Pengertian Wali | | Print | |
Pengertian Wali PENDAHULUAN TANDA-TANDA WALI Allah |
BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
Pengertian Wali | | Print | |
Pengertian Wali PENDAHULUAN TANDA-TANDA WALI Allah |
Pengertian Wali 2 | | Print | |
Pengertian Wali 2 Wali secara etimologi berarti dekat. Adapun secara terminologi menurut pengertian sebagian ulama ahlussunah, wali adalah orang yang beriman lagi bertakwa tetapi bukan nabi. Sebagian ulama lain berpendapat bahwa seluruh orang yang beriman lagi bertakwa adalah disebut wali Allah, dan wali Allah yang paling utama adalah para nabi, yang paling utama di antara para nabi adalah para rasul, yang paling utama di antara para rasul adalah Ulul ‘azmi, yang paling utama di antara Ulul ‘azmi adalah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka para wali Allah tersebut memiliki perbedaan dalam tingkat keimanan mereka, sebagaimana mereka memiliki tingkat yang berbeda pula dalam kedekatan Mereka dengan Allah. |
Penyakit Nafsu dan Penawarnya | | Print | |
Nilai-Nilai Murni/ Sifat-Sifat Mahmudah | | Print | |
Senarai Nilai-Nilai Murni/ Sifat-Sifat Mahmudah 1.0 HIKMAH Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai. 1.1 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli. 1.2 Celik akal Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan tepat. 1.3 Maarifah Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam. 1.4 Bercakap benar Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua. 1.5 Menegakkan kebenaran Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan hikmah. 1.6 Kesyukuran Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi. 1.7 Takutkan Allah S.W.T. Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya. 1.8 Kerajinan Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan. 1.9 Prihatin Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan sedia berusaha menyelesaikannya. 1.10 Berketerampilan Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta. 2.0 ‘ADAALAH Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah Islamiah. 2.1 Kasih sayang Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam. 2.2 Silaturrahim Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab, musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan. 2.3 Berterima kasih Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas sesuatu sumbangan dan jasa. 2.4 Baik pertimbangan Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan. 2.5 Toleransi Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisehan dan pertelingkahan. 2.6 Saling bermaafan Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan. 2.7 Bermarwah Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian dan pergaulan. 2.8 Ibadah Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan menjauhi laranganNya. 2.9 Sensitif kepada kezaliman Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi. 2.10 Kejujuran Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. 2.11 Kerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga, komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar. 2.12 Semangat bermasyarakat Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat. 2.13 Bermuafakat Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik. 3.0 IFFAH Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak. 3.1 Malu Perasaan ‘aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah. 3.2 Kesopanan Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan. 3.3 Sabah Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya. 3.4 Baik hati Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka secara tulus ikhlas dan ihsan. 3.5 Murah hati Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral. 3.6 Kebebasan Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara. 3.7 Qana'ah Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha, dan tidak mudah berputus asa. 3.8 Berdisplin Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada. 3.9 Daya usaha Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T. 3.10 Sejahtera Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan mengawal hawa nafsu. 3.11 Wara' Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan kerja-kerja yang baik. 3.12 Wasatiyah Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai masyarakat. 3.13 Kebersihan Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan hidup. a. Kebersihan diri Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T. b. Kebersihan persekitaran Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. c. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain. d. Kebersihan rohani Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaannkarut dan khurafat terhadap Allah S.W.T. 3.14 Menghargai masa Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu tugasan. a. Menepati waktu Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan. b. Bijak mengurus masa Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan cepat dan tepat. 3.15 Dedikasi Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. 4.0 SYAJAAH Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa. 4.1 Berjiwa besar Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi risiko dan bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin. 4.2 Yakin diri Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli dan aqli. 4.3 Hemah tinggi Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan. 4.4 Tetap pendirian Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. 4.5 Istiqamah Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik. 4.6 Berani mencuba Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak. 4.7 Tahan lasak Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada yang latihan yang intensif dan sistematik. 4.8 Berdikari Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama. a. Berupaya bertindak sendiri Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain. b. Yakin kepada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak. c. Nasihat menasihati Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar. 4.9 Berani berjihad Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancaman musuh dan godaan syaitan. |
Ilmu Rohani | | Print | |
Ilmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh. Perkataan rohaniah itu berasal dari perkataan ‘ruhun’. Apakah yang dikatakan roh itu? Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama saya mengembara ke alam rohani ini, dengan izin Allah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga turut juga dapat memahaminya melalui pengembaraan kerohanian ini. Untuk itu mari kita kenali apa itu roh. Roh terbahagia kepada dua iaitu:
RUHUL HAYAHRuhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, batang kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat (benda mati) seperti batu, kayu dan sebagainya. RUHUL TAMYIZRuhul tamyiz (ruhul amri) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak ada pada binatang tetapi hanya ada pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk mendirikan syariat. Mereka memikul beban untuk mendirikan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang memungkinkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan mendirikan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT. Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhul tamyiz ini. Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan: Maksudnya: “Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah berfirman kepada akal: ‘Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala’.” (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad) Inilah yang membedakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak. Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas baik ke Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini. Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah saja. Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikat dan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin, jin akan mati. Kalau ia keluar dari hewan, hewan itu juga akan mati. Kerana ruhul hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup. Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang halus-halus (alam mawaraa-ul maddah ) iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah. Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan. Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajelis dengannya. Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan mil darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati. Perlu dijelaskan lagi: 1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran: Maksudnya: (Malaikat itu) tidak pernah menderhakaiAllah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim: 6 ) 2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. 3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Artinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia. |
Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady | | Print | |
بسم الله الرحمن الرحيم نحمده ونصلى على رسوله الكريم MARTABAT TUJUH OLEH: MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY Nota ini, insya' Allah, akan membicarakan dengan ringkas, setakat memadai, tajuk ‘Martabat Tujuh" sebagaimana yang terkenal dalam teks-teks Melayu-Jawi, dan dalam kalangan ahli persuratan dan ulama di Dunia Melayu, dan mengaitkannya pula dengan unsur-unsur yang ada dalam setengah penulisan tasauf yang ada dalam kalangan Ahlis-Sunnah wa'l-Jama'ah, dengen menyebut ciri-ciri dan dasar-dasarnya. Kemudian akan dibicarakan kedudukannya dalam konteks fahaman ilmu atau epistemologi Ahlis-Sunnah, adakah ia mempunyai ‘tempat' yang memang sesuai baginya, yang perlu dibicarakan oleh mereka yang tertentu yang mempunyai persiapan-persiapan tertentu, ataupun, sebaliknya, ia sesuatu yang perlu dilupakan dan ditiadakan dalam wanaca keagamaan Dunia Melayu yang berpegang kepada Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah semenjak dahulu sehingga sekarang, walaupun ada usaha untuk ‘menyemak'nya oleh setengah kalangan. Dahulunya tajuk ini dibicarakan oleh kalangan mereka yang dikirakan ‘ahli' sebenarnya; tetapi sekarang isu ini sudah ‘keluar' daripada ‘tempat'nya, dan dibicarakan oleh 'semua' pihak. Oleh itu timbullah keperluan untuk membicarakannya.Penulis ini yang tidak memandang dirinya ahli dalam bidang ini, tetapi yang bergantung kepada para ulama yang muktabar dan hasil-hasil para penyelidik bidangnya, mengharapkan perbincangan ini berlaku dalam keadaan ‘fikiran yang dingin' dan sejahtera, demi untuk mencapai sesuatu yang jernih dan menyelamatkan, tanpa melanggar adab-adab yang dikehendaki terhadap ilmu dan para ulama, Allah memberi rahmat kepada mereka.Amin. "Input-input" yang berguna amat dialu-alukan untuk menyempurnakan perbincangan bersama. Tasauf Di Dunia Melayu Imam al-Ghazali rd dalam kitab Ihya' ‘Ulumi'd-Din yang terkenal itu membahagikan tasauf kepada dua bahagian, iaitu tasawwuf mu'amalah dan tasauf mukasyafah. (1) Yang mu'amalah ialah berkenaan dengan isu-isu seperti bersuci, beribadat, sifat-sifat yang buruk yang perlu dihilangkan daripada diri dan sifat-sifat yang baik yang perlu dijadikan perhiasan diri. Demikian pula di dalamnya termasuk soal-soal kehidupan seperti nikah-kahwin, usaha mencari rezeki yang halal, kehidupan berjiran, dan persoalan-persoalan yang sedemikian. Perkara-perkara yang dimasukkan ke dalam bidang ‘mukasyafah' ialah perkara-perkara yang menyentuh hakikat-hakikat tentang roh dan jiwa, hakikat ketuhanan, hubungan Tuhan dengan alam, hal-ahal alam yang kekal abadi yang selain daripada fardu ‘ain dalam pembicaraan.Maka boleh dikatakan bahawa pembicaraan tentang ‘Martabat Tujuh' ini adalah termasuk ke dalam bahagian atau bidang yang disebut ‘mukasyafah' itul, Dalam hubungan dengan perkembangan Islam di Dunia Melayu, nampaknya dalam beberapa abad awal perkembangan itu situasinya berkebetulan dengan masa perkembangan tasawuf dan tarikat-tarikat dalam erti yang biasa dimengerti. Ini adalah selain daripada hakikat bagaimana amalan-amalan rohaniah itu memang sudah ada pada zaman awal lagi, dan berkembang dengan baiknya, sebagaimana yang disebutkan oleh ibn Khaldun dalam al-Muqaddimahnya dan juga oleh ulama sufi dalam teks-teks mereka yang terkenal seperti Risalah al-Qushairiyyah dan Kashf al-Mahjub antara yang sekian banyaknya itu. Imam al-Ghazali rd menulis kitab berkenaan dengan tasawwuf yang menyentuh soal-soal akhlak dan pembentukan rohani secara ‘moderat' mengikut setengah pihak, bagaimanapun ia menulis pula teks-teks seperti Mishkat al-Anwar misalnya, dan Tahafut al-Falasifah serta juga al-Maqsad al-Asna yang menghuraikan makna-makna yang sangat dalam tentang Nama-Nama tuhan.Beliau meninggal dalam tahun 1111 , dan ibn ‘Arabi rd yang banyak mempengaruhi para sufi kemudian, dengan al-Futuhat al-Makkiyyahnya dan Fusus al-Hikamnya meninggal tahun 1240; manakala Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani rd meninggal dalam 1166, dan Shaikh Abul-Hasan al-Shadhili rd meninggal dalam tahun 1258. Dan Islam yang berkembang di Dunia Melayu nampaknya banyak menunjukkan pengaruh tasauf dan amalannya. Dengan itu nampaknya tasauf merupakan sesuatu unsur yang sangat penting dalam perkembangan Islam di rantau ini. (2) Nampaknya sebutan tentang "Martabat Tujuh" ini dikaitkan dengan nama Hamzah Fansuri dan muridnya Syamsuddin al-Sumatrani atau Syamduddin Pasai, serta juga ‘Abdur-Rauf Singkel yang hidup yang bergiat di Acheh dalam abad ke 16 dan ke 17. (3) Hamzah Fansuri mengeluarkan fahamannya dan pengalamannya melalui tulisan prosa dan puisi, dan ia muncul sebagai ahli puisi sufi yang teragung di rantau ini. Dalam karangan-karangannya ia mengeluarkan kata-kata yang menyatakan tentang ‘keesaan yang wujud' ('wahdiatul-wujud') yang terkait dengan nama ibn ‘Arabi rd yang terkenal itu. Nampaknya ia mengamalkan tarikat Qadiriyyah dan mungkin juga ia ‘khalifah' tarikat yang berkenaan. Pengarang yang terkenal seorang lagi di Acheh ialah Shamsuddin Pasai (men.1630) yang mengarang dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu; beliau tidak muncul sebagai penggubah puisi tetapi tulisannya lebih sistematik, dan memberi huraian tentang ajaran metafisika yang sama dengan gurunya tentang ‘keesaan yang wujud'. Pada van Bruinessen nampaknya beliau pengarang yang pertama dalam Dunia Melayu memberi huraian berkenaan dengan martabat tujuh ini , yang merupakan adaptasi daripada teori ibn ‘Arabi tentang emanasi atau ‘faid' dari Tuhan yang popular di rantau ini. (4) Dalam hubungan dengan ini mungkin beliau mengikuti contoh pengarang Gujerat Muhammad b.Fadl Allah al-Burhanpuri yang menghuraikan doktrin yang sama dalam Tuhfah al-Mursalah ila Ruh al-Nabi , yang siap digubahnya pada 1590, dan kemudian menjadi popular di kalangan Muslimin Dunia melayu. (5) Mungkin beliau mengenali kitab ini di Acheh, atau di Makkah, atau di India. Burhanpuri beramal dengan tarikat Shattariyyah, dan selepas meninggal Shamsul-Din tarikat itu menjadi popular dari kalangan mereka yang pulang daripada menunaikan haji. Mungkin boleh ditambah beberapa maklumat berkenaan dengan teks-teks karangan Syams al-Din Pasai ini.Antaranya ialah: Jawhar al-Haqa'iq (30 halaman dalam Bahasa Arab), karyanya yang paling lengkap, disunting oleh Van Nieuwenhuijze, yang membicarakan martabat tujuh dan jalan mendampingi diri sengan Tuhan; kitab Risalah Tubayyin Mulahazat al-Muwahhidin wa al-Mulhidin fi Dhikr Allah (berbahasa Arab), lapan halaman, diolah oleh Van Nieuwenhuijze, mengandungi huraian tentang perbezaan antara kaum yang berpegang kepada tauhid yang benar dan kaum yang mulhid; kitab Mir'at al-Mu'min (70 halaman) dalam Bahasa Melayu, menjelaskan keimanan kepada Allah, RasulNya, kitab-kitabNya, para malaikatNya, akhirat, qada'Nya, dalam akidah Ahlis-Sunnah wa al-Jama'ah (mengikut Imam Asy'ari dan Maturidi rd). Kitab Sharah Ruba'I Hamzah Fansuri, 24 halaman berbahasa Melayu, menjelaskan pengertian wihdatul-wujud. Kitab Syarah Sya'ir Ikan Tongkol (20 halaman, dalam Bahasa Melayu),ulasan 48 baris syair Hamzah Fansuri yang mengupas nur Muhammad dan cara mencapai fana' fi'Llah. Kitab Nur al-Daqa'iq (dalam 9 halaman, berbahasa Melayu, ditranskripsi oleh A.H. Johns (1953) huraian tentang rahsia ma'rifat , dalam martabat tujuh. Kitab Tariq al-Salikin (18 halaman, berbahasa Melayu), menjelaskan istilah-istilah seperti wujud, ‘adam, haqq, batil, wajib, mumkin, mumtani', dan yang sepertinya. Kitab Mir'at al-Iman atau Bahr al-Nur,12 halaman, berbahasa Melayu, membicarakan ma'rifah, roh, dan martabat tujuh.Kitab al-Harakah , 4 halaman, ada yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Melayu, membicarakan ma'rifah atau martabat tujuh. (6) Kemudian ulama yang terkenal yang menentang Shamsu'l-Din Pasai dan Hamzah Fansuri ialah Nuru'l-Din al-Raniri rh, dan mungkin akibat penentangannya yang teruk, ia terpaksa meninggalkan bumi Acheh. Shaikh Nurul-Din menuduh ajaran Hamzah Fansuri sebagai ‘panteisme' dan membandingkannya dengan falsafah Vedanta Hindu dan ajaran Buddha Mahayana di Tibet. (7) Seorang ulama basar Acheh ialah ‘Abdul-Ra'uf Singkel rh (1615?-93) .Beliau berada di Mekah dan Madinah selama 19 tahun kemudian kembali ke Dunia Melayu.Nampaknya para penduduk rantau ini sangat ramai menunaikan haji berbanding dengan para penduduk rantau lain walaupun jarak mereka dengan Mekah adalah jauh. Dan dengan adanya masyarakat mereka di sana yang kuat perpaduannya, maka pengaruh ulama Mekah besar di rantau ini. Antara ulama di sana yang berpengaruh di rantaum ini ialah Ahmad al-Qushashi rh, Ibrahim al-Kurani rh, dan anak Ibrahim bernama Muhammad Tahir yang berada di Madinah. Pada pendapat van Bruinessen (8) Qushashi (men.1660) dan Kurani (men.1691) merupakan sintesis tradisi India dan Mesir yang berupa warisan kesarjanaan fikh dan tasawwuf Zakaria al-Ansari rh dan ‘Abd al-Wahhab al-Sha'rani rh di satu pihak dan perlibatan dengan pengambilan bai'ah dalam tarikat-tarikat dari India terutamanya Shattariyyah dan Naqswhabandiah di satu pihak lainnya. Katanya tarikat-tarikat ini diperkenalkan oleh Shaikh Sibghatullah yang menetap di Madinah dalam tahun 1605.Kurani pula , yang ia adalah seorang bangsa Kurdi, mempunyai kemahiran dalam sastera berbahasa Parsi dari India, dan selain daripada kepakarannya dalam hadith beliau mempunyai minat yang mendalam tentang metafisika. Dalam menghadapi kontroversi-kontroversi, maka ulama India berpaling kepadanya untuk mendapat bimbingan. Demikian pula orang-orang Dunia Melayu. Kerana permintaan mereka maka ditulisnya syarah terhadap kitab Tuhfah al-Mursalah mengikut cara fahaman Ahlis-Sunnah wa al-jamaah. (9) Beberapa generasi lamanya orang-orang Dunia Melayu mempelajari ilmu agama di Semenanjung Arab dengan ulama yang datang selepas daripada Kurani, dan mereka menuntut bai'ah dalam tarikat Shattariyyah, kadang-kadang dengan kombinasi tarikat-tarikat lainnya. Maka melalui tarikat Syattariyyahlah idea-idea metafisika sufi dan pembahagian-pembahagian atau klasifikasi berdasarkan ajaran martabat tujuh menjadi sebahagian daripada kepercayaan Orangt-Orang Jawa yang popular. Hampir-hampir seabad kemudian Orang-Orang Dunia Melayu di negeri Arab sangat tertarik kepada Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Samman rh (men.1775) di Madinah, yang sangat dipercayai mempunyai keberkatan yang sangat besar, bertugas sebagai penjaga makam Nabi salla'llahu ‘alaihi wa sallam dan mengarang beberapa buah kitab tentang metafisika sufi; beliau berpengaruh kerana ia pengasas tarikat Sammaniyyah; banyak kisah-kisah ‘manakib' yang menunjukkan kekeramatannya, yang tersebar di Dunia Melayu. Murid Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Samman yang terkenal sekali di Dunia Melayu ialah Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani rh yang menulis beberapa buah kitab, antara yang terkenalnya ialah Siyar al-Salikin ‘ila ‘ibadati Rabbil-'Alamin yang berdasarkan kepada isi kandungan Ihya' Imam al-Ghazali rd. Selepas meninggalnya Syaikh Samman rh ia digantikan oleh khalifahnya Siddiq bin ‘Umar Khan. Maka tersebarlah tarikat itu dengan meluasnya. Kitab-kitab yang ada mempunyai huraian-huraian tentang metafisika ini disebutkan oleh Syaikh ‘Abd al-Samad palembang rh dalam teksnya Sayr al-Salikin dalam jilid 3.Antaranya ialah teks-teks karangan ibn ‘Arabi rd seperti Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikamnya yang disebutkannya sebagai teks untuk orangt-orang muntahi atau yang berada pada tahap penghabisan dalam perjalanan rohani. Al-Manhalu's-Safi[ fi Bayani Rumuzi Ahli's-sufi]: Antara teks-teks tentang metafisika sufi yang boleh disebutkan secara tepat sebagai beraliran ‘martabat tujuh' ialah Kitab al-Manhali's-Safi yang kuat dikatakan ia karangan Syaikh Daud al-Fatani rh.Antara ulama yang mengajar kitab itu kepada mereka yang dikirakan sesuai untuk mendengarnya ialah alm haji ‘Abd al-Rahman di Wakaf Baru, Kelantan. Saya sendiri pernah beberapa kali bercakap dengannya.Allahumma yarhamuh. Beliau mengajar kitab Hikam [yang dinisbahkan kepada To' Pulau Manis] dan juga al-Manhalus-Safi dan beliau menerangkannya mengikut apa yang diterimanya daripada To' Syafi' Kedah rh.Oleh kerana teks ini masih senang didapati sekarang dan ada tersesbar dalam masyarakat maka saya gunakan teks ini untuk perbincangan ini. Yang menarik laginya ialah teks ini ada nota-nota pada tepi beberapa halaman yang menunjukkan bahawa ia telah dijadikan teks untuk pengajian. Isi kandungan maklumat tentang martabat tujuh dalam teks ini ialah seperti berikut (berdasarkan kepada MS yang ada pada saya, kerana yang tercetaknya tidak ada pada aya sekarang).Dalam naskah yang ada pada ayahanda Syaikh Ahmad al-Fatani sebagaimana yang diberitahu oleh rakan kita Wan Mohd Shaghir Abdullah, melalui saudara Zaidi Mohd Hasan, Allah membalas kebaikan kepada mereka, amin, karangan itu ialah memang karangan Syaikh Daud al-Fatani rh.MS yang ada pada saya ini bertarikh 1302 H. tertulis oleh Syihab al-Din bin Ismail syin ya (?), di tulis namanya dengan huruf berasing-asingan tidak disambungnya, di Makkah al-Mukarramah.Ia terdiri daripada 15 folio. Pada folio 1 katakanlah 1B selepas mukadimah dengan basmalah, hamdalah, dan salawat, katanya..."bahawasanya adalah bagi segala kaum penghulu ahli al-saufi itu beberapa istilah mereka itu yang tiada mengetahui akan dia melainkan ahlinya.Maka tiada harus [bagi] yan g bukan ahlinya itu mentelaahkan segala kitab mereka itu kerana yang tiada mengetahui akan kehendaknya diambilnya atas zahir perkataan mereka itu maka membawa' kepada kufur; sebab itulah diharamkan metala'ah segala kitab mereka itu [mereka] yang bukan ahlinya, seperti kata Syaikh Muhyi'l-Din ibn al-'Arabi radiya'Llahu ‘anhu, nahnu qaumun tahrim mutala'ati kutubina ...ertinya bahawasanya adalah kami sduatu kaum yang haram mentala'ahkan segala kitab kami' yakni apabila tiada tahu akan segala istilah mereka itu. Katanya: Maka sayugianya jangan kita memudah-mudahkan segala perkataan mereka itu dengan ilham Tuhan mereka itu.Maka kebanyakan segala kitab mereka itu dengan mutasyabihat tiada dapat bagi segala orang yang ahli al-zahir mengambil dengan zahir katanya [yang pada zahirnya itu] menyalahi syariat dan hakikatnya sekali-kali tiada menyalahi batin syariat ; maka wajib atas murid apabila yang tiada tahu akan kehendak mereka itu ia menyerahkan segala perkataan mereka itu kepadanya, jangan ia meng(ing)karkandia dan jangan menyalahkan dia sepertim kata Syaikh Abul-Hasan al-Syadhili (rd); Maka bermula orangn yang membenarkan pada ilmu kami ini wali kecil Katanya Maka setengah daripada istilah mereka itu ‘huruf aliyat' yang lagi akan datang kenyataannya dua bait syair karangan Syaikh Muhyi al-Din ibn al-'Arabi, dan demikian lagi seperti kata tilmidh (atau murid)nya dan khalifahnya Sadr al-Din [al-Qonyawi] Buni, ‘wa ra'al-haqq mir'ah' yura' yang lagi akan datang kenyataannya beberapa banyak.Maka apabila engkau ketahui akan perkataan segala ahli saufi dengan isyarat jua, maka ta' dapat tiada daripada kita ketahui akian isyaratnya.Maka sekaranglah hamba nyatakan: Ketahui olehmu bahawasanya adalah bagi Hak Subhanahu wa Ta'ala itu beberapa martabat [pada sisi pandangan rohaniah dalam kesedaran para 'arifin, bukan pada falsafah yang ditanggapi dengan lamunan otak atau minda-ujem] pertama Ahadiah, maka (1B) Ahadiah Iaitu martabah ‘la ta'ayyun', iaitu ‘kunhi zat' [iaitu semata-mata Zat Allah ta'ala tiada lainnya], kedua ‘wahdah' [di]namakan dia ‘ta'ayyun awwal' yaitu ibarat daripada ta'luk IlmuNya akan ZatNya dan akan sifatNya dan akan segala yang maujudat atas jalan ijmal, maka dinama akan dia Hakikah al-Muhammadiyyah [bukan nabi Muhammad s.a.w. yang di Mekah dan Medinah secara zahir itu], ; ketiga wahidiyyah dinama akan dia ‘ta'ayyun thani', yaitu ibarat daripada ta'aluk ilmuNya akan ZatNya dan segala SifatNya dan segala maujudat atas jalan tafsil [terperinci satu demi satu, tetapi masih dalam Ilmu Allah yang Kadim dan azali], dan dinamakan dia hakikat insaniah [tidak bersangkut dengan manusia itu lagi, sebab ini beluam ada apa-apa].Maka ketiga[-tiga] martabat ini [martabat Ahadiah, Wahdah dan Wahidiyyah] itu kadim lagi dinamakan martabat keTuhanan. Katanya: Dan adalah [ia, yang dikatakan martabat keTuhanan, belum ada apa-apa yang lain itu] diu[m]pamakan ‘ilman martabat Ahadiyah seperti kertas yang lapang, yang tiada di dalamnya suatu kaid jua [tak ada kaitan dengan apa-apa], demikian rupanya O .Sebab inilah dinamakan ‘martabat itlak' yakni lepas daripada ada sesuatu dan ‘la ta'ayyun'.[Dikatakan demikian] dengan sebab tiada ada nyata sesuatu juapun . Wahdah Katanya: Dan mithal pula akan martabat wahdah itu u[m]pama noktah di dalam da'irah [atau bulatan] yakni titik yang satu demikian rupanya . , maka noktah itu asal bagi segala huruf, yakni menerima lagi mengandung segala huruf yang hendak disuratkan, tetapi ijmal di dalamnya yakni berhimpun di dalamnya tiada ada kenyataan huruf, Wahidiyyah Dan mithal pula akan martabat wahidiyyah itu u[m]pama ‘alif' asatu huruf yang lain yang nyata dalam dairah [atau bulatan] demikian rupanya O [maka dibuat rajah bulatan ditengah-tengahnya ada alif], maka alif itu kesempurnaan noktah yang ijmal lagi ta'ayyun yang nyata sekira-kira tiada menerima paling lagi, sebab itulah dinamakan ta';ayyun thani', kerana noktah itu ta'ayyun awal, dan alif itu ta'ayyun thani , demikianlah mithal bila tashbih, walillahi'l-mathalul-a'la [ayat Qur'an surah al-Nahl ayat 60]. Katanya; Dan demikian lagi [di]mithalkan pula oleh setengah ulama akan ketiga martabat itu supaya me[ng]hampirkan [kepada] faham kita , maka martabat ahadiyah itu seu[m]pama zihin [atau fikiran atau minda] kita tatkala sunyi ia daripada musta'kalkan sesuatu yakni merupakan suatu [dalam fikiran itu minda itu], maka dikatakan ‘la ta'ayyun'.Maka apabila memulai engkau pada musta'kal kan sesuatu maka dinamakan ta'yyun awal' dan apabila [di]lanjutkan (folio 2A) ta'akul itu, lagi berkekalan pula ia dinamakan ta'ayyun thani ; maka adalah dua martabat ini [dalam syuhud orang yang 'arif dalam pandangannya yang tinggi itu] yaitu wahdah dan wahidiyyah ibarat daripada dairah [atau lingkungan] ilmunya yang kadim; maka dari kerana inilah [maka] dinamakan dia ‘a'yan thabitah' ['ain-'ain yang tetap dalam ilmu Allah yang kadim dan azali belum tercipta lagi]; maka ertinya ‘a'yan thabitah' itu barang yang sabit di dalam ta'aluk ma'lum ilmuNya Allah ta'ala pada azalnya, tiada ada di sana itu melainkan ZatNya [semata-mata] dan segala SifatNya yang kadim jua. A'yan Thabitah Tentang a'yan thabitah itu katanya: Maka a'yan thabitah itu [ialah] barang yang tiada mencium bau wujud, yakni belum lagi keluar daripada kalimah ‘kun', maka apabila dikehendaki akan wujudnya, maka dikhitabkan kepada a'yan thabitah dengan [seolah-olahnya-uem] dijadikan kuat pendengaran daripadanya dan dilafaz ‘kun' maka jadilah seumpama yang a'yan thabitah itu dengan Kodrat Allah subahanahu wa ta'ala , maka dinamakan dia kemudian daripada wujud khitab itu a'yan kharijiyyah; maka adalah ia muhdath [baharu], yang baharu, kerana athar [atau bekas, kesan] Kodrat yang kadim.Maka jangan engkau sangkakan a'yan kharijiyyah yaitu daripada a'yan thabitah, kerana a'yan thabitah itu tiada mencium bau wujud sekali-kali lagi kadim, betapa ia menerima keluar , maka betapa jadi hadath [atau hadith, baharu], , maka hanyasanya yang a'yan kharijiyyah itu ‘bayan' bagi a'yan thabitah. Dan adapun a'yan thabitah itu ka'in,[ada], yakni tetap ada iaitu, sabit, berkekalan seperti adaNya jua, kerana ma'lim ilmuNya itu tiada bercerai daripada ZatNya, seperti tiada bercerai segala sifatNya yang kadim.Demikian difahamkan perkataan ini. A'yan Kharijiyyah Tentang a'yan kharijiyyah, katanya: Dan adalah a'yan kharijiyyah itu martabat ‘ubudiyyah, yakni kehambaan, dan adalah martabat ta'ayyun awwal dan ta'ayyun thani makam anbia' dan aktab [para wali kutub], yang dapat mawarinya (?) daripada mereka itu daripada kadarNya dan pada dapat ia pandangkan wahdah di dalam kathrah [pandang yang satu dalam yang banyak dalam pendangan kerohanian] ialah makam [atau darjah kerohanian] orang yang taraqqi [orang yang mendaki] yakni memandang Allah ta'ala di dalamk tiap-tiap sesuatu [bukannya secara erti hulul, seperti Tuhan 'meresap' ke dalam sesuatu, sebab Tuhan bukan benda], seperti kata ahli'Llah, ‘ma ra'aitu shai'an illla wa ra'aitu'Llaha fihi': ertinya tiada aku pandangkan sesuatu merlainkan ku pandang Allah padanya'.Maka tiada menegahkan banyaknya itu [iaitu banyaknya dan pelbagainya makhluk itu] akan memandang keesaan Allah t'ala (folio 2B) Dan dapat pula memandangkan ‘kathrah' di dalam wahdah, yaitu makam orang yang tanazzul, yaitu memandang yang banyak yang ia segala [yang] baharu ini di dalam wahdah , yakni Tuhan yang esa.Maka tiadalah menegahkan bagi segala yang ‘arif yang kamil mukammil [yang sempurna segi rohani dirinya dan boleh menyempurnakan orang] itu daripada menilik keduanya kerana kathrah itu tidak dapat tiada daripada wahdahnya, kerana tiada dapat istiqlal [yakni menjadi merdeka tersendiri] sendirinya sekali-kali, kerana keadaan wahdah itu mempunmyai sifat dan asma' dan af'al yang memnyabitkan athar Kodrat dan Iradah yang menyabitkan kathrah yaitu wujud segala alam. Selepas itu, katanya tentang kata-kata ibn ‘Arabi: Maka apabila engkau faham daripada perkataan ini, engkau ketahui pula akan kata-kata Imam al-'Arifin Saidi Muhyil-Din ibn al-'Arabi di dalam kitab Manazil al-Insaniyyah,demikian bunyinya: [dalam] syair: ‘kunna hurufan ‘aliyat ...(tak terang) ...ertinya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi [sebagai ilmu Tuhan yang kadim dan azali sebelum dicipta olehNya ala mini], belum lagi dijadikan akan kita dengan firmanNya ‘kun', dan adalah kita muta'allaq [bergantung bersambung-sambung antara satu dengan lain tidak bercerai-cerai] dengan segala kita, yakni adalah segala makhluk itu adalah ia di dalam inkishaf Ilmu Tuhan kita [yakni kita berada dalam nyata Ilmu Tuhan kita], masing-masing, dan bercerai-cerai mahiyyahnya, dan itu adalah dalam kepala-kepala segala bukit, yakni kemuncak aku-engkau di dalamnya, dan kami dan engkau, dan engkau dan ia, dan sekelian pada ‘huwa' itu Ia jua. Lepas itu katanya; Maka tanyai olehmu orang yang wasil [yang mencapai ma'rifat dan mengenal Tuhan sebenarnya], yakni orang yang sampai, maka dikehendaki oleh syaikh dengan katanya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi belum lagi dijadikan akan kita ini, yakni telah adalah kita pada azal beberapa haqa'iq ghaibiyyah [hakikat-hakikat yang ghaib] yang thabit sekelian kita di dalam ilmu hak ta'ala belum lagi kita dijadikan... kerana adalah bagi tiap-tiap yang maujud (folio 3A)... Itu ada dengan ‘mahiyyah' kejadiannya, dan adapun halnya dan martabatnya dan hukumnya dan adalah sekelian itu lagi di dalam ma'lum ilmu [Tuhan] yang kadim, dan dikehendaki dengan katanya ‘dan adalah yang demikian itu di dalam kepala-kepala segala bukit', yakni di dalam ta'ayyun awal, yang dinamakan dia martabat wahdah yang ijmal yang terdahulu sebutnya, Katanya lagi: Dan yang dikehendaki dengan katanya ‘aku engkau di dalamnya dan kami engkau dan engkau ia' itu, yakni daripada pihak ijmalnya belum lagi tafsil, tiada berbeza setengah daripada setenganya.Martabat itu tetapi aku itu aku jua dan engkau itu engkau jua dan ia ia jua, misalkan yang demikian itu dengan tiada tashbih, seperti air digugurkan ke dalam laut, maka tatkala itu adalah kita dapat membezakan dia daripada air laut maka kita kata air itu laut, dan laut itu air, tetapi yang laut itu laut juga dan air itu air jua, tiada dapat bertukar kerana adalah segala hakikat itu tiada dapat bertukar-tukar Katanya lagi: Dan taktkala nyatalah kita ingat akan air yang setitik itu sebab hairan kita daripada memandang laut maka tatkala itu dapat kita kata sekelian itu laut [dan janganlah pula terfikir dengan misalan ini bahawa Allah itu bersambung zatNya dengan zat kita, Allah adalah Allah, Tuhan kita, kita adalah makhluk ciptaanNya. Katanya; Dan dikehendaki dengan katanya:' dan sekeliannya pada ‘huwa' itu ia jua yakni adalah sekelian pada martabat ahadiah daripada pihak tamsi [yakni terhapus dalam penyaksian batin serwaktu dalam pengelaman rohani yang berkenaan] yakni hapus di dalamnya ia jua, kerana nyata tiada menerima di sana lain daripada nama ‘huwa' dan ia nama hadrat ‘la shay' ma'ahu [tiada sesuatu denganNya, merujuk kepada hadith yang bermaksud, telah adalah Allah walhal tiada ada sesuatu berserta denganNya], dan segala hadrat yang dibawahNya [di bawah dari segi darjat hakikinya, 'ontologinya'] di namakan hadrat ‘wa huwa ma'akum ainama kuntum' [Ia bersama dengan kamu di mana kamu berada], dan dikehendaki dengan katanya ‘maka tanya olehmu akan orang yang wasil |