Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Doa Buka Puasa Bersendiran & Ramai
Bagaimana doa buka puasa?
Ini adalah panduan ringkas doa buka puasa secara bersendirian dan beramai-ramai.
Apa yang menarik:
Bantuan ejaan rumi turut disediakan bagi mereka yang sukar membaca jawi.
Doa Buka Puasa Bersendirian
Doa berbuka secara bersendirian adalah seperti berikut:
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Buka Puasa Beramai-Ramai
Doa buka puasa beramai-ramai adalah sama sahaja dengan doa bersendirian, cuma diubah “tu” kepada “na” untuk membawa maksud “aku” kepada “kami”
Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksudnya:
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Tips & Sunnah Semasa Berbuka Puasa
1. Ambil Masa Untuk Berdoa Sebelum Berbuka
Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”
— Hadis Riwayat At Tirmidzi
Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.
Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berdoa apa-apa sahaja hajat kebaikan dunia dan akhirat.
Sangat rugi jika menghabiskan minit-minit terakhir dengan hanya menghadap telefon masing-masing.
2. Menyegerakan Berbuka Puasa
Rasulullah mengajarkan satu sunnah, iaitu tidak melewat-lewat untuk berbuka puasa.
Berbuka puasa harus disegerakan.
Ini kerana, perbuatan menyegerakan berbuka puasa sangat mendatangkan kebaikan.
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.
— Bukhari & Muslim
Apa yang selalunya terjadi dalam rata-rata masyarakat kita adalah, ketika masuknya waktu solat maghrib, mereka masih lagi berada di bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka.
Penjual masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang.
Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema.
Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.
Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Daud & Ibnu Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.
3. Mula Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma Dahulu
Antara sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah adalah makan beberapa biji kurma basah dahulu ketika mula berbuka puasa.
Ini akan memudahkan kita bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.
Selepas makan beberapa biji kurma, baginda terus solat.
Rasulullah SAW akan makan makanan lain selepas baginda selesai solat, dan terasa lapar.
Anas Bin Malik meriwayatkan seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:
Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
Ramai diantara kita sering meninggalkan sunnah ini.
Kita selalunya berbuka puasa dengan makan dan minum yang banyak sehingga kekenyangan sehingga melewatkan bersolat maghrib.
4. Minumlah Banyak Air
Jangan lupa untuk minum banyak air apabila berbuka puasa.
Ini akan mengurangkan kita dari makan terlalu banyak selepas itu kerana rasa lapar akan reda dengan penghidratan.
Selain itu, telanlah air secara perlahan-lahan dengan ucapan alhamdulillah semasa ia melegakan diri kita.
Rasulullah bersabda:
Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum)
— Hadis riwayat At-Tirmidzi
Penutup: Semoga Ramadhan Ini Memberi Kebaikan Kepada Kita Semua
Semoga Allah memberi keampunan kepada kita.
Semoga Dia menjadikan Ramadhan kali ini penuh dengan rahmat.
Dan semoga kita berjaya menjadikan Ramadhan kali ini paling berjaya dan produktif untuk diri kita
Semoga artikel ini memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment