QADIANI
(Bukan Ajaran Islam)
MAKLUMAN
FATWA RASMI
Buku ini adalah dikeluarkan mengikut keputusan Majlis
Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) dalam
mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975 (hari yang
kedua). Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Negeri-negeri yang mengambil
bahagian sahaja) yang tersebut telah mempersetujui pendapat Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai
Puak Kadiyaniah / Ahmadiah, selepas pindaan seperti berikut:
1. “Puak Kadiyaniah / Ahmadiah adalah puak yang terkeluar
daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam
termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.
2. “Majlis (Negeri – negeri yang mengambil bahagian sahaja)
bersetuju satu kertas putih mengenai penyelewengan Puak Kadiyaniah /
Ahmadiah hendaklah dikeluarkan oleh Majlis Keebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia”.
3. “Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja)
bersetuju iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama Islam Malaysia
hendaklah mengambil tindakan berutus dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri
(yang mengambil bahagian sahaja) supaya pendapat-pendapat terkandung
dalam keputusan-keputusan (i) dan (ii) di atas diisytiharkan oleh
Kerajaan-Kerajaan Negeri itu”.
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Malaysia.
AJARAN QADIANI
(AHMADIAH / QADINIAH)
Pendahuluan
Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan ioleh Mirza
Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah
bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam.
Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad
sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula adalah diambil dari nama
kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daam daerah
Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama
ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat
lahirnya Mirza.
Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua
puluh hingga sekarang oleh mubaligh-mubaligh atau pengikut-pengikut
ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya tidak pernah diiktiraf
oleh agama Islam sendiri.
Siapa Mirza Ghulam Ahmad , Qadiani?Baca selengkapnya
Keturunan
Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung
Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di
situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin mirza Atta Muhammad.
Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama
kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari
bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian
berpindah ke India dan menetap di Qadian.
Pendidikan
Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian
membaca Al-Quran dan beberapa buah buku Parsi. Apabila berumur 10 tahun,
beliau belajar bahasa Arab. Di kala berumur 17 tahun, beliau belajar
ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru. Beliau belajar ilmu
perubatan dengan ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu agama
dengan sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima
pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah (Middle Class). Beliau
seorang yang kuat belajar. Guru-gurunya yang mengajar nahu, mantiq
(Logic) dan falsafah ialah Maulavi Fazlilillahi, Maulavi Fazli Ahmad dan
Maulavi Gul Ali Shah. Ayahnya sendiri seorang ahli ilmu perubatan
(Physician) yang berpengalaman.
Pekerjaan
Dengan pengetahuan yang ada Mirza bertugas di bawah Penolong
Pesuruhjaya Sialkot dengan gaji yang kecil selama 4 tahun (1864-1868).
Pada masa ini, beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau
telah cuba mengambil peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun
1868, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke Qadian menjaga tanah dan
harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya ditumpukan untuk menatap
Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith.
Kehidupan
Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga
orang-orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian
dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang. Dalam tahun 1907 beliau
menulis : “…dulu saya tidak dikenali, hidup di kampung terpencil, Qadian
dan tidur di ceruk sudut. Kemudian Allah telah menukarkan dunia ini
kepada saya dan menolong saya dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu
sebenarnya saya tidak pernah ada harapan untuk mendapat 10 rupee
sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira 300 rupee atau
lebih lagi. Mereka telah menghantarkan kepada saya wang dan emas dan
saya tidak tahu nama mereka”.
Kahwin Dan Anak
Perkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun 1852 atau
1853 iaitu dengan seorang daripada kalangan keluarganya sendiri. Beliau
mendapat dua orang anak iaitu Mirza Sultan Ahmad dan Mirza Fazal Ahmad.
Dalam tahun 1891, beliau menceraikan isterinya. Tahun 1884 beliau
mengahwini anak perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain
adalah dengan isterinya ini iaitu tiga orang. Mereka ialah:
1. Mirza Bashiruddin Mahmood
2. Mirza Bashir Ahmad (Pengarang Sirat Al-Mahdi)
3. Mirza Sharif Ahmad
Kesihatan
Semasa muda Mirza selalu diserang penyakit hysteria di mana
kadang-kadang beliau pernah rebah dan tidak sedarkan diri. Mirza sendrii
pernah menganggap penyakitnya itu sebagai hysteria dan tekanan perasaan
(Melancholia). Beliau juga diserang penyakit kencing manis (diabetes)
dan kencing besel (copious urination). ýBeliau sering mengamalkan
latihan rohani (spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau
pernah berpuasa enam bulan tanpa henti.
Sikap Dan Tingkahlaku
Pada masa kanak-kanak, Mirza adalah seorang budak yang
‘simple’ dan tidaklah begitu cerdik. Beliau tidak tahu bagaimana
memutarkan jarum jam. Kalau dia hendak mengetahui masa, beliau mengambil
jam dari poketnya lalu membilang dengan tangan bermula dari angka satu.
Beliau membilang kuat-kuat supaya tidak lupa kerana beliau seorang
pelupa. Kadang kala beliau tidak dapat membezakan kasut kiri dan kanan.
Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar serta menggunakan
bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya. Dalam syairnya
untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya, beliau berkata:
“Seteru-seteru itu macam babi; perempuan-perempuan mereka macam anjing”.
Meninggal Dunia
Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang
dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah
pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu.
Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang
(penyunting) buku Ahli-Hadith.
Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab
dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain
Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati
pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang
pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang
gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong
malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka
saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari
balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka
penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau
selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.
Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza
jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga,
beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya,
20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut
bapa mertuanya: ‘Di malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah
mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan kepada saya: “Tuan sahib, saya
ini diserang penyakit tuan”. Selepas itu saya tidak dengar lagi dia
bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan nafansya yang terakhir
pada pukul 10 malam”. Beliau dikuburkan di Qadian yang sekarang ini di
dalam negara Pakistan.
Bagaimana Munculnya Ajaran Qadiani
Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang kuat dan tekun
belajar. Dia berminat dalam bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith. Beliau
juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan amat sensitif dengan
kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh pengaruh
luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian.
Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang
Kristian. Beliau telah menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk
mempertahankan Islam. Antaranya Baharin-I-Ahmadiah. Mirza telah dipuji
atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya merasa sangat bijak,
pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup
sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti
‘reformer’ (mujaddid), Al-Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah
bermulanya penyelewengan-penyelewengan lain yang melahirkan ajaran
Qadiani ini.
Faktor Luar Alam Sekitar
Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India
menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-ulama bercakaran pendapat mengikut
mazhab masing-masing. Perang mazhab sering mencetuskan keganasan yang
mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli sufi
olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib dan mendakwa
menerima ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di
samping itu, Punjab tempat lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat
konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di dalam agama. Mereka
menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu.
Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat Islam menjadi
pudar, kosong fikiran dan ragu-ragu.
Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857
menentang penjajah Inggeris menambahkan lagi keperluan kepada seorang
pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang teristimewa (charismatic).
Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang dijanjikan
sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang
ini, bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan
berkenaan dengan idirnya.
Pengaruh Nuruddin Ke Atas Mirza Ghulam Ahmad
Siapa Nuruddin?
Nuruddin Bhairawi dilahirkan di Kampung Bhaira, Punjab,
Pakistan Barat pada tahun 1841. Beliau mempelajari bahasa Parsi, tulisan
dan bahasa Arab permulaan. Beliau sebenarnya seorang ahli perubatan
tradisi India yang memegang gelaran ‘Hakim’. Nuruddin Bhairawi orang
yang kedua di dalam ajaran Qadiani ini selepas Ghulam Ahmad. Malah
setengah pengkaji berpendapat bahawa beliaulah orang yang sebenarnya
menghasut Mirza melakukan pentyelewengan di dalam ajaran ini.
Hubungan Nuruddin Dan Mirza
Perhubungan Nuruddin dengan Mirza bermula pada tahun 1885 di
Qadian. Terdapat banyak persamaaan idea antara Nuruddin dan Mirza.
Sehinggakan apabila Mirza menulis bukunya “Barahin Ahmadiah”, Nuruddin
menulis bukunya “Tasdiq Barahin Ahmadiah” untuk menyokong Mirza. Betapa
dalamnya kepercayaan Nuruddin kepada Mirza dapat ditunjukkan dalam
cerita ini : Apabila Mirza mengarang Fath Al-Islam dan Tawdhih Al-Maram,
seorang bertanyakan Nuruddin sebelum beliau melihat buku-buku itu,
“Apakah sebarang nabi akan muncul selepas Nabi Muhammad? Jawabnya,
“Tidak”. “Jika ada orang yang mendakwa menjadi Nabi?”. Jawabnya, “Kita
tengok dulu dia itu benar atau tidak. Kalau benar saya akan terima,
malah kalau Al-Masih itu mendakwa membawa syariat baru dan membatalkan
Al-Quran, saya tidak menafikannya. Ini kerana jika kita telah mengakui
(Mirza Ghulam Ahmad) sebagai benar dan telah diutuskan Allah, maka apa
saja yang dia kata tentunya benar dan kita mesti fikirkan bahawa maksud
Khatami An-Nabiyyin (nabi terakhir) di dalam Al-Quran itu tentu
mempunyai makna yang lain”.
Nuruddin Mempengaruhi Mirza
PAda awal tahun 1891, Nuruddin telah menghantar surat kepada
Mirza memintanya supaya mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang
dijanjikan. Dalam surat jawapannya kepada Nuruddin, Mirza menulis bahawa
dia tidak bercadang untuk membuat dakwaan demikian. Beliau hanya ingin
menjadi seorang hamba Allah yang taat. Tetapi kemudian dalam tahun yang
sama Mirza menerima gagasan Nuruddin itu.
Kesan Kepada Mirza
Implikasi dari penerimaan Mirza itu, menampakkan bahawa Mirza
sebenarnya seorang yang lemah dan tidak cekal. Dia senang dipengaruhi
oleh orang lain. Kesan daripada ini terdapat dua peringkat dalam hasil
karya Mirza iaitu:
Peringkat Pertama:
Mengandungi karya-karya yang membuktikan sahnya agama Islam
dan membatalkan agama-agama lain. Dalam karya-karya ini tidak terdapat
dakwaan menjadi Al-Masih. Antara karya-karyanya itu ialah Barahin
Ahmadiah, surmahi-Chashor-I-Arya dan Shahna-I-haq.
Peringkat kedua:
Bermula dengan dakwaannya menjadi Al-Masih kemudian diikuti
dengan dakwaan-dakwaan lain berkenaan dengan dirinya. Dalam karya -karya
ini penuh dengan sikap sombong dan mulia diri daripada masa yang lalu.
Karya pertamanya di peringkat ini ialah Fath Al-Islam yang dikeluarkan
pada tahun 1891 di mana di dalam buku inilah beliau mendakwa dirinya
sebagai bayangan kepada Al-Masih yang dijanjikan. Mirza Bashir Ahmad
dalam bukunya Sirat Al-Mahadi mengatakan bahawa Al-Masih Isa telah mati.
Kandungan Ajaran Qadiani
Kandungan ajaran Qadiani yang bertentangan dengan Islam itu
boleh dilihat dari dakwaan-dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dan
perbuatan-perbuatannya.
Siri Dakwaan Mirza
Mula-mula pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa
dirinya sebagai reformasi (mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau
mendakwa sebagai Imam Mahadi yang ditunggu-tnggu kemudian beliau dihasut
oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan
dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Kemudian pada tahun 1901,
beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Di samping itu, pada 1hb. November
1904, beliau mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna unutk
orang-orang Hindu di samping sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang
Islam dan Kristian.
Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
Sebelum Mirza Ghulam Ahmad, golongan-golongan Syiah telah
terlebih dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh
mereka. Umpamanya Syiah Sabaiah menganggap Ali bin Abi Talib adalah
Imam Mahdi yang akan datang lagi ke dunia pada akhir zaman, Syiah
Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap Muhammad bin Hassan Al-Asykari, Imam
mereka yang kedua belas sebagai Imam Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan
ghaib dan akan keluar lagi sebagai Imam Mahdi. Dan golongan-golongan
lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan
demikian, tidak hairanlah jika Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya
berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.
Dakwaan
Seperti juga kepercayaan Kristian dan Yahudi, Mirza Ghulam
Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati
sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari Kristian,
beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa
tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di
atas palang, beliau diturunkan dalam keadaan luka. Kemudian kononnya
apabila beliau benar-benar sembuh, beliau pun lari ke Kashmir dan mati
di sana dalam keadaan biasa dan kuburnya terdapat di Srinagar, Kashmir.
Dakwaan Sebagai Al-Masih
Pada mulanya kepercayaan Mirza kepada nabi Allah Isa a.s.
sama dengan kepercayaan orang-orang Islam yang lain. Tetapi pada tahun
1891 di atas desakan kawannya Nuruddin, Mirza mendakwa dirinya sebagai
Isa Al-Masih. Dengan demikian, supaya sesuai dengan dakwaannya, Mirza
tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-Masih yang akan turun itu adalah Isa
ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari kalangan penganut agama Islam
dan pengikut Nabi Muhammad saw. Tetapi ianya masih tetap mempunyai
ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan yang sama dengan Al-Masih ibn
Mariam yang dijanjikan itu. Dan dengan demikian juga, Isa ibn Mariam
itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam Ahmad) sendiri
yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi hujah ini beliau terus
mengatakan bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan diangkat ke
langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan hidup dan turun ke
dunia lagi.
Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-Maram dan ‘Izalah Al-Awhan.
Dakwaan Menerima Wahyu
Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata:
“Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu
hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang
diwahyukan Tuhan kepadaku”.
Katanya lagi,
“Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum
diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan
pertolongan dan wahyu Kami”.
Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya sendiri.
Dakwaan Sebagai Nabi
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang paling merbahaya dan terakhir
sekali ialah sebagai nabi iaitu pada tahun 1901. Dakwaan ini didahului
dengan dakwaan menerima wahyu daripada Allah di mana bukan melalui
malaikat Jibrail tetapi melalui ilham terus daripada Allah. Beliau
mengakui bahawa wahyu melalui Jibrail hanya kepada rasul yang membawa
agama baru. Wahyu seperti itu telahpun ditutup.
Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar:
“Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus
dan menamakan saya Nabi … dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang
kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti”.
Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : “Sayalah Muhammad Rasul Allah”.
‘Mukjizat’ Mirza
Selain daripada mengakui menerima ‘wahyu’ daripada Allah yang
taraf sahnya sama dengan wahyu Al-Quran, beliau mengakui juga mempunyai
mukjizat. Katanya : “Nabi Allah itu telah menunjukkan tiga ribu
mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta”.
Dalam risalah ‘Ikjaz Ahmadi’ katanya:
“Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya”.
Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada Inggeris
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan
menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya
‘Shahadatul-Quran’ edisi keenam, atas tajuk “Untuk Perhatian Segera
Pemerintah”, beliau menulis : “Saya telah menerangkan beberapa kali
bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat
Kepada Allah dan kedua : Taat kepada pemerintah yang telah memberikan
keamanan dan perlindungan kepada kita serta mengawal kita daripada
kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris”.
Beliau menambah:
“Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada
kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam
bahasa Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk
Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat bahagia dan bebas di bawah
kepak sayap kerajaan Inggeris”. Dan Mirza menambah lagi: “Saya yakin
bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka
berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada
saya sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya
jihad itu”.
Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan
sekali dengan kehendak ayat-ayat Al-Quran. Ini dapat ditunjukkan melalui
kata-katanya di bawah:
1. Jihad dengan pedang telah dilarang;
2. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah;
3. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan;
4. Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad;
5. Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.
Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Satu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan
oleh ajaran Qadiani ialah mengubah ayat-ayat Al-Quran atau disebut
‘Tahrif Al-Quran’. Tahrif bererti mengubah atau meminda bentuk dan
kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja,
penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan
tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran
di luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif.
Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah,
ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi
ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza Ghulam Ahmad di dalam
Al-Quran. Segala-galanya adalah untuk menguatkan segala dakwaannnya.
Lain-Lain Dakwaan
Dakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya ialah:
1. Para Nabi Menyaksikan dirinya
Dalam bukunya ‘Maktub Ahmad’ halaman 62, Mirza mendakwa:
“Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya
melahirkan seruan saya. Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang.
Beliau menyebut nama saya serta nama kampung saya”.
2. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan
Dalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, Mirza menegaskan:
“Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai pancainderanya”.
3. Ibadat Haji Di Qadian
Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah
merupakan salah satu daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah,
Madinah dan Qadian. Harian ‘Al-Fadhl’ bilangan 1848, Jilid 10 Disember
1912 menyebut:
“Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza)
akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di
Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang
dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian”.
Dalam Harian ‘Al-Fadhl’ Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya:
“Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian.
Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama
daripadanya, maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin
melebihi daripadanya”.
Dalam ‘Bigam Sulhi’ Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi ‘Cawangan Lahore’ menyebut:
“Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji
kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak
memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya”.
Ulasan
Munculnya Ajaran Qadiani
Munculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari
keadaan-keadaan yang tidak ‘normal’ pada diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri
dan pada suasana alam sekelilingnya. Mirza adalah seorang yang
mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha dan belajar serta
mempunyai sikap yang keras. Namun beliau bukan mempunyai pendidikan yang
tinggi dan mendalam di dalam agama Islam. Pengetahuan yang didapatinya
lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri.
Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya
ancaman-ancaman politik dan kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan
kejahilan rakyat, memberi peluang kepadanya untuk muncul sebagai
pemimpin yang akhirnya mendakwa dirinya dengan bermacam-macam dakwaan
yang karut. Lebih-lebih lagi beliau sentiasa digalakkan oleh kawannya
Nuruddin yang bukan seorang ahli agama yang kemudiannya menjadi
khalifahnya yang pertama.
Dakwaan Menerima Wahyu
Penyelewengan yang nyata dalam ajaran Qadiani bermula dari
dakwaan menerima wahyu dari Allah swt oleh Mirza Ghulam Ahmad.
Sebenarnya tiada seorangpun selepas Nabi Muhammad saw sama ada dari
kalangan sahabat atau kalangan salafussalih yang telah diturunkan wahyu.
Dengan demikian, apa yang dimaksudkan wahyu oleh Mirza Ghulam Ahmad itu
adalah rekaan semata-mata.
Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi adalah dakwaan
tanpa asas. Tidak ada orang yang mengetahui dengan tepat siapakah Imam
Mahdi itu. Hadith-hadith berhubung Imam Mahdi hanyalah Hadith ‘Ahad’ dan
tidak menjelaskan siapkah Imam Mahdi itu sebenarnya. Ulama-ulama Islam
berselisih pendapat tentang akan lahirnya Imam Mahdi yang
ditunggu-tunggu itu. ýDengan demikian, kemunculan Imam Mahdi itu bukan
suatu akidah di dalam akidah Islam.
Gelaran Imam Mahdi yang disebutkan itu adalah rekaan golongan tertentu
untuk mengagungkan pemimpin mereka. Dan Mirza telah mengambil kesempatan
menggunakan nama tersebut untuk dirinya dan mendakwa ianya datang
daripada perintah Allah. Inilah taktik pembohongan Mirza yang selalu
dilakukannya.
Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di Srinagar
Di dalam Al-Quran , Nabi Isa a.s. bukan dibunuh dan
disalibkan tetapi rupanya telah diserupakan oleh Allah dengan seorang
yang lain. Malah Allah telah mengangkatnya kehadrat-Nya sebagaimana
tersebut di dalam ayat:
“Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan :”Sesungguhnya kami
telah membunuh Al-Masih Isa ibn Maryam, Rasulullah”. Pada hal mereka
tidak memalangnya (dikayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka
(orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya
orang-orang yang telah berselisih faham tentang (Nabi) Isa, sebenarnya
mereka berada dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan pembunuhannya.
Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka tentangnya selain daripada
mengikut sangkaan semata-mata dan mereka (pula) tidak membunuhnya dengan
yakin. Bahkan Allah telah mengangkat (Nabi) Isa kepada-Nya, dan adalah
Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksna”.
(An-Nisaa’ : 157 & 158)
Dengan demikian, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. itu tidak mati
di tiang salib atau di mana-mana malah telah diangkatkan Allah ke
hadrat-Nya. Hadith-hadith juga telah menyebutkan demikian. Dengan itu,
kubur ýNabi Isa a.s. tentulah tidak ada di mana-mana juapun.
Dakwaan Sebagai Isa Al-Masih
Dakwaan tersebut oleh Mirza Ghulam Ahmad ternyata karutnya. Ada dua perkara yang mesti difahami dalam soal ini:
Pertama:
Soal turunnya Isa Al-Masih ke dunia ini bukanlah boleh difahami dengan mudah. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentangnya.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh An-Nuwwas bin Sam’an r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw ada menjelaskan ;
‘ … semasa Dajjal itu bermaharajalela, Allah menghantar turun Nabi Isa
Al-Masih anak Maryam. Lalu ia turun berhampiran menara putih yang
letaknya di timur bandar Damsyik. .. maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal
sehingga dapat menawannya di pintu kampung yang bernama ‘Lud’ lalu
membunuhnya ‘.
(Riwayat Muslim)
Apa yang tersebut di dalam hadith di atas tidak ada kaitan
langsung dengan Mirza. Dengan demilkian Mirza Ghulam Ahmad itu bukan
sekali-kali Isa Al-Masih.
Kedua :
Isa Al-Masih yang disebutkan akan turun ke dunia menjelang
kiamat itu jelas sekali adalah tidak lain daripada Isa anak Maryam dari
keturunan Bani Israel yang tidak berbapa, sedangkan Mirza Ghulam Ahmad
adalah berbapa dari keturunan Borlas dari bangsa Monghul bukan
sekali-kali anak Maryam.
Dakwaan Sebagai Nabi
Dakwaan Mirza yang paling merbahaya sekali ialah dakwaan
dirinya sebagai seorang nabi. Ayat yang digunakan oleh Mirza untuk
menyokong dakwaannya ialah:
“Bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada salah seorang lelaki kamu
(Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah) malah beliau adalah rasul
(utusan) Allah dan penyudah segala nabi-nabi (yang terdahulu). Dan
adalah Allah itu mengetahui segala-galanya”.
(Al-Ahzab : 40)
Mengikut ajaran Qadiani, maksud ‘Khatam Al-Nabiyyin’ itu
ialah bahawa Muhammad itu adalah mohor (seal) atau pengesah kepada
segala nabi-nabi selepasnya, khasnya Mirza Ghulam Ahmad. Kesilapan dan
pembelotan yang dilakukan oleh Qadiani di sini ialah ia memberi erti
“adanya nabi-nabi selepas Nabi Muhammad” kepada perkataan Khatam
Al-Nabiyyin itu. Ini semata-mata untuk membuka pintu kepadanya
mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, sedangkan makna sebenar ‘Khatam
Al-Nabiyyin’ itu ialah tidak akan ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad
saw.
Pada zaman sahabat dahulu, setelah wafatnya Rasulullah saw terdapat
orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi umpamanya Musailamah Al-Kazzab.
Mereka ini telah diperangi dan ada yang dibunuh.
“Mukjizat” Mirza
Mukjizat ialah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dicabar
oleh manusia yang dianugerahkan Allah kepada Rasul dan Nabi-Nya untuk
membuktikan kenabian atau kerasulan mereka. Misalnya mukjizat Nabi
Muhammad saw ialah keluarnya air dari celah-celah jari Baginda apabila
Baginda meletakkan tangannya di bumi. Oleh kerana Mirza ini bukan nabi
dan bukan rasul maka tentunya beliau tidak mempunyai mukjizat apa-apa.
Dan memang beliau tidak dapat menunjukkan apa-apa mukjizat pun.
Menafikan Jihad
Mirza telah melawan hukum Allah swt di dalam Al-Quran apabila
beliau menafikan jihad. Jihad yang dimaksudkan di dalam konteks ini
ialah berjuang memerangi musuh yang menceroboh agama Allah dan umat-Nya.
Di dalam Al-Quran, kewajiban berjihad terhadap seteru-seteru yang
merampas hak-hak orang Islam adalah jelas dan tiada siapa yang
menafikannya. Ayat-ayat 190 hingga 194 surah Al-Baqarah memberi maksud:
“Berperanglah untuk jalan Allah (berjihad) terhadap orang-orang yang
memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui … dan perangilah mereka di
mana sahaja kamu berjumpa, dan usirkan mereka keluar sebagaimana
(setakat mana) mereka telah mengusirkan kamu. Dan fitnah itu adalah
lebih dahsyat daripada pembunuhan.. Dan perangilah mereka hingga tidak
ada lagi fitnah .. “
Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Perbuatan tahrif iaitu mengubah atau meminda bentuk dan
kedudukan ayat-ayat Al-Quran dengan sengaja adalah dianggap kafir.
Setiap orang Islam yang mempercayai bahawa Al-Quran itu wahyu daripada
Allah, tidak akan berani dan sanggup melakukan tahrif demikian.
Lain-Lain Dakwaan Yang Salah
Para Nabi Menyaksikan Mirza
Dakwaaan Mirza yang para nabi seperti Nabi Saleh a.s.
menyaksikan dan mengakui Mirza sebagai Al-Masih adalah satu pembohongan
yang amat nyata yang tidak masuk akal. Kalau itu berlaku di dalam mimpi,
maka mimpi manusia tidak boleh dipegang lebih-lebih lagi tentang
perkara yang tidak betul dan tidak dapat dibuktikan.
Malaikat Pancaindera Tuhan
Kata-kata bahawa malaikat adalah pancaindera Tuhan ternyata
sesat dan salah sekalipun diucapkan dalam bentuk simbolik. Semua makhluk
tidak boleh dicantumkan dengan zat Allah Yang Maha Suci dari segala
makhluk-Nya.
Haji Di Qadian
Amat sesat jika terdapat dakwaan adanya tempat lain untuk
ibadat Haji selain dari Makkah tempat terletaknya Baitullah. ýPerkara
ini sudah jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Kumpulan Qadian Dan Kumpulan Lahor
(Dikenali Juga Dengan Panggilan Ahmadiah Sahaja).
Antara sifat-sifat penting kumpulan Lahor ini ialah:
Pertama:
Ia tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad tetapi mereka mengakui
ajaran Mirza (Golongan Qadian memang mengakui Mirza sebagai nabi).
Kedua:
Ia mendakwa bahawa Isa itu adalah anak ‘Yusuf tukang kayu’ bukan tidak berbapa.
Namun kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Qadian dan Kumpulan Lahor adalah
pengikut ajaran Qadiani yang sesat dan terpesong daripada agama Islam
itu.
Ajaran Qadiani Di Malaysia
Kedatangannya
Kedatangan ajaran Qadiani ke Malayssia dipercayai pada awal
tahun 1930-an.dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz
yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No.
116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau
menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana
Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil
penyebarnya di sini.
Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang
hebat ooleh ulama-ulama Islam. Di Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ
iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor
mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada
23hb. Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan
baginda di Istana Selangor, Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh
Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi Fadhli. Pihak ulama Islam
diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat Agama Islam
Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani
tidak diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam.
Kedudukan Ahmadiah/Qadiani Sekarang
Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan
ulama-ulama tempatan yang berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam
tahun 1951 itu, ajaran ini menjadi makin lemah dan tidak mempunyai
pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana ajaran ini
tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar.
Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma
hidup di tempat yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara
tempat-tempat yang terdapat penganut-penganut ajaran ini ialah:
1. Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan
perempuan) di sini. Terdapat tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi
oleh Pegawai Daerah Inggeris pada tahun 1954. Luasnya kira-kira dua
ekar.
2. Sungai Tua : Kira-kira 20 orang pengikut (lelaki dan
peremmpuan) terdapat di sini. Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka
datang berkumpul di sini.
3. Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau
Ahmadiah/Qadiani yang berharga kira-kira RM1600. Surau ini dibina
daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu.
4. Kampung Nakhoda : Pengikutnya di sini masih kuat berpegang
ajaran ini. Mereka terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat
sebuah ‘masjid’ Qadiani yang digunakan untuk mereka sahaja.
Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor,
terdapat juga pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu
tidak diketahui orangnya. Mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil.
Tiap-tiap pengikut ajaran ini dikehendaki mengeluarkan 1/16 daripada
pendapatan harian mereka kepada tabung kumpulan ini.
Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin
berkurangan kerana di kalangan mereka ramai yang telah bertaubat dan
anggota baru hampir tidak ada langsung. Gerakan mengembangkan ajaran ini
telah lama berhenti dan orangramai umumnya mengetahui ajaran ini adalah
bertentangan dengan Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut
ajaran ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Anak-anak mreka tidak
dapat berkahwin dengan anak orang Islam dan mereka terpaksa menerima
keadaan ini.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya
menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan
salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian
(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” –
Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
– Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari
kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang”.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
– Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” –
Sahih Muslim.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka
dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan
mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” –
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada
kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang.
Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh
macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal,
binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin
Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir
sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau
manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis
ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat
hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang
seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan
semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,
hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang
akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu
Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima
taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan
mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan
beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding
yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul
Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang
terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya
Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang
mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan
itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian
turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat
tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan
merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi
dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali
keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang
matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Daripada Thauban رضي الله عـنه berkata, “Rasulullah صلى الله عليه
وسلم bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang
hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak
sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah
akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”
Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”
Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”
(Hadith riwayat Abu Daud)
Keterangan:
Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran sabdaan
Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Walaupun bilangan umat Islam ramai iaitu
kira-kira 1/5 jumlah penduduk dunia, mereka selalu dipersendakan dan
menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.
Mereka ditindas, diinjak ,disakiti, dibunuh dan sebagainya. Walaupun
bangsa dari seluruh dunia berbeza-beza agama tetapi mereka bersatu untuk
melawan dan melumpuhkan kekuatan Islam.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari sikap
orang Islam itu sendiri. Ianya demikian kerana Orang Islam mempunyai
penyakit ’wahan’ iaitu penyakit campuran dari dua unsur yang selalu
wujud dalam bentuk kembar dua. Penyakit itu adalah ’cinta dunia’ dan
’takut mati’.
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.’Cinta dunia’ bermaksud
tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah
سبحانه وتعالى.
‘Takut mati’ pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat
persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tiada kemahuan untuk
berkorban dengan diri dan jiwa serta harta dalam memperjuangkan agama
Allah سبحانه وتعالى.
Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan
kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara
kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di
bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,
tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa
dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya
telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
TANDA-TANDA KIAMAT KECIL
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
“Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara
menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang
buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai).
Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada
Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah
dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid”
-Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan
tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan
dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang
buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan
buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran – Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu
ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat
Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya
sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan
apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat
Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada
akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah
dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” –
Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang
benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.”Tidak akan datang
hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput
dansungai-sungai.” – Sahih Muslim
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang
berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu
bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
• Asap
• Dajjal
• Binatang melata di bumi
• Terbitnya matahari sebelah barat
• Turunnya Nabi Isa A.S
• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
• Gerhana di timur
• Gerhana di barat
• Gerhana di jazirah Arab
• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya
sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja
perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan,
sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini
adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.
Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti
terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang
mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di
kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang
fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan
cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman,
maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’.
Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan
tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan.
Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu
kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar
Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan
tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda,
bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan
begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,
memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan,
orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar
lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu
hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an
hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan
masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling
buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah
dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir
yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat
dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman,
belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya,
menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya,
suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang
fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan
aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah
tanda-tanda kiamat.”
… ILMU FALAK / ASTROLOGY …
PENDAHULUAN :
Bermula, fasal pada menyatakan Ilmu Falak itu ada dalilnya dalam
Al-Quran antaranya, seperti Firman Allah Taala : Demi langit yang
mempunyai bintang-bintang besar (yang bertaburan dicakrawala). (Surahtul
Buruj : 1). Maaf jika apa yang kami paparkan nanti kurang jelas, kerana
kami bukanlah seorang professional astrologer, cuma apa yang kami rasa
kami faham maka kita renungkan bersama sebagai asas pengetahuan.
Apabila dikatakan Ilmu Falak maka ianya dikaitkan dengan Ilmu
Astronomy. Ada pun Ilmu Astronomi itu tersangat luas, kerana ianya
kajian ilmuan cakrawala langit yang tiada batasannya itu. Jika mahu
diceritakan bagaimana bermulanya kejadian langit dan bumi dan
bintang-bintang yang bertaburan serta galaksi-galaksi yang ada sejak
dari peristiwa “Big-Bang” itu terlalu panjang lagi merumitkan. Maka
cukup sahaja apa yang kita tahu, semuanya telah Allah SWT hidangkan siap
tersedia untuk kita. Maka terpulanglah kepada kita merenung jauh tetapi
tersangat dekat, akan Kebesaran Allah SWT, akan apa yang ada dilangit
itu.
Maka bagi Sufi Besar Syeikul Akbar Ibnul Arabi beliau menamakan
langit itu kepada dua bahagian: (1) Pertama : Langit yang berbintang.
(2) Kedua : Langit yang tidak berbintang. Dalam kitab-kitab beliau ada
menceritakan susunan hirarki ciptaan falak-falak langit itu, serta
perkaitannya dengan kita dan alam semesta ini. Bagi Sarjana Astronomy
silam dan terkini itu pula mereka membahagikan kepada dua juga : (1)
Pertama : Ruang langit yang mengandungi “Fixed Stars”. Dari kedudukan
fixed stars atau bintang-bintang yang bertaburan itu dinamakan Gugusan
Bintang-Bintang atau pun dalam bahasa Al-Qurannya disebutkan Al-Buruj.
Maka dari situlah terbitnya kajian dan ilmuan Zodiak atau Bintang 12,
lalu diberikan namanya Ilmu Astrology atau Ilmu Falak. (2) Kedua :
Planet-planet utama yang sembilan dari fixed stars itu hingga kebumi.
Planet-planet yang sembilan itu ada hubung kait dengan fixed stars itu,
maka dinamakan ruling planet.
Jika dibumi ini untuk mengetahui keluasan sesuatu kawasan tanah, kita
memerlukan khidmat Jurukur Tanah (Land Surveyor) lalu diberikan tanda
batu sempadan. Maka begitu juga keluasan langit cosmic itu telah diplot
secara kaedah astronomy oleh Sarjana Astronomi silam lalu diberikan nama
dan nombor rujukannya. Hampir 1/3 buruj-buruj kecil itu telah diberikan
nama dengan nama Islam, seperti dalam gugusan Orion itu dinamakan
Al-Nitak, Al-Neelam, Al-Muntakak, Al-Debaran, Al-Deramin dan sebagainya.
Ini bermakna orang-orang Arab adalah lebeh mendalami bidang astronomy
ini. Kemudian telah dipelopori pula oleh orang-orang barat. Yang
lain-lainnya itu telah diberikan nama oleh Sarjana Astronomi Barat.
Antara sarjana Astronomy Islam yang pakar dalam bidang Ilmu Astronomi
ini adalah dari Parsi Nasir Al-Din, Omar Kayyam dan lain-lain dengan
balai cerapnya sendiri yang kini hanya tinggal bahan sejarah Islam. Dari
barat itu pula antaranya yang ternama adalah Ptolemy, Copernicus dan
lain-lain lagi.
Antara mereka yang banyak menggunakan Ilmu Falak dalam pelayaran
adalah pedagang-pedagang Arab yang silam, samada dilautan atau
didaratan. Mereka berdagang dari satu negeri kesatu negeri hanya
mengunakan kompas kuno dan kaedah bintang-bintang dilangit menuju
kedestinasi perdagangan dengan tepat sekali. Begitu juga The Tree Wise
Men dari Parsi berdasarkan perkiraan falak mereka pertemuan dua bintang
dilangit itu, mereka dapat meramalkan kelahiran Nabi Isa AS. Maka ilmu
Astronomy itu telah banyak yang hilang dari khazanah Islam. Maka
tinggallah ilmu falak Islam itu digunakan apabila mahu melihat anak
bulan untuk menetapkan tarikh mula berpuasa dan hari beraya, berdasarkan
perkiraan hisab dan rukyah. Sejak zaman internet dunia tanpa sempadan,
nampaknya telah terbuka sedikit keinginan kita mengenali apakah dia Ilmu
Falak /llmu Astrology itu..??
Jika ada kelapangan nanti kita sambung lagi basic Ilmu Falak /
Astrology ini. Apakah dianya Bintang 12 itu? Apakah planet-planet yang
sembilan itu dan hubung kaitnya dengan Bintang 12 itu..?? Jika tidak
silap kami kedudukan bulan sekarang ini bagi para astrologer menamakan
Blue Moon, phenomena yang jarang-jarang berlaku. Sabtu ini 26 Jun 2010
akan berlaku gerhana penuh bulan. Apakah tanda dan maknanya phenomena
tersebut berlaku dibulan Rezab ini…???
Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam….
Komen oleh Banjoe — Jun 26, 2010 @ 3:55 am | Sunting
… ILMU FALAK / ASTROLOGY …
GERHANA :
Tanggal 26 Jun 2010 jam 7.22 malam hingga 10.20, malam Sabtu kelmarin
telah berlakunya gerhana bulan Full Moon Lunar Eclipse. Maka berlakunya
pula dalam bulan Rejab, bulan yang diberkati seperti dalam peristiwa
Israq dan Mikraj bagi Nabi Muhammad SAW. Maka ummat Islam disunatkan
mendirikan Solat Sunat Gerhana.
Maka gerhana itu ada dua jenis : (1) Gerhana Matahari, (2) Gerhana
Bulan. Dinamakan Gerhana Matahari apabila matahari dinaungi bulan,
berlakunya disiang hari. Mitos orang dulu-dulu kata matahari sedang
sakit. Dinamakan Gerhana Bulan itu apabila bulan dinaungi matahari,
ditengahnya bumi, berlakunya dimalam hari. Mitos sebaliknya dikatakan
bulan pula sedang sakit. Maka perbedaan alignment atau keselarian
menegaknya itu, itulah yang menyebabkan adanya berbedaan samada Full
Eclipse, Partial Eclipse, atau Ring Eclipse. Keterangan mengenai
phenomena, definasi gerhana, kesan-kesan terhadap manusia tumbuhan dan
alam semesta ini infonya ada dijelaskan dalam internet.
GERHANA DIKAITKAN DGN KEBANGKITAN IMAM MAHDI :
Maka disini cuba kita lintas sedikit pengertiannya dari sudut Islamic
Prophecies. Maka gerhana itu ada dikaitkan dengan kedatangan Khalifah
Islam Akhir Zaman yang dinanti-nantikan itu. Al-Hadis ada menerangkan :
Kemunculannya Imam Mahdi akan didahului tanda-tandanya dengan berlakunya
gerhana bulan dan gerhana matahari dalam satu bulan Ramadhan. Maka
phenomena tersebut telah lama berlaku, namun mengapakah Imam Mahdi yang
dijanjikan itu maseh tidak juga muncul-muncul? Apabila berlakunya
gerhana bulan dan matahari dalam satu bulan Ramadhan diibaratkan
pertemuan dua bintang. Dalam Secrete Doctrine traditional astrology ada
menyatakan : “When there is a super conjunction, A Super Star Is Born.
He is The Super Magician.”
Bukankah yang dinantikan itu seorang Insan Misteri? Maka biarkan
Allah ghaibkan beliau sementara waktu dalam Misteri Alam. Namun beliau
telah ada berbatang tubuh seperti kita. Beliau telah pun dinobatkan dan
sedang menjalankan tugas-tugas semesta, menghapuskan kedurjanaan semesta
Sang Dajjal Al-Masikh ciptaan, belaan dan pemujaan Gereja Vatican City,
bersama dengan kuncu-kuncunya Sang Yakjud Makjud, serta dalang-dalang
dikalanagn orang Islam itu sendiri yang menjadi musuh dalam selimut,
duri dalam daging. Beliau akan dinyatakan dikhalayak ramai itu nanti
untuk menghapuskan satu lagi Sang Bapak Dajjal bermata empat. By then
only the Al-Mighty Super Magician and his prodigies will be known to the
world.
Jika dalam Vedic Astrology kaum Hindu dan lain-lainnya, maka gerhana
matahari dan bulan itu dinamakan Rahu (Dragon Head) dan Kethu (Dragon
Tail). Rahu and Kethu are always far apart. Maka phenomena tersebut
diibaratkan seperti seekor naga kepalanya sedang memakan menelan ekornya
sendiri. Maka maksodnya tamatnya pusingan sesuatu perjalanan tamaddun
lama, berhenti dititik pertemuan, maka akan dimulai dengan satu lagi
pengembaraan tamaddun yang baru. Apakah akan berakhirnya Zaman Gelap dan
akan munculnya alaf baru Zaman Cahaya Kebangkitan Islam? Cuba
renungkan. Wallahu’alam…..
AS ABOVE SO BELOW :
Bab ini rasanya banyak terdapat dalam internet, terpulanglah pada
kita untuk melayarinya. Cuma dasarnya kajian Bintang 12 atau
Constellations itu adalah “As Above So Below”. Kerana pendapat
sesetengah Astrologer, kita ini adalah manusia cosmic, terciptanya kita
dari cosmic dust. Dari kajian Keruhanian tatakala dialam Antah Berantah
itu kita mohonkan tubuh. Setelah berjasad ragawi memandang warna
warninya alam, kita mula terjebak dalam satu wadah. Bukan sahaja kita
lupa daratan, malah lupa langit dijunjung, lupa akan destiny kita. Dari
pandangan Metafizika alam semesta raya lagi sejagat ini dibangsakan
sebagai Alam / Insan Kabir. Maka manusia yang digelar Alam / Insan
Saghir itu, tidak lain adalah bayangan atau salinan Alam / Insan Kabir
yang semesta raya itu.
SUSUNAN BINTANG 12 :
Berbalik kita fasal pada menyatakan susunan gugusan Bintang 12 atau
the 12 Constellations itu. Para sarjana Astrologer silam dan modern
tetah menetapkannya seperti berikut, bermula (1) Capricorn (The Sea
Goat), (2) Aquarius (The Water Bearer), (3) Pisces (The Twin Fishers),
(4) Aries (The Ram), (5) Taurus (The Bull Aldebaran), (6) Gemini (The
Twin Lovers), (7) Cancer (The Crab Walk), (8) Leo (The Lion), (9) Virgo
(The Virgin), (10) Libra (The Justice), (11) Scorpio (The Sting House of
Sex and Death), (12) Sagittarius (The Archer). Maka salah satu Bintang
12 itu adalah bakat-bakat teruntuk bagi kita didunia ini. Maka sebab
itulah kenapa kita ada pelbagai perangai, ragam dan kerenah.
Maka susunannya planet-planet yang bekerja itu pula bermula dari :
(1) Sang Suria sebagai Prana (The Life Force), (2) Mercury (Atharid),
(3) Venus (Kejora), (4) Earth (Bumi), (5) Mars (Marikh). [Maka Planet
(1) hingga (5) disebut sebagai Inner Planets, dipisahkan oleh Asteroids
Belt]. (6) Jupiter (Mustari), (7)Saturn (Zuhal), (8) Uranus, (9)
Neptune, (10) Pluto. [Planet-planet (6) hingga (10) itu dinamakan Outer
Planets]. Dan seterusnya kot-kot planet Nibiru, planet X, Y dan Z.
Wallahu’alam… Maka dari kaedah Ilmu Mumerology mereka berdasarkan 9
planet sahaja. Sedangkan dari ilmiah Astronomer bilangan planet-planet
itu tidak terbilang banyaknya.
PENGARUH BINTANG 12 DAN PLANET-PLANET :
Berbalik semula evolusi kejadian kita. Tatakala kita diRahim Ibu itu
adalah Fitrah yang suci bersih, kerana asalnya kita dari : “Aku Tiupkan
Ruh-Ku”. Apabila kita dilahirkan maka cosmic rays itulah yang
mempengaruhi kita, bekerja mencorakkan character dan biografi sejarah
kehidupan kita. Kadang-kadang character kita itu diwarisi dari leluhur
kita, kerana Nafs seorang anak itu adalah dari Nafs orang tuanya.
Contohnya orang yang lahir dalam zodiak Aries, maka wataknya
aggressif dan wataknya dominent, kerana ruling planet dalam Aries itu
adalah planet Marikh (Mars the marthian warrior No. 9). Maka begitu juga
sebaliknya, mereka yang lahir dalam zodiak Pisces characternya agak
passif, sifatnya sentimental dan caring, sebab ruling planetnya adalah
Neptune The Smoky Planet (Planet of illusion and unconscious No. 7).
Maka begitulah juga seterusnya watak-watak dan pengaruh-pengaruh yang
dibawakan oleh zodiak-zodiak dan planet-planet yang lain itu.
TARIKH KEMERDEKAAN MALAYSIA BERDASARKAN PERKIRAAN ILMU FALAK :
Antara gunanya Ilmu Falak atau Astrology adalah dalam menetapkan
tarikh hari kemerdekaan Malaysia. Atok mantan PM Pak lah, Al-Marhum
Abdullah Pehen adalah seorang ahli Ilmu Falak terkenal dizamannya.
Beliaulah yang memilih tarikh kemerdekaan Malaysia, maka telah
ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Maka jadilah Code Number bagi bumi “MIM”
ini dengan No. 4/7 (Virgo/Rooster). Maka angka 4/7 itulah angka bagi
Rahu and Kethu. Maka tersirat dalam bendera Jalur Gemilang. Bulan itulah
lambang Rahim Ibu, langit biru itulah lambang naungan Bapa. Hasilnya
itulah Bintang 14, maka 14 Stars were born. Bumi “MIM” telah melahirkan
anak-anak warisan Bangsa “MIM”, antaranya Mr. “MIM”. Maka asalnya dari
“MIM”, kepada “MIM”, untuk “MIM”. Kerana Bani “MIM” itulah yang akan
menerajui Akhir Zaman. Wallahu’alam….
PENUTUP :
Rasanya kami dah banyak mengarut. Buat masa ini cukuplah setakat ini
sebagai ilmiah asas Ilmu Falak, Ilmu Astrology dan Ilmu Astronomy. Kami
serahkan pada ramai lagi para ilmuan yang lagi arif dalam ilmiah ini.
Jika dijelaskan satu persatu sepuluh hari sepuluh malam pun tak akan
habis. Mohon diampon jika tersilap. Dah keletihan, mata pun udah naik
kemayo. Kepada mereka yang lebeh ariff jika ada kesilapan mohon
dibuatkan koreksi…
Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam….
Komen oleh Banjoe — Jun 27, 2010 @ 11:31 am | Sunting
….. TARIK KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 1957 BERDASARKAN PERKIRAAN ILMU FALAK …..
ANTARA KAEDAH ILMU FALAK / ASTROLOGY :
Maka salah satu kegunaan Ilmu Falak/Astrology adalah dalam menetapkan
tarikh kemerdekaan sesebuah negara, kerana kedaulatan sesebuah negara
itu ada hubungkait dengan hari kebangsaannya. Maka perkiraan Ilmu Falak /
Astrology dalam perkiraan horoscope seseorang itu dinamakan Personel
Astrology. Bagi sesebuah negara atau benua itu pula dinamakan Mundale
Astrology. Seperti tarikh lahir kita mewatakkan keperibadian siapakah
kita, kerana tarikh lahir kita itu adalah “Star Gate” bagi kita. Maka
begitu jugalah tarikh hari kemerdekaan dan sambutan hari kebangsaan
sesebuah negara itu adalah “Star Gate” dan halatuju sesebuah negara itu.
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU :
Berbalik semula fasal pada menyatakan tarikh penetapan kemerdekaan
Tanah Melayu. Maka tanggungjawab ini diberikan kepada atuk mantan PM
Malaysia Ke4 Pak Lah, yaitu Al-Marhum Abdullah Pehen. Al-Marhum semasa
hayatnya merupakan salah seorang Ahli Falak Islam terkemuka dizamannya.
Maka perkiraan kedudukan planet-planet dan buruj-buruj diketika itu
samada membawa kemakmuran atau tidak, maka jawapannya terletak pada bahu
Al-Marhum. Atas desakan mantan PM Pertama Malaysia Al-Marhum Tunku
Abdul Rahman dan Raja-Raja Melayu, maka itulah tarikh yang pada
perkiraan Abdullah Pehen yang paling sesuai bagi Tanah Melayu menetapkan
tarikh kemerdekaannya. Jika ditunda lewat ketarikh dan tahun yang lain,
mungkin ianya tidak sesuai. Dan lagi mentelah Baginda Queen telah
bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah, maka adalah wajar Tanah
Melayu merdeka lebeh awal. Maka dengan turunnya bendera penjajah dan
naiknya bendera Malaysia dan declarasi kemerdekaan, maka bermulalah
Bangsa “MIM” dan Bumi “MIM” itu mengenal ertinya itu kebebasan.
“STAR GATE” PADA 31 OGOS 1957 (SABTU) :
Maka dari perkiraan Ilmu Falak oleh Abdullah Pehen dan ahli-ahli
jawatankuasanya itu, maka kedudukan planet-planet dan buruj-buruj
dilangit tatakala itu, diketika pada 31 Ogos 1957 (Sabtu) itu, adalah
seperti berikut : (1) Sun, Pluto, Mars dan Mercury dalam Buruj Virgo,
(2) Uranus dalam Buruj Leo, (3) Jupiter, Venus dan Neptune dalam Buruj
Libra, (4) South Node dalam Buruj Taurus, (5) Moon dan North Node dalam
Buruj Scorpio, (6) Saturn dalam Buruj Sagittarius, (7) Chiron dalam
Buruj Aquarius. Maka zodiak tarikh kemerdekaan Malaysia, jatuh dalam
Buruj “Virgo”. Tahun Chinanya pula jatuhnya pada “Year of Rooster”….
Maka kedudukan planet-planet dan buruj-buruj bagi “Natal Chart”
kemerdekaan Tanah Melayu itu mengadungi seribu serba satu pengertian.
Apakah makna-maknanya dan apakah kesan-kesannya kepada negara dan
rakyatnya? Apakah ianya membawa kemakmuran, cemerlang, gemilang,
terbilang? Apakah ianya mencerminkan kesatuan atau perpecahan rakyat
Malaysia? Apakah negara Malaysia akan menuju kehalatujunya yang sebenar?
Apakah Malaysia akan menjadi sebuah negara membangun menjelang 2020?
Dimanakah kedudukannya peribumi Bangsa “MIM” yang menjadi tulang
belakang kepada pembentukan Tanah Melayu menjadi Malaysia..?? Maka
jawapannya terletak pada tangan-tangan Bani “MIM” itu sendiri. Untong
sabut timbul, untong batu itu tenggelam….
Amaran : Perlu diingat Bangsa “MIM” akan mengalami transformasi
besar-besaran. Astroger Barat mengatakan dari “Natal Chart” tarikh
kemerdekaan Malaysia itu, ada amaran akan berlakunya rusuhan kaum.
Menang kalah, nasib Bangsa “MIM” dan nasib warisan anak cucu-cicit
Bangsa “MIM” akan datang dibumi “MIM”, terletak pada Bangsa “MIM” dan
pemimpin-pemimpin Bangsa “MIM” itu sendiri. Oleh itu sentiasalah
berwaspada. Dari “Natal Chart” kemerdekaan Malaysia itu, South Node in
Taurus, comfort zone bagi Bangsa “MIM” sudah berakhir. Maka Bangsa “MIM”
must transform menuju North Node in Scorpio, menuju challenging zone
yang penuh cabaran…. Wallahu’alam…
“AL-RAHMAN” SEDANG MENGAKHIRI KALIMAHNYA :
Dunia maya ini sentiasa berpusing mengikut paksinya. Zaman, tahan dan
masa silih berganti, pemimpin-pemimpin Malaysia juga turut bertukar
ganti. Maka kalimah keramat bagi bumi “MIM” dan Bangsa “MIM” adalah pada
Asmak “AL-RAHMAN”. Maka kalimah “AL-RAHMAN” itu juga telah bertukar
ganti huruf-hurufnya dan sedang mengakhiri huruf terakhirnya. Apakah
ianya akan digantikan dengan kalimah baru “AL-RAHIM, atau kalimah
Mukjizat “AL-MAHDI”….????
Wallahu’alam….
Sekian, untuk direnungkan bersama…
Wassalam…
Komen oleh Banjoe — Julai 1, 2010 @ 12:30 pm
APAKAH ITU AKHIR ZAMAN? :
Maka apabila disebut saja nama Imam Mahdi, maka ianya dikaitkan dengan
kebangkitan semula Islam di Akhir Zaman. Apakah itu Akhir Zaman?
Kapankah bermulanya itu Akhir Zaman? Apakah yg dimaksodkan dgn Akhir
Zaman itu dunia Alam Semesta ini akan mengalami kehancuran? Ato lazimnya
disebut Kiamatul Kubra, dimana planet bumi dgn segala isi-isinya akan
hancur musnah? Apakah Akhir Zaman itu seperti yg dimaksodkan oleh Kaum
Mayan End Time, dimana dlm kalender astronomi mereka bahawa tanggal
21/12/2012 @11:11 itu dunia akan kiamat? Wallahu’alam… Maka terpulanglah
pada kefahaman dan pendirian masing-masing.
APAKAH ITU FITNAH AKHIR ZAMAN? :
Dan lagi apabila disebut saja Akhir Zaman ianya dikaitkan pula dgn
keadaan bagaikan Ummat Islam itu telah tenat diperdayakan dari sudut
akidahnya telah tersesat jalan. Ato dari sudut fizikalnya Ummat Islam
itu sentiasa ditindas dan diperdaya dgn kejam oleh musuh-musuh Islam?
Sebenarnya apakah pula itu yg dimaksodkan dgn Fitnah Akhir Zaman?
Kapankah bermulanya itu Fitnah Akhir Zaman dan siapakah dalang pertama
ato Dajjal-Dajal yg menjalankan konspirasi tersebut? Siapakah itu Dajjal
dan dari manakah pula bermulanya itu Dajjal? Wallahu’alam…. Maka
jawapannya juga terpulanglah pada fahaman dan kajian masing-masing.
SIAPAKAH IMAM MAHDI? & KEMUNCULAN IMAM MAHDI :
Maka apabila telah sampai janji Allah dan masanya akan muncullah itu
Imam Mahdi, maka bayangan kebangkitan itu Imam Mahdi seperti Sabdanya :
“Sekiranya dunia ini akan hancur akan tetapi ada tinggal sehari lagi,
maka Allah akan bangkitkan seorang dari keluarga-ku yg akan memenuhi
dunia ini dgn keadilan sebagaimana dunia ini dipenuhi sebelumnya dgn
kezaliman”. (Riwayat Abu Daud). Maka yg dimaksodkan itu, itulah orangnya
yg dinanti-nantikan oleh setiap Ummat Islam yg beriman dgn Rasul SAW
dan dgn Allah Yg Maha Mentadbir. Yg dimaksodkan Hadis tersebut, bahawa
Imam Mahdi sebagai Penyelamat Ummat Islam itu pastinya akan zahir, yakni
dimunculkan keberadaannya itu dikhalayak ramai. Kapankah detik dan
waktunya munculnya itu Imam Mahdi? Wallahu’alam… Masa zahirnya tertakluk
kepada sebab-sebab dan masa-masa tertentu, yg hanya Allah sahaja Yg
Maha Mengetahui.
DARI NASAB SIAPAKAH ITU IMAM MAHDI? :
Nabi Muhammad SAW ada bersabda : “Akan bangkit dari Sulbi-ku ini
keturunan-ku dari Timur yg akan membawa keadilan….” Kalo dari sulbinya
Nabi SAW makanya pastinya Imam Mahdi itu bermulanya titik jalurnya
adalah terus dari Nasab Zuriat Nabi SAW itu sendiri. Sedangkan yg
diketahui Nabi SAW itu tiada lagi anak lelaki sebagai menyambung zuriat
warisan, kerana anak-anak lelakinya diriwayatkan semuanya telah wafat
sewaktu kecilnya. Cumaan yg ada sebagai penyambung warisan itulah hanya
dua orang cucuandanya tercinta, yakni Sayyidina Hassan dan Sayyidina
Hussin. Difahamkan lahirnya mereka itu adalah hasil dari pernikahan
Sayyidina Ali dgn Siti Fatimah Az Zahrah.
DIANTARA SAYYIDINA HASSAN & SAYYIDINA HUSSIN :
Maka titik mula jalur lahirnya itu Imam Mahdi, misterinya tersirat
diantara Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Yg seorang adalah
“Jantung Nyawanya”, yg seorang lagi itu intan payungnya. Yg satu itu
Insan Biasa, yg satu lagi itu “Insan Mistri”. Dinamakan Dia itu Insan
Mistri kerana keberadaannya itu bermula dari Ada menjadi Tiada. Dgn
Mukjizat Paduka Ayahanadanya itu dia dari Tiada menjadi Ada. Maka dari
Ada itu hingga terbitnya itu Imam Mahdi, yg dighaibkan dlm Mistrinya
Alam. Namun Dia bukan Insan Ghaib seperti fahaman Puak Syiah dan
Al-Arqam itu. Dia ada sosok jasad badan ragawinya, seperti juga
leluhurnya itu, yakni Nabi Muhammad SAW ada jasad ragawinya. Jika tiada
berjasad mana mungkin beliau bisa bertugas. Cumaan “He Is The Guided
Man”, hanya mereka yg diizinkan Allah sahaja yg bisa mengenalinya dan
ketemu dengannya. Dan lagi Sabdanya : “Barangsiapa diketahuinya dimana
beradanya itu Imam Mahdi, maka besegeralah kamu berbaiah dengannya, walo
pun kamu utk ketemu dengannya terpaksa merangkak didalam salji….”
IMAM MAHDI INSAN MISTRI :
Maka Mistrinya itu Imam Mahdi terlalu rumit. Begitu juga Hadis-Hadis
mengenai keberadaannya itu terlalu banyak hingga mengelirukan, hingga
ada pihak yg mengambil kesempatan mengaku dirinya sendiri itulah Imam
Mahdi, ato orang kanan kepada Imam Mahdi, dan berbagai lagi. Kita hanya
didedahkan kepada sejarahnya yg tersurat. Sedangkan sejarahnya yg
tersirat hanya diketahui lagi dirahsiakan dan tersimpan oleh Nasab Ahlul
Bait pilihan. Maka terpulanglah kepada semua meyakininya dan mencari
akan kebenarannya.
AHLUL BAIT PENERAJU AKHIR ZAMAN:
Maka dithread ini hanya sedikit info dari Ahlul Bait Warisan Wali 7, yg
mampu kami sampaikan, sekadar dibuat renungan. Lebeh detail lagi kami
masih jahil, nggak mengerti, masih lagi mencari kebenarannya. Yg
pastinya Ahlul Bait akan menerajui Akhir Zaman. Nasab-Nasab Ahlul Bait
yg ramai itu telah berkembang diserata pelusuk dunia. Maka Ahlul Bait
dari Puak manakah yg akan dinobatkan sebagai Peneraju Akhir Zaman
itu..?? Jawapannya….????
Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam…..
Komen oleh Banjoe — Jun 8, 2010
Meski Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan para pria
untuk lebih mengutamakan perawan untuk dinikahi, bukan berarti beliau
melarang seorang pria menikahi janda. Bukankah sebagian besar istri
beliau juga janda?
Bagi seorang pria, menikahi janda juga bisa dijadikan pilihan.
Apalagi jika ia berniat untuk menyantuni seorang wanita yang tidak lagi
bersuami dan anak yatim yang kehilangan kasih sayang seorang ayah. Jika
dilakukan dengan ikhlas, semua itu insyaallah akan membuahkan pahala
yang besar.
Memang harus diakui, gadis perawan tentu memiliki banyak kelebihan
dibandingkan seorang janda. Akan tetapi, janda pun punya satu kelebihan
dari perawan, yaitu ia lebih berpengalaman ! Ya, karena ia sudah pernah
berumah tangga. Dengan begitu, diharapkan dia bisa mengurus rumah
tangganya dengan lebih baik.
Jika dulu ia pernah gagal membina keluarga bersama suami pertamanya,
maka diharapkan ia bisa belajar dari pengalamannya itu untuk kemudian
lebih introspeksi dan memperbaiki diri. Sehingga jika kemudian ia
menikah lagi, ia akan berusaha menjaga keutuhan rumah tangganya, agar
tidak karam sebagaimana yang pertama.
Pilih yang Shalihah
Jika ingin menikahi janda, seorang lelaki tetap harus memperhatikan
rambu-rambu yang telah diberikan Rasululah shalallahu ‘alaihi wassalam
untuk memilih calon istri.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعَةٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا
وَلِجَمَلِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ
يَدَاكَ
, “Wanita itu dinikahi karena empat hal. Karena hartanya,
keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah agamanya,
(kalau tidak) engkau akan celaka.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam Syarah Muslim, Imam Nawawi menjelaskan bahwa barangsiapa yang
memilih karena pertimbangan agama, maka akan mendapatkan kebaikan dan
barakah serta terlindung dari berbagai mafsadat. Ini buah dari mulianya
akhlak dan kebaikan wanita pilihannya.
Adapun mengenai gambaran akhlaq wanita shalihah, adalah yang selalu
menyenangkan hati suaminya bila dipandang, selalu taat pada suaminya,
tidak pernah melanggar perintahnya serta tidak berkhianat dalam
mengelola harta suaminya. Wanita seperti inilah sebaik-baik perhiasan
dunia, yang layak dimiliki oleh lelaki yang shalih.
Untuk Para Janda
Untuk para saudariku yang saat ini sudah menjanda, jangan biarkan hati kalian terus-menerus dalam kesedihan.
Sungguh, meski sudah tidak punya suami, tetapi kalian masih punya
Allah l yang Maha Hidup. Tetaplah menjaga kecintaan dan ketaqwaan kepada
Allah l,
karena Allah ta’ala berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا
تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, ‘Rabb kami ialah Allah’,
kemudian mereka bersikap istiqamah, maka akan turun malaikat kepada
mereka (dengan mengatakan), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah
kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan surga yang telah
dijanjikan Allah kepadamu.’”(Fushshilat:30)
Berusahalah untuk senantiasa mendekatkan diri kepada Allah, dan
jagalah akhlak kalian baik di dalam maupun di luar rumah. Sebisa
mungkin, kurangilah aktivitas di luar rumah.
Jika terpaksa harus keluar rumah, jangan lupa untuk senantiasa
menutup tubuhmu dengan pakaian yang syar’i. Jika mungkin, mintalah salah
seorang mahrammu untuk menemanimu.
Ingatlah bahwa keanggunan dan kesendirianmu bisa menjadi fitnah bagi
lelaki. Karena itu, berhati-hatilah dan jangan lupa berdoa dalam memulai
setiap langkahmu.
Jika kamu merindukan kasih sayang seorang suami sebagaimana dulu
pernah engkau miliki, maka berdoalah kepada Allah agar memberikan yang
terbaik untukmu. Sungguh Allah telah berjanji untuk mengabulkan doa
hamba-Nya, akan tetapi engkau pun harus bersabar. Yang terpenting,
jangan pernah berputus asa dari rahmat Allahu ta’ala. Sesungguhnya
setelah kesulitan itu ada kemudahan.
Tambahan faedah : ( tambahan faedah ini merupakan tulisan dari Ukht Ummu Rumaisha)
Janda adalah status semata yang sama halnya dengan “menikah”, “tidak
menikah”, “duda”, “perjaka”, “perawan” dan kata sandang lainnya yang
beredar di masyarakat.
Terkadang dalam hidup seseorang harus berhadapan dengan pilihan yang
sulit bila masalah akhirnya menyebabkan pernikahannya kandas. Atau
ketika kuasa Tuhan bicara lain dari rencana sepasang manusia, dan
membuat yang ditinggalkan harus menjalani hidup sendiri.
Kalau dalam ajaran agama Islam posisi janda ini diletakkan sedemikian
rupa yang harus kita hormati, rasanya tidak adil menempatkan mereka
dalam kenegatifan. Dan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam pun
beristrikan para janda yang ditinggal suaminya meninggal di medan
perang, karena beliau ingin menjaga kehormatan para wanita tersebut dan
menjamin masa depan anak-anaknya. Sedangkan dalam mayarakat beberapa
dari kita menempatkan seorang janda layaknya obyek tabloid gosip.
Rasanya ganjil kalau kita timpang sebelah memberikan cap yang kurang
baik pada seorang janda, sedangkan bagi seorang duda, sepertinya hal
yang biasa saja.
Ketika kita memutuskan untuk memberikan cap tertentu pada sebuah status, tengoklah kembali siapa diri kita sebenarnya ini.
Kenapa kita tidak bisa melihat seseorang karena dia adalah pribadi yang menarik, welas-asih, baik hati atau periang?
Kenapa kita tidak bisa mengukur seseorang karena kepandaiannya memasak, merangkai bunga, ilmu dan agamanya?
Apa perlu kita mencampur adukkan status seseorang dengan kemampuannya
dalam masyarakat dan memberikan nilai rendah hanya karena dia berbeda?
Status, apapun itu, apalagi seorang janda, mestinya membuat kita
berpikir keras. Berpikir bagaimana si wanita itu menghidupi keluarganya,
kalau dia memiliki anak . Berpikir bagaimana bisa berlaku profesional
di kantor, bukannya menyulut gosip-gosip iseng tentang kawan kerja yang
seorang janda. Semestinya kita terus belajar dengan berkaca pada orang
lain, karena di beberapa hal bisa jadi kita ini lebih beruntung.
Terlepas dari semua itu, semua janda-muda harus memikul beban yang
tidak mudah, apalagi bila mereka sudah dikaruniai keturunan. Selain
harus menghidupi dirinya sendiri, sang janda muda juga harus bisa
berdiri tegar untuk menghidupi anak-anaknya.
Sedangkan untuk urusan asmara, janda-muda suka dihadapkan oleh kendala penolakan dari keluarga laki-laki.
Saya sendiri suka menemukan kisah-kisah di mana para janda-muda harus
rela patah hati karena keluarga pihak laki-laki menolak kehadiran
mereka.
Dari berbagai alasan yang disampaikan, penolakan keluarga laki-laki
atas kehadiran seorang janda-muda sedikit banyak dipengaruhi oleh
bagaimana masyarakat melihat sosok janda-muda itu sendiri.
Sosok seorang janda muda mau tidak mau sering dikaitkan dengan
persepsi “bekas” atau “second hand“. Akibatnya, janda-muda seperti
mengalami penurunan kualitas sebagai calon pasangan hidup. Terlebih lagi
bila jandanya disebabkan oleh perceraian.
Saya pribadi menolak pandangan seperti ini. Karena seorang janda muda
hanyalah seseorang yang memang punya jalan hidup seperti itu, terlepas
dari ditinggal mati ataupun karena bercerai.
Ketika seorang wanita muda menjanda, tidak serta merta dia jadi turun
kualitasnya, dan bukan pula berarti dia jadi kurang cocok untuk jadi
pasangan hidup dibanding dengan wanita-wanita yang masih lajang.
Memutuskan untuk meminang seorang janda muda memang punya kendalanya
sendiri. Selain penolakan, kita juga harus mau berbesar hati menerima
anak-anaknya, dan mungkin suatu saat harus berhadapan dengan mantan
suami juga. Hal-hal seperti inilah yang mungkin dipandang sebagai excess
baggage nya janda-muda.
Bagi seorang laki-laki, kondisi tersebut tentunya akan berdampak pada ketahanan psikologis, fisik dan ketahanan ekonominya.
Namun semua kembali pada pilihan.
Bila sang janda-muda memang bisa memberikan yang selama ini kita cari
dan bisa memberikan kedamaian hati, sudah selayaknyalah kita
memperjuangkan dirinya untuk dijadikan pasangan yang akan menemani kita
sampai hari tua nanti.
bersabarlah dengan kesabaran yang tinggi……wahai ukhti Muslimah yang mengharapkan wajah NYA ta’ala
Ingatlah firman Allah ta’ala , berikut ini :
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ
أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
.” Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada
Tuhanmu.” Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh
kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang
yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. “(QS.AZ
ZUMAR :10)
bersabar dan bertaqwalah dengan sebenar benar taqwa, yakinlah Allahu ta’ala akan memberikan yang terbaik wahai ukhti muslimah
وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ
Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu,
maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah
dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri, (QS Ath Thuur : 48)
Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang
Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk
menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi
sebelum datangnya hari kiamat.
Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi
oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta
kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang
laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama
bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan
memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi)
telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu
itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi
pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia
akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.”
(HR. Thabrani)
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul
seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta
kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan
menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.
Nama Imam Mahdi
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah “nama gelaran” sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna “Pemimpin yang telah
diberi petunjuk” Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi =
orang yang mendapat petunjuk
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di
atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama
bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah.
Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin
Abdullah.
Ciri-ciri Imam Mahdi
Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam
Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah
dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat
untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah
katakan dalam hadis-hadisnya sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku,
berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi
ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum
itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur
kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari
keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
Kemunculan Imam Mahdi
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri
melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi
sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan
setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang
dikatakan dalam sebuah hadis berikut :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, yang
akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu
Majah).
Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, “Pada suatu hari tubuh
Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, ‘Mengapa
engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai
Rasulullah?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, ‘Akan terjadi suatu keanehan,
iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah
(Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi
ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang
pasir, maka mereka ditelan bumi.’ Kemudian kami bertanya, ‘Bukankah di
jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?’ Beliau menjawab,
‘Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja
pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta
ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi
mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka
berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan
membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka
masing-masing.’” (HR. Bukhary, Muslim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Seorang laki-laki akan datang ke
Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk
mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka
mereka terbenam ditelan bumi.” (HR. Muslim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Suatu kaum yang mempunyai jumlah
dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu
diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka,
sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka
mereka ditelan bumi.” (HR. Muslim)
Telah bersabda Rasullah s.a.w, “Sungguh, Baitullah ini akan diserang
oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada
sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka
berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana
kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa,
kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian
yang menimpa mereka.” (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Akan dibaiat seorang laki-laki
antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Suatu pasukan dari umatku akan
datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar
seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka.” (HR. Ahmad)
Kepemimpinan Imam Mahdi
Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7
atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa
kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hinga satu demi satu kedzaliman
akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.
Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan
membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari
persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.
Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh
karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan
Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.
Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi
Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu
Lod dalam kompleks al-Aqsa.
Saya amat tertarik dengan salah satu cerita mengenai kebangkitan Al
Mahdi dan di sini saya ingin kongsikan pada anda semua tentang sesuatu
yang tersirat dan tersurat disebalik kisah Al Mahdi yang banyak
diperkatakan oleh ramai orang terutama pada umat akhir zaman ini
sehingga ada yang terlalu taksub dan berani mengaku sebagai imam mahdi
Mengikut sejarahnya persoalan Al Mahdi ini memang telah wujud
semenjak zaman Rasulullah saw lagi, baginda sendiri juga pernah banyak
meriwayatkan banyak hadis tentang kewujudan Iman Mahdi diakhir zaman
selain daripada kebangkitan Dajjal dan juga kedatangan Nabi Isa
alaihisalam. Antara hadis yang mahsyur pernah di sampaikanya mengenai
Imam Mahdi adalah :
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya
dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah
memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari
keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama
bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan
saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith
riwayat Abu Daud dan Turmizi.
Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru
dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi
mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan
kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di
baitul Maqdis”. Hadith riwayat At-Tabarani.
Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang
akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh
kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat
setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka
berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh
orang-orang Yahudi dan Syiah.
Ceritanya yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45
tahun kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar
dalam Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita
sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh
bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tentera Yazid bin Muawiyah
yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu
Perjalanan Saidina Hussin dari Mekkah Menuju Ke Kufah tetapi terhenti di Karbala kerana diserang oleh tentera Yazid
Disini saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain
dan kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam
mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari
saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak
kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali
dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan
Rasullah dan Siti Khadijah.
Di pendekkan cerita saidina hussein dalam perjalan ke Kufah dan
keluarganya serta beberapa orang pengikut yang lain telah dikepung oleh
tentera Bani Umayah atas arahan pemerintah ketika itu iaitu Yazid bin
Muawiyah (Yazid I) di suatu kawasan padang pasir yang bernama Karbala.
Disana mereka telah dikepung selama beberapa hari sehinggakan saidina
hussain kehabisan bekalan makanan. Di dalam peristiwa itu juga Yazid
telah memberi peringatan kepada tenteranya supaya jangan memberi atau
membantu saidina hussain dengan memberi makanan walaupun dengan seteguk
air sekalipun, ini kerana katanya sekiranya ia dapat minum walaupun
setitis air pastinya awak semua tidak bisa mengalahinya maklumlah anak
hulubalang terkenal tentu hebat seperti ayahnya. Selepas beberapa hari
barulah tentera Yazid memberanikan diri untuk mendekati saidina Hussain
yang kelemahan untuk mempertahankan diri dan keluarganya.
Di saat itulah berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang
berani berdepan dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan
hukum bunuh kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan
dihadapan Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum
bunuh. Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid
kerana sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya
dan juga kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi
Muhammad saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernama Muawiyah
bin Abi Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal
kepala saidina Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal,
saidina hussain sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang
ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina
Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina
hussain dalam kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina
hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina
Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang
sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri.
Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat
memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan
supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi
apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang
satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana
mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan
arwah ayahnya dan baginda. Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu
al-Faqar itu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda
peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di
zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh
anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak
mencecah ke bumi.
Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya
saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila
melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala
adiknya saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan
telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan
hanya menggunakan pedang ayahnya itu. Diriwayatkan bahawa pedang saidina
Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka
saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena
pukulan pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang
telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek
kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka
Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa
saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan
disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya.
Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat
Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas
kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain
untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan
kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala
yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda
Rasullulah saw.
Kesimpulan dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ?
diamanakah ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan
bakal muncul dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti
sebagai Imam Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal
dan bakal memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya
saidina hassan disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda
saidina ali yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal
membunuh Dajjal sebagai mana sabda Rasulullah saw :
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan
keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib
kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur
dan dia dalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh
Imam sayuti
Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina
Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah
keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih
yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,
“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya
Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW.
Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama
Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai
baginda dalam rupa dan bentuk.”
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di
dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu
Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif
Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di
dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah
Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al Hafiz Imanuddin yangmenyebut
bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli
bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila
rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)
Di dalam riwayat yang lain :
“Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan
mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu
al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.”
Pedang Yang Dipercayai Dhu al-Faqar (Dzulfaqr) yang di simpan di Muzium Cairo Arab Saudi
Sehingga kini belum dapat kepastian yang tepat di manakah makam
saidina hassan kalaulah benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang
sama juga berlaku kepada keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain
iaitu saidina Hussein jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan
manakalan ibunya saiditina Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana
makamnya. Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah
calang-calang manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya
hulubalang agung saidina Ali ra.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu
kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat
menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak,
melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih
selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang menyanggah
kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.
Allahualam,