15 December 2019

Konsep Nur Muhammad di Dunia Melayu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BismillahHirahmanirRahim

BismillahHirahmanirRahim

BismillahHirahmanirRahim


Konsep Nur Muhammad di Dunia Melayu

بسم الله الرحمن الرحيم


نحمده ونصلى على رسوله الكريم

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU

DALAM KONTEKS WACANA SUNNI

– SATU PENGAMATAN AWAL


OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)

Tulisan ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-din al-nasihah” dalam hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.

Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah-mudahan kita ini mengenali Nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat rahmatNya. Amin.

Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh

Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini “Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga dinukilnya hadith bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w.” (ibid. 10). Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya juga hadith yang bermaksud: “Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”. (ibid. 10). Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu” (ibid. 10). Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini.” (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah” (ibid. 11).

Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal” (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam”, (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh” (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku” (ibid. 11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku”. (ibid. 11).

Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna: “Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada – uem) (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.

Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13).

Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13).

Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya.

Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.

Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah. (ibid. 15).

Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung merak

Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah”

Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau:

“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi” (hal. 3).

Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia. (hal. 3-4).

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:

Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal. 4)


Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.

Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.

Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya. (hal. 5).

Beliau menyebut hadith qudsi

Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6)

Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w.

Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut. Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi:

Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal. 6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.

Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).

Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani rh

Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar, sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka. Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya. Ia berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha’, sujud seumpama mim, duduk seperti rupa dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal.

Kitab “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:

Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkan oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa matba’ah al-ma’arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidin dalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini.

Kitab Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh

Kitab “Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab “Maulid al-Barzanji”. Dalam mensyarahkan kata-kata dalam “al-Barzanji” hal. 2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud “Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi”) yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun.

Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya: “Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya: Al-hamdulillah, kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau Muhammad, daripada engkau Aku memulakan penciptaan dan (dengan engkau) Aku mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam … selama seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah Muhammadun Rasulullah’ maka Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;

Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka…

Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, … umat nabi Musa …, umat Nabi ‘Isa …, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., … kemudian bila Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua dijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur Muhammad.

Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda. Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa’, kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya. (hal. 3).

Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:

Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam Qur’an dan Sunnah.

Dalam al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud “Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata” (Al Quran 5:15).

Tentang ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah “rasulullah s.a.w.”.

Dalam “Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini:

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan “Islam”, dan dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an.

Dalam “Tafsir al-Tabari” “nur”: telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

Dalam “Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan:

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu’ara’

Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau berdiri, ruku’, sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian.

Related posts

🕋🇲🇾💚💜💎💜💌🖤❣❣💝💟💞💟💗💙🌏🕌

Secebis Perbahasan Nur Muhammad

Assalammualaikum 

Secebis Perbahasan Nur Muhammad

SECEBIS

PERBAHASAN NUR MUHAMMAD SAW .

Oleh : Al Faqir Wal Haqir Abdul Raof bin Haji Nurin.
Jalan Padang Ragut, Seri Repah, Tampin. NS.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته.

الحمد لله الذى خلق السموات والارض. وجعل الظلمات والنور. والصلاة والسلام على أول الخلق و هو أفضل الكاءنات. وأله وصحبه أصحاب الكرمات. أما بعد:

                          Assalamu alaikum warah matullaahi wabarakatuh.                                                   

                  Oleh sebab ramai yg berminat dengan Nur Muhammad , menjawablah saya ala kadarnya. Walaupun  saya bukanlah ahlinya. Cuma mudah-mudahan dengan barokah Nur Nabi Muhammad saw dapat lah  saya menjawab dan mematahkan hujjah –hujjah palsu dan semborona mereka yg berminat nak tahu  tapi sinis dan prajudis.                                                                                                                       
Sebenarnya saya bukanlah ahli bidang ini . Mungkin kalau kita adakan conference dgn memanggil semua ulamak yg masih hidup yg faham masaalah ini , membincangkannya dgn lebih teliti mungkin lebih adil.
                   Persoalan Nur Muhammad saw asalnya  bukanlah  persoalan akidah yg asas. Sebab itu betullah juga kenyataan seorang  pengulas yg sinis terhadap isu ini , “Soal Nur Muhammad tidak di sebut dalam akidah Islam, tidak dalam akidah Ahlisunnah Wal Jamaah , baik Salafiah Wahabiyah  maupun A’sya irah   Maturdiyah”. Yah, saya setuju. Bukan perkara asas pada mulanya, nak percaya tak apa tak percaya pun tak salah apa. Tetapi setelah terbit kajian dan ulasan oleh mereka yg memandang sinis , maka tak dapat tidak ianya menjadi perkara asaslah.  Sebab sudah berubah menjadi “mengkafirkan” dan “menyesatkan” tidak sedikit dari golongan Muslimin ,bukan sahaja yg awam terutamanya golongan yg khawas dan ulamak –ulamak besar Islam. 
Sebelum kita pergi jauh membahaskan ulasan ulamak terhadap Nur Muhammad ini, perlu diingatkan bahawa semata-mata kerpercayaan Nur Muhammad sahaja yg kita bahaskan dahulu. Berkenaan lanjutannya yg didakwa sesetengah orang yg sinis tentang wahdatul wujud, wali abdal dan sebagainya kita tinggalkanlah dulu. Sebab yg asal ini mestilah di fahami sebaiknya. Jika tidak maka  terbitlah istilah yg dah biasa didengari “kufurlah”, “sesatlah” ikut sedap nak kata.
Sebenarnya banyak hadis yg bicara masalah Nur Muhammad ini , samada yg maudhu sahih, dhaif ,dhaif jiddan dan sebagainya. Tetapi diantara semua hadis yg tercatit dalam kitab-kitab turas atau yg diriwayatkan terus dari seseorang ulamak hadis , terdapat satu hadis yg paling masyhur dan mendapat kritikan yg tidak sedikit diantara ulamak.
                                                                         
Saya sempat melihat sebuah dua kitab yg mencatitkan hadis yg kontraversi  tersebut yaitu satu hadis riwayat dari Imam Abdul Razak, “Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;
 ” Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu ! .
Bersabda Nabi saw : Ya  Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah  Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala.
Pada hal tiada pada waktu itu lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada Malaikat tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada jin dan tiada manusia…..hingga akhir al hadis.
Hadis ini menjadi masalah disisi mereka yg kontra dengan mengatakan maudhu disebabkan tiada catitannya dalam Musannaf Abd Razak. Lantaran itu dikatakan maudhu, rekaan dan tidak munasabah dengan aqal.
Tetapi hendaklah mereka melihat dahulu , semua naqalan ulamak yg berpuluh –puluh bahkan beratus pada hadis ini dan komentar mereka yg positif berkenaan makna hadis ini yg tidak sedikit pun bercanggah dgn hadis –hadis yg lain maupun disisi akidah Islam.
Kitab-kitab yg menaqalkan hadis ini atau yg semakna dengannya meyebut “Telah meriwayatkan oleh Imam Abdul Razak dalam Kitab  Musannaf beliau”. Di kitab lain hanya disebut “Di riwayatkan” sahaja oleh Abdul Razaq.   
Oleh itu mesti diberi perhatian berkenaan sanad hadis ini dahulu dengan dilihat di beberapa aspek , antaranya ;
a) Adakah terdapat periwayatan yg  selain dari  jaluran Musannaf beliau ?.
b) Adakah berkemungkinan “Tahammul”  hadis tersebut tanpa menerusi catitan dlm Musannaf beliau?.
c) Atau mungkinkah Musannaf Abdur Razak mengalami perubahan –perubahan sepertimana yg masyhur?.
d) Dan hendaklah juga diperhatikan , betapa banyaknya hadis-hadis yang Sahih dan Hasan yang semakna dengan Hadis tersebut.
Salah satu kemungkinan tersebut adalah pasti berlaku setelah kita meneliti kitab-kitab yg menaqalkan hadis tersebut dan memerhati sanad dan silsilah Hadis, bagi pengarang kitab-kitab   yg membawa hadis tersebut atau yg semakna dengan nya.
 e) Dan diperhatikanlah ,adakah tidak diterima aqal pada perbahasan aqliyah berkenaan kesahihan Akal “terawalnya” Nur Muhammad dari yg lain. 
  f)Atau dikatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah meneliti dahulu betapa penerimaan tidak sedikitnya ulamak ditiap-tiap displin ilmu terhadap Konsep Nur Muhammad saw ini.
Setelah kita mengkaji secara meyeluruh ,mungkinkah boleh diterima kepercayaan terhadap Nur Muhammad dikatakan berasal dari Rekaan Falasah Greek kuno wal iyyazabillah. Atau dari ambilan yg tidak berdasarkan Ilmu ,sehingga dijadikan asas ajaran Tarekat ,Tasawuf dan sebagainya. Atau dijadikan asas ajaran Wahdatul wujud yang menyimpang. Lantaran itu diharamkan Maulid Barzanji, Daibae, Habsyi dan yg sebangsa dengannya. Betulkah begitu?.
           Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah  Al Qastholany , seorang Imam Hadis yg ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak karangan bermutu khususnya tentang hadis. Pengarang Syarah Hadis Bukhary , Irsyadus Sari 10 jilid. Latarbelakang beliau boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juz 8 ms 121 , dan beberapa buah kitab Thabaqat Ulamak. Kitab Mawahib yg mencatit Hadis tersebut diSyarahkan oleh  Al  Allamah  Zurqoni,  Pensyarah Kitab Hadis Muwata  Imam Malik 4 jilid.

Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya :
          Di  juzuk 1, berkenaan hadis tersebut, “Meriwayatkan Abdur Razaq bin Hammam bin Nafi’  al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma’mar dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( Yaitu Athsauri dan Al Uyainah) dan  Al Auzaie dan  Khlaq (segolongan  yg ramai) ,dan (meriwayatkan juga)dari Nya ( Khalq atau dhamir “Nya” merujuk kepada Ma’mar dan seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya, ( oleh yg demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak ) yang terang nyata , jika tidak begitu  maka ianya adalah berdasarkan madlul yg telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu”. Wallahu A’lam.
Jika dilihat kenyataan dari Al Allaamah Zurqony tersebut memang ada dasar sanad Hadis ini yg berhubung terus kepada  Jabir radiallahu anhu. Sebagaimana yg juga kita dapati ulasannya tidak sedikit daripada  para ulamak. Sedangkan Al Allamah Zurqoni misalnya , sudah tentu mempunyai “Tahammul” sanad yg tersendiri sehingga sampai ke Imam Abdul Razaq.  Jika ada yg berminat mengetahui  hadis ini bolehlah membaca buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia melayu  oleh Hj Wan Mohd Saghir Abdullah.Khazanah Fathaniyah , KL. Mungkin sedikit sebanyak boleh diambil manfaat.

HADIS-HADIS , TAFSIRAN AYAT QURAN  DAN ULASAN ULAMAK MUKTABAR  BERKAITAN DENGAN NUR MUHAMMAD SAW.

HADIS PERTAMA.

عن أبى هريرة رضىالله عنه : قال : قالوا : يا رسول الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم بين الروح والجسد.

                     Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai
                     Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?”. Bersabda  Rasulullaah saw
                    “ Sedang  hal Adam diantara Ruh dan Jasad”.Hadis Riwayat At Tarmuzi dan
                    beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib
Kitab Alhadis Al Munthoqah  , buah tangan Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau  mensyarahkan hadis ini ,    menyebut :
 “ Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?”
 Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu’im Al Baihaqi dan Al
 Hakim telah Mensahihkannya juga.
Tersebut pada satu riwayat yg lain  :“Mata kutibta Nabiyyan?”  ertinya“ Bilakah  di wajibkan  pada anda Kenabian?”.  Bersabda Saw  “ Adalah Aku Nabi  pada hal Adam  diantara Ruh dan Jasad”. 
Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian darinya (dari keseluruhan hadis).
Pada  riwayat lain lagi “ Bilakah anda Jadi  Nabi ?.”  yaitu riwayat Maisarah yg akan dibahaskan nanti pada hadis yg kedua nanti.  Sama seperti yg diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas  radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim .
Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a’a pula disisi Ibnu Saad  dan Ibnu Qoni’.
Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf  bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi  Ibnu Sa’ad  juga.
Pada riwayat Asya’bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :“ Bilakah anda dijadikan Nabi ?. ( Mata ustunbi, ta ) . Bersabda Nabi saw “ Padahal Adam  (berada ) diantara Ruh dan Jasad ketika diambilkan daripadaku perjanjian”.     
Ibnu Saad juga ada meriwayatkan seperti ini ( Riwayat As Sya’bi tersebut) tetapi perawi yg meriwayatkan dari Sya’bi adalah Jabir Al Ju’fi.
Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu “ Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw “ Pada hal Adam tercampak ( yakni masih belum terbentuk )  pada tanah  keras (tanah liat)”.Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Ad Dalaa il
Kesemua riwayat ini adalah  berhampiran maksud dan lafaznya (mutaqaribah).
Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan bagi wajib kenabian Nya saw yaitu sabitnya bagi Ruh Nya saw yg mulia yg telah diciptakan sebelum semua Ruh.   
Riwayat   “Mata kutibta ?.”  Bilakah telah di wajibkan ?, makna “kitabah” pada hadis tersebut adalah juga bermaksud  wujub (wajib) dan sabit pada luaran (kho riji) . Kerana  (lafaz) “Kitabah” digunakan pada perkara yang wajib lagi zohir di luaran sebagaimana (istilah yg digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li Aghlubannahunna,  dan Kutiba alaikumul qishas}.
Kesimpulan  (dari bahasan diatas) Bahawa Allah ta’ala telah melimpahkan  Sifat Kenabian    keatas Ruh Nabi  saw  yang Mulia atau HakikatNya saw  yg terpuji ,pada ketika mana  Adam as masih tercampak atas bumi (yakni Adam belum terbentuk lagi ) sebelum ditiupkan Ruh padanya. Dan limpahan Kenabian pada waktu ini melazimkan terdahulu kejadianNya saw  atas yg  selain Nya saw sepertimana yg Nyata terang . Inilah yang dimaksudkan oleh Pengarang-pengarang Sirah dan Maulid  Saw dengan kata mereka :       
               
                            “ Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu”.

Kerana Ruh Nya saw  yg mulia adalah Maujud , yg bersifat dengan sifat Kenabian sebelum ditiupkan Ruh Adam sepertimana yg telah terang nyata.
Ruh adalah Jisim yg Nurani  (bangsa cahaya) yg Latif  (seni , halus) sepertimana yg telah di Tahkikkan oleh Ibnu Qayyim dan selain beliau.   
 { Berkenaan tahkik tentang keadaan Roh , disebut juga oleh Imam Ghazali , Imam Fakhru Raazi dan Jumhur pentahkik Ahli Sunnah wal Jamaah. Disini juga nyata salah, tuduhan mereka yg kontara dengan menuduh mempercayai Nur Muhammad saw bererti menganggapnya sebagai Qadim seperti Tuhan . Wal iyyazabillah. Lantaran itu Haram , kufur dan sesat mengamalkan Maulid Barzanji dan yang semisal dengannya. Kalau kita lihat hujjah mereka, kufurnya Kitab Maulid Barzanji . Mereka menghujjah satu ayat didalam Kitab Maulid  Barzanji berkenaan Hakikat Muhammadiyyah menunjjukkan ianya qadim. Sebenarnya  mereka tersalah merujukkan dhamir . Dimanalah kedudukan mereka ini yang mendakwa sebagai Pentahkik dan Penganalisa semula Ilmu Para Ulamak ?, padahal Dhomir rujukan tidak diketahui?.  Hubaya-hubaya lah Umat pada bahaya celupar mulut , takut –takut  terbalik kediri sendiri }.
Oleh yg demikian telah datang beberapa jalan hadis (thuruq) dari Qatadah dari Al Hasan dari Abi Hurairah dari Nabi saw  pada Firman Allah ta’ala yg bermaksud:
 “ Dan  ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada para Nabi”
   Al Ahzab  ayat 7 .
Bersabda  Nabi saw: ‘ Aku adalah awal-awal daripada para Nabi dan yg terakhir dari mereka yg diutuskan’. Maka memulailah Allah dengan Nya saw   sebelum mereka  .
Hadis ini adalah riwayat Ibnu Abi Hatim dan lainnya.
Tapi riwayat dari Ibnu Saad dari Qatadah  , Hadis  Mursal dengan lafaz:
“  Aku adalah seawwal manusia pada kejadian dan yg terakhir dari mereka pada diutuskan”.
{ Mereka yg kontara mendhoifkan hadis ini , Tapi lupa ianya mempunyai banyak Turuq
 ( jalan riwayat)  yg jika dihimpunkan  akan menaikkan martabat nya.}
Al Manawi berkata dalam Syarah Al Jaamius Saghir yg nasnya  “ Allah Taa’la telah mencipta Hakikat yg mana memang lemah oleh akal kita dari mengenalinya dan telah melimpahkan atasnya Sifat Kenabian semenjak  ketika itu lagi . Kemudian apabila sampailah masa selesai untuk nama Al Batin kepada Az Zohir ,menyatakanlah Allah  Taa’ala kesemuaNya saw dengan  ber Jisim   (bertubuh) dan Ruh” .Tamat al Manawi .
Dalam satu Hadis yg meriwayatkan kisah Isra , yg diriwayatkan oleh Abi Hurairah r,anhu  :“ Telah  Ia menjadikan (ciptakan) daku Pembuka ( Al Fatih ) dan Penyudah
(Al Khatim) ”.
{ Hadis berkenaan  Isra ini, salah satunya , sudah maklum Kesahihannya}.
Yaitu Pembuka  (permulaan) bagi Makhluk yg ada , Penyudah bagi Nyata Kenabian. Dan sesungguhnya telah membahas pada mentaqrirkan makna ini dan menerangkannya oleh Al Imam Al Hafiz Taqiyuddin As Subki ( Imam Subki ) didalam Risalah At Ta’zim wal Minnah pada ayat ( Latu, minunna bihi wa latansurannah ). Telah  dicetak bersama-sama  Kitab Fatawa beliau. Al Hafiz Sayuthi telah menaqalkan bahasan tersebut dalam Khashaisul Kubro , Imam Al Qastalany dalam Al Mawahibul Laduniyyah dan  begitu juga mereka yg lain.
PERINGATAN                                                                           
Zaki Mubarak menulis satu rencana dalam buku beliau At Tasawuf Islamy ( Tasawuf Islam ) bertajuk Hakikat Muhammadiyah . Dia menyangka bahawa Sufi telah gulat menyeleweng pada Hakikat Muhammadiyah ini sebagaimana meyelewengnya Orang Nasara  (Kristian ) pada Hakikat Isawiyah .
{ Hakikat Isa yaitu trinity .Termasuk juga tuduhan mereka terhadap Nur Muhammad (atau disebut juga sebagai Hakikat Muhammadiyah) dgn menyamakan Nya dengan konsep Falasafah Greek kuno. Aduhai jahilnya mereka sampai tak tau membezakan yang mana Qodim yang mana Baharu}.   
Dia ( Zaki ) membahas beberapa hadis , “ Adalah aku Nabi padahal Adam masih antara Ruh dan Jasad “. Disangkanya hadis batil, maudhu.  Dia menguatkan sangkaannya dengan menaqal kata-kata Zahabi didalam Al Mizan terhadap Rijal hadis-hadis ini.  Padahal kesemua sangkaannya adalah salah dan keji. Kerana Sufi tidak menyeleweng , bahkan mereka { Juga semua para ulama muktabar  yg masyhur jadi ikutan dalam berbagai bidang Ilmu } menyebut perkara yg mereka faham dari pada Hadis-hadis sekadar kefahaman yg dianugerahi Allah kepada mereka.
Lagi pula telah menjadi adat Zahabi metasrihkan dengan membatalkan Hadis-hadis 
yg Sahih , bahkan kadang-kadang yg Mutawatir pun juga dibatalkannya. Padahal dia mengetahui  Kesahihan dan Mutawatirnya Hadis tersebut tidaklah maksud beliau Batal mutlak begitu. sahaja . Yang dimaksudkan yg sebenar ialah Batalnya dari sudut jalan perawi ( Thoriq Rawi) yg di dikisahkan sahaja.
Ini adalah kebiasaan setiap mereka yg membahaskan tentang hadis-hadis Dhaif . Seperti Ibnu Saban , Ibnu A’diy dan Uqaily. Dan ini juga ma’ruf masyhur dikalangan mereka yg mahir Ilmu Hadis .
Maka berpegang Zaki Mubarak pada Kitab Mizan kerana semata-mata bertujuan untuk membatalkan  Hadis-hadis yg tersebut, adalah satu Kejahilan yg besar yg tidaklah layak melainkan untuk orang yg seperti Dia sahaja. 

                                                        HADIS KEDUA 
  Dari Maisarah Al Aj rah beliau berkata :

قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين الروح والجسد. 

 “Daku Berkata “ Wahai Rasulullah , Bila Anda telah  menjadi Nabi?. Baginda bersabda ” Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad”
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh , AtThobarany dan Al Hakim beliau mensahihkannya.
Berkata Al Hafiz  (Ibnu Hajar Asqolany)” Sanadnya adalah Kuat “.
Hadis menyebut ” Mata Kunta Nabiyyan?”. Ertinya “ Bilakah anda telah menjadi Nabi?. … Al Hadis.
Telah selesai dahulu syarahan makna keadaanNya Adalah Nabi dalam Hadis tersebut ,tanpa ada lagi tambahan kecuali (satu perkara lagi yaitu) ,terdapatnya sebahagian ulamak yg menafsirkan maksud kehendak dari hadis ini dan perkara yg dalam maknanya ialah:
“Tetap KenabianNYA dalam Ilmu Allah dan TaqdirNya”.
Kalau begitu maksud hadis tersebut adalah:
“ Aku telah menjadi Nabi pada Taqdir Allah ,sedang Adam diantara Ruh dan jasad” .
Seperti itu jugalah Dia akan berkata pada tafsiran hadis “ Aku adalah awal-awal Nabi pada kejadian”, bahawa maksudnya adalah Kejadian Taqdir tidak Ijad ( ciptaan )  .
Kesemua ini , (yaitu) kesimpulan dari (penafsiran-penafsiran sebegitu pada  ) perkara tersebut adalah batil kerana beberapa wajah :
(Pertama) Bahawa Kenabian Nabi sallalaahu alaihi wa ala aalihi  wasallam adalah tetap dalam Ilmu dan Taqdir Allah Ta’ala semenjak azali lagi . Maka mentakhsiskannya (menentukan Perlantikan Kenabian) dengan waktu keadaan Adam diantara Ruh dan Jasad adalah lagho ( yg akan mensia-siakan makna hadis tersebut oleh itu ) ,wajiblah mesucikan hadis tersebut dari demikian .
(Kedua) Bahawa Kenabian para Nabi Alaihimus salam, bahkan seluruh yg ada semuanya adalah sabit dalam Ilmu Allah Ta’ala dan TaqdirNya . Maka tiada apa lagi yg tinggal (takhsis) untuk Nabi saw pada keistimewaan ini daripada yang lain. Padahal hadis tersebut hanyalah  datang ia untuk menerangkan satu keistimewaan (khususiah), maka tak dapat tidak bahawa (mesti) ada didalamnya makna kelebihan yg tidak berkongsi padanya oleh orang lain.Kalau tidak begitu nescaya adalah hadis tersebut sia-sia . Demikian itu adalah batil.
(Ketiga) Bahawa Para Sahabat ,mereka mereka bertanya kepada baginda dengan kata mereka “ Bilakah Anda menjadi Nabi?” , padahal mereka mengetahui bahawa Kenabian  Baginda telah tetap dalam pengetahuan Allah ta’ala  dan TaqdirNya . Bahkan mereka mengetahui bahawa segala sesuatu kesemuanya telah tetap ada  pada pengetahuan Allah dan TaqdirNya. Maka mereka secara darurinya (mudah tanpa perlu memusatkan fikiran )  , hanyalah menghendaki dengan soalan mereka tersebut,  untuk mengetahui  satu kadar yg lebih daripada apa yg telah mereka ketahui.
(Keempat) Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah bertanya: “ Bilakah Anda telah jadi Nabi ?”. “ Mata ja’alta nabiyyan?” Lafaz ini terang bermakna tashyir   ( tercipta) yaitu “Mata shayyarta nabiyyan?”. Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia  bersifat dengan  yg  telah jadi  atau  yg sudah tercipta , sepertimana juga jika  anda berkata :“ Ja’altu qit’ataz zahab Khotiman”. Yaitu saya telah buat /cipta kan (j’altu) sepotong emas menjadi sebentuk cincin”.seperti itulah ,sepotong emas  tersebut sememangnya telah ada. Cuma tidak ia bersifat cincin lagi melainkan setelah menjadi cincin dan tercipta.
{ Selain  kalimah“Ja’alta” , kalimat  .(كنت)  “Kunta” pada hadis tersebut adalah juga menunjjukkan telah tercipta. Para pembantah mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjjukkan peristiharan jadi Nabi didalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah telah  jelas  kemustahillannya dan batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut.  lebih jelas lagi jika diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan Rasulullah saw “Bilakah Anda telah menjadi Nabi?”. Terang dan jelas bahawa Saydina Umar ada lah Sahabat yg bijaksana yg tidak sepatutnya beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum dan tidak memberi faedah yg lebih daripada maklumat yg sudah tersedia ada, juga mustahillah Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan bertentangan dengan musyahadah yg dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg meyakinkan  bahawa baginda saw telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada Taqdir Allah ta’ala.    Oleh itu ,apakah maksud sebenar pertanyaan dan jawapan didalam dialog antara Rasul dan Umat Nya saw?.
  Disini lah Fokusnya dan disinilah maksud dan intipati Hadis –hadis tersebut yg menunjjukkan tidak lain tidak  bukan ianya hanyalah  satu khususiah atau keistimewaan Nabi saw berbanding dgn Nabi-nabi lain. Yaitu Nur Mustafa saw atau Ruh Nya saw atau Hakikat Muhammadiyyah telah diciptakan   terdahulu dari segala sesuatu . Wallahu a’lam}.
(Kelima)   Bahawa kewujudan sesuatu didalam Ilmu Allah ta’la dan TaqdirNya tidak tertasawwur dalamNya terdahulu setengah perkara daripada setengah yg lain. Tidaklah dikatakan “Aku adalah awwal Nabi pada ciptaan  (yg berlaku dalam Ilmu dan Taqdir Allah ta’ala”, sebab kedua perkara tersebut adalah sediakala yg tiada dahulu dan kemudian) ,kerana lazim daripada itu perkara yg tidak layak pada Allah ta’ala. Hanya yg sah dikata dulu kemudian itu pada kejadian /yg telah tercipta dengan makna ijad (cipta). Kerana ia adalah sifat fi’il yg boleh ditasawurkan dengannya terdahulu sebahagian hadis (perkara baharu/makhluk) dari yg lain sebagaimana yg telah menunjjuk oleh Quran dan hadis .
Maka oleh itu batallah dakwaan sebahagian mereka dan nyatalah apa yg telah kami terangkan , yaitu : “Allah swt melimpahkan keatas Ruh Nabi Nya saw yg mulia atau atas Hakikat Muhammadiyyah  saw .sifat Kenabian , dan memakaikanNya persalinan Al Qurb  padahal Adam masih diantara ruh dan jasad . Sebagai perbezaan untukNya dari sekelian makhluk” .

                                                                 Tammat Kitab Al Muntoqoh. 

{ Di kalangan pembantah mengatakan Hadis-hadis tersebut boleh dikompromikan dengan satu hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbaadh bin Saariyah “ Sesungguhnya Aku adalah Hamba Allah dan Penyudah segala Nabi .Dan sesungguhnya Adam Alaihis Salam benar-benar tercampak dalam tanah Nya .Aku akan memberitahukan kamu dengan awwal-awwal demikian itu. Ialah seruan bapaku Nabi Ibrahiim,berita gembira Nabi Isa terhadap kedatanganku dan mimpi ibuku dimana dia telah bermimpi , begitulah juga para ibu bagi para Nabi dimana mereka telah bermimpi”.
Berkata pembantah: Tiga buah hadis ini ( yaitu Hadis Pertama dan Kedua yg telah kita bahaskan ) masing-masing kuat-menguat ,maka jadilah dia pada kedudukan Sahih yg diperlukan . Mana-mana Hadis yg meyeluruh (umum) atau kurang jelas ,maka dijelaskan oleh Hadis-hadis yg terang dan nyata, sekiranya terdapat sifat-sifat demikianMenurut hadis ini ( yg ketiga ini) Allah telah menentukan Kenabian Muhammad saw sebelum diciptakan Adam sebagai seorang manusia. Kenyataan ini menunjjukkan dahulunya ketetapan Allah terhadap perkara itu, tetapi tidaklah pula dia menunjjukkan sedikitpun tanda yg menunjjukan Nabi saw dijadikan sebelum Adam as. Malah hadis yg akhir ini menjelaskan adanya seruan Nabi Ibrahim dan mimpi Ibu Nabi saw?.
DiJawab: Hadis pertama dan Kedua tidak boleh dikompromikan dengan yg ketiga dengan makna yg sebegitu oleh itu tak  sah  dikopromikan . Ini lantaran jika diperhatikan matan Hadis yg ketiga,jika kita katakan berlaku semua perkara tersebut didalam Taqdir  Ilmu Allah ta’la maka mustahillah berlaku begitu. Kerana yg telah maklum semua maklumat dalam pengetahuan Ilmu Allah swt adalah Qodim . Sediakala yg tidak ada dahulu kemudian.
Kalau dikatakan boleh berlaku begitu bagaimana pula boleh Nabi Ibrahim  menyeru, Nabi Isa mengiklankan Kedatangan Rasulullaah dan Ibu Nabi bermimpi diketika  yg tak berlakunya Masa dahulu dan Masa kemudian?.Sudah tentulah Mustahil berlaku begitu jawabnya.
              Jika mereka berkata: Apa bukti awak pada matan hadis itu?.
              Jawabnya: Matan hadis  tak jelas menunjjukkan makna dalam Taqdir Ilmu Allah.Tak
              ada satupun kalimah yg boleh diIhtimalkan bermakna berlaku perkara-perkara
              tersebut  dalam Ilmu Allah.
Kalau kita lihat hadis tersebut jika dibahas disudut Ilmu Nahu atau yg sebangsa dgnnya  memang nyata   tiada bermaksud begitu. Lafaz Abdullah itu sendiripun sudah menunjjukkan  sudah tercipta. Lafaz “Sa unabbii uukum bi awwali zaalika” (Aku nak mengkhabarkan kamu dgn awwal demikian itu) ,Awwalu  Zaalik (Awwal demikian itu )  isyarat kepada suatu yg jauh , kemana ditujukan isyarat tersebut?. Jika anda berkata “kepada Taqdir Ilmu Allah “, nyatalah salah sebab  seruan Nabi Ibrahim  a.s dan Rasul saw jadi Nabi  tidak dikatakan telah berlaku   jika hanya masih diperingkat Taqdir dalam IlmuNya swt .  Kerana telah kita sebutkan Maklumat pengetahuan Allah adalah qodim. Sediakala yg tiada mula dan kemudian sebagaimana yg termaklum dalam Ilmu Tauhid. . Alangkah senangnya jika difahamkan makna yg menjadi pegangan jumhur ulamak , Yaitu Peristiharan Kenabian saw terhadap Ruh Baginda saw, sebelum Baginda di lahirkan oleh Bonda Baginda.Kalau disini menunjjuk samada dimasa sebelum Rasulullah saw dilahirkan. Kita nak tanya, masa sebelum Rasulullah dilahirkan  bila?. Adakah semestinya dalam Taqdir Ilmu Allah sahaja?.  Jawabnya tentulah tidak. Sedangkan kalau dipakai makna Perisytiharan dalam Taqdir Allah taala ,sudahlah tentu tidak munasabah sebagaimana yg telah dibahaskan.
Oleh yg demikian makna yang membetuli  dengan matan hadis tersebut , hanyalah bermaksud  “Perisytiharan Kenabian saja yg dilakukan dimasa  Nabi Ibrahim , Nabi Isa dan seterusnya diistiharkan kepada Siti Aminah, Ibu Nabi Saw dan juga  kepada semua Ibu Nabi-Nabi. Bukan menunjjukkan Perisytiharan pada Taqdir  .
         Maka makna sebegini tidaklah bercanggah dengan mana-mana keterangan pun. Makna yg telah kita terangkan ini jika kita
         kompromikan dgn hadis yg pertama dan kedua tersebut  tiada lah apa-apa percanggahan maksud . Sah dikompromikan dengan
         makna yg begitu dan tepat dgn kaedah mengkopromikan hadis-hadis yg zahirnya berlawanan. Lagi pula menguatkan antara satu
         sama lain.  Wallahu a’lam.
Jika pembantah berkata : “Winna Adam alaihis Salam lamunjadilu fi thina tih”,
menunjjukkan pada Taqdir Ilmu Allah?.
Dijawab : Tidak begitu, kerana Kalimah “Wainna adalah isti,naf  liltaukid sahaja, permulaan untuk mentaukidkan sahaja bagi “Inni Abdullah”  sesungguhnya aku hamba Allah. Yg mana kalimah  Aku adalah “HAMBA ALLAH” cukup terang mencakupi  makna Ruh . Menjadi kenyataan KEWUJUDAN Ruh Saw atau Nur Muhammad saw atau apa yg diistilahkan sebagai Hakikat Muhammadiyyah.
              Maka makna hadis tersebut yg terang ialah “Aku sudah menjadi Nabi , atau Ruh ku
              sudah jadi Nabi   atau Nur ku    sudah di Isytiharkan jadi Nabi semasa Adam masih lagi
              belum wujud” .   Wallahu a’lam.} 
 Selain itu , riwayat yang tercatit dalam  Sahih Ibnu Hibban, Al Hakim dan Musnad Imam Ahmad hanya menyebut  انى عند الله فى أم الكتاب لختم النبيين           ertinya “ Aku disisi Allah dalam Ummul Kitab (PengetahuanNya) adalah Kesudahan Nabi”.
Hadis ini yang difahami menurut mafhum Kitab karangan  Mulla Ali Al Qori ,tiada apa-apa pertentangan dengan hadis terdahulu. Kerana sebagaimana yang telah kita terangkan , ianya hanyalah menceritakan Perkara yang sudah ada dalam Pengetahuan Allah swt dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku berkenaan Sambutan dan peristiharan Para Nabi yang terdahulu  sahaja. Ianya tidak lebih dari “Perkhabaran”, yang tidak akan membantah hadis-hadis yang kita utarakan. Rujuk  Al Mawrid Ar Rawi fi Mawliddin Nabawi .. Mulla Ali Al Qori.
Ms 37.   
               FATWA (al Marhum) SYEKH  MUTAWALLI AS SYA’RAWI.
                                             ( Ulamak Tafsir Mesir)
 Beliau berkata dalam Kitab Al Fataawa , fatwa no 87: Soal;

س: يقول الحق تبارك وتعالى : قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين .       
                                                                                        فهل المقصود بالنور هناك ألنبى أم القرأن؟.         

ج: لما كانت واو العطف تقتضى مغايرة ما قبلها لما بعدها فى الحكم , فاءننا نفهم من ذلك أن النور  ليس  هو الكتاب (القرأن) الذى يشتمل على المنهج الذى يخرجنا  من الظلمات الى النور.   و محمد صلى الله عليه وسلم هو الذى دلنا على الكتاب  وهذا يصل بنا الى أن محمدا هو النور.                   

 Berfirman Allah ta’aala ;

    قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين.           

Ertinya “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu Cahaya dan Kitab yang nyata”.  Surah Al Ma idah ayat 15.
Soalannya , Adakah yg dimaksudkan dengan Cahaya disini ialah Nabi saw atau Al Quran?.
Jawab: Manakala huruf  waw (sendikata dalam ayat tersebut/ athaf mughoyarah ) yang memaksudkan berlainan antara perkara sebelum nya dengan yang selepasnya pada sesuatu Hukum, maka kita  memahamkan dari sebab yang tersebut Bahawa Nur bukanlah Al Quran yang mana al quran juga melengkapkan kita dengan method yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (Nur).  Nabi Muhammad saw adalah yang telah menunjjukan kita kepada Al Quran.
Dan (dasar) Inilah yang memahamkan kita “Bahawa Nabi Muhammad saw adalah NUR”. 

                                                                                                            Tammat, Fatawa Sya`rawi.

Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Nabi Muhammad  saw. 
1)Tafsir Athobari.
2)Tafsir Al Qurthubi.
3)Tafsir Ibnu Hatim.
4)Tafsir Baidhowi.
5)Tafsir Jalalain.
6)Tafsir Ibnu Jawzi.
7) Dan lain-lain  Tafsir.
Syekh Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam rangka menafsirkan ayat 15 surah 5:  “ Bahawa baginda saw dinamakan NUR / CAHAYA, kerana baginda menerangi pengelihatan (hati) dan menunjjuki ke jalan yang benar ….. juga kerana baginda adalah punca jasmaniah baik ruhaniah……
                                                     Tammat.

Hadis-hadis lain   berkenaan Nur Musthafa saw yang menjadi pertikaian serta ulasan positif para ulamak  hadis terhadapnya.

  1)
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا    بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام.

Ertinya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallaahu a’nhuma , “Bahawa Nabi saw, Ruh Baginda, adalah Cahaya disisi Hadrat Allah ta’ala, dua ribu tahun
sebelum diciptakan Adam”.
Diriwayatkan oleh:
Muhammad bin Umar Al a’dani . Pengarang Al Musnad.
Kunyahnya Abu Umar . Tinggal diMekah. Melazimi Ibnu Uyaiynah. Berkata Ibnu Hatim  “Kaanat fiihi Ghaflah”. Wafat pada 43 hijrah. Tetapi beliau merupakan salah seorang Rijal Muslim, Tarmizi, Nasai  dan Ibnu Majah. Pangkat ke 10 disisi Ibnu Hajar Al Asqolani.    Berkata Ibnu Hajar dalam Taqrib At Tahzib “

كبار الأخذين عن تابع التابعين ممن لم يلق التابعين كأحمد بن حنبل .

Rujuk Taqrib a’la Tahzib. Ibnu Hajar Al As qolani. 
2) Kitab As Syifa bit Ta’rif al Musthafa. Susunan Qadhi I’yadh.
Bab Kemuliaan Nasab Nabi saw.

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام.
Ertinya: “Bahawa adalah Ruh Baginda saw merupakan Cahaya dihadapan  Hadrat Allah ta’ala sebelum diciptakan Adam selama  dua ribu tahun”.
Beliau berkata:
“ويشهد بصحة هذا الخبر شعر العباس”
Bertinya: Syair Al Abbas menjadi Syahid bagi menSahihkan Hadis ini”. M S, 207  juzuk 2 , cetakan Maktabah Darul Kutub .
 3) Imam Sayuti menyebut riwayat ini dalam kitab Manahilu Safa, karangan beliau.
4) Imam Ahmad bin Hanbal , meriwayatkan dalam Kitab Fadha il Sahabah: 
“Sesungguhnya Aku dan Ali adalah cahaya dihadapan Allah swt sebelum tercipta Adam , selama 14 ribu tahun …….”
Beliau meriwayatkan melalui thoriq (jalur riwayat)  Al Hasan bin Miqdam (shoduq/jujur) , Khalid bin Ma’dan (shoduq) , Fudhail bin Iyyad (telah maklum siapa dia Fudhail ini) , Zadhan (shoduq , Seorang Rijal Muslim dan Bukhari dalam Adabul Mufrad , Salman Al Farisi radiallahu an hu…..Ini menurut  penilaian Ibnu Hajar dalam Taqrib Tahzib. 
Semua Rijal nampak nya dipercayai . Wallahu a’lam.
5) Az Zahabi juga ada menyebut riwayat ini (hadis no 4 diatas) dalam Mizan .
6) Hadis yang ke 10 dalam Kitab Mawaqif.
Berkata Ibnu Hajar dalam Fatawa Hadisiyah  ” Sangat Lemah”. Tapi semakna dengan hadis dalam  Bukhari, Musnad Ahmad dan Muslim tetapi tanpa  lafaz “ Tuhan mencipta RUH TERDAHULU DARI  JASAD”.
Wallahu a’lam.

 7)Soal:  Riwayat dari Imran bin Husin  dalam Bukhari, Sahabat bertanya berkenaan Awal Penciptaan .Rasulullah saw menjawab ”
Allah telah ada  dan tidak ada sesuatu sebelumNya. Dan al-ArsyNya berada di atas air lalu Dia
menuliskan pada ad-Dzikr (Kitab Lauh Mahfuz) segala sesuatu dan Dia menciptakan langit dan
bumi……?.
Jawab:  Hadis ini tidak mensorihkan atau memakai kalimat yg jelas seawwal-awwal kejadian .
Soal: Bagaimana pula dengan Hadis dalam Sunan Tirmizi dan Abu Daud dari Ubadah bin Samit  pula  “Rasulullah SAW bersabda  :  “Yang pertama diciptakan oleh Allah SWT adalah Qalam
 ( pena ) kemudian Dia berfirman kepada Qalam “ Tulislah” . Qalam bertanya “ Apakah yang akan ku tulis?. Berfirman Allah swt “ Segala sesuatu yang akan terjadi sehingga hari Qiyamat”.
Jawab: Awwal-awwal yg dimaksudkan  pada semua hadis-hadis  ini ialah AWAL-AWAL CIPTAAN ALLAH  SWT SELEPAS ALLAH SWT MENCIPTAKAN AIR ANGIN DAN ARSY.
Maksudnya selepas Allah swt menciptakan ketiga-tiga perkara tersebut , barulah diciptakan Qalam. Bukan pula menunjjukan AWWAL SESUATU YANG TERCIPTA SEBELUM SESUATU adalah Qalam. Maka  Hadis  Qalam ini SEBENARNYA HANYALAH SEBAGAI MENAFSIRKAN  Hadis riwayat Imran bin Husain , dalam  Bukhary tersebut.
Hasilnya tidak ternafi ,jika terdapat riwayat yang menunjjukan ada sesuatu ciptaan yang mendahului setiap sesuatu ciptaan .
Lihat pula apa ulasan Mulla Ali Al Qori:
واختلفوا فى أول المخلوقات بعد النور المحمدى فقيل : العرش , لما صح من قوله صلى الله عليه وسلم ( قدر الله مقادير الخلق قبل ان يخلق السموات والآرض بخمسين ألف سنة  وكان عرشه على  ا لمأ ). فهذا صريح فى أن التقدير وقع عند أول خلق القلم لحديث عبادة  بن الصامت مرفوعا  أول ما خلق الله القلم , وقال له : أكتب , قال  رب وما أكتب؟                             
 قال أكتب مقادير الخلق كل شىء. ) رواه  أحمد والترمذى وصححه لكن صح فى حديث     مرفوع  من حديث أبى رزين العقيلى  رواه أحمد و الترمذى :
 ( ءان المأ خلق قبل العرش)  . وفى قوله تعالى :  ( وكان عرشه على ا لمأ ) ءاشارة ءاليه ودلالة عليه , نعلم أن أول الأشيأ  قبل  على الاءطلاق  النور المحمدى صلى الله عليه وسلم , ثم المأ ثم العرش ثم القلم , فذكر الأولية فى غير النور المحمدى صلى الله عليه وسلم ءاضافية.         
Maurid Rawi. Ms23.
Wallahu a’lam.

Ulamak khilaf pendapat berkenaan suatu yang terawal daripada makhluk selepas Nur Muhammad saw . Setengah ulamak berpendapat Arasy ,kerana sah riwayat daripada Nabi saw
“ Telah mentaqdirkan oleh Allah swt semua Taqdir makhluk sebelum diciptakan tujuh petala Langit dan Bumi tujuh ribu tahun terdahulunya, padahal Arasy sudah diatas air”.
 Maka ini nyata bahawa permulaan Taqdir berlaku diketika awal-awal ciptaan Qalam  berdasarkan hadis Marfu’ riwayat Ubadah bin Shomit. “ Awal-awal perkara yang telah Allah ciptakan adalah Qalam. Firman Allah kepadanya : Tulislah . Berkata Qalam : Wahai Tuhanku, Apa yang akan saya tulis?.  Firman Allah : Tulislah segala taqdir makhluk ,tiap-tiap satunya”. 
Riwayat Imam Ahmad ,Tarmizi dan beliau telah mensahihkannya tetapi telah sah dalam satu hadis yang Marfu’ daripada Abi Zarin Al Uqaili yang telah meriwayatkannya oleh Imam Ahmad dan Tarmizi “ Sesungguhnya air telah diciptakan sebelum  Arsy lagi”.
 Dalam firman Allah ta’la:( Adalah ArsyNya diatas Air).
Megisyaratkan  dan menunjjukkan atasnya ( yakni ciptaan Air terdahulu dari arsy pula),  maka memahamkan kita bahawa sesungguhnya awal-awal segala sesuatu sebelum sesuatu  secara mutlaknya, adalah Nur Muhammad saw, kemudian Air, kemudian Arsy kemudiannya barulah  Qalam .
Maka menyebut keawwalan  sesuatu perkara sebelum Nur Muhammad saw adalah bermaksud Awal yang Idhofi saja ( bukan bermakna awwal  Hakiki  , yang sebenar-benar awwal yang tidak didahului kejadian  sesuatu yang lain ).

                                                                Tammat.       
Oleh yang demikian , tiada syak lagi, Kerpercayaan atau Akidah Nur Muhammad saw bukanlah suatu akidah syirik dan menyegutukan Tuhan . Tiada  Syak , tiada Dzon dan tiada Waham terhadap Keesaan Tuhan dan Kerasulan Muhammad Saw. Jika timbul perkara-perkara lanjutan dari Akidah Nur Muhammad saw ini yang menjurus kepada Syirik , dan sesat ,maka semestinya di teliti semula punca timbul kesesatan dan syirik tersebut. Adakah dari Akidah Nur Muhammad atau campuran-campuran unsur ajaran Kebatinan yang telah maklum   kedudukannya.  Wallahu a’lam.

© 2008-2019 Jalan Sufi. All Rights Reserved.
OFF………………..

















Assalammualaikum

Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady

Martabat Tujuh- Muhammad Uthman El Muhammady بسم الله الرحمن الرحيم نحمده ونصلى على رسوله الكريم MARTABAT TUJUH OLEH: MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY Nota ini, insya’ Allah, akan membicarakan dengan ringkas, setakat memadai, tajuk ‘Martabat Tujuh” sebagaimana yang terkenal dalam teks-teks Melayu-Jawi, dan dalam kalangan ahli persuratan dan ulama di Dunia Melayu, dan mengaitkannya pula dengan unsur-unsur yang ada dalam setengah penulisan tasauf yang ada dalam kalangan Ahlis-Sunnah wa’l-Jama’ah, dengen menyebut ciri-ciri dan dasar-dasarnya. Kemudian akan dibicarakan kedudukannya dalam konteks fahaman ilmu atau epistemologi Ahlis-Sunnah, adakah ia mempunyai ‘tempat’ yang memang sesuai baginya, yang perlu dibicarakan oleh mereka yang tertentu yang mempunyai persiapan-persiapan tertentu, ataupun, sebaliknya, ia sesuatu yang perlu dilupakan dan ditiadakan dalam wanaca keagamaan Dunia Melayu yang berpegang kepada Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah semenjak dahulu sehingga sekarang, walaupun ada usaha untuk ‘menyemak’nya oleh setengah kalangan. Dahulunya tajuk ini dibicarakan oleh kalangan mereka yang dikirakan ‘ahli’ sebenarnya; tetapi sekarang isu ini sudah ‘keluar’ daripada ‘tempat’nya, dan dibicarakan oleh ‘semua’ pihak. Oleh itu timbullah keperluan untuk membicarakannya.Penulis ini yang tidak memandang dirinya ahli dalam bidang ini, tetapi yang bergantung kepada para ulama yang muktabar dan hasil-hasil para penyelidik bidangnya, mengharapkan perbincangan ini berlaku dalam keadaan ‘fikiran yang dingin’ dan sejahtera, demi untuk mencapai sesuatu yang jernih dan menyelamatkan, tanpa melanggar adab-adab yang dikehendaki terhadap ilmu dan para ulama, Allah memberi rahmat kepada mereka.Amin. “Input-input” yang berguna amat dialu-alukan untuk menyempurnakan perbincangan bersama. Tasauf Di Dunia Melayu Imam al-Ghazali rd dalam kitab Ihya’ ‘Ulumi’d-Din yang terkenal itu membahagikan tasauf kepada dua bahagian, iaitu tasawwuf mu’amalah dan tasauf mukasyafah. (1) Yang mu’amalah ialah berkenaan dengan isu-isu seperti bersuci, beribadat, sifat-sifat yang buruk yang perlu dihilangkan daripada diri dan sifat-sifat yang baik yang perlu dijadikan perhiasan diri. Demikian pula di dalamnya termasuk soal-soal kehidupan seperti nikah-kahwin, usaha mencari rezeki yang halal, kehidupan berjiran, dan persoalan-persoalan yang sedemikian. Perkara-perkara yang dimasukkan ke dalam bidang ‘mukasyafah’ ialah perkara-perkara yang menyentuh hakikat-hakikat tentang roh dan jiwa, hakikat ketuhanan, hubungan Tuhan dengan alam, hal-ahal alam yang kekal abadi yang selain daripada fardu ‘ain dalam pembicaraan.Maka boleh dikatakan bahawa pembicaraan tentang ‘Martabat Tujuh’ ini adalah termasuk ke dalam bahagian atau bidang yang disebut ‘mukasyafah’ itul, Dalam hubungan dengan perkembangan Islam di Dunia Melayu, nampaknya dalam beberapa abad awal perkembangan itu situasinya berkebetulan dengan masa perkembangan tasawuf dan tarikat-tarikat dalam erti yang biasa dimengerti. Ini adalah selain daripada hakikat bagaimana amalan-amalan rohaniah itu memang sudah ada pada zaman awal lagi, dan berkembang dengan baiknya, sebagaimana yang disebutkan oleh ibn Khaldun dalam al-Muqaddimahnya dan juga oleh ulama sufi dalam teks-teks mereka yang terkenal seperti Risalah al-Qushairiyyah dan Kashf al-Mahjub antara yang sekian banyaknya itu. Imam al-Ghazali rd menulis kitab berkenaan dengan tasawwuf yang menyentuh soal-soal akhlak dan pembentukan rohani secara ‘moderat’ mengikut setengah pihak, bagaimanapun ia menulis pula teks-teks seperti Mishkat al-Anwar misalnya, dan Tahafut al-Falasifah serta juga al-Maqsad al-Asna yang menghuraikan makna-makna yang sangat dalam tentang Nama-Nama tuhan.Beliau meninggal dalam tahun 1111 , dan ibn ‘Arabi rd yang banyak mempengaruhi para sufi kemudian, dengan al-Futuhat al-Makkiyyahnya dan Fusus al-Hikamnya meninggal tahun 1240; manakala Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani rd meninggal dalam 1166, dan Shaikh Abul-Hasan al-Shadhili rd meninggal dalam tahun 1258. Dan Islam yang berkembang di Dunia Melayu nampaknya banyak menunjukkan pengaruh tasauf dan amalannya. Dengan itu nampaknya tasauf merupakan sesuatu unsur yang sangat penting dalam perkembangan Islam di rantau ini. (2) Nampaknya sebutan tentang “Martabat Tujuh” ini dikaitkan dengan nama Hamzah Fansuri dan muridnya Syamsuddin al-Sumatrani atau Syamduddin Pasai, serta juga ‘Abdur-Rauf Singkel yang hidup yang bergiat di Acheh dalam abad ke 16 dan ke 17. (3) Hamzah Fansuri mengeluarkan fahamannya dan pengalamannya melalui tulisan prosa dan puisi, dan ia muncul sebagai ahli puisi sufi yang teragung di rantau ini. Dalam karangan-karangannya ia mengeluarkan kata-kata yang menyatakan tentang ‘keesaan yang wujud’ (‘wahdiatul-wujud’) yang terkait dengan nama ibn ‘Arabi rd yang terkenal itu. Nampaknya ia mengamalkan tarikat Qadiriyyah dan mungkin juga ia ‘khalifah’ tarikat yang berkenaan. Pengarang yang terkenal seorang lagi di Acheh ialah Shamsuddin Pasai (men.1630) yang mengarang dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu; beliau tidak muncul sebagai penggubah puisi tetapi tulisannya lebih sistematik, dan memberi huraian tentang ajaran metafisika yang sama dengan gurunya tentang ‘keesaan yang wujud’. Pada van Bruinessen nampaknya beliau pengarang yang pertama dalam Dunia Melayu memberi huraian berkenaan dengan martabat tujuh ini , yang merupakan adaptasi daripada teori ibn ‘Arabi tentang emanasi atau ‘faid’ dari Tuhan yang popular di rantau ini. (4) Dalam hubungan dengan ini mungkin beliau mengikuti contoh pengarang Gujerat Muhammad b.Fadl Allah al-Burhanpuri yang menghuraikan doktrin yang sama dalam Tuhfah al-Mursalah ila Ruh al-Nabi , yang siap digubahnya pada 1590, dan kemudian menjadi popular di kalangan Muslimin Dunia melayu. (5) Mungkin beliau mengenali kitab ini di Acheh, atau di Makkah, atau di India. Burhanpuri beramal dengan tarikat Shattariyyah, dan selepas meninggal Shamsul-Din tarikat itu menjadi popular dari kalangan mereka yang pulang daripada menunaikan haji. Mungkin boleh ditambah beberapa maklumat berkenaan dengan teks-teks karangan Syams al-Din Pasai ini.Antaranya ialah: Jawhar al-Haqa’iq (30 halaman dalam Bahasa Arab), karyanya yang paling lengkap, disunting oleh Van Nieuwenhuijze, yang membicarakan martabat tujuh dan jalan mendampingi diri sengan Tuhan; kitab Risalah Tubayyin Mulahazat al-Muwahhidin wa al-Mulhidin fi Dhikr Allah (berbahasa Arab), lapan halaman, diolah oleh Van Nieuwenhuijze, mengandungi huraian tentang perbezaan antara kaum yang berpegang kepada tauhid yang benar dan kaum yang mulhid; kitab Mir’at al-Mu’min (70 halaman) dalam Bahasa Melayu, menjelaskan keimanan kepada Allah, RasulNya, kitab-kitabNya, para malaikatNya, akhirat, qada’Nya, dalam akidah Ahlis-Sunnah wa al-Jama’ah (mengikut Imam Asy’ari dan Maturidi rd). Kitab Sharah Ruba’I Hamzah Fansuri, 24 halaman berbahasa Melayu, menjelaskan pengertian wihdatul-wujud. Kitab Syarah Sya’ir Ikan Tongkol (20 halaman, dalam Bahasa Melayu),ulasan 48 baris syair Hamzah Fansuri yang mengupas nur Muhammad dan cara mencapai fana’ fi’Llah. Kitab Nur al-Daqa’iq (dalam 9 halaman, berbahasa Melayu, ditranskripsi oleh A.H. Johns (1953) huraian tentang rahsia ma’rifat , dalam martabat tujuh. Kitab Tariq al-Salikin (18 halaman, berbahasa Melayu), menjelaskan istilah-istilah seperti wujud, ‘adam, haqq, batil, wajib, mumkin, mumtani’, dan yang sepertinya. Kitab Mir’at al-Iman atau Bahr al-Nur,12 halaman, berbahasa Melayu, membicarakan ma’rifah, roh, dan martabat tujuh.Kitab al-Harakah , 4 halaman, ada yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Melayu, membicarakan ma’rifah atau martabat tujuh. (6) Kemudian ulama yang terkenal yang menentang Shamsu’l-Din Pasai dan Hamzah Fansuri ialah Nuru’l-Din al-Raniri rh, dan mungkin akibat penentangannya yang teruk, ia terpaksa meninggalkan bumi Acheh. Shaikh Nurul-Din menuduh ajaran Hamzah Fansuri sebagai ‘panteisme’ dan membandingkannya dengan falsafah Vedanta Hindu dan ajaran Buddha Mahayana di Tibet. (7) Seorang ulama basar Acheh ialah ‘Abdul-Ra’uf Singkel rh (1615?-93) .Beliau berada di Mekah dan Madinah selama 19 tahun kemudian kembali ke Dunia Melayu.Nampaknya para penduduk rantau ini sangat ramai menunaikan haji berbanding dengan para penduduk rantau lain walaupun jarak mereka dengan Mekah adalah jauh. Dan dengan adanya masyarakat mereka di sana yang kuat perpaduannya, maka pengaruh ulama Mekah besar di rantau ini. Antara ulama di sana yang berpengaruh di rantaum ini ialah Ahmad al-Qushashi rh, Ibrahim al-Kurani rh, dan anak Ibrahim bernama Muhammad Tahir yang berada di Madinah. Pada pendapat van Bruinessen (8) Qushashi (men.1660) dan Kurani (men.1691) merupakan sintesis tradisi India dan Mesir yang berupa warisan kesarjanaan fikh dan tasawwuf Zakaria al-Ansari rh dan ‘Abd al-Wahhab al-Sha’rani rh di satu pihak dan perlibatan dengan pengambilan bai’ah dalam tarikat-tarikat dari India terutamanya Shattariyyah dan Naqswhabandiah di satu pihak lainnya. Katanya tarikat-tarikat ini diperkenalkan oleh Shaikh Sibghatullah yang menetap di Madinah dalam tahun 1605.Kurani pula , yang ia adalah seorang bangsa Kurdi, mempunyai kemahiran dalam sastera berbahasa Parsi dari India, dan selain daripada kepakarannya dalam hadith beliau mempunyai minat yang mendalam tentang metafisika. Dalam menghadapi kontroversi-kontroversi, maka ulama India berpaling kepadanya untuk mendapat bimbingan. Demikian pula orang-orang Dunia Melayu. Kerana permintaan mereka maka ditulisnya syarah terhadap kitab Tuhfah al-Mursalah mengikut cara fahaman Ahlis-Sunnah wa al-jamaah. (9) Beberapa generasi lamanya orang-orang Dunia Melayu mempelajari ilmu agama di Semenanjung Arab dengan ulama yang datang selepas daripada Kurani, dan mereka menuntut bai’ah dalam tarikat Shattariyyah, kadang-kadang dengan kombinasi tarikat-tarikat lainnya. Maka melalui tarikat Syattariyyahlah idea-idea metafisika sufi dan pembahagian-pembahagian atau klasifikasi berdasarkan ajaran martabat tujuh menjadi sebahagian daripada kepercayaan Orangt-Orang Jawa yang popular. Hampir-hampir seabad kemudian Orang-Orang Dunia Melayu di negeri Arab sangat tertarik kepada Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Samman rh (men.1775) di Madinah, yang sangat dipercayai mempunyai keberkatan yang sangat besar, bertugas sebagai penjaga makam Nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam dan mengarang beberapa buah kitab tentang metafisika sufi; beliau berpengaruh kerana ia pengasas tarikat Sammaniyyah; banyak kisah-kisah ‘manakib’ yang menunjukkan kekeramatannya, yang tersebar di Dunia Melayu. Murid Syaikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Samman yang terkenal sekali di Dunia Melayu ialah Syaikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani rh yang menulis beberapa buah kitab, antara yang terkenalnya ialah Siyar al-Salikin ‘ila ‘ibadati Rabbil-‘Alamin yang berdasarkan kepada isi kandungan Ihya’ Imam al-Ghazali rd. Selepas meninggalnya Syaikh Samman rh ia digantikan oleh khalifahnya Siddiq bin ‘Umar Khan. Maka tersebarlah tarikat itu dengan meluasnya. Kitab-kitab yang ada mempunyai huraian-huraian tentang metafisika ini disebutkan oleh Syaikh ‘Abd al-Samad palembang rh dalam teksnya Sayr al-Salikin dalam jilid 3.Antaranya ialah teks-teks karangan ibn ‘Arabi rd seperti Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikamnya yang disebutkannya sebagai teks untuk orangt-orang muntahi atau yang berada pada tahap penghabisan dalam perjalanan rohani. Al-Manhalu’s-Safi[ fi Bayani Rumuzi Ahli’s-sufi]: Antara teks-teks tentang metafisika sufi yang boleh disebutkan secara tepat sebagai beraliran ‘martabat tujuh’ ialah Kitab al-Manhali’s-Safi yang kuat dikatakan ia karangan Syaikh Daud al-Fatani rh.Antara ulama yang mengajar kitab itu kepada mereka yang dikirakan sesuai untuk mendengarnya ialah alm haji ‘Abd al-Rahman di Wakaf Baru, Kelantan. Saya sendiri pernah beberapa kali bercakap dengannya.Allahumma yarhamuh. Beliau mengajar kitab Hikam [yang dinisbahkan kepada To’ Pulau Manis] dan juga al-Manhalus-Safi dan beliau menerangkannya mengikut apa yang diterimanya daripada To’ Syafi’ Kedah rh.Oleh kerana teks ini masih senang didapati sekarang dan ada tersesbar dalam masyarakat maka saya gunakan teks ini untuk perbincangan ini. Yang menarik laginya ialah teks ini ada nota-nota pada tepi beberapa halaman yang menunjukkan bahawa ia telah dijadikan teks untuk pengajian. Isi kandungan maklumat tentang martabat tujuh dalam teks ini ialah seperti berikut (berdasarkan kepada MS yang ada pada saya, kerana yang tercetaknya tidak ada pada aya sekarang).Dalam naskah yang ada pada ayahanda Syaikh Ahmad al-Fatani sebagaimana yang diberitahu oleh rakan kita Wan Mohd Shaghir Abdullah, melalui saudara Zaidi Mohd Hasan, Allah membalas kebaikan kepada mereka, amin, karangan itu ialah memang karangan Syaikh Daud al-Fatani rh.MS yang ada pada saya ini bertarikh 1302 H. tertulis oleh Syihab al-Din bin Ismail syin ya (?), di tulis namanya dengan huruf berasing-asingan tidak disambungnya, di Makkah al-Mukarramah.Ia terdiri daripada 15 folio. Pada folio 1 katakanlah 1B selepas mukadimah dengan basmalah, hamdalah, dan salawat, katanya…”bahawasanya adalah bagi segala kaum penghulu ahli al-saufi itu beberapa istilah mereka itu yang tiada mengetahui akan dia melainkan ahlinya.Maka tiada harus [bagi] yan g bukan ahlinya itu mentelaahkan segala kitab mereka itu kerana yang tiada mengetahui akan kehendaknya diambilnya atas zahir perkataan mereka itu maka membawa’ kepada kufur; sebab itulah diharamkan metala’ah segala kitab mereka itu [mereka] yang bukan ahlinya, seperti kata Syaikh Muhyi’l-Din ibn al-‘Arabi radiya’Llahu ‘anhu, nahnu qaumun tahrim mutala’ati kutubina …ertinya bahawasanya adalah kami sduatu kaum yang haram mentala’ahkan segala kitab kami’ yakni apabila tiada tahu akan segala istilah mereka itu. Katanya: Maka sayugianya jangan kita memudah-mudahkan segala perkataan mereka itu dengan ilham Tuhan mereka itu.Maka kebanyakan segala kitab mereka itu dengan mutasyabihat tiada dapat bagi segala orang yang ahli al-zahir mengambil dengan zahir katanya [yang pada zahirnya itu] menyalahi syariat dan hakikatnya sekali-kali tiada menyalahi batin syariat ; maka wajib atas murid apabila yang tiada tahu akan kehendak mereka itu ia menyerahkan segala perkataan mereka itu kepadanya, jangan ia meng(ing)karkandia dan jangan menyalahkan dia sepertim kata Syaikh Abul-Hasan al-Syadhili (rd); Maka bermula orangn yang membenarkan pada ilmu kami ini wali kecil Katanya Maka setengah daripada istilah mereka itu ‘huruf aliyat’ yang lagi akan datang kenyataannya dua bait syair karangan Syaikh Muhyi al-Din ibn al-‘Arabi, dan demikian lagi seperti kata tilmidh (atau murid)nya dan khalifahnya Sadr al-Din [al-Qonyawi] Buni, ‘wa ra’al-haqq mir’ah’ yura’ yang lagi akan datang kenyataannya beberapa banyak.Maka apabila engkau ketahui akan perkataan segala ahli saufi dengan isyarat jua, maka ta’ dapat tiada daripada kita ketahui akian isyaratnya.Maka sekaranglah hamba nyatakan: Ketahui olehmu bahawasanya adalah bagi Hak Subhanahu wa Ta’ala itu beberapa martabat [pada sisi pandangan rohaniah dalam kesedaran para ‘arifin, bukan pada falsafah yang ditanggapi dengan lamunan otak atau minda-ujem] pertama Ahadiah, maka (1B) Ahadiah Iaitu martabah ‘la ta’ayyun’, iaitu ‘kunhi zat’ [iaitu semata-mata Zat Allah ta’ala tiada lainnya], kedua ‘wahdah’ [di]namakan dia ‘ta’ayyun awwal’ yaitu ibarat daripada ta’luk IlmuNya akan ZatNya dan akan sifatNya dan akan segala yang maujudat atas jalan ijmal, maka dinama akan dia Hakikah al-Muhammadiyyah [bukan nabi Muhammad s.a.w. yang di Mekah dan Medinah secara zahir itu], ; ketiga wahidiyyah dinama akan dia ‘ta’ayyun thani’, yaitu ibarat daripada ta’aluk ilmuNya akan ZatNya dan segala SifatNya dan segala maujudat atas jalan tafsil [terperinci satu demi satu, tetapi masih dalam Ilmu Allah yang Kadim dan azali], dan dinamakan dia hakikat insaniah [tidak bersangkut dengan manusia itu lagi, sebab ini beluam ada apa-apa].Maka ketiga[-tiga] martabat ini [martabat Ahadiah, Wahdah dan Wahidiyyah] itu kadim lagi dinamakan martabat keTuhanan. Katanya: Dan adalah [ia, yang dikatakan martabat keTuhanan, belum ada apa-apa yang lain itu] diu[m]pamakan ‘ilman martabat Ahadiyah seperti kertas yang lapang, yang tiada di dalamnya suatu kaid jua [tak ada kaitan dengan apa-apa], demikian rupanya O .Sebab inilah dinamakan ‘martabat itlak’ yakni lepas daripada ada sesuatu dan ‘la ta’ayyun’.[Dikatakan demikian] dengan sebab tiada ada nyata sesuatu juapun . Wahdah Katanya: Dan mithal pula akan martabat wahdah itu u[m]pama noktah di dalam da’irah [atau bulatan] yakni titik yang satu demikian rupanya . , maka noktah itu asal bagi segala huruf, yakni menerima lagi mengandung segala huruf yang hendak disuratkan, tetapi ijmal di dalamnya yakni berhimpun di dalamnya tiada ada kenyataan huruf, Wahidiyyah Dan mithal pula akan martabat wahidiyyah itu u[m]pama ‘alif’ asatu huruf yang lain yang nyata dalam dairah [atau bulatan] demikian rupanya O [maka dibuat rajah bulatan ditengah-tengahnya ada alif], maka alif itu kesempurnaan noktah yang ijmal lagi ta’ayyun yang nyata sekira-kira tiada menerima paling lagi, sebab itulah dinamakan ta’;ayyun thani’, kerana noktah itu ta’ayyun awal, dan alif itu ta’ayyun thani , demikianlah mithal bila tashbih, walillahi’l-mathalul-a’la [ayat Qur’an surah al-Nahl ayat 60]. Katanya; Dan demikian lagi [di]mithalkan pula oleh setengah ulama akan ketiga martabat itu supaya me[ng]hampirkan [kepada] faham kita , maka martabat ahadiyah itu seu[m]pama zihin [atau fikiran atau minda] kita tatkala sunyi ia daripada musta’kalkan sesuatu yakni merupakan suatu [dalam fikiran itu minda itu], maka dikatakan ‘la ta’ayyun’.Maka apabila memulai engkau pada musta’kal kan sesuatu maka dinamakan ta’yyun awal’ dan apabila [di]lanjutkan (folio 2A) ta’akul itu, lagi berkekalan pula ia dinamakan ta’ayyun thani ; maka adalah dua martabat ini [dalam syuhud orang yang ‘arif dalam pandangannya yang tinggi itu] yaitu wahdah dan wahidiyyah ibarat daripada dairah [atau lingkungan] ilmunya yang kadim; maka dari kerana inilah [maka] dinamakan dia ‘a’yan thabitah’ [‘ain-‘ain yang tetap dalam ilmu Allah yang kadim dan azali belum tercipta lagi]; maka ertinya ‘a’yan thabitah’ itu barang yang sabit di dalam ta’aluk ma’lum ilmuNya Allah ta’ala pada azalnya, tiada ada di sana itu melainkan ZatNya [semata-mata] dan segala SifatNya yang kadim jua. A’yan Thabitah Tentang a’yan thabitah itu katanya: Maka a’yan thabitah itu [ialah] barang yang tiada mencium bau wujud, yakni belum lagi keluar daripada kalimah ‘kun’, maka apabila dikehendaki akan wujudnya, maka dikhitabkan kepada a’yan thabitah dengan [seolah-olahnya-uem] dijadikan kuat pendengaran daripadanya dan dilafaz ‘kun’ maka jadilah seumpama yang a’yan thabitah itu dengan Kodrat Allah subahanahu wa ta’ala , maka dinamakan dia kemudian daripada wujud khitab itu a’yan kharijiyyah; maka adalah ia muhdath [baharu], yang baharu, kerana athar [atau bekas, kesan] Kodrat yang kadim.Maka jangan engkau sangkakan a’yan kharijiyyah yaitu daripada a’yan thabitah, kerana a’yan thabitah itu tiada mencium bau wujud sekali-kali lagi kadim, betapa ia menerima keluar , maka betapa jadi hadath [atau hadith, baharu], , maka hanyasanya yang a’yan kharijiyyah itu ‘bayan’ bagi a’yan thabitah. Dan adapun a’yan thabitah itu ka’in,[ada], yakni tetap ada iaitu, sabit, berkekalan seperti adaNya jua, kerana ma’lim ilmuNya itu tiada bercerai daripada ZatNya, seperti tiada bercerai segala sifatNya yang kadim.Demikian difahamkan perkataan ini. A’yan Kharijiyyah Tentang a’yan kharijiyyah, katanya: Dan adalah a’yan kharijiyyah itu martabat ‘ubudiyyah, yakni kehambaan, dan adalah martabat ta’ayyun awwal dan ta’ayyun thani makam anbia’ dan aktab [para wali kutub], yang dapat mawarinya (?) daripada mereka itu daripada kadarNya dan pada dapat ia pandangkan wahdah di dalam kathrah [pandang yang satu dalam yang banyak dalam pendangan kerohanian] ialah makam [atau darjah kerohanian] orang yang taraqqi [orang yang mendaki] yakni memandang Allah ta’ala di dalamk tiap-tiap sesuatu [bukannya secara erti hulul, seperti Tuhan ‘meresap’ ke dalam sesuatu, sebab Tuhan bukan benda], seperti kata ahli’Llah, ‘ma ra’aitu shai’an illla wa ra’aitu’Llaha fihi’: ertinya tiada aku pandangkan sesuatu merlainkan ku pandang Allah padanya’.Maka tiada menegahkan banyaknya itu [iaitu banyaknya dan pelbagainya makhluk itu] akan memandang keesaan Allah t’ala (folio 2B) Dan dapat pula memandangkan ‘kathrah’ di dalam wahdah, yaitu makam orang yang tanazzul, yaitu memandang yang banyak yang ia segala [yang] baharu ini di dalam wahdah , yakni Tuhan yang esa.Maka tiadalah menegahkan bagi segala yang ‘arif yang kamil mukammil [yang sempurna segi rohani dirinya dan boleh menyempurnakan orang] itu daripada menilik keduanya kerana kathrah itu tidak dapat tiada daripada wahdahnya, kerana tiada dapat istiqlal [yakni menjadi merdeka tersendiri] sendirinya sekali-kali, kerana keadaan wahdah itu mempunmyai sifat dan asma’ dan af’al yang memnyabitkan athar Kodrat dan Iradah yang menyabitkan kathrah yaitu wujud segala alam. Selepas itu, katanya tentang kata-kata ibn ‘Arabi: Maka apabila engkau faham daripada perkataan ini, engkau ketahui pula akan kata-kata Imam al-‘Arifin Saidi Muhyil-Din ibn al-‘Arabi di dalam kitab Manazil al-Insaniyyah,demikian bunyinya: [dalam] syair: ‘kunna hurufan ‘aliyat …(tak terang) …ertinya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi [sebagai ilmu Tuhan yang kadim dan azali sebelum dicipta olehNya ala mini], belum lagi dijadikan akan kita dengan firmanNya ‘kun’, dan adalah kita muta’allaq [bergantung bersambung-sambung antara satu dengan lain tidak bercerai-cerai] dengan segala kita, yakni adalah segala makhluk itu adalah ia di dalam inkishaf Ilmu Tuhan kita [yakni kita berada dalam nyata Ilmu Tuhan kita], masing-masing, dan bercerai-cerai mahiyyahnya, dan itu adalah dalam kepala-kepala segala bukit, yakni kemuncak aku-engkau di dalamnya, dan kami dan engkau, dan engkau dan ia, dan sekelian pada ‘huwa’ itu Ia jua. Lepas itu katanya; Maka tanyai olehmu orang yang wasil [yang mencapai ma’rifat dan mengenal Tuhan sebenarnya], yakni orang yang sampai, maka dikehendaki oleh syaikh dengan katanya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi belum lagi dijadikan akan kita ini, yakni telah adalah kita pada azal beberapa haqa’iq ghaibiyyah [hakikat-hakikat yang ghaib] yang thabit sekelian kita di dalam ilmu hak ta’ala belum lagi kita dijadikan… kerana adalah bagi tiap-tiap yang maujud (folio 3A)… Itu ada dengan ‘mahiyyah’ kejadiannya, dan adapun halnya dan martabatnya dan hukumnya dan adalah sekelian itu lagi di dalam ma’lum ilmu [Tuhan] yang kadim, dan dikehendaki dengan katanya ‘dan adalah yang demikian itu di dalam kepala-kepala segala bukit’, yakni di dalam ta’ayyun awal, yang dinamakan dia martabat wahdah yang ijmal yang terdahulu sebutnya, Katanya lagi: Dan yang dikehendaki dengan katanya ‘aku engkau di dalamnya dan kami engkau dan engkau ia’ itu, yakni daripada pihak ijmalnya belum lagi tafsil, tiada berbeza setengah daripada setenganya.Martabat itu tetapi aku itu aku jua dan engkau itu engkau jua dan ia ia jua, misalkan yang demikian itu dengan tiada tashbih, seperti air digugurkan ke dalam laut, maka tatkala itu adalah kita dapat membezakan dia daripada air laut maka kita kata air itu laut, dan laut itu air, tetapi yang laut itu laut juga dan air itu air jua, tiada dapat bertukar kerana adalah segala hakikat itu tiada dapat bertukar-tukar Katanya lagi: Dan taktkala nyatalah kita ingat akan air yang setitik itu sebab hairan kita daripada memandang laut maka tatkala itu dapat kita kata sekelian itu laut [dan janganlah pula terfikir dengan misalan ini bahawa Allah itu bersambung zatNya dengan zat kita, Allah adalah Allah, Tuhan kita, kita adalah makhluk ciptaanNya. Katanya; Dan dikehendaki dengan katanya:’ dan sekeliannya pada ‘huwa’ itu ia jua yakni adalah sekelian pada martabat ahadiah daripada pihak tamsi [yakni terhapus dalam penyaksian batin serwaktu dalam pengelaman rohani yang berkenaan] yakni hapus di dalamnya ia jua, kerana nyata tiada menerima di sana lain daripada nama ‘huwa’ dan ia nama hadrat ‘la shay’ ma’ahu [tiada sesuatu denganNya, merujuk kepada hadith yang bermaksud, telah adalah Allah walhal tiada ada sesuatu berserta denganNya], dan segala hadrat yang dibawahNya [di bawah dari segi darjat hakikinya, ‘ontologinya’] di namakan hadrat ‘wa huwa ma’akum ainama kuntum’ [Ia bersama dengan kamu di mana kamu berada], dan dikehendaki dengan katanya ‘maka tanya olehmu akan orang yang wasil Related posts