26 November 2019

Rahsia bulan kelahiran

Rahsia tarikh lahir mengikut bulan kelahiran

JANUARI

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius

  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan

  • suka smart, kemas dan teratur

  • sensitif, berfikiran mendalam

  • pandai mengambil hati orang lain

  • pendiam kecuali setelah dirangsang

  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi

  • mudah mendisiplinkan diri sendiri

  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema

  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya

  • cukup sayang kepada kanak-kanak

  • suka duduk di rumah

  • setia pada segalanya

  • rajin belajar dan kemahiran sosial

  • sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • berfikiran abstarak

  • sukakan benda yang realiti dan abstrak

  • inteligent, bijak dan genius

  • berpersonaliti yang mudah berubah

  • mudah menawan orang lain

  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri

  • jujur dan setia pada segalanya

  • keras hati untuk mencapai matlamat

  • tidak suka dikongkong

  • mudah memberontak jika dikongkong

  • suka kegiatan lasak

  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif

  • mudah mempamirkan marahnya

  • tidak suka kepada benda remeh temeh

  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya

  • sangat berani dan suka memberontak

  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya

  • pemerhatian yang tajam

  • suka hiburan dan sukan

  • suka benda yang bersifat seni

  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran

  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul

  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

  • belajar untuk mempamirkan emosi


MAC

  • berpersonaliti menarik dan menawan

  • mudah didampingi

  • sangat pemalu dan pemendam rasa

  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati

  • sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran

  • suka pada kedamaian

  • sangat peka kepada orang lain

  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain

  • tidak cepat marah dan sangat amanah

  • tahu balas budi dan kenang budi

  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

  • suka berangan-angan

  • suka melancong

  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

  • kelam kabut dalam memilih pasangan

  • suka dengan hiasan rumahtangga

  • punya bakat seni dalam bidang muzik

  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody


APRIL

  • sangat aktif dan dinamik

  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

  • sangat menarik dan pandai manjakan diri

  • punya daya mental yang sangat kuat

  • suka dapat perhatian

  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah

  • sangat berani dan tiada perasaan takut

  • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

  • emosi cepat terusik jika tidak terkawal

  • berkecenderungan bersifat dendam

  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan

  • kuat daya ingatan

  • gerak hati yang sangat kuat

  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada

  • sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI

  • keras hati dan degil

  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi

  • pemikiran tajam

  • mudah marah jika tidak dikawal

  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

  • perasaan yang sangat mendalam

  • cantik dari segi mental dan fizikal

  • tidak perlu dimotivasikan

  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain

  • mudah dipujuk

  • bersikap sistematik ( otak kiri )

  • suka berangan

  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain

  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan

  • daya khayalannya tinggi

  • pemikiran yang tajam

  • pandai berdebat

  • fizikal yang baik

  • suka sastera, seni, muzik dan melancong

  • tidak berapa suka duduk dirumah

  • tidak boleh duduk diam

  • tidak punya ramai anak

  • rajin dan bersemangat tinggi

  • agak boros


JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan

  • mudah ditawan kerana sikap baik

  • perangai lemah lembut

  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea

  • bersikap sensitif

  • otak sentiasa aktif berfikir

  • sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh

  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet

  • cepat marah dan cepat sejuk

  • suka bercakap dan berdebat

  • suka buat lawak dan bergurau

  • otak cerdas dan berangan-rangan

  • mudah dan pandai berkawan

  • orangnya sangat tertib

  • pandai mempamerkan sikap

  • mudah kecil hati

  • mudah terkena selesema

  • suka berkemas

  • cepat rasa bosan

  • kurang pamerkan perasaan

  • lambat sembuh bila terluka hati

  • suka barangan berjenama

  • mudah jadi eksekutif

  • kedegilan yang tidak terkawal

  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

  • seronok didampingi

  • banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )

  • agak pendiam kecuali diransang

  • ada harga dan maruah diri

  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan

  • mudah dipujuk dan bersikap lurus

  • sangat menjaga hati orang lain

  • sangat peramah

  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih

  • berjiwa sentimental

  • kurang berdendam

  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan

  • tidak suka benda remeh temeh

  • membimbing cara fizikal dan mental

  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang

  • layanan serupa kepada semua orang

  • tinggi daya simpati

  • pemerhatian yang tajam

  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian

  • mudah dan rajin belajar

  • suka muhasabah diri

  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama

  • suka mendiamkan diri dan duduk di rumah

  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

  • tak agresif kecuali terpaksa

  • lemah dari kesihata bahagian perut

  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal

  • minta disayangi

  • terlalu mengambil berat

  • rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • suka berlawak

  • mudah tertawan kepadanya

  • sopan santun, caring terhadap orang lain

  • berani dan tidak tahu takut

  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan

  • pandai memujuk

  • terlalu pemurah dan bersikap ego

  • nilai harga diri sangat tinggi

  • dahagakan pujian

  • semanagt juang yang luar biasa

  • cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan

  • sangat cemburu

  • daya permehatian tajam dan teliti

  • cepat berfikir dan berdikari

  • suka memimpin juga dipimpin

  • suka barangan-angan

  • berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat

  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk

  • mudah mendapat penyakit

  • sentiasa belajar untuk relax

  • kelam kabut

  • romantik, pengasih dan penyayang

  • suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • sangat besopan santun dan betolak ansur

  • sangat cermat, teliti, dan teratur

  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

  • pendiam tetapi pandai bercakap

  • sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati

  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur

  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui

  • banyak berfikir

  • daya penakakulan yang baik

  • otak bijak dan mudah belajar

  • suka mencari maklumat

  • mengawal diri dari selalu mengkritik

  • pandai mendorong diri sendiri

  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia

  • sukakan sukan, hiburan, dan melancong

  • kurang menunjukkan perasaan

  • lama menyimpan jika terluka hati

  • terlalu memilih pasangan

  • sukakan benda yang luas

  • bersistematik


OKTOBER

  • suka sembang

  • suka orang sayang padanya

  • suka ambil jalan tengah

  • sangat menawan dan sopan santun

  • kecantikan luar dan dalam

  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura

  • mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan

  • sentiasa berkawan

  • hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama

  • cepat marah

  • macam pentingkan diri sendiri

  • tidak menolong orang jika tidak diminta

  • suka melihat dari perspektif sendiri

  • tidak suka terima pandangan orang lain

  • emosi mudah terusik

  • suka berangan-angan dan pandai bercakap

  • emosi yang kelam kabut

  • daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )

  • suka melancong, bidang sastera, dan seni

  • pengasih, penyayang, dan lemah lembut

  • romantik dalam percintaan

  • mudah terusik hati dan cemburu

  • ambil berat tentang orang lain

  • suka kegiatan luar

  • orang yang adil

  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

  • mudah patah semangat

NOVEMBER

  • banyak idea dalam sesuatu perkara

  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah

  • otak dan pemikiran yang sangat tajam

  • cara berfikir lain dari orang lain

  • berfikiran kehadapan, unik, dan bijak

  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa

  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

  • amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia

  • daya firasat sangat halus dan tinggi

  • bagus sebagai doktor

  • cermat dan teliti

  • personaliti dinamik

  • tidak hargai pujian

  • bercita-cita tinggi

  • terlalu degil dan keras hati

  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya

  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi

  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak

  • pandai mendorong diri sendiri

  • berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran

  • mudah ambil berat terhadap orang lain

  • tak suka marah kecuali tergugat

  • pandai muhasabah diri

  • romantik

  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang

  • suka duduk di rumah

  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

  • sangat setia dan pemurah

  • bersifat patriotik

  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

  • bercita-cita tinggi

  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

  • seronok didampingi

  • pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik

  • suka bercampur dengan orang

  • suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai

  • sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur

  • tidak pandai berpura-pura

  • cepat marah

  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

  • perangai yang berubah-ubah

  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

  • benci pada kongkongan


Rahsia tarikh lahir mengikut haribulan

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.


8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.


10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.


11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


Contoh Pengalaman Kerohanian

Contoh Pengalaman Kerohanian 23. Contoh Pengalaman Kerohanian Orang-orang yang meminati tarekat tasauf sangat ingin mengetahui pengalaman kerohanian dan penyaksian yang terjadi kepada orang sufi. Penerangan mengenai perkara tersebut sukar diperolehi. Buku-buku tasauf hanya menceritakan tentang perjalanan kerohanian secara umum. Kadang-kadang diolah dengan cara yang sukar dimengerti, dicampur pula dengan istilah-istilah yang belum pernah didengar. Banyak perkara dibungkus dengan istilah Rahsia; Rahsia Tuhan, Rahsia Insan dan berbagai-bagai Rahsia lagi. Ada pula yang menceritakan pengalaman secara berteka-teki, digunakan huraian yang samar-samar. Semua itu dilakukan dengan alasan orang awam tidak akan mengerti perkara kerohanian yang mendalam. Perkara khusus hanya boleh diperkatakan dalam majlis yang menjadi ahli sahaja. Ada guru-guru yang tarekat melarang murid-muridnya bercakap mengenai perkara kerohanian dengan orang yang berlainan aliran tarekat. Apabila intisari pengalaman kerohanian tidak didedahkan, orang ramai yang berminat dalam bidang tersebut mudah terdorong untuk membuat andaian sendiri. Sebahagian mereka menyangkakan ilmu yang diajar secara bersembunyi itulah ilmu yang benar dan ilmu yang diajar secara terbuka tidak sampai kepada kebenaran yang sejati. Dalam alam yang tersembunyi itulah muncul berbagai-bagai ajaran yang kedengaran daripada jauh sebagai ajaran sesat. Apabila dipanggil oleh pihak yang berkuasa pengamal ajaran berkenaan menafikan penglibatan mereka dengan ajaran tersebut. Mereka mengaku menjadi pengikut Ahli Sunah wal Jamaah. Bila dibebaskan mereka kembali semula kepada alam persembunyian mereka. Murid-murid mereka diberitahu bahawa ilmu mereka adalah ilmu wali-wali, hanya wali sahaja boleh mendengar pengajarannya, tidak boleh didedahkan kepada orang yang tidak berjalan pada jalan wali, walaupun mereka adalah pihak yang berkuasa. Alam persembunyian mereka tetap tinggal kukuh. Tidak dapat dipastikan berapa banyak tuhan-tuhan yang muncul dalam alam persembunyian tersebut. Akibatnya tarekat tasauf yang benar dengan tarekat yang sesat sukar dikenalpasti. Di kalangan orang ramai pula mula timbul anggapan serong terhadap orang-orang yang bertarekat tasauf, terutamanya yang memakai jubah. Guru ajaran sesat digambarkan sebagai orang yang berjubah dan berserban. Orang alim pula digambarkan sebagai berpakaian ‘bush jacket’ dan ‘coat’. Ahli tarekat yang benar tidak diterima dengan baik kerana mereka memakai jubah. Inilah yang berlaku apabila tarekat yang sesat berselindung di sebalik jubah dan serban, dan aktiviti mereka tidak didedahkan. Dalam menangani masalah penyakit aids, orang ramai didedahkan secara meluas kepada pengetahuan mengenai punca dan tanda-tanda penyakit tersebut. Dalam menangani penyakit sosial yang melibatkan seks, sudah ada usaha menyebarkan pendidikan seks secara terbuka. Penyakit aids dan pengamal seks yang tersalah langkah berpeluang menceritakan pengalaman mereka secara terbuka. Tindakan berani orang-orang yang bersalah dan menyesal itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada orang ramai. Di antara semua penyakit, termasuklah penyakit aids, dadah, seks dan semua penyakit, penyakit yang paling besar dan paling merbahaya adalah penyakit sesat akidah. Penyakit lain mungkin menerima pengampunan Tuhan, sekiranya Dia kehendaki, tetapi penyakit sesat akidah tidak diampunkan-Nya. Jika orang lain berpeluang memasuki syurga selepas dicuci di dalam neraka, tetapi orang yang sesat akidah tidak berpeluang meninggalkan neraka. Oleh kerana penyakit ini merugikan manusia di dunia dan di akhirat, usaha membenterasnya mestilah dilakukan sehingga ke akar umbinya. Salah satu kubu persembunyian mereka adalah bahagian kesamaran dalam ajaran tarekat tasauf. Kubu ini mesti diperuntuhkan dengan memperjelaskan apa yang samar supaya tidak ada lagi alasan yang batal bersembunyi di sebalik yang benar. Pendukung ajaran tarekat yang benar berkewajipan melindungi akidah orang ramai daripada fitnah yang ditaburkan oleh nabi-nabi palsu, wali-wali palsu dan guru-guru palsu yang berselindung di sebalik nama tarekat kewalian. Pengalaman kerohanian, seperti penyaksian terhadap cahaya-cahaya perlu diperjelaskan agar tidak timbul anggapan bahawa Tuhan adalah cahaya dengan warna yang tertentu. Pengalaman yang dilalui oleh Syeikh Ahmad Sirhindi dimuatkan di sini untuk dijadikan iktibar oleh orang yang terpengaruh dengan ajaran sesat yang mempertuhankan cahaya. Syeikh Ahmad Sirhindi, keturunan Umar al-Khattab, dilahirkan di India. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tarekat tasauf. Beliau telah menceritakan pengalaman kerohanian beliau. Apabila Syeikh Ahmad memutuskan untuk mengikuti jalan kesufian beliau telah pergi kepada mursyid tarekat Naqsabandiah yang bernama Syeikh Muhammad al-Baqi. Syeikh Muhammad menjadi pembimbing Syeikh Ahmad melalui semua peringkat kerohanian. Syeikh Muhammad mentalkinkan zikir Ilmul Zat, iaitu kalimah Allah kepada Syeikh Ahmad. Mursyid Naqsabandiah itu menjuruskan perhatian kerohanian beliau kepada Syeikh Ahmad sehinggalah Syeikh Ahmad mengalami keghairahan dan kelazatan yang amat sangat. Beliau juga mengalami rasa kepiluan yang bersangatan sehingga beliau menangis dengan bersungguh-sungguh. Setelah satu hari mengamalkan zikir Ismul Zat, Syeikh Ahmad dikuasai oleh rasa penafian dan kelenyapan diri. Dalam suasana kerohanian yang demikian beliau menyaksikan laut yang sangat luas. Beliau menyaksikan segala sesuatu sebagai bayang-bayang dalam laut tersebut. Pengalaman demikian menjadi bertambah kuat, mendalam dan cemerlang sehingga memukau jiwa beliau. Beliau mengalami suasana tersebut beberapa lama, kadang-kadang berlarutan sampai satu suku hari, kadang-kadang sehingga separuh hari dan kadang-kadang sampai satu hari penuh. Syeikh Ahmad melapurkan pengalaman beliau itu kepada Syeikh Muhammad. Syeikh Muhammad menjelaskan bahawa apa yang telah dialami oleh Syeikh Ahmad itu merupakan sejenis pengalaman fana dan Syeikh Ahmad dinasihatkan supaya menjaga penyingkapan itu. Syeikh Ahmad meneruskan latihannya. Dua hari kemudian beliau mengalami fana yang lebih teratur. Beliau meneruskan latihan sebagaimana yang diajarkan oleh mursyidnya. Seterusnya beliau mencapai fana dalam fana. Syeikh Ahmad melapurkan pengalaman beliau kepada Syeikh Muhammad. Mursyidnya itu bertanyakan sama ada Syeikh Ahmad menyaksikan seluruh alam ini sebagai satu kewujudan dan adakah beliau mendapati kewujudan tersebut bersatu dengan Yang Satu. Syeikh Ahmad memperakui bahawa demikianlah yang beliau telah alami. Mursyidnya menjelaskan bahawa fana dalam fana yang sebenar adalah walaupun disaksikan penyatuan tetapi seseorang itu masuk ke dalam suasana ketidak-sedaran sehingga fana itu sendiri tidak ada dalam kesedarannya. Syeikh Ahmad meneruskan latihannya dan pada malam itu beliau mengalami suasana fana seperti yang digambarkan oleh mursyidnya. Beliau melapurkan pengalaman beliau kepada Syeikh Muhammad, termasuklah pengalaman beliau sebelum memasuki fana. Beliau melapurkan bahawa beliau mendapat ilmu secara langsung dari Tuhan. Beliau juga mendapati sifat-sifat yang menjadi miliknya adalah juga milik Tuhan. Selepas peringkat tersebut beliau maju lagi. Beliau menyaksikan satu cahaya yang membungkus segala sesuatu. Cahaya tersebut berwarna hitam. Beliau menyangkakan apa yang beliau saksikan itu adalah Tuhan. Mursyid beliau menjelaskan apa yang telah beliau alami itu adalah menghadap kepada Tuhan di sebalik hijab cahaya. Ia kelihatan kerana perkaitan Zat Yang Maha Suci dengan alam kebendaan, tetapi ia mesti dinafikan. Selepas penafian itu Syeikh Ahmad mendapati cahaya hitam yang membungkus segala sesuatu itu mula mengecil sehingga menjadi satu titik yang sangat halus. Mursyidnya menyuruhnya menafikan juga titik hitam yang halus itu supaya beliau boleh sampai kepada suasana kehairanan. Syeikh Ahmad mematuhi arahan mursyidnya itu dan titik hitam yang halus itu pun lenyap. Beliau dikuasai oleh suasana kehairanan. Dalam suasana kehairanan itulah Syeikh Ahmad mendapati Tuhan hanya kelihatan kepada Diri-Nya melalui Diri-Nya sendiri. Mursyidnya mengsahkan bahawa apa yang dialami oleh Syeikh Ahmad itu adalah suasana kehadiran yang dicari dalam tarekat Naqsabandiah. Ia dinamakan nisbat bagi tarekat Naqsabandiah. Ia juga dipanggil kehadiran Tuhan secara tiada rupa, bentuk, sifat dan lain-lain. Tahap inilah menjadi tujuan pencarian. Maksud nisbat adalah hubungan dengan Tuhan yang tidak putus walau sedetik pun. Nisbat yang jarang terjadi ini dikurniakan kepada Syeikh Ahmad dalam masa dua bulan beberapa hari selepas beliau ditalkinkan oleh Syeikh Muhammad. Selepas tahap nisbat satu lagi bidang fana dikurniakan kepada beliau. Beliau meyakini bahawa fana pada tahap ini adalah fana hakiki. Dalam kefanaan yang demikian beliau menyaksikan hati beliau menjadi besar, menjadi tersangat besar hinggakan seluruh alam termasuklah al-Kursi dan al-Arasy hanyalah seumpama sebiji sawi jika dibandingkan dengan hatinya. Selepas peringkat ini beliau menyaksikan dirinya dan segala sesuatu sebagai Tuhan. Kemudian beliau melihat segala sesuatu dari alam ini menjadi satu dengan dirinya dan dirinya menjadi satu dengan segala sesuatu. Beliau menyaksikan seluruh alam tersembunyi dalam sebiji zarah yang halus. Kemudian pengalaman beliau berubah pula. Beliau menyaksikan zarah dirinya membesar hinggakan beberapa alam boleh diisi di dalamnya. Beliau menyaksikan dirinya atau satu zarah sebagai cahaya yang membesar, memasuki setiap zarah kewujudan sehingga semua rupa dan bentuk alam hilang lenyap di dalamnya. Selepas itu beliau mendapati dirinya atau satu zarah, menanggung alam atau menjadi pasak alam. Mursyidnya menyatakan suasana demikian adalah peringkat haqqul yaqin dalam tauhid, peringkat bersatu dalam kesatuan. Selepas peringkat di atas, berlaku pula pengalaman yang berbeza daripada pengalaman penyatuan. Dahulunya Syeikh Ahmad menyaksikan segala sesuatu sebagai Tuhan tanpa ada sebarang perbezaan. Bila memasuki peringkat yang baharu ini beliau mendapati segala sesuatu pada alam bukanlah bersatu dengan Tuhan, tetapi hanyalah bentuk khayalan. Penyatuan hanya berlaku dalam penyaksian mata hati semata-mata. Beliau masuk kepada suasana kehairanan yang menyeluruh. Pada ketika itu beliau teringatkan kata-kata Ibnu Arabi dalam kitab Fusus: “Jika kamu suka kamu boleh panggilnya yang diciptakan atau jika kamu suka kamu boleh panggilnya Tuhan dalam satu aspek dan makhluk dalam aspek yang lain. Kamu boleh juga mengatakan yang kamu tidak mampu membezakan keduanya”. Keterangan dari kitab Fusus itu mententeramkan jiwa Syeikh Ahmad. Bila berkesempatan beliau melapurkan pengalaman beliau kepada Syeikh Muhammad. Mursyid itu memberitahu bahawa Syeikh Ahmad mengalami suasana kehadiran Tuhan tetapi secara tidak jelas. Beliau dinasihatkan supaya meneruskan latihan agar wujud boleh dibezakan daripada khayali. Syeikh Ahmad bertanya kepada mursyidnya mengenai keterangan Ibnu Arabi berhubung pengalaman yang telah dialaminya. Syeikh Muhammad menjelaskan bahawa Ibnu Arabi tidak menceritakan suasana yang sempurna yang berbeza dengan fahaman satu wujud, kerana kebanyakan sufi tidak melepasi peringkat menyaksikan tidak ada perbezaan di antara Tuhan dengan alam. Jika mereka melepasi peringkat tersebut mereka akan menyaksikan perbezaan di antara Tuhan dengan makhluk. Syeikh Ahmad meneruskan latihannya. Dalam masa dua hari beliau dikurniakan pengalaman yang memperlihatkan perbezaan di antara Wujud yang sebenar dengan wujud khayali. Beliau mendapati sifat, tindakan dan kesan yang muncul pada wujud bayangan (khayali) sebenarnya datang dari Tuhan. Beliau menyedari sepenuhnya bahawa sifat dan perbuatan tersebut sebenarnya bayangan atau khayalan sepenuhnya dan tiada yang maujud melainkan Tuhan. Mursyidnya menerangkan bahawa beliau sudah sampai kepada peringkat mengalami suasana perbezaan selepas penyatuan, iaitu selepas menyaksikan Wujud Tuhan dan wujud hamba bersatu sebagai satu wujud, beliau melepasi peringkat tersebut dan menyaksikan Wujud Tuhan sebenarnya berbeza daripada wujud hamba. Peringkat ini merupakan tahap terakhir pencapaian manusia. Selepas peringkat ini seseorang itu akan memahami dan menyedari tujuan dia diberi bakat-bakat yang perlu. Inilah peringkat kesempurnaan. Syeikh Ahmad Sirhindi meringkaskan perjalanan kerohanian beliau. Bila beliau dibawa kepada peringkat kesedaran sesudah mabuk, baqa sesudah fana dan melihat kepada setiap zarah kewujudan dirinya, beliau tidak melihat sesuatu melainkan Allah s.w.t dan beliau temui ‘cermin’ untuk ‘menanggung’ Tuhan. Kemudian beliau dibawa meninggalkan peringkat tersebut. Beliau masuk ke dalam suasana kehairanan. Bila beliau kembali kepada dirinya beliau dapati Tuhan dan segala yang maujud berada dalam dirinya. Kemudian beliau dibawa lagi ke dalam suasana kehairanan. Selepas itu kesedaran beliau dikembalikan semula dan beliau mendapati Tuhan bukan satu dengan alam, tetapi tidak juga berpisah. Pada peringkat permulaannya beliau menyaksikan Tuhan sebagai meliputi dan menyertai sesuatu, kemudian penyaksian yang demikian hilang sama sekali. Walaupun begitu Tuhan kelihatan kepadanya dengan keadaan tersebut yang membuatnya merasakan seakan-akan Dia. Seterusnya beliau melihat alam tidak ada di samping Tuhan, padahal dahulunya beliau melihat alam berada di samping Tuhan. Beliau kembali semula kepada suasana kehairanan. Kemudian kesedaran beliau kembali lagi. Beliau kini memperolehi pengetahuan yang sangat berbeza daripada pengetahuan beliau sebelumnya. Dalam pengetahuan beliau yang terbaharu ini beliau mendapati hubungan Tuhan dengan alam adalah berlainan daripada apa yang beliau fahamkan dahulu. Hubungan Tuhan dengan alam tidak mampu dihuraikan dan tidak dapat diketahui. Beliau masuk pula ke dalam suasana kehairanan. Beliau merasakan kekerdilan diri. Bila beliau sedar semula beliau mendapat pengetahuan bahawa Tuhan tidak ada hubungan dengan alam secara diketahui atau tidak diketahui. Beliau diberi pengetahuan khusus tentang tidak wujud hubungan di antara Tuhan dengan makhluk walaupun beliau menyaksikan kedua-duanya. Pada tahap ini beliau mendapat pengetahuan bahawa apa juga yang disaksikan, walaupun berunsur ghaib, adalah bukan Tuhan. Ia adalah bentuk simbolik atau misal tentang hubungan Tuhan dan ciptaan-Nya yang melampaui apa juga pengetahuan dan penyaksian. Beliau menemui di akhir perjalanan beliau bahawa masih ada peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat menyaksikan satu wujud. Penyaksian terhadap satu wujud merupakan satu pengalaman yang ditemui dalam perjalanan kerohanian. Setelah melepasi peringkat tersebut seseorang itu akan menjadi sesuai dengan al-Quran dan al-Hadis secara sedikit demi sedikit. Di penghujung perjalanannya kesan penyaksian satu wujud hilang sama sekali dan dia menjadi sesuai sepenuhnya dengan al-Quran dan as-Sunah. Dari pengalaman Syeikh Ahmad Sirhindi dapatlah diyakini bahawa bimbingan guru yang arif sangat diperlukan bagi orang yang mahu memasuki perjalanan kerohanian. Tanpa bimbingan guru yang arif sukar bagi seseorang melepasi hijab-hijab yang ditemui di sepanjang perjalanan. Orang yang berhenti di tengah jalan menemui buah yang belum masak. Mereka merasakan buah yang belum masak itu sudah cukup enak. Mereka tidak mengetahui bahawa buah yang sudah masak berlainan rasanya. Beberapa orang sufi mungkin mengalami hal yang sama tetapi fahaman yang timbul daripada pengalaman tersebut mungkin berbeza. Ibnu Arabi mengalami suasana satu wujud berpegang kepada fahaman wahdatul wujud. Syeikh Ahmad Sirhindi juga mengalami suasana yang demikian tetapi beliau berpegang kepada fahaman wahdatul syuhud. Syeikh Ahmad telah melepasi peringkat menyaksikan satu wujud dan beliau kembali kepada jalan kenabian. Ramai juga sufi yang tidak terlepas daripada kesan menyaksikan satu wujud, lalu mereka bermukim pada makam yang berfahamkan wahdatul wujud. Sufi tersebut ditarik kepada fahaman demikian kerana kefanaan dan mabuk. Orang yang dalam kesedaran tidak patut mengikuti fahaman yang demikian. Perlulah diketahui bahawa apa yang dialami dalam alam kerohanian tidak semestinya kebenaran yang sejati. Alam demikian lebih merupakan Alam Misal yang menceritakan sesuatu tentang Kebenaran Hakiki yang melampaui misal. Misal dalam alam kerohanian boleh dialami secara penyaksian atau zauk (rasa). Ketika melalui daerah-daerah Latifah Rabbaniah seseorang boleh menyaksikan cahaya-cahaya dan mengalami zauk Hakikat-hakikat Kenabian. Cahaya yang disaksikan dalam daerah latifah boleh mempesonakan seseorang dan hakikat kenabian boleh membalikkan pandangan seseorang. Ada orang yang keliru dengan cahaya, menyangkakan Tuhan sebagai cahaya cuaca subuh. Ada orang yang keliru dengan hakikat kenabian, menyangkakan dirinya menyatu dengan nabi-nabi atau terus mendakwakan dirinya sebagai nabi Ada sebahagian daripada mereka yang mencuba untuk mencungkil ‘Rahsia’. Mereka menyatukan diri mereka dengan Nabi Adam a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Bagi mereka tidak ada bezanya diri mereka dengan Adam dan Muhammad. Fahaman mereka sudah jauh menyimpang dari kebenaran. Perjalanan jasad dengan perjalanan roh lebih kurang sahaja. Manusia dari aspek jasad datang dari jasad yang satu iaitu jasad Adam. Walaupun bersumberkan jasad yang satu tetapi sekalian jasad-jasad merdeka daripada jasad yang satu itu dan juga setiap jasad tidak terikat dengan jasad yang lain. Setelah jasad Adam mengalami mati, jasad-jasad lain tidak ikut mati bersamanya. Jika jasad Saleh dipotong, jasad Yusuf tidak ikut terpotong. Setiap jasad bebas dengan perjalanannya, menanggung bahagia atau celakanya sendiri. Begitu juga dengan perjalanan rohani atau roh. Jika roh Nabi Muhammad s.a.w bahagia, roh Abu Jahal tidak ikut bahagia. Jika roh dan jasad Nabi Ibrahim a.s dimasukkan ke dalam syurga, roh dan jasad Namrud tidak ikut memasuki syurga. Sekalipun sekalian roh-roh bersumberkan roh yang satu tetapi roh individu bebas dengan perjalanannya sebagaimana jasad bebas berbuat demikian. Fahaman menyatukan jasad atau roh seseorang dengan jasad atau roh orang lain adalah fahaman yang keliru. Orang yang mengalami jazbah mungkin terbalik pandangannya dan mengalami suasana penyatuan, tetapi penyatuan tersebut hanya berlaku dalam alam perasaannya, bukan itulah yang sebenarnya berlaku. Tanpa bimbingan guru yang arif orang tersebut akan berterusan berada di dalam gambaran khayalannya atau di dalam alam bayangan. Related posts

Tarekat Tasauf

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Tarekat Tasauf

22. Tarekat Tasauf

Motif tarekat tasauf adalah: ” Ilahi! Engkau jualah tujuanku. Keredaan Engkau jua yang daku cari “. Tarekat tasauf menjurus sepenuhnya kepada usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, mengabdikan diri kepada-Nya sebaik mungkin dan mengenali-Nya sebagaimana layaknya. Pokok dari ajaran tarekat tasauf adalah penyucian hati. Syarat penyucian hati yang pertama adalah taubat secara zahir dan batin. Taubat zahir berkaitan dengan perkataan, perbuatan, perasaan, menghindarkan diri daripada melakukan dosa dan memperbanyakkan kebaikan. Taubat batin berkaitan dengan rohani, mengembalikan rohani kepada tahap kesuciannya yang asli.

Perkaitan rohani dengan jasad dan dunia melahirkan tenaga yang mengheret rohani lari daripada kedudukannya yang asli. Tenaga negatif itu muncul daripada nafsu. Nafsu yang asalnya bersifat baik sudah dikuasai oleh sifat-sifat buruk. Nafsu yang pada asalnya menghadap Tuhan telah berpaling menghadap kepada yang selain Tuhan. Penumpuan taubat batin adalah membawa nafsu kepada haluannya yang asal, yang menghala kepada Tuhan. Rantai yang mengheret nafsu ke arah yang salah mesti diputuskan.

Daerah-daerah nafsu perlu difahami bagi memudahkan tugas membawanya kepada arah dan matlamat yang benar. Sebelum nafsu sampai kepada arah yang benar ada tiga daerah nafsu perlu ditempuhi. Tiga daerah tersebut adalah ammarah, lawwamah dan mulhamah.

Rantai yang mengikat nafsu dalam daerah nafsu ammarah adalah yang paling kasar dan paling kuat. Pengikat nafsu dalam daerah ini adalah sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak dan sama’ah. Sifat-sifat tersebut membuat manusia merasakan dirinya lebih baik, lebih mulia dan lebih cerdik daripada orang lain. Dia suka menunjuk-nunjuk, suka dipuji dan suka namanya menjadi terkenal. Dalam daerah ini tidak ada nilai-nilai murni kemanusiaan dan tidak ada peraturan. Orang yang berada dalam daerah ini sangat tamakkan harta dan tidak peduli dari sumber mana harta itu diperolehinya. Apabila memperolehi harta dia menjadi bakhil. Nafsu yang berada dalam daerah ammarah ini juga kuat berdengki, berdendam dan sanggup berbuat khianat. Selain itu nafsu ammarah bertabiat suka berangan-angan. Dia merasakan apa yang dia angankan akan diperolehinya walaupun dia tidak ada kemampuan untuk berbuat demikian. Orang yang dibungkus oleh nafsu ammarah suka menggunakan dua cara penilaian. Bagi dirinya digunakan cara positif dan untuk orang lain digunakan cara negatif. Dia mengatakan orang lain mengumpat tetapi bagi dirinya, berbuat perkara yang serupa dikatakan mengatakan yang benar. Orang lain dikatakan berdengki tetapi buat dirinya dikatakan mempertahankan yang hak. Orang lain dikatakan bakhil tetapi buat dirinya dikatakan berjimat cermat. Sikap yang demikianlah membuatkan tertutup pandangannya daripada melihat kepada keburukan, kejahatan dan kecacatan yang ada dengan dirinya. Dia dikuasai oleh perasaan bahawa dialah manusia yang paling tahu dan paling sempurna. Dia merasakan syurga adalah haknya sekali pun dia tidak melakukan kebaikan. Perasaan yang demikian muncul kerana sifat ammarah tidak menghalang seseorang menggunakan ilmu yang bersangkutan dengan kehidupan dunia. Ia hanya menutup ilmu tentang Tuhan dan akhirat. Kemampuan menggunakan ilmu dunia membuatkan ahli nafsu ammarah boleh berjaya dalam kehidupan, boleh menjadi cendikiawan dan pemimpin masyarakat. Dia juga boleh mempelajari ilmu agama dan menjadi alim dalam bidang tersebut. Tetapi ilmu tidak berdaya menyelamatkannya kerana dia taksub dengan ilmunya. Dia menjadi marah jika mengetahui orang ramai berguru dengan orang alim yang lain. Dia suka mengeluarkan kenyataan yang merendah-rendahkan ilmu orang lain. Dia merasakan dirinya adalah ahli agama yang sempurna, ahli syurga yang tidak akan dihisab, sudah mencapai makam makrifat sementara orang lain tidak sempurna, ahli neraka dan tidak bermakrifat.

Tarekat tasauf mengajarkan manusia supaya membina kekuatan dalam berjihad menentang sifat nafsu ammarah dan membebaskan diri daripada ikatan rantainya. Kekuatan dalaman diperolehi dengan cara mengingati Allah s.w.t sebanyak mungkin. Pada peringkat permulaan ingatan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan paksaan dan hanya berlaku secara luar sahaja tetapi dengan mengulangi nama-nama Tuhan, menyebutkannya kuat-kuat akan menambahkan kesedaran terhadap-Nya. Ingatan kepada Tuhan yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan masuk ke dalam hati. Ketika itu ingatan kepada Tuhan dilakukan dalam hati, tidak perlu lagi menyebutnya kuat-kuat.

Ucapan dan ingatan kepada nama-nama Tuhan membuat hati menjadi jaga dari tidur dan sedar dari kelalaian. Hati mendapat kekuatan untuk berperang dengan tentera ammarah. Berlakulah peperangan di antara yang baik dengan yang jahat. Perjuangan ini berlaku di dalam daerah nafsu lawwamah. Senjata tentera lawwamah adalah taat kepada peraturan syariat, rajin beribadat dan menyibukkan lidah dan hati berzikir kepada Allah s.w.t. Hati yang sudah jaga daripada tidur mampu berfungsi sebagai juru nasihat kepada diri sendiri. Bila terjadi kesalahan dosa akan berdetiklah peringatan di dalam hati dan orang yang berkenaan menjadi menyesal dan bertaubat. Bila hati bertambah kuat juru nasihat dalam diri juga menjadi kuat. Ia akan menarik dirinya lari daripada dosa sebelum dosa dilakukan. Walaupun begitu, ketika berada dalam daerah lawwamah, seseorang itu masih lagi terlanjur melakukan dosa sekalipun dia berusaha mencegahnya. Ini kerana sebahagian daripada rantai-rantai ammarah belum lagi putus daripada daerah lawwamah. Rantai tersebut adalah ujub, riak dan samaah. Sifat kebaikan yang muncul dalam daerah lawwamah adalah mengakui kesalahan diri sendiri, menyesal dan bertaubat. Orang yang berada dalam daerah lawwamah gemar bertafakur, merenung sesuatu dan mengaitkannya dengan Kudrat dan Iradat Tuhan. Ingatannya kepada Allah s.w.t sekali sekala masuk ke dalam hati dan menerbitkan rasa kemanisan berzikir. Zikir yang telah masuk ke dalam hati menguatkan dan melembutkan hati itu. Kuat dalam melawan yang salah dan lembut dalam penyesalan terhadap kesalahan diri. Ahli nafsu lawwamah banyak menangis apabila teringatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia juga mudah menangis ketika beribadat. Suasana hati yang menguasai ahli lawwamah ini adalah ‘takutkan Allah.’ Perhatiannya lebih tertuju kepada akhirat dan syurga daripada nikmat keduniaan. Satu sikap yang agak ketara muncul pada ahli lawwamah adalah dia bukan sahaja mengkeritik kesalahan dirinya malah dia juga mengkeritik kesalahan orang lain. Ini berlaku kerana dia selalu memerhatikan kesalahan dirinya dan kesalahan orang lain. Dalam memerhatikan kesalahan diri dia melihat kesungguhannya bekerja menghapuskan kesalahan. Dia melihat dirinya yang bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. Dalam memerhatikan kesalahan orang lain dia tidak melihat mereka berbuat demikian. Perhatian yang demikian membuatnya merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.

Semakin jauh seseorang itu memasuki daerah lawwamah semakin kurang pengaruh ammarah pada dirinya. Apabila sampai kepada satu peringkat rantai ammarah putus daripadanya dan dia masuk ke dalam daerah nafsu mulhamah. Nafsu mulhamah adalah nafsu yang sudah bersih daripada kekotoran. Bila kekotoran tidak ada pada hati, fikiran kotor tidak datang lagi dan mengambil alih tempatnya adalah ilham bersih yang datang dari alam tinggi. Cermin hatinya yang kerap menghadap kepada alam tinggi membuatnya sering lupa kepada alam rendah. Dia menjadi tidak berminat dengan harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak berasa sayang untuk menolong orang lain dengan harta yang ada padanya. Dia juga melakukan taubat yang sungguh-sungguh dan tidak kembali lagi kepada kejahatan yang pernah dilakukannya. Dia memiliki kesabaran yang kuat dalam menghadapi bala bencana. Dia kuat berserah diri kepada Tuhan. Dia menghadap kepada Tuhan dengan rasa merendah diri dan berhajat kepada-Nya. Sifat merendah diri yang sudah lahir dalam hatinya membuatnya tidak lagi mengkeritik orang ramai sembarangan, seperti yang dilakukannya ketika dalam daerah lawwamah dahulu. Dia lebih memandang orang ramai dengan pandangan simpati, bukan mengutuk. Zikirnya sudah boleh masuk ke dalam hati yang lebih dalam dan lebih seni, menguatkan rasa pergantungan kepada Allah s.w.t. Keikhlasan ahli mulhamah ini sudah bertambah kuat. Dia melakukan kebaikan bukan lagi kerana ‘takutkan Allah’ tetapi semata-mata ‘kerana Allah’ atau kerana mahu mendapatkan keredaan-Nya. Orang yang sudah berada pada tahap ini akan terus mentaati Allah s.w.t sekali pun Tuhan tidak menjadikan syurga dan neraka. Matlamatnya adalah Allah s.w.t semata-mata. Keyakinannya kepada Allah s.w.t sangat mendalam, sebab itu dia kuat melakukan tajrid, iaitu menyerahkan urusannya kepada Allah s.w.t sahaja, tidak kepada makhluk. Daerah mulhamah merupakan peringkat terakhir pekerjaan membawa haluan nafsu ke arah yang betul. Ia adalah sempadan terakhir bagi nafsu yang mendatang, yang menumpang nafsu asli yang suci. Oleh kerana dia masih berada dalam daerah nafsu yang mendatang dia masih berkemungkinan diheret semula kepada daerah nafsu yang lebih rendah. Oleh itu kesungguhan beribadat dan kekuatan iman diperlukan agar rantai dari daerah nafsu yang lebih rendah tidak kembali menyambar dan mengikatnya.

Apabila seseorang itu keluar sepenuhnya daripada daerah nafsu yang mendatang dan masuk sepenuhnya ke dalam daerah nafsu yang asli dan haluan nafsunya sudah berada pada arah yang benar, dia masuk ke dalam daerah nafsu muthmainnah. Dia telah kembali kepada tahap yang diredai Allah s.w.t.

Wahai nafsu muthmainnah. Kembalilah kepada Tuhan engkau dalam keadaan reda meredai oleh-Nya dan masuklah engkau ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah engkau ke dalam syurgaKu. ( Ayat 27 – 30 : Surah al-Fajr )

Jiwa muthmainnah hanya tenang dan tenteram di dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Perbuatan zahirnya dan kelakuan hatinya semata-mata dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Dia menyayangi makhluk Tuhan, suka bersedekah, tidak menyimpan harta, reda dengan ketentuan Allah s.w.t dan bertawakal kepada-Nya dalam segala perkara. Dia hidup di atas landasan takwa, kuat beribadat dan mensyukuri segala pemberian Tuhan. Dia sudah melepasi makam sabar dan masuk kepada makam reda, maka tidak ada apa lagi yang menekan jiwanya. Cahaya ketenangan muncul pada wajahnya. Dia sudah dapat mengalami Hadrat nama-nama Tuhan. Kesedaran dan ingatan terhadap nama-nama Tuhan mendatangkan kenikmatan dan kelazatan pada hatinya. Kehampirannya dengan Tuhan membuatnya merasakan dirinya sentiasa bersama-sama-Nya, maka tidak ada apa lagi yang menakutkan dan mendukacitakannya. Daerah muthmainnah ini dinamakan daerah kewalian peringkat permulaan atau wali kecil.

Manusia rohani memiliki sifat-sifat yang asli. Manusia zahir memperolehi sifat melalui percantuman dengan manusia rohani. Sifat yang muncul pada manusia zahir dinamakan sifat kemanusiaan. Apabila seseorang meninggalkan daerah-daerah ammarah, lawwamah dan mulhamah masuk ke dalam daerah muthmainnah, bermakna dia meninggalkan daerah sifat kemanusiaan dan masuk kepada sifat rohani. Kelenyapan sifat kemanusiaan dinamakan kefanaan. Bertambah kuat sifat rohani menguasainya bertambah kuat kefanaan yang dialaminya. Tertanggalnya sifat kemanusiaan dan pada masa yang sama mengalami suasana Hadrat Ilahi menyebabkan orang yang berkenaan menafikan perbuatan manusia dan menyandarkannya kepada perbuatan Tuhan. Orang yang dalam keadaan demikian menyaksikan Hadrat Tuhan menerajui sekalian alam maya ini. Oleh sebab itu dia menyerah bulat-bulat kepada pentadbiran Tuhan. Dalam daerah muthmainnah Hadrat Tuhan yang dialami oleh hati menyata sebagai Nama-nama-Nya yang banyak. Setelah dia masuk kepada daerah yang lebih mendalam hatinya mengalami keadaan di mana Hadrat nama-nama yang kelihatan banyak itu sebenarnya adalah Hadrat yang satu, yang berkuasa menentukan segala perkara, tidak ada yang lain memiliki kuasa. Daerah ini dinamakan nafsu radhiah. Suasana hati ahli nafsu radhiah adalah sangat teguh meredai apa sahaja takdir Tuhan. Baginya bala dan nikmat adalah sama sahaja, sama-sama takdir Tuhan. Orang radhiah sangat kuat merasai kehadiran kuasa ghaib mengawal segala kelakuan dan tindak-tanduknya. Perbuatan yang keluar dari dirinya berlaku secara spontan tanpa dia campurtangan sedikit pun. Keadaannya samalah seperti keadaan orang yang melihat dirinya di dalam mimpi. Dia tidak ikut campurtangan dalam kelakuan dirinya yang di dalam mimpi itu. Dirinya yang di dalam mimpi melakukan sesuatu tanpa berfikir dan merancang, tidak terikat dengan dirinya yang diluar mimpi. Apabila diri yang di dalam mimpi itu menjadi sangat kuat diri yang di luar merasakan dialah yang khayalan dan diri yang di dalam mimpi itulah diri yang sebenar. Pengalaman seperti inilah menyebabkan orang radhiah menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkan kepada kewujudan Allah s.w.t. Kelakuan orang radhiah tidak lagi terpengaruh kepada fikiran, perasaan dan hukum logik. Tuturkatanya berbunga-bunga, sukar dimengerti oleh orang lain. Dia kadang-kadang mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan orang lain. Biasa juga terjadi dia mengeluarkan ucapan yang pada zahirnya menyalahi syariat. Dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Tingkah lakunya boleh menyebabkan orang ramai menyangkakannya sudah gila. Apa yang nyata pada hatinya adalah segala perkara datangnya dari Tuhan. Dia mengembalikan segala perkara kepada Tuhan. Apa juga kebolehan dan kekeramatan yang diperolehinya disandarkan kepada Tuhan. Orang radhiah mengalami rasa ‘kegilaan kepada Allah’ pada tahap paling tinggi. Suasana hatinya diistilahkan sebagai ‘dalam Allah.’ Dia fana dalam lautan takdir.

Setelah sampai pada kemuncak, darjah kefanaan mula menurun. Peringkat kefanaan menurun ini dinamakan nafsu mardhiah. Dalam proses menaik sehingga ke radhiah seseorang itu terpisah daripada sifat kemanusiaan dan kewujudan alam maya. Apabila sampai kepada daerah mardhiah dia kembali melihat kepada apa yang terpisah daripadanya sewaktu menaik dahulu. Dia sudah boleh melihat sifat kemanusiaan yang menumpang wujud rohani dan sudah merasakan memiliki keupayaan untuk menggunakan sifat dan bakat tersebut. Bila sifat kemanusiaan sudah kembali dia kembali menyaksikan kewujudan alam maya dan makhluk di sekelilingnya. Ketika masih hampir dengan daerah radhiah, walaupun dia sudah berada dalam daerah mardhiah, kesan kefanaan belum terhapus sepenuhnya dari hatinya. Penyaksiannya terhadap makhluk tidak menetap. Kadang-kadang penyaksiannya melampaui makhluk. Kemudian makhluk datang kembali kepada pandangannya. Begitulah keadaannya sehingga dia sampai kepada penetapan nafsu mardhiah, di mana pandangannya tidak terbalik lagi. Dirinya, sifat dan bakatnya dan makhluk sekaliannya menjadi tetap dalam kesedarannya. Dia masuk ke dalam suasana yang diistilahkan sebagai baqa atau kekal dengan Allah s.w.t. Dalam suasana tersebut hatinya kekal dengan Allah s.w.t walaupun zahirnya bercampur dengan orang ramai. Walaupun dia sudah boleh bergaul dengan orang ramai tetapi dia lebih suka bersendirian dan tidak mahu bercakap atau melakukan sesuatu yang sia-sia. Dia sudah boleh mengatur kehidupan hariannya. Ucapan yang menyalahi syariat tidak keluar lagi dari mulutnya.

Dalam daerah mardhiah seseorang itu mendapat kesedaran sepenuhnya tentang keaslian rohaninya. Perjalanan kerohanian bukanlah perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia merupakan perubahan kesedaran mengenai hakikat dirinya sehinggalah dia memperolehi kesedaran sepenuhnya tentang keaslian dirinya. Dalam melalui proses perubahan kesedaran itu dia mendapat pengetahuan tentang Tuhan. Dia juga memperolehi kesedaran mengenai roh yang paling latif yang dipakaikan dengan tubuh badan yang nyata. Orang mardhiah yakin bahawa dia diciptakan untuk sesuatu tujuan yang khusus tetapi dia belum menerima amanah untuk memikul tugas berkenaan. Oleh itu keadaannya adalah umpama orang yang sedang menunggu kenderaan di stesen. Sementara kenderaan yang akan membawanya pergi ke tempat yang khusus sampai dia melakukan sesuatu pekerjaan secara ala kadar sahaja. Dia melakukan sesuatu dengan persediaan untuk meninggalkannya apabila datang ‘perintah’ untuk pergi ke satu tempat yang muktamad kelak. Suasana hati yang beginilah membuatkan orang mardhiah kembali kepada kehidupan dunianya tanpa sesuatu matlamat yang jelas. Sebenarnya kesan kefanaan yang sangat kuat pada peringkat radhiah masih menguasai hatinya. Kesan tersebut membuatnya masih ‘menanti-nantikan’ sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Masih ada tarik menarik di dalam hatinya di antara kesedaran kerohanian yang diperolehinya dengan kesedaran kemanusiaan yang dikembalikan kepadanya. Dia adalah umpama seorang yang keberatan untuk memasuki rumahnya yang telah lama ditinggalkannya dan rumah itu gelap gelita. Dia akan terus berkeadaan demikian sehinggalah dia menyedari bahawa dirinya sudah ada cahaya yang mampu menerangi rumah gelap tersebut. Apabila dia telah menerima rumahnya dengan sepenuh jiwa raga dan dia memasuki rumah itu, akan memancarlah di dalamnya cahaya yang terang benderang. Dia mula bekerja di dalam rumah tersebut. Keadaannya seumpama Adam a.s yang reda dengan bumi ini menjadi tempat kediamannya, tempat kematiannya dan tempat dibangkitkan.

Rohani yang terang benderang telah menerima jasad yang gelap gelita, maka sempurnalah kejadian insan. Adam a.s telah menerima bumi sebagai tempat kediamannya, maka sempurnalah tujuan penciptaan Adam a.s. Orang kerohanian melalui berbagai-bagai peringkat kerohanian. Apabila rohaninya menerima jasadnya sempurnalah kejadiannya. Apabila dirinya iaitu rohani yang berkamil dengan jasad, menerima penghidupan di dalam dunia sempurnalah perjalanannya. Tidak ada lagi yang dinanti-nantikannya dan tidak ada perintah lagi yang ditunggunya. Dunia inilah daerah kekhalifahannya dan al-Quran itulah perintah yang sudah siap termetri. Orang kerohanian masuk ke dalam daerah nafsu kamaliah atau kesempurnaan nafsu dengan doa:

Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkan daku dengan kemasukan yang baik dan keluarkan daku dengan keluaran yang baik dan jadikanlah untukku langsung dari Engkau satu kekuasaan yang menolong”. Dan katakanlah: “Telah datang kebenaran dan telah lenyap kebatalan; sesungguhnya yang batal itu pastilah dilenyapkan”. ( Ayat 80 & 81 : Surah al-Israa’ @ Bani Israil )

Orang kerohanian yang telah kembali kepada keaslian rohaninya, kemudian dihantar semula ke tempat dia bermula, iaitu kehidupan dunia, dipelihara oleh Allah s.w.t daripada dirosakkan oleh kehidupan dunia. Dia kembali kepada kesedaran kemanusiaan dan kehidupan dunia sebagai nafsu muthmainnah, nafsu yang paling sempurna dan sesuai untuk kehidupan di bumi. Bumi yang menjadi tempat kembalinya itu adalah seumpama bumi yang diciptakan semula oleh Tuhan setelah berlaku kiamat.

Pada hari yang akan diganti bumi ini dengan bumi lain dan semua langit juga, dan akan tampil mereka ke hadapan Tuhan, Allah, Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dan akan engkau lihat orang-orang yang berdosa itu terikat dengan belenggu-belenggu. ( Ayat 48 & 49 : Surah Ibrahim )

Manusia pilihan yang diturunkan kepada penghidupan dunia setelah dinaikkan kepada tempat asalnya, merupakan khalifah Tuhan yang bertugas memakmurkan bumi dan melaksanakan perintah Allah s.w.t. Puak yang tidak mengerti akan mencuba untuk mengganggu pekerjaan mereka tetapi pertolongan dari Tuhan membelenggu musuh mereka hinggakan dunia ini tidak lagi berupaya mencederakan mereka. Setelah tugas mereka di bumi sempurna mereka akan kembali kepada Tuhan dalam keadaan reda meredai.

Para khalifah Tuhan diperkuatkan dengan pertolongan yang langsung daripada-Nya.

Dia campakkan Roh dari urusan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya. ( Ayat 15 : Surah Mu’min )

Dan Kami telah perkuatkan dia (Isa) dengan Roh Kudus. ( Ayat 87 : Surah al-Baqarah )

Khalifah Tuhan berkecimpung dalam kehidupan masyarakat sebagaimana anggota masyarakat yang lain. Kerja utama mereka adalah membimbing manusia ke jalan Allah s.w.t. Di damping itu mereka menjalankan kewajipan terhadap diri dan keluarga.. Mereka melakukan pekerjaan kerana mentaati Allah s.w.t. Khidmat mereka kepada masyarakat adalah khidmat mereka kepada Tuhan. Kasih mereka kepada Tuhan disebarkan kepada makhluk Tuhan. Ketaatan mereka kepada Tuhan ditunjukkan dengan memberi bantuan kepada makhluk Tuhan. Mereka adalah wakil Tuhan yang bertugas hal ehwal makhluk Tuhan. Itulah pekerjaan Adam a.s dan keturunannya yang dipilih dari masa ke masa untuk meneruskan pekerjaan tersebut.

Daerah-daerah nafsu merupakan stesen kerohanian di sepanjang perjalanan. Stesen kerohanian tidak seharusnya dipandang sebagai makam ketinggian dan kemuliaan. Tuhan tidak melihat kepada stesen kerohanian tetapi Dia melihat kepada takwa. Takwa yang sebenar hanya boleh disempurnakan dalam kehidupan dunia, di tengah-tengah masyarakat, bukan dalam kerohanian yang memisahkan seseorang dengan orang ramai. Manusia yang paling mulia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w sangat aktif dalam kegiatan masyarakat dan kehidupan harian.

Selain daripada mengajarkan perjalanan kerohanian melalui daerah-daerah nafsu, tarekat tasauf juga mengajarkan perkembangan kesedaran kerohanian melalui berbagai-bagai peringkat kebatinan. Suasana kebatinan itu dinamakan Latifah Rabbaniah, iaitu unsur seni yang ghaib yang termasuk dalam urusan Tuhan yang tidak mampu difikirkan. Latifah Rabbaniah yang tergolong sebagai Diri Batin adalah Latifah -latifah Kalbu, Roh, Sir, Khafi, Akhfa, Nafsu Natiqah dan Kullu Jasad.

Latifah Kalbu adalah hati nurani. Ia menjadi raja yang memerintah sekalian anggota dan tubuh manusia. Ia menjadi induk bagi semua latifah yang lain. Kalbu atau hati itulah yang menjadi tilikan Allah s.w.t. Jika baik hati akan baiklah sekalian anggota. Hati yang seni dan ghaib dikaitkan dengan hati sanubari, iaitu jantung yang terletak dalam dada sebelah kiri, kira-kira dua jari di bawah tetek. Jika diletakkan jari pada tempat tersebut boleh dirasakan denyutannya. Denyutan jantung memberi peringatan kepada manusia bahawa dia masih hidup kerana sokongan daripada Latifah Kalbu yang menjadi bekas menerima kurniaan Allah s.w.t. Kalbu atau hati seni dibungkus oleh alam perasaan yang berbolak-balik, tidak menetap. Kesungguhan beribadat dan berzikir membebaskan Latifah Kalbu daripada hijab alam perasaan yang menutupinya. Bila Latifah Kalbu telah bebas daripada tutupan alam perasaan ia akan menghadap kepada alam ghaib dan menerima ilham yang bebas daripada bisikan syaitan. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Kalbu membuat hati merasakan jalinan yang erat dan unik dengan Kenabian Adam a.s atau dikatakan hati mengalami suasana Hakikat Adamiyah. Perjalanan Adam a.s menjadi iktibar untuk hati bertaubat dan membersihkannya daripada segala kekotoran. Kesedaran kerohanian yang berhubung erat dengan kenabian Adam a.s itu juga membuka kefahaman tentang perjalanan hukum sebab dan akibat. Kefahaman mengenainya membuat seseorang mengkagumi perjalanan kehidupan yang sangat rapi telah diaturkan untuknya oleh Tuhan Yang Maha Mentadbir. Kesedaran tersebut menambahkan keyakinannya kepada bimbingan yang datang dari Tuhan. Hatinya menjadi bertambah kuat untuk kembali kepada Tuhan dan dia bermujahadah untuk mendapatkan keredaan-Nya. Keasyikan dalam suasana latifah sering membuat mata hati menyaksikan cahaya dan warna dalam alam ghaib. Keasyikan dalam Latifah Kalbu membawa seseorang menyaksikan cahaya berwarna kuning yang bergemerlapan. Cahaya latifah yang disaksikan bukanlah cahaya Tuhan dan sekali-kali bukanlah Tuhan. Ia mesti dinafikan dengan membanyakkan ucapan: “La ilaha illa Llah “.

Latifah Kalbu adalah umpama ruang yang besar, terdapat dalamnya berbagai-bagai latifah lagi. Tahap kesedaran latifah yang lebih mendalam dinamakan Latifah Roh, dikenali sebagai Roh Haiwani. Latifah Roh atau Roh Haiwani itu dihijabkan oleh sifat-sifat keji yang dipanggil sifat binatang jinak. Sifat ini mengheret manusia kepada jalan memuaskan nafsu syahwat seperti haiwan, tanpa menghiraukan akibat dan dosa. Sifat binatang jinak inilah yang membuat manusia berani melakukan kesalahan walaupun orang lain yang telah membuat kesalahan yang sama telah pun menerima padahnya. Orang lain yang telah mati kerana penyakit aids tidak menakutkan binatang jinak untuk terus berbuat maksiat. Orang lain yang sudah kena gantung kerana menjual dadah tidak menakutkan binatang jinak untuk terus menjual dadah. Memang sifat binatang tidak mengenal dosa dan tidak takut kepada penyakit. Tenaga ibadat dan zikir yang masuk ke dalam daerah Latifah Roh akan menghancurkan sifat binatang jinak itu. Bila sifat tersebut telah hancur akan muncullah sifat Latifah Roh yang asli, iaitu gemar beribadat, kuat bertawakal dan reda dengan takdir Tuhan. Kesedaran pada tahap Latifah Roh ini membuatkan seseorang melakukan ibadat dan berzikir dengan banyaknya tanpa berasa penat dan jemu. Dalam daerah ini juga muncul hubungan kerohanian dengan Kenabian Ibrahim a.s dan Nuh a.s. ‘Pertemuan’ dengan Hakikat Ibrahimiyah dan Nuhiyah menguatkan kesanggupan seseorang untuk berjuang dan berkorban demi mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Keasyikan dalam daerah Latifah Roh ini membawa mata hati menyaksikan cahaya yang berwarna merah yang gilang gemilang. Cahaya latifah ini juga bukanlah cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan dengan memperbanyakkan ucapan : “La ilaha illa Llah “.

Setelah melepasi daerah Latifah Roh seseorang mengalami pula suasana kerohanian dalam daerah Latifah Sir atau dinamakan Roh Insani. Latifah Sir atau Roh Insani ini dihijab oleh sifat buruk yang dinamakan sifat binatang buas. Sifat tersebut mendorong manusia bermusuhan sesama sendiri, melakukan kezaliman, berdendam dan saling membenci. Apabila sifat binatang buas ini berkuasa akan berlakukah penganiayaan, penindasan dan kezaliman yang tidak berperi kemanusiaan terhadap sesama manusia. Sifat binatang buas ini mesti dihancurkan dengan tenaga ibadat dan zikir. Bila sifat binatang buas telah hancur akan muncullah sifat Latifah Sir yang asli iaitu mencintai Allah s.w.t dengan teramat sangat. Kesedaran kebatinan pada tahap Latifah Sir inilah yang sering membuat hati gilakan Allah s.w.t hingga ke tahap tidak rasional. Dalam daerah ini juga terjalin hubungan kerohanian dengan Kenabian Musa a.s. Hakikat Musawiyah membawanya merasai kehampiran dengan Allah s.w.t dan merasai nikmat Cinta Ilahi. Keasyikan dalam daerah ini membawa mata hati menyaksikan cahaya berwarna putih yang bergemerlapan. Cahaya latifah ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, mesti dinafikan dengan ucapan: “La ilaha illa Llah ” sebanyak mungkin.

Seterusnya hati mengalami suasana Latifah Khafi. Latifah ini dihijabkan oleh sifat syaitaniah yang menerbitkan perasaan dengki, khianat dan busuk hati. Apabila tenaga ibadat dan zikir yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh berjaya menghancurkan sifat syaitaniah, akan muncullah sifat latifah yang asli iaitu sabar, syukur, reda dan tawakal yang sebenarnya. Kesedaran pada tahap Latifah Khafi membuat seseorang mengalami hubungan kerohanian dengan Kenabian Isa a s atau Hakikat Isaiyah. Kesedaran dalam daerah ini menambahkan kekuatan rohani untuk menghampiri Allah s.w.t dan pada tahap latifah ini juga selalu muncul perkara yang luar biasa seperti kebolehan mengubati penyakit dan mempunyai firasat yang tajam, walaupun bidang tersebut tidak pernah dipelajarinya. Keasyikan dalam Latifah Khafi membawa seseorang menyaksikan cahaya hitam yang tidak terhingga. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan. Ia mesti dinafikan dengan memperbanyakkan ucapan: “La ilaha illa Llah “.

Kesedaran kebatinan seterusnya dinamakan Latifah Akhfa yang dihijab oleh sifat Rabbaniah (ketuhanan) yang tidak layak dipakai oleh makhluk. Sifat tersebut melahirkan rasa sombong, ujub dan riak. Apabila tenaga ibadat dan zikir berjaya membebaskan Latifah Akhfa daripada sifat Rabbaniah akan muncullah sifat kebaikan seperti ikhlas dan tawaduk yang sebenarnya. Kesedaran dalam daerah ini membuat seseorang gemar bertafakur. Dalam kesedaran latifah ini juga lahir hubungan kerohanian yang erat dengan Kenabian Muhammad s.a.w atau Hakikat Muhammadiah. Orang berkenaan akan mengalami rasa kasih, keasyikan dan kerinduan yang bersangatan terhadap Rasulullah s.a.w. Ucapan selawat merupakan ucapan yang sangat merdu dan mengasyikkan. Keasyikan terhadap Rasulullah s.a.w dalam daerah Latifah Akhfa ini juga membuat seseorang mengalami suasana ‘pertemuan’ dengan rohani Rasulullah s.a.w sama ada dalam mimpi atau pun dalam jaga. Hakikat Muhammadiah membawa seseorang memasuki suasana Cinta Allah s.w.t yang lebih halus dan lebih seni serta memperolehi muraqabah atau berhadap kepada Allah s.w.t semata-mata, tidak kepada selain-Nya. Keasyikan pada latifah ini juga membawa seseorang menyaksikan cahaya berwarna hijau yang gilang gemilang. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan dengan ucapan : “La ilaha illa Llah “.

Latifah seterusnya dinamakan Latifah Nafsu Natiqah. Latifah ini juga dikenali sebagai diri yang boleh berfikir. Nafsu Natiqah dihijab oleh sifat ammarah yang banyak membentuk khayalan dan melahirkan penyakit panjang angan-angan. Dalam daerah inilah gambar-gambar yang disukai oleh nafsu syahwat ditayangkan. Keinginan kepada kesenangan dan keseronokan dunia berpunca daripada daerah ini. Apabila tenaga ibadat dan zikir berjaya menghapuskan sifat ammarah, akan muncullah suasana hati yang tenteram dan fikiran yang tenang. Gambaran, khayalan dan fikiran jahat yang selalu mengganggu orang yang sedang bersembahyang tidak ada lagi apabila sifat ammarah pada Nafsu Natiqah sudah terhapus. Keasyikan dalam kesedaran Nafsu Natiqah membawa seseorang menyaksikan cahaya yang berwarna ungu yang gilang gemilang. Cahaya ini juga bukan cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan, perlu dinafikan sebanyak mungkin dengan ucapan: “La ilaha illa Llah “.

Latifah yang terakhir dikenali sebagai Latifah Kullu Jasad yang meliputi seluruh tubuh. Latifah ini dihijab oleh sifat jahil dan lalai. Apabila hijab tersebut berjaya dihapuskan oleh tenaga ibadat dan zikir akan muncullah sifat berilmu dan beramal. Tenaga zikir yang berjalan lancar dalam daerah ini dapat dirasakan mengalir ke seluruh tubuh, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, menyerap ke segenap rongga dalam tubuh badan, bercampur dengan darah, daging, tulang, sumsum dan seluruh maujud. Suasana yang demikianlah dikatakan seluruh tubuh berzikir. Keasyikan dalam latifah ini membawa seseorang menyaksikan cahaya yang gilang gemilang tidak dapat dihinggakan dan ditentukan warnanya. Cahaya ini, seperti juga cahaya-cahaya yang lain, bukanlah cahaya Tuhan dan sekali-kali bukan Tuhan dan perlu dinafikan dengan ucapan: “La ilaha illa Llah “.

Tujuan tarekat tasauf adalah membawa hati keluar daripada hijab kegelapan dan masuk ke dalam cahaya yang terang benderang. Dalam dunia ini benda-benda nyata boleh disaksikan kerana ada cahaya nyata seperti matahari, bulan dan lampu. Perkara dunia yang abstrak dapat disaksikan melalui cahaya akal. Alam ghaib pula disaksikan melalui cahaya latifah. Walaupun cahaya latifah muncul sebentar sahaja dalam pandangan mata hati namun ia memadai untuk menerangi perjalanan menuju stesen kerohanian yang berikutnya. Apabila seseorang mencapai baqa semua cahaya tidak mempunyai warna, maka tidak ada penyaksian terhadap cahaya, tetapi hati masih dapat merasakan suasana yang terang benderang menerangi perjalanannya sehingga dia tidak berasa keliru atau ragu-ragu. Cahaya-cahaya alam kerohanian memandu seseorang untuk sampai ke Hadrat Ilahi. Suasana Hadrat Ilahi adalah makam ihsan, iaitu merasai kehadiran Tuhan dalam segala keadaan dan pada setiap ketika. Orang yang sampai kepada pengalaman yang demikian mengerti maksud firman Allah s.w.t:

Allah jualah Cahaya bagi langit dan bumi. ( Ayat 35 : Surah an-Nur ) Nur Allah s.w.t adalah Hadrat-Nya atau kehadiran-Nya yang dapat dirasakan oleh hati yang berkait rapat dengan rohnya yang asli. Nur Allah s.w.t bukanlah cahaya yang boleh difikirkan, digambarkan atau dikhayalkan. Maksud melihat Nur Allah s.w.t adalah merasakan kehadiran-Nya. Apa juga cahaya yang disaksikan dalam alam ghaib adalah cahaya yang Dia gubah sebagai menarik hamba-hamba-Nya agar terus berjalan sehingga sampai kepada matlamat yang dituju. Matlamat yang terakhir hanya boleh ditemui dan dicapai melalui suluhan cahaya kebenaran yang sejati.

Dan demikianlah Kami wahyukan kepada engkau satu Roh dari urusan Kami. Padahal tidaklah engkau tahu apa itu Kitab dan apa itu iman. Tetapi Kami jadikan ia nur yang Kami beri petunjuk dengan ia barangsiapa yang kami kehendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau akan memimpin kepada jalan yang lurus. (Iaitu) jalan Allah, yang kepunyaan-Nya apa yang ada di semua langit dan apa yang ada di bumi. Ketahuilah! Kepada Allah akan sampai segala urusan. ( Ayat 52 & 53 : Surah asy-Syura )

Wahyu adalah cahaya kebenaran yang sejati, dijadikan nur yang memberi petunjuk yang dengannya segala urusan sampai kepada Allah s.w.t.

Related posts

Umat Yang Diasuh Oleh nabi Muhammad s.a.wRead more

Makam PenetapanRead more

Menuju Penetapan Insan Hamba TuhanRead more

Menuju Kesedaran InsaniRead more

© 2008-2019 Jalan Sufi. All Rights Reserved.


Taubat: Pintu Keselamatan

Taubat: Pintu Keselamatan 21. Taubat: Pintu Keselamatan Sesudah itu Adam terima beberapa kalimat dari Tuhannya lalu Dia ampunkannya kerana Allah itu Maha Pengampun Maha Penyayang. ( Ayat 37 : Surah al-Baqarah ) Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa dan Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Ayat 25 : Surah asy-Syura ) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. ( Ayat 70 : Surah al-Furqaan ) Adam a.s, manusia pertama, telah melakukan kesalahan. Ketika itu beliau a.s mendiami syurga. Manusia secara tabi’inya tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan, sekalipun mereka tinggal di dalam syurga yang serba menyenangkan, apa lagi mereka tinggal di dalam dunia yang serba memayahkan. Adam a.s mengakui kesalahannya dan merujuk kembali kepada Tuhan, memohon agar Tuhan mengajarkannya apa yang perlu dibuatnya bagi menutup kesalahannya dan menggantikannya dengan kebaikan. Tuhan Yang Maha Pengampun Maha Penyayang mengajarkan kepada Adam a.s beberapa kalimat, iaitu cara bertaubat. Adam a.s bertaubat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tuhan yang mengajarkan Adam a.s bertaubat itu menerima taubatnya dan mengampunkan kesalahannya. Taubat mengembalikan Adam a.s kepada Tuhan as-Salam, Yang Mensejahterakan. Taubat yang dilakukan oleh Adam a.s adalah taubat yang disertai oleh iman dan diikuti oleh amal salih. Taubat yang demikian menghapuskan kejahatan dan menggantikannya dengan kebaikan. Iblis, jin yang pertama diciptakan Tuhan, telah melakukan kesalahan. Kesalahan Adam a.s adalah lupa kepada pesanan Tuhan. Kesalahan iblis pula adalah engkar kepada perintah Tuhan. Adam a.s mengakui kesalahan dan bertaubat. Iblis tidak mahu mengakui kesalahannya dan enggan bertaubat. Adam a.s yang bertaubat menerima nikmat keampunan dari Tuhan. Iblis yang enggan bertaubat menerima kemurkaan dan laknat dari Tuhan. Adam a.s kembali kepada Tuhan dan keselamatan-Nya. Iblis tercampak jauh dari Tuhan dan hilang peluang untuk kembali. Di akhirat kelak taubat membawa Adam a.s kembali kepada syurga dan iblis pula akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam, tempat yang paling buruk dan paling azab. Taubat adalah jalan kembali kepada Tuhan. Apabila manusia melakukan dosa dia tercampak jauh dari Tuhan. Jika dia tidak bertaubat dia tetap tinggal jauh dari Tuhan. Jika kemudiannya dia berbuat kebaikan maka dia berbuat baik dalam keadaan jauh dari Tuhan. Dia boleh melakukan suruhan syariat tetapi tanpa taubat dia menjadi ahli syariat yang jauh dari Tuhan. Hamba yang melakukan kesalahan sangat perlu bertaubat. Taubat merupakan cetusan iman. Iman yang menguatkan amal salih. Tanpa iman tidak ada amal salih. Amal tanpa taubat sebenarnya tidak berpangkal kepada iman. Amal yang demikian sangat sedikit nilai salihnya. Salih itulah yang menentukan darjat kemuliaan sesuatu amal itu di sisi Tuhan. Amal yang tidak disertai oleh taubat tidak banyak memberi pahala. Pahala bukan sahaja berguna di akhirat. Keberkatan pada rezeki dan kesejahteraan hidup di dunia merupakan terjemahan kepada pahala yang diperolehi daripada amal yang salih. Di akhirat kelak terjemahan pahala itu akan lebih menyata lagi. Banyak daripada masalah kehidupan harian tidak mampu diselesaikan lantaran tidak bertaubat daripada dosa-dosa yang lalu. Bani Adam memiliki tabii keadaman. Mereka tidak sunyi daripada melakukan kesalahan. Tidak wajar jika ada orang yang mengatakan dia tidak pernah berbuat kesalahan dan tidak perlu bertaubat. Nabi Muhammad s.a.w yang suci bersih pun sering bertaubat. Paling tidak memohon keampunan di atas kelemahan sebagai manusia yang tidak berupaya melakukan perintah Tuhan dengan sempurna. Ramai manusia terhalang daripada memperolehi apa yang layak diperolehinya sebelum mereka memasuki pintu taubat. Adam a.s yang diciptakan khusus untuk menjadi khalifah di bumi hanya memperolehi mahkota khalifah itu setelah beliau a.s melalui pintu taubat dan menerima keampunan dari Tuhan. Roh syariat, roh agama, nur iman, nur Ilahi dan yang seumpamanya hanya masuk ke dalam hati yang telah dibasuh dengan air taubat. Orang yang bertaubat dan Tuhan mengampunkan dosanya, kesuciannya kembali kepada kesucian roh yang latif, yang suci dan hampir dengan Tuhan. Manusia yang rohnya kembali kepada taraf amr Tuhan akan memperolehi keselamatan di dunia dan di akhirat. Manusia yang memiliki roh yang demikian mampu mengkamilkan batin syariat dengan zahir syariat atau antara iman dengan amal. Bani Adam sewajarnya mengikuti langkah bapa mereka dengan bertaubat agar mereka juga boleh kembali kepada Tuhan dan layak dipakaikan mahkota khalifah di bumi. Taubat yang hanya merupakan kata-kata, tanpa mengetahui sejauh mana dosa yang dilakukan, tidak berikrar untuk tidak mengulangi dosa tersebut, tidak mengambil langkah mencegah daripada berulangnya perbuatan dosa dan tidak melakukan kebaikan yang boleh menghapuskan dosa, adalah taubat pada luaran sahaja, tidak terhunjam ke dalam lubuk hati yang dalam. Taubat yang demikian adalah umpama memotong rumput bahagian di atas tanah sahaja sedangkan akar yang di dalam tanah dibiarkan. Rumput akan kembali tumbuh selagi akarnya tidak dicabut. Orang yang benar-benar bertaubat mengetahui kesalahannya dan punca kesalahan tersebut, bertekad tidak akan mengulanginya dan membebaskan dirinya daripada punca kesalahan. Taubat yang begini umpama mencabut rumput beserta akarnya yang di dalam tanah dan membuangnya jauh-jauh. Taubat luaran adalah penyesalan secara umum dan samar-samar. Tauabat dalaman adalah penyesalan yang jelas tentang apa yang dikesalkan dan menjauhkan diri daripadanya. Orang yang bertaubat daripada zina tidak lagi menghampiri zina, bukan sekadar tidak melakukan zina. Jika masih lagi menghampiri zina, sekalipun tidak melakukannya, itu bukanlah taubat yang sebenarnya. Adam a.s yang telah melakukan kesalahan dengan memakan buah larangan di dalam syurga, setelah bertaubat beliau a.s tinggal di bumi yang sangat jauh daripada pokok larangan yang menjadi isu kesalahannya. Tanda taubat diterima adalah orang yang berdosa tidak jatuh lagi ke dalam jurang dosa tersebut. Orang yang benar dengan taubatnya mempelajari keadaan dirinya, mencari punca dan faktor yang menyebabkan dia jatuh kepada perbuatan dosa. Dia mengawasi perjalanan nafsunya, membebaskannya daripada ego yang mengheret kepada kejahatan dan kedurhakaan kepada Tuhan. Jihad membuang nilai-nilai buruk daripada daerah nafsu akan memberi kekuatan kepada rohani. Rohani yang sedar dan celik akan dapat melihat kepada kejahatan dan dapat mengeluarkan teguran daripada dalam. Teguran dari dalam itu dinamakan suara hati. Pada peringkat awalnya suara hati hanya sekadar memberi teguran tetapi tidak mampu menghalang berlakunya kesalahan tetapi apabila semakin banyak nilai-nilai buruk dikeluarkan daripada daerah nafsu suara hati akan menjadi lebih kuat. Hati akan sempat memberi peringatan sebelum terjadinya perbuatan dosa. Kemunculan penasihat dari dalam diri sendiri menambahkan kesedaran seseorang tentang yang benar dan yang salah. Kemudian dibukakan kepadanya hakikat yang benar dan yang salah. Apabila hakikat tersebut telah terbuka kepadanya dia akan lebih mudah melakukan yang benar dan meninggalkan yang salah. Dalam perjalanan menuju tahap yang suci bersih seseorang perlu menentang nafsu kehaiwanan yang menumpang pada nafsunya yang asli, yang suci bersih. Nafsu kehaiwanan hanya inginkan makanan, minuman, pakaian, tidur, melakukan yang sia-sia dan berseronok. Dalam daerah nafsu yang rendah itu juga ada sifat ego yang jahat seperti takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit hati. Semua itu mesti dibuang daripada daerah nafsu supaya kemurnian nafsu yang asli kembali menyerlah. Orang yang benar-benar bertaubat mampu berbuat demikian dan dia kembali menjadi suci, bersih dan murni. Hijab yang muncul dari alam zahiriah menjadi hancur dan rohaninya akan bercahaya, memperlihatkan keserian wajah yang menggambarkan kedamaian jiwa. Syariat mengajarkan jihad menyelamatkan diri daripada dosa. Dosa masuk ke dalam manusia melalui setiap bahagian tubuhnya dan juga melalui dirinya yang tidak kelihatan. Mata, telinga, mulut, hidung, tangan, kaki, syahwat dan segenap tubuh boleh menjadi pintu buat dosa memasuki manusia. Fikiran dan perasaan juga menjadi pintu dosa. Dosa adalah umpama besi dan neraka umpama besi berani yang besar lagi kuat, menarik besi dosa kepadanya. Makanan, minuman dan bauan yang harum memasukkan dosa ke dalam tubuh manusia. Dosa bercampur dengan darah, daging, tulang, sumsum dan seluruh tubuh. Tangan yang melakukan kejahatan akan dibaluti oleh dosa seperti balutan lumpur. Tangan yang berbalut dosa menyentuh isteri, anak-anak, makanan, pekerjaan dan lain-lain. Ia mencemarkan apa sahaja yang disentuhnya. Syahwat yang berzina akan dibaluti dosa dan dengan syahwat yang berbalut kekotoran dosa itu juga lelaki meniduri isterinya. Tangannya yang menyuap makanan dibaluti dosa. Makanannya haram. Darahnya bercampur air dosa. Air mani yang terbentuk dalam tubuhnya juga terpalit dosa. Melalui syahwat yang berdosa dia menghantar air mani yang terpalit dosa ke dalam kandungan isterinya. Dalam kandungan ibu lagi bayi sudah dihadapkan dengan kesan dosa. Anak keluar ke dunia membawa kekuatan dosa, bersedia untuk menghadapi dosa-dosa. Ramai bayi yang dibungkus oleh dosa sejak dalam kandungan ibu mereka keluar membawa penyakit yang ganjil-ganjil. Sudah ada bayi yang keluar sahaja ke dunia sudah pun menghidapi penyakit aids. Kecelakaan menimpa manusia yang berdosa kerana syaitan boleh bersekutu dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Apa sahaja yang dipegangnya dan apa yang keluar daripadanya beserta dengan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menjahanamkan Bani Adam. Dosa yang menemani seseorang itu membawa bahang api neraka kepadanya ketika dia masih hidup dalam dunia ini, apa lagi setelah dia memasuki lubang kubur. Bahang api neraka membuatnya menjadi resah gelisah dan kepanasan. Isteri yang cantik tidak menyejukkan pandangannya. Harta yang banyak tidak menemukannya dengan kepuasan. Kemuliaan yang diberikan oleh manusia tidak mendamaikan jiwanya. Beban dosa menghimpit jiwanya, takut orang ramai mengetahui kejahatan yang disembunyikannya. Fikiran dan perasaan yang dibaluti dosa, walaupun memikirkan sebaik mungkin, merancang dengan penuh kerapian, membuat kajian dengan teliti namun, hasilnya adalah kemusanahan. Morfin yang ditemui oleh pakar-pakar perubatan untuk membantu orang sakit itulah yang menjadi dadah membunuh jutaan manusia. Satelit yang diciptakan untuk kesejahteraan umat manusia itulah yang memandu peluru berpandu dan bom nukliar untuk membunuh umat manusia sendiri. Sentuhan fikiran, perasaan dan anggota yang berdosa lebih mengwujudkan neraka dalam dunia daripada memberi kesejahteraan kepada umat manusia. Dosa-dosa yang bertaburan dalam dunia inilah yang mengheret dunia kepada kiamat. Ulama zaman dahulu suka memperingatkan umat manusia supaya menghindarkan diri daripada melakukan dosa demi kesejahteraan manusia sendiri. Ramai daripada ulama hari ini segan mahu bercakap tentang dosa, takut dianggap kolot. Orang ramai hari ini tidak tahu tentang dosa tetapi sangat mengerti tentang kemudaratan pada tubuh badan. Perkara dosa mesti dihurai secara saintifik terlebih dahulu untuk mengetahui kemudaratannya. Apakah kemudaratan meminum arak? Apakah kemudaratan memakan daging babi? Apakah kemudaratan tidak bersembahyang? Apakah kemudaratan tidak berpuasa? Semuanya mesti dimasukkan ke dalam ‘tabung uji’ terlebih dahulu sebelum disahkan sebagai dosa. Manusia mengambil alih tugas menentukan sesuatu perkara itu berdosa atau tidak. Kaum Muslimin memainkan peranan yang penting di dalam dunia. Mereka berfungsi sebagai pengimbang kepada ketidak-stabilan yang terjadi kepada dunia. Kaum Muslimin berperanan menyekat mala petaka yang mengancam dunia akibat dosa-dosa manusia. Kaum Muslimin mempunyai keupayaan yang tinggi kerana mereka berpegang kepada syariat yang benar yang mengajar mereka ibadat taubat dan memperkenalkan mereka kepada Tuhan Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. Air taubat yang mengalir daripada kaum Muslimin menyejukkan api neraka dunia yang keluar daripada dosa-dosa manusia. Taubat merupakan kurniaan Tuhan yang besar kepada orang-orang yang beriman demi faedah mereka sendiri dan umat manusia seluruhnya. Ibadat taubat mesti disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Kaum Muslimin seharusnya memandang serius kepada ibadat taubat sebagaimana kesungguhan mereka dalam ibadat sembahyang dan lain-lain. Mereka mestilah benar di dalam taubat sebagaimana benarnya hati mereka menghadap Tuhan di dalam sembahyang. Taubat, sebagaimana juga ibadat yang lain, ada aspek zahir dan ada aspek batin. Aspek zahir melibatkan cara dan peraturan yang bersangkutan dengan perbuatan zahir. Aspek batin melibatkan urusan hati. Setiap amalan zahir digantungkan kepada niat yang berada dalam batin. Amalan zahir dinamakan syariat zahir dan amalan batin dinamakan syariat batin. Ilmu yang membicarakan tentang syariat zahir dinamakan ilmu fikah. Ilmu yang membicarakan tentang syariat batin dinamakan ilmu tasauf. Istilah fikah dan tasauf digunakan pada zaman yang di belakang ini. Pada zaman Rasulullah s.a.w semua ilmu dikenali sebagai ilmu agama atau ilmu al-Quran atau ilmu Islam. Kesempurnaan ilmu syariat adalah gabungan ilmu fikah dan tasauf. Ilmu fikah mengajar manusia cara beramal yang betul. Ilmu tasauf mengajar manusia menghadap Tuhan dengan benar dalam melakukan suruhan-Nya. Bagi mereka yang cenderung dengan aliran tarekat tasauf janganlah menganggap tasauf sebagai persaingan kepada fikah atau kepada syariat itu sendiri. Fahaman yang membezakan tasauf daripada syariat, yang mengatakan fikah itulah syariat dan tasauf adalah bidang yang tersendiri, mestilah dihapuskan. Tasauf berperanan memudahkan seseorang melakukan peraturan syariat sebagaimana yang dikehendaki oleh fikah. Fikah pula membentuk jalan yang lurus agar seseorang boleh menghadap kepada Tuhan dan menghampiri-Nya sebagaimana yang diajarkan oleh tasauf. Gabungan fikah dan tasauf membentuk syariat yang sempurna. Berfikah tanpa tasauf dibolehkan bagi mendapatkan kedudukan sebagai seorang Islam tetapi bertasauf tanpa fikah tidak mungkin. Tidak mungkin mengerjakan sembahyang dengan niat yang betul tetapi tidak ada perbuatan sembahyang. Taubat yang benar menggabungkan cara fikah dengan cara tasauf. Orang yang bertaubat melakukan sembahyang sunat taubat dan memperbanyakkan ucapan istighfar. Kesalahan yang berhubung dengan orang lain diselesaikan secara meminta maaf atau membayar hutang jika ada. Dia tidak mengulangi kesalahan selepas dia bertaubat. Dia tidak mendekati ruang yang boleh membawanya kepada kesalahan semula. Bagi kesalahan kepada orang lain dia perlu mendoakan kesejahteraan untuk orang itu. Taubat yang lebih mendalam perlu kepada bimbingan orang arif yang telah melakukan taubat secara khusus. Orang arif melakukan taubat dengan penuh rasa takut kepada Tuhan. Dilihatnya dosa seumpama gunung yang akan jatuh ke atas kepalanya. Dia berasa takut dan lari kepada Tuhan memohonkan keampunan-Nya. Dia takut dicampakkan jauh daripada Tuhan. Dia takut ‘kehilangan’ Tuhan yang sangat dikasihinya. Dia takut kehilangan perhatian-Nya, cinta-Nya dan keampunan-Nya. Dia takut dan malu kerana Tuhan Melihat dan Mendengar segala perbuatan dan tutur kata lidah serta hatinya. Dia takutkan azab Tuhan yang sangat keras. Ucapan yang keluar dari mulut orang yang takutkan Tuhan memberi kesan yang mendalam kepada jiwa orang yang mahu bertaubat. Keadaan takutkan Tuhan itu turut menguasai jiwa orang berkenaan yang mahu bertaubat itu. Perkataan yang keluar daripada hati yang bersih dan dibaluti oleh cahaya suci menyinar pada cermin hati orang yang mendengar. Hati yang menerima pancaran cahaya suci daripada orang suci akan menjadi jaga dan hidup. Hati yang hidup itu melakukan taubat dengan sebenar-benarnya. Orang arif yang mampu membimbing orang lain memasuki pintu taubat adalah orang yang telah sampai kepada makam kehampiran dengan Tuhan. Kemudian mereka dihantar balik kepada alam rendah bagi membimbing orang lain yang berpotensi tetapi masih ada kecacatan dan kelemahan. Dalam melaksanakan tugas tersebut orang arif berjalan menurut Sunah Rasulullah s.a.w. Tugas pembimbing kerohanian berbeza daripada tugas seorang Rasul. Rasul ditugaskan menyampaikan kepada semua orang. Pembimbing kerohanian tidak mengajarkan semua orang. Mereka hanya mengambil orang-orang tertentu sahaja, yang dipilih untuk mengikuti latihan intensif bagi menambahkan bilangan orang arif yang akan berkhidmat kepada orang ramai. Rasul diberi kebebasan dalam melakukan tugas berdakwah tetapi pembimbing jalan kerohanian mesti mengikuti jalan rasul, tidak boleh membuat jalan sendiri. Guru kerohanian yang mengaku dirinya bebas daripada Sunah Rasulullah s.a.w, mendakwa dirinya sama dengan nabi, sebenarnya telah jatuh ke dalam kesesatan dan kekufuran. Guru kerohanian yang benar berpegang teguh kepada prinsip agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, tidak membawa peraturan baharu. Cara penyampaian mereka boleh jadi berbeza dengan cara Rasulullah s.a.w kerana kebijaksanaan manusia tidak sama, tetapi perbezaan cara tidak sampai mengubah hukum dan peraturan. Orang arif yang benar mempunyai ‘kehampiran’ dengan Rasulullah s.a.w melebihi kehampirannya dengan isteri, anak dan kaum keluarga mereka. Kehampirannya adalah kehampiran kerohanian yang lebih erat daripada hubungan darah daging. Dalam masyarakat Islam sudah ramai orang alim yang memperkatakan tentang zahir syariat iaitu ilmu fikah. Sebab itu orang arif lebih menumpukan soal batin iaitu ilmu tasauf yang menumpukan soal hati. Bidang fikah lebih bersifat umum. Satu fatwa yang dikeluarkan oleh seorang alim fikah sesuai untuk orang ramai dan kebanyakan keadaan. Bidang kerohanian bersifat persendirian. Bagi satu orang hanya ada satu sahaja jalan kerohanian yang sesuai untuknya. Oleh sebab itu guru kerohanian perlu ada kasyaf yang membolehkannya mengerti kedudukan muridnya. Kearifan guru lebih diperlukan bagi memandu murid yang didatangi oleh jazbah atau mendapat gangguan khadam. Hanya guru yang arif mengerti jalan khusus yang sedang dilalui oleh muridnya dan dia mampu membimbing muridnya menuju matlamat dengan selamat. Related posts