RedzWANG

BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر

24 December 2019

Apa maksud ilmu Fiqh?


Apa maksud ilmu Fiqh?

Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.

Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; “Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat ‘amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci”.

Huraian;

1. Para ulamak membahagikan hukum-hakamSyarak kepada tiga iaitu;
a) Hukum-hakam I’tiqad
b) Hukum-hakam ‘Amali
c) Hukum-hakam akhlak.
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu Fiqh tidak menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh tentang akhlak.

2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.

Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh?

Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.

Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’.

Apa maksud hukum Syarak?

Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syara’ atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syara’? Hukum Syara’ ialah “Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya”. Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara’ iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma’, Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid.

Berapakah pembahagian hukum Syarak?

Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;

Pertama; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan

Kedua; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan

Ketiga; Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya ataumeninggalkannya)

Kemudian, bahagian pertama dan kedua terbahagi pula kepada dua jenis;

Pertama; Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti.

Kedua; Yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan mesti atau wajib.

Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan sunat. Bagi bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan), jika jenis tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan haram. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan makruh.

Kesimpulan

Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis;

1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.

2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.

4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.

5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.

Tidak ada perbuatan mukallaf dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya melainkan tertakluk dengan salah satudari hukum lima di atas.

Apa makna mukallaf? Siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf?

Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan oleh agama sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Syarat-syarat mukallaf ialah:
1. Telah sampai umur (yakni baligh)
2. Memiliki akal yang waras
3. Sampai dakwah kepadanya
4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.

Siapakah orang-orang yang terkeluar dari kelompok mukallaf?

Dari takrif dan syarat-syarat mukallaf tadi, terkeluar dari kelompok mukallaf:
1. Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan selamat (dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir.
2. Orang gila atau tidak siuman
3. Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari Rasul yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau hidup di zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari siksaan Allah kerana tidak sampai dakwah kepada mereka.
(Rujuk: Hasyiyah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharati-Tauhid, hlm. 67-68).

Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh?

Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar;

1. Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.

2. Mu’amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;

a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya.

b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya.

c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara.

d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya.

e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.

f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.

g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.

h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya.

Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?

Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;

1. Al-Quran
2. As-Sunnah

Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari;

1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. ‘Uruf
7. Syari’at terdahulu

Related posts

Posted by RedzWANG at Tuesday, December 24, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

APAKAH ITU BID'AH


KEUNGGULAN ISLAM
APAKAH ITU BID'AH?
Home
AL-QURAN for Reading | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK


Assalamu'alaikum

Rasulullah saw ketika berkhutbah pernah bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh An-Nasaai:

".....Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.
Perkataan Bid'ah merupakan suatu istilah sensitif dikalangan orang-orang Islam khususnya di Malaysia. Dalam istilah Inggeris ia di panggil 'Innovation' atau jika diMelayukan menjadi inovasi. Dengan kata lain ia membawa maksud - inovasi, rekaan atau ciptaan baru. Menurut Sheikh Ali Mahfudz didalam kitabnya Al Ibda' fi Madharil Ibtida'[1] berkata bahawa bid'ah boleh dilihat dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa ia bermakna:

"Segala sesuatu yang diciptakan dengan tidak didahului contoh-contoh"
Manakala dari segi istilah pula ia bermaksud :

"Bid'ah ialah suatu ibarat yang berkisar pada masalah-masalah agama. Dilakukannya menyerupai syariat dengan cara yang berlebihan dalam mengabdikan kepada Allah swt."
Keterangan diatas amat terang dan jelas menceritakan bid'ah secara ringkasnya. Sepertimana yg dinyatakan didalam hadis diatas tadi dimana 'seburuk-buruk kejahatan ialah mereka-reka' (
 ) telah membangkit beberapa perkumpulan ulama' mencari skop dan had-had istilah 'mereka-reka' itu sendiri. Didalam mendefinasikan ruang lingkup bid'ah atau rekaan-rekaan didalam agama Islam telah mengakibatkan tercetusnya pelbagai-bagai pegangan, baik yg menolak 'semua bid'ah dan mengatakan semuanya sesat' atau kumpulan-kumpulan yg membuat pembahagian terhadap bid'ah (kelasifikasi bid'ah) itu sendiri, malah ada juga yg mengamalkan sesuatu bid'ah tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil yg kuat.

Bila di sebut sahaja 'Bid'ah', maka timbullah kata-kata seperti : "Ini mesti Mazhab Wahabi ni....!", "Dalam betul Wahabi ustaz itu....?", "Ulama Saudi.... semuanya tak betul, semuanya bid'ah". Macam-macamlah perkataan yg kita dengar. Sikap keterbukaan menerima sesuatu ilmu yg dibawa tadi sudah lenyap. Begitu juga dengan golongan-golongan yg dikatakan kaum salaf, tugasnya asyik nak membid'ahkan sahaja golongan-golongan lain tanpa menggunakan uslub da'wah yang betul. Ada juga yg mengambil ringan mengenai istilah bid'ah. Pada mereka bid'ah ini hanya menyentuh perkara-perkara yg makruh sahaja. Ia cuma khilaf ulama'. Ada juga yg menjadikan bid'ah sebagai alasan mengelak ibadat-ibadat sunat. Ada juga kedapatan para ustaz-ustaz yg akan bersuara, "Kalau nak cepat popular, boleh kata perkara ini dan itu bid'ah". Maknanya pengumuman bid'ah merupakan deklarasi populariti! Rata-rata bermacam-macam reaksi yg boleh kita jumpa apabila membicarakan istilah bid'ah.

Malah bab inilah yg merupakan satu perkara yg tidak ada titik pertemuan diantara pengikut mazhab dan kumpulan-kumpulan salaf sehingga kini. Persoalan Tahlil, membaca Yasin malam Jumaat, Malam Nisfu Sya'ban, Malam Isra' dan Mi'raj, fadilat puasa Rejab, fadilat penggunaan biji tasbih dan sebagainya merupakan perkara-perkara yg akan disentuh setiap kali apabila bid'ah diperkatakan. Pertembungan ini juga dipanggil pertembungan kaum tua dan kaum muda. Kita tidak ingin membicarakan permasalahan bid'ah itu buat masa ini, cuma ingin menyentuh natijah-natijah yg timbul dan yg akan timbul hasil dari pertembungan dua budaya pemikiran ini. Kupasan mengenai bid'ah telah dibuat dengan panjang lebar oleh ulama'-ualma' muktabar seperti As-Syahid Hasan Al-Bana didalam Usul 12 nya [2] dengan merangkumi skop-skop bid'ah itu sendiri . Kita harus akur bahawa mereka-mereka yang menyokong bid'ah hasanah atau yang mengganggap semua bid'ah adalah sesat terdiri dari mereka yg bergelar ulama'. Mereka ini bukan calang-calang orang. Siapalah kita untuk mempersoalkan keupayaan mereka itu!

Memang tidak boleh dinafikan terdapatnya pelbagai unsur-unsur negatif yg timbul dari pertembungan ini. Perkara-perkara ini lah yg harus kita elakkan agar ia tidak menjadikan kesesatan yg amat nyata. Contoh-contoh budaya negatif adalah seperti :

1. Cemuhan-cemuhan tanpa segan silu dilakukan terhadap ulama'-ulama' tersebut. Fitnah menfitnah ulama'. Ulama sudah tidak dihormati lagi. Akhlak perbincangan seakan-akan sudah tiada lagi.

2. Cemuhan terhadap orang-orang Islam sendiri dan berakhir dengan perkelahian. Perdebatan yg membakar semangat perkelahian yg didorong oleh kemarahan yg tidak dapat dikawal. Perdebatan yg diasaskan dengan nafsu, ingin menegakkan benang basah. Jauh sekali dari keikhlas didalam agama!

3. Mendakwa seseorang ulama' ini berkata demikan tetapi sebenar ulama tidak pernah berkata begitu. Ini juga termasuk didalam memalsukan kenyataan ulama. Contohnya, Imam Syafie kan berkata perkara ini sunat, wal hal tak pula kedapatan didalam kitab Imam Syafie. Tak tahulah Syafie mana yg dirujukkannya?

4. Lebih bahaya lagi memalsukan hadis Rasulullah saw. Contohnya, kalau orang awam akan berkata :"Inikan sunnah Nabi", tetapi Rasulullah saw tidak pernah berkata demikan (pandai-pandai nak melibatkan nama Rasulullah saw tanpa usul periksa!), dan golongan-golongan oportunis pula akan memalsukan hadis-hadis nabi, dengan lahirnya hadis-hadis mawdhu'. Ini semua suatu penipuan terhadap Rasulullah saw!

5. Semua orang jadi ulama'. Masing-masing dah pandai mengeluarkan fatwa-fatwa tanpa ilmu dan tanpa sedikit pun perasaan takut akan azab Allah swt.

Pergeseran dan pertembungan dua budaya ini sebenar merupakan pergesaran ilmu dan hujah yg amat hebat sekali. Terdapat ilmu perbandingan yg amat berharga dilahirkan. Ulama' mana yg nak menyesat manusia? Hanya ulama'-ulama' yg mempunyai kepentingan dunia sahaja yg melakukannya. Ada juga yg disebabkan oleh faktor-faktor tekanan, asasnya 'cinta pada dunia dan benci kepada maut'. Apabila dilihat konflik ini secara positif, maka dapatlah kita senarai beberapa pengajaran yg boleh kita ambil seperti:

1) Meninggalkan budaya Pak Turut - Budaya ini memang tak dapat dipisahkan kepada mereka yg begitu 'sensitif tak menentu' mengenai isu bid'ah ini. Mereka tak boleh terima perkara baru didalam hidup mereka. Sekurang-kurangnya konflik ini dapat memecahkan sikap pak turut seperti "Guru saya kata atau Ustaz itu kata perkara ini sunat!" kepada sikap keterbukaan. Tepuk dada, tanya ilmu. Kita wujudkan budaya Pak Siasat, Pak Ingin Tahu dan sebagainya.

2) Peningkatan didalam budaya merujuk. Mempelajari konflik ini membuat seseorang Islam ini banyak melakukan rujukan. Contohnya, Sembahyang tasbih; kita akan ketemu pelbagai-bagai pendapat yg membolehkan dan menolak sembahyang tasbih. Ini menjadikan kita lebih peka dan 'original' didalam ibadat yg kita lakukan.Ia menggalakkan masyarakat Islam mewujudkan budaya 'penyelidikkan' disamping meningkat ilmu pengetahuan. Didalam melakukan rujukan, maka timbullah teknik-teknik seperti 'citation indexing', siapa yg merujuk siapa?; proses atau langkah yg diambil apabila melakukan pencarian 'rujukan keatas rujukan'. Maka timbullah minat mengetahui dan membaca kitab-kitab asal sesuatu persoalan itu. Kalau dilihat dari segi subjek, bidang 'citation indexing' terhadap bahan-bahan bacaan Islam belum ada lagi. Maka usaha-usaha perlu digembelingkan kearah mewujudkan alat-alat rujukan tersebut.

3) Ulama' pewaris Nabi - Ia mewujudkan budaya merujuk kepada rujukan ulama. Ulama tempat merujuk. Timbul budaya ulama' mana yg berkata begitu. Bagaimana mana cara 'argument' atau hujah mereka. Bagaimana ulama itu boleh berijtihad dengan hukum itu? Budaya ini membuatkan nama-nama ulama'-ulama' silam seperti Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah dan sebagainya dirujuk dan disebut sehingga kini. Tanpa sumbangan ulama'-ulama' ini, tak kemana keislaman kita. Maka timbullah kecintaan kepada para ulama'-ulama'.

4) Memperbaiki qualiti ibadah. - Konflik ini membuat seseorang Islam itu mendalami ilmu ibadah mereka. Rujukan-rujukan ulama' seperti buku yg menyentuh 'Bagaimana Rasulullah sembahyang?', 'Ibadah Haji seperti Rasulullah' dan sebagainnya memberi ilmu yg 'genuine' atau asli kepada si pembaca tadi. Kita dapat ketahui melalui nas-nas dan perbincangan ulama' asal-usul, kaifiyat-kaifiyat, fadilat-fadilat sesuatu ibadah itu secara betul dan bukannya 'membuta tuli' sahaja. Dapatlah kita mengetahui dengan secara detail sesuatu ibadat itu dilaksanakan.

5) Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw - Konflik ini akan menggembalikan kita kepada rujukan utama kita, iaitu Al-Quran sunnah Rasulullah saw. Rujukan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah akan dilakukan apabila timbulnya sesuatu konflik ini. Dalam mempelajari ilmu hadis ini, maka tahulah kita darjat-darjat sesuatu hadis itu dan sebagainya.Tahulah kita mana hadis-hadis yg dipalsukan atau yg tersangat daif.

Sebagai kesimpulan kepada faktor-faktor diatas boleh kita simpulkan bahawa kalau bid'ah ini diperbincangkan berdasarkan ilmu dan akhlak, maka natijah-natijah negatif tidak akan timbul.Sebaliknya, ia menimbulkan budaya ilmu bagi mereka yg mengkaji polemik bid'ah membid'ah itu. Kajian secara terperinci telah dilakukan di Malaysia oleh Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat dari Universiti Sains Malaysia mengenai applikasi pembaharuan di Malaysia khususnya dinegeri Perlis [3].

Disini, sebagai permulaan, kita ingin memperkenalkan istilah bid'ah dari seorang ulama' hadis yg begitu popular dan juga kontroversi didalam persoalan bid'ah. Beliau ada Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Beliau merupakan ulama kelahiran Ashkodera, ibu negara Albania pada tahun 1914.Seorang yg amat mencintai ilmu hadis dan mendapat gelaran Professor hadis dari Universiti Madinah. Dibawah ini adalah terjemahan syarahan mengenai definasi bid'ah yg beliau lampirkan didalam buku 'Haji Nabi saw sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a.' dibawah bab 'Bid'ah mengenai Ibadah Haji dan ziarah ke Madinatul Munawwara, dan Baitul Maqdis.Kita tidak membincangkan mengenai perkara yg beliau sentuh mengenai ibadat Haji dan Ziarah, tetapi cuma menyentuh definasi bid'ah yg mengambarkan minda beliau dan sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran mengenai mengapa sesuatu perkara itu dikatakan bid'ah menurut ulama' ini. Kita percaya bahawa sekurang-kurangnya terjemahan ini dapat membuka minda-minda kita agar dapat meningkatkan lagi qualiti ibadah dan mempraktik sunnah didalam penghidupan seharian. Sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Mulk ayat 2 -

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Perkataan "Ahsanu 'amalan (
 )" - dengan kata lain boleh didefinasikan sebagai amalan-amalan yg berqualiti; iaitu amalan-amalan yang menepati kehendak Allah dan yg dilakukan oleh Rasulullah saw. Qualilti sesuatu amalan tidak boleh dinilai dengan aqal semata-mata tetapi nilai ukurannya mesti berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, kerana Rasulullah itu adalah sebaik-baik ikutan, sebagaimana firmannya:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].
Marilah kita kembali kepada Al-Quran Dan Sunnah Nabi saw didalam apa jua perkara sekalipun, khususnya persoalan bid'ah membi'dah ini.Siapalah kita hendak mempersoalkan isu-isu Bid'ah ini? Kita hilangkan budaya menolak atau menerima sesuatu itu tanpa menyelidikinya. Kita wujudkan budaya ilmu didalam masyarakat kita, terutamanya umat Islam di Malaysia. Insyaallah.

-------------

Petikan dari bab terakhir dari buku (
 )Haji Nabi saw sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a. didalam Bab - 'Bid'ah mengenai Ibadah Haji dan ziarah ke Madinatul Munawwara, dan Baitul Maqdis, mukasurat 100-105.[4]

Saya (Al-Albaani)telah menambah didalam penghujung buku, perkara mengenai bidaah berhubung dengan ibadat Haji dan lawatan ke Madinatul Munawarah dan Baitul Maqdis, dimana tidak ramai orang-orang mengetahui mengenai perkara ini dan telah jatuh kedalamnya - maka saya ingin menasihatkan mereka dengan menerangkan dan memberi peringatan terhadap perkara ini - sebagaimana Allah tidak menerima apa-apa amalan melainkan dipenuhi 2 syarat [di bawah] :

Pertama : Ia dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah Azza wa Jalla.

Kedua : Ia mestilah betul - dan ia tidak akan betul (sahih) sehingga ia bertepatan dengan Sunnah, tidak bertentangan dengannya - dan sebagaimana dipersetujui oleh ulama'-ulama'- apa-apa yg didakwa oleh seseorang mengenai perbuatan yg Rasullulah tidak menjelaskan melalui Hadisnya, (yg tidak membawa dekat kepadanya) -- membawa kepada dekat dengan Allah apabila melakukan - maka ia bertentangan dengan Sunnah sebagaimana Sunnahnya terdiri dari dua jenis :

(a) Sunnah perbuatan (Sunnah Fi'liyyah - 
perbuatan yg dilakukan) dan

(b) Sunnah ditinggallkan (Sunnah Tarkiyyah) - 
perbuatan yg dia tidak lakukan)

Perkara yg berkisar mengenai ibadat, yg ditinggalkan oleh Rasullulah - maka menjadi sunnah untuk meninggalkan nya - misalnya - Azan pada sembahyang dua hari raya dan semasa mengkebumikan mayat, walaupun ia memulia dan menyebut nama Allah, ia tidak dibenarkan walaupun ia bermakna mendekati diri dengan Allah Azza wa Jalla, dan bahawasanya ia disebabkan sesuatu yg Rasullulah saw meninggalkannya - dan telah faham pada peringkat ini oleh sahabat-sahabatnya - dan Huzaufah Ibnu
Al-Yamaan ra berkata :

"Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Mas'ud :

"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Maka beruntunglah mereka yg Allah beri peluang untuk melakukan ibadah dengan mengikuti Sunnah Nabi saw dan tidak mencampurkannya dengan bid'ah - untuk mereka itu khabaran penerimaan Allah ketas ketaatannya - dan keizinannya ke Syurga. Allah menjadikan dari mereka yg mendengar perkataan-perkataan dan mengikuti yg terbaik.

Dan ketahuilah bahawa bid'ah 2 jenis bidaah akan melalui kamu :

(1) Bid'ah yg didapati dari teks (nas) rekaan para ahli ilmu didalam buku mereka, maka alamat ini di kaitkan kepada mereka. Dan ini merupakan jenis yg paling banyak.
(2) Akhir sekali ialah : bid'ah yg tidak saya dapati dari teks (nas) tetapi melalui tahun atau kaedah kawalan saintifik keatas perkara yg dibid'ahkan (ciptakan).

Dan ketahuilah bahawa bidaah ini boleh didapati dari faktor-faktor berikut :

(i)Hadis Da'if (lemah) - dimana tidak benarkan penggunaannya sebagai dalil, atau ianya, menurut kata-kata anda, dibenarkan mengamalkannya , sebagaimana yg telah saya jelaskan didalam Muqadimah buku 'Sifat Solat Un-Nabi' (sifat-sifat sembahyang nabi) - dan ini mazhab (pegangan) jemaah dari ahli ilmu - dari mereka Ibnu Taimiyyah.

(ii) Hadis Palsu (Mawdhu') - atau tidak ada apa-apa asasnya - beberapa fuqaha' masih tidak mengetahui mengenai keadaan kebenarannya - dan maka berdasarkan hukum agama terhadapnya - ia telah menjadi punca utama bidaah dan perbuatan baru!

(iii) Ijtihad beberapa fuqaha' atau sesesuatu perkara yg dicadangkan - khusus dikalangan muthakhir - tidak berasaskan apa-apa bukti (dari Al-Quran & Hadis), dari menggangapnya sebagai perkara yg bercanggah - sehingga ia menjadi Sunnah yg di ikuti! Dan ini tidak mungkin tersembunyi dari seorang yg mendalami agamanya, sesungguhnya tidak betul mengikut perkata tersebut, tidak ada perkara yg sebahagian dari Shariah melainkan dari Allah, dan tidak mencukupi untuk seseorang itu membuat sesuatu yg diingini, dan bahawa Allah tidak akan mengazabnya kerana perkata itu, Tetapi bagi mereka yg mengambil sesuatu yg dianggap sebagai sunnah, maka pasti tidak! Dan bagaimana ia boleh terjadi apabila ada beberapa perkara mencanggah dengan sunnah, sebagaimana akan dinyatakan kemudiannya - dengan izin Allah.

(iv) Adat dan kepercayaan kurafat yg mana tiada dalil dalam Shariah, dan tidak disokong oleh aqal, sehingga jika ada dikalangan mereka yg jahil mengambilnya sebagai sebahagian dari shariah, kadangkala menjari sokongan dari yg lain, kadang kala ada yg mengakui dari mereka yg 'alim yg sebenarnya mempunyai penampilannya.

Maka kamu seharusnya tahu betapa bahaya bid'ah ini bukanlah satu tahap sahaja, bahkan ia mempunyai peringkat-peringkat. Ada diantaranya syirik dan kufur yg jelas (sarih), sebagaimana yg kamu akan lihat, dan sebahagiannya kurang dari itu, walau bagaimana pun, kamu mesti berjaga sekecil-kecil bid'ah yg seseorang itu bawa kedalam agama adalah haram setelah ia didedahkan sebagai bid'ah, sebagaimana tidak ada bid'ah yg makruh sahaja, sebagaimana beberapa orang yg berfikir, dan bagaimana ini boleh terjadi sedangkan Rasulullah saw bersabda:

"Setiap bid'ah itu sesat. Dan setiap yg sesat akan ke neraka".

Itu kepada mereka yg melakukan. Dan Imam As-Syatibee telah menjelaskan dengan sepenuhnya perkara ini didalam buku pentingnya 'Al-I'tisaam', dan kerana bid'ah ini sesuatu yg merbahaya, dan kebanyakkan orang masih lalai dengannya, melainkan kebanyakkan kecil mereka yg ahli ilmu, dan cukup untuk membuktikan betapa serius bid'ah tersebut sebagaimana didalam sabda Nabi saw :

"Sesungguhnya Allah tidak menerima Taubat kepada sesiapa yg melakukan bid'ah, sehingga ia meninggalkan bid'ah". Diriwayatkan oleh Tabrani dan Ad-Diyaa Al-Maqdisi didalam 'Al-Hadith Al-Mukhtaarah' dan lain-lain , dengan Shahih Isnad, dan dijelaskan oleh Al-Munzari sebagai Hasan.
Dan saya mengakhiri dengan beberapa patah nasihat yg ingin saya sampaikan kepada pembaca dari Imam Besar dan Ulama' Islam terawal, Sheikh Hasan bin Ali Al-Barbaharee, salah seorang dari pengikut Imam Ahmad, yg meninggal pd tahun 329 hijrah, berkata Rahimullahu ta'ala:

"Dan awas dengan sekecil-kecil perkara yg diadakan, sebagaimana bid'ah kecil hasil dari dilakukan berulang kali sehingga menjadi bid'ah yg besar, dan didalam perjalanan itu setiap bid'ah diperkenalkan kepada Ummah bermula dengan bid'ah kecil - berupa seperti sesuatu perkara yg benar dan ianya jatuh kedalamnya, sehingga ia tidak mampu meninggalkannya, ada diantaranya membesar dan menjadi sebahagian dari agama, diamalkan sedemikian. Maka lihatlah dengan rahmat Allah, setiap apa yg orang dizaman kamu berkata dan jangan menerimanya sehingga kamu bertanya dan menyelidikinya: Apakah terdapatnya sahabat atau ulama' bercakap mengenainya, maka jika kamu jumpa riwayat dari mereka, maka terimalah dan jangan tinggal ia untuk sesuatu, dan jangan mendahulukan apa-apa, dan jangan dahulukan apa-apa keatasnya dan sehingga jatuh kepada api neraka."

Dan kamu harus tahu, moga-moga Rahmat Alah terhadapmu, bahawa tidak sempurna islam hambanya sehingga mengikut (dgn dalil), membenarkan dan menyerah (kepada kebenaran). Maka barang siapa yg mendakwa bahawa apa-apa yg tinggal dalam Islam yg mana shabat Rasulullah tidak menerangkan sepenuhnya kepada kami, maka dia telah mencipta satu penipuan terhadap mereka, sesat dan menyesatkan, mengadakan sesuatu didalam Islam apa yg bukan miliknya.
Semoga Rahmat Allah keatas Imam Malik yg berkata :

"Tidak akan betul ini umat melainkan dibetulkan pada permulaannya, maka tidak ia sebahagian dari agama, tidak [terdapat] ia didalam agama hari ini"

Dan Nabi saw berkata:

"Saya tidak meninggalkan apa-apa yg boleh membawa kamu hampir kepada Allah, melainkan saya telah perintahkan kamu dengannya. Dan saya tidak meninggalkan apa-apa yg boleh menjauhkan kamu dari Allah dan membawa kamu ke Api neraka melainkan apa yg dilarangkan keatas kamu"
Semua pujian kepada Allah yg mana ni'matnya kebaikannya telah sempurna.



Quran untuk dibaca dan dengari
N
Posted by RedzWANG at Tuesday, December 24, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

........

Assalammualaikum
Posted by RedzWANG at Tuesday, December 24, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

.....

Assalammualaikum
Posted by RedzWANG at Tuesday, December 24, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

....

Assalammualaikum
Posted by RedzWANG at Tuesday, December 24, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pengertian Bid’ah


Almanhaj – Media Salafiyyah Ahlus Sunnah




Anda belum mahir membaca Qur'an?Ingin segera bisa? Klik di sini sekarang!

Pengertian Bid’ah, Macam-Macam Bid’ah Dan Hukum-Hukumnya

PENGERTIAN BID’AH MACAM-MACAM BID’AH DAN HUKUM-HUKUMNYA
Oleh
Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan
PENGERTIAN BID’AH
Bid’ah menurut bahasa, diambil dari bida’ yaitu mengadakan sesuatu tanpa ada contoh. Sebelumnya Allah berfirman.
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
“Allah pencipta langit dan bumi” [Al-Baqarah/2 : 117]
Artinya adalah Allah yang mengadakannya tanpa ada contoh sebelumnya.
Juga firman Allah.
قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ
“Katakanlah : ‘Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul“. [Al-Ahqaf/46 : 9].
Maksudnya adalah : Aku bukanlah orang yang pertama kali datang dengan risalah ini dari Allah Ta’ala kepada hamba-hambanya, bahkan telah banyak sebelumku dari para rasul yang telah mendahuluiku.
Dan dikatakan juga : “Fulan mengada-adakan bid’ah“, maksudnya : memulai satu cara yang belum ada sebelumnya.
Dan perbuatan bid’ah itu ada dua bagian :
1. Perbuatan bid’ah dalam adat istiadat (kebiasaan) ; seperti adanya penemuan-penemuan baru dibidang IPTEK (juga termasuk didalamnya penyingkapan-penyingkapan ilmu dengan berbagai macam-macamnya). Ini adalah mubah (diperbolehkan) ; karena asal dari semua adat istiadat (kebiasaan) adalah mubah.
2. Perbuatan bid’ah di dalam Ad-Dien (Islam) hukumnya haram, kerana yang ada dalam dien itu adalah tauqifi (tidak bisa dirubah-rubah) ; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa yang mengadakan hal yang baru (berbuat yang baru) di dalam urusan kami ini yang bukan dari urusan tersebut, maka perbuatannya di tolak (tidak diterima)“. Dan di dalam riwayat lain disebutkan : “Barangsiapa yang berbuat suatu amalan yang bukan didasarkan urusan kami, maka perbuatannya di tolak“.
MACAM-MACAM BID’AH
Bid’ah Dalam Ad-Dien (Islam) Ada Dua Macam :
1. Bid’ah qauliyah ‘itiqadiyah : Bid’ah perkataan yang keluar dari keyakinan, seperti ucapan-ucapan orang Jahmiyah, Mu’tazilah, dan Rafidhah serta semua firqah-firqah (kelompok-kelompok) yang sesat sekaligus keyakinan-keyakinan mereka.
2. Bid’ah fil ibadah : Bid’ah dalam ibadah : seperti beribadah kepada Allah dengan apa yang tidak disyari’atkan oleh Allah : dan bid’ah dalam ibadah ini ada beberapa bagian yaitu :
a. Bid’ah yang berhubungan dengan pokok-pokok ibadah : yaitu mengadakan suatu ibadah yang tidak ada dasarnya dalam syari’at Allah Ta’ala, seperti mengerjakan shalat yang tidak disyari’atkan, shiyam yang tidak disyari’atkan, atau mengadakan hari-hari besar yang tidak disyariatkan seperti pesta ulang tahun, kelahiran dan lain sebagainya.
b. Bid’ah yang bentuknya menambah-nambah terhadap ibadah yang disyariatkan, seperti menambah rakaat kelima pada shalat Dhuhur atau shalat Ashar.
c. Bid’ah yang terdapat pada sifat pelaksanaan ibadah. Yaitu menunaikan ibadah yang sifatnya tidak disyari’atkan seperti membaca dzikir-dzikir yang disyariatkan dengan cara berjama’ah dan suara yang keras. Juga seperti membebani diri (memberatkan diri) dalam ibadah sampai keluar dari batas-batas sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
d. Bid’ah yang bentuknya menghususkan suatu ibadah yang disari’atkan, tapi tidak dikhususkan oleh syari’at yang ada. Seperti menghususkan hari dan malam nisfu Sya’ban (tanggal 15 bulan Sya’ban) untuk shiyam dan qiyamullail. Memang pada dasarnya shiyam dan qiyamullail itu di syari’atkan, akan tetapi pengkhususannya dengan pembatasan waktu memerlukan suatu dalil.
HUKUM BID’AH DALAM AD-DIEN
Segala bentuk bid’ah dalam Ad-Dien hukumnya adalah haram dan sesat, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Janganlah kamu sekalian mengada-adakan urusan-urusan yang baru, karena sesungguhnya mengadakan hal yang baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat“. [Hadits Riwayat Abdu Daud, dan At-Tirmidzi ; hadits hasan shahih].
Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa mengadakan hal yang baru yang bukan dari kami maka perbuatannya tertolak“.
Dan dalam riwayat lain disebutkan :
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa beramal suatu amalan yang tidak didasari oleh urusan kami maka amalannya tertolak“.
Maka hadits tersebut menunjukkan bahwa segala yang diada-adakan dalam Ad-Dien (Islam) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat dan tertolak.
Artinya bahwa bid’ah di dalam ibadah dan aqidah itu hukumnya haram.
Tetapi pengharaman tersebut tergantung pada bentuk bid’ahnya, ada diantaranya yang menyebabkan kafir (kekufuran), seperti thawaf mengelilingi kuburan untuk mendekatkan diri kepada ahli kubur, mempersembahkan sembelihan dan nadzar-nadzar kepada kuburan-kuburan itu, berdo’a kepada ahli kubur dan minta pertolongan kepada mereka, dan seterusnya. Begitu juga bid’ah seperti bid’ahnya perkataan-perkataan orang-orang yang melampui batas dari golongan Jahmiyah dan Mu’tazilah. Ada juga bid’ah yang merupakan sarana menuju kesyirikan, seperti membangun bangunan di atas kubur, shalat berdo’a disisinya. Ada juga bid’ah yang merupakan fasiq secara aqidah sebagaimana halnya bid’ah Khawarij, Qadariyah dan Murji’ah dalam perkataan-perkataan mereka dan keyakinan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dan ada juga bid’ah yang merupakan maksiat seperti bid’ahnya orang yang beribadah yang keluar dari batas-batas sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan shiyam yang dengan berdiri di terik matahari, juga memotong tempat sperma dengan tujuan menghentikan syahwat jima’ (bersetubuh).
Catatan :
Orang yang membagi bid’ah menjadi bid’ah hasanah (baik) dan bid’ah syayyiah (jelek) adalah salah dan menyelesihi sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Sesungguhnya setiap bentuk bid’ah adalah sesat“.
Karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menghukumi semua bentuk bid’ah itu adalah sesat ; dan orang ini (yang membagi bid’ah) mengatakan tidak setiap bid’ah itu sesat, tapi ada bid’ah yang baik !
Al-Hafidz Ibnu Rajab mengatakan dalam kitabnya “Syarh Arba’in” mengenai sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Setiap bid’ah adalah sesat”, merupakan (perkataan yang mencakup keseluruhan) tidak ada sesuatupun yang keluar dari kalimat tersebut dan itu merupakan dasar dari dasar Ad-Dien, yang senada dengan sabdanya : “Barangsiapa mengadakan hal baru yang bukan dari urusan kami, maka perbuatannya ditolak“. Jadi setiap orang yang mengada-ada sesuatu kemudian menisbahkannya kepada Ad-Dien, padahal tidak ada dasarnya dalam Ad-Dien sebagai rujukannya, maka orang itu sesat, dan Islam berlepas diri darinya ; baik pada masalah-masalah aqidah, perbuatan atau perkataan-perkataan, baik lahir maupun batin.
Dan mereka itu tidak mempunyai dalil atas apa yang mereka katakan bahwa bid’ah itu ada yang baik, kecuali perkataan sahabat Umar Radhiyallahu ‘anhu pada shalat Tarawih : “Sebaik-baik bid’ah adalah ini”, juga mereka berkata : “Sesungguhnya telah ada hal-hal baru (pada Islam ini)”, yang tidak diingkari oleh ulama salaf, seperti mengumpulkan Al-Qur’an menjadi satu kitab, juga penulisan hadits dan penyusunannya”.
Adapun jawaban terhadap mereka adalah : bahwa sesungguhnya masalah-masalah ini ada rujukannya dalam syari’at, jadi bukan diada-adakan. Dan ucapan Umar Radhiyallahu ‘anhu : “Sebaik-baik bid’ah adalah ini”, maksudnya adalah bid’ah menurut bahasa dan bukan bid’ah menurut syariat. Apa saja yang ada dalilnya dalam syariat sebagai rujukannya jika dikatakan “itu bid’ah” maksudnya adalah bid’ah menurut arti bahasa bukan menurut syari’at, karena bid’ah menurut syariat itu tidak ada dasarnya dalam syariat sebagai rujukannya.
Dan pengumpulan Al-Qur’an dalam satu kitab, ada rujukannya dalam syariat karena Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan penulisan Al-Qur’an, tapi penulisannya masih terpisah-pisah, maka dikumpulkan oleh para sahabat Radhiyallahu anhum pada satu mushaf (menjadi satu mushaf) untuk menjaga keutuhannya.
Juga shalat Tarawih, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat secara berjama’ah bersama para sahabat beberapa malam, lalu pada akhirnya tidak bersama mereka (sahabat) khawatir kalau dijadikan sebagai satu kewajiban dan para sahabat terus sahalat Tarawih secara berkelompok-kelompok di masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup juga setelah wafat beliau sampai sahabat Umar Radhiyallahu ‘anhu menjadikan mereka satu jama’ah di belakang satu imam. Sebagaimana mereka dahulu di belakang (shalat) seorang dan hal ini bukan merupakan bid’ah dalam Ad-Dien.
Begitu juga halnya penulisan hadits itu ada rujukannya dalam syariat. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan untuk menulis sebagian hadits-hadist kepada sebagian sahabat karena ada permintaan kepada beliau dan yang dikhawatirkan pada penulisan hadits masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam secara umum adalah ditakutkan tercampur dengan penulisan Al-Qur’an. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat, hilanglah kekhawatiran tersebut ; sebab Al-Qur’an sudah sempurna dan telah disesuaikan sebelum wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka setelah itu kaum muslimin mengumpulkan hadits-hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagai usaha untuk menjaga agar supaya tidak hilang ; semoga Allah Ta’ala memberi balasan yang baik kepada mereka semua, karena mereka telah menjaga kitab Allah dan Sunnah Nabi mereka Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar tidak kehilangan dan tidak rancu akibat ulah perbuatan orang-orang yang selalu tidak bertanggung jawab.
[Disalin dari buku Al-Wala & Al-Bara Tentang Siapa Yang harus Dicintai & Harus Dimusuhi oleh Orang Islam, oleh Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan, terbitan At-Tibyan Solo, hal 47-55, penerjemah Endang Saefuddin.]
Anda belum mahir membaca Qur'an?Ingin segera bisa? Klik di sini sekarang!
    
10 March 2004  in category Bahasan : Bid'ah 

« PreviousRingkasan Cara Pelaksanaan Jenazah
Nasehat Untuk Jalan Kebangkitan IslamNext »


Pencarian

Category
Archives



  • Twitter
  •  
  • Telegram
  •  
  • Surat
  •  
  • Ayat


Read more https://almanhaj.or.id/439-pengertian-bidah-macam-macam-bidah-dan-hukum-hukumnya.html
Posted by RedzWANG at Tuesday, December 24, 2019 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
RedzWANG
ask
View my complete profile

Search This Blog

Comment massages

Give some opinion to this Blog 4 improvement

Total Pageviews

Followers

Blog Archive

  • ►  2008 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2009 (17)
    • ►  June (10)
    • ►  July (1)
    • ►  August (1)
    • ►  December (5)
  • ►  2010 (27)
    • ►  January (17)
    • ►  March (10)
  • ►  2011 (262)
    • ►  January (1)
    • ►  October (175)
    • ►  November (19)
    • ►  December (67)
  • ►  2012 (399)
    • ►  February (229)
    • ►  March (160)
    • ►  April (10)
  • ►  2013 (14)
    • ►  April (14)
  • ►  2014 (12)
    • ►  March (10)
    • ►  May (2)
  • ►  2015 (10)
    • ►  January (1)
    • ►  April (8)
    • ►  May (1)
  • ►  2016 (12)
    • ►  June (5)
    • ►  July (5)
    • ►  September (2)
  • ►  2017 (186)
    • ►  March (9)
    • ►  April (11)
    • ►  May (3)
    • ►  July (1)
    • ►  August (40)
    • ►  October (122)
  • ►  2018 (238)
    • ►  January (1)
    • ►  February (45)
    • ►  March (189)
    • ►  August (1)
    • ►  December (2)
  • ►  2019 (526)
    • ►  March (11)
    • ►  May (5)
    • ►  June (2)
    • ►  July (61)
    • ►  August (36)
    • ►  September (39)
    • ►  October (22)
    • ►  November (133)
    • ►  December (217)
  • ►  2020 (22631)
    • ►  January (405)
    • ►  February (1325)
    • ►  March (1491)
    • ►  April (897)
    • ►  May (1431)
    • ►  June (2234)
    • ►  July (2311)
    • ►  August (2411)
    • ►  September (2511)
    • ►  October (2610)
    • ►  November (2711)
    • ►  December (2294)
  • ►  2021 (35711)
    • ►  January (3161)
    • ►  February (2765)
    • ►  March (3049)
    • ►  April (2846)
    • ►  May (3025)
    • ►  June (2845)
    • ►  July (3227)
    • ►  August (2974)
    • ►  September (2946)
    • ►  October (2902)
    • ►  November (2877)
    • ►  December (3094)
  • ►  2022 (35954)
    • ►  January (3012)
    • ►  February (2842)
    • ►  March (3090)
    • ►  April (3021)
    • ►  May (3027)
    • ►  June (2904)
    • ►  July (3101)
    • ►  August (3092)
    • ►  September (2960)
    • ►  October (2910)
    • ►  November (2966)
    • ►  December (3029)
  • ►  2023 (23486)
    • ►  January (2777)
    • ►  February (2698)
    • ►  March (2901)
    • ►  April (3022)
    • ►  May (2857)
    • ►  June (2921)
    • ►  July (2862)
    • ►  August (1964)
    • ►  September (610)
    • ►  October (618)
    • ►  November (182)
    • ►  December (74)
  • ►  2024 (176)
    • ►  January (14)
    • ►  February (4)
    • ►  March (54)
    • ►  April (30)
    • ►  May (14)
    • ►  June (52)
    • ►  July (8)
  • ▼  2025 (7)
    • ►  March (2)
    • ▼  April (5)
      • 1
      • 3425
      • 1
      • 2
      • 3425
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.