BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
30 December 2009
Tanda-tanda lain diabetes
1) Kekerapan membuang air kecil yang bertambah termasuklah pada waktu malam.
2) Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman yang manis.
3) Kehilangan berat badan.
4) Umumnya berasa tidak bermaya.
5) Ruam dan rasa gatal yang kerap berlaku, dikaitkan dengan jangkitan kulit.
6) Pemandangan yang kabur.
7) Rasa gatal di tempat-tempat sulit, jangkitan vagina di kalangan wanita.
8) Tangan dan kaki menjadi kebas.
9) Luka dan kudis yang lambat sembuh.
diabetes ibu segala penyakit
diabetes ibu segala penyakit: Dihidapi 2 orang setiap 10 saat di seluruh dunia selain komplikasi termasuk sakit jantung,buta,strok.di malaysia saja kira-kira1.33 juta rakyatnya di sahkan penghidap kencing manis.malangnya,apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.penghidapnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. dan risiko serangan [angin ahmar] risiko lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis.kencing manis yang tidak di kawal dengan baik bolih memendekan usia seseorang sehingga 10 tahun lebih awal,ada kalanya pesakit menunggu sehingga simptom datang sebelum mendapat rawatan,ada kala mereka lansung tidak sedar simptom yang di tunjukan tubuh mereka.ia hanya tahu di serang kencing manis apa bila kesihatan nya mula terganggu.
APA YANG BERLAKU APABILA ANDA MENGHIDAP DIABETES JENIS 2
KEGAGALAN SEL BETA:sel-sel beta dalam pankreas tidak menghasilkan insulin yang secukupnya.tanpa insulin.glukosa tidak dapat memasuki sel-sel ia tertingal dalam aliran darah.PEMANTAUAN SENDIRI:anda perlu buat pemeriksaan glukosa darah anda secara tetap untuk mengetahui sama ada perubahan gaya hidup dan pelan rawatan anda berkesan.ini bolih dilakukan melalui ujian yang mudah iaitu dengan mengunakan titisan darah dengan mencucuk hujung jari.paras gula dalam darah sepatutnya dalam julat 4 dan 7 mmol/L sebelum makan dan<10mmol/L 2 jam selepas makan.
[KENCING MANIS PEMBUNUH DALAM DIAM]
KOMPLIKASI AKUT PADA PESAKIT KENCING MANIS...YANG PERLU TAHU.....
(1)HIPOGLISEMIA. paras gula yang sangat rendah.bolih berlaku apabila pesakit mengambil terlalu banyak insulin atau pil diabetes.tidak makan atau lewat makan.atau terlebih mengambil ubat ubatan untuk masalah kesihatan lain bolih menyebabkan penurunan paras gula dalam darah.jika paras gula dalam darah ini tidak di kembalikan ka paras normal dengan segera, ia bolih menyebabkan [sawan atau koma hipoglisemia].(2)pesakit diabetes yang mempunyai tekanan darah serta paras kolesterol yang tinggi mungkin juga mendapat penyakit salur darah.(serangan jantung atau strok.) tinjauan kesihatan kebangsaan.(the national health and morbidity survey II.[NHMSII]) yang di adakan pada tahun 1997 menunjukkan bahawa di kalangan pesakit diabetes di malaysia,10.9% mempunyai tekanan darah tinggi dan 22.8% mempunyai hiperkolesterolemia.di samping itu. serangan jantung dan strok adalah penyebab kematian yang utama dan ketiga penting di malaysia..pesakit diabetes juga bolih mengalami masalah peredaran darah yang lemah akibatnya melambatkan penyembuhan apabila luka.mudah terkena jangkitan pada kulit.dan mudah berlaku kerosakan pada kaki dan tangan.serta kegagalan ereksi (MATI PUCUK.)
16 December 2009
44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda
44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda
1. Kurangkan makan bawang besar
2. Kurangkan makan berempah
3. Kurangkan makan ketumbar kering
4. Kurangkan menonton hiburan
5. Kurangkan membaca majalah hiburan
6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain-lain)
8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak
9. Jangan makan kepala ikan
10. Jangan minum air yang ada semut
11. Jangan tidur selepas subuh
12. Jangan tidur selepas asar
13. Jangan tidur selepas makan
14. Jangan makan terlalu kenyang
15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
19. Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
20. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
21. Selalu makan makanan yang panas2
22. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
23. Selalu minum air masak
24. Selalu makan ulam2
25. Selalu mengamalkan pandangan hijau
26. Selalu bersenam
27. Selau menggunakan imajenasi otak
28. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
29. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana
disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama
pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan
seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian
berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
30. Jangan ego
31. Jangan dengki pada orang lain
32. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
33. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
34. Jangan makan makanan yang ada pewarna
35. Jangan makan makanan yang ada pengawet
36. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
37. Jangan mandi selepas 9.00malam
selamat beramal.....
38. Jangan sengaja lewatkan solat.
39. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Pesan Imam Ghazali,
40. "Yang Dekat Itu Mati,
41. Yang Jauh Itu Masa,
42. Yang Besar Itu Nafsu,
43. Yang Berat Itu Amanah,
44. Yang Indah Itu Solat".
Kematian Hati dan Penghuni Neraka
Terdapat 4 sebab yang menyebabkan hati mati
1. Banyak tidur
2. Banyak makan
3. Banyak ketawa
4. Banyak bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah.
Terdapat 4 golongan wanita yang di janjikan Allah sebagai ahli neraka.
1. Apabila suaminya bersamanya ia akan menyakiti hati suaminya dan apabila
suaminya berpergian ia akan mengkhianati suaminya.
2. Wanita yang memaksa suaminya menunaikan kehendaknya yang mana tidak
termampu oleh suaminya.
3. Wanita yang tidak menutup aurat dari lelaki anjabi dan keluar dari rumahnya
dalam keadaan menghias diri.
4. Wanita yang tidak mahu membuat kerja-kerja di rumah (tahu makan dan tidur
sahaja) dan tidak mahu mentaati Allah, Rasul dan suaminya.
Sampaikanlah Kepada Wanita
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu
lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-
malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah
di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan :
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu dikapak-kapakkan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, dan sebagainya....
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
...........................................
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
Dicatat oleh Redzwan pada 28/11/2009 09:33:00 AM
Your Name
What your name says about you....Try it! quite accurate.
Eg:
J - Jealously
O - You are very open-minded
E - You are a very exciting person
Y - You cause a lot of trouble
K-You like to try new things.
E-You are a very exciting person.
N-You like to work, but you always want a break.
T-You have an attitude, a big one.
What you do is find out what each letter of your name means. Then
connect all the meanings and it describes you. If you have double or
triple
letters, just count the meaning once.
A-You can be very quiet when you have something on your mind.
B-You are always cautious when it comes to meeting new people.
C-You definately have a partier side in you, don't be shy to show it.
D-You have trouble trusting people.
E-You are a very exciting person.
F-Everyone loves you.
G-You have excellant ways of viewing people.
H-You are not jugdmental.
I-You have a bad temper sometimes.
J-Jealously
K-You like to try new things.
L-Love is a hard word for you to comprehend.
M-Success comes easily to you.
N-You like to work, but you always want a break.
O-You are very open-minded.
P-You have a lack of understanding people, you only focus on you.
Q-You are a hypocrite.
R-You are a social butterfly.
S-You are very close-minded.
T-You have an attitude, a big one.
U-You feel like you ahve to equal up to people's standards.
V-You are very verbal.
W-You like your privacy.
X-You never let people tell you what to do.
Y-You cause a lot of trouble.
Z-You're always fighting with someone.
Tarikh Lahir Kita
Petikan ini saya dapati daripada laman web SHUKUR.com
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir.. kalu no: 8.. tuh power giler tuh !
------------------------------------------------------------
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd Nancy, Reagan, Requel Welach
-----------------------------------------------------------
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.
-----------------------------
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
---------------------------------------
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
----------------------------------------
5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
--------------------------------------
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
--------------------------------------
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
-------------------------------------
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
-------------------------------
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
ubject: RaMaLan TaRIkH lAhIr Sun Aug 23, 2009 6:25 am
Berikut adalah senarai ramalan melalui bulan lahir seperti yang telah
dinyatakan oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah melalui kajian beliau selama
25 tahun. Ramalan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan, tetapi
janganla percaya bulat-bulat pada ramalan ini dan terus menilai
seseorang melaluinya. Semoga ramalan ini dapat memberi idea dan panduan
yang berguna buat kita kelak. Sekian.
Bulan Januari
Bercita-cita
tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah
melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat
sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam
kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi,
mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang
selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup
sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada
segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat
tinggi.
Bulan Februari
Berfikiran
abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan
genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak
pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras
hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak
apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka
dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang
remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani
dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada
harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka
hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada
dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang
tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk
mempamerkan emosi
Bulan Mac
Personaliti
yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam
rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati,
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran,
suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan
kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan
sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka
diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih
pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang
muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan
terlalu moody.
Bulan April
Sangat
aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental
yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai
memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat
berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang,
sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi,
kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat
keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai
mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di
sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.
Bulan Mei
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran
yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati
orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik
dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap
pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk,
bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat,
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu,
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang
tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik,
kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta
melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam,
tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.
Bulan Jun
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik,
berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan
moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya
aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera,
bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan
yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat,
suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah
berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai
mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka
berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang
mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada
barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak
terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah
kawan
Bulan Julai
Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti
terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan
maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah
apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga
hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah
terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan
tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara
fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang,
layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati,
pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian,
mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan
peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah,
suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali
terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak
kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih,
terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.
Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring
terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas
dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan
bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian,
semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah
marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang
tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin
dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan
dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa
penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih,
penyayang, suka mencari kawan.
Bulan September
Sangat
bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur,
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai
bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat
prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan
sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang
banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah
belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik,
pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat
yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong,
kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan,
terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik
Bulan Oktober
Suka
sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah,
sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak
pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan
kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak
lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang
kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka
terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan
dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat
kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni,
pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah
terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan
luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah
patah semangat.
Bulan November
Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya,
berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan
idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang
sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti,
personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah,
setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila
hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah
kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai
muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat
tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan
semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba
sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka
duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur,
setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi,
bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
Bulan Disember
Sangat
setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan
pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi,
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok
didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian
dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai
berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego
walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak,
pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik
19 August 2009
Kamus Istilah
1 a a'rabi Orang arab yang mendiami di pendalaman padang pasir. Mereka hidup cara kuno, berkelompok¬kelompok dan berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain, kerana mencari tempat yang sesuai untuk ternakan mereka.
Jurutulis Rasulullah s.a.w. dan panglima Islam yang berani. Beliau gugur dan mati syahid ketika menentang tentera Rome dalam peperangan Muktah yang mana tentera mereka tujuh kali ganda lebih banyak daripada tentera Islam.
Pendeta Yahudi yang telah memeluk agama Islam. Beliau berjaya mempengaruhi banyak orang Islam supaya bencikan pemerintahan Khalifah Usman bin Affan dan mengagung-agungkan Saidina Ali dengan cara melebih-lebihkannya. Tujuannya ialah memecah-belahkan perpaduan Islam. Beliau jugalah yang membangkitkan fahaman Syiah.
Seorang yang berbangsa Yahudi daripada Bani Qainuqak di Madinah. Beliau memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. dan banyak menceritakan kisah Israiliyat.
Seorang yang berbangsa Yahudi dan ketua Munafik di Madinah semasa zaman Rasulullah s.a.w. Golongan ini berpura-pura sembahyang dan melakukan ibadat-ibadat lain, bersama-sama orang Islam yang lain untuk mencari pengaruh. Namun sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut
yang sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan Islam.
abdullah bin
9 au mar Putera sulung Saidina Umar Al-Khattab. Beliau memeluk Islam ketiak berusia lapan tahun. Beliau sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan dihormati. Beliau sangat kuat beribadat kepada Allah dan perawi hadis dan telah meninggal dunia pada usia 84 tahun di Mekah.
10 a abrahah Seorang gabenor negeri Yaman yasng beragama Kristian semasa datuk Rasulullah s.a.w., Abdul Mutalib memerintah Mekah. Abrahah berasa iri hati apabila mengetahui banyak orang yang telah mengunjungi Kaabah di Mekah.lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang menyerupai Kaabah di Yaman. Oleh sebab tindakan beliau yang tidak mendapat sambutan, beliau pun melanggar Mekah dengan tentera-tentera bergajah. Belum sempat beliau memusnahkan Kaabah, beliau dan tentera¬tenteranya telah dibinasakan oleh burung-burung Ababi l.
11 a abrar Kumpulan orang yang taat kepada Allah S.W.T. serta melakukan kebajikan. Mereka dijamin oleh Allah S.W.T. akan mendapat kedudukan yang tinggi di syurga kelak.
abu bakar as
12 asiddiq Sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling rapat. Beliau pernah menemani Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah ke Madinah. Beliau merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan sentiasa membenarkan ajaran Rasulullah s.a.w. dengan sebab itu beliau digelar'as-Siddiq' . Nama asalnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah. Beliau telah menjadi khalifah yang pertama dan wafat ketika berusia 63 tahun.
13 a abu daud Ulama hadis yang terkenal. Dilahirkan di Iraq. Namanya Sulaiman bin Al-Asy'as dan hidup di kurun ketiga Hijrah. Kitabnya yang bernama Sunan Abi Daud dianggap kitab ketiga yang terpenting selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dalam bidang ilmu hadis.
14 a abu hanifah Seorang yang sangat alim dalam pengajian Islam, terutamanya dalam bidang Feqah. Beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Nama sebenarnya ialah Nukman bin Sabit. Beliau juga saudagar yang jujur dan telah meninggal dunia pada tahun 80 Hijrah.
15 a abu hurairah Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan telah memeluk Islam pada tahun ke-7 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhar, beliau banyak menghabiskan masanya dengan
mendampingi Rasulullah s.a.w. Seorang yang kuat ingatan dalam menghafaz hadis dan banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a .w.
16 a abu lahab Salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w. Dan namanya yang sebenar ialah Abdul Uzza. Beliau sangat memusuhi Rasulullah s.a.w. dan menentang dakwah Islam sehingga diturunkah surah Al-Lahab [lidah api]. Surah ini mencela Abu Lahab bersama isterinya dan kedua-duanya akan dikenakan api neraka yang dahsyat.
17 a abujahal Namanya Amru bin Hisyam. Beliau merupakan kafir Quraisy yang sangat keras menentang agama islam dan perancang utama dalam percubaan membunuh Nabi s.a.w. Beliau menentang agama Islam bukan
kerana tidak tahu kebenaran Islam tetapi semata¬mata kerana degil dan hasad kepada Rasulullah s.a.w. Beliau telah mati terbunuh dalam peperangan Badar ketika menentang tentera Islam.
18 a abu qasim Gelaran yang diberikan kepada junjungan kita s.a.w kerana baginda mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qasim tetapi meninggal dunia ketika semasa kecil lagi.
19 a abu talib Bapa saudara Rasulullah s.a.w. dan bapa kepada Saidina Ali. Beliau memimpin keluarga Bani Hasyim yang disegani oleh orang Quraisy dan pelindung kepada Rasulullah s.a.w. daripada ancaman musuh. Setelah beliau wafat, orang Quraisy berani
mengancam Rasulullah s.a.w. sehingga mahu membunuh baginda.
abu ubaidah
20 aa l-ja rah Seorang daripada sahabat sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan masuk
syurga.Beliau juga merupakan seorang panglima Islam yang berani, berperang bersama Rasulullah s.a.w dalam semua peperangan. Panglima yang sangat berjasa mengembangkan agama Islam dan menawan negeri Syam, Hims dan Aleppo. Beliau wafat pada tahun 18 Hijrah.
abu zar al
21 ag h ifari Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bersikap tegas ketika memperjuangkan kebenaran dan hak. Cara hidupnya yang sederhana, tidak
mementingkan kesenangan dunia. Sebaliknya sentiasa berusaha menyuburkan keimanan kepada Allah S.W.T.
22 a adab Kesopanan dalam pemikiran seseorang serta budi bahasa yang lemah lembut dan halus. Agama islam menggesa penganutnya supaya beradab keada Allah S.W.T. dan sesama manusia.
23 a adam Seorang nabi dan rasul pilihan yang dijadikan oleh Allah S.W.T. daripada unsur tanah. Daripada Adam Dan Hawalah asal keturunan manusia yang ada sekarang. Setelah Allah S.W.T. menjadikan Nabi Adam, Allah S.W.T. telah menyuruh semua malaikat dan iblis menghormatinya. Namun iblis enggan
menurut perintah lalu menjadi kafir. Nabi Adam adalah pemerintah pertama di muka bumi ini.
29 a agama wahyu Agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui kitab-kitabnya iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Namun begitu, ajaran kitab-kitab yang tersebut melainkan Al-Quran telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan tidak boleh dipakai lagi. Tambahan pula dengan turunnya Al-Quran, semua ajaran terdahulu telah dimansuhkan atau dibatalkan. Hanya Al-Quran saja yang kekal sehingga ke hari Kiamat. Agama Wahyu juga dikenali sebagai agama Samawi. Sebagai contoh, agama Islam dan agama Nasrani.
ahli sunnah
30 awal jamaah Golongan Islam yang mengikit sunah Nabi s.a.w. dan mengasaskan keimanan atas dasar al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Golongan ini wujud sejak wujudnya agama Islam lagi tetapitidak dinamakn Sunnah wal Jamaah sehinggalah pada abad ketiga Hijrah. Pengasas golongan ini ialah Abu Hasan Asari dan Abu Mansur Al-Mauturidi. Mazhab ini menjadi pilihan mazhab tauhid kebanyakan orang Islam di dunia dan juga di Malaysia.
Keluarga Nabi s.a.w. yang terdiri daripada Bani
31 a ahlul bait Abdul Mutalib dan Bani Hasyim. Golongan ini tidak
boleh menerima harta zakat.
ahlul hilli wal 32 aaqd i Mereka yang menganggotai sebuah badan
perundingan yang dilantik oleh pemerintah untuk menentukan keputusan hukum mengenai sesuatu masalah yang berlaku yang tidak terdapat dalam al¬Quran dan Hadis secara terperinci.
Orang yang beragama Yahudi dan Nasrani yang masih mengamalkan ajaran lama mereka sesudah kebangkitan Nabi s.a.w. dan mereka dihukumkan kafir kerana tidak mengikut syariat Nabi s.a.w. Hukum-hukum yang berkaitan dengan mereka ialah orang Islam yang halal berkahwin dengan perempuan mereka dan sembelihan mereka halal di makan.
Orang yang arif dalam pembacaan Al-Quran dan isinya serta tafsir kitab Al-Quran.
Pengasas mazhab Hambali [salah satu mazhab empat] . Namanya Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau dilahirkan di Bahgdad pada tahun 164 Hijrah. Beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya dengan belajar mendalami agama Islam dan kemudian menulis buku. Beliau pernah berguru dengan Imam Syafie. Selain ulama Feqah beliau juga seorang daripada ulama hadis yang masyhur.
36 a al-ahzab Surah Al-Quran yang ke-33. Surah ini diturunkan di Madinah dan mengandungi 73 ayat. Ahzab bererti pasukan tenteradaripada pelbagai suku kaum yang berjumlah sepuluh ribu orang. Mereka bergabung untuk menyerang kerajaan Islam di Madinah pada tahun ke-5 Hijrah.Tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T. mereka telah gagal dan Allah S.W.T. telah mengingatkan orang Islam agar selalu bersyukur dengan pertolonganNya.
Ertinya puak-puak yang terdiri daripada bangsa Arab dan Yahudi yang bergabung dalam Perang Ahzab. Perang Ahzab ialah peperangan di antara Rasulullah s.a.w. bersama-sama orang Islam dengan puak-puak tersebut yang menyarang Madinah pada tahun ke-5 Hijrah. Mereka gagal mengalahkan orang Islam. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Khandak.
Cecair yang berwarna putih dan pekat yang keluar daripada zakar ketika nafsu sedang memuncak. Cecair ini tidak najis tetapi orang yang keluar mani wajib mandi junub.
Air asal yang belum bercampur dengan sesuatu seperti air hujan, air paip, air sungai dan sebagainya. Air mutlak boleh menyucikan benda yang kena najis, mandi hadas besar dan dibuat untuk mengambil wuduk.
40 a aisyah Salah seorang isteri Nabi s.a.w. dan anak kepada Saidina Abu bakar. Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. pada usia dua belas tahun. Beliau seorang yang bijak, kuat beribadat, menjadi rujukan para sahabat dan banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau digelar Ummul Mukminin.
Tokoh Islam yang mashyur dalam peprangan menentang tentera salib Eropah. Namanya ialah Sultan Salahudin Yusuf bin Aiyub. Beliau dilahirkan di Iran. Beliau juga bertanggung jawab
menghapuskan fahaman-fahaman Syiah di Mesir dan menggantikan kerajaan Fatimiyah dengan kerajaan Aiyubi.
Tempuh atau masa yang ditentukan ole Allah S.W.T. sesuatu akan berlaku ke atas makhlukNya. Seperti apabila sampai ajal bagi seseorang yang ditentukan ia kan lahir, maka ia pun dilahirkan. Atau jika seseorang itu mati, dia pun akan mati.
Bangsa-bangsa yang lain daripada bangsa Arab. Tiada kelebihan sesuatu bangsa daripada bangsa yang lain kecuali yang lebih patuh kepada Allah S.W.T.
Fahaman agama yang salah dan bertentangan dengan agama Islam. Ajaran ini boleh memesongkan iktikad seseorang daripada ajaran yang betul contohnya ajaran Qadyani. Mengamalkan ajaran sesat boleh menyebabkan seseorang itu syirik dan kekal selama-lamanya di dalam neraka.
Orang lelaki dan perempuan yang halal berkahwin iaitu bukan muhrim. Mereka wajib menutup aurat dan dalam pergaulan yang terbatas.
Perjanjian yang dilafazkan oleh dua belah pihak yang menunjukkan persetujuan mereka. Contohnya seperti akad jual beli dan sebagainya.
Perkataan yang dilafazkan oleh jurunikah ketika melakukan pernikahan [ijab] dan jawapan penerimaan yang dilafazkan oleh pengantin lelaki [kabul]. Pernikahan tidak sah tanpa akad nikah.
48 a akhirat Alam yang kekal dan akan di diami oleh manusia dan jin sesudah alam dunia yang ada pada sekarang ini dimusnahkan. Manusia akan melalui beberapa proses seperti melalui alam Barzakh dahhulu untuk sampai ke sana. Senang dan susahnya kelak akan bergantung kepada amalan yang dilakukan oleh seseorang itu semasa hidup. Percaya kepada hidup semula di akhirat dan perkara yang berkaitan dengannya adalah salah satu daripada rukun iman.
49 a akidah Asas kepercayaan agama seseorang. Tiap-tiap orang Islam perlu mempunyai akidah Islam yamh betul. Orang yang mempunyai akidah yang salah,
ibadatnya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
50 a akikah Menyembelih binatang pada hari yang ke tujuh selepas kelahiran bayi sebagai melahirkan
kesyukuran kepada Allah S.W.T. Hukum membuat akikah adalah sunat muakad. Masanya semenjak ia lahir sehingga sehingga dia belum baligh. Tetapi masa yang paling afdal ialah semasa hari ke tujuh ia di lah irkan.
Orang yang sudah cukup umur dan berfikiran waras atau orang mukalaf. Mereka diwajibkan
mengerjakan suruhan Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Cukup umur bagi kanak-kanak perempuan ialah apabila genap berumur dua belas tahun atau kedatangan haid. Dan kanak-kanak lelaki pula ialah 15 tahun atau bermimpi sebelumnya.
Doa yang diucapkan ketika mendengar atau mendengan orang menyebut nama-nama rasul selain daripada daripada Nabi s.a.w. Ertinya ialah 'Ya Tuhanku kurniakanlah sejahtera ke atasnya'.
Alam yang tidak dapat dilihat oleh mata kita. Contohnya alam jin dan alam malaikat dikatakan sebagai alam ghaib.
Alam yang nyata. Yang nampak dipandang oleh mata kasar.
Surah al-Quran yang ke-96. Surah ini mengandungi 19 ayatyang diturunkan di Mekah. Ayat 1 hingga 5 merupakan ayat al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan di Gua Hira'. Al-Alaq ertinya segumpal darah, kerana di dalam ayat yang kedua Allah menceritakan bahawa Dia menjadikan manusia itu daripada segumpal darah yang beku.
Ali bin abi 56 ata li b Beliau telah dilahirkan di Mekah kira-kira 23 tahun sebelum Hijrah. Beliau adalah kanak-kanak yang mula-mula memeluk agama Islam, anak angkat dan menantu Rasulullah s.a.w. Beliau seorang yang luas ilmu pengetahuan, cerdas berfikir, panglima yang gagah perkasa serta digelar'Karamullahu Wajhah' dan juga diantara sepuluh sahabat Rasulullah s.a.w. yang dijanjikan akan masuk syurga. Beliau menjadi khalifah yang keempat. Semasa pemerintahannya umat Islam terbabit dengan perang saudara.
alif lam
57 aqamariah Satu daripada istilah hukum tajwid iaitu tiap-tiap alif lamyang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- alif, ba, jim, ha, ho, ain, ghin, fa, kob. Kaf, mim, wau, ha dan ya. Hukum
bacaannya ialah hendaklah dibaca dengan jelas bunyi'lam' mati .
alif lam
58 asyamsiah Satu daripada istilah hukum tajwid. Iaitu tiap-tiap alif lam yang ada pada awal kalimah yang bermula dengan huruf-huruf berikut- ta, sa, dal,zal, ra, zai, sin, syim, sod, dhot, to, zo, lam, nun. Hukum bacaannya ialah bunyi lam mati dihilangkan dan huruf alif disabdukan kepada huruf yang berikutnya.
59 a alim Ertinya seseorang yang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang pengetahuan. Biasanya perkataan alim ditujukan kepada seseorang yang mahir dalam ilmu agama Islam seperti makna dan lain-lainnya. Apabila banyak dipanggil ulama.
Amalan atau sedekah yang berkekalan faedahnya
60 a amal jariah untuk orang ramai seperti mendirikan masjid dan
sebagainya.
61 a amal salih Usaha-usaha yang baik dan berfaedah. Sama ada untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara.
M isalnya melakukan ibadat sembahyang, membantu keluarga yang susah dan sebagainya. Mereka yang beriman serta beramal salih saja yang masuk ke dalam syurga kelak.
62 a amil Pegawai yang telah dilantik oleh jabatan agama untuk memungut zakat bagi satu kawasan daripada orang ramai. Amil juga salah satu daripada orang yang layak menerima harta zakat
Perkataan yang diucapkan ketika mendengar orang
63 a amin lain membaca doa. Ertinya-'Ya Allah kabulkanlah
permintaan kami'
am i ru l
64 amu km in in Gelaran yang diberiakn kepada pemerintah-pemerintah Islam di zaman dahulu.Ertinya ialah perintah bagi seluruh umat Islam. Saidina Umar al-Khattab adalah orang yang pertama menerima gelaran itu.
Gelaran bagi pemerintah orang Islam dahulu yang
65 a amirul umarak bermaksud raja bagi segala raja.
ammul
66 ajamaah Tahun orang islam bersatu buat seketika kerana Saidina Hasan bin Ali telah menyerahkan kuasa khalifah kepada Muawiyah bin Abu Suffian.
67 a amru bin al-as Seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkemuka. Namanya Abdullah Amru bin Al-As. Beliau memeluk Islam pada tahun ketujuh Hijrah ketika dibuat perjanjian Hudaibiyah. Panglima Islam yang berani dan bijak. Dan banyak berjasa kepada dakwah Islam serta setanding dengan Khalid bin Walid. Beliau juga merupakan panglima Islam yang telah
membuka negeri Mesir. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi gabenor di Mesir.Beliau telah wafat pada tahun 43 Hijrah.
menghilangkan akal manusia daripada
pertimbangan dan menyebabkan bahaya kepada diri sendiri atau menyebabkan berlakunya maksiat, pembunuhan dan lain-lain lagi.
77 a arasy Singgahsana kerajaan kebesaran Allah S.W.T. yang amat luas. Ia berada jauh dari langit yang ketujuh. Nabi s.a.w. pernah sampai ke arasy pada malam Israk Mikraj. Hakikat bentuk arasy tidaklah diketahui melainkan Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya.
arqam bin abi
78 aa rqa m Sahabat Rasulullah s.a.w. di Mekah . Beliau adalah orang yang pertama memeluk agama Islam . Rumahnya dijadikan tempat Rasulullah
menyampaikan ajaran Islam secara sulit. Arqam mengikut Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah dan sentiasa bersama Rasulullah s.a.w. dalam peperangan penting.
79 a asabah Waris si mati yang layak menerima pusaka. Tetapi tidak mempunyai bahagian tetap dalam bahagian faraid. Ia akan mendapat harta yang lebih setelah dibahagi-bahagikan kepada waris yang mempunyai bahagian yang tetap, jika harta itu masih ada. Kiranya sudah habis ia tidak akan mendapat apa¬apa pun.
80 a asadullah Ia bererti singa Allah S.W.T. Gelaran ini diberikan kepada Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi s.a.w. kerana keberaniannya dan ketangkasannya yang luar biasa semasa menentang musuh dalam peperangan menentang orang kafir. Beliau telah mati syahid dalam perang Uhud.
81 a asbabun nuzul Sebab-sebab atau peristiwa yang menyebabkan ayat al-Quran diturunkan pada zaman Rasulullah s.a.w. Mengetahui sebab ayat itu diturunkan adalah penting untuk menentukan sesuatu hukum.
ashabul
82 afurudh Waris-waris yang mempunyai bahagian tetap dalam menerima harta pusaka si mati. Mereka sumua ialah empat golongan lelaki dan lapan golongan
perempuan.
83 a ashabul kahfi Sekumpulan pemuda pengikut Nabi Allah S.W.T. iaitu Nabi Isa a.s. yang berdakwah kepada kaumnya supaya mentauhidkan Allah S.W.T. tetapi telah mendapat tentangan yang hebat. Lalu mereka lari mendapatkan perlindungan di dalam gua. Mereka tertidur selama beratus-ratus tahun. Kemudian mereka terjaga daripada tidur dan menemui orang ramai. Selepas beberapa lama hidup akhirnya mereka pun mati.
al-asma' al
84 ahusna Nama Allah S.W.T. yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis. Nama-nam tersebut sebanyak 99 nama.
Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga.
Golongan yang layak menerima zakat. Terdapat lapan asnaf yang layak menerimanya iaitu orang fakir, orang miskin, amil, mualaf, hamba mukatab, orang musafir, orang yang berjuang di jalan Allah, dan orang yang berhutang kerana kemuslihatan umum
Surah al-Quran yang ke-103. Surah ini mengandungi tiga ayat yang diturunkan di Mekah. Al-Asri bererti masa. Dalam surah ini Allah S.W.T. ada menyebutkan tentang masa kerana masa adalah penting dalam kehidupan seseorang.
Sepuluh orang sahabat Nabi s.a.w. yang telah dijanjikan akan masuk syurga iaitu Abu Bakar, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Az¬Zubir bin Awwam, Talhah, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah, dan Zaid bin Sabit.
Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram tiap-tiap tahun. Disunatkan berpuasa pada hari tersebut da ia dinamakan Hari Asyura. Allah S.W.T. menjadikan Adam dan Hawa, langit, bumi dam makhluk¬makhluknya yang lain bermula pada hari Asyura.
Malaikat yang mencatat segala kejahatan manusia dan catitan itu akan diserahkan kepada Allah S.W.T. kelak untuk diadakan pengadilan. Malaikat Atid adalah salah satu daripada sepuluh malaikat yang wajib kita beriman dengannya.
Sebahagian anggota badan yang wajib ditutup ketika bersembahyang an ketika dalam pergaulan biasa.
Satu kabilah daripada bangsa Arab yang mendiami Mekah. Mereka telah memberi sokongan yang kuat kepada Rasulullah s.a.w. bagi mengembangkan dakwah Islamiyah. Banyak sahabat yang terkemuka daripada golongan Aus.
Jamak daripada perkataan wasaq iaitu nama sukatan lama. Satu wasaq bersamaan dengan 60 gantang. Lima ausaq adalah permulaan nisab zakat.
Ayat-ayat al-Quran yang disunatkannya kita melakukan sujud apabila kita membacanya sama ada kita dalam keadaan solat atau di luar solat. Terdapat 14 tempat di dalam al-Quran. Sujud ini dinamakan sujud sajadah atau sujud tilawah.
Sebuah bandar lama yang terletak di tebing sungai Dajlah dan menjadi ibu negara Iraq. Baghdad diasaskan oleh Khalifah al-Mansur dan dimodenkan oleh Khalifah Harun al-Rashid. Di sini banyak bekas pemerintahan purba dan kesan pemerintahan Islam.
Satu mazhab daripada Syiah. Pengasasnya Mirza Hussain Baha' Ullah yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Diantara ajaran mazhab Baha' ialah agama Islam, Yahudi dan Kristian itu semua adalah benar dan hendaklah disatukan dan rasul-rasul itu penjelmaan Tuhan. Fahaman ini adalah salah mengikut Islam yang sebenar.
Tabiat binatang yang mengikut saja kehendak hawa nafsu seperti makan ingin sekenyangnya dan mempunyai nafsu hina yang tidak terkawal. Orang yang tidak mepunyai iman selalu terdorong bersifat kebinatangan.
Mengadakan sumpah setia atau membuat perjanjian dengan sesuatu pemerintahan atau kumpulan. Misalnya persetiaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan orang Quraisy Mekah di Hudaibiyah yang dinamai Bai'atur Ridhwan.
Seorang Imam Hadis yang masyhur berasal dari Khurasan. Namanya Abu bakar bin Husain. Beliau orang yang kuat mempertahankan pendapat mazhab Shafie. Beliau dilahirkan pada 994 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 1066 Masihi.
Seorang yang alim dalam banyak bidang ilmu pengetahuan seperti dalam bidang ilmu falak, kedoktoran dan lain-lain lagi. Beliau adalah orang Parsi yang banyak menulis kitab ilmiyah dalam bahasa Arab.
Nama bagi Kaabah bererti rumah kemerdekaan. Kadang-kadang juga disebut Baitullah-Alharam kerana terletak ditengah-tengah tanah haram di Mekah.
Satu jabatan kewangan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan adat istiadat orang Melayu tiap-tiap negeri di Malaysia. Jabatan ini ditugaskan mengendalikan kewangan seperti memungut hasil zakat dan lain-lain serta membahagi-bahagikan perbelanjaan kepada badan kebajikan yang berhubung dengan ibadat orang Islam sahaja.
113 b baitul makmur Sebuah tempat yang terletak di langit yang kutujuh. Nabi s.a.w. pernah menemui Nabi Ibrahim di Baitul Makmur pada malam Israk Mikraj. Ia menjadi kiblat bagi para malaikat di langit dan dikatakan kedudukannya setentang dengan Kaabah di bumi.
118 b bani israel satu bangsa yang berasal daripada keturunan Nabi Allah Yaakub a.s. atau yang terkenal dengan panggilan Yahudi. Mereka pada mulanya kaum yang banyak dikurniakan nikmat dan dibangkitkan beberapa orang rasul daripada mereka. Namun disebabkab mereka angkuh, mereka menerima kutukan Allah S.W.T. Israel bererti orang yang suka berjalan malam.
119 b bani quraizah Salah satu suku bangsa Yahudi yang mendiami Madinah sebelum Nabi s.a.w. berhijrah. Dalam masa orang Islam menghadapi perang Khandak, mereka selalu berkhianat menyebelahi musuh, walaupun mereka masih dalam perjanjian bersama-sama mempetahankan negara Madinah daripada ancaman musuh. Sebaik saja selesai peperangan itu orang lelaki dewasa mereka dihukum bunuh kerana khianat kepada negara.
terpanjang antara surah-surah al-Quran yang lain. Al-Baqarah bermaksud lembu betina. Cerita mengenainya ada disebut dalam beberapa ayat yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.
Namanya Abu Bakar Muhammad bin Taibyang dilahirkan di Basrah. Beliau seorang ulamak tauhid yang terkenal daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Alam permulaan bagi alam akhirat. Orang yang sudah mati, roh mereka berhimpun di alam barzakh menunggu kebangkitan semula pada hari Kiamat. Alam ini juga disebut alam kubur.
Membaca bismillah hingga akhir. Orang Islam disuruh membaca ayat berkenaan setiap kali memulakan pekerjaan yang tidak dilarang oleh agama agar mendapat keberkatan dan
menambahkan kesuburan iman.
Sesuatu pekerjaan yang tidak benar atau palsu, lawannya hak [yang sebenar]. Ajaran agama Allah S.W.T. adalah ajaran yang hak dan ajaran agama lain adalah ajaran batil.
Seorang yang alim dalam ilmu hadis dan penghafaz al-Quran yang terkenal. Namanya Muhammad bin Amir, berasal dari Basrah, Iraq dan meninggal dunia pada tahun 290 Hijrah.
Patung yang diperbuat daripada logam atau benda lain untuk dipuja dan disembah bagi menggantikan Tuhan yang sebenar. Perbuatan menyembah berhala adalah bercanggah dengan tabiat semula jadi dan syirik, serta terkeluar daripada agama Islam.
Kurniaan yang diharapkan akan datang dari Allah S.W.T. untuk kebaikan dalam kehidupan manusia.
Nama syair atau nazam yang menceritakan tentang benih keturunan kisah kelahiran, perangai budi pekerti Rasulullah s.a.w. yang mulia dan perkara yang bersangkutan dengannya. Dibukukan dan dibacakan dengan berlagu terutamanya pada perayaan sambutan Maulidur Rasul. Pengarangnya Syed Ja'far al-Barzanji.
Suatu kepercayaan akidah atau perbuatan dalam ibadah yang diada-adakan yang bukan daripada asal syarak dan tidak pernah ada pada zaman Rasulullah s.a.w. Perbuatan bidaah adalah sesat dan berdosa.
Melakukan perkara-perkara yang baik bagi kehidupan di dunia yang tidak pernah dilakukan
pada zaman Rasulullah s.a.w. usaha ini tidak dilarang oleh agama malah telah dilakukan oleh umat Islam yang telah mencapai kemajuan pada zaman dahulu.
Nama seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang dilantik oleh Baginda menjadi tukang bang. Pada masa sekarang jawatan tukang bang digelar tukang azan.
Istilah yang digunakan bagi anak unta betina yang berumur setahun lebih. Ia dijadikan zakat bagi jumlah unta 25 hingga 35 ekor.
Istilah yang digunakan untuk anak unta betina yang berumur dua tahun lebih. Ia dijadiak zakat bagi jumlah unta 36 hingga 44 ekor.
Seorang ulama hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Bukhar [Rusia] pada tahun 149 Hijrah. Namanya Muhammad bin Ismail telah belajar ilmu hadis sejak berumur sebelas tahun dengan menjelajah seluruh bumi Arab dan mengumpul hadis sebanyak 600.000. Antara kitabnya yang masyhur ialah Al-Jami'a Assahin.
Seekor binatang yang didatangkan khas untuk tungangan Nabi s.a.w. pada malam Israk dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa pergi balik. Binatang tersebut lebih kecil daripada kuda, berlari terlalu pantas dan terdapat sayap.
Surah di dalam al-Quran yang ke-85. Surah ini mengandungi 22 ayat yang diturunkan di Mekah. Al¬Buruj bererti bintang-bintang besar kerana di dalam surah ini, Allah S.W.T. telah bersumpah dengan langit yang berbintang akan membalas mereka yang melakukan kezaliman dengan keseksaan.
Bererti berita gembira. Orang yang menyampaikan berita dikatakan Bashir. Nabi s.a.w. dinamakan Bashir kerana beliau telah menyampaikan berita balasan nikmat-nikmat syurga bagi terhadap orang yang beramal soleh di akhirat kelak.
namanya Yusuf bin Yahya, dilahirkan di Buwaiti, sebuah kampung di pendalaman Mesir. Beliau salah seorang ulama terbilang, seorang sahabat karib dan orang kuat Imam Shafie. Beliau meti di dalam penjara kerana mempertahankan pendapat bahawa al-Quran itu Qadim.
Binatang yang merayap keluar dari perut bumi dan akan merosakkan muka bumi ini. Peristiwa tersebut adalah salah satu daripada sepuluh benda yang akan menjelang hari Kiamat, seperti yang tersebut
dalam hadis Nabi s.a.w.
142 d ad-dahr Surah al-Quran yang ke-76. Surah ini mengandungi 31 ayat diturunkan di Mekah. Ad-Dahr bermaksud masa. Didalam surah ini , Allah S.W.T. telah mengingatkan manusia kerana masa sentiasa beredar dan manusia masih dalam keadaan leka.
143 d daif Bererti lemah. Hadis daif bermaksud hadis yang syarat-syarat rawinya tidak kuat. Seperti rawinya belum baligh atau tidak bersambung [boleh diragukan], tidak seperti hadis sahih dan hadis hasan. Hadis daif walaupun tidak boleh menjadi sumber hukum halal dan haram, tetapi boleh digunakan untuk menyatakan kelebihan-kelebihan a ma lan.
144 d ad-dailami Namanya Shahradar bin Syirawih, dilahirkan di Dailam. Beliau seorang ulama hadis. Di antara kitab hadisnya ialah kitab Al-Firdaus. Beliau meninggal dunia pada tahun 557 Hijrah.
145 d dajal Ertinya penipuan. Dajjal kecil bermaksud pengacau yang memecah-belahkan umat Islam. Dajjal besar ialah pembohong yang sangat pandai
memperdayakan dan menyesatkan orang ramai. Ramai orang yang kurang imannya terpedaya dengannya. Dajjal besar muncul sebagai tanda dunia hampir Kiamat. Kita diajar memohon perlindungan kepada Allah S.W.T. daripada fitnah Dajjal.
dam takhir
150 dta kd il Denda yang wajib dilakukan oleh jemaah haji yang melakukan kesalahan yang tertentu. Dendanya sama ada menyembelih binatang yang seumpama buruannya atau bersedekah makanan dengan nilai binatang itu atau berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengannya.
dam takdir
151 dta kd ir Dam yang wajib dibayar oleh jemaah haji yang melakukan kesalahan yang tertentu. Damnya boleh dipilih sama ada menyembelih seekor kambing atau bersedekah 12 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin atau berpuasa selama tiga hari.
dam tertib
152 dta kd il Denda yang wajib dilakukan oleh jemaah haji yang melakukan kesalahan tertentu. Dendanya ialah menyembelih seekor unta, jika tidak mampu hendaklah seekor lembu. Jika tidak mampu juga hendaklah tujuh ekor kambing. Jika tidak berkuasa juga hendaklah bersedekah sebanyak harga unta dan kalau tidak berkuasa juga hendaklah berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan harga unta.
Denda yang wajib dilakukan oleh jemaah haji yang melakuaknkesalahan tertentu. Dendanya ialah menyembelih seekor kambing untuk fakir miskin. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa selama sepuluh hari iaitu tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari setelah pulang ke tanah air.
Namanya Ali bin Umar. Dilahirkan di Baghdad pada tahun 306 Hijrah. Beliau merupakan seorang imam hadis yang masyhur. Antara kitab hadis yang ditulisnya ialh kitab As-Sunnan. Beliau meninggal dunia pada tahun 385 Hijrah.
Nama salah sebuah syurga di akhirat.
Negeri tempat manusia mendapat balasan baik atau jahat, mengikut amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia atau dinamai negeri akhirat.
Keadaan seseorang ketika dalam kecemasan. Contohnya sesat di dalam hutan, tiada makanan untuk menyambung hidupnya selain daripada bangkai maka dia harus makan bangkai itu hanya untuk melepaskan hajat saja.
Nama salahsebuah syurga.
Seorang ahli falsafah barat yang berpendapat bahawa manusia itu berasal daripada beruk. Pendapat itu tidak benar kerana manusia berketurunan daripada Nabi Adam a.s. dan Nabi
Waktu pagi dari matahari naik segalah pada pandangan hinggalah mataharitergelincir. Sunat melakukan sembahyang Duha [sembahyang sunat].
Kelebihan atau pahala yang akan diperoleh oleh orang yang melakukan sesuatu amalan. Banyak hadis yang meriwayatkan tentang kelebihan mengerjakan amalan-amalan kebajikan.
Perkara-perkara keji dan buruk dari sudut pandangan agma dan amsyarakat seperti mencuri, membunuh, melakukan sesuatu yang menyusahkan orang ramaidan sebagainya. Agama Islam melarang kita melakukan perkara yang keji.
Harta tawanan perang yang didapati tanpa peperangan. Umpamanya musuh cabut lari sebelum berlaku peperangan dengan meninggalkan harta mereka. Harta tersebut dijadikan harta milik negara.
Cahaya yang terbit di kaki langit kelihatan menjurai¬jurai menjelang waktu subuh. Cahaya ini terbit sekejap sahaja. Kemudian langit gelap semula, tidak lama selepas itu baru terbit fajar kedua dan masuk waktu subuh.
Cahaya yang terbit melintang di kaki langit yang membawa kepada hari siang. Denagn masuk fajar kedua ini menandakan telah masuk waktu subuh.
Orang yang berhajat kepada pertoongan. Contohnya man usia fakir kepada Allah S.W.T. 2- Orang yan tida pendapatan langsung dan tiada menanggung nafkahnya. Orang ini tidak diwajibkan membayar zakat tetapi layak menerima zakat.
Surah al-Quran yangke-113. Surah ini mengandungi lima ayat yang diturunkan di Mekah. Al-falaq bererti makhluk kerana di awal surah ini Allah S.W.T. memerintahan Nabi s.a.w. memohon perlindungan dariNya, daripada segala bahaya.
Sesuatu yang tidak kekal, akan binasa seperti dunia yang ada sekarang. Apabial tiba masanya ia akan binasa. Lawan fana ialah baqa' iaitu kekal slamanya. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang kekal selama¬la ma nya.
Orang yang mahir dalam ilmu feqah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Namanya Muhammad bin Muhammad, dilahirkan di Turkistan pada tahun 780 Masehi dan meninggal dunia pada tahun 950 Masehi. Beliau seorang yang mahir dalam bidang muzik, matematik dan bahasa asing. Namun yang menonjol sekali ialah dalam
bidang ilmu falsafah sehingga ia dikenali dengan panggilan al-Mu'alim Assani atau guru kedua.
yang mencipta kerana dalam surah ini Allah S.W.T. sebagai pencipta yang berkuasa penuh menjadikan makhluk mengikut kehendakNya.
212 g al-ghazali Namanya Muhammad bin Muhammad Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Hamid. Beliau dilahirkan di Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Dan meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah. Beliau
sangat gigih menuntut ilmu sehingga sehingga menjadi seorang ulama yang terbesar dan mahir dalam semua bidang ilmu agama terutamanya ilmu tasawwuf dan beliau terkenal di seluruh dunia. Antara karangannya yang terpenting hingga sekarang ialah Ihya 'Ulumiddin.
Ertinya menyebut keburukan seseorang kepada orang lain sekali pun ianya benar [mengumpat]. Hukumnya berdosa besar.
Perasaan ingin mencapai kejayaan seperti orang lain. Sifat ini dipuji oleh Allah S.W.T.
Seorang anak Nabi Adam a.s. yang telah diterima ibadat korbannya. Habil dibunuh abangnya kerana cemburu.
Anak biantang yang masih dalam kandungan perut ibunya. Ia tidak sah dijual beli.
Keadaan seseorang yang tidak boleh melakukan ibadat tertentu sehingga dihilangkan hadasnya terlebih dahulu. Terdapat dua jenis hadas iaitu hadas kecil dan hadas besar. Cara menghilangkan hadas kecil ialah dengan mengambil wuduk dan hadas besar dengan mandi wajib.
Salah satu daripada nama Allah [Al-asma' al-husna] yang bermaksud Yang Memberi Petujuk kepada mana-mana hambaNya yang dikehendaki.
Surah al-Quran yang ke-57. Surah ini mengandungi 29 ayat yang diturunkan di Madinah. Al-Hadid bermaksud besi kerana kerana di dalamnya Allah S.W.T. menjelaskan, Dialah yang menjadikan besi yang kuat untuk keg unaan manusia dalam
hid upnya.
Perbuatan, perkataan atau ikrar Rasulullah s.a.w. Hadis juga dikenali sebagai As-Sunnah. Hadis bermacam darjat, ada hadis sahih dan ada hadis dhaif.Di dalam perundangan, hadis menjadi sumber hukum selepas Al-Quran.
Hadis yang mana ertinya daripada Allah S.W.T. dan lafaznya disusun oleh Rasulullah s.a.w.
Salah satu daripada nama Allah S.W.T. [al-asma' al-husna] yang bermaksud Yang Melindungi makhlukNya daripada bahaya dan kemusnahan.
Darah bulanan yang keluar dari rahim perempuan yang sudah baligh, ia juga disebut sebagai datang kotor. Masa haid paling lama ialah 15 hari 15 malam dan paling cepat ialah 24 jam. Masa biasanya 6 atau 7 hari.
Satu daripada nama Allah [al-asma' al-husna] yang bermaksud yang hidup selama-lamanya dan tidak akan mati.
Surah al-Quran yang ke-22. Ia mengandungi 78 ayat yang diturunkan di Madinah. Sebab dinamai surah al-Haj kerana di dalamnya terdapat perintah Allah S.W.T. kepada Nabi Ibrahim supaya mengajak manusia mengerjakan ibadat haji.
Sebuah batu hitam yang terletak di sudut sebelah timur Kaabah. Ia menjadi tempat bermula mengerjakan tawaf dan juga tempat orang habis mengerjakan tawaf.
Ibadat yang wajib dilakukan di tempat tertentu sahaja. Iaitu di Mekah dan akan dilakukan pada masa dan bulan yang tertentu.
Satu daripada nama Allah S.W.T. yang wajib kita percayai. Bererti Yang Maha Menentukan Hukuman perkara-perkara yang berlaku ke atas makhluknya dan tiada siapa yang dapat menghalang. Sesiapa yang berzikir'Ya hakam' pada tengah malam dalam keadaan suci dan khusyuk sebanyak 68 kali, Allah S.W.T. akan menjadikan hatinya tempat hikmat.
Ertinya makna yang sebenar atau makna yang asal bagi sesuatu benda. Lawan perkataan hakikat ialah majaz iaitu bukan makna yang sebenar, cuma pinjaman sahaja.
Satu daripada nama Allah S.W.T. [al-asma' al-husna] yang bermaksud yang Maha Bijaksana.Tiap¬tiap sesuatu ciptaanNya mempunyai tujuan yang tidak sia-sia. Jika dibaca 300 kali'Ya hakim' tiap¬tiap hari, akan dibuka pintu hikmat dan dijauhkan segala yang memudaratkan dengan izin Allah S.W.T.
Satu daripada hukum feqah yang bermaksud yang tidak ditegah untuk melakukannya atau meninggalkannya. Ia sama ertinya dengan mubah.
Salah satu nama daripada al-asma al-husna yang bermaksud Yang Maha Penyantun dan Maha Penyabar kepada makhluk-makhlukNya yang meminta ampun.
seorang wanita daripada Bani Saad yang menjadi ibu angkat dan ibu susuan kepada Rasulullah s.a.w. semasa kecil.
Penbuluh pada leher binatang iaitu tempat pernafasan yang wajib dipotaong ketika menyembel i h.
Bentuk bulatan para peserta yang biasa dibuat dalam majlis berzikir dengan diketuai oleh seorang pemimpin atau imam.
pembantu kepadanya dalam menegakkan seruan agama Allah S.W.T.Beliau pernah memangku tugas Nabi Musa a.s. ketika beliau sedang bermunajat di Bukit Tursina.
mencapai jalan yang lurus dan benar.
Setengah ulama mengatakan Hidir itu nabi. Dan setengah pula mengatakan beliau hanya wali Allah S.W.T. Terdapat cerita-cerita rekaan yang mengatakan Hidir masih hidup hingga sekarang.
Satu tembok berbentuk bulan sabit. Terletak diantara sudut Syam dengan Iraki di dalam bangunan Kaabah. Para haji yang sudah melakukan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di sini.
Surah al-Quran yang ke-15. Surah yang
mengandungi 99 ayat yang diturunkan di Mekah. Al¬Hijr bererti nama suatu tempat yang ada kaitan dengan peristiwa mengenai kaum Thamud.
Peristiwa perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah untuk mengatur dakwah yang stategis. Satu lagi ialah perpindahan orang Mekah ke Habsyah kerana mencari perlindungan dari kekejaman orang Quraisy di Mekah. Dari mula perpindahan Rasulullah s.a.w. itu bermulalah kalendar orang Islam.
1-Tujuan disebalik sesuatu ibadat yang disuruh kita melakukannya. Contohnya hikmat kita disuruh mengerjakan ibadat haji supaya berpeluang mengenali orang -orang Islam dari seluruh pelosok dunia. 2- Kata-kata bijak pandai atau falsafah yang terbit daripada pujangga.
Kiraan yang dijalankan terhadap perbuatan yang dilakukan oleh manusia sama ada perlakuan baik atau jahat yang akan ditentukan di Padang Mahsyar kelak. Berdasarkan hisab inilah manusia akan dimasukkan dalam syurga atau neraka.
Sebuah gua di Jabal Nur yang terletak kira-kira lima kilometer dari Mekah. Gua inilah tempat yang dijadikan oleh Nabi s.a.w. mengasingkan diri sebelum menjadi rasul. Dan kiranya disinilah tempat pertama Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama.
Memindahkan utang tanggungan seseorang kepada orang lain yang akn membayarnya. Perkara ini boleh dilakukan asal orang yang baru menanggungnya itu mampu menjelaskannya.
1- Surah al-Quran yang ke-11. Surah ini
mengandungi 123 ayat yang diturunkan di Mekah. Hud adalah salah satu daripada rasul pilihan yang diutuskan kepada kaum 'Ad di Hadhramaut. Lalu
Allah menurunkan bala kepada mereka iaitu kemarau panjang. Nabi Hud berpindah ke Mekah dan wafat ketika berumur 150 tahun.
dan lahir perasaan takbur kepada Nabi Adam a.s. menjadikan mereka kafir. Kini iblis berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia agar mereka masuk bersama-samanya ke dalam neraka kelak.
279 I ibnu abas namanya Abdullah bin Abbas [sepupu Rasulullah s.a.w.]. Dilahirkan di Mekah dua tahun sebelum Hijrah. Seorang sahabat yang sangant aiim, bijak dam kuat beribadat. Banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. dan meninggal dunia di Taif pada tahun 68 Hijrah.
280 I ibnu arabi Namanya Muhammad bin Abdullah yang dilahirkan pada tahun 468 Hijrah dan meninggal pada tahun 543 Hijrah. Seorang daripada uiama Isiam yang terkenai daiam bidang iimu ai-Quran, hadis dan feqah. Namun begitu iebih terkenai daiam bidang iimu tasawuf dan banyak mengarang kitab mengenai iimu tersebut.
281 I ibnu batutah Namanya Abduiiah At-Tanji yang diiahirkan pada tahun 702 Hijrah di Morocco.Seorang pengembara Isiam yang pernah menjeiajah dunia dan serta membuatkajian dengan teiiti tentang sesebuah masyarakat yang diiawatinya. Antara bukunya yang terkenai iaiah Tuhfatun Nazar. Bukunya ini sangat penting kepada pengembara Barat untuk
mengetahui geografi dan keadaan sesebuah negara.
286 I ibnu majah Namanya Muhammad bin Yazid al-Qazwini. Beliau dilahirkan pada tahun 209 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 273 Hijrah. Beliau seorang ulama hadis yang termasyhur. Antara kitabnya yang terkenal ialah As-Sunan Ibnu Majah.
287 I ibnu mas'aud namanya Abdullah bin Mas'aud. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal dan yang mula-mula memeluk agama Islam. Beliau alim dalam pembacaan al-Quran dan banyak
meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah.
288 I ibnu qaiyim Namanya Muhammad bin Abu Bakar Syamsudin. Beliau dilahirkan pada tahun 691 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijrah. Beliau seorang ulama yang terkenal dan luas pengetahuan serta banyak membuat penyelidikan. Beliau juga adalah murid kepada Ibnu Taimiyah. Sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan pendapatnya dan banyak menuls kitab.
289 I ibnu rusyd Namanya Muhammad bin Ahmad bin Rusyd. Di Barat beliau terkenal denga nama Averroes, dilahirkan pada tahun 520 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 595 Hijrah. Beliau terkenal dengan ilmuan Islam dan ahli falsafah yang banyak menggunakan akal fikiran dan falsafah Aristotle dan tidak sehaluan dengan Imam Ghazali. Buku
karangannya yang terkenal ialah Biyadatul-Mujtahid.
290 I ibnu sabil Maksudnya orang yang meninggalkan rumahtangga dan keluarga untuk bermusafir. Mereka bermusafir kerana mencari keredhaan Allah S.W.T. seperti mencari ilmu dan sebagainya. Mereka berhak mendapat bantuan dan zakat harta.
291 I ibnu sina Namanya Abu Ali bin Abdillah bin Sina. Orang Barat memanggilnya Avicenna. Beliau dilahirkan di Parsi pada tahun 370 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah. Beliau seorang yang terkenal terutamanya dalam bidang falsafah dan kedoktoran. Antara karyanya yang masih dipakai ialah Al-Qanun iaitu kitab mengenai perubatan dan An-Najab iaitu buku falsafah.
292 I ibnu taimiyah Namanya Taqiyuddin bin Abdul Slam. Beliau dilahirkan pada tahun 661 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 728 Hijrah. Beliau merupakan ulama yang masyhur yang bergelar Syeikhul-Islam. Beliau sungguh gigih memberikan pendapat dan berani menegur masyarakat akan perkara-perkara yang pada pendapatnya tidak betul iaitu mengikut ajaran agama Islam. Banyak buku tulisannya yang menjadi sumbar rujukan para ulama yang
kem ud ian.
Namanya Abdullah bin Umar al-Khattab. Anak sulung Khalifah Umar al-Khattab. Beliau sangat bertaqwa dan kuat beribadat. Beliau dihormati dan hampir setanding dengan Khulafa' Ar-Rasyidin. Beliau pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. dan merupakan seorang perawi hadis Nabi s.a.w. .
Surah al-Quran yang ke-14. Surah ini mengandungi 52 ayat yang diturunkan di Mekah. Dinamakan Surah Ibrahim kerana di dalamnya ada disebutkan tentang Nabi Ibrahim a.s.
Menyambungkan semula bacaan Al-Quran setelah mewakafkannya.
Tempoh bagi wanita yang bercerai, tidak boleh berkahwin sama ada cerai hidup atau cerai mati.
Memasukkan bunyi pertama ke bunyi yang kedua. Oleh itu jadilah bunyi huruf itu bercampur dengan huruf yang dihadapannya. Idgham termasuk dalam hukum tajwid.
huruf yang mati bertemu bertemu dengan huruf yang hidup sejenis makhraj tetapi berlainan sifatnya seperti huruf'ta' dengan'to'.
Satu cara membaca ayat al-Quran dengan mengidghamkan huruf mim yang mati kepada mim yang hidup.
Mengidghamkan dua bunyi huruf yang bertemu dan berhampiran makhraj tetapi berlainan sifat kedua¬dua huruf tersebut.
Seorang daripada rasul pilihan. Nama penuhnya Idris bin Mahlil bin Thia bin Adam a.s. beliau orang yang mula mengetahui ilmu yang penting bagi manusia seperti jahit-menjahit, menulis dan sebagainya. Beliau diutuskan kepada keturunan Qabil yang menyembah berhala
satu jenis jin yang gagah perkasa daripada jenis jin yang lain. Ia banyak berkhidmat kepada Nabi Allah iaitu Nabi Sulaiman a.s. terutamanya dalam melakuakn tugas-tugas kerajaan yang berat.
Duduk iftirasy bererti duduk di atas tapak kaki kiri dan kaki kanan yang ditegakkan [duduk pada tahiyat awal].
Berkabung iaitu para isteri yang kematian suami dilarang berhias diri selama empat bulan sepuluh hari. Berkabung bagi orang lain seperti ibu bapa hanya tiga hari saja. Berkabung bagi wanita tertentu
saja.
305 I ihram berniat mengerjakan ibadat haji atau umrah. Mereka yang berihram kenalah memakai pakaian ihram. Bagi lelaki ialah memakai dua helai kain yang belum berjahit, sehelai dipakai di badan dan sehelai lagi diselendangkan di bahu. Bagi wanita pula ialah menutup seluruh tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan, seperti pakaian ketika
bersembahyang.
kifarah sumpah.
333 I injil Sebuah kitab dari Allah S.W.T. diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Ibrani. Antara
kandungannya ialah mentauhidkan Allah S.W.T. dan menyatakan kelahiran Nabi s.a.w. Serta hukum dan pengajaran yang sesuai mengikut semasa. Injil yang asal sudah tiada lagi sekarang kerana paderi-paderi Kristian telah mengubah kandungannya yang sebenar sehingga terdapat lima macam Injil iaitu Injil Markus, Matta, Luqa, Yuhana dan Bernaba.
334 I insaf Perasaan yang timbul dalam hati seseorang berikutan dengan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan dia akan berubah sikap seperti akan berwaspada dan sebagainya.
335 I islam
Agama Allah S.W.T. yang dibawa oleh Nabi s.a.w. untuk manusia sejagat. Semua manusia diperintah untuk mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang. Dasar agama Allah S.W.T. dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi s.a.w. tidak berubah iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa. Cuma yang berubah ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan syariah saja kerana mengikut kesesuaian masa.
349 J jabariyah
Satu mazhab dalam ilmu tauhid. Antara fahamnannya ialah bahawa usaha dan ikhtiar manusia sama sekali tidak mempunyai peranan dalam menentukan nasib kerana segala-galanya, yang baik atau buruk sudah ditentukan oleh iradat Alah S.W.T. dari azali lagi dan manusia sentiasa menerimanya sahaja.
Kesalahan besar yang mengancam orang yang melakukannya dengan hukuman oleh syarak supaya orang lain tidak berani melakukannya. Kesalahan tersebut seperti membunuh, merompak dan sebagainya.
Tubuh badan bagi manusia. Bagi Allah S.W.T. tidak dikatakan jasad tetapi dikatakan zat Allah Taala.
Unsur yang ada di badan manusia seperti kulit, tulang, daging, bulu dan sebagainya sama ada dalam bentuk cecair atau padat. Jasmani akan hidup bersama-sama rohani jika tidak ia akan rosak.
Surah al-Quran yan ke-45. Surah yang mengandungi 37 ayat yang diturunkan di Mekah. Al-Jathiah bererti manusia yang berlutut kerana sangant takut pada haru Kiamat nanti.
Sesuatu yang tidak dapat dibahagikan lagi kerana terlalu kecil.
Sekumpulan manusia. Sembahyang berjemaah ialah melakukan sembahyang mengikut imam. Pahala orang yang melakukan sembahyang jemaah sebanyak 27 kali dibandingkan dengan sembahyang sendiri. Ada sembahyang yang disunatkan berjemaah dan yang ada tidak perlu.
Satu dari hukuman yang berkaitan dengan kesalahan berat seperti membunhu, berzina dan sebagainya.
Mayat orang Islam yang telah meninggal dunia sama ada lelaki atau perempuan. Adalah menjadi fardhu kifayah bagi orang Islam menyempurnakan ke atas mayat itu empat perkara iaitu memandikannya, mengkafan, menyembahyangkan dan mengkebumikannya.
Salah satu malaikat yang wajib setaip mukalaf mempercayainya. Jibril adalah malaikat yang terkenal kerana ia adalah perantara diantara Allah S.W.T. dan rasul-rasulNya sebagai pembawa wahyu.
1- Melakukan sesuatu dengan hemah yang tinggi dan tabah tanpa mengira susah payah dan penat lelah. 2- Menentang orang kafir kerana mempertahankan kesucia agama Islam dan dakwah. Sekiranya mati ia dikira sebagai mati syahid. Adakalanya jihad menjadi fardhu ain jika musuh melanggar negara.
Sejenis makhluk Allah S.W.T. yang dijadikan daripada unsur api. Jin mempunyai akal dan nafsu seperti manusia, ada yang Islam dan kafir.
Walaupun ia boleh menghilangkan diri dari pandangan manusia, ia tidak boleh merosakkan manusia kecuali dengan izin Allah S.W.T.
Namanya Abdul Malek bin Abdullah Al-Juwaini, seorang yang alim dalam ilmu kalam dan feqah serta penyokong kuat mazhab Syafie. Beliau bergelar imam Al-Harmim bagi Mekah dan Madinah.
Sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah. Bentuknya empat segi, Tinggi 15 meter, panjang 11 meter lebih dan lebarnya kira-kira 10 meter. Ia juga bernama Baitul Al-Haram dan dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Ia menjadi arah kiblat bagi orang Islam sembahyang.
Ertinya dosa-dosa besar. Seperti menyekutukan Allah S.W.T., membunuh, mengamalkan sihir, berzina dan lain-lain lagi. Dosa besar hilang dengan cara bertaubat saja.
Membalut mayat untuk dikebumikan. Biasanya ia menggunakan kain putih. Mengkafankan selepas mayat dimandikan. Sekukrang-kurang kain kafan satu lapis tetapi sebaiknya tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan.
Denda yan telah ditetapkan ole syarak ke atas orang yan melakukan kesalahanatau menampung ibadat yang kurang sempurna. Antara sebab yang diwajibkan kifarah ialah menyalahi nazar dan merosakan amalan.
Orang yang tidak mengesakan Allah S.W.T. dan kerasulan nabi s.a.w. Ada kafir harbi, zimmi dan mustakmin.
Surah al-Quran yang ke-18. Surah yang mengandungi 110 ayat yang diturunkan di Mekah. Ia bererti gua kerana daripada ayat 9-26 ada menceritakan tentang penghuni gua.
Kaki binatang. Tersebut dalam hadis bahawa Nabi s.a.w. memperkenan jemputan orang, walaupun hanya sup kaki kambing saja. Dan Di tempat yang jauh seperti di Al-Ghanim.
Salah satu nama Al-Asma Al-Husna. Yang bererti Allah Yang Maha Mulia atau Maha Pemurah memberi ezeki terhadap hamba-hambaNya. Sesiapa yang mengamalkan berzikir ' Ya Karim' sebanyak 270 kali setiap kali hendak tidur, ia akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat, Insya Allah.
Gelaran yang diberikan kepada Saidina Ali. Gelaran ini bererti Allah memuliakannya kerana ia belum pernah menyembah berhala walau pun sebelum Islam.
orang yang paling kaya pada zaman Nabi Musa a.s. tetapi menindas orang yang miskin dan angkuh dengan kekayaannya lalu menjadi kufur. Lalu Allah S.W.T. memrintahkan bumi menelan dirinya serta hartanya.
Nampak sesuatu yang ghaib melalui mata hati. Ia seolah-olah nampakdengan mata kasar. Seperti yang diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. nampak dengan hatinya mayat salah seorang Raja Najashi yang beragama Islam, lalu Nabi s.a.w. pun bersembahyang ghaib.
Nama sebuah kitab tafsir Al-Quran yang terkenal.
Rumah kecil, tempat duduk di atas belakang unta.
Perkara ganjil yang berlaku kepada orang yang saleh. Tujuan Allah S.W.T. mengadakan perkara yan ganjil ini adalah sebagai balasan untuk hamba¬hambaNya yang taat. Tiada keramat pada kuburan, pada pokok kayu dan sebagainya. Kepercayaan kepada benda-benda karut adalah kepercayaan karut.
404 K al-khabir Satu daripada nama Allah S.W.T. [al-asma al-h usna] yang bererti Yang Amat Mengetahui dengan seluas¬luas akan hakikat sesuatu daripada perkara besar hingga kepada perkara-perkara kecil. Sesiapa yang berzikir ' Ya Khabir' sebanyak 812 kali tiap-tiap hari selama seminggu, akan datang khabar yang dikehendakinnya, dengan izin Allah S.W.T.
khadijah bt
405 Kkhuwailid Isteri pertasma Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan seorang saudagar yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti yang mulia. Beliau telah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. 22 tahun sebelum Hijrah. Mereka dikurniakn anak seramai enam orang. 2 putera iaitu Kassim dan Abdullah dan 4 puteri iaitu Zainab, Rukiah, umi Kalsum dan Fatimah.
406 K khaibar Nama satu tempat di utara Madinah. Orang Yahudi telah berkumpul disini untuk menentang tentera Islam secara habis-habisan. Rasulullah s.a.w. bersama tenttera-tentera Islam telah berjaya menewaskan mereka dalam perang Khaibar.
khalid bin
407 Kwalid Panglima Islam yang mashur. Beliau adalah seorang yang berani dan pintar di dalam peperangan. Beliau memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah. Disebabkan keberaniannya, beliua telah digelar sebagai Saifullah [pedang Allah]. Beliau meninggal dunia pada tahun 21 Hijrah di Hims.
Hari Raya, khutbah dibacakan selepas sembahyang sunat Hari Raya.
451 L Lawh mahfuz Sebuah tempat catatan nasib manusia dan rahsia makhluk Allah di alam ghaib yang dijaga dengan penuh rapi oleh para malaikat dan tiada sesiapa yang dapat menghampirinya.
452 L Lian Suami bersumpah sebanyak lima kali dengan menuduh isterinya berzina dengan orang lain. Perkahwinan mereka terputus dan mereka tidak boleh berkahwin lagi buat selama-lamanya sebaik sahaja peristiwa lian berlaku.
28 July 2009
Serial Numbers of Windows
Windows XP SP3
= VPR7K-GPY8G-CPRTH-DT3VK-R84M3
= RELEASE 2009
Windows XP Professional SP2 Gold Reload Edition
= MYHVT-WQ49M-QRPVF-V86FC-P3R8Y
Microsoft Office 2007
= KGFVY-7733B-8WCK9-KTG64-BC7D8
= DATED 130307
Microsoft Office 2003
= GWH38-DGCMP-P6RC4-6J4MT-3HFDY
- 2003
Microsoft Office 2000 Premium
= GC6J3-GTQ62-FP876-94FBR-D3DX8- 2K
Cyberlink PowerDVD 5
= MV36829381438G S/No: 21648684
Nero 5 = 1420 0218 0370 1725 8155 4331
- Release Jan 05
Windows 7
= TQ32R-WFBDM-GFHD2-QGVMH-3P9GC
= 6JKV2-QPB8H-RQ893-FW7TM-PBJ73
= QXV7B-K78W2-QGPR6-9FWH9-KGMM7
= 4HJRK-X6Q2B-HWRFY-WDYHJ-K8HDH
= GG4MQ-MGK72-HVXFW-KHCRF-KW6KY
DATED = 01 Ogos 09
23 June 2009
Syariat.Tariqat . Hakikat. Makrifat .
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.
Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama
ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,
dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
kerana-Nya.
Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
kita kepada Allah.
Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh
mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"
Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
juga adalah rendah.
Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun
banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
dalam ibadah.
Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.
Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .
Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.
Tariqat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
yang bercabang dan berdaun.
Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
dengan faham dan dihayati.
Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .
Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir.