03 August 2017

Turunkan Kolesterol Tinggi

 
Amalkan Jus Terbaik Ini Turunkan Kolesterol Tinggi Dengan Cepat Dan Berkesan

Jika anda mempunyai tahap kolestrol yang tinggi atau mempunyai tanda-tanda kolestrol yang membimbangkan. Anda tidak perlu risau lagi kerana berbagai makan dan ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol di dalam badan boleh didapati.

Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman 
Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.
Jus yang telah siap
Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.

Bahan-bahannya

Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, sakit jantung, migrain, sakit sendi, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
Tapiskan
Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi

Bahan-bahan:

- 500 gram bawang putih
- 500 gram halia
- 1 cawan perahan lemon
- 1 cawan apple cider
- 1 cawan madu
Jadikan Jus

Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:
1. Masukkan bawang putih dalam blender, tambahkan 2 cawan air. Blend dan tapis. Gunakan air tersebut untuk blend halia pulak dan tapis jusnya.

2. Masukkan perahan air bawang putih & halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.


3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Siap dibotolkan
Cara minum:
- 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
- 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur

Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda. 
Semoga berjaya dalam rawsatan tradisional.
Selamat mencuba!

From Redz wang 
3817

Nasi Mentah

5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah
Nasi mentah.Nasi yang dimasak kadang-kala boleh juga menjadi mentah, walaupun kita selalu masak nasi.


Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya mudah saja, kerana semuanya ada di depan mata anda.


Berikut 5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah:




1. Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas. Buatkan lubang pada bahagian tengah nasi, kemudian letakkan mangkuk itu. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.


2. Renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik kemudian tutup. Biarkan masak seketika. Nasi akan pulih seperti biasa.


3. Renjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu, dikacau sempurna dan tutup hingga nasi itu berwap.


4. Sebiji bawang di potong nipis, masukkan ke dalam periuk nasi, tutup tudung periuk dan kecilkan api. Jika menggunakan ‘rice cooker’ biarkan warm up dan masukkan hirisan bawang tadi.


5. Jika nasi anda lembik, masukkan 2 biji telur ayam yang telah di basuh ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.


Semoga berjaya, buat mereka yang mencuba kaedah di atas. Anda perlu lakukannya dengan berhati-hati dan utaman kebersihan dalam persekitaran anda.


Suami Yang Curang

Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang
Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini: 


Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk. 


Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri. 


Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa  untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya. 


Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.


Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya. 


Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu? 


Suami : Tapi ustaz.. Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu.  Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-



P:S: Sayang isteri sehingga ke syurga.

02 August 2017

Kuah Laksa Utara

Peminat Laksa, Boleh Cuba Cara Masak Sedap, Ikut 5 Petua Dari Peniaga Laksa Ni
Laksa 

Semua tahu hidangan laksa terkenal di negeri dari Utara terutama Kedah tapi sekarang makanan ini dah jadi kegemaran orang negeri lain juga. Sebab itu di mana-mana pun sekarang ada saja orang jual ada laksa.


Tapi nak rasa laksa terbaik dah tentu kena cari kat Kedah, tak pun kena cari orang Kedah yang buat. Kalau tak jumpa jugak boleh saja buat sendiri tapi sila tip dari perkongsian Pnut Syafinaz.


Laksa ni yang paling penting adalah kuahnya dan resipi kuah ini kata Pnut Syafinaz adalah dari Tok Lela peniaga laksa yang power lagi terkenal. Terima kasih Tok Lela.

1. Ikan
Nak dapat kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo ikan sardin. Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.




Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak hilang.


Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis sekali lagi.


2. Bawang
Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besar. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiz besar).


3. Belacan
Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.


4. Kuah laksa
Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga. Ni tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.


5. Asam keping (asam gelugoq)
Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.


Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.


Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan buang sikit takut lagi lama, lagi masam.


Senang saja kan petuanya. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Pnut Syafinaz

kahwin Dengan Warga Asing...

Kisah Benar Luahan Hati Sedih Gadis Melayu Berkahwin Dengan 'NEPAL'! Para Gadis, Berfikirlah 100X Dahulu Sebelum Buat Keputusan Untuk Berkahwin Dengan Warga Asing...
Itulah derita yang pernah dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, kini 27 tahun, yang pernah tinggal di negara berkenaan bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Qatar.


Dia yang dikenali sebagai Ayu terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.


Lebih menyayat hati, anaknya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging babi. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.


Kira-Kira pada tahun 2013, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.




Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.


Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand pada tahun 2006 dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.



Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, keluar dari rumah keluarga mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu negara itu pada 28 April 2014 dengan hasrat untuk pulang menemui keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba abdi oleh keluarga mentua sendiri.

Tepat jam 6.25 pagi, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata, dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf kepada orang tuanya itu.

Sambil menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku, Ayu tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia ‘diperalatkan’ suaminya yang mengajaknya ke kampung halaman di Nepal untuk bercuti sebelum dia diperlakukan seperti hamba selepas suaminya berhijrah ke Qatar untuk bekerja.

“Mula-mula datang ke kampung suami untuk cuti saja. Suami beritahu untuk cuti dan berjumpa keluarga. Bila keadaan semakin teruk dengan penerimaan keluarga yang memberi layanan teruk, dia pula pergi ke Qatar dan saya kena buat kerja macam-macam.

Inilah antara kisah sedih perkahwinan dengan warga asing meskipun atas dasar cinta. Jadi para gadis-gadis di luar fikirkan lah banyak kali masa hadapan anda sebelum membuat keputusan untuk sehidup semati dengan warga asing. 

Kayu Manis

Berhati-Hati Dengan Resepi Kesihatan Menggunakan Kayu Manis Kerana Ianya Boleh Menjadi Punca Ketoksikan Hati. Ini Sebabnya...
Gambar dari kiri: Kayu manis cassia, warna coklat gelap (tebal, bergulung tidak penuh dan ada lubang di tengah. Kayu manis Ceylon, warna coklat muda atau kekuningan (bergulung penuh tiada lubang di tengah.

HAKIKAT yang kurang diketahui ramai ialah kayu manis yang mendominasi pasaran selama ini adalah kayu manis cassia, bukan kayu manis Ceylon.


Terdapat beberapa perbezaan antara kayu manis spesies Ceylon dengan spesies cassia. Nama latin kayu manis Ceylon ialah cinnamomum verum dengan dua sinonim iaitu cinnamomum zeylanicum dan laurus cinnamomum. Pengeluar utama spesies ceylon ialah Sri Lanka diikuti Seychelles dan Madagascar.


Terdapat tiga spesies kayu manis cassia dikeluarkan oleh tiga negara iaitu China, Indonesia dan Vietnam. Nama latin kayu manis cassia berasal dari China ialah cinnamomum aromaticum dengan dua sinonim iaitu C. cassia dan C. ramulus. Spesis C. aromaticum ditanam di beberapa wilayah selatan China iaitu Guangxi, Guangdong dan Yunnan. Ia mendapat jolokan kayu manis China.




Pengeluar utama


Indonesia ialah pengeluar utama kayu manis cassia dunia yang meliputi 85 peratus pengeluaran spesies Cinnamomum burmanii. Penanaman spesies ini tertumpu di kawasan pergunungan Kerinchi, wilayah Jambi, Sumatera. Ia dikenali sebagai kayu manis Indonesia, Padang cassia, Batavia cassia atau korintje.


Vietnam pula mengeluarkan kayu manis spesies Cinnamomum loureiroi yang ditanam di utara negara tersebut. Ia dikenali sebagai kayu manis Saigon.


Di Amerika Syarikat, kayu manis Ceylon dikenali sebagai kayu manis betul manakala kayu manis cassia pula sebagai kayu manis palsu (false/fake cinnamon).


Tekstur permukaan kayu manis Ceylon licin manakala permukaan kayu manis cassia kasar. Kulit kayu manis Ceylon nipis dan rapuh manakala kayu manis cassia tebal dan keras. Kayu manis Ceylon berwarna coklat muda atau kekuning-kuningan manakala kayu manis cassia coklat tua kemerah-merahan.


Kulit kayu manis Ceylon yang nipis bergulung sepenuhnya apabila cukup kering tanpa meninggalkan ruang. Sebaliknya, kulit kayu manis cassia kering lalu menyebabkan ia tidak sepenuhnya bergulung dan membentuk ruang kosong.


Kayu manis Ceylon beraroma lembut dengan rasa tona sitrus dan manis. Kayu manis cassia beraroma sengit (berat), pedas dan pahit/kelat. Kayu manis cassia dikatakan lebih digemari ramai berbanding Ceylon kerana aroma dan rasanya menjadikan hidangan lebih lazat. Pada sebahagian orang, kayu manis cassia mungkin dianggap sebagai kayu manis betul.


Keamatan aroma dan rasa kayu manis Saigon dikatakan jauh lebih tinggi daripada kayu manis China dan kayu manis Indonesia hingga penggunaannya untuk masakan perlu dikurangkan kepada separuh.


Dari segi kandungan kimia, kajian sains mendapati kayu manis Ceylon mengandungi paras coumarin yang rendah berbanding kayu manis cassia. Kajian berjudul ‘Quantification of Flavoring Constituents in Cinnamon: High Variation of Coumarin in Cassia Bark from the German Retail Market and in Authentic Samples from Indonesia’ dan terbit dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry (September, 2010) mengesahkan kayu manis cassia mengandungi paras coumarin yang tinggi. Sebaliknya, spesis Ceylon mengandungi paras paling rendah.


Saintis-saintis penyelidik kajian tersebut telah menganalisa 91 sampel kayu manis yang dibeli dari kedai-kedai di German. Mereka mendapati paras coumarin pada sampel pelbagai kayu manis cassia tersebut berbeza secara ketara. Mereka meneruskan kajian dengan menganalisis sampel kayu manis cassia dari 5 batang pokok yang diterima terus dari Indonesia. Mereka mendapati paras coumarin dengan perbezaan ketara sungguhpun sampel-sampel berasal daripada pokok sama.


Secara purata, serbuk kayu manis cassia didapati mengandungi coumarin hingga 63 kali ganda berbanding serbuk kayu manis Ceylon. Kayu manis cassia bukan serbuk pula mengandungi 18 kali ganda coumarin berbanding kayu manis Ceylon bukan serbuk.


Kajian berjudul ‘Cassia Cinnamon as a Source of Coumarin in Cinnamon-Flavored Food and Food Supplements in the United States’ yang terbit dalam jurnal yang sama juga (2013) mendapati kayu manis Ceylon mengandungi coumarin pada nilai surih/kelumit. Manakala ketiga-tiga spesis cassia terutama spesis Saigon dan spesis Indonesia mengandungi paras coumarin yang tinggi.


Nota Penulis: kayu manis China dikatakan lebih manis dari kayu manis Indonesia. Rasa pahit kayu manis Indonesia mungkin berpunca daripada paras coumarin tinggi.


Kajian oleh saintis Czech berjudul ‘Assessment of Coumarin levels in Ground Cinnamon available in the Czech retail market’ yang terbit dalam Scientific World Journal (2012) mendapati 60 sampel serbuk kayu manis cassia terdiri dari 12 jenama disahkan mengandungi paras coumarin tinggi dengan purata antara 2,650 hingga 7,017 mg per kg berbanding dengan serbuk spesis Ceylon yang didapati bebas dari coumarin.


Kegunaan tradisional


Selain untuk masakan, kayu manis cassia iaitu spesies yang paling biasa didapati dijual di mana-mana juga digunakan untuk tujuan perubatan. Di China ia dikenali sebagai Rou Gui (juga dikenali sebagai Tung Hing) dan merupakan satu daripada 50 herba asas dalam Perubatan Tradisional China.


Ia juga digunakan secara tradisional antara lain untuk diabetes jenis 2, buang angin (kentut), kejang otot, kejang saluran gastro-usus, cegah loya/muntah, diarea, infeksi, demam selesema, kurang selera makan, mati pucuk, reumatisme, hernia buah zakar, simptom menopaus, tidak datang bulan dan kencing malam. Selain itu ia digunakan untuk kanser, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang, angina (serangan jantung awal) dan pembersih darah. Dos pengambilan kayu manis serbuk yang biasa dicadangkan oleh pakar perubatan alternatif ialah antara 2 – 6 gram sehari.


Dos coumarin terlalu tinggi iaitu antara 50-7,000 mg per hari boleh menyebabkan ketoksikan hati. Bagaimanapun masalah ketoksikan hilang apabila pengambilan coumarin berhenti. Untuk mencapai dos tinggi (julat terendah 50 mg) tersebut, seseorang perlu mengambil sekurang-kurangnya 7 gram kayu manis cassia yang mengandungi 7,000 mg per kg (berdasarkan kayu manis cassia dengan paras purata coumarin tertinggi dalam kajian Czech di atas).


Jadi, setakat ini pengambilan dos tertinggi iaitu 6 g per hari dipercayai masih selamat. Pada kebanyakan keadaan, pengambilan kayu manis cassia pada dos tersebut atau kurang darinya dipercayai tidak menyumbang paras coumarin yang dapat membentuk ketoksikan hati.Begitu juga pengambilan makanan mengandungi kayu manis cassia misalnya sup, kari dan kuih-muih. Dos dan kekerapan pengambilan dalam bentuk ini biasanya tidak setinggi dan sekerap pengambilan untuk perubatan.


Pengambilan kayu manis cassia dipercayai boleh menyebabkan ketoksikan hati pada mereka yang sensitif. Ia dipercayai berlaku kerana kekurangan atau gangguan aktiviti enzim cytochrome CYP2A6 untuk mengurai coumarin kepada beberapa katabolit (hasil katabolism) yang selamat.



Individu yang mengalami masalah hati seperti kesesakan hati (congested liver), hepatitis atau kanser hati juga dipercayai alami gangguan aktiviti CYP2A6. Pengambilan kayu manis cassia dipercayai memburukkan lagi masalah hati yang dialami.