05 March 2018

Ilmu Falak Islam



… ILMU FALAK / ASTROLOGY …

PENDAHULUAN :
Bermula, fasal pada menyatakan Ilmu Falak itu ada dalilnya dalam Al-Quran antaranya, seperti Firman Allah Taala : Demi langit yang mempunyai bintang-bintang besar (yang bertaburan dicakrawala). (Surahtul Buruj : 1). Maaf jika apa yang kami paparkan nanti kurang jelas, kerana kami bukanlah seorang professional astrologer, cuma apa yang kami rasa kami faham maka kita renungkan bersama sebagai asas pengetahuan.
Apabila dikatakan Ilmu Falak maka ianya dikaitkan dengan Ilmu Astronomy. Ada pun Ilmu Astronomi itu tersangat luas, kerana ianya kajian ilmuan cakrawala langit yang tiada batasannya itu. Jika mahu diceritakan bagaimana bermulanya kejadian langit dan bumi dan bintang-bintang yang bertaburan serta galaksi-galaksi yang ada sejak dari peristiwa “Big-Bang” itu terlalu panjang lagi merumitkan. Maka cukup sahaja apa yang kita tahu, semuanya telah Allah SWT hidangkan siap tersedia untuk kita. Maka terpulanglah kepada kita merenung jauh tetapi tersangat dekat, akan Kebesaran Allah SWT, akan apa yang ada dilangit itu.
Maka bagi Sufi Besar Syeikul Akbar Ibnul Arabi beliau menamakan langit itu kepada dua bahagian: (1) Pertama : Langit yang berbintang. (2) Kedua : Langit yang tidak berbintang. Dalam kitab-kitab beliau ada menceritakan susunan hirarki ciptaan falak-falak langit itu, serta perkaitannya dengan kita dan alam semesta ini. Bagi Sarjana Astronomy silam dan terkini itu pula mereka membahagikan kepada dua juga : (1) Pertama : Ruang langit yang mengandungi “Fixed Stars”. Dari kedudukan fixed stars atau bintang-bintang yang bertaburan itu dinamakan Gugusan Bintang-Bintang atau pun dalam bahasa Al-Qurannya disebutkan Al-Buruj. Maka dari situlah terbitnya kajian dan ilmuan Zodiak atau Bintang 12, lalu diberikan namanya Ilmu Astrology atau Ilmu Falak. (2) Kedua : Planet-planet utama yang sembilan dari fixed stars itu hingga kebumi. Planet-planet yang sembilan itu ada hubung kait dengan fixed stars itu, maka dinamakan ruling planet.
Jika dibumi ini untuk mengetahui keluasan sesuatu kawasan tanah, kita memerlukan khidmat Jurukur Tanah (Land Surveyor) lalu diberikan tanda batu sempadan. Maka begitu juga keluasan langit cosmic itu telah diplot secara kaedah astronomy oleh Sarjana Astronomi silam lalu diberikan nama dan nombor rujukannya. Hampir 1/3 buruj-buruj kecil itu telah diberikan nama dengan nama Islam, seperti dalam gugusan Orion itu dinamakan Al-Nitak, Al-Neelam, Al-Muntakak, Al-Debaran, Al-Deramin dan sebagainya. Ini bermakna orang-orang Arab adalah lebeh mendalami bidang astronomy ini. Kemudian telah dipelopori pula oleh orang-orang barat. Yang lain-lainnya itu telah diberikan nama oleh Sarjana Astronomi Barat. Antara sarjana Astronomy Islam yang pakar dalam bidang Ilmu Astronomi ini adalah dari Parsi Nasir Al-Din, Omar Kayyam dan lain-lain dengan balai cerapnya sendiri yang kini hanya tinggal bahan sejarah Islam. Dari barat itu pula antaranya yang ternama adalah Ptolemy, Copernicus dan lain-lain lagi.
Antara mereka yang banyak menggunakan Ilmu Falak dalam pelayaran adalah pedagang-pedagang Arab yang silam, samada dilautan atau didaratan. Mereka berdagang dari satu negeri kesatu negeri hanya mengunakan kompas kuno dan kaedah bintang-bintang dilangit menuju kedestinasi perdagangan dengan tepat sekali. Begitu juga The Tree Wise Men dari Parsi berdasarkan perkiraan falak mereka pertemuan dua bintang dilangit itu, mereka dapat meramalkan kelahiran Nabi Isa AS. Maka ilmu Astronomy itu telah banyak yang hilang dari khazanah Islam. Maka tinggallah ilmu falak Islam itu digunakan apabila mahu melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh mula berpuasa dan hari beraya, berdasarkan perkiraan hisab dan rukyah. Sejak zaman internet dunia tanpa sempadan, nampaknya telah terbuka sedikit keinginan kita mengenali apakah dia Ilmu Falak /llmu Astrology itu..??
Jika ada kelapangan nanti kita sambung lagi basic Ilmu Falak / Astrology ini. Apakah dianya Bintang 12 itu? Apakah planet-planet yang sembilan itu dan hubung kaitnya dengan Bintang 12 itu..?? Jika tidak silap kami kedudukan bulan sekarang ini bagi para astrologer menamakan Blue Moon, phenomena yang jarang-jarang berlaku. Sabtu ini 26 Jun 2010 akan berlaku gerhana penuh bulan. Apakah tanda dan maknanya phenomena tersebut berlaku dibulan Rezab ini…???
Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam….
Komen oleh Banjoe — Jun 26, 2010 @ 3:55 am | Sunting
… ILMU FALAK / ASTROLOGY …
GERHANA :
Tanggal 26 Jun 2010 jam 7.22 malam hingga 10.20, malam Sabtu kelmarin telah berlakunya gerhana bulan Full Moon Lunar Eclipse. Maka berlakunya pula dalam bulan Rejab, bulan yang diberkati seperti dalam peristiwa Israq dan Mikraj bagi Nabi Muhammad SAW. Maka ummat Islam disunatkan mendirikan Solat Sunat Gerhana.
Maka gerhana itu ada dua jenis : (1) Gerhana Matahari, (2) Gerhana Bulan. Dinamakan Gerhana Matahari apabila matahari dinaungi bulan, berlakunya disiang hari. Mitos orang dulu-dulu kata matahari sedang sakit. Dinamakan Gerhana Bulan itu apabila bulan dinaungi matahari, ditengahnya bumi, berlakunya dimalam hari. Mitos sebaliknya dikatakan bulan pula sedang sakit. Maka perbedaan alignment atau keselarian menegaknya itu, itulah yang menyebabkan adanya berbedaan samada Full Eclipse, Partial Eclipse, atau Ring Eclipse. Keterangan mengenai phenomena, definasi gerhana, kesan-kesan terhadap manusia tumbuhan dan alam semesta ini infonya ada dijelaskan dalam internet.
GERHANA DIKAITKAN DGN KEBANGKITAN IMAM MAHDI :
Maka disini cuba kita lintas sedikit pengertiannya dari sudut Islamic Prophecies. Maka gerhana itu ada dikaitkan dengan kedatangan Khalifah Islam Akhir Zaman yang dinanti-nantikan itu. Al-Hadis ada menerangkan : Kemunculannya Imam Mahdi akan didahului tanda-tandanya dengan berlakunya gerhana bulan dan gerhana matahari dalam satu bulan Ramadhan. Maka phenomena tersebut telah lama berlaku, namun mengapakah Imam Mahdi yang dijanjikan itu maseh tidak juga muncul-muncul? Apabila berlakunya gerhana bulan dan matahari dalam satu bulan Ramadhan diibaratkan pertemuan dua bintang. Dalam Secrete Doctrine traditional astrology ada menyatakan : “When there is a super conjunction, A Super Star Is Born. He is The Super Magician.”
Bukankah yang dinantikan itu seorang Insan Misteri? Maka biarkan Allah ghaibkan beliau sementara waktu dalam Misteri Alam. Namun beliau telah ada berbatang tubuh seperti kita. Beliau telah pun dinobatkan dan sedang menjalankan tugas-tugas semesta, menghapuskan kedurjanaan semesta Sang Dajjal Al-Masikh ciptaan, belaan dan pemujaan Gereja Vatican City, bersama dengan kuncu-kuncunya Sang Yakjud Makjud, serta dalang-dalang dikalanagn orang Islam itu sendiri yang menjadi musuh dalam selimut, duri dalam daging. Beliau akan dinyatakan dikhalayak ramai itu nanti untuk menghapuskan satu lagi Sang Bapak Dajjal bermata empat. By then only the Al-Mighty Super Magician and his prodigies will be known to the world.
Jika dalam Vedic Astrology kaum Hindu dan lain-lainnya, maka gerhana matahari dan bulan itu dinamakan Rahu (Dragon Head) dan Kethu (Dragon Tail). Rahu and Kethu are always far apart. Maka phenomena tersebut diibaratkan seperti seekor naga kepalanya sedang memakan menelan ekornya sendiri. Maka maksodnya tamatnya pusingan sesuatu perjalanan tamaddun lama, berhenti dititik pertemuan, maka akan dimulai dengan satu lagi pengembaraan tamaddun yang baru. Apakah akan berakhirnya Zaman Gelap dan akan munculnya alaf baru Zaman Cahaya Kebangkitan Islam? Cuba renungkan. Wallahu’alam…..
AS ABOVE SO BELOW :
Bab ini rasanya banyak terdapat dalam internet, terpulanglah pada kita untuk melayarinya. Cuma dasarnya kajian Bintang 12 atau Constellations itu adalah “As Above So Below”. Kerana pendapat sesetengah Astrologer, kita ini adalah manusia cosmic, terciptanya kita dari cosmic dust. Dari kajian Keruhanian tatakala dialam Antah Berantah itu kita mohonkan tubuh. Setelah berjasad ragawi memandang warna warninya alam, kita mula terjebak dalam satu wadah. Bukan sahaja kita lupa daratan, malah lupa langit dijunjung, lupa akan destiny kita. Dari pandangan Metafizika alam semesta raya lagi sejagat ini dibangsakan sebagai Alam / Insan Kabir. Maka manusia yang digelar Alam / Insan Saghir itu, tidak lain adalah bayangan atau salinan Alam / Insan Kabir yang semesta raya itu.
SUSUNAN BINTANG 12 :
Berbalik kita fasal pada menyatakan susunan gugusan Bintang 12 atau the 12 Constellations itu. Para sarjana Astrologer silam dan modern tetah menetapkannya seperti berikut, bermula (1) Capricorn (The Sea Goat), (2) Aquarius (The Water Bearer), (3) Pisces (The Twin Fishers), (4) Aries (The Ram), (5) Taurus (The Bull Aldebaran), (6) Gemini (The Twin Lovers), (7) Cancer (The Crab Walk), (8) Leo (The Lion), (9) Virgo (The Virgin), (10) Libra (The Justice), (11) Scorpio (The Sting House of Sex and Death), (12) Sagittarius (The Archer). Maka salah satu Bintang 12 itu adalah bakat-bakat teruntuk bagi kita didunia ini. Maka sebab itulah kenapa kita ada pelbagai perangai, ragam dan kerenah.
Maka susunannya planet-planet yang bekerja itu pula bermula dari : (1) Sang Suria sebagai Prana (The Life Force), (2) Mercury (Atharid), (3) Venus (Kejora), (4) Earth (Bumi), (5) Mars (Marikh). [Maka Planet (1) hingga (5) disebut sebagai Inner Planets, dipisahkan oleh Asteroids Belt]. (6) Jupiter (Mustari), (7)Saturn (Zuhal), (8) Uranus, (9) Neptune, (10) Pluto. [Planet-planet (6) hingga (10) itu dinamakan Outer Planets]. Dan seterusnya kot-kot planet Nibiru, planet X, Y dan Z. Wallahu’alam… Maka dari kaedah Ilmu Mumerology mereka berdasarkan 9 planet sahaja. Sedangkan dari ilmiah Astronomer bilangan planet-planet itu tidak terbilang banyaknya.
PENGARUH BINTANG 12 DAN PLANET-PLANET :
Berbalik semula evolusi kejadian kita. Tatakala kita diRahim Ibu itu adalah Fitrah yang suci bersih, kerana asalnya kita dari : “Aku Tiupkan Ruh-Ku”. Apabila kita dilahirkan maka cosmic rays itulah yang mempengaruhi kita, bekerja mencorakkan character dan biografi sejarah kehidupan kita. Kadang-kadang character kita itu diwarisi dari leluhur kita, kerana Nafs seorang anak itu adalah dari Nafs orang tuanya.
Contohnya orang yang lahir dalam zodiak Aries, maka wataknya aggressif dan wataknya dominent, kerana ruling planet dalam Aries itu adalah planet Marikh (Mars the marthian warrior No. 9). Maka begitu juga sebaliknya, mereka yang lahir dalam zodiak Pisces characternya agak passif, sifatnya sentimental dan caring, sebab ruling planetnya adalah Neptune The Smoky Planet (Planet of illusion and unconscious No. 7). Maka begitulah juga seterusnya watak-watak dan pengaruh-pengaruh yang dibawakan oleh zodiak-zodiak dan planet-planet yang lain itu.
TARIKH KEMERDEKAAN MALAYSIA BERDASARKAN PERKIRAAN ILMU FALAK :
Antara gunanya Ilmu Falak atau Astrology adalah dalam menetapkan tarikh hari kemerdekaan Malaysia. Atok mantan PM Pak lah, Al-Marhum Abdullah Pehen adalah seorang ahli Ilmu Falak terkenal dizamannya. Beliaulah yang memilih tarikh kemerdekaan Malaysia, maka telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Maka jadilah Code Number bagi bumi “MIM” ini dengan No. 4/7 (Virgo/Rooster). Maka angka 4/7 itulah angka bagi Rahu and Kethu. Maka tersirat dalam bendera Jalur Gemilang. Bulan itulah lambang Rahim Ibu, langit biru itulah lambang naungan Bapa. Hasilnya itulah Bintang 14, maka 14 Stars were born. Bumi “MIM” telah melahirkan anak-anak warisan Bangsa “MIM”, antaranya Mr. “MIM”. Maka asalnya dari “MIM”, kepada “MIM”, untuk “MIM”. Kerana Bani “MIM” itulah yang akan menerajui Akhir Zaman. Wallahu’alam….
PENUTUP :
Rasanya kami dah banyak mengarut. Buat masa ini cukuplah setakat ini sebagai ilmiah asas Ilmu Falak, Ilmu Astrology dan Ilmu Astronomy. Kami serahkan pada ramai lagi para ilmuan yang lagi arif dalam ilmiah ini. Jika dijelaskan satu persatu sepuluh hari sepuluh malam pun tak akan habis. Mohon diampon jika tersilap. Dah keletihan, mata pun udah naik kemayo. Kepada mereka yang lebeh ariff jika ada kesilapan mohon dibuatkan koreksi…
Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam….
Komen oleh Banjoe — Jun 27, 2010 @ 11:31 am | Sunting
….. TARIK KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS 1957 BERDASARKAN PERKIRAAN ILMU FALAK …..
ANTARA KAEDAH ILMU FALAK / ASTROLOGY :
Maka salah satu kegunaan Ilmu Falak/Astrology adalah dalam menetapkan tarikh kemerdekaan sesebuah negara, kerana kedaulatan sesebuah negara itu ada hubungkait dengan hari kebangsaannya. Maka perkiraan Ilmu Falak / Astrology dalam perkiraan horoscope seseorang itu dinamakan Personel Astrology. Bagi sesebuah negara atau benua itu pula dinamakan Mundale Astrology. Seperti tarikh lahir kita mewatakkan keperibadian siapakah kita, kerana tarikh lahir kita itu adalah “Star Gate” bagi kita. Maka begitu jugalah tarikh hari kemerdekaan dan sambutan hari kebangsaan sesebuah negara itu adalah “Star Gate” dan halatuju sesebuah negara itu.
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU :
Berbalik semula fasal pada menyatakan tarikh penetapan kemerdekaan Tanah Melayu. Maka tanggungjawab ini diberikan kepada atuk mantan PM Malaysia Ke4 Pak Lah, yaitu Al-Marhum Abdullah Pehen. Al-Marhum semasa hayatnya merupakan salah seorang Ahli Falak Islam terkemuka dizamannya. Maka perkiraan kedudukan planet-planet dan buruj-buruj diketika itu samada membawa kemakmuran atau tidak, maka jawapannya terletak pada bahu Al-Marhum. Atas desakan mantan PM Pertama Malaysia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman dan Raja-Raja Melayu, maka itulah tarikh yang pada perkiraan Abdullah Pehen yang paling sesuai bagi Tanah Melayu menetapkan tarikh kemerdekaannya. Jika ditunda lewat ketarikh dan tahun yang lain, mungkin ianya tidak sesuai. Dan lagi mentelah Baginda Queen telah bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah, maka adalah wajar Tanah Melayu merdeka lebeh awal. Maka dengan turunnya bendera penjajah dan naiknya bendera Malaysia dan declarasi kemerdekaan, maka bermulalah Bangsa “MIM” dan Bumi “MIM” itu mengenal ertinya itu kebebasan.
“STAR GATE” PADA 31 OGOS 1957 (SABTU) :
Maka dari perkiraan Ilmu Falak oleh Abdullah Pehen dan ahli-ahli jawatankuasanya itu, maka kedudukan planet-planet dan buruj-buruj dilangit tatakala itu, diketika pada 31 Ogos 1957 (Sabtu) itu, adalah seperti berikut : (1) Sun, Pluto, Mars dan Mercury dalam Buruj Virgo, (2) Uranus dalam Buruj Leo, (3) Jupiter, Venus dan Neptune dalam Buruj Libra, (4) South Node dalam Buruj Taurus, (5) Moon dan North Node dalam Buruj Scorpio, (6) Saturn dalam Buruj Sagittarius, (7) Chiron dalam Buruj Aquarius. Maka zodiak tarikh kemerdekaan Malaysia, jatuh dalam Buruj “Virgo”. Tahun Chinanya pula jatuhnya pada “Year of Rooster”….
Maka kedudukan planet-planet dan buruj-buruj bagi “Natal Chart” kemerdekaan Tanah Melayu itu mengadungi seribu serba satu pengertian. Apakah makna-maknanya dan apakah kesan-kesannya kepada negara dan rakyatnya? Apakah ianya membawa kemakmuran, cemerlang, gemilang, terbilang? Apakah ianya mencerminkan kesatuan atau perpecahan rakyat Malaysia? Apakah negara Malaysia akan menuju kehalatujunya yang sebenar? Apakah Malaysia akan menjadi sebuah negara membangun menjelang 2020? Dimanakah kedudukannya peribumi Bangsa “MIM” yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan Tanah Melayu menjadi Malaysia..?? Maka jawapannya terletak pada tangan-tangan Bani “MIM” itu sendiri. Untong sabut timbul, untong batu itu tenggelam….
Amaran : Perlu diingat Bangsa “MIM” akan mengalami transformasi besar-besaran. Astroger Barat mengatakan dari “Natal Chart” tarikh kemerdekaan Malaysia itu, ada amaran akan berlakunya rusuhan kaum. Menang kalah, nasib Bangsa “MIM” dan nasib warisan anak cucu-cicit Bangsa “MIM” akan datang dibumi “MIM”, terletak pada Bangsa “MIM” dan pemimpin-pemimpin Bangsa “MIM” itu sendiri. Oleh itu sentiasalah berwaspada. Dari “Natal Chart” kemerdekaan Malaysia itu, South Node in Taurus, comfort zone bagi Bangsa “MIM” sudah berakhir. Maka Bangsa “MIM” must transform menuju North Node in Scorpio, menuju challenging zone yang penuh cabaran…. Wallahu’alam…
“AL-RAHMAN” SEDANG MENGAKHIRI KALIMAHNYA :
Dunia maya ini sentiasa berpusing mengikut paksinya. Zaman, tahan dan masa silih berganti, pemimpin-pemimpin Malaysia juga turut bertukar ganti. Maka kalimah keramat bagi bumi “MIM” dan Bangsa “MIM” adalah pada Asmak “AL-RAHMAN”. Maka kalimah “AL-RAHMAN” itu juga telah bertukar ganti huruf-hurufnya dan sedang mengakhiri huruf terakhirnya. Apakah ianya akan digantikan dengan kalimah baru “AL-RAHIM, atau kalimah Mukjizat “AL-MAHDI”….????
Wallahu’alam….
Sekian, untuk direnungkan bersama…
Wassalam…
Komen oleh Banjoe — Julai 1, 2010 @ 12:30 pm

No comments: