APAKAH ITU AKHIR ZAMAN? :
Maka apabila disebut saja nama Imam Mahdi, maka ianya dikaitkan dengan kebangkitan semula Islam di Akhir Zaman. Apakah itu Akhir Zaman? Kapankah bermulanya itu Akhir Zaman? Apakah yg dimaksodkan dgn Akhir Zaman itu dunia Alam Semesta ini akan mengalami kehancuran? Ato lazimnya disebut Kiamatul Kubra, dimana planet bumi dgn segala isi-isinya akan hancur musnah? Apakah Akhir Zaman itu seperti yg dimaksodkan oleh Kaum Mayan End Time, dimana dlm kalender astronomi mereka bahawa tanggal 21/12/2012 @11:11 itu dunia akan kiamat? Wallahu’alam… Maka terpulanglah pada kefahaman dan pendirian masing-masing.
APAKAH ITU FITNAH AKHIR ZAMAN? :
Dan lagi apabila disebut saja Akhir Zaman ianya dikaitkan pula dgn keadaan bagaikan Ummat Islam itu telah tenat diperdayakan dari sudut akidahnya telah tersesat jalan. Ato dari sudut fizikalnya Ummat Islam itu sentiasa ditindas dan diperdaya dgn kejam oleh musuh-musuh Islam? Sebenarnya apakah pula itu yg dimaksodkan dgn Fitnah Akhir Zaman? Kapankah bermulanya itu Fitnah Akhir Zaman dan siapakah dalang pertama ato Dajjal-Dajal yg menjalankan konspirasi tersebut? Siapakah itu Dajjal dan dari manakah pula bermulanya itu Dajjal? Wallahu’alam…. Maka jawapannya juga terpulanglah pada fahaman dan kajian masing-masing.
SIAPAKAH IMAM MAHDI? & KEMUNCULAN IMAM MAHDI :
Maka apabila telah sampai janji Allah dan masanya akan muncullah itu Imam Mahdi, maka bayangan kebangkitan itu Imam Mahdi seperti Sabdanya : “Sekiranya dunia ini akan hancur akan tetapi ada tinggal sehari lagi, maka Allah akan bangkitkan seorang dari keluarga-ku yg akan memenuhi dunia ini dgn keadilan sebagaimana dunia ini dipenuhi sebelumnya dgn kezaliman”. (Riwayat Abu Daud). Maka yg dimaksodkan itu, itulah orangnya yg dinanti-nantikan oleh setiap Ummat Islam yg beriman dgn Rasul SAW dan dgn Allah Yg Maha Mentadbir. Yg dimaksodkan Hadis tersebut, bahawa Imam Mahdi sebagai Penyelamat Ummat Islam itu pastinya akan zahir, yakni dimunculkan keberadaannya itu dikhalayak ramai. Kapankah detik dan waktunya munculnya itu Imam Mahdi? Wallahu’alam… Masa zahirnya tertakluk kepada sebab-sebab dan masa-masa tertentu, yg hanya Allah sahaja Yg Maha Mengetahui.
DARI NASAB SIAPAKAH ITU IMAM MAHDI? :
Nabi Muhammad SAW ada bersabda : “Akan bangkit dari Sulbi-ku ini keturunan-ku dari Timur yg akan membawa keadilan….” Kalo dari sulbinya Nabi SAW makanya pastinya Imam Mahdi itu bermulanya titik jalurnya adalah terus dari Nasab Zuriat Nabi SAW itu sendiri. Sedangkan yg diketahui Nabi SAW itu tiada lagi anak lelaki sebagai menyambung zuriat warisan, kerana anak-anak lelakinya diriwayatkan semuanya telah wafat sewaktu kecilnya. Cumaan yg ada sebagai penyambung warisan itulah hanya dua orang cucuandanya tercinta, yakni Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Difahamkan lahirnya mereka itu adalah hasil dari pernikahan Sayyidina Ali dgn Siti Fatimah Az Zahrah.
DIANTARA SAYYIDINA HASSAN & SAYYIDINA HUSSIN :
Maka titik mula jalur lahirnya itu Imam Mahdi, misterinya tersirat diantara Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Yg seorang adalah “Jantung Nyawanya”, yg seorang lagi itu intan payungnya. Yg satu itu Insan Biasa, yg satu lagi itu “Insan Mistri”. Dinamakan Dia itu Insan Mistri kerana keberadaannya itu bermula dari Ada menjadi Tiada. Dgn Mukjizat Paduka Ayahanadanya itu dia dari Tiada menjadi Ada. Maka dari Ada itu hingga terbitnya itu Imam Mahdi, yg dighaibkan dlm Mistrinya Alam. Namun Dia bukan Insan Ghaib seperti fahaman Puak Syiah dan Al-Arqam itu. Dia ada sosok jasad badan ragawinya, seperti juga leluhurnya itu, yakni Nabi Muhammad SAW ada jasad ragawinya. Jika tiada berjasad mana mungkin beliau bisa bertugas. Cumaan “He Is The Guided Man”, hanya mereka yg diizinkan Allah sahaja yg bisa mengenalinya dan ketemu dengannya. Dan lagi Sabdanya : “Barangsiapa diketahuinya dimana beradanya itu Imam Mahdi, maka besegeralah kamu berbaiah dengannya, walo pun kamu utk ketemu dengannya terpaksa merangkak didalam salji….”
IMAM MAHDI INSAN MISTRI :
Maka Mistrinya itu Imam Mahdi terlalu rumit. Begitu juga Hadis-Hadis mengenai keberadaannya itu terlalu banyak hingga mengelirukan, hingga ada pihak yg mengambil kesempatan mengaku dirinya sendiri itulah Imam Mahdi, ato orang kanan kepada Imam Mahdi, dan berbagai lagi. Kita hanya didedahkan kepada sejarahnya yg tersurat. Sedangkan sejarahnya yg tersirat hanya diketahui lagi dirahsiakan dan tersimpan oleh Nasab Ahlul Bait pilihan. Maka terpulanglah kepada semua meyakininya dan mencari akan kebenarannya.
AHLUL BAIT PENERAJU AKHIR ZAMAN:
Maka dithread ini hanya sedikit info dari Ahlul Bait Warisan Wali 7, yg mampu kami sampaikan, sekadar dibuat renungan. Lebeh detail lagi kami masih jahil, nggak mengerti, masih lagi mencari kebenarannya. Yg pastinya Ahlul Bait akan menerajui Akhir Zaman. Nasab-Nasab Ahlul Bait yg ramai itu telah berkembang diserata pelusuk dunia. Maka Ahlul Bait dari Puak manakah yg akan dinobatkan sebagai Peneraju Akhir Zaman itu..?? Jawapannya….????
Wallahu’alam….
Sekian, Wassalam…..
Komen oleh Banjoe — Jun 8, 2010
No comments:
Post a Comment