اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Gangguan Jin dan Sihir
Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam
golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah
menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia
adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan
makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain
dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti
manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini
Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil
dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan
jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan
bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu
berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia
selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan
dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat
mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu
menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka
terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila
fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit
tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat
saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot,
tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan
seseorang itu.
Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang
kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Penulis
pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan
pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi
atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit
gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu
berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan
bilangan akan bertambah.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Terdapat 5 jenis punca gangguan jin yang dikenal pasti oleh
penulis.
1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir. Di sini makhluk jin
memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan
emosi dan mental seseorang. Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan
jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang
kena sihir. Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang
dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau
kedalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.
2. Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan
iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu. Roh yang
sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah,
atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak
atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi
oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama
membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan
diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh.
Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan
jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.
3. Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin
dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera
atau serapah. Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan
kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan
permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang
pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.
4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak
lahir. Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh
makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan
akal pemikiran mereka. Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk
menguasai tubuh badan mereka. Dari pengalaman penulis, kebanyakkan pesakit yang
menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak down syndrome) terdapat
gangguan jin didalam tubuh badan terutama dibahagian otak dan urat saraf.
5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin.
Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar),
sakit buah pinggang (nephronic syndrome)dan penyakit SLE, sakit cancer seperti
busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin yang telah dikenal pasti oleh
penulis. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang
memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu
seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.
6. Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari
asalnya dibela oleh keterunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah
seorang daripada keterunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa
yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau
bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang
berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris
yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan
jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.
Sintom Sintom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan
berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Kebanyakan sintom
yang di beritahu oleh pesakit-pesakit kepada penulis adalah seperti:
1. Sakit anggota badan:
a. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok,
kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan,
kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk
jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang
kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.
b. Sakit menyeluroh daripada dua hujung kaki hingga ke
kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke
setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di
bahagian bahu dan lengan.
c. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit
merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil
seolah-olah mabuk laut.
d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak
nafas.
2. Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang
berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak
menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa
sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam
istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala
berdebar tanpa sebab.
3. Gangguan pemikiran. Fikiran bercelaru dan berserabut dan
tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri
(lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau
berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang
berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan
menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti
solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.
4. Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat
orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di
rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan
pandangan buruk.
5. Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah
dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit
itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk
membunuh diri.
6. Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh
berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang
atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh
bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat
atau sesiapa sahaja.
7. Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang
menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam. Suatu ketika dahulu penulis
pernah bertemu dengan seorang pesakit yang tidur pada siang hari dan hanya
berjaga dari jam 12 malam hingga 6 pagi.
8. Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca
Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat
mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak
boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar
ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa
pilu dan sedih.
9. Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak
peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap
besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu
pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila
ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat,
seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika
ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan
asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.
10. Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam.
Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.
11. Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis
lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau
ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu
malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. Penulis pernah diberitahu
situasi dimana lampu bilek menyala dengan sendiri, pair mengeluarkan air dan
tutup dengan sendiri, alat komputer dinyalakan dengan sendiri dan sebagainya.
Penulis pernah pergi ke satu pejabat dimana lampu dan alat-alat mesin dan
instrument di pejabat itu dinyalakan dengan sendiri dari bilek kawalan yang kosong.
12. Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau
sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu
oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.
13. Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis akan
menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri
pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal,
dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit
akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar,
pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya. Pernah penulis
berhadapan dengan seorang pesakit perempuan tua berumur tujuh puluhan apabila
dirasuk, pesakit berbicara dengan bahasa Thai (Siam) dan kemudian bersilat ala
Thai (tomoi).
14. Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila
terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah
perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan
darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari,
memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu,
ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau
mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang
berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.
15. Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau
memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami
isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang
kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan
seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti
berzina dan sebagainya.
16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan
tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di
bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic
pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan
mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih
seperti sediakala.
17. Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan
fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh
menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau
perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa
benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar
tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya
berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak
berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan
tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja
manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh
menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik
beradik dan suami isteri.
Pernah suatu ketika dahulu penulis telah dijemput untuk
membersihkan sebuah perpustakaan negeri yang baru dibina dan telah beroperasi
selama beberapa tahun. Perpustakaan tersebut mengalami kekurangan pengunjung
walaupun segala usaha promosi untuk memperkenalkan dan menarik pengunjung telah
dilaksanakan. Apabila makhluk-makhluk halus yang mendiami perpustakaan ini
dikeluarkan dan dipindahkan oleh penulis dengan izin Allah, perpustakaan
tersebut telah menerima jumlah kunjungan yang berlipat ganda.
CARA RAWATAN PERUBATAN:
1. Jin-jin dan/atau sihir-sihir didalam tubuh badan
hendaklah dikeluarkan melalui cara batin oleh penulis (dengan izan Allah s.w.t)
dan pesakit hendaklah datang berjumpa dengan penulis untuk rawatan.
2. Membaca ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit ini serta
mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air mineral yg di tawar dan berdoa kepada Allah
s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT GANGGUAN
JIN DAN SIHIR:
(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum
memulakan amalan-amalan ini.)
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Asyu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali
selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas
solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan Minggu Ketiga dan Keempat:
1. Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 20, baca 3 kali selepas
solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas
solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan Minggu Kelima dan Keenam:
1. Surah Az-Zukhruf ayat 35 hingga 46, baca 3 kali selepas
solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Waaqi'ah ayat 36 hingga 74, baca 3 kali selapas
solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
D. Amalan Minggu Ketujuh dan Kelapan:
1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat
Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Hasyr ayat 18 hingga 24, baca 3 kali selapas
solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
ikuti juga
Iblis itu macam mana.
Bagaimana jin bolih cinta dgn manusia?
Siapa karin ?
Jin pendamping?
Bagaimana jin boleh singgah dalam badan?
Apa itu bunian, makhluk halus dan spesisnya?
Siapa pula malaikat?
Apa beza malaikat dan jin??
Beza saka dan pusaka
Bomoh pawang
Khadam jin.
Bab alam ghaib ini payah dan panjang bahasnya.
Kenapa dirasuk??
Kenapa bila solat ade gangguan??
No comments:
Post a Comment