ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ




آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
Zikrullah kekal abadi DiHati 03102020 1K 🆗️✔ .......................................................................................................
..............................................................................................................................
Al-Qur’an Sebagai Penawar Dan Rahmat Bagi Orang-orang Yang Beriman
...Rich Wang:
Al-Qur’an Sebagai Penawar Dan Rahmat Bagi Orang-orang Yang Beriman
“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah al-Isra’, 17: 82)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman menjelaskan tentang Kitab-Nya yang telah Dia turunkan kepada kepada Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu al-Qur’an yang tidak datang kepadanya kebatilan, sama ada dari depan mahu pun belakangnya, diturunkan dari Allah Yang Maha Binjaksana lagi Maha Terpuji.
Sesungguhnya al-Qur’an merupakan penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Maksudnya adalah dapat menghilangkan penyakit hati, seperti keraguan, kemunafikan, kemusyrikan, kesesatan dan ketidak tetapan pendirian. Al-Qur’an dapat menyembuhkan semua penyakit tersebut.
Di samping sebagai penawar, al-Qur’an juga merupakan rahmat yang dapat melahirkan keimanan, hikmah, dan kesungguhan dalam melakukan kebaikan. Namun perkara seperti ini, hanyalah dapat dirasakan oleh orang-orang yang beriman, percaya dan mengikutinya. Maka bagi orang seperti itu, al-Qur’an adalah penawar dan rahmat.
Ada pun bagi orang kafir dan zalim terhadap dirinya sendiri dengan tidak mempercayainya, maka mendengar al-Qur’an itu tidaklah menambah keimanan, melainkan akan menjadikannya semakin jauh dan mengingkarinya.
Ini bererti, penyakit itu datangnya dari orang kafir, bukan dari al-Qur’an. Perkara ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya,
“Katakanlah: “al-Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, manakala al-Qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah seperti orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh”.” (Surah al-Fushilat, 41: 44)
Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafiq) ada yang berkata: “Siapa di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?” Adapun orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya, dan mereka juga merasa gembira. Dan ada pun orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surah itu bertambahlah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir.” (Surah at-Taubah, 9: 124-125)
Sementara itu, tentang firman Allah: “Dan Kami turunkan dari al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”,
Qatadah berkata, “Apabila al-Qur’an tersebut didengar oleh orang yang beriman, lalu ia memahami, menghafal, dan mengamalkannya, maka akan menjadi penawar dan menjadi rahmat baginya.
“Dan al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian” yakni, ia tidak dapat memahaminya, menghafal dan mengamalkannya. Kerana sesungguhnya Allah hanya menjadikan al-Qur’an sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman sahaja.
Daripada Ibnu ‘Abbas, Mujahid, ‘Ikrimah, Sa’id bin Jubayr, as-Suddi dan selainnya berkata berkenaan ayat, “al-Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman”, adalah bermaksud bahawa al-Qur’an ini adalah bagi mereka yang mengimaninya, iaitu sebagai petunjuk kepada hatinya dan penawar kepada keraguan serta kekeliruan yang berlaku di dalam hati-hati manusia.
Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir berkenaan ayat 82, Surah al-Isra’ dan ayat 44 dari Surah Fushilat.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Kitab (al-Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (al-Qur’an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung. (Surah al-Baqarah, 2: 2-5)
❤️❤️❤️❤️❤️
Memahami Keistimewaan Al-Quran
Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)
Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)
Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.
Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)
Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17)
Kelima, al-Quran merupakan kitab agama secara keseluruhannya yang mengandung aspek akidah, ibadah, akhlak dan perundangan. Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci, maka hendaklah ia menggali dari al-Quran. Al-Quran memberi dalil-dalil yang jelas tentang keesaan Allah. Firman Allah yang bermaksud : “ Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arash daripada apa yang mereka sifatkan.” ( al-Anbiya’, ayat 22) Begitu juga al-Quran mengandungi syariat dan peraturan untuk kehidupan manusia. Syariat ini meliputi aspek individu, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Di samping itu, al-Quran menegaskan pembinaan akhlak melalui penghayatan sifat sabar, gigih berusaha, tekun, bertawakkal dan reda dengan ketentuan ilahi.
Keenam, al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu. Ini bermakna bahawa al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari Qiamat. Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden ini.
Ketujuh, al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan. Oleh sebab itu, Allah menjadikan al-Quran sebagai kitab petunjuk kepada manusia dan alam. Firman Allah yang bermaksud : “ Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembe
da (antara hak dan batil).” (al-Baqarah, ayat 185)
Inilah tujuh perkara ciri-ciri keistimewaan al-Quran yang membezakan kitab-kitab yang lain. Al-Quran diturunkan untuk umat Islam mengimani dengan penuh keyakinan akan kebenarannya. Allah menyebutkan bahawa sifat mukmin sejati adalah mereka yang tidak sama sekali ragu tentang kandungan al-Quran. Nabi Muhammad apabila tiba bulan Ramadhan baginda akan bertadarus bersama Jibrail dan rumah yang sentiasa diterangi dengan bacaan al-Quran akan dilimpahi rahmat dan berkat. Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan membuktikannya melalui taat segala perintah al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya dan menjadikan kita sebagai ahli al-Quran., bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi juga dalam bulan-bulan yang lain.
Memahami Tujuan-Tujuan al-Quran
Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.
Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu.
Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya.
Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki.
Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat.
Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10)
Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia
kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala.
Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107)
Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup kerana mencari keredhaan Allah, beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan bersatu padu. Inilah empat ciri umat Islam berbanding dengan umat yang lain. Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang menyendiri tanpa menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati kebebasan beragama dan perbezaan pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan nahi annil mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
❤️❤️❤️❤️❤️
Hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerana:
Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Hendaklah baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya
1. Surah Al-Fatihah
-Penawar segala penyakit
-Menghilangkan kesakitan
-Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain
-Pembuka Ikatan
-Penawar sakit mata
-Penawar sakit telinga
-Menghilangkan rasa lapar
-Penyembuh Luka
-Penerang hati
-Penawar Angin Ahmar, Stroke dan lain-lain
-Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain
-Segala hajat
-Penunduk orang zalim
-Sakit gigi
-Penawar Mujarab
-Pendinding
-Murah rezeki
-Selamat dalam perjalanan
-Kaya
-Kata Al-‘Arif Billah Syeikh Ahmad Rifa’i
1.1 - Khasiat Ayat Pertama
-Ditunaikan hajat
-Sebelum tidur
-Orang zalim
-Penyembuhan
-Murah rezeki
-Penerang hati
-Selamat daripada keguguran
-Menyuburkan tanaman
-Mengumpan Ikan
-Perlindungan dan pelaris
-Doa Musafir
-Doa makan bersama orang-orang yang berpenyakit
-Penolak bala
-Doa penolak bala
1.2 - Khasiat Ayat Kedua
-Pendinding
-Sakit gigi
-Pengasih
1.3 - Khasiat Ayat Ketiga
-Menghadapi orang zalim
-Kerasukan
-Penawar
-Zuriat
-Penyubur Tanaman
-Pembungkam
-Lembut hati
1.4 - Khasiat Ayat Keempat
-Perlindungan daripada bala, wabak dan lain-lain
1.5 - Khasiat Ayat Kelima
-Subur tanaman
-Menghadapi binatang liar dan orang jahat
-Temuduga, peperangan dan lain-lain
1.6 - Khasiat Ayat Keenam
-Orang zalim
-Lupa
1.7 - Khasiat Ayat Ketujuh
-Sesat
-Lapar dahaga
-Menghadapi musuh
-Penyejuk
2. Surah Al-Baqarah - Sabda Rasulullah s.a.w
2.1 Khasiat Ayat 1-5 = Penerang hati, menguatkan keyakinan
2.2 Khasiat Ayat 25 = Subur tanaman
2.3 Khasiat Ayat 70 = Mendapat yang terbaik
2.4 Khasiat Ayat 102 = Gila dan Sihir
2.5 Khasiat Ayat 125 = Bangun pada waktu yang dikehendaki
2.6 Khasiat Ayat 127 = Penawar Buasir dan menghentikan darah
2.7 Khasiat Ayat 138 = Bercelak
2.8 Khasiat Ayat 144 = Penawar Herot Muka (Stroke)
2.9 Khasiat Ayat 148 = Kecurian
2.10Khasiat Ayat 164 = Menghafal
2.11Khasiat Ayat 201 = Menghadapi bala. isteri solehah
2.12Khasiat Ayat 243 = Menjaga makanan
2.13 - Khasiat Ayat 255 (Ayatul Kursi)
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Segala kebaikan
-Penawar gila
-Mimpi buruk
-Musafir
-Menghilangkan kahak
-Menghadapi kezaliman
-Penerang hati
-Doa Malaikat
-Digeruni dan Disegani
-Perlindungan dan murah rezeki
-Kota ayat Al-Kursi
-Kaya
-Menghadapi Bala dan Malapetaka
-Sabda Nabi s.a.w
-Segala hajat
-Menghapuskan rasa cinta
2.14 - Keistimewaan & Khasiat Ayat 285-286 & Sabda Rasulullah s.a.w
Keistimewaan 2 Ayat Terakhir – Surah Al Baqarah
Para ulama’ menyebutkan bahawa barang siapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah, maka Allah akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya, juga ia akan dijauhkan dari keburukan.
Ada juga ulama’ yang mengatakan bahawa dengan membaca ayat tersebut imannya akan diperbaharui kerana di dalam ayat tersebut adanya sikap pasrah & berserah diri kepada Allah Ta’ala.
Ada juga ulama’ yang mengatakan bahawa ayat tersebut boleh digunakan sebagai pengganti dari berbagai zikir kerana di dalamnya sudah terdapat doa untuk meminta kebaikan dunia dan akhirat.
Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi SAW,
“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”
Adapun dua ayat tersebut ialah;


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. [Al Baqarah – Ayat 285]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engk
au mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. [Al Baqarah – Ayat 286]
Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.
Sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan musuh dan syaitan.”
Sabda Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya Allah taala telah mengakhiri surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran.”
Surah Al Baqarah
Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kau jadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Ayat Kursi
Dari Ubai bin Ka’ab ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Wahai Abu Munzir, tahukah engkau ayat manakah dalam Al Qur’an yang paling agung menurutmu?” Aku menjawab, “Allahu laailaaha illa huwalhayyul qoyyuum (Ayat Kursi)”,
Lalu beliau menepuk dadaku dan bersabda, “Semoga Allah memudahkan ilmu bagimu wahai Abu Munzir.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Hafal & amalkan setiap malam. Rujuk al-Quran & hayati juga maksudnya yang merupakan doa yang sangat bermakna. Semoga anda terus dalam rahmat serta pelindungan dariNya.
3. Surah Ali-Imran - Sabda Rasulullah s.a.w - Mendapat zuriat
3.1 - Khasiat Ayat 1-4 = Pendinding -Kebahagiaan dan segala hajat
3.2 - Khasiat Ayat 8 = Husnul Khatimah
3.3 - Khasiat Ayat 9 = Mengembalikan barang yang hilang
3.4 - Khasiat Ayat 7-9 = Kecerdikan luar biasa
3.5 - Khasiat Ayat 14 = Pengasih
3.6 - Khasiat Ayat 26-27 = Luas rezeki -Karamah -Segala hajat
3.7 - Khasiat Ayat 35-37 = Perlindungan kepada perempuan hamil -Pelaris
3.8 - Khasiat Ayat 73-74 = Pelaris dan meminang
3.9 - Khasiat Ayat 83 = Menghadapi binatang buas, liar dan orang zalim
3.10 - Khasiat Ayat 103-104 = Pengasih dan Pelembut Hati
3.11 - Khasiat Ayat 111-112 = Menghadapi musuh
3.12 - Khasiat Ayat 134-136 = Pelindung dari kejahatan
3.13 - Khasiat Ayat 144 = Menghentikan darah
3.14 - Khasiat Ayat 146-148 = Menghilangkan kesedihan ketika menghadapi musibah
3.15 - Khasiat Ayat 169-171 = Penerang hati dan mendapat taufiq
3.16 - Khasiat Ayat 173-174 = Menghadapi musuh -Pengasih
3.17 - Khasiat Ayat 190-194 = Teguh Iman –Qiamullail
3.18 - Khasiat Ayat 200 = Isteri derhaka, anak degil, binatang liar
4. Surah An-Nisa’ - Faedah Umum Surah An-Nisa’
4.1 - Khasiat Ayat 75 = Perlindungan dari kejahatan
4.2 - Khasiat Ayat 148-149 = Terjaga dari diumpat dan dikeji
4.3 - Khasiat Ayat 174-175 = Menang berhujah
5. Surah Al-Maidah - Aman dari kecurian - Hilang dahaga
5.1 - Khasiat Ayat 7 = Penawar was-was
5.2 - Khasiat Akhir Ayat 18 dan Ayat 20-21 = Menjadi seorang yang penyabar dan Qana’ah
5.3 - Khasiat Ayat 63 = Membubarkan perhimpunan maksiat
5.4 - Khasiat Ayat 89-101 = Penawar berdusta
5.5 - Khasiat Ayat 112-114 = Murah rezeki dan pelbagai hajat
6. Surah Al-An’am - Perlindungan
6.1 - Khasiat Ayat 1-3 = Penawar pelbagai jenis penyakit
6.2 - Khasiat Ayat 13 = Penawar sakit / pening kepala
6.3 - Khasiat Ayat 17-18 = Penawar sakit dada -Dukacita, kecewa
6.4 - Khasiat Ayat 59 = Menghadapi ma
salah
6.5 - Khasiat Ayat 63-64 = Ombak besar, angin kencang
6.6 - Khasiat Ayat 75-79 = Fasih berpidato
6.7 - Khasiat Ayat 95 = Subur tanaman
6.8 - Khasiat Ayat 96-97 = Belayar dengan selamat
6.9 - Khasiat Ayat 99 = Perigi yang berkat
6.10 - Khasiat Ayat 103 = Meredakan angin ribut taufan -selusuh
6.11 - Khasiat Ayat 122 = Pengasih dan pendamai -Pembungkam Ular
6.12 - Khasiat Ayat 141 = Subur tanaman -Pelindung haiwan
6.13 - Khasiat Ayat 160-162 = Selamat dari penipuan, Penawar penyakit dalaman, Penawar sakit mata
7. Surah Al-A’raf
7.1 - Khasiat Ayat 1-3 = Akhlak yang baik
7.2 - Khasiat Ayat 10 = Rezeki yang melimpah
7.3 - Khasiat Ayat 26 = Mendapat taufiq
7.4 - Khasiat Ayat 31 = Aman dari sihir
7.5 - Khasiat Ayat 43 = Kasih sayang
7.6 - Khasiat Ayat 47 = Aman dari kezaliman
7.7 - Khasiat Ayat 54-56 = Aman dari sihir dan makhluk halus
7.8 - Khasiat Ayat 97-99 = Terpelihara daripada serangga perosak
7.9 - Khasiat Ayat 154 = Menghilangkan kemarahan
7.10 - Khasiat Ayat 171 = Menghafal Ilmu
7.11 - Khasiat Ayat 200-201 = Menghilangkan was-was
8. Surah Al-Anfal
8.1 - Khasiat Ayat 2 = Lembut hati
8.2 - Khasiat Ayat 10 = Ketenangan dan kemenangan
8.3 - Khasiat Ayat 62 = Hebat dan pengasih
8.4 - Khasiat Ayat 66 = Berjaya dalam semua lapangan hidup
9. Surah At-Taubah2 - Mencapai hakikat Iman
- Perlindungan dari kecurian
9.1 - Khasiat Ayat 32-33 = Penunduk
9.2 - Khasiat Ayat 46 = Mengembalikan barang yang hilang
9.3 - Khasiat Ayat 51 = Menghadapi bala
9.4 - Khasiat Ayat 111 = Pelaris
9.5 - Khasiat Ayat 128 = 129-Husnul Khatimah
10. Surah Saidina Yunus a.s
10.1 - Khasiat Ayat 1-3 = Pangkat yang tinggi
10.2 - Khasiat Ayat 12 = Minyak urut
10.3 - Khasiat Ayat 31 = Selusuh, sakit telinga, murah rezeki
10.4 - Khasiat Ayat 57-58 = Darah gemuruh
10.5 - Khasiat Ayat 64 = Terhindar dari mimpi buruk
10.6 - Khasiat Ayat 80-81 = Membatalkan sihir
11. Surah Saidina Hud a.s - Mendapat kehebatan, ketenangan dan ketenteraman Hati yang cekal
11.1 - Khasiat Ayat 1-4 = Penerang hati
11.2 - Khasiat Ayat 41 = Aman dari karam dan ribut taufan
11.3 - Khasiat Ayat 56 = Penunduk
-Menghadapi masalah
-Terpelihara dari wabak penyakit
11.4 - Khasiat Ayat 112-113 = Ketetapan hati
12. Surah Saidina Yusuf a.s - Murah rezeki, pangkat tinggi
12.1 - Khasiat Ayat 54-56 = Mendapat kerja
12.2 - Khasiat Akhir Ayat 64 = Pendinding dan kebahagiaan hidup
12.3 - Khasiat Akhir Ayat 68 = Temuduga
12.4 - Khasiat Akhir Ayat 99-100 = Menghadapi kesusahan
12.5 - Khasiat Ayat 101 = Anak soleh
13. Surah Ar-Ra’d - Pemerintah zalim - Membubar maksiat
13.1 - Khasiat Ayat 1-3 = Tumpuan ramai
13.2 - Khasiat Ayat 13 = Aman dari petir
13.3 - Khasiat Ayat 17-18 = Impian menjadi kenyataan
13.4 - Khasiat Ayat 18-25 = Membinasakan orang zalim
13.5 - Khasiat Ayat 28 = Penawar sakit jantung
14. Surah Saidina Ibrahim a.s - Penawar kanak-kanak
14.1 - Khasiat Ayat 1-4 = Kecerdikan dan kefasihan
14.2 - Khasiat Ayat 12 = Penawar hati
-Mengubati orang yang disihir
-Aman dari gangguan nyamuk
14.3 - Khasiat Ayat 17 = Selusuh
14.4 - Khasiat Ayat 19-20 = Penawar was-was
14.5 - Khasiat Ayat 24 = Berkat tanaman
14.6 - Khasiat Ayat 27 = Istiqamah dalam ibadah
14.7 - Khasiat Ayat 32-34 = Murah rezeki - Anak yang baik
15. Surah Al-Hijr - Susu ibu yang berkat - Pelaris
15.1 - Khasiat ayat 9
-Perlindungan dari segala bala
-Pelaris perniagaan
15.2 - Khasiat ayat 16-17 = Mendapat pangkat yang tinggi disisi raja-raja
16. Surah An-Nahl
-Terpelihara dari musuh tanaman
-Membinasakan orang zalim
16.1 - Khasiat ayat 1 = Penawar gelojoh, gopoh-gapah
16.2 - Khasiat ayat 14 = Amalan para nelayan
16.3 - Khasiat ayat 91 = Mungkir janji
16.4 - Khasiat ayat 108 = Perlindungan dari diejek
16.5 - Khasiat ayat 126-128 = Kandungan selamat
17. Surah Al-Isra’
-Supaya tembakan tepat
-Supaya fasih bercakap
-Gagap
17.1 - Khasiat ayat 23-24 = Supaya menjadi anak soleh
17.2 - Khasiat ayat 45-46 = Terpelihara dari gangguan jin
17.3 - Khasiat ayat 80 = Kemuliaan, menghadapi temuduga
17.4 - Khasiat ayat 82 = Penawar p
enyakit zahir dan batin
17.5 - Khasiat ayat 105-106 = Menghilangkan was-was dan khayalan-khayalan yang karut
17.6 - Khasiat ayat 110 = Supaya rajin solat dan beribadah
17.7 - Khasiat ayat 111 = Kegembiraan dan keamanan
18. Surah Al-Kahfi
-Bersyukur dan murah rezeki
-Perlindungan dan keberkatan
18.1 - Khasiat ayat 1-5 = Rumah yang makmur lagi berkat
18.2 - Khasiat ayat 10 = Soleh dan taat beribadah
18.3 - Khasiat ayat 11 dan ayat 18 = Supaya tidur lena
18.4 - Khasiat ayat 39 = Murah rezeki, perlindungan, mendapat segala hajat
18.5 - Khasiat ayat 82 = Untuk mengetahui benda-benda yang tersembunyi
18.6 - Khasiat ayat 107-110 = Untuk mengetahui berita orang yang hilang
-Penggerak tidur
19. Surah Saidatina Maryam a.s
-Kebaikan, keberkatan dan keamanan
19.1 - Khasiat ayat 1 = Menghilangkan dukacita, Aman dari kezaliman
19.2 - Khasiat ayat 5-15 = Mendapatkan zuriat
19.3 - Khasiat ayat 25-26 = Subur tanaman
19.4 - Khasiat ayat 56-57 = Pangkat dan pengasih
19.5 - Khasiat ayat 83 = Membinasakan orang zalim
20. Surah Toha - Pinangan tidak ditolak - Bertemu jodoh
20.1 - Khasiat ayat 1-8 = Pengasih
20.2 - Khasiat ayat 25-28 = Kecerdikan luar biasa
20.3 - Khasiat ayat 105-107 = Ubat jerawat. bisul dan lain-lain
20.4 - Khasiat ayat 108-112 = Kanak-kanak menangis -Penunduk
20.5 - Khasiat ayat 131-132 = 1001 hajat
21. Surah Al-Anbiya’ = Penawar ketakutan
21.1 - Khasiat ayat 25-29 = Membinasakan orang-orang zalim
21.2 - Khasiat ayat 30 = Selusuh
21.3 - Khasiat ayat 69 = Memadamkan kepanasan
21.4 - Khasiat ayat 79 = Penerang hati
21.5 - Khasiat ayat 83 = Penyembuhan dan kebahagiaan
21.6 - Khasiat ayat 87 = Segala hajat
21.7 - Khasiat ayat 89 = Zuriat yang soleh
21.8 - Khasiat ayat 91-93 = Melindungi bayi dalam kandungan
21.9 - Khasiat ayat 96 = Kemenangan
22. Surah Al-Hajj - Membinasakan musuh
22.1 - Khasiat ayat 27 = Pengasih
22.2 - Khasiat ayat 73-74 = Melemahkan musuh
23. Surah Al-Mu’minun - Taufiq untuk bertambat
23.1 - Khasiat ayat 12-14 = Pengasih dan zuriat
23.2 - Khasiat ayat 28-29 = Aman dari segala bala dan murah rezeki
23.3 - Khasiat ayat 63-65 = Membinasakan orang yang zalim
23.4 - Khasiat ayat 97-98 = Penawar was-was
23.5 - Khasiat ayat 115 = Penawar kerasukan
24. Surah An-Nur - Menghindari mimpi buruk dan mengurangkan nafsu syahwat
24.1 - Khasiat ayat 16-18 = Penawar penyakit mazmumah
24.2 - Khasiat ayat 33-34 = Penawar zina
24.3 - Khasiat ayat 35 = Pengasih, murah rezeki, penyembuhan dan lain-lain.
24.4 - Khasiat ayat 40 = Aman dari gangguan binatang buas dan orang zalim.
25. Surah Al-Furqan
-Selawat dari gangguan binatang yang buas dan berbisa.
-Penawar sakit gusi.
25.1 - Khasiat ayat 45-46 = Sakit gusi
25.2 - Khasiat ayat 48-49 = Subur tanaman
26. Surah Asy-Syu’ara’
26.1 - Khasiat ayat 10 = Menghilangkan ketakutan
26.2 - Khasiat ayat 78-79 = Menghilangkan keletihan.
26.3 - Khasiat ayat 130 = Penawar bias
26.4 - Khasiat ayat 192-199 = Harta karun
27. Surah An-Naml
-Nikmat Allah.
-Pemeliharaan dari segala jenis haiwan berbisa.
27.1 - Khasiat ayat 10 = Menghilangkan ketakutan
27.2 - Khasiat ayat 15-19 = Menguasai ilmu hikmat
27.3 - Khasiat ayat 30-31 = Penunduk
27.4 - Khasiat ayat 59-64 = Negeri yang aman makmur
27.5 - Khasiat ayat 93 = Membezakan yang palsu
28. Surah Al-Qasas - Pekerja patuh dan berdisiplin
28.1 - Khasiat ayat 22-28 = Selamat dari rompakan
-Penawar besar
28.2 - Khasiat ayat 51-55 = Penerang hati dan keyakinan yang tinggi
28.3 - Khasiat ayat 68-70 = Selamat dari hukuman yang zalim
28.4 - Khasiat ayat 85 = Selamat dalam perjalanan
29. Surah Al-Ankabut - Penawar demam, malas dan lain-lain
29.1 - Khasiat ayat 46 = Mengubati sihir
30. Surah Ar-Rum - Membinasakan orang zalim
30.1 - Khasiat ayat 17 = Diampunkan dosa
31. Surah Saidina Luqman
-Sakit perut
-Tenggelam dan karam
31.1 - Khasiat ayat 16 = Mengembalikan yang hilang
31.2 - Khasiat ayat 31 = Selamat dari banjir
31.3 - Khasiat ayat 27-28 = Kecerdikan dan kefasihan
32. Surah As-Sajdah
1. Keimanan: Menyatakan
bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu benar-benar seorang Rasul dan menjelaskan kepada Musyrik Makkah bahawa belum pernah diutus seorang rasul pun sebelumnya. Menegaskan bahawa Allah Maha Esa, bahawa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; menyatakan bahawa hari berbangkit benar-benar akan terjadi.
2. Hukum: Anjuran melakukan sembahyang malam
3. Dan lain-lain: Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang Mukmindi dunia dan nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.
Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini :
1. Baginda tidak akan tidur sehingga Beliau membaca Surah As-sajdah dan Surah Al-Mulk.
2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka yang solat pada malam lailatul-qadar.
4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.
33. Surah Al-Ahzab - Pengasih umum
33.1 - Khasiat ayat 25 = Tidak lari
33.2 - Khasiat ayat 45-48 = Ditunaikan hajat
33.3 - Khasiat ayat 56 = Tidur lena
33.4 - Khasiat ayat 60-66 = Musuh dibinasakan
33.5 - Khasiat ayat 69 = Pengasih besar
34. Surah Saba’ - Pendinding
34.1 - Khasiat ayat 39 = Rezeki yang luas
34.2 - Khasiat ayat 49-50 = Membinasakan musuh
35. Surah Fathir - Aman dari kecurian dan gangguan jin
35.1 Khasiat ayat 2 = Murah rezeki
35.2 Khasiat ayat 16-17 = Penawar was-was
35.3 Khasiat ayat 29-30 = Pelaris dan berkat
36. Surah Yasin - Air Yaasin
-Ingatan yang kuat
-Keberkatan
-Ditunaikan segala hajat
36.1 - Khasiat ayat 9 = Supaya musuh terkepung
36.2 - Khasiat ayat 12 = Kecerdikan
36.3 - Khasiat ayat 29 = Menghadapi musuh
36.4 - Khasiat ayat 33 = Berkat dan subur
36.5 - Khasiat ayat 53 = Menghadirkan jin
36.6 - Khasiat ayat 58 = Menolak bala
-Musafir
-Menghadapi wabak
36.7 - Khasiat ayat 78-79 = Penawar patah
37. Surah As-Saffat
-Terkejut dan takut
-Pendinding rumah
37.1 - Khasiat ayat 1-10 = Menghadirkan raja jin, Mengusir jin
37.2 - Khasiat ayat 79 = Ular
37.3 - Khasiat ayat 180 = Penutup amalan atau majlis
38. Surah Shad
38.1 - Khasiat ayat 42 = Telaga yang berkat
38.2 - Khasiat ayat 54 = Makanan tidak berkurangan
39. Surah Az-Zumar - Kebaikan dan kesolehan
39.1 - Khasiat ayat 67 = Terpelihara dari karam dan tenggelam
39.2 - Khasiat ayat 68-69 = Menghinakan musuh
40. Surah Ghafir - Pelaris
-Penawar penyakit dalaman
40.1 - Khasiat ayat 12-17 = Buka rahsia
40.2 - Khasiat ayat 44 = Menghadapi orang zalim atau penawar sakit mata
41. Surah Fussilat
-Penawar sakit mata
-Kehilangan
41.1 - Khasiat ayat 11 = Hasil yang memuaskan
41.2 - Khasiat ayat 36 = Terhindar dari kebimbangan dan was-was
41.3 - Khasiat ayat 53-54 = Melihat melalui mimpi atau menyiksa melalui mimpi
42. Surah Asy-Syura
-Pendinding
-Tidak dahaga
42.1 - Khasiat ayat 1-2 = Pendinding jasmani dan rohani
42.2 - Khasiat ayat 12-15 = Mengesan bahan galian
42.3 - Khasiat ayat 15 = Menghadapi musuh
42.4 - Khasiat ayat 19 = Hajat dan rezeki
42.5 - Khasiat ayat 52-53 = Penerang hati dan kuat ibadat
43. Surah Az-Zukhruf
-Mimpi baik
-Pelaris dan penawar
43.1 - Khasiat ayat 9-14 = Kandungan sihat dan selamat
-Sesat jalan
-Penyelesaian apa-apa masalah
-Pendamai suami isteri
-Doa kenderaan
43.2 - Khasiat ayat 68-73 = Menghadapi kesusahan
44. Surah Ad-Dukhan - Aman dari segala gangguan
44.1 - Khasiat ayat 1-8 = Membinasakan musuh
44.2 - Khasiat
ayat 12 = Ditimpa bala
44.3 - Khasiat ayat 68-73 = Menang berhujah
45. Surah Al-Jasiah - Selamat dari umpatan
-Bayi yang dilindungi
45.1 - Khasiat ayat 1-4 = Pelaris
45.2 - Khasiat ayat 7-10 = Penunduk
45.3 - Khasiat ayat 12-13 = Menarik perhatian
46. Surah Al-Ahqaf -Dikasihi dan disegani
46.1 - Khasiat ayat 15 = Nikmat yang kekal
46.2 - Khasiat ayat 21-25 = Membinasakan musuh
46.3 - Khasiat ayat 29-30 = menghadirkan jin
47. Surah Saidina Muhammad s.a.w
-Minum air sungai syurga
-Patuh dan taat
-Penawar segala penyakit
47.1 - Khasiat ayat 8-9 = Mengalahkan musuh
47.2 - Khasiat ayat 34-35 = Beroleh kemenangan
48. Surah Al-Fath
-Rezeki yang luas
-Terpelihara dari segala bahaya
48.1 - Khasiat ayat 1-4 = Kehebatan dan kemenangan
48.2 - Khasiat ayat 29 = Kekayaan, kekuatan dan keberkatan
49. Surah Al-Hujurat - Kerasukan
-Ibu dan anak dalam kandungan
50. Surah Qaaf - Sakit perut, tumbuh gigi
-Nazak
50.1 - Khasiat ayat 1-11 = Tanaman subur
50.2 - Khasiat ayat 21-22 = Penawar sakit mata
51. Surah Az-Zariyat - Nazak
51.1 Khasiat ayat 22 -Murah rezeki
52. Surah At-Thur
-Terpenjara
-Musafir
-Kala Jengking
53. Surah An-Najm - Menjadi berani
53.1 - Khasiat ayat 1-18 = Penawar was-was
53.2 - Khasiat ayat 57-62 = Budak menangis
-Tolak bala
54. Surah Al-Qamar
-Dihormati dan kehebatan
-Selamat dari karam
55. Surah Ar-Rahman
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penawar sakit mata, limpa
-Terpelihara dari anai-anai, semut dan lain-lain
55.1 - Khasiat ayat 33-35 = Pendinding, penawar gila dan penyakit-penyakit mata
56. Surah Al-Waqiah
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Menjadi kaya raya
-Keluar roh dengan mudah
-Selusuh
57. Surah Al-Hadid
-Selamat dari senjata
-Demam panas, bengkak-bengkak
57.1 - Khasiat ayat 2 = Penawar was-was, pendinding rumah
57.2 - Khasiat ayat 25 = Perompak dan musuh
58. Surah Al-Mujadalah
-Meredakan kesakitan
-Kecurian dan rompakan
-Tanaman subur
58.1 Khasiat ayat 21-Kehebatan dan kemenangan
59. Surah Al-Hasyr -Kata Imam al-Ghazali r.a
-Segala hajat
59.1 - Khasiat ayat 21-24 = Membakar jin
60. Surah Al-Mumtahanah - Penawar sakit limpa, perut
61. Surah Ash-Shaf - Musafir dan kecurian
61.1 - Khasiat ayat 8-13 - Pengasih
62. Surah Al-Jumu’ah - Terpelihara dari gangguan jin
62.1 - Khasiat ayat 4 = Harta diberkati
62.2 - Khasiat ayat 9-11 = Khadam beredar
63. Surah Al-Munafiquun - Mengurangkan sifat mazmumah
63.1 Khasiat Ayat 4 -Musuh insaf
64. Surah At-Taghabun - Rumah berkat, menghadapi kezaliman
65. Surah Ath-Thalaq - Pecah-belah
65.1 - Khasiat ayat 7 = Susah rezeki
66. Surah At-Tahrim - Insomnia
-Melepaskan hutang piutang
-Penyembuhan
67. Surah Al-Mulk
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Roh keluar
-Hadiah sejati
-Kehebatan dan ketinggian pangkat
-Sakit mata
67.1 - Khasiat ayat 4 = Menangkis khianat
67.2 - Khasiat ayat 23 = Sakit gusi
68. Surah Al-Qalam
-Kemiskinan
-Sakit gigi
-Penyakit lama
69. Surah Al-Haqqah
-Wanita hamil
-Pendinding bayi
70. Surah Al-Ma’arij - Mimpi buruk
71. Surah Saidina Nuh a.s
-Tempatnya syurga
-Mudah urusan
-Menemui orang zalim
72. Surah Al-Jin
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Jin takut
-Kecurian
-Kezaliman pembesar
-Bebas dari penjara
73. Surah Al-Muzammil
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Luas rezeki
-Berjumpa Rasulullah s.a.w
-Kaya-raya
74. Surah Al-Muddatsir
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Mudah hafal Quran
75. Surah Al-Qiamah
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Wara’ dan soleh
76. Surah Al-Insan
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Terang hati
-Pandai membaca
-Pendinding dari bala
76.1 - Khasiat ayat 1-2 = Pengasih
77. Surah Al-Mursalat
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penyakit kulit
-Pemerintah yang ditaati
78. Surah An-Naba’
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Selamat dalam perjalanan
-Mengurangkan tidur
-Kekuatan zahir dan batin
79. Surah An-Nazi’at
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Kejahatan musuh
-Mati pucuk
80. Surah ‘Abasa
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Mendapat kebaikan
-Ditutup keaiban
81. Surah At-Takwir
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Po
hon hajat
-Mata terang
-Barang sihir
-Perigi berkah
82. Surah Al-Infithaar
-Terkurung, terpenjara
-Menakutkan musuh
-Penawar demam
83. Surah Al-Muthaffifin - Barangan dan tanaman terpelihara
84. Surah Al-Insyiqaq
-Selusuh
-Penawar umum
85. Surah Al-Buruj
-Melepaskan susu
-Penyakit bisul
85.1 - Khasiat ayat 20 = Mengelak kemalangan
86. Surah At-Thariq
-Keracunan
-Mimpi buruk
86.1 - Khasiat ayat 1-7 = Sakit pinggang
87. Surah Al-A’la
-Penawar, pendinding, penerang hati
-Buasir
87.1 - Khasiat ayat 1-5 = Berhenti darah
88. Surah Al-Ghasyiah – Keracunan
89. Surah Al-Fajr - Ketakutan, zuriat yang soleh
90. Surah Al-Balad - Pendinding bayi
-Wang yang banyak
90.1 - Khasiat ayat 1-10 = Kemuliaan dan kehebatan
91. Surah Asy-Syams - Hilang ketakutan
-Televisyen rohani
92. Surah Al-Lail
-Mimpi buruk
-Pengsan
-Demam panas
93. Surah Ad-Dhuha
-Kota besi
-Barang hilang
-Guru ghaib
94. Surah Asy-Syarh
-Batu karang
-Kekayaan dan kebahagiaan
-Segala hajat
-Perkara ajaib
-Kuat daya ingatan
-Kefakiran
95. Surah At-Tiin
-Selamat dan berkat
-Tanaman subur
96. Surah Al-‘Alaq -Aman dalam musafir
96.1 - Khasiat ayat 1-5 = Kecerdikan luar biasa
97. Surah Al-Qadr
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Mengelakkan zina
-Daki bukit
-Bercakap bohong
-Cahaya zahir batin
-Tunai hajat, murah rezeki
-Musyahadah wajah Rasulullah
-Pakaian berkat
-Teman si mayat
98. Surah Al-Bayyinah
-Penyakit kuning, bengkak-bengkak
-Wanita hamil
-Penyakit berjangkit
99. Surah Al-Zalzalah
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penyakit kuning
-Penggerak tidur
-Kekayaan duniawi
100. Surah Al-‘Adiyat - Kebaikan dan rezeki yang melimpah
101. Surah Al-Qari’ah - Rezeki dan penyembuhan
102. Surah At-Takasur
-Pahala besar
-Sakit kepala
-Orang kaya
-Penawar mujarab
103. Surah Al-‘Asr - Demam panas dan pendinding
104. Surah Al-Humazah
-Sihir
-Rezeki dan harta
105. Surah Al-Fil
-Melumpuhkan musuh
-Senjata perang
-Pendinding ma’nawi
106. Surah Quraisy
-Racun
-Was-was
-Penawar penyakit buah pinggang
-hebat
107. Surah Al-Ma’un
-Aman dari segala bala
-Perkenan hajat
108. Surah Al-Kautsar
-Air sungai syurga
-Lembut hati
-Berkat
-Mata yang sihat
-Sihir
-Sifat keji
-Penjara
-Kemenangan
-Dikurniakan hajat
-Berjumpa Rasulullah melalui mimpi
-Penyakit kulit
109. Surah Al-Kafirun
-Syirik
-Segala hajat
-Pengasih
110. Surah An-Nasr
-Menjaga solat
-Nelayan
-Alatulis ujian peperiksaan
111. Surah Al-Masad
-Binasa orang zalim
-Mengurangkan kesakitan
-Aman dari segala bala
112. Surah Al-Ikhlas
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Kepapaan
-Solat hajat
-Penawar
-Fitnah kubur
-Amalan Rasul
-Amalan hari Jumaat
-Keikhlasan
113. Surah Al-Falaq
114. Surah An-Nas
-Sabda Rasulullah s.a.w
-Penawar sengatan
-Penawar Sihir
-Pemerintah yang zalim
-Sesat jalan
-Pengasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Keagungan Quran
❤️❤️❤️.
.
..........
.YA Allah Sucikanlah Hatieku ini YA ALLAH ✔..... Al-Qur’an Sebagai Penawar Dan Rahmat Bagi Orang-orang Yang Beriman Moga Bermanfaat
......................................... From...........................................
..........................................-RedzWang-..........................................
261020
...........................................................................................................................R@






















No comments:
Post a Comment