05 February 2020

Penyelidik UMK cadang tubuh makmal kesan saka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 


Penyelidik UMK cadang tubuh makmal kesan saka

 (Dikemaskini )
Berita
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal dilengkap makmal bagi mengesan kewujudan makhluk halus dalam badan manusia jika rancangan sekumpulan penyelidik di institusi pengajian tinggi itu menjadi kenyataan.
Cadangan itu dibuat susulan kejayaan Dr Yohan Kurniawan, Dr Alexander Stark dan Dr Burhan Che Daud, mengesan kewujudan saka dalam badan individu melalui kaedah saintifik menggunakan parameter elektrik, dinamakan sebagai ‘Winaura’.
Menjelaskan kaedah yang digunakan itu, Dr Yohan berkata, melalui peralatan yang ada seseorang yang memiliki saka akan dikesan mempunyai banyak aura merah.
“Jika mereka memang ada saka, biasanya mereka akan berubah laku, bebola mata akan merah, tidak selesa, marah dan sebahagiannya akan melakukan pergerakan pelik seperti menari dan sebagainya.
“Perkara ini akan berlaku dalam tempoh yang pantas, kurang sesaat, jadi masa itu kita buat pemerhatian dan mencatat kajian ke atas mereka untuk kajian selanjutnya.
“Selepas itu mereka diberi bacaan ayat ruqyah, surah al-Fatihah, ayat Qursi dan Yasin serta muzik ulek mayang bagi merangsang minda luar sedar pesakit,” katanya seperti dipetik portal Harian Metro hari ini.
Yohan turut menjelaskan pihaknya mengambil pesakit berusia 21 hingga 80 tahun yang mendakwa mereka mempunyai saka dalam badan untuk kajian itu.
Dapatkan hidup lebih baik
Sementara itu, Yohan menambah, pesakit juga akan mengetahui adakah sakit atau gangguan yang dialami dalam kehidupan berpunca daripada saka atau penyakit lain menerusi kajian berkenaan.
Jelasnya lagi, kajian itu turut dapat memberi pengesahan kepada pesakit sekiranya masalah yang dialami itu wajar dirujuk ke hospital bagi rawatan moden atau menggunakan kaedah perubatan Islam.
Dengan cara itu, katanya, individu yang menghadapi masalah kesihatan boleh terhindar daripada menjadi mangsa penipuan ketika mendapatkan rawatan alternatif.
“Kajian ini masih berjalan dan antara penemuan yang kita temui adalah pesakit yang mendakwa mempunyai saka ini bersifat kurang matang, mempunyai masalah hubungan dengan orang lain dan kurang kawalan emosi seperti mudah marah.
“Jadi melalui kajian saintifik yang dibuktikan dengan alat ukur tertentu kita nak kaji, apa yang mempengaruhi pemikiran, tindak balas mereka supaya kita dapat membantu mereka mendapatkan kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai pengukur Winaura, mereka bercadang menambah lagi bilangan peralatan dan mesin yang sesuai bagi mengukur kewujudan makhluk halus dengan membina makmal khas.
Menurutnya, antara perancangan pihaknya adalah mengkaji kebolehan bomoh yang mampu merawat pesakit seperti itu.
Antara cadangan lain yang diperkatakan juga adalah untuk mengkaji serangan histeria terhadap pesakit yang kebiasaannya berlaku kepada golongan remaja yang juga pelajar sekolah.
“Masyarakat kita percaya secara spiritual tetapi di UMK, kita mahu buktikan secara saintifik bagaimana fenomena ini berlaku,” katanya.

🕋🇲🇾🇲🇾💜🖤💝💞💟💟🕌



No comments: