TRANSFORMASI HUFFAZ : DI MANA TITIK TOLAKNYA
Asalnya
anda merupakan pelajar yang saban hari membuka kitab2 madah dan jarang2
sekali membuka dan membaca Al-Quran. Kalau ada pun mungkin ayat2
hafazan untuk peperiksaan yang wajib dihafaz . Asalnya anda belajar di
waktu pagi, bersukan di waktu petang, menyiapkan kerja rumah di waktu
malam dan seterusnya disambung dengan menonton tv dan bersantai.
Kini
anda terpaksa melalui satu TRANSFORMASI dalam semua aspek kehidupan
anda. Sudah tentu rutin harian anda juga berubah. Jika sebelum ini anda
jarang sekali membuka Al-Quran, kini setiap hari anda terpaksa
mendampingi dan membacanya. Jika sebelum ini anda tidur jam 10 malam dan
bangun jam 6 pagi, mungkin anda terpaksa menukar dan membiasakan diri
tidur jam 12 dan bangun jam 4.30 pagi. Ini adalah perubahan yang WAJIB
anda lalui, dan ianya akan saya bincangkan dalam siri2 berikutnya secara
lebih terperinci, insyaAllah.
Semuanya
perkara yang penting, dan ramai di kalangan huffaz2 amatur ini yang
tidak sabar2 untuk mendapat pendedahan2 tersebut. Namun sebelum itu saya
ingin sebutkan sesuatu yang lebih penting bagi seorang yang mula2
hendak menghafaz Al-Quran. Perhatian : bukan sengaja mengkhususkan
kepada ‘yang mula2’, justeru ia juga perlu dimuhasabah bersama bagi
‘yang telah lama’. Perkara ini sangat penting sebagai titik tolak kepada
kejayaan seseorang penghafaz Al-Quran.
PERSEDIAAN
Ilmu
menghafaz Al-Quran bukanlah ilmu calang2, kerana itu ia juga tidak akan
menjadi teman melainkan kepada orang yang benar2 layak. Bukan calang2
orang yang berjaya menjadi hafiz yang masyi, dan bukan calang2 orang
yang berjaya mengamalkan seluruh isi kandungan Al-Quran setelah tamat
menghafaznya. Semuanya berpunca dari persediaan yang tepat dan penjagaan
pantang larang yang berterusan.
Persediaan pertama :
Sewajibnya
bagi seorang yang ingin menghafaz Al-Quran membetulkan dan menetapkan
apakah NIAT sebenar dan tujuan asalnya untuk menghafaz Al-Quran. Adakah
untuk mendapat nama? Untuk mendapat kepujian? Atau benar2 untuk
memelihara kalam Allah dalam hatinya.
Persediaan kedua :
Mengosongkan
kebanyakan waktu dari urusan duniawi. Ini saya sebutkan sebagai salah
satu persediaan , kerana tidak ramai yang mampu meletakkan waktunya
secara fokus untuk Al-Quran dengan melupakan urusan keduniaanya.
Persiapan mental yang baik sangat penting bagi membolehkan seorang
penghafaz Al-Quran mencapai tumpuan yang maksima sewaktu menghafaz.
Persediaan ketiga :
Kefasihan
menyebut huruf, menguasai asas2 hukum tajwid beserta sedikit kefahaman
tentang ilmu asas tahfiz Al-Quran. Kebiasaannya boleh dirujuk melalui
buku2. Ini juga saya senaraikan sebagai salah satu persediaan, kerana
saya bimbang seorang penghafaz Al-Quran yang tidak mempunyai asas2
tajwid dan kefasihan menyebut huruf akan menghadapi kesulitan berganda
dalam memulakan proses menghafaz. Seboleh2nya ia diusahakan di peringkat
awal melalui buku2 asas ilmu tajwid dan sebagainya.
Persediaan keempat :
Mempunyai
sebuah Al-Quran milik sendiri secara tetap, dibalut secara kemas dan
terjaga. Niatkan supaya mashaf Al-Quran itulah yang pertama dan terakhir
untuk diri sendiri. Elakkan dari menukar2 mushaf sesuka hati atau
meminjam2 mashaf milik orang lain.
Persediaan kelima :
Istiqamah
di sebuah madrasah atau kelas tahfiz yang tetap dan juga mempunyai
seorang guru Al-Quran yang tetap untuk anda. Elakkan dari bertukar2
sekolah tahfiz atau bertukar2 guru tasmi’ anda.
Persediaan keenam :
Kesihatan
tubuh yang baik, keadaan mental yang stabil. Justeru amalkan bersenam
secara konsisten dan teratur. Elakkan dari dihinggapi sebarang penyakit.
Kesihatan tubuh badan yang baik adalah antara elemen terpenting seorang
penghafaz Al-Quran.
Persediaan ketujuh :
Mendapat
restu dari guru dan ibu bapa. Bersedia terutama dari segi mental dan
perasaan untuk berjauhan dengan keluarga dan ‘beruzlah’ di madrasah.
Kebiasaanya saya lihat di kalangan muslimat atau banat masih sukar untuk
melupakan keluarga dan memberi fokus pada kehidupan di madrasah.
Perkara ini meskipun remeh namun sangat memberi kesan kepada hafazan
anda akan datang, iaitu bilamana anda tidak betah duduk di madrasah dan
seringkali ingin pulang ke rumah.
BEBERAPA PANTANG LARANG
Pertama :
Menderhaka
ibu bapa ataupun biadab dengan guru. Sewaktu mula menghafaz Al-Quran
dahulu, guru tasmi’ saya adalah manusia yang paling saya hormat, gerun
dan sayang. Elakkan dari mengumpat guru anda walaupun sekadar bercerita
tentang dirinya, sebaliknya banyakkan meminta nasihat dan menaikkan
‘izzah guru tersebut.
Kedua :
Bergaduh
atau bermusuh. Elakkan dari mempunyai musuh atau berdendam dengan
sesiapa sewaktu anda berada di fatrah memulakan hafazan Al-Quran. Ini
kerana permusuhan adalah soal yang melibatkan hati. Bilamana hati gundah
gulana dan berkecamuk, fokus anda terhadap hafazan juga akan hancur.
Justeru segerakan memberi maaf dan berdamai.
Ketiga :
Menonton
filem2 lucah. Penceramah saya sewaktu minggu orientasi
mengistilahkannya sebagai ‘melihat lembu2 tak pakai baju’. Tidak perlu
saya huraikan secara lebih dalam, bahkan memadai dengan meneliti firman
Allah :
“ Tidak Allah jadikan bagi seorang lelaki itu dua hati dalam satu rongga”
Dan juga hadith Nabi s.a.w :
“ Pada
jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah
keseluruhan jasad, apabila ia buruk maka buruklah sekalian jasad,
ketahuilah bahawa ia adalah HATI”
Sebuah lagi hadith menyebut :
“ apabila
anak adam melakukan maksiat maka satu titik hitam akan melekat pada
hatinya, dan titik2 hitam itu hanya akan dapat dibasuh dengan zikrullah”
Keempat :
Banyak
tidur, banyak main. Ini juga saya senaraikan sebagai suatu kepantangan
bagi penghafaz Al-Quran. Tidur adalah untuk rehat dan memperoleh tenaga.
Tetapi jika berlebih2an tidur akan menjadikan badan penat dan otak
malas. Demikian juga bermain atau bersukan. Ia bagus untuk kecergasan
jasmani yang mana merupakan kesinambungan kepada kecerdasan fikiran dan
akal. Tetapi apabila terlalu berlebih2an akan mendatangkan kepenatan
pada badan dan mengakibatkan anda mudah mengantuk. Kadangkala ia juga
mendatangkan kecederaan2 pada anggota tertentu.
Kelima :
Makan
makanan2 syubhah dan haram. Sebenarnya memadai saya menyebut tentang
perkara syubhah sahaja, kerana yang haram telahpun dimaklumi akan
pengharamannya. Perkara syubhah adalah perkara2 yang diragui tentang
halal haramnya, serta diragui pula tentang sumber2nya. Bagi golongan
biasa ia harus dijauhi, tetapi bagi golongan huffaz, saya katakan ia
WAJIB dijauhi dan ditinggalkan. Aspek pemakanan sangat memberi pengaruh
kepada daya ingatan dan hati seorang penghafaz A-Quran.
Keenam :
Membuang
masa dan bercakap perkara2 yang sia2. Ini secara tidak langsungsaya
kaitkan dengan aspek pengurusan masa ( akan dibincangkan nanti )
Firman Allah : “ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian”
Ketujuh :
Ber’couple’, bergayut, ber ‘sms’ melampau dan berzina.
Kelapan :
Minum
arak, terjebak dengan dadah dan merokok. Suka untuk saya senaraikan
bahawa MEROKOK ADALAH HARAM terutama bagi penghafaz Al-Quran. Jika tidak
anda sepatutnya malu bila menghafaz ayat Al-Quran yang berbunyi :
“ Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan”
Juga firman Allah :
“ Dan Dia ( Allah ) menghalalkan bagimu segala yang baik da mengharamkan bagimu segala yang buruk ”
Bagi
yang sedar dan berusaha untuk berhenti, tahniah dan syabas. Bagi yang
enggan dan menentang kenyataan ini, fikir2 dan renung2kanlah. Saya
sekadar berkongsi.
Kesembilan :
Biadab
atau kurang adab dengan Al-Quran. Ini saya sentuh secara jelas
berkenaan masalah adab. Saya sendiri merupakan seorang yang cukup
pantang membawa Al-Quran di bawah aras pinggang, meletak Al-Quran di
atas lantai, melunjurkan kaki ke arah Al-Quran dan membiarkan Al-Quran
terbuka tanpa dibaca.
Ini
hanya sebahagian dari adab2 dan pantang larang yang sangat saya jaga,
insyaAllah. Jika anda tidak menghormati Al-Quran, bagaimana mungkin
Al-Quran akan melekat di hati anda?
Kesepuluh :
Bertukar2
mushaf Al-Quran, kelas Al-Quran, guru Al-Quran dan tempat duduk dalam
kelas Al-Quran tanpa sebab yang munasabah. Seboleh2nya cuba elakkan. Ini
adalah antara pantang larang yang sering saya pesan dan sangat saya
jaga. Istiqamahlah dengan SATU MUSHAF, SATU GURU, SATU MADRASAH dan SATU
TEMPAT DUDUK.
Pesan
guru saya suatu masa dahulu ; jangan sekali2 bertukar tempat duduk,
kerana boleh jadi waktu itu Malaikat rahmat menurunkan rahmat ke tempat
duduk kita. Alangkah rugi jika kita seringkali bertukar2 tempat duduk
tanpa sebab munasabah. Justeru saya sangat istiqamah dengan tempat duduk
dan meja saya sendiri. Alhamdulillah terjaga.
Kesebelas :
Melakukan Onani (
masturbation ). Selain dari hukum pengharamannya berdasarkan kitab2
Fiqh, terdapat juga kajian2 dari pakar2 perubatan yang mengaitkan kesan
onani dengan ‘kekerasan’ dan ‘kegelapan’ hati. Kesan dari itu akan
menjadikan si pelaku ketagihan perkara yang haram, sukar menerima
nasihat dan peringatan serta bertambah jauh dari rahmat Allah. Justeru
elemen2 negatif seperti ini sangat2 perlu dijauhi terutama bagi golongan
yang ingin mempelajari, mendalami dan menghafaz Al-Quran.
No comments:
Post a Comment