28 October 2020

BANGSA MIM - tak hilang didunia

 

ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ 

      Related image

ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ 
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ 
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ 

Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu 
disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan 
kebesaran ALLAH Swt dengan 
Tasbih dibawah secara istiqomah.
1)100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ SubHaNallah
2)100X (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah
3)100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ) Alhamdulillah
4)100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ) La ila ha ill lal lah
5)100X (اللَّهُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar





6)100X HasBunaLah HuWa NekMal WaKill 
7)100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
Allah HomeMa SollieAla SayieDina Muhammad ded
8)100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) 
La ilaha ill Lal Lah Muhammadar RasullulLah
9)100X (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ) 
La How La Wala QuWata illLa Billah HillAli Yill A'zim 
10)100X ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ )
 La ila Ha ill La Anta SubHa Naka IndNey Kun TuMinaz Zolimin
Related imageRelated image                                                   
          
Ayatul Qursy100 DIULANG BACA DENGAN TARTIL WAQAF 9

Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat

Related imageRelated image

  والله أعلم بالـصـواب  

    آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

..............................................................................................   

           Zikrullah kekal abadi DiHati 03102020 1K  🆗️✔     .......................................................................................................

..............................................................................................................................    

                                                                                                                        BANGSA MIM - tak hilang didunia                                                                                 

.

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)



BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud

Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada
masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin.

Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?).

Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok.

1. Yang berjaya melarikan diri ke daratan lain. Dan mengikut fakta lainnya, mereka terselamat kerana diselamatkan oleh bahtera nuh a.s. jurai ini kebanyakkan bercampur dengan jurai lain.

Dan sepanjang migrasi mereka dari timur tengah kembali ke "bekas" pentas sunda, jurai ini menghasilkan bangsa dan ketamadunan shinggalah mereka berhenti di semenanjung dan daratan sekitar. Proses ini terus menerus berlaku sehingga kini.

Proses inilah digelar adaptasi dan asimilasi. Proses pencampuran kembali DNA yg telah bercampur baur dgn jurai asing dengan jurai no.2 dibawah ini.

Kebiasaannya, jurai no.1 ini akan dilantio menjadi raja dan disahkan oleh jurai no.2 seperti contoh kisah hikayat merong mahawangsa atau kisah demang lebar daun. Ini seolah-olah mengimbau kembali kisah "alas tubirabbikum" ketika diawal penciptaan alam.

2. Yang berjaya selamatkan diri dengan berada ditempat paling tinggi. Daratan tinggi ini kemudiannya menjadi semenanjung malaysia dan kepulauan2 di nusantara. Golongan ini membawa kepada jurai orang asal atau orang asli. Jurai ini menyimpan ilmu yang pernah dimiliki oleh penduduk sundaland sebelum banjir besar dalam bentuk 'lafaz' atau kisah, motif seni, ilmu pusaka dan tahu koordinat tertentu yang ada menyimpan rahsia tentang hal-hal yang tidak boleh di sampaikan pada umum. Pendek kata, mereka adalah penyimpan mohor dan tukang lantik raja yang ada pada jurai no.1 tadi.

Jadi, apa pula kaitan semua ini dengan cabaran kita hari ini? Tidak lain tidak bukan, ada golongan yang segaja menjolok sarang tebuan kerana jelas tampak dua jurai diatas sedang tidur. Dan bagusnya, jurai no.1 itu bersedia untuk sentiasa asimlasi atau adaptasi dengan segala perubahan yang mendatang. Kerana itulah tulisan melayu boleh berubaj dari rencong ke kawi kemudian ke jawi dan kini rumi. Kita adalah jurai yang HIGHLY SURVIVAL. Seakan fosil yang pasti akan wujud walau alam berubah ganas. Itulah dinamakan BANGSA MIM.

Cumanya, jurai no.1 perlu menerima atau mendapatkan kembali ilmu yanh saya sebut sebagai ilmu segala dari pemegang ilmu yang banyaknya disimpan rapi oleh oranh asal atai orang asli. Bahkan ada orang kampung, hidup nampak seperti orang gila tapi dia sedang memerhati kehidupan kampung dan melaporkan pada "orang atas".

Kesimpulannya, BANGSA MIM itu adalah suatu proses evolusi bangsa yang sentiasa mengadaptasi dan asimilasi dengan perubahan sekitar. Akan tetapi jiwa dan ilmunya tetap kekal seperti nenek moyangnya. Dia sentiasa membawa adat istiadat. Dari situ menghasilkan akhlak yang baik. Dan akhlak yang baik menjadi rahmatul lil alamin. Maka dengan itulah baru wasiat ADAM a.s untuk anak cucunya menjadi khalifah bumi benar-benar terlaksana.

Sekian
Wassalam
26hb oct 2018

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 1)

Pengenalan



Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di biar pergi.
Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa ‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.

Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning to motherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan teori terbaru saya ini.

Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri.

Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa ‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurga kesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.



Permulaan kepada kajian

Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di internet. Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah mesir lama, tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaan seperti tabut as-sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost word of god dan lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-buku yang kebanyakkannya dari barat. Kami berbincang sehinggalah kami berada di titik penghabisan. Kami tidak tahu apa lagi yang harus di bincangkan. Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu dengan membuka ‘thread’ yang berbaur kesufian. Ia membuka minda kami ke arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami tinggalkan semua perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah terpesona dengan Sufism yang sepatutunya menjadi ‘basic’ dari diri seseorang muslim itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa dengan guru-guru tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di benak saya ketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat dunia.

Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan. Dari situ, saya buntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji. Pada tika itu juga, saya suka membaca siri ‘Alter Melayu’ dari mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentang perbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum internet.

Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami mengenai sejarah dunia ibarat ‘tuang air ke daun keladi’. Ia kerana itu semua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dan tiada isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang hakikat setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa yang berlaku itu tidak sia-sia.

Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalam Thesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal. Pada waktu yang sama juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku ‘Eden in the East’ serta ‘Polynesian Research’. Saya cukup berterima kasih kepada hamba ALLAH itu dan mudah-mudahan hidupnya di sempurnakan. Dari situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai ‘Melayu’ bermula. Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang ‘pelik’ dalam kajian ini, tapi saya tidak berputus asa kerana seolah-olah, itulah misi saya. Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’. Jadi, di harap kajian saya ini dapat memberi kebaikan kepada ‘melayu’ yang lainnya dan semua yang berada di dunia ini hendaknya.

Umat Yang Satu


“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.”
Surah Yunus, ayat 19

Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.

Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31

Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.



Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih.

Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s.


Harus di ingat formula ini:

ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT

Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.

Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.

Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.

Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya.

Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.

Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina.

Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata.

AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.

Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini? Nantikan siri seterusnya di nusanaga.blogspot.com.

p/s: maaf kalau ada salah silap. Jika ada komen atau pendapat serta pembetulan, sila kemukan di blog ini atau emailkan kepada hasellusiby@gmail.com. Sekian, terima kasih
……………………………………
Rujukan:-
- Al-quran dan Hadis
- Eden in the east, the drowned continent of Southeast Asia, Stephen Oppenheimer, 1998
- Walking with Abraham, Danial Koplan,1999
- Malay Archipelago, Alfred russel Wallace, 1869, London
- Atlantis, the lost continent finally found, Prof. Arysio Santos, 1997
- Finger print of God, Graham hancock, 1999
- A Malay site for a book of Mormon Event, Ralph Austin Olsen, 2007
- Encyclopedia of World Mythology, Arthor Cotterell, 2008
- Sulalat Sulatin (Malay annals)
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Hikayat indraputra
- Golden Khersonese, Paul Wheatley, 1966
- A history of Southeast Asia, D.G.E Hall, 1953
- The quarterly review- Polynesian researches, William Ellis, 1830
- Mistisfiles.blogspot.com
- Forum.cari.com.my (Sejarah,legenda dan mitos)
- Forum atasbawah.com
-


Share this post

...


............YA Allah Sucikanlah Hatieku ini YA ALLAH ✔.....                                                                                                                                             BANGSA MIM - tak hilang didunia                                                                                                                                                         Moga Bermanfaat

......................................... From...........................................   

..........................................-RedzWang-..........................................

                                                              261020

...........................................................................................................................R

No comments: