hal adalah suasana atau kelakuan hati. Amal berkaitan dengan “lahiriah” manakala hal berkaitan dengan “batiniah.” Oleh kerana hati menguasai sekalian anggota maka kelakuan hati iaitu hal menentukan bentuk amal iaitu perbuatan lahiriah.

Dalam pandangan tasauf, hal diertikan sebagai pengalaman rohani dalam proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah (pengenalan tentang Allah s.w.t). Oleh itu, tanpa hal tidak ada hakikat dan tidak diperolehi makrifat. Ahli ilmu membina makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli tasauf bermakrifat melalui pengalaman lansung tentang hakikat.

Sebelum memperolehi pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu memperolehi kasyaf iaitu terbuka keghaiban kepadanya. Ada orang mencari kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti jin. Dalam proses mencapai hakikat ketuhanan kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf yang penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam berbagai-bagai bentuk dan suasana dunia ini. Kasyaf yang menerima hakikat sesuatu, walau apa jua rupa yang dihadapi, penting bagi pengembara kerohanian. Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ahli kasyaf yang paling unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua kali sahaja, walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dengan rupa yang berbeza-beza, Rasulullah s.a.w tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s. Kasyaf yang seperti inilah yang diperlukan agar seseorang itu tidak tertipu dengan tipu daya syaitan yang menjelma dalam berbagai-bagai rupa yang hebat dan menawan sekalipun, seperti rupa seorang yang kelihatan alim dan warak.

AL-ALIM .

Bila seseorang ahli kerohanian memperolehi kasyaf maka dia telah bersedia untuk menerima kedatangan hal atau zauk iaitu pengalaman kerohanian tentang hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperolehi dengan beramal dan menuntut ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk masuk ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu untuk sampai hampir dengan pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya menanti kurniaan Allah s.w.t, semata-mata kurniaan Allah s.w.t yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya. Kurniaan Allah s.w.t yang mengandungi makrifat itu dinamakan hal. Allah s.w.t memancarkan Nur-Nya ke dalam hati hamba-Nya dan akibat dari pancaran itu hati akan mendapat sesuatu pengalaman atau terbentuk satu suasana di dalam hati. Misalnya, pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal bahawa Allah Maha Perkasa. Apa yang terbentuk di dalam hati itu tidak dapat digambarkan tetapi kesannya dapat dilihat pada tubuhnya yang menggigil hingga dia jatuh pengsan. Pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal atau zauk atau merasai keperkasaan Allah s.w.t dan pengalaman ini dinamakan hakikat, iaitu hati mengalami hakikat keperkasaan Allah s.w.t. Pengalaman hati tersebut membuatnya berpengetahuan tentang maksud Allah Maha Perkasa. Jadi, pengalaman yang diperolehi daripada zauk hakikat melahirkan pengetahuan tentang Tuhan. Pengetahuan itu dinamakan makrifat. Orang yang berkenaan dikatakan bermakrifat terhadap keperkasaan Allah s.w.t. Oleh itu untuk mencapai makrifat seseorang itu haruslah mengalami hakikat. Inilah jenis makrifat yang tertinggi. Makrifat tanpa pengalaman hati adalah makrifat secara ilmu. Makrifat secara ilmu boleh didapati dengan belajar, sementara secara zauk didapati tanpa belajar(laduni). Ahli tasauf tidak berhenti setakat makrifat secara ilmu malah mereka mempersiapkan hati mereka agar sesuai menerima kedatangan makrifat secara zauk.

Ada orang yang memperolehi hal sekali sahaja dan dikuasai oleh hal dalam tempuh yang tertentu sahaja dan ada juga yang berkekalan di dalam hal. Hal yang berterusan atau berkekalan dinamakan wisal iaitu penyerapan hal secara berterusan, kekal atau baqa. Orang yang mencapai wisal akan terus hidup dengan cara hal yang berkenaan. Hal-hal (ahwal) dan wisal boleh dibahagikan kepada lima jenis:

1 : Abid:

Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu. Kekuatan, keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang ada dengannya adalah daya dan upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya itu adalah kurniaan-Nya semata-mata. Allah s.w.t sebagai Pemilik yang sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak mengambil kembali pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Seorang abid benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t hinggakan sekiranya dia melepaskan sandaran itu dia akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t. Hal atau suasana yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak mengambil bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari Allah s.w.t dan gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain Allah s.w.t akan menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.

2 : Asyikin:

Asyikin ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di dalamnya. Amal atau kelakuan asyikin ialah gemar merenung alam maya dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada apa yang disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati keindahan alam beberapa jam tanpa berasa jemu. Kilauan ombak dan titikan hujan memukau pandangan hatinya. Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah s.w.t. Orang yang menjadi asyikin tidak memperdulikan lagi adab dan peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan lagi pada alam ini. Dia mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah Keindahan Allah s.w.t.

3 : Muttakhaliq:

Muttakhaliq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya dikuasai oleh suasana Qurbi Faraidh atau Qurbi Nawafil. Dalam Qurbi Faraidh, muttakhaliq merasakan dirinya adalah alat dan Allah s.w.t menjadi Pengguna alat. Dia melihat perbuatan atau kelakuan dirinya terjadi tanpa dia merancang dan campur tangan, bahkan dia tidak mampu mengubah apa yang mahu terjadi pada kelakuan dan perbuatannya. Dia menjadi orang yang berpisah daripada dirinya sendiri. Dia melihat dirinya melakukan sesuatu perbuatan seperti dia melihat orang lain yang melakukannya, yang dia tidak berdaya mengawal atau mempengaruhinya. Hal Qurbi Faraidh adalah dia melihat bahawa Allah s.w.t melakukan apa yang Dia kehendaki. Perbuatan dia sendiri adalah gerakan Allah s.w.t, dan diamnya juga adalah gerakan Allah s.w.t. Orang ini tidak mempunyai kehendak sendiri, tidak ada ikhtiar dan tadbir. Apa yang mengenai dirinya, seperti perkataan dan perbuatan, berlaku secara spontan. Kelakuan atau amal Qurbi Faraidh ialah bercampur-campur di antara logik dengan tidak logik, mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan alim dengan jahil. Dalam banyak perkara penjelasan yang boleh diberikannya ialah, “Tidak tahu! Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki”.

Dalam suasana Qurbi Nawafil, pula muttakhaliq melihat dengan mata hatinya sifat-sifat Allah s.w.t yang menguasai bakat dan keupayaan pada sekalian anggotanya dan dia menjadi pelaku atau pengguna sifat-sifat tersebut, iaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi Nawafil ialah berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebolehan untuk berbuat sesuatu. Contoh Qurbi Nawafil adalah kelakuan Nabi Isa a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat lalu menyuruh burung itu terbang dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan beliau a.s menyeru orang mati supaya bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s melihat sifat-sifat Allah s.w.t yang diizinkan menjadi bakat dan keupayaan beliau a.s, sebab itu beliau a.s tidak ragu-ragu untuk menggunakan bakat tersebut menjadikan burung dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah s.w.t.

4 : Muwahhid:

Muwahhid fana dalam zat, zatnya lenyap dan Zat Mutlak yang menguasainya. Hal bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan sekalian maujud. Kelakuan atau amalnya tidak lagi seperti manusia biasa kerana dia telah terlepas dari sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan. Misalkan dia bernama Ahmad, dan jika ditanya kepadanya di manakah Ahmad, maka dia akan menjawab Ahmad tidak ada, yang ada hanyalah Allah! Dia benar-benar telah lenyap dari ke‘Ahmad-an’ dan benar-benar dikuasai oleh ke‘Allah-an’. Ketika dia dikuasai oleh hal dia terlepas daripada beban hukum syarak. Dia mungkin melaungkan, “Akulah Allah! Maha Suci Aku! Sembahlah Aku!” Dia telah fana dari ‘aku’ dirinya dan dikuasai oleh kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun sikap dan kelakuannya dia tetap dalam keredaan Allah s.w.t. Apabila dia tidak dikuasai oleh hal, kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat. Perlu diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai oleh hal tidak berupaya menahannya. Ahli hal karam dalam lakuan Allah s.w.t. Bila dia melaungkan , “Akulah Allah!” bukan bermakna dia mengaku telah menjadi Tuhan, tetapi dirinya telah fana, apa yang terucap melalui lidahnya sebenarnya adalah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang mengatakan Dia adalah Tuhan dengan menggunakan lidah muwahhid yang sedang fana itu.

Berbeza pula golongan mulhid. Si mulhid tidak dikuasai oleh hal, tidak ada zauk, tetapi berkelakuan dan bercakap seperti orang yang di dalam zauk. Orang ini dikuasai oleh ilmu tentang hakikat bukan mengalami hakikat secara zauk. Si mulhid membuang syariat serta beriman berdasarkan ilmu semata-mata. Dia berpuas hati bercakap tentang iman dan tauhid tanpa beramal menurut tuntutan syariat. Orang ini bercakap sebagai Tuhan sedangkan dia di dalam kesedaran kemanusiaan, masih gelojoh dengan keinginan hawa nafsu. Orang-orang sufi bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan, “Ana al-Haq!” sedangkan dia masih sedar tentang dirinya maka orang berkenaan adalah sesat dan kufur!

5 : Mutahaqqiq:

Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan kehidupan dunia yang wajib diuruskan. Dalam kesedaran zat seseorang tidak keluar dari khalwatnya dengan Allah s.w.t dan tidak peduli tentang keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia seluruhnya. Sebab itu orang yang demikian tidak boleh dijadikan pemimpin. Dia mesti turun kepada kesedaran sifat baharulah dia boleh memimpin orang lain. Orang yang telah mengalami kefanaan dalam zat kemudian disedarkan dalam sifat adalah benar-benar pemimpin yang dilantik oleh Allah s.w.t menjadi Khalifah-Nya untuk memakmurkan makhluk Allah s.w.t dan memimpin umat manusia menuju jalan yang diredai Allah s.w.t. Orang inilah yang menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli tarekat yang sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani. Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah para nabi-nabi dan Allah s.w.t kurniakan kepada mereka maksum, sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang diberi perlindungan dan pemeliharaan.

Ahwal (hal-hal) yang menguasai hati nurani berbeza-beza, dengan itu akan mencetuskan kelakuan amal yang berbeza-beza. Ahwal mesti difahami dengan sebenar-benarnya oleh orang yang memasuki latihan tarekat kerohanian, supaya dia mengetahui, dalam amal yang bagaimanakah dia mendapat kedamaian dan mencapai maksud dan tujuan, apakah dengan sembahyang, zikir atau puasa. Dia mesti berpegang sungguh-sungguh kepada amal yang dicetuskan oleh hal tadi, agar dia cepat dan selamat sampai ke puncak.

——————————————————————————

1:Gambaran, ingatan, tarikan dan keinginan terhadap benda-benda alam seperti harta, perempuan, pangkat dan lain-lain.

2: Kehendak atau syahwat yang mengarahkan perhatian kepada apa yang dikehendaki.

3: Kelalaian yang menutup ingatan terhadap Allah s.w.t.

4: Dosa yang tidak dibasuh dengan taubat masih mengotorkan hati.

Diri manusia tersusun daripada anasir

i.tanah,

ii.air,

iii.api dan

iv.angin.

Ia juga diresapi oleh unsur-unsur alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan, haiwan, syaitan dan malaikat. Tiap-tiap anasir dan unsur itu menarik hati kepada diri masing-masing. Tarik menarik itu akan menimbulkan kekacauan di dalam hati. Kekacauan itu pula menyebabkan hati menjadi keruh. Hati yang keruh tidak dapat menerima sinaran nur yang melahirkan iman dan tauhid. Mengubati kekacauan hati adalah penting untuk membukakannya bagi menerima maklumat dari Alam Malakut. Hati yang kacau itu boleh distabilkan dengan cara menundukkan semua anasir dan unsur tadi kepada syariat. Syariat menjadi tali yang dapat mengikat musuh-musuh yang cuba menawan hati. Penting bagi seorang murid yang menjalani jalan kerohanian menjadikan syariat sebagai payung yang mengharmonikan perjalanan anasir-anasir dan daya-daya yang menyerap ke dalam diri agar cermin hatinya bebas daripada gambar-gambar alam maya. Bila cermin hati sudah bebas daripada gambar-gambar dan tarikan tersebut, hati dapat menghadap ke Hadrat Ilahi.

Selain tarikan benda-benda alam, hati boleh juga tunduk kepada syahwat. Syahwat bukan sahaja rangsangan hawa nafsu yang rendah. Semua bentuk kehendak diri sendiri yang berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t adalah syahwat. Kerja syahwat adalah mengajak manusia supaya lari dari hukum dan peraturan Allah s.w.t serta membangkang takdir Ilahi. Syahwat membuat manusia tidak reda dengan keputusan Allah s.w.t. Seseorang yang mahu menuju Allah s.w.t perlulah melepaskan dirinya dari belenggu syahwat dan kehendak diri sendiri, lalu masuk ke dalam benteng aslim iaitu berserah diri kepada Allah s.w.t dan reda dengan takdir-Nya.

Perkara seterusnya yang yang diperkatakan sebagai ilmu hikmatialah junubbatin tidak suci dan dilarang melakukan ibadat atau memasuki masjid. Orang yang berjunub batin pula tertegah dari memasuki Hadrat Ilahi. Orang yang di dalam junub batin iaitu lalai hati, kedudukannya seperti orang yang berjunub zahir, di mana amal ibadatnya tidak diterima. Allah s.w.t mengancam untuk mencampakkan orang yang bersembahyang dengan lalai (dalam keadaan berjunub batin) ke dalam neraka wil. Begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang menghadap-Nya dengan hati yang lalai.

Mengapa begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang lalai? Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita yang zahir. Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung. Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung pangkal dan kelakuannya sangat tidak bersopan. Perbuatan demikian adalah satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Jika raja didunia murka dengan perbuatan demikian maka Raja kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaan-Nya kepada hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian dicampakkan ke dalam neraka wil. Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak masuk ke Hadrat-Nya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan santun tidak layak mendekati-Nya.

Perkara yang ke empat adalah dosa-dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ia menghalang seseorang daripada memahami rahsia-rahsia yang halus-halus. Pintu kepada Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi adalah taubat! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat, samalah seperti orang yang mati syahid yang belum menjelaskan hutangnya terpaksa menunggu di luar syurga. Jika dia mahu masuk ke dalam Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi yang mengandungi rahsia yang halus-halus wajiblah bertaubat. Taubat itu sendiri merupakan rahsia yang halus. Orang yang tidak memahami rahsia taubat tidak akan mengerti mengapa Rasulullah s.a.w yang tidak pernah melakukan dosa masih juga memohon keampunan sedangkan sekalipun baginda s.a.w berdosa semuanya diampunkan Allah s.w.t. Adakah Rasulullah s.a.w tidak yakin bahawa Allah s.w.t mengampunkan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan baginda s.a.w (jika ada)?

Maksud taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah s.w.t. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya namun, tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah s.w.t. Dia telah masuk ke dalam golongan hamba yang melakukan amal salih tetapi yang berjauhan bukan berdekatan dengan Allah s.w.t. Taubat yang lebih halus ialah pengayatan kalimat:

“Laa Hau la wala quwata illa billah.”

Tiada daya dan upaya melainkan anugerah Allah s.w.t.

“Inna Lillillahi wa-inna ilai-irajiun”

Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali.

Segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t, baik kehendak mahupun perbuatan kita. Sumber yang mendatangkan segala sesuatu adalah Uluhiyah (Tuhan) dan yang menerimanya adalah ubudiyah (hamba). Apa sahaja yang dari Uluhiyah adalah sempurna dan apa sahaja yang terbit dari ubudiyah adalah tidak sempurna. Uluhiyah membekalkan kesempurnaan tetapi ubudiyah tidak dapat melaksanakan kesempurnaan itu. Jadi, ubudiyah berkewajipan mengembalikan kesempurnaan itu kepada Uluhiyah dengan memohon keampunan dan bertaubat sebagai menampung kecacatan. Segala urusan dikembalikan kepada Allah s.w.t. Semakin tinggi makrifat seseorang hamba semakin kuat ubudiyahnya dan semakin kerap dia memohon keampunan dari Allah s.w.t, mengembalikan setiap urusan kepada Allah s.w.t, sumber datangnya segala urusan.

Apabila hamba mengembalikan urusannya kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t sendiri yang akan mengajarkan Ilmu-Nya yang halus-halus agar kehendak hamba itu bersesuaian dengan Iradat Allah s.w.t, kuasa hamba sesuai dengan Kudrat Allah s.w.t, hidup hamba sesuai dengan Hayat Allah s.w.t dan pengetahuan hamba sesuai dengan Ilmu Allah s.w.t, dengan itu jadilah hamba mendengar kerana Sama’ Allah s.w.t, melihat kerana Basar Allah s.w.t dan berkata-kata kerana Kalam Allah s.w.t. Apabila semuanya berkumpul pada seorang hamba maka jadilah hamba itu Insan Sirullah (Rahsia Allah s.w.t).

MAHA SUCI ALLAH YANG MENUTUPI RAHSIA KEISTIMEWAAN (PARA WALI) DENGAN DIPERLIHATKAN SIFAT KEMANUSIAAN BIASA KEPADA ORANG RAMAI DAN TERNYATA KEBESARAN KETUHANAN ALLAH S.W.T DALAM MEMPERLIHATKAN SIFAT KEHAMBAAN (PADA PARA WALI-NYA). Orang yang jahil dan lemah imannya mudah terlintas sangkaan apabila berhadapan kejadian yang luar biasa yang terzahir daripada seseorang manusia. Nabi Ia a.s dilahirkan secara luar biasa, dan padanya terzahir mukjizat yang luar biasa, menyebabkan segolongan manusia menganggap beliau a.s sebagai anak Tuhan. Uzair yang ditidurkan oleh Allah s.w.t selama seratus tahun dan dijagakan di kalangan generasi yang sudah melupai Kitab Taurat, lalu Uzair membacakan isi Kitab Taurat dengan lancar. Orang ramai pun menganggap Uzair sebagai luar biasa, lalu mengangkatnya sebagai anak Tuhan. Orang ramai sering mengagungkan manusia yang memiliki kebolehan yang luar biasa. Kadang-kadang cara pengagungan itu sangat keterlaluan sehingga orang yang diagungkan itu didudukkan pada taraf yang melebihi taraf manusia. Selain dianggap sebagai anak Tuhan, ada juga yang dianggap sebagai penjelmaan Tuhan. Timbul juga penabalan sebagai Imam Mahadi yang dijanjikan Tuhan. Kesan pemujaan sesama manusia banyak terdapat pada lembaran sejarah. Pemujaan yang demikian disifatkan Allah s.w.t sebagai mempertuhankan makhluk. Perkara ini berlaku kerana salah mentafsirkan kejadian luar biasa yang terzahir pada orang berkenaan, walaupun mereka tidak meminta diagungkan. Perkara luar biasa yang terjadi pada nabi-nabi dinamakan mukjizat dan yang terjadi pada wali-wali dinamakan keramat. Mukjizat menjadi sebahagian daripada bukti atau hujah kepada orang ramai tentang kebenaran kenabian. Fungsi utama mukjizat adalah memperkuatkan keyakinan orang ramai kepada seseorang nabi itu. Sesuai dengan fungsinya mukjizat berlaku secara terbuka dan diketahui umum. Keramat pula merupakan kurniaan khusus kepada para wali. Tujuan utamanya adalah untuk menambahkan keyakinan wali itu sendiri. Ia bukan bertujuan untuk membuktikan kedudukan wali itu kepada orang ramai. Kekeramatan banyak berlaku pada zaman akhir ini, jarang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, sedangkan para sahabat baginda s.a.w adalah aulia Allah yang agung. Sebahagian daripada mereka telah pun diistiharkan sebagai ahli syurga ketika mereka masih hidup lagi. Mereka sudah memiliki iman yang sangat teguh, tidak perlu kepada kekeramatan untuk menguatkannya. Jaminan syurga yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w tidak membuat mereka mengurangkan khidmat bakti mereka kepada Allah s.w.t. Umat yang akhir ini tidak memiliki hati sebagaimana umat pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat zaman akhir ini memerlukan kekeramatan sebagai penawar yang menguatkan hati mereka. Oleh sebab kekeramatan itu lebih berguna untuk diri sendiri, maka ia lebih banyak berlaku secara tersembunyi, hanya sebilangan kecil yang menyaksikannya atau kadang-kadang tidak ada yang melihatnya. Sifat kewalian dizahirkan kepada wali Allah itu sendiri sedangkan kepada orang ramai dizahirkan sifat manusia biasa, hinggakan orang ramai tidak mengetahui kedudukannya yang sebenar. Dengan demikian seseorang wali Allah itu diberi layanan sebagai manusia biasa. Dia perlu hidup dan menguruskan kehidupan seperti orang ramai. Perilakunya yang memakai sifat kemanusiaan biasa menjadi contoh kepada orang ramai, bagaimana mahu menjalani kehidupan di dunia dengan mentaati Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menjalani kehidupan sebagai manusia biasa di mana baginda s.a.w terpaksa mengikat perut dengan kain bagi menahan lapar, padahal dengan hanya berdoa kepada Allah s.w.t baginda s.a.w boleh menjadi kenyang tanpa makan. Para nabi dan para wali adalah manusia yang menjadi model untuk diikuti oleh orang ramai. Jika mereka hidup secara istimewa seperti bergerak secepat kilat dan kenyang tanpa makan, sudah tentu tidak ada manusia yang dapat mengikut mereka. Oleh itu apabila Allah s.w.t memakaikan sifat kehambaan seperti orang ramai kepada para nabi dan para wali-Nya itu adalah bagi kebaikan manusia umum. Orang ramai boleh mengikut contoh yang mudah dan tidak timbul pemujaan sesama manusia yang boleh membawa kepada syirik.

Kitab Usul At-Tahqiq

Kitab Usul At-Tahqiq PDF | Print | E-mail
Ini Kitab " Syarah Usul Al-Tahqiq " Pada bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-Ulama' as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah dikhbarkan hamba oleh "Ba'dha saqata" bahawa yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli negeri Patthani.

"Bismillah hirrahmanirrahim"

Dengan tolong Allah Ta'ala ku mulai Kitab ini. Ia lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat mengasihi akan segala hambaNya yang beriman Jin dan Manusia didalam negeri akhirat kemudian.

" Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta'ala, Tuhan seru oleh sekelian alam "

" Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala orang yang takut mereka itu akan Allah Ta'ala "

" Dan Rahmat Allah Ta'ala dan Salam Allah Ta'ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu penghulu segala Rasul "

" Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang baik lagi suci mereka itu daripada salah "

Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah suatu Risalah Usul Tahqiq; ertinya Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon Agama.

Berkata Ulama "Awalluddin Ma'rifatullah" Ertinya: ‘Pertama-tama ugama itu "Mengenal Allah"..

Maka adalah makna ‘Ma'rifat' ertinya "Mengenal" itu ;

Ertinya: "Simpulan yang putus; yakni pegangan yang teguh, yang berbetulan ia dengan yang sebenar daripada dalil."

Maka adalah dalil itu 2 perkara:-

Pertama-dalil Naqli namanya iaitu firman Allah Ta'ala dan Hadis Rasulullah.

Kedua -dalil ‘Aqli namanya iaitu menyatakan ia akan keadaan Allah Ta'ala itu.

‘Itiqad atau Pegangan Yang Salah :

1. Jikalau ada seseorang ‘itiqadnya putus tetapi tiada berbetulan ia yang benar, maka BUKAN ia bernama ‘Ma'rifat' ,maka adalah namanya itu seperti itiqad Falsafah; - yang mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau jadi dengan sendirinya).

2. ‘Itiqad Qadariah - Qudrat hamba yang baharu ini boleh memberi bekas.

3. ‘Itiqad Nasrani - Mengatakan Nabi Allah Isa a.s itu anak Allah Ta'ala. Dan berbagai-bagai lagi ‘itiqad yang tiada berbetulan bagi yang benar.

4. Jikalau ada seseorang itu ‘itiqadnya putus lagi berbetulan bagi yang benar tetapi TIADA padanya dalil Naqli dan dalil Aqli (akal) maka BUKAN ia dikatakan ‘Ma'rifat' , sebaliknya itu ‘Taklid' namanya, ertinya mengikut-ikut perkataan orang sahaja.

‘Itiqad Yang Benar :

Yang dikatakan ‘Ma'rifat' ialah seseorang itu ‘itiqadnya putus berbetulan yang benar dan ADA padanya 2 dalil iaitu Firman Allah Ta'ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah saw.

Asal makna ‘MAKRIFAT' itu - ialah "Membezakan antara yang Qadim dengan Muhadas"

Yang Qadim itu :- Zat Allah Ta'ala, Sifat-sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma' (Sempurna Nama atau Kata-kata Allah Ta'ala), yang terkandung pada Kalimah Syahadah Tauhid yakni Kalimah pengakuan mengEsakan Allah Ta'ala iaitu :

" AS HADU AL LAA ILAHA ILLALLAH "

Ertinya: " Aku ketahuilah bahawasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah; itulah Tuhan "

Rukun Syahadah itu terbahagi kepada 4 perkara :

1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta'ala.

2. Mengisbatkan ada Sifat (Kelakuan) Allah Ta'ala.

3. Mengisbatkan ada Efeil (Perbuatan) Allah Ta'ala iaitu mengadakan segala "Mumkin" (alam dunia) atau tidak mengadakan segala "Mumkinat" itu.

4. Mengisbatkan ada Asma' Allah - (Sempurna Nama atau Kata-kata bagi Zat) iaitu segala 25 para Rasul itu dari Nabi Allah Adam hingga Nabi Muhammad saw. adalah Kata-kata bagi Zat Allah Ta'ala.

- membenarkan segala Perkataan, Perbuatan, Kelakuan dan segala diamnya tiada menyalahi akan Rasul Allah.

Fardhu Syahadah terbahagi kepada 2 perkara :

1. Melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu dengan lidah pada sekali seumur hidupnya.

2. Menyungguhkan maknanya didalam hati sentiasa selama hidupnya; harus jangan berkata putusan selagi ia berakal.

Itulah pertama-tama Fardhu daripada segala fardhu ‘Ain; dahulunya daripada segala ibadat seperti sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, Zakat dan Mengerjakan Haji ke Baitullah dan merupakan SYARAT pada MENGESAHKAN segala ibadah dan jikalau tiada mengetahuinya makna Dua Kalimah Syahadah itu, maka belum lagi dikatakan SAH amal ibadat yang lain itu.

Hendaklah kita bersungguh-sungguh memahamkan makna Dua Kalimah Syahadah itu dan untuk memahaminya perlulah terlebih dahulu mengetahui segala Sifat yang WAJIB bagi Allah Ta'ala dan para Rasul-Nya serta segala Sifat yang MUSTAHIL pada keduanya dan segala yang HARUS pada keduanya itu.

Oleh yang sedemikian wajiblah segala orang yang akhil baligh, laki-laki dan perempuan, merdeka atau hamba sahaya dan sebagainya mengenal segala Sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta'ala serta segala Rasul Allah itu sebagaimana sabda Nabi saw.: ‘ Awaluddin Ma'rifatullah ‘;

Ertinya : " Pertama-tama Agama itu mengenal Allah ."

Yakni mengenal segala yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Zat dan Sifat Allah Ta'ala. Bukannya mengenal kepada diri Zat Allah dan ketentuan daerahNya dan tempatNya dan rupaNya, mustahil demikian itu dan adalah ditegah oleh Allah Ta'ala seperti firmanNya dalam Al-Quran Surah ‘Ali Imran ayat ke 30 ;

Ertinya: "..telah dipertakuti Allah akan kamu pada mendapatkan kepada ZatNya itu.."

Dan firmanNya dalam Surah Al-An'aam, ayat ke 103 ;

Ertinya: "..Tiada mendapat akan Dia segala penglihatannya dan DiaNya yang boleh mendapat akan segala penglihatanNya. "

Dan sabda Nabi saw:

Ertinya: "..Maha Suci Tuhanku, tiadalah ku kenal Tuhanku akan sebenar-benar pengenal kami akan Tuhan ku.."

Dan kata Saidina Abu Bakar;

Ertinya: "..Lemah pendapat daripada yang mendapat akan yang didapat, itulah pendapat."

Kata setengah Ulama';

Ertinya: " Tiap-tiap barang yang tersangka-sangka ia dengan segala sangka kamu itu dan kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu itu, maka ia itu baharu jua seperti kamu."

Maka nyatalah segala pengetahuan orang yang sesat itu yang menyangka-nyangka ia pada ‘itiqadnya Allah Ta'ala itu bertempat atau berupa atau boleh menyamakan Dia dengan sesuatu disangkakannya benar-benar DIRINYA itulah ALLAH TA'ALA. Maka ‘itiqad ilmu orang itu salah; yang lemah, besar menjadi kafir.(Na'uzubillah..)

Maka hendaklah engkau fahamkan ia akan makna Kalimah Syahadah ini baik-baik dengan dalil Naqli iaitu dalil Al-Quran dan Hadis serta dalil Aqli' iaitu akal yang nurani pada mengambil nazar yang sahih pada menilik kejadian 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Siapa yang menjadikan dianya itu ? Bolehkah ia jadi dengan sendiri atau adakah ada orang lain yang boleh menjadikan dia atau tidak boleh menjadikan dia ? Demikian juga
tilik pula oleh mu pada kejadian diri kita ini seperti firman Allah Ta'ala :

Ertinya :"Katakanlah ya, Muhammad (kepada mereka) : ‘ Tilik oleh kamu semuanya apa-apa yang ada didalam tujuh petala langit dan bumi ".

Maka adalah yang nyata kepada segala orang yang berakal itu tanda bekas Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala jua yang nyata; yakni bekas tanda Kuasa Allah dan KehendakNya juga yang nyata. Bukan langit dan bumi sahaja yang Allah Ta'ala suruh tilik, bahkan pada diri kita ini pun disuruh tilik sebagaimana firmanNya dalam Al-Quran :

Ertinya: " Pada diri kamu itu, mengapakah tiada kamu tilik..? "

Yakni pada kejadian diri kamu ini mengapakah maka tiada kamu membicarakan. Dan lagi firman Allah Ta'ala :

Ertinya: " Lagi akan Kami perlihatkan akan segala tanda Kami taraf alam ini dan pada diri mereka itu hingga nyatalah bagi mereka itu bahawasanya Allah itu ADA (Ujud) sebenarnya ".

Dan lagi firman-Nya :

Ertinya: " Maka hendaklah dibicarakan oleh manusia itu daripada apa ia dijadikan itu; iaitu ia dijadikan daripada air yang terpancar keluar daripada antara sulbi bapanya dan antara tara'ib ibunya".

Bukannya keluar itu daripada sulbi dan tara'ib yang (tanyir) ia keduanya itu iaitu Qudrat Allah Ta'ala dan Iradat juga kerana keduanya didalam perintah Qudart dan Iradat Allah Ta'ala.

Maka adalah Qudrat Allah itu suatu SifatNya yang ‘Maudud' dengan dia mengadakan mumkin; daripada tidak ada kepada adanya dan daripada adanya kepada tidak ada.

Dan Iradat Allah itu suatu SifatNya yang maudud dengan dia menentukan mumkin dengan setengah barang yang harus atau mumkin itu. Bukan semuanya yang harus itu ditentukan oleh Iradat itu seperti gerak dan diam; ada dengan tiada; panjang dengan pendek; besar dengan kecil; tebal dengan nipis; atas dengan bawah; kiri dengan kanan; hadapan dengan belakang dan lainnya.

Maka semuanya itu harus balik bagi 'semumkin' ini tetapi mustahil boleh berhimpun dua yang berlawanan kepada 'semumkin' ini kerana yang ditentukan oleh Iradat Allah itu suatu daripada keduanya bukan keduanya.

Demikian juga Firman Allah :

Ertinya: "Maka tidakkah dilihat oleh kamu yakni tidakkah kamu lihat dan kamu bicarakan akan air mani yang kamu tempuhkan ke dalam rahim perempuan itu, kamukah menjadikan akan dia itu atau Kamikah yang menjadikan anak itu ?"

Dan Firman-Nya :

Ertinya: "Maka tiadakah kamu lihat akan benih yang kamu tanam itu, adakah kamu menumbuhkan akan dia atau Kamikah menumbuhkan akan dia ?"

Dan lagi Firman-Nya :

Ertinya: " Mengapa tiada menilik, membicarakan akan mereka itu kepada unta itu betapa dijadikan Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada segala langit yang tujuh

betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu kepada gunung, betapakah didirikan akan dia dan tiadakah ditilik mereka itu kepada bumi, betapakah dihamparkan akan dia.

Maka ingatkan olehmu (ya, Muhammad) hanya sesungguhnya engkau itu mengingatkan saja tiada boleh kuasa engkau itu dengan mengerasi atas mereka itu. "

Kata Syeikh Ibrahim Al-Qani didalam Kitabnya yang bernama :

Ertinya: " Tilik olehmu kepada dirimu yakni bicarakan olehmu dahulu kepada kejadian dirimu kerana dirimu itu yang terlebih hampir tempat menilik."

Perintah Allah Ta'ala darpada yan lainnya kemudian daripada sudah menilik kepada kejadian dirimu itu, maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang tinggi iaitu segala langit. Kemudian maka berpindahlah engkau bagi menilik alam yang indah itu.

Ertinya: "Engkau dapatlah dengan menilik sekelian itu akan perbuatan tukang yang indah-indah perbuatannya tetapi dengan dialah berdiri tanda tidaknya dahulu dan baharu adanya ini."

Ertinya: " Dan tiap-tiap barang yang harus itu baharu adanya daripada dahulu, niscaya mustahil atasnya itu sedia sekali-kali."

Kerana itulah Hadis Nabi saw:

Ertinya: " Fikirkan oleh kamu pada segala yang dijadikan Allah Ta'ala dan jangan kamu fikirkan pada diri Zat Allah Ta'ala ".

Inilah kata Imam Sanusi....

Ertinya: " Bermula perbuatan itu baharu dan ia itulah bekas menunjukkan ia atas 4 nama :-

i) Zat yang Hidup. ii) Zat yang Tahu iii) Zat yang Kuasa. iv) Zat yang Berkehendak.

Ertinya: " Dan nama itu menunjukkan ia atas segala sifat; dan iaitu Hidup - dan jikalau tiada ZatNya itu Hidup, tiadalah bersifat Yang Hidup. Jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Tahu, tiadalah bernama Zat Yang Tahu dan; Kuasa, jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Kuasa, tiadalah bernama Zat Yang Kuasa dan; Mengkehendaki, jikalau tiada ZatNya bersifat dengan Mengkehendaki niscaya tiadalah bernama Zat Yang Mengkehendaki."

Ertinya: " Dan segala sifat itu menunjukkan ia atas ZatNya kerana tiada berdiri segala sifat itu dengan sendirinya ".

Maka nyatalah dengan firman Allah Ta'ala dan Hadis Rasulullah s.a.w. kata segala ulama' yang besar-besar itu bahawasanya Allah Ta'ala itulah menjadikan alam ini.

Maka wajiblah kita ketahui akan wajib lagi nyata Ujud Zat Allah Ta'ala itu dan wajib Zat itu ersifat Qidam, ertinya Sedia adanya; Baqa' ertinya Kekal adanya Zat Allah Ta'ala; dan Mukhalafah tuhulilhawadis ertinya Menyalahi ada Zat Allah Ta'ala itu bagi segala yang baharu ini; Wahdaniah ertinya Esa Zat Allah Ta'ala itu ertinya ‘Tiada menduai bagi ZatNya dan Tiada yang menduai SifatNya dan Tiada yang menduai bagi PerbuatanNya.

(Ketahui olehmu) hai segala orang yang belajar maka dengan kata kita serta ‘itiqadkan Nabi Muhammad itu Persuruh Allah wajib padanya siddiq, ertinya benar.

Terkandunglah Iman kita aka segala malaikat dan Iman kita akan segala Nabi dan Iman kita akan segala Rasul dan akan segala Kitab yang diturunkan Allah kepada setengah Rasul itu iaitu 104 Kitab dan Iman kita kepada Hari yang kemudian iaitu Hari Qiamat.

Maka terkandunglah sekelian yang tersebut itu semuanya pada kata kita: "MUHAMMAD RASULLAH", ertinya Muhammad itu Persuruh Allah Ta'ala, kerana Nabi Muhammad itu membenarkan ia akan sekelian itu.

Maka nyatalah yang terkandung pada kata kita: ‘Muhammad itu Persuruh Allah Ta'ala ‘.

Dan 18 Simpulan Iman kita dan ;

4 daripada yang wajib dan;

4 daripada yang mustahil lawan yang wajib itu menjadi ;

8 dan;

2 harus menjadi;

10 dan;

4 - Iman kita akan segala Malaikat dan segala Rasul dan akan segala Kitab dan akan segala Hari Qiamat, menjadi;

14 dan;

4 segala lawannya menjadi;

18 (Lapan Belas).

Maka 18 ini dengan 50 dahulu pada kata; " LA ILLAHA ILLALLAH ", itu menjadi 68 Simpulan Iman kita.

Maka terkandunglah pula sekelian itu pada kata ;

" LA ILLAHA ILLALLAH , MUHAMMAD RASULULLAH "

Ertinya: "Tiada Tuhan Melainkan Allah"," Nabi Muhammad itu Persuruh Allah "

Maka tatkala sudah kita ketahui dan faham kita akan sekelian itu maka sempurnalah, sahlah kita kata ;

"Asy-hadu al-La illa haillallah Wa-asy haduan-na Muhammaddar-Rasulullah"

Ertinya: "Aku ketahuilah akan bahawasanya Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar sembah, Melainkan Allah dan Aku ketahui akan bahawasanya Nabi Muhammad Rasulullah itu Persuruh Allah."

Dan jikalau belum kita ketahui maknanya sekeliannya itu adalah perkataan kita itu berdusta juga adanya belum lagi ada pada kita Ma'rifat, ertinya ‘ Mengenal ‘. Maksiat lagi taklid juga, ertinya mengikut-ikut kata orang jua. Seperti Sabda Nabi s.a.w :

Ertinya: " Apabila kamu ketahuilah terang seperti matahari nyatanya, maka naik saksilah kamu."

Yakni tiada lagi syak dan tiada zan dan tiada waham, semata-mata yakinlah kamu. Maka daripada Nabi diambil qias oleh segala Ahli Sufi r.a pada bicara Zikirullah itu hendaklah dilihat nyata cahayanya terang didalam hati seperti cahaya matahari atau cahya bulan atau seperti emas atau seperti perak yang baru tiada karatan lagi; yakni tiada syak dan tiada zan dan tiada waham ertinya tiada {kuras}dan sangka lagi didalam hati.

Nyata tersurat didalam hati itu yakni tetap teguhlah yakinnya dan pengenalannya akan imannya pada " La illaha illallah, Muhammad Rasulullah " itu yakni tasdiqnya akan dia didalam hatinya teguhlah dan tetaplah tiada berubah-ubah lagi kehendaknya itu. Telah diketahuilah serta fahamlah ia akan sekelian itu didalam hatinya.

Bukannya ada tersurat, yang tersuratnya didalam hatinya daging sekepal yang bernama jantung itu ada Kalimat Allah atau Muhammad didalam jantung ia seperti ambilan orang salah.

** WALLAHHU ALAM **



RUJUKAN : DARIPADA KITAB USUL TAHQIQ