BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
03 January 2020
Taubat dan pengajaran melalui perkataan
06. Taubat dan pengajaran melalui perkataan
Tahap-tahap dan peringkat-peringkat perubahan kerohanian telah pun disebut. Perlu ditegaskan bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya dengan taubat. Bolehlah dipelajari cara bertaubat dengan orang yang mengetahui cara berbuat demikian dan yang telah sendirinya bertaubat. Taubat yang sebenar dan menyeluruh merupakan langkah pertama di dalam perjalanan.
“(Ingatlah) tatkala orang-orang kafir itu adakan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah. Lalu Allah turunkan ketenteraman atas rasul-Nya dan atas mukmin. Dan Dia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan menjaga keselamatan (taubat) kerana mereka lebih berhak dengan itu, dan memang (mereka) ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Fath, ayat 26).
Keadaan takutkan Allah mempunyai maksud yang sama dengan kalimah “La ilaha illa Llah” – tiada Tuhan, tiada apa-apa, kecuali Allah. Bagi orang yang mengetahui ini akan ada perasaan takut kehilangan-Nya, kehilangan perhatian-Nya, cinta-Nya, keampunan-Nya; dia takut dan malu melakukan kesalahan sedangkan Dia melihat, dan takutkan azab-Nya. Jika seseorang itu tidak berkeadaan demikian dia perlu mendapatkaan orang yang takutkan Allah dan menerima keadaan takutkan Allah itu daripada orang berkenaan.
Sumber dari mana perkataan itu diterima mestilah bersih dan suci daripada segala-galanya kecuali Allah, dan sesiapa yang menerimanya mestilah ada kebolehan untuk membezakan antara perkataan orang yang suci hatinya dengan perkataan orang awam. Penerimanya mestilah sedar cara perkataan itu diucapkan, kerana perkataan yang bunyinya sama mungkin mempunyai maksud yang jauh berbeza. Tidak mungkin perkataan yang datangnya daripada sumber yang asli sama dengan perkataan yang datangnya daripada sumber lain.
Hatinya menjadi hidup bila dia menerima benih tauhid daripada hati yang hidup kerana benih yang demikian sangat subur, itulah benih kehidupan. Tidak ada yang tumbuh daripada benih yang kering lagi tiada kehidupan. Kalimah suci “La ilaha illa Llah” disebut dua kali di dalam Quran menjadi bukti.
“(Kerana) apabila dikata kepada mereka “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menyombong. Dan mereka berkata, ‘Apakah kami mesti tinggalkan tuhan-tuhan kami buat (mengikut) seorang ahli syair dan gila?” (Surah Shaaffaat. Ayat 35 & 36).
Ini adalah keadaan orang awam yang baginya rupa luar termasuk kewujudan zahirnya adalah tuhan-tuhan.
“Oleh itu Ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan mintalah perlindungan bagi buah amal kamu, dan bagi mukmin dan mukminat, dan Allah mengetahui tempat usaha kamu (di siang hari) dan tempat kembali kamu (pada malam hari)”. (Surah Muhammad, ayat 19).
Firman Allah ini menjadi panduan kepada orang-orang beriman yang tulen yang takutkan Allah.
Saidina Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadanya cara yang mudah, paling bernilai, paling cepat kepada keselamatan. Baginda s.a.w menanti Jibrail memberikan jawapannya daripada sumber Ilahi. Jibrail datang dan mengajarkan baginda s.a.w mengucapkan “La ilaha” sambil memusingkan mukanya yang diberkati ke kanan, dan mengucapkan “illa Llah” sambil memusingkan mukanya ke kiri, ke arah hati sucinya yang diberkati. Jibrail mengulanginya tiga kali; Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali dan mengajarkan yang demikian kepada Saidina Ali r.a dengan mengulanginya tiga kali juga. Kemudian baginda s.a.w mengajarkan yang demikian kepada sahabat-sahabat baginda. Saidina Ali r.a merupakan orang yang pertama bertanya dan menjadi orang yang pertama diajarkan.
Kemudian satu hari selepas kembali daripada peperangan, Nabi s.a.w berkata kepada pengikut-pengikut baginda, “Kita baharu kembali daripada peperangan yang kecil untuk menghadapi peperangan yang besar”. Baginda s.a.w merujukkan kepada perjuangan dengan ego diri sendiri, keinginan yang rendah yang menjadi musuh kepada penyaksian kalimah tauhid. Baginda s.a.w bersabda, “Musuh kamu yang paling besar ada di bawah rusuk kamu“.
Cinta Ilahi tidak akan hidup sehinggalah musuhnya, hawa nafsu badaniah kamu, mati dan meninggalkan kamu.
Mula-mulanya kamu mesti bebas daripada ego kamu yang mengheret kamu kepada kejahatan. Kemudian kamu akan mula memiliki suara hati yang belum penuh, walaupun kamu masih belum bebas sepenuhnya daripada dosa. Kamu akan memiliki perasaan mengkritik diri sendiri – tetapi ia belum mencukupi. Kamu mesti melepasi tahap tersebut kepada peringkat di mana hakikat yang sebenarnya dibukakan kepada kamu, kebenaran tentang benar dan salah. Kemudian kamu akan berhenti melakukan kesalahan dan akan hanya melakukan kebaikan. Dengan demikian diri kamu akan menjadi bersih. Di dalam menentang hawa nafsu dan tarikan badan kamu, kamu mestilah melawan nafsu kehaiwanan – kerakusan, terlalu banyak tidur, pekerjaan yang sia-sia – dan menentang sifat-sifat haiwan liar di dalam diri kamu – kekejian, marah, kasar dan berkelahi. Kemudian kamu mesti usahakan membuang perangai-perangai ego yang jahat, takabur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit tubuh dan hati kamu. Cuma orang yang berbuat demikian yang benar-benar bertaubat dan menjadi bersih, suci murni dan tulen.
“Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertaubat dan memelihara kesuciannya”. (Surah Baqarah, ayat 222).
Dalam melakukan taubat seseorang itu mestilah mengambil perhatian supaya penyesalannya tidak samar-samar dan tidak juga secara umum agar dia tidak jatuh ke dalam ancaman Allah:
“Tidak kira berapa banyak mereka bertaubat mereka tidak sebenarnya menyesal. Taubat mereka tidak diterima”.
Ini ditujukan kepada mereka yang hanya mengucapkan kata-kata taubat tetapi tidak tahu sejauh mana dosa mereka, malah tidak mengambil tindakan pembaikan dan pencegahan. Itulah taubat yang biasa, taubat zahir yang tidak menusuk kepada punca dosa. Ia adalah umpama orang yang cuba menghapuskan rumput dengan memotong bahagian di atas tanah tetapi tidak mencabut akarnya yang di dalam bumi. Tindakan yang demikian membantu rumput untuk tumbuh dengan lebih segar. Orang yang bertaubat dengan mengetahui kesalahannya dan punca kesalahan itu berazam tidak mengulanginya dan membebaskan dirinya daripada kesalahan itu, mencabut akar pokok yang merosakkan itu. Cangkul yang digunakan untuk menggali akarnya, punca kepada dosa-dosa, ialah pengajaran kerohanian daripada guru yang benar. Tanah mestilah dibersihkan sebelum ditanam pokok orkid.
“Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya”. (Surah Hasyr, ayat 21).
“Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa, dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah Syura, ayat 25).
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana adalah Allah itu Pengampun, Penyayang”. (Surah Furqaan, ayat 70).
Ketahuilah taubat yang diterima tandanya ialah seseorang itu tidak lagi jatuh ke dalam dosa tersebut.
Ada dua jenis taubat, taubat orang dan taubat mukmin sejati. Orang awam berharap meninggalkan kejahatan dan masuk kepada kebaikan dengan cara mengingati Allah dan mengambil langkah usaha bersungguh-sungguh, meninggalkan hawa nafsunya dan kesenangan badannya dan menekankan egonya. Dia mesti meninggalkan keegoannya yang ingkar terhadap peraturan Allah dan masuk kepada taat. Itulah taubatnya yang menyelamatkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.
Orang mukmin sejati, hamba Allah yang tulen, berada di dalam suasana yang jauh berbeza. Mereka berada pada makam makrifat yang jauh lebih tinggi daripada makam orang awam yang paling baik. Sebenarnya bagi mereka tidak ada lagi anak tangga untuk dipanjat; mereka telah sampai kepada kehampiran dengan Allah. Mereka telah meninggalkan kesenangan dan nikmat dunia ini dan menikmati kelazatan alam kerohanian – rasa kehampiran dengan Allah, nikmat menyaksikan Zat-Nya dengan mata keyakinan.
Perhatian orang awam tertuju kepada dunia ini dan kesenangan mereka adalah merasai nikmat kebendaan dan kewujudan kebendaannya. Malah, jika kewujudan kebendaan manusia dan dunia merupakan satu kesilapan begitu jugalah nikmat dan kecacatan yang paling baik daripadanya. Kata-kata yang diucapkan oleh orang arif, “Kewujduan dirimu merupakan dosa, menyebabkan segala dosa menjadi kecil jika dibandingkan dengannya”. Orang arif selalu mengatakan bahawa kebaikan yang dilakukan oleh orang baik-baik tidak mencapai kehampiran dengan Allah tidak lebih daripada kesalahan orang yang hampir dengan-Nya. Jadi, bagi mengajar kita memohon keampunan terhadap kesalahan yang tersembunyi yang kita sangkakan kebaikan, Nabi s.a.w yang tidak pernah berdosa memohon keampunan daripada Allah sebanyak seratus kali sehari. Allah Yang Maha Tinggi mengajarkan kepada rasul-Nya:
“Pintalah perlindungan bagi buah amal kamu dan bagi mukmin dan mukminat”. (Surah Muhamamd, ayat 19).
Dia jadikan rasul-Nya yang suci murni sebagai teladan tentang cara bertaubat – dengan merayu kepada Allah supaya menghilangkan ego seseorang, sifat-sifatnya dan dirinya, semuanya pada diri seseorang, mencabut kewujudan diri seseorang. Inilah taubat yang sebenarnya.
Taubat yang demikian meninggalkan segala-galanya kecuali Zat Allah, dan berazam untuk kembali kepada-Nya, kembali kepada kehampiran-Nya untuk melihat Wajah Ilahi. Nabi s.a.w menjelaskan taubat yang demikian dengan sabda baginda s.a.w, “Ada sebahagian hamba-hamba Allah yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi hati mereka berada di sana, di bawah arasy”. Hati mereka berada pada langit kesembilan, di bawah arasy Allah kerana penyaksian suci terhadap Zat-Nya tidak mungkin berlaku pada alam bawah.
Di sini hanya kenyataan atau penzahiran sifat-sifat suci-Nya yang dapat disaksikan, memancar ke atas cermin yang bersih kepunyaan hati yang suci. Saidina Umar r.a berkata, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”. Hati yang suci adalah cermin di mana keindahan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah memancar. Nama lain yang diberi kepada suasana ini ialah pembukaan (kasyaf), menyaksikan sifat-sifat Ilahi yang suci.
Bagi memperolehi suasana tersebut, untuk membersihkan dan menyinarkan hati, perlulah kepada guru yang matang, yang di dalam keesaan dengan Allah, yang disanjung dan dimuliakan oleh semua, dahulu dan sekarang. Guru berkenaan mestilah telah sampai kepada makam kehampiran dengan Allah dan dihantar balik ke alam rendah oleh Allah untuk membimbing dan menyempurnakan mereka yang layak tetapi masih mempunyai kecacatan.
Di dalam penurunan mereka untuk melakukan tugas tersebut wali-wali Allah mestilah berjalan Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w dengan mengikuti teladan baginda s.a.w, tetapi tugas mereka berlainan dengan tugas rasul. Rasul diutuskan untuk menyelamatkan orang ramai dan juga orang-orang yang beriman. Guru-guru tadi pula tidak dihantar untuk mengajar semua orang tetapi hanyalah sebilangan yang dipilih sahaja. Rasul-rasul diberi kebebasan dalam menjalankan tugas mereka, sementara wali-wali yang mengambil tugas sebagai guru mesti mengikuti jalan rasul-rasul dan nabi-nabi.
Guru kerohanian yang mengaku diri mereka merdeka, menyamakan dirinya dengan nabi, jatuh kepada kesesatan dan kekufuran. Bila Nabi s.a.w mengatakan sahabat-sahabat baginda yang arif adalah umpama nabi-nabi Bani Israil, baginda memaksudkan lain daripada ini – kerana nabi-nabi yang datang selepas Musa a.s semuanya mengikuti prinsip agama yang dibawa oleh Musa a.s. Mereka tidak membawa peraturan baharu. Mereka mengikuti undang-undang yang sama. Seperti mereka juga orang-orang arif dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang bertugas membimbing sebahagian daripada orang-orang suci yang dipilih, mengikuti kebijaksanaan Nabi s.a.w, tetapi menyampaikan perintah dan larangan dengan cara baharu yang berbeza, terbuka dan jelas, menunjukkan kepada murid-murid mereka dengan perbuatan yang mereka kerjakan pada masa dan keadaan yang berlainan. Mereka memberi dorongan kepada murid-murid mereka dengan menunjukkan kelebihan dan keindahan prinsip-prinsip agama. Tujuan mereka ialah membantu pengikut-pengikut mereka menyucikan hati yang menjadi tapak untuk membena tugu makrifat.
Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w yang terkenal sebagai ‘golongan yang memakai baju bulu’ yang telah meninggalkan semua aktiviti keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah s.a.w dan berada hampir dengan baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w. Dalam kehampiran mereka dengan Rasulullah s.a.w mereka telah sampai kepada peringkat di mana mereka boleh bercakap tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w sebelum baginda membuka rahsia tersebut kepada sahabat-sahabat baginda.
Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi s.a.w dengan Tuhannya. Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan Pemegang sebahagian daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w.
Tidak semua orang yang memiliki ilmu berada di dalam keadaan tersebut. Mereka yang sampai ke situ adalah yang lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri dan mereka adalah umpama anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w yang hubungannya lebih erat daripada hubungan darah. Mereka adalah pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w. Anak yang sejati memiliki zat dan rahsia bapanya pada rupa zahirnya dan juga pada batinnya. Nabi s.a.w menjelaskan rahsia ini, “Ilmu khusus adalah umpama khazanah rahsia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh mendapatkannya. Namun bila rahsia itu dibukakan orang yang mempunyai kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya”.
Ilmu tersebut dimasukkan kepada Nabi s.a.w pada malam baginda s.a.w mikraj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda di sebalik tiga ribu tabir hijab. Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya melainkan kepada sebahagian pengikut baginda yang sangat hampir dengan baginda. Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari kiamat.
Pengetahuan batin tentang yang tersembunyi membawa seseorang kepada rahsia tersebut. Sains, kesenian dan kemahiran keduniaan adalah umpama kerangka kepada pengetahuan batin. Mereka yang memiliki pengetahuan kerangka itu bolehlah mengharapkan satu hari nanti mereka diberi kesempatan untuk memiliki apa yang di dalam kerangka. Sebahagian daripada mereka yang berilmu memiliki apa yang patut dimiliki oleh seorang manusia secara umumnya sementara sebahagian yang lain menjadi ahli dan memelihara ilmu tersebut daripada hilang. Ada golongan yang menyeru kepada Allah dengan nasihat yang baik. Sebahagian daripada mereka mengikuti sunnah Nabi s.a.w dan dipimpin oleh Saidina Ali r.a. yang menjadi pintu kepada gedung ilmu yang melaluinya masuklah mereka yang menerima undangan dari Allah.
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”. (Surah Nahl, ayat 125).
Maksud dan perkataan mereka adalah sama. Perbezaan pada zahirnya hanyalah pada perkara-perkara terperinci dan cara pelaksanaannya.
Sebenarnya ada tiga makna yang kelihatan sebagai tiga jenis ilmu yang berbeza – dilakukan secara berbeza, tetapi menjurus kepada yang satu Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Ilmu dibahagikan kepada tiga yang tidak ada seorang manusia boleh menanggung keseluruhan beban ilmu itu juga tidak berupaya mengamalkan dengan sekaliannya.
Bahagian pertama ayat di atas “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana (hikmah)”, Sesuai dengan makrifat, zat dan permulaan kepada segala sesuatu, pemiliknya mestilah sebagaimana Nabi s.a.w beramal Sesuai dengannya. Ia hanya dikurniakan kepada lelaki sejati yang berani, tentera kerohanian yang akan mempertahankan kedudukannya dan menyelamatkan ilmu tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Kekuatan semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung”. Gunung di sini menunjukkan keberatan hati sesetengah manusia. Doa lelaki sejati yang menjadi tentera kerohanian dimakbulkan. Bila mereka menciptakan sesuatu ia berlaku, bila mereka mahukan sesuatu hilang maka ia pun hilang.
“Dia kurniakan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Barangsiapa dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebajikan yang banyak”. (Surah Baqarah, ayat 269).
Jenis kedua ialah ilmu zahir yang disebut Quran sebagai “seruan yang baik”. Ia menjadi kulit kepada hikmah kebijaksanaan rohani. Mereka yang memilikinya menyeru kepada kebaikan, mengajar manusia berbuat baik dan meninggalkan larangan-Nya. Nabi s.a.w memuji mereka. Orang yang berilmu menyeru dengan lemah lembut dan baik hati, sementara yang jahil menyeru dengan kasar dan kemarahan.
Jenis ketiga ialah ilmu yang menyentuh kehidupan manusia di dalam dunia. Ia disebut sebagai ilmu agama (syariat) yang menjadi sarang kepada hikmah kebijaksanaan (makrifat). Ia adalah ilmu yang diperuntukkan kepada mereka yang menjadi pemerintah manusia; menjalankan keadilan ke atas sesama manusia; pentadbiran manusia ke atas sesama manusia. Bahagian terakhir ayat Quran yang di atas tadi menceritakan tugas mereka “dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”. Mereka ini menjadi kenyataan kepada sifat Allah “al-Qahhar” Yang Maha Keras. Mereka berkewajipan menjaga peraturan di kalangan manusia selaras dengan hukum Tuhan, seumpama sabut melindungi tempurung dan tempurung melindungi isi.
Nabi s.a.w menasihatkan, “Biasakan dirimu berada di dalam majlis orang-orang arif, taatlah kepada pemimpin kamu yang adil. Allah Yang Maha Tinggi menghidupkan hati dengan hikmah seperti Dia jadikan bumi yang mati hidup dengan tumbuh-tumbuhan dengan menurunkan hujan”. Baginda s.a.w juga bersabda, “Hikmah adalah harta yang hilang bagi orang yang beriman, dikutipnya di mana sahaja ditemuinya”.
Malah perkataan yang diucapkan oleh manusia biasa datangnya daripada Loh Terpelihara menurut hukum Allah terhadap segala perkara daripada awal hingga akhir. Loh itu disimpan pada alam tinggi pada akal asbab tetapi perkataan diucapkan menurut makam seseorang. Perkataan mereka yang telah mencapai makam makrifat adalah secara langsung daripada alam tersebut, makam kehampiran dengan Allah. Di sana tidak ada perantaraan.
Ketahuilah bahawa semua akan kembali kepada asal mereka. Hati, zat, mesti dikejutkan; jadikan ianya hidup untuk mencari jalan kembali kepada asalnya yang suci murni. Ia mesti mendengar seruan. Seseorang mesti mencari orang yang orang yang daripadanya seruan itu muncul, melaluinya zahir seruan. Itulah guru yang sebenar. Ini merupakan kewajipan bagi kita. Nabi s.a.w bersabda, “Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan”. Ilmu tersebut merupakan peringkat terakhir semua ilmu, itulah ilmu makrifat, ilmu yang akan membimbing seseorang kepada asalnya, yang sebenar (hakikat). Ilmu yang lain perlu menurut sekadar mana keperluannya. Allah menyukai mereka yang meninggalkan cita-cita dan angan-angan kepada dunia, kemuliaan dan kebesarannya, kerana kepentingan duniawi ini menghalang seseorang kepada Allah.
“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu upah atas (menyampaikan)nya, kecuali percintaan (kepadaku) lantaran kerabat”. (Surah Syura, ayat 23).
Ditafsirkan maksud perkataan “apa yang hampir dengan kamu” ialah datang hampir dengan kebenaran.
Related posts
Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik
28. Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik
Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai, sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, merupakan seorang yang sangat berpengaruh di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Perang Bu’as tamat penduduk Madinah (nama asalnya Yasrib) sudah sepakat untuk melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja di Madinah, malah mahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinah bersetuju melantik Abdullah bin Ubai menjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yang menyebabkan dia dihormati dan dimuliakan.
Sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak di sana. Kaum Yahudi dikenali sebagai ahli Kitab, orang beragama yang memiliki peradaban yang mulia. Kaum Yahudi juga menguasai bidang ekonomi dan mempunyai kekuatan dalam bidang ketenteraan. Kaum Yahudi yang dikenali sebagai ahli agama, ahli ilmu, ahli ekonomi dan ahli ketenteraan menyebabkan mereka dipandang tinggi oleh orang Arab Madinah.
Orang Arab Madinah memandang kaum Yahudi sebagai manusia yang berjaya dan disegani. Kedudukan kaum Yahudi yang demikian menyebabkan orang Arab Madinah suka meniru peradaban Yahudi tetapi mereka tidak memeluk agama Yahudi. Bagi orang Arab agama Yahudi dilihat sebagai khusus untuk orang Yahudi sahaja. Walaupun tidak menerima agama Yahudi tetapi banyak daripada nilai-nilai moral Yahudi diterima pakai oleh orang Arab Madinah.
Golongan Arab Madinah yang berilmu merupakan orang yang paling banyak menceduk peradaban Yahudi dan meng-Arabkan peradaban tersebut. Di antara mereka adalah Abdullah bin Ubai. Kumpulan Abdullah bin Ubai mempraktikkan nilai-nilai moral yang lebih tinggi daripada orang Arab Madinah yang lain. Oleh kerana itu mereka dipandang tinggi dan dihormati. Ketika Perang Bu’as hampir berlaku di antara dua puak terbesar di Madinah, kumpulan Abdullah bin Ubai menentang suku-suku mereka yang mahu berperang itu. Bila peperangan berlaku juga Abdullah bin Ubai tidak ikut serta dalam peperangan tersebut. Sikap berkecualinya itulah yang menyebabkan dia dicadangkan untuk menjadi raja setelah kedua-dua pihak yang berperang itu berdamai.
Walaupun menimba dari telaga Yahudi namun ahli fikir Arab Madinah mempertahankan ke-Araban mereka. Sikap yang demikian menyebabkan terbentuk aliran pemikiran yang kabur. Ia bukan Yahudi dan bukan juga Arab. Mereka menganggap diri mereka setaraf dengan orang Yahudi yang berilmu dan mereka lebih mulia daripada umat Arab yang jahil. Oleh kerana apa yang terbentuk dalam aliran pemikiran mereka tidak jelas, maka tidak ada satu bentuk kepercayaan atau akidah yang mereka pertahankan. Mereka mempertahankan satu perkara sahaja, iaitu merekalah golongan Arab yang paling pintar dan apa sahaja yang datang daripada orang Arab yang lain tidak sama dengan apa yang ada dengan mereka. Apabila agama Islam datang ke Madinah dibawa oleh orang Arab Makkah, kumpulan Abdullah bin Ubai itu sudah ada keputusan sejak awal-awal lagi untuk menolaknya. Mereka menganggap apa yang baharu datang itu lebih rendah daripada apa yang ada dengan mereka. Mereka menjadi golongan yang tidak mempertahankan sebarang kepercayaan dan juga tidak ada satu kepercayaan yang mereka terima. Sebagaimana puak Yahudi yang menganggap semua bangsa di dunia lebih rendah daripada mereka, begitu juga kumpulan Abdullah bin Ubai yang meminum air daripada telaga Yahudi menganggap semua orang Arab lebih rendah daripada mereka. Mereka memandang rendah apa sahaja yang datang daripada orang Arab yang lain. Mereka adalah puak yang sudah ada keputusan untuk mengunci mata, telinga dan hati mereka daripada segala agama yang datang kepada mereka.
Arus perkembangan Islam melanda Madinah dengan deras dan menyeluruh. Dalam masa kurang daripada satu tahun hampir keseluruhan penduduk Madinah sudah memeluk agama Islam. Segala aktiviti berpusat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam. Kumpulan Abdullah bin Ubai yang memandang diri mereka sebagai lebih mulia itu tidak ada pilihan melainkan ikut serta di dalam rentak perkembangan Madinah, jika tidak mereka akan tersisih. Penyertaan mereka di dalam arus tersebut juga bertujuan mencari jalan merampas semula kekuasaan di Madinah sebagaimana sebelum kedatangan agama Islam dan Nabi Muhammad s.a.w ke sana. Mereka mahu orang-orang Makkah meninggalkan Madinah.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai satu bentuk kepercayaan yang jelas dan tidak ada satu agama yang mereka pertahankan, maka mereka boleh bergerak cergas dalam apa juga medan kepercayaan atau agama. Istilah dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, halal dan haram tidak ada pada mereka. Akhirat tidak ada dalam pandangan mereka. Apabila tidak ada agama yang diperjuangkan dan tidak ada kepercayaan kepada perkara ghaib, kumpulan tersebut menyertai kegiatan agama orang lain dalam keadaan yang dipanggil munafik. Mereka memakai baju agama padahal mereka tidak ikhlas berbuat demikian dan tidak merelakannya.
Munafik berbeza daripada kafir. Orang kafir tidak percaya kepada agama Islam kerana mereka mempunyai kepercayaan sendiri dan mereka pertahankan kepercayaan tersebut. Penentangan mereka terhadap Islam adalah jelas. Orang munafik pula di samping tidak beriman kepada agama Islam, mereka tidak mendatangkan kepercayaan yang menjadi alternatif dan mereka tidak menyebarkan sebarang bentuk kepercayaan. Oleh yang demikian mereka boleh menyertai kegiatan Islam seolah-olah mereka adalah orang Islam sejati dan mereka boleh menentang Islam seolah-olah mereka adalah orang kafir tulin. Mereka menganggapkan Islam sebagai baju yang boleh dipakai dan ditanggalkan menurut keadaan yang membawa keuntungan kepada mereka.
Al-Quran menceritakan keadaan puak munafik:
Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”. Padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebab mereka telah berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi”, mereka menjawab: “Kami tidak lain melainkan orang yang membuat kebaikan”. Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah sebagaimana orang yang telah beriman”. Mereka berkata, “Apakah harus kami beriman seperti orang-orang bodoh itu beriman?” Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, “Kami telah beriman”. Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, “Kami beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman)”. ( Ayat 8-14 : Surah al-Baqarah )
Yang tuli, yang bisu, yang buta. Lantaran itu mereka tidak akan kembali. ( Ayat 18 : Surah al-Baqarah )
Orang munafik sangat berbeza daripada orang kafir. Orang kafir dengan tegas menyatakan tidak beriman baik secara terang atau pun secara bersembunyi. Ancaman azab neraka dan pujukan nikmat syurga tidak menarik orang kafir kepada iman. Orang munafik pula mengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah mereka dan tidak keberatan menyertai amalan ibadat bersama-sama orang Islam yang lain, tetapi ucapan dan ibadat yang dilakukan itu tidak berbekas pada hati mereka. Mulut mereka mengatakan beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat tetapi hati mereka kufur. Mereka adalah orang yang Islam pada zahir tetapi kafir pada hati. Perbuatan zahir mereka sesuai dengan perbuatan orang yang beriman kerana mereka mahu menyembunyikan apa yang ada dalam hati mereka. Ada kepentingan diri yang mereka mahu jaga.
Puak munafik tidak mengakui kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bagi mereka Nabi Muhammad s.a.w hanyalah seorang lelaki Arab yang sama dengan lelaki Arab yang lain, yang tergolong dalam kalangan bangsa Arab yang mereka pandang lebih rendah daripada mereka. Mereka menolak kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mahu agar baginda s.a.w mengikuti kepimpinan mereka. Mereka juga tidak mempunyai perasaan hormat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana mereka menganggapkan Nabi Muhammad s.a.w, maka mereka tidak menerima kedudukan wahyu sebagai Kalam Allah s.w.t. Mereka menganggap wahyu hanyalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w yang sama dengan perkataan orang lain yang boleh dihujah dan ditolak. Puak munafik, dengan kerjasama kaum Yahudi, sangat aktif di dalam mempertikaikan wahyu dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Tuhan memperingatkan Rasulullah s.a.w supaya berwaspada terhadap puak munafik yang akan mencuba untuk membawa baginda s.a.w tunduk kepada pemimpin mereka. Baginda s.a.w diperingatkan bahawa puak munafik itu tidak suka kepada baginda s.a.w.
Wahai Nabi! Berbaktilah kepada Allah dan jangan engkau taat kepada kafir-kafir dan munafik-munafik, sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana. ( Ayat 1 : Surah al-Ahzaab )
Dan jangan engkau tunduk kepada orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan biarkanlah gangguan mereka. Dan berserah dirilah kepada Allah kerana cukuplah Allah sebagai Pengawal. ( Ayat 48 : Surah al-Ahzaab )
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kepada apa yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya”, kamu melihat orang munafik berpaling daripadamu sungguh-sungguh. (ayat 61 : Surah an-Nisaa’ )
Dan dari kalangan mereka ada yang menyakiti Nabi dan mereka berkata, “Dia itu pendengar!” (Maksudnya mengiyakan sahaja apa yang orang lain kata). Katakanlah: “Dia memang pendengar kebaikan kamu, dia beriman kepada Allah dan dia percaya kepada mereka yang beriman, dan jadi rahmat bagi orang yang beriman di antara kamu”. Dan mereka yang menyakiti Rasul Allah bagi mereka azab yang pedih. ( Ayat 61 : Surah at-Taubah )
Sangat sukar menangani puak munafik kerana secara terangnya mereka mengaku beriman walaupun hati mereka menolak. Mereka juga sanggup bersumpah bagi menegakkan benang basah.
Mereka akan bersumpah dengan Nama Allah kepada kamu untuk menyenangkan kamu, padahal Allah dan Rasul-Nya yang lebih patut mereka sukakan jika adalah mereka orang yang beriman. ( Ayat 62 : Surah at-Taubah )
Oleh kerana puak munafik hidup dalam kepura-puraan mereka sangat takut jika rahsia mereka diketahui oleh orang lain.
Amat takut orang munafik itu bahawa akan diturunkan atas mereka suatu surah yang mengkhabarkan kepada mereka apa yang ada dalam hati mereka. Katakanlah: “Perolok-olokkanlah! Sesungguhnya Allah akan mengeluarkan apa yang kamu takutkan itu”. (Ayat 64 : Surah at-Taubah )
Apabila tembelang mereka pecah puak munafik itu akan berdalih secara selamba dan mudah. Bila bertembung dengan kebenaran yang tidak dapat dielakkan puak munafik tidak akan mempertahankan kesesatan dan kebohongan yang mereka telah lakukan.
Dan jika engkau tanyakan kepada mereka tentu mereka akan berkata, “Kami ini hanya bergurau senda dan bermain-main”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya dan (dengan) Rasul-Nya kamu hendak berolok-olok?” ( Ayat 65 : Surah at-Taubah )
Puak munafik menyebarkan ajaran yang menyalahi syariat Islam. Apabila syariat meletakkan peraturan amal makruf dan mencegah yang munkar, puak munafik akan menilai yang makruf sebagai keuntungan duniawi dan yang munkar pula sebagai kerugiannya. Mereka menganggap zakat dan sedekah sebagai bukan amal makruf kerana ia merugikan dari segi keduniaan.
Laki-laki munafik dan perempuan munafik yang sebahagian mereka adalah dari yang sebahagian, mereka menyuruh yang munkar dan melarang dari yang makruf dan mereka genggamkan tangan mereka (bakhil). Mereka telah melupakan Allah dan Allah pun melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itu adalah orang yang fasik (melewati batas). ( Ayat 67 : Surah at-Taubah )
Puak munafik pandai berdolak-dalih. Mereka berani menggunakan nama Allah bagi menutup kesesatan dan kekufuran mereka. Tuhan memerintahkan Nabi s.a.w agar berjihad memerangi orang munafik kerana mereka adalah orang yang kufur.
Wahai Nabi! Berjihadlah terhadap kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadap mereka. Tempat kembali mereka adalah jahanam dan itulah yang seburuk-buruk kesudahan. Mereka akan bersumpah dengan Nama Allah bahawa mereka tidak pernah berkata, padahal mereka pernah mengatakan kalimat kufur dan mereka telah kafir sesudah Islam dan mereka sangat mengingini apa yang tidak dapat mereka capai. Dan tidaklah kebencian mereka itu melainkan kerana Allah dan Rasul-Nya telah memperkayakan orang yang beriman dengan kurnia-Nya. Tetapi jika mereka bertaubat adalah baik bagi mereka dan jika mereka berpaling, Allah akan azabkan mereka dengan satu azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan tidak ada bagi mereka pembantu di bumi dan tidak ada penolong. ( Ayat 73 – 74 : Surah at-Taubah )
Al-Quran memberi peringatan tentang ancaman puak munafik terhadap keselamatan dan kepercayaan orang yang beriman. Tuhan menamakan satu surah al-Quran dengan nama surah al-Munafiqun, bagi menyedarkan kaum Muslimin betapa bahayanya kehadiran puak munafik di dalam masyarakat kaum Muslimin. Tuhan menggesa Nabi Muhammad s.a.w dan kaum Muslimin semua zaman agar berwaspada terhadap tipu daya dan fitnah yang datang daripada puak munafik.
Apabila orang munafik datang kepada kamu mereka akan berkata, “Kami mengakui bahawasanya kamu Rasul Allah,” padahal Allah mengetahui bahawasanya engkau pesuruh-Nya dan Allah menyaksikan bahawasanya kaum munafik itu adalah orang yang berdusta. Mereka jadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perlindungan, lalu mereka halangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya jelek apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian (adalah) lantaran beriman kemudian mereka kufur, lalu dimetrai atas hati mereka; oleh itu mereka tidak dapat memahami. ( Ayat 1 – 3 : Surah al-Munafiquun )
Dan apabila engkau lihat mereka, menghairankan kamu tubuh-tubuh mereka; dan jika mereka berkata-kata, engkau dengarkan perkataan mereka. Mereka seolah-olah kayu yang disandarkan. Tiap-tiap teriakan mereka sangka buat membahayakan mereka. Mereka adalah musuh; maka hendaklah engkau awasi mereka. Allah laknati mereka! Ke manakah mereka dipalingkan? ( Ayat 4 : Surah al-Munafiquun )
Tuhan memperingatkan sungguh-sungguh kepada Nabi s.a.w dan kaum Muslimin sekaliannya pada semua zaman, supaya jangan membiarkan racun yang ditabur oleh golongan munafik memusnahkan umat. Sekali lagi Tuhan memberi peringatan!
Wahai Nabi! Berjihadlah menentang kaum kafir dan munafik dan berlaku keraslah terhadap mereka dan tempat kembali mereka itu adalah jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. ( Ayat 9 : Surah at-Tahrim )
Tuhan memberi peringatan kepada kaum Muslimin, sekiranya kegiatan puak munafik yang mencampur adukkan kesesatan dan kekufuran ke dalam akidah Islam tidak dibendung, nescaya umat Islam akan menemui kehancuran. Setiap umat Islam mestilah berwaspada terhadap orang munafik yang berada di tengah-tengah mereka. Tanda munafik mudah dikenal melalui keengganan mereka berjuang pada jalan Allah s.w.t.
Dan supaya dibuktikan-Nya pula keadaan orang-orang munafik. Dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah atau pertahankanlah.” Mereka menjawab, “Kalau kami tahu berperang nescaya kami ikut kamu (berperang).” Mereka itu pada hari tersebut lebih hampir kepada kufur daripada kepada iman. Mereka berkata dengan mulut mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka. Dan Allah lebih Mengetahui apa-apa yang mereka sembunyikan. (Adalah) mereka yang berkata kepada saudara-saudara mereka sambil mundur, “Kalau mereka ikut kami tentu mereka tidak terbunuh.” Katakanlah: “Kalau begitu tolakkanlah kematian daripada kamu jika memang kamu orang yang benar.” ( Ayat 167 – 168 : Surah a-Li ‘Imraan )
Kemunafikan lebih ketara melalui amalan yang mereka lakukan sambil lewa sahaja, semata-mata sebagai pameran.
Orang munafik menipu Allah dan Allah pun (balas) menipu mereka. Dan apabila mereka berdiri kepada sembahyang mereka berdiri dalam keadaan malas. Mereka menunjuk-nunjuk kepada manusia dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit. Keadaan mereka terumbang ambing di antara yang demikian itu, tidak kepada mereka itu, tidak kepada mereka ini; kerana barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan engkau dapat satu jalan (keselamatan) baginya. ( Ayat 142 – 143 : Surah an-Nisaa’ )
Tuhan memberi amaran yang keras kepada orang munafik:
Sesungguhnya jika tidak berhenti juga orang munafik itu dan orang yang dalam hatinya ada penyakit dan pengacau-pengacau di Madinah, nescaya Kami akan kerahkan engkau terhadap mereka. Kemudian itu tidaklah mereka akan bertetangga lagi dengan engkau di situ kecuali bagi masa yang singkat. Mereka di dalam keadaan terkutuk di mana sahaja mereka dijumpai dan mereka akan dibunuh sampai semusnah-musnahnya. Sunah Allah yang telah berlaku pada orang-orang yang terdahulu. Dan sekali-kali tidak akan didapati bagi Sunnatullah itu satu pengganti. ( Ayat 60 -62 : Surah al-Ahzaab )
Al-Quran telah memberi gambaran yang jelas tentang orang munafik. Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin mengenali puak munafik yang ada di dalam masyarakat mereka. Mereka dapat menunjukkan dengan jelas bahawa Abdullah bin Ubai adalah pemimpin puak munafik. Keterangan yang telah diberikan oleh al-Quran memberi manfaat bagi kaum Muslimin dalam mengawasi pergerakan puak munafik agar perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan kaum Muslimin dapat dipelihara. Umat Islam yang datang kemudian mestilah memerhatikan petunjuk daripada al-Quran bagi mengenali musuh-musuh mereka.
Abdullah bin Ubai telah pun mati. Markas puak munafik, sebuah masjid yang dibina di Zu Awan, sudah pun dibakar oleh kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w. Tetapi kaum Muslimin perlu berwaspada kerana racun munafik masih berjalan hingga ke hari ini.
Puak munafik terdiri daripada orang-orang yang sangat licik. Mereka hidup bersama-sama orang Islam, mengaku sebagai orang Islam dan melibatkan diri dalam kegiatan kaum Muslimin, malah mereka merasakan yang mereka lebih Islam daripada orang-orang Islam yang lain. Memang sukar untuk mengenali hati yang munafik, sedangkan mulutnya mengucapkan dua Kalimah Syahadah dan anggotanya melakukan ibadat bersama-sama kaum Muslimin yang lain. Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, sebagai orang Islam dan menggunakan ajaran Islam. Orang munafik melakukan apa yang sudah dibuat oleh kaum Yahudi dan Nasrani, iaitu mengubah maksud kitab Allah dan meminda syariat Islam. Mereka mengadakan tafsiran al-Quran menurut cara mereka sendiri. Puak munafik adalah ilmuan yang mengeluarkan al-Quran tiruan dan Hadis palsu, terutamanya dalam soal yang bersangkutan dengan akidah dan kebatinan. Daripada puak yang demikianlah muncul istilah kebudayaan Islam yang ditampalkan kepada kegiatan maksiat yang berlawanan dengan syariat Tuhan. Lahir pula persatuan Islam pada nama tetapi bergiat memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Ada pula istilah seni bina Islam diletakkan pada bangunan yang digunakan sebagai sarang perjudian dan pelacuran. Lebih buruk lagi timbul akidah syirik yang dikatakan sebagai akidah Islam yang sebenarnya. Racun yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Ubai dan kawan-kawannya sudah meresap ke dalam darah daging umat Islam di seluruh dunia pada masa kini. Hanya bimbingan daripada Allah s.w.t dapat menyelamatkan umat Islam daripada fitnah puak munafik itu.
Orang munafik tidak mempunyai kepercayaan dan pegangan yang jelas. Mereka sendiri tidak pasti apakah yang mereka pegang dan imankan. Mereka bergerak berlandaskan kepercayaan dan pegangan orang lain dengan mengadakan perubahan kepada yang asli, tetapi mereka tetap menggunakan label yang asli, seperti lembu yang mati di tepi jalan diletakkan label halal. Orang munafik bergerak di dalam masyarakat orang Islam, bercakap pasal Islam, tetapi apa yang mereka bawa adalah perkara yang sudah diselewengkan. Orang yang berilmu dapat melihat penyelewengan tersebut tetapi orang jahil akan keliru kerana si munafik bercakap tentang Allah s.w.t dan agama Islam. Lebih-lebih lagi si munafik itu pandai menggunakan hujah keagamaan, terutamanya secara usul yang tidak ada kesudahan. Mereka suka menggunakan cara berteka teki yang sukar dimengerti. Lebih mengelirukan lagi apabila si munafik berhujah dengan menyandarkan kepada Hadis Nabi s.a.w, perkataan sahabat dan wali-wali yang mereka gubah sendiri, yang tidak diketahui oleh orang jahil. Si munafik boleh bersumpah bohong dengan menggunakan nama Allah bagi memerangkap orang yang jahil. Orang Islam yang jahil mudah terperangkap dengan ajaran sesat orang munafik. Kegiatan orang munafik menjadi lebih mudah setelah berlaku proses asimilasi agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Keristian ke dalam agama Islam.
Setiap kaum Muslimin yang insaf berkewajipan menyelak setiap hamparan dan membongkar setiap tutupan bagi mencari racun munafik yang bersembunyi di dalam kalangan umat Islam. Racun tersebut mestilah dikeluarkan. Inilah jihad kaum Muslimin zaman ini!
Related posts
Pedagang Forex Snipe
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakaatuh
Saya berkongsi pengalaman bagaimana hendak menjadi Pedagang Forex Sniper. Petuanya:
1. Hati wajib tenang.
Allah swt beritahu dalam firmannya, " Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang," Zikir Ya Allah paling mudah.
2. Sabar dan solat.
Allah swt berfirman " Dan carilah pertolongan daripada Allah swt dengan sabar dan solat"
Bagi lelaki wajib fardu kifayah solah berjemaah.
3. Baca Al Quran, 100 ayat sehari. Surah Yassin 83 ayat. Al Fatihah 7, Al Ikhlas 4, Al Falaq 5, An Nas 6.
Sabda Nabi saw, " Barangsiapa ingin ditunaikan hajat, baca surat Yassin awal pagi.
Caranya istiqfar dulu 100 kali;
1 X Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas
Kemudian Baca surah Yassin
4. Selawat kepada Nabi saw. 10 X.
Barangsiapa selawat kepada Nabi saw 1 X, Allah swt dan Malaikat selawat kepadanya 10 X.
5. JANGAN BUAT MAKSIAT. DOSA AKAN MENYEBABKAN REZEKI TERHALANG.
6. Jika dapat profit, belanja pada isteri, anak-anak, beri ibu bapa.
Anak yatim, fakir miskin, orang jihad jalan Allah.
INSYA ALLAH SWT, REZEKI AKAN DATANG MENCURAH-CURAH.
Trade BUY dan SELL, sentiasa PROFIT.
Saya tunjukkan tempat Buy dan Sell.
Lihat imej BULATAN TU.
Bila garis hijau, biru, merah bertemu dari atas, kawasan over bought, SELL
Bila garis hijau, biru, merah bertemu dari bawah, kawasan over sold, BUY.
INGAT garis -20, Over Bought, Tak boleh BUY
garis -80 over sold, tak boleh SELL.
Guna TF 5
Risk management, wajib 5%. Modal 1000USD, 5%X separuh modal, USD500, lost USD25 untuk 1 trade, iaitu SL30, TP30, TS15: jadi saiz lot hanya 0.83.
Jadi pedagang sniper guna saiz lot 0.83 sekali trade. Jika guna TF 5, banyak boleh dapat
Ni untuk GOLD
Ingat settingnya, William %R, 5SMMA, 8 SMMA
Heiken Ashi
Ini imej minyak #CL
Minyak boleh pergi ke USD 60- USD 70. Pandangan pakar. Sekarang USD 47.25
Fokus 1 pasangan mata wang dan buat strategi scalper. Tunggu betul-betul isyarat BUY atau SELL. Target 5 hingga 10 pip. Guna saiz lot besar. Contoh trading yang dah profit.
Profit USD240 X RM 4.30= RM 1032.00. Jika kekal momentum X 20 hari = RM 20,640.00 sebulan.
Hanya 24 pip sahaja. Saya yakin semua trader dah dapat 24 pip setiap hari.
1- Dalam Group nie boleh share signal. Sumbangan anda di perlukan
2- Group nie utk bljar mcm mane nak trade gold
3- Stiap hari siapa siapa yg ada kesempatan akan buat snr & mintak masing2 plot sndri pada chart masing-masing samada di PC atau Gadget
- iphone bleh letak snr
4- Boleh gunekan snr dan stoch shaja
- Sila edit stochs level 90, 50, & 10
- android xleh edit levels nie
- Boleh Beri dan guna teknik lain..cth: Tok Boom
5- Masing2 kene mahir : Belajar hingga pandai
a- Single pattern
b- Double pattern
c-Tripple pattern
d-Chart pattern (gabungan pelbagai cs)
6- gold kite focus kpd reversal
7- trade xgune po, tp, sl….boleh guna jika mahu
8- tidak ada copy trade dan live trade account sendiri…
Kalau MC tanggung sendiri jgn salahkan pemberi signal…
TAYOR (Trade At Your Own Risk)
9- elakkan screenshot position yang masih belum closed bertujuan untuk :
a- tidak mahu bercanggah bile trader lain dah msok position yg berlainan dengan position yg dihantar digroup ini.
b- tidak mahu membuat mereka risau & tidak confident dengan entry masing2
Apa perlu buat setiap hari :
1. Buat daily snr ( Anyone can do it)
2. Tunggu candle tf15m utk cecah snr
3. Tunggu 3 candle utk confirm reversal signal
4. Enter position kat 4th candle
5. Tunggu profit 100 pips
6. Close position
7. Repeat
Note:
SnR = support and resistance
Cs = candlestick
Op = open price
Tf = time frame
cara trade sy simple je...
kite gune CS reversal pattern
ade 3 jenis pattern
single double & tripple
bnykkan kpd reversal pattern
cara nak gunekan semua di atas adalah spt berikut...
kite mula anlayst apabila shadow cs dah sentuh snr...
tunggu 3 cs di m15...
bile 3 cs tu dah tunjukkan reversal signal, kite masok...
take profit dlm 100 pips...
bergantung pd broker masing2...
kalo breakeven anda tinggi, 100 pips profit tu max profit...
jangan hold position lama2
jangan masuk open position terlalu banyak...buat anggaran sendiri
jika ade soalan tengah teknik di atas, bleh Tanya tuan din kite…
r3 = tambah 7-10$ dari r2
r2 = tambah 4-6$ dari r1
r1 = tambah 2-3$ dari OP
op = open price setiap hari di meta
s1 = tolak 2-3$ dari OP
s2 = tolak 4-6$ dari s1
s3 = tolak 7-10$ dari s2
Sekian Terima Kasih, All the Best dari saya
Redz WangFX
02 Oktober 2015
1048 hrs
Saya berkongsi pengalaman bagaimana hendak menjadi Pedagang Forex Sniper. Petuanya:
1. Hati wajib tenang.
Allah swt beritahu dalam firmannya, " Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang," Zikir Ya Allah paling mudah.
2. Sabar dan solat.
Allah swt berfirman " Dan carilah pertolongan daripada Allah swt dengan sabar dan solat"
Bagi lelaki wajib fardu kifayah solah berjemaah.
3. Baca Al Quran, 100 ayat sehari. Surah Yassin 83 ayat. Al Fatihah 7, Al Ikhlas 4, Al Falaq 5, An Nas 6.
Sabda Nabi saw, " Barangsiapa ingin ditunaikan hajat, baca surat Yassin awal pagi.
Caranya istiqfar dulu 100 kali;
1 X Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas
Kemudian Baca surah Yassin
4. Selawat kepada Nabi saw. 10 X.
Barangsiapa selawat kepada Nabi saw 1 X, Allah swt dan Malaikat selawat kepadanya 10 X.
5. JANGAN BUAT MAKSIAT. DOSA AKAN MENYEBABKAN REZEKI TERHALANG.
6. Jika dapat profit, belanja pada isteri, anak-anak, beri ibu bapa.
Anak yatim, fakir miskin, orang jihad jalan Allah.
INSYA ALLAH SWT, REZEKI AKAN DATANG MENCURAH-CURAH.
Trade BUY dan SELL, sentiasa PROFIT.
Saya tunjukkan tempat Buy dan Sell.
Lihat imej BULATAN TU.
Bila garis hijau, biru, merah bertemu dari atas, kawasan over bought, SELL
Bila garis hijau, biru, merah bertemu dari bawah, kawasan over sold, BUY.
INGAT garis -20, Over Bought, Tak boleh BUY
garis -80 over sold, tak boleh SELL.
Guna TF 5
Risk management, wajib 5%. Modal 1000USD, 5%X separuh modal, USD500, lost USD25 untuk 1 trade, iaitu SL30, TP30, TS15: jadi saiz lot hanya 0.83.
Jadi pedagang sniper guna saiz lot 0.83 sekali trade. Jika guna TF 5, banyak boleh dapat
Ni untuk GOLD
Ingat settingnya, William %R, 5SMMA, 8 SMMA
Heiken Ashi
Ini imej minyak #CL
Minyak boleh pergi ke USD 60- USD 70. Pandangan pakar. Sekarang USD 47.25
Fokus 1 pasangan mata wang dan buat strategi scalper. Tunggu betul-betul isyarat BUY atau SELL. Target 5 hingga 10 pip. Guna saiz lot besar. Contoh trading yang dah profit.
Profit USD240 X RM 4.30= RM 1032.00. Jika kekal momentum X 20 hari = RM 20,640.00 sebulan.
Hanya 24 pip sahaja. Saya yakin semua trader dah dapat 24 pip setiap hari.
1- Dalam Group nie boleh share signal. Sumbangan anda di perlukan
2- Group nie utk bljar mcm mane nak trade gold
3- Stiap hari siapa siapa yg ada kesempatan akan buat snr & mintak masing2 plot sndri pada chart masing-masing samada di PC atau Gadget
- iphone bleh letak snr
4- Boleh gunekan snr dan stoch shaja
- Sila edit stochs level 90, 50, & 10
- android xleh edit levels nie
- Boleh Beri dan guna teknik lain..cth: Tok Boom
5- Masing2 kene mahir : Belajar hingga pandai
a- Single pattern
b- Double pattern
c-Tripple pattern
d-Chart pattern (gabungan pelbagai cs)
6- gold kite focus kpd reversal
7- trade xgune po, tp, sl….boleh guna jika mahu
8- tidak ada copy trade dan live trade account sendiri…
Kalau MC tanggung sendiri jgn salahkan pemberi signal…
TAYOR (Trade At Your Own Risk)
9- elakkan screenshot position yang masih belum closed bertujuan untuk :
a- tidak mahu bercanggah bile trader lain dah msok position yg berlainan dengan position yg dihantar digroup ini.
b- tidak mahu membuat mereka risau & tidak confident dengan entry masing2
Apa perlu buat setiap hari :
1. Buat daily snr ( Anyone can do it)
2. Tunggu candle tf15m utk cecah snr
3. Tunggu 3 candle utk confirm reversal signal
4. Enter position kat 4th candle
5. Tunggu profit 100 pips
6. Close position
7. Repeat
Note:
SnR = support and resistance
Cs = candlestick
Op = open price
Tf = time frame
cara trade sy simple je...
kite gune CS reversal pattern
ade 3 jenis pattern
single double & tripple
bnykkan kpd reversal pattern
cara nak gunekan semua di atas adalah spt berikut...
kite mula anlayst apabila shadow cs dah sentuh snr...
tunggu 3 cs di m15...
bile 3 cs tu dah tunjukkan reversal signal, kite masok...
take profit dlm 100 pips...
bergantung pd broker masing2...
kalo breakeven anda tinggi, 100 pips profit tu max profit...
jangan hold position lama2
jangan masuk open position terlalu banyak...buat anggaran sendiri
jika ade soalan tengah teknik di atas, bleh Tanya tuan din kite…
r3 = tambah 7-10$ dari r2
r2 = tambah 4-6$ dari r1
r1 = tambah 2-3$ dari OP
op = open price setiap hari di meta
s1 = tolak 2-3$ dari OP
s2 = tolak 4-6$ dari s1
s3 = tolak 7-10$ dari s2
Sekian Terima Kasih, All the Best dari saya
Redz WangFX
02 Oktober 2015
1048 hrs
Risalah Musamah bil Qawaid
Risalah Musamah bil Qawaid
daripada
Tuan Shaykh Ahmad bin Idris
Ini adalah Risalah Musamah bil Qawaid
daripada Saiyyidil Arifin Qutbul Muhaqiqin Saidi Ahmad bin Idris
-Bermula-
Adapun bekalan yang lengkap, kata-kata yang masin, atau senjata yang sakti dalam pengembaraan di jalan Allah, untuk seorang yang akal yang mahu menyelamatkan dirinya da segala rupa kebinasaan dan mahu pula supaya Allah rnemasukkan dirinya dalam kumpulan “Al Muqarrabin” dalam segala urusan amalan hidupnya apabila dia mahu melakukan atau bercakap sesuatu hendaklah dia memahami serta mematuhi prinsip-prinsip ini.
Pertama: Hendaklah a menganggapkan dirinya berada di hadapan Allah Subhanahu Wataala yang akan bertanya kepadanya mengenai perkara itu. Maka hendaklah a menyediakan jawapan pertanyaan Allah itu sebelum dia rnemulakannya, jika a mendapati jawapannya itu benar, tepat dan diredhai oleh Allah taala maka bolehlah dia melakukan perkara itu. Hasilnya dia akan mendapat sanjungan di dunia dan di akhirat.
Tetapi jika jawapan yang disediakannya itu fidak diterima oleh Allah dan tidak diredhaiNya maka hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara itu kerana jika dilakukan buruk padahnya.
Asas Perbuatan
Prinsip ini adalah asas segala perbualan den percakapan. Sesiapa yang berbuat dan berpegang teguh dengan prinsip ini segala perlakuannya adalah benar, tepat lahir dan batin tanpa sebarang kecacatan, inilah maksud sabda junjungan Nabi kita yang berbunyi
Ertinya : Hisablah diri kamu sebelum dihisabkan di akhirat nanti dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang di akhirat nanti.
Kedua: Keredhaan Allah Bahawa seorang itu tidak nelakukan apa-apa perbuatan dan tidak melafazkan suatu percakapan melainkan kerana mendapatkan keredhaan Allah.
Maka apabila sudah benar tujuan moncari keredhaan Allah dan bersih niatnya dari tujuan-tujuan lain daripada keredhaan Allah dan dia berpegang teguh dengan prinsip ini ketika itu dia tidak akan berkata dan melakukan sesuatu melainkan dengan memastikan kebenarannya dan dengan berhati-hati. Ketika itu segala amalannya adalah semata-mata ikhlas dan kerana Allah jua dari segenap sudut.
lnilah maksud firman Allah taala kepada rasulNya yang teragung kekasihnya yang utama di dalam Al-Quran.
(Surah al-Kahfi ayat 28) Ertinya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata
Dan firmanNya lagi :
Ertinya : Dan tidak seorang pun akan dibalas budi baiknya melainkan jika dia bertujuan mencari keredhaan Allah, dia akan mendapat keredhaan itu.
Ketiga: Belas Kasihan
Hendaklah seseorang itu menyematkan dalam hati sanubari perasaan belas kasihan terhadap semua orang Islam samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak dan hendaklah dia menunaikan hak-hak yang telah ditetapkan oleh Islam seperti memuliakan dan menjaga kedudukan mereka.
Maka apabila prinsip ni sudah bersemadi teguh dalam sanubari ketika itu Allah rnengurniakannya rahmat Illahiyah melimpahi seluruh tubuh badannya dan dia dapat merasakan kemanisan rahmat lllah itu, maka dengan itu bererti ía mendapat sebahagian besar dan pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi iaitu rahmatnya, seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam firmannya:
(Surah al-Anbiya ayat 107) Ertinya : Kami tidak mengutuskan anda menjadi Rasul wahai Muhammad melainkan rahmat untuk sekalian alam.
Dan inilah juga maksud sabda Rasulullah
Ertinya : Allah mempunyai tiga kehormatan, sesiapa rnenjaganya nescaya Allah mempermudahkan urusan agama dan urusan dunianya. Sesiapa yang tidak menjaganya nescaya Allah tidak memberi apa-apa kemudahan untuknya. Tiga kehormatan itu ialah:
Kehormatan Islam
Kehormatanku (Rasulullah )
dan Kehormatan keluargaku .
Dan inilah juga maksud sabda junjungan . kepada Saidina Abu Bakar
Ertinya : Jangan ando menghina sesiapa pun orang Islam kerana orang Islam yang kerdil dan hina pada pandangan dunia itu adalah besar dan mulia di sisi Allah.
Keempat: Budi pekerti teras agama Islam
Budi pekerti yang mulia menjadi tugas untuk Rasulullah menyempurnakannya sebagaimana sabdanya:
Ertinya : Sesungguhnya saya diutus semata-mata untuk melengkapkan budi pekerti mulia.
Prinsip ini adalah satu-satunya teras agama Islam. Maksudnya seseorang Muslim itu hendaklah berlemah lembut terhadap keluarganya, para pekerjanya dan sekalian kaum Muslimin.
Sabda Rasulullah
Ertinya : Ahli syurga ialah orang yang lemah tembut, mudah tidak cerewet, dan ahli neraka itu pula ialah orang yang keras lagi kaba’tsar. Mereka itu bertanya, “Apa itu kaba’tsar ya Rasulullah ?” Baginda menjawab, “Kasar dan keras terhadap keluarga, kasar terhadap isteri, kasar terhadap saudara mara
Ertinya : Dan katakanlah sesuatu kepada manusia dengan sebaik-baiknya iaitu bukan yang terkeji..
Dan firman Allah lagi
Ertinya : Dan sampaikan kepada hambaku supaya rnereka mengatakan sesuatu yang baik.
Maksud yang baik itu ialah semua bentuk kebaikan dan juga yang lebih dari itu.
Ringkasnya : Apa sahaja kata-kata semangat dan perbuatan baik yang anda suka diperkatakan atau diperlakukan kepada anda maka hendaklah anda sampaikan kata-kata itu dan lakukan perbuatan itu terhadap orang-orang lain.
Begitu juga sebarang kata, percakapan dan perbuatan yang anda tidak suka disampaikan dan dilakukan kepada anda maka tinggalkanlah kerana Allah, melainkan seseorang itu mengikut perangainya dan kelakuannya terhadap makhluk lain. Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada mereka. Maka sesiapa yang dapat memberi kegembiraan dan rahmat serta perlindungan kepada makhluknya nescaya akan mendapat balasan seperti itu dari Allah.
Begitulah sesiapa yang memuliakan seseorang hamba kerana hormatkan Tuan kepada hamba itu bererti dia telab memuliakan Tuan itu sendiri. Pengertian seperti inilah yang difahami daripada hadis Qudsi yang berbunyi:
Ertinya : Allah berkata kepada seorang hambanya pada hari kiamat, “Aku lapar tetapi engkau tidak memberiKu makan, Aku dahaga tapi engkau tidak mahu mengeluarkan air padaKu, Aku sakit tapi engkau tidak mahu menziarahiKu. Maka hambo itu bertanya kehairanan., bagaimana boleh lapar sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam? Bagaimana boleh dahaga sedangkan Tuan yang memilki seluruh alam? Bagaimana boleh sakit sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam?
Allah berfirman menerangkan kata-kata tadi, sesungguhnya hambaku Si Fulan itu sakit, jika engkau menziarahinya maka nescaya engkau dapati Aku bersamanya dan hambaku Si Fulan itu sedang kelaparan jika engkau memberinya makanan, nescaya engkau dapati Aku di sisinya, dan hambaku Si Fulan itu kehausan jika engkau memberinya minum nescaya engkau dapati Aku di sisinya.
Demikianaah Allah menerangkan yang dimaksudkan dengan ZatNya dalam firmanNya : HambaKu Si Fulan lapar, hambaKu Si Fulan sakit dan hambaKu Si Fulan minta air. Maka memberi layanan baik kepada hamba kerana menghormati Tuannya tidak syak lagi penghormatan kepada Tuan itu sendiri.
Orang yang berpegang teguh dengan sikap ini mengutamakan Allah Subhanahu Wataala dalam segala perkara.
Ketinggian budi pekerti seseorang itu terhadap Allah dan terhadap hambanya terhimpun dalam sabda junjungan kita Muhammad yang berbunyi:
Ertinya : Muliakan Allah taala dengan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah iaitu janganlah Allah melihat anda berada di tempot laranganNya dan janganlah Allah kehilangan anda dari tempat yang disuruhNya.
Sikap yang boleh menimbulkan perasaan malu seseorang terhadap Allah Subhanahu Wata’ala ialah sentiasa mengingat bahawa Allah memerhati dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu seperti firmannya:
Ertinya : … ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya… (Surah al-Baqarah ayat 235)
Apabila hati seseorang hamba itu sentiasa menyedari perhatian Allah ini dan dia menjadikan kesedaran itu sebagal amalannya ketika itu timbullah perasaan malu untuk melafazkan atau melakukan sesuatu yang tiada diredhai oleh Allah kerana tidak layak dengan keagungan sedangkan dia sentiasa teringat firman Allah:
Ertinya : Dia (Allah) ada bersama kamu mana-mana sahaja kamu berada.Ya Allah tetap bersamanya dan memerhatikannya.
Kerana itu jika seorang hamba itu hendak berzina atau mencuri umpamanya sedangkan manusia ada yang memerhatikannya tentulah dia tidak sanggup melakukannya kerana perbuatan itu mendatangkan keburukan dan keaiban pada dirinya. Maka kalaulah begitu keadaannya bersama-sama makhluk lemah yang tidak dapat mendatangkan apa-apa bahaya atau pertolongan kerana takutkan jatuh maruah dan kedudukan di sisi manusia, maka tidaklah syak lagi ketika hatinya mengingat Allah di saat akan melakukan perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah itu, dia akan meninggalkan perbuatan itu sama sekali.
Inilah maksud sabda junjungan kita Muhammad tentang pengertian Al-Ihsan iaitu:
Ertinya : Bahawa anda beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihatNya, jika tidak melihatNya pun maka Allah tetap melihat anda.
Maka sesiapa yang berada dalam keadaan seperti ini tentu akan menunaikan ibadat itu dengan baiknya mengikut kadar kebaikannya tentang perhatian Allah kepadanya.
– Selesai –
Related posts
Program membaca Al-Quran harian
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH
https://t.me/QuranColourCode2019
Program membaca Al-Quran harian.
Tarikh: 25/12/2015 (Jumaat)
Drp Ibnu Mas'ud r.a Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf"
Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi.
Zikir Imam Al Ghazali
Sekurang-kurangnya setiap hari 1000x
Jumaat -Ya Allah
Sabtu -Laa ila haillallah
Ahad -Ya hayyu ya qayyum
Isnin -La haulawala khuwwata illa billa hil a'li yilazim
Selasa - Selawat kpd nabi
Rabu - Istighfar
Khamis -Subhanalla hil
a'dziimi wabiham dih
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".
(Hadis Riwayat Muslim)
Rasullullah S.A.W bersabda
"Sesiapa menghafaz 10 ayat dari permulaan Al Kahfi maka terhindar daripada Al Dajjal".
Hadis Riwayat Muslim
Rasullullah saw bersabda
"Sesiapa yang membaca ketika bangun subuh Auzubilla himinash syaitoonirrojim, kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya sehingga petang, begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid".
Hadis riwayat At Tafmidzi
Drp Abu Hurairah ra, Rasullullah saw bersabda
"Siapa saja yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya tanpa dikurangai sedikitpun. Dan sesiapa saja yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun".
Hadis riwayat Muslim.
As salam...
Channel 1. Al-Qur’an
https://telegram.me/ReadQuranColourCode
Channel 2. Holy Qur'an
https://telegram.me/QuranColourCode
https://t.me/QuranColourCode2019
Program membaca Al-Quran harian.
Tarikh: 25/12/2015 (Jumaat)
Drp Ibnu Mas'ud r.a Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf"
Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi.
Zikir Imam Al Ghazali
Sekurang-kurangnya setiap hari 1000x
Jumaat -Ya Allah
Sabtu -Laa ila haillallah
Ahad -Ya hayyu ya qayyum
Isnin -La haulawala khuwwata illa billa hil a'li yilazim
Selasa - Selawat kpd nabi
Rabu - Istighfar
Khamis -Subhanalla hil
a'dziimi wabiham dih
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".
(Hadis Riwayat Muslim)
Rasullullah S.A.W bersabda
"Sesiapa menghafaz 10 ayat dari permulaan Al Kahfi maka terhindar daripada Al Dajjal".
Hadis Riwayat Muslim
Rasullullah saw bersabda
"Sesiapa yang membaca ketika bangun subuh Auzubilla himinash syaitoonirrojim, kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya sehingga petang, begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid".
Hadis riwayat At Tafmidzi
Drp Abu Hurairah ra, Rasullullah saw bersabda
"Siapa saja yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya tanpa dikurangai sedikitpun. Dan sesiapa saja yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun".
Hadis riwayat Muslim.
As salam...
Channel 1. Al-Qur’an
https://telegram.me/ReadQuranColourCode
Channel 2. Holy Qur'an
https://telegram.me/QuranColourCode
Ilmu Mengenal diri
Assalammualaikum
PENGENALAN
ILMU MENGENAL DIRI
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku a
Engkau dan Aku
Kalau engkau hendak menemui aku
kan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.
(SAJAK PENINGGALAN GURUKU)
BAPAK BAGINDA MUCHTAR
Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?
Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab, " Masuklah melalui mana mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.
Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi "Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).
1. Terbuka Sendiri.
- Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.
- Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini.
- Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
- Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
- Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
- Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
- Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
- Ianya duduk didalam jasad
- Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
- Dia lah yang Menghidupkan kita
- Punca tenaga
- Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
- Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna....Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya"
OSMAN HADI - 018-2924054 - GOMBAK SELANGOR DARUL EHSAN
cintakan Rasulullah
Amal sunah bukti cintakan Rasulullah
Walaupun
kita tidak hidup pada zaman Rasulullah SAW dan bertemu dengan Baginda,
kita tetap beruntung kerana beriman kepadanya. Justeru, buktikan
kecintaan kepada Baginda dengan mengamalkan sunah yang ditinggalkan.
Ikuti kisah menarik sahabat yang cintakan Rasulullah SAW bersama Ustaz
Dusuki Abdul Rani Name dalam slot Mau'izati di IKIMfm.
Rasulullah SAW bersabda: "Beruntunglah sesiapa yang pernah melihat wajah Baginda dan kemudian beriman dengannya. Lalu Baginda mengulangi ucapannya sebanyak tiga kali bahawa beruntunglah orang yang tidak pernah melihat wajahnya, tetapi tetap beriman kepada Baginda."
Sesungguhnya orang yang dimaksudkan Rasulullah SAW ialah umat yang hidup di dunia selepas kewafatan Baginda, termasuk kita. Rasulullah SAW dirasakan sangat dekat dengan kita walaupun tidak pernah melihat wajahnya.
Malah, Rabiulawal adalah bulan mulia kerana pada ketika itu seluruh manusia turut meraikan tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Namun, ia adalah cabaran besar untuk terus mencintai dan mengingati Baginda disebabkan jarak masa terlalu lama.
Perkongsian bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, menjelaskan umat Rasulullah SAW sewajarnya menunjukkan rasa kecintaan dan mengamalkan cara hidup yang sebati dengan Baginda.
Selawat tidak hanya dizahirkan pada sambutan kelahiran Rasulullah SAW, tetapi seharusnya dilakukan secara berterusan sehingga menjadi rutin dalam kehidupan seharian. Allah SWT dan malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Pelajari sirah Baginda
Sesungguhnya Allah SWT memanggil nama nabi lain dengan nama mereka sendiri seperti Zakaria, Musa, Ibrahim, tetapi panggilan kepada Nabi Muhammad disertai dengan Rasulullah SAW yang membuktikan besarnya nilai Baginda di sisi Allah SWT.
Oleh itu, orang Mukmin hendaklah sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Realitinya masa kini, umat manusia lebih mengutamakan aktiviti lain dan melupakan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Selain itu, untuk mendekat diri dengan Baginda, kita seharusnya belajar sirah hidup Rasulullah SAW supaya lebih mengenalinya. Mendalami sirah Baginda juga mengelakkan kejahilan dan pertikaian yang tidak seharusnya berlaku berkaitan peribadi Rasulullah SAW.
Sifat malas untuk belajar mengenali Baginda akan mendorong seorang individu berkelakuan kurang sopan, sombong dan tidak menghargai pandangan orang lain. Antara rujukan adalah kitab Fiqh al-Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti, Sirah al- Bidayah wan Nihayah dan lain-lain.
Ada dalam kalangan sahabat yang mengenali Rasulullah SAW, sanggup datang dari tempat yang jauh untuk solat di belakang Baginda. Contohnya, Julaibid dikisahkan memiliki wajah yang hodoh dan menakutkan ditegur oleh Rasulullah SAW selepas selesai menunaikan solat Asar.
Pinangan daripada Rasulullah
Julaibid hidup bersendirian, tidak berharta dan tidak berkeluarga. Selepas Baginda bertanya berkali-kali soalan sama ada dia berkeinginan untuk berkahwin, dia hanya berkata tidak ada sesiapa yang ingin menerimanya.
Kemudian Rasulullah SAW meminta Julaibid bertemu seorang ketua kabilah di hujung kota yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik. Rasulullah SAW memberitahu supaya disampaikan salam Baginda kepada ketua kabilah dan mengarahkan Julaibid berkahwin dengan anaknya itu.
Selepas disampaikan khabar dan hajat Rasulullah SAW, ketua kabilah dan isterinya terpinga-pinga mendengar cadangan supaya anak mereka dikahwinkan dengan Julaibid.
Namun, anak perempuan mereka meminta kedua-dua orang tuanya untuk menuruti hasrat berkenaan kerana pinangan itu datangnya daripada Rasulullah SAW dan dia bersedia mengahwini Julaibid.
Gugur syahid
Selepas mendengar perkhabaran mengenai penerimaan lamaran oleh perempuan itu, Rasulullah SAW bingkas bangun dan mendoakan supaya Allah SAW memberkati dan menjadikan wanita itu wanita terkaya di Kota Madinah serta dipanjangkan umurnya.
Selang sebulan selepas perkahwinan itu, Julaibid pergi berperang dan gugur syahid. Selesai Perang Uhud, sahabat membuat perkiraan siapakah yang syahid ketika itu dan sehingga akhirnya nama Julaibid tidak disebut.
Rasulullah SAW berkata, nama yang syahid belum selesai kerana masih ada yang tertinggal, kerana malaikat Jibril menyampaikan perkhabaran kepada Baginda, Julaibid gugur syahid apabila dia cuba membunuh musuhnya yang kelapan.
Sahabat berusaha mencari jasad Julaibid, mereka mendapati ada satu mayat yang berada di dalam keadaan tertiarap. Rasulullah SAW dipanggil oleh sahabat untuk mengenal pasti jasad itu adalah Julaibid.
Sahabat yang dihargai
Baginda mengiakannya dan duduk di sisi jasad sambil memusingkan badan Julaibid dan menyapu pasir yang terlekat pada wajahnya itu. Rasulullah tunduk ke dahi Julaibid, menangis dan menyebut: "Wahai Julaibid, kamu sebahagian aku dan aku adalah sebahagian darimu," lalu mencium dahinya sebanyak tiga kali.
Ucapan itu diulang beberapa kali oleh Rasulullah SAW yang membuktikan Baginda sangat menghargai sahabatnya yang telah gugur syahid itu.
Kecintaan terhadap Rasulullah SAW juga perlu dizahirkan pada peribadi orang Mukmin dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk tingkah laku yang baik, tutur bicara sopan seperti keperibadian mulia Baginda.
Orang Mukmin hidup bersama sunah Rasulullah SAW akan mewujudkan qudwah yang sempurna dan perselisihan yang berlaku dalam kalangan manusia hari ini adalah akibat tiada peribadi Rasulullah SAW dalam amalan kehidupan mereka.
Penulis adalah Pengurus Hubungan Strategik Radio IKIMfm
Rasulullah SAW bersabda: "Beruntunglah sesiapa yang pernah melihat wajah Baginda dan kemudian beriman dengannya. Lalu Baginda mengulangi ucapannya sebanyak tiga kali bahawa beruntunglah orang yang tidak pernah melihat wajahnya, tetapi tetap beriman kepada Baginda."
Sesungguhnya orang yang dimaksudkan Rasulullah SAW ialah umat yang hidup di dunia selepas kewafatan Baginda, termasuk kita. Rasulullah SAW dirasakan sangat dekat dengan kita walaupun tidak pernah melihat wajahnya.
Malah, Rabiulawal adalah bulan mulia kerana pada ketika itu seluruh manusia turut meraikan tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Namun, ia adalah cabaran besar untuk terus mencintai dan mengingati Baginda disebabkan jarak masa terlalu lama.
Perkongsian bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, menjelaskan umat Rasulullah SAW sewajarnya menunjukkan rasa kecintaan dan mengamalkan cara hidup yang sebati dengan Baginda.
Selawat tidak hanya dizahirkan pada sambutan kelahiran Rasulullah SAW, tetapi seharusnya dilakukan secara berterusan sehingga menjadi rutin dalam kehidupan seharian. Allah SWT dan malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Pelajari sirah Baginda
Sesungguhnya Allah SWT memanggil nama nabi lain dengan nama mereka sendiri seperti Zakaria, Musa, Ibrahim, tetapi panggilan kepada Nabi Muhammad disertai dengan Rasulullah SAW yang membuktikan besarnya nilai Baginda di sisi Allah SWT.
Oleh itu, orang Mukmin hendaklah sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Realitinya masa kini, umat manusia lebih mengutamakan aktiviti lain dan melupakan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Selain itu, untuk mendekat diri dengan Baginda, kita seharusnya belajar sirah hidup Rasulullah SAW supaya lebih mengenalinya. Mendalami sirah Baginda juga mengelakkan kejahilan dan pertikaian yang tidak seharusnya berlaku berkaitan peribadi Rasulullah SAW.
Sifat malas untuk belajar mengenali Baginda akan mendorong seorang individu berkelakuan kurang sopan, sombong dan tidak menghargai pandangan orang lain. Antara rujukan adalah kitab Fiqh al-Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti, Sirah al- Bidayah wan Nihayah dan lain-lain.
Ada dalam kalangan sahabat yang mengenali Rasulullah SAW, sanggup datang dari tempat yang jauh untuk solat di belakang Baginda. Contohnya, Julaibid dikisahkan memiliki wajah yang hodoh dan menakutkan ditegur oleh Rasulullah SAW selepas selesai menunaikan solat Asar.
Pinangan daripada Rasulullah
Julaibid hidup bersendirian, tidak berharta dan tidak berkeluarga. Selepas Baginda bertanya berkali-kali soalan sama ada dia berkeinginan untuk berkahwin, dia hanya berkata tidak ada sesiapa yang ingin menerimanya.
Kemudian Rasulullah SAW meminta Julaibid bertemu seorang ketua kabilah di hujung kota yang mempunyai seorang anak perempuan yang cantik. Rasulullah SAW memberitahu supaya disampaikan salam Baginda kepada ketua kabilah dan mengarahkan Julaibid berkahwin dengan anaknya itu.
Selepas disampaikan khabar dan hajat Rasulullah SAW, ketua kabilah dan isterinya terpinga-pinga mendengar cadangan supaya anak mereka dikahwinkan dengan Julaibid.
Namun, anak perempuan mereka meminta kedua-dua orang tuanya untuk menuruti hasrat berkenaan kerana pinangan itu datangnya daripada Rasulullah SAW dan dia bersedia mengahwini Julaibid.
Gugur syahid
Selepas mendengar perkhabaran mengenai penerimaan lamaran oleh perempuan itu, Rasulullah SAW bingkas bangun dan mendoakan supaya Allah SAW memberkati dan menjadikan wanita itu wanita terkaya di Kota Madinah serta dipanjangkan umurnya.
Selang sebulan selepas perkahwinan itu, Julaibid pergi berperang dan gugur syahid. Selesai Perang Uhud, sahabat membuat perkiraan siapakah yang syahid ketika itu dan sehingga akhirnya nama Julaibid tidak disebut.
Rasulullah SAW berkata, nama yang syahid belum selesai kerana masih ada yang tertinggal, kerana malaikat Jibril menyampaikan perkhabaran kepada Baginda, Julaibid gugur syahid apabila dia cuba membunuh musuhnya yang kelapan.
Sahabat berusaha mencari jasad Julaibid, mereka mendapati ada satu mayat yang berada di dalam keadaan tertiarap. Rasulullah SAW dipanggil oleh sahabat untuk mengenal pasti jasad itu adalah Julaibid.
Sahabat yang dihargai
Baginda mengiakannya dan duduk di sisi jasad sambil memusingkan badan Julaibid dan menyapu pasir yang terlekat pada wajahnya itu. Rasulullah tunduk ke dahi Julaibid, menangis dan menyebut: "Wahai Julaibid, kamu sebahagian aku dan aku adalah sebahagian darimu," lalu mencium dahinya sebanyak tiga kali.
Ucapan itu diulang beberapa kali oleh Rasulullah SAW yang membuktikan Baginda sangat menghargai sahabatnya yang telah gugur syahid itu.
Kecintaan terhadap Rasulullah SAW juga perlu dizahirkan pada peribadi orang Mukmin dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk tingkah laku yang baik, tutur bicara sopan seperti keperibadian mulia Baginda.
Orang Mukmin hidup bersama sunah Rasulullah SAW akan mewujudkan qudwah yang sempurna dan perselisihan yang berlaku dalam kalangan manusia hari ini adalah akibat tiada peribadi Rasulullah SAW dalam amalan kehidupan mereka.
Penulis adalah Pengurus Hubungan Strategik Radio IKIMfm
QuranColourCode2019
Assalammualaikum.
https://t.me/QuranColourCode2019
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH
Program membaca al quran harian. Mulai
Tarikh: 10/03/2019 (Ahad)
Drp Ibnu Mas'ud r.a Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf"
Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi.
Zikir Imam Al Ghazali
setiap hari 1000x
Jumaat -Ya Allah
Sabtu -Laa ila haillallah
Ahad -Ya hayyu ya qayyum
Isnin -La haulawala khuwwata illa billa hil a'li yilazim
Selasa - Selawat kpd nabi
Rabu - Istighfar
Khamis -Subhanalla hil
a'dziimi wabiham dih
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".
(Hadis Riwayat Muslim)
Rasullullah S.A.W bersabda
"Sesiapa menghafaz 10 ayat dari permulaan Al Kahfi maka terhindar daripada Al Dajjal".
Hadis Riwayat Muslim
Rasullullah saw bersabda
"Sesiapa yang membaca ketika bangun subuh Auzubilla himinash syaitoonirrojim, kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya sehingga petang, begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid".
Hadis riwayat At Tafmidzi
Drp Abu Hurairah ra, Rasullullah saw bersabda
"Siapa saja yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya tanpa dikurangai sedikitpun. Dan sesiapa saja yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun".
Hadis riwayat Muslim.
Lets Joint this Channel
https://t.me/QuranColourCode2019
https://t.me/joinchat/A7WgohMuyw_q04rz_Znxtg
INTRODUCTION OF
AL-QURAN
Segala sesuatu yang terkait dengan Al-Quran akan menjadi mulia:
Jibril Alaihissalam, Al-Quran turun bersamanya, maka ia pun menjadi pemimpin malaikat dan dia mendapat gelar “Ruhul-amin”
Dan Nabi Muhammad shollallhu ‘alaihi wasallam, Al-Qur’an turun kepada beliau...maka beliau menjadi pemimpin seluruh umat manusia, serta sebaik2 Nabi dan Rasul.
Al-Quran turun untuk Umat Nabi Muhammad, maka mereka pun menjadi umat terbaik
Dan turun di bulan Ramadan, maka menjadi bulan yang paling mulia.
Dan turun di malam Lailatul Qadar, maka menjadi malam yang paling baik...
Maka demi Allah, yang tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia, bahawa Al-Quran, apabila turun di hati seorang hamba, maka ia akan menjadi sebaik-baik manusia.
Kerana Nabi sallallahu alaihi wa sallam pernah bersabda: sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. (HR. Bukhari)
Dan apabila Al-Quran turun dalam hidupmu dan pada suatu harimu, maka hari tersebut menjadi sebaik-baik hari untukmu.
Sehingga hari-hari terbaikmu adalah hari-hari ketika engkau bersama dengan Al-Quran.
https://t.me/QuranColourCode2019
ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH
Program membaca al quran harian. Mulai
Tarikh: 10/03/2019 (Ahad)
Drp Ibnu Mas'ud r.a Rasullullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Barangsiapa membaca satu huruf daripada al quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebajikan menyamai 10 pahala. Aku tidak mengatakan ﺍﻟﻢ itu satu huruf tetapi ا satu huruf ل satu huruf dan م satu huruf"
Hadis hasan sahih riwayat At Tirmidzi.
Zikir Imam Al Ghazali
setiap hari 1000x
Jumaat -Ya Allah
Sabtu -Laa ila haillallah
Ahad -Ya hayyu ya qayyum
Isnin -La haulawala khuwwata illa billa hil a'li yilazim
Selasa - Selawat kpd nabi
Rabu - Istighfar
Khamis -Subhanalla hil
a'dziimi wabiham dih
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".
(Hadis Riwayat Muslim)
Rasullullah S.A.W bersabda
"Sesiapa menghafaz 10 ayat dari permulaan Al Kahfi maka terhindar daripada Al Dajjal".
Hadis Riwayat Muslim
Rasullullah saw bersabda
"Sesiapa yang membaca ketika bangun subuh Auzubilla himinash syaitoonirrojim, kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya sehingga petang, begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid".
Hadis riwayat At Tafmidzi
Drp Abu Hurairah ra, Rasullullah saw bersabda
"Siapa saja yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya tanpa dikurangai sedikitpun. Dan sesiapa saja yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun".
Hadis riwayat Muslim.
Lets Joint this Channel
https://t.me/QuranColourCode2019
https://t.me/joinchat/A7WgohMuyw_q04rz_Znxtg
INTRODUCTION OF
AL-QURAN
Segala sesuatu yang terkait dengan Al-Quran akan menjadi mulia:
Jibril Alaihissalam, Al-Quran turun bersamanya, maka ia pun menjadi pemimpin malaikat dan dia mendapat gelar “Ruhul-amin”
Dan Nabi Muhammad shollallhu ‘alaihi wasallam, Al-Qur’an turun kepada beliau...maka beliau menjadi pemimpin seluruh umat manusia, serta sebaik2 Nabi dan Rasul.
Al-Quran turun untuk Umat Nabi Muhammad, maka mereka pun menjadi umat terbaik
Dan turun di bulan Ramadan, maka menjadi bulan yang paling mulia.
Dan turun di malam Lailatul Qadar, maka menjadi malam yang paling baik...
Maka demi Allah, yang tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia, bahawa Al-Quran, apabila turun di hati seorang hamba, maka ia akan menjadi sebaik-baik manusia.
Kerana Nabi sallallahu alaihi wa sallam pernah bersabda: sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. (HR. Bukhari)
Dan apabila Al-Quran turun dalam hidupmu dan pada suatu harimu, maka hari tersebut menjadi sebaik-baik hari untukmu.
Sehingga hari-hari terbaikmu adalah hari-hari ketika engkau bersama dengan Al-Quran.
♥️♥️♥️♥️❤❤❤❤💚💚💚💛💛💛
Subscribe to:
Posts (Atom)