25 February 2020

Solat Sunat Awwabin (Lengkap)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Solat Sunat Awwabin (Panduan Lengkap)

solat sunat awwabin
Ini adalah panduan mengerjakan solat sunat awwabin.
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda melakukan solat awwabin dengan betul.
Apa yang menarik:
Ejaan dalam rumi juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Pengenalan

Solat Sunat Awwabin ialah sejenis solat sunat.
Awwabin sendiri berasal daripada Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat.
Mengikut fahaman Mazhab Shafi’e yang dipegang orang Islam di Malaysia, Solat Sunat Awwabin membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isyak.

Waktu Dan Jumlah Rakaat

Solat sunat Awwabin dikerjakan dalam masa antara Maghrib dan Isyak.
Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebaik-baiknya enam rakaat dengan tiga salam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang solat selepas Maghrib enam rakaat, maka disamakan untuk orang itu ibadah selama 12 tahun
– Riwayat Tirmizi

Niat Solat Sunat Awwabin & Cara Mengerjakannya

1Dua rakaat pertama diniatkan untuk memelihara iman.
niat solat awwabin
 Usolli sunnatal awwabin ma’a hifzil imani rak’ataini lillahi taala 
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta menjaga iman sunat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama: membaca surah Al-Fatihah, surah al-ikhlas enam kali, surah al-Falaq sekali dan surah an-Nas sekali.
Rakaat kedua: membaca seperti bacaan pada rakaat pertama

Dua rakaat kedua dilakukan dengan niat bertaubat.
 Usolli sunnatal awwabin ma’al taubati rak’ataini lillahi taala 
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta bertaubat kerana Allah Taala
Pada rakaat pertama dan kedua dibaca Al-Fatihah diikuti dengan mana-mana surah.

Dua rakaat ketiga dilakukan dengan niat istikharah
 Usolli sunnatal awwabin ma’al istikharati rak’ataini lillahi taala 
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat dua rakaat sunat Awwabin serta istikharah kerana Allah Taala
Rakaat pertama: Membaca Al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
Rakaat kedua: Membaca Al-Fatihah dan surah al-ikhlas

Doa Solat Awwabin Selepas Salam

Selepas setiap kali memberi salam, bacalah doa berikut:
Doa awwabin
 Allahumma saddidni bil imaan wahfazhu Alaiyya fi hayaa tii wa inda wafaa tii wa ba’da mamaa tii 
Maksudnya:
Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.

Kelebihan Solat Sunat Awwabin

Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami, bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda kepadanya yang maksudnya:
“Pohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabi‘ah) berkata: Aku memohon kepada Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku (Rabi‘ah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).”
– Hadis riwayat Imam Muslim
Imam Ahmad pula meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah bersabda yang maksudnya,
“Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari kiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada MalaikatNya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hambaKu, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hambaKu ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hambaKu itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.”
– Hadis riwayat Imam Ahmad

Penutup

Lakukan solat sunat ini sementara menanti waktu Isyak.
Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu.
Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah ﷻ merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat :-)



No comments: