09 February 2012

Kerja Full-Time, Bisnes Part Time

Harga petrol naik, harga beras makin mahal, harga ayam bertambah, harga minyak masak melambung. Ini adalah isu yang selalu diperkatakan samada perbualan antara dua sahabat di kedai kopi mahupun perdebatan serius antara ahli parlimen semasa bersidang. Ia bukan masalah yang dihadapi di Malaysia sahaja bahkan fenomena ini sedang dihadapi oleh penduduk seluruh dunia. Masalah ekonomi yang melanda memaksa ramai individu untuk mengambil tindakan yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka. Golongan yang tidak bermoral akan terlibat dalam kegiatan yang tidak sah disisi undang-undang seperti mencuri dan sebagainya. Manakala golongan yang benar-benar ingin berusaha dan memajukan kehidupan dalam kekangan masalah kewangan akan mencari jalan yang lebih mulia seperti menceburi bidang perniagaan secara sambilan.

Oleh sebab itu ramai yang akui bahawa menjalankan perniagaan secara sambilan penting untuk memberi sumber pendapatan yang lebih supaya mereka dapat menampung segala tanggungjawab dari segi kewangan. Pendapatan daripada aktiviti berniaga secara sambilan dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan yang disebabkan oleh harga barang dan kos pengangkutabn yang makin meningkat.

Mungkin juga pendapatan daripada perniagaan secara sambilan itu dapat memberi anda lebihan sumber kewangan untuk anda melakukan sesuatu yang diingini seperti bercuti keluar negara dan sebagainya.

Berniaga secara sambilan juga dapat memberi anda wang untuk menanggung kos pelajaran anak-anak. Adalah lebih baik jika anda menggunakan wang pendapatan daripada perniagaan secara sambilan untuk kos pelajaran anak-anak dibandingkan dengan meminjam daripada institusi kewangan yang kebanyakanya akan mengenakan yuran yang agak membebankan.

Tak kurang juga yang menceburi bidang perniagaan secara sambilan kerana minat semata-mata. Pendapatan yang diperolehi bolehlah dijadikan sebagai simpanan untuk hari yang mendatang. Satu langkah yang bijak juga.

Apabila anda menjalankan perniagaan secara sambilan, anda akan perolehi banyak ilmu dan selok belok tentang perniagaan atau tentang produk yang anda jual. Oleh itu, amalan berniaga secara sambilan juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sekali gus akan menjadikan anda seorang individu yang lebih berdaya saing. Nah! Ini adalah peluang yang harus ambil untuk memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi dalam tangga kerjaya anda samada peluang untuk dinaikkan pangkat ditempat kerja anda ataupun mungkin anda akan menjadi yakin dan meneruskan perniagaan yang anda mulakan secara sambilan ke tahap yang lebih tinggi dan secara sepenuh masa pula. Apa yang penting sikap positif dan disiplin diri mesti dititik beratkan apabila anda memikul dua tanggungjawab yang berat.

Sebelum anda membuat keputusan menceburi bidang perniagaan secara sambilan, banyak faktor yang perlu dikaji secara lebih mendalam. Faktor pertama yang paling penting untuk anda fikirkan ialah samada penglibatan anda dalam perniagaan secara sambilan nanti akan memberi kesan secara negatif terhadap tanggungjawab kerja hakiki yang sedia ada.

Apabila aktiviti berniaga secara sambilan memakan banyak masa dan mengganggu jadual kerja hakiki, anda akan dibebani dengan masalah lain. Pekerjaan hakiki menuntut anda supaya mematuhi syarat dan disiplin kerja seperti yang dipersetujui oleh anda semasa menandatangani kontrak untuk bekerja. Lazimnya, kebanyakan syarikat tidak akan membenarkan pekerjanya menjalankan perniagaan secara sambilan samada di pejabat atau di mana sahaja. Sesetengah pula mungkin akan mengenakan syarat tidak dibenarkan membuat perniagaan sambilan di pejabat sahaja. Oleh itu, anda hendaklah menyemak kembali syarat-syarat yang telah termaktub dalam surat majikan supaya anda tidak melanggar peraturan. Apabila anda melanggar peraturan syarikat yang memberi anda kerja hakiki, anda mungkin akan dikenakan denda atau penggantungan kerja dan lebih teruk lagi diberhentikan. Anda mesti tidak mahu berlakunya pepatah “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Kerja sambilan yang dipilih haruslah sesuatu yang melibatkan perniagaan yang senang untuk dikendalikan kerana anda tidak akan mempunyai banyak masa secara sambilan. Anda terpaksa membahagi masa antara komitmen terhadap kerja hakiki dan berniaga secara sambilan. Berniaga secara sambilan yang senang untuk dilaksanakan oleh seorang individu yang mempunyai kepakaran tertentu contohnya seorang pelukis pelan rumah atau bangunan. Anda boleh memulakan perniagaan secara sambilan yang berkaitan dengan ilmu dan kemahiran yang anda ada. Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan menghubungi syarikat-syarikat pembinaan dan menawarkan khidmat melukis pelan dengan harga yang lebih rendah daripada firma-firma yang lebih terkenal. Dengan cara ini syarikat pembinaan akan dapat mengurangkan kos mereka dan anda akan dapat sedikit pendapatan tambahan melalui perniagaan sambilan ini. Ini juga salah satu kepentingan berniaga secara sambilan iaitu membolehkan situasi menang menang dalam proses perniagaan. Banyak pihak yang dapat manfaatnya!

Anda harus berhati-hati supaya perniagaan secara sambilan yang dipilh tidak melibatkan kos yang tinggi kerana tujuan asal anda memulakan perniagaan secara sambilan adalah untuk menambahkan pendapatan dan bukan sebaliknya. Jika perniagaan sambilan menelan belanja yang banyak sebelum ianya dimulakan, anda akan lebih dibebani dengan masalah kewangan. Segala analisa terhadap belanja, pelan tindakan, jadual untuk perlaksanaan haruslah disediakan dengan terperinci sepertimana anda akan menjalankan sebuah perniagaan yang biasa. Yang berbeza disini hanya dari segi masa yang boleh anda luangkan kerana terikat dengan kerja hakiki. Jika anda memilih untuk menjual produk makanan, pastikan anda boleh meluangkan masa untuk memasak. Anda perlu fikirkan masa yang perlu untuk membeli bahan-bahan untuk memasak, masa untuk membungkus makanan tersebut serta masa untuk membuat penghantaran dan sebagainya.

Berniaga secara sambilan melalui internet tidak memerlukan banyak masa untuk membuat promosi yang hebat. Oleh itu anda tidak perlu menggunakan masa anda yang lebih untuk berniaga secara sambilan. Anda boleh menunjukkan gambar produk-produk anda di laman blog. Anda boleh mengemaskini maklumat apabila anda masa terluang. Oleh itu anda boleh menjalankan perniagaan secara sambilan dengan selesa dan lebih fokus.

Anda juga boleh membuat perniagaan secara sambilan dengan menjual barang terpakai di MUDAH.my atau eBAY. Modal yang diperlukan amat rendah kerana barang-barang yang terlibat memang sedia ada. Risiko juga tidak ada kerana jika tidak terjual, barang-barang yang memang anda tidak mahu bolehlah didermakan. Bayaran juga terjamin kerana pelanggan harus membayar anda sebelum anda menghantar produk kepada mereka.

Jika tuntutan kerja hakiki memerlukan anda sentiasa bertugas ke luar daerah atau luar negara, anda perlu berhati-hati jika mahu meneruskan hajat untuk berniaga secara sambilan. Jika anda adalah dalam golongan ini, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan menjual barang-barang yang unik dari negara atau daerah luar. Produk-produk kecantikan, hiasan rumah, barang kemas, tekstil dan pakaian dari luar negara pasti akan menjadi tarikan pelanggan. Anda boleh membeli dan menjualnya di internet seperti di eBAy atau MUDAH.my atau menjual terus kepada rakan-rakan dan pelanggan lain. Cuma anda perlu ingat bahawa cara ini memerlukan modal yang lebih kerana harga produk-produk yang terlibat biasanya agak tinggi. Risiko yang harus anda tanggung pula mungkin apabila produk tidak dapat dijual kerana tiada pelanggan yang mempunyai citarasa yang sama dengan anda. Oleh itu, anda perlu mengambil langkah-langkah yang terntentu untuk mengelak risiko ini.

Ada juga peluang berniaga secara sambilan yang anda boleh jalankan setiap masa walaupun kerana ia tidak memerlukan anda membawa stok produk yang memerlukan tempat simpanan yang besar dan senang dibawa kesana kemari. Produk yang dimaksudkan ialah kad prabayar untuk telefon bimbit. Permintaan terhadap produk ini memang meningkat pada hari ini. Permintaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Masa untuk urusan jual beli juga sangat singkat. Modal untuk memulakan perniagaan ini juga agak rendah.

Anda mungkin juga boleh menceburi perniagaan secara sambilan waktu tertentu seperti seminggu sekali di pasar malam dan di pasar tani. Produk-produk boleh dibeli dari pasar borong secara pukal. Untuk mendapat tarikan yang lebih dari pelanggan, anda bolehlah membungkus produk anda dengan kreatif dan menarik serta amalkan cara yang bersih.

Setelah keputusan dibuat, anda perlu pula menyediakan senarai tindakan lanjut apa yang perlu anda lakukan sebelum bermula. Anda mungkin perlu membuat sedikit simpanan wang kerana apa jua bidang perniagaan samada secara kekal ataupun secara sambilan akan memerlukan sedikit modal. Contoh jika anda mahu memulakan penjualan nasi lemak dan dihantar ke kedai-kedai makanan sekitar kawasan perumahan anda. Anda sudah semestinya perlu membeli bahan dan alatan untuk membungkus dan membawa nasi lemak yang sudah siap ke tempat jualan tersebut.

Amatlah penting untuk anda menjaga dan membahagi masa antara kedua tuntutan kerja. Seperti yang ditekankan tadi, anda perlu mematuhi segala terma dan syarat kerja yang dikenakan oleh majikan sedia ada. Dengan ini, anda perlulah bijak menguruskan masa. Jika anda mahu lebih fokus dan menjalankan kedua-dua tanggungjawab dengan lebih berjaya, mungkin anda boleh membuka gerai pada hujung minggu sahaja.

Jika anda boleh menyediakan produk jualan anda di rumah dan mempromosikan produk anda di internet, perniagaan anda akan lebih diketahui ramai. Perniagaan produk secara atas talian akan memudahkan anda dari segi pengurusan masa. Anda boleh meletakkan masa penghantaran yang tertentu mengikut kesesuaian masa anda.

Selain daripada maklumat-maklumat yang telah dibentangkan di atas tadi, anda harus ingat bahawa walaupun anda menjalankan perniagaan secara sambilan, etika perniagaan yang bagus harus diamalkan. Penipuan haruslah dielakkan sama sekali. Anda juga harus menepati apa yang dijanjikan kepada pelanggan. Hal ini dikira agak sukar untuk anda amalkan kerana anda harus ingat bahawa anda perlu menjalankan dua tanggungjawab.

Disiplin yang tinggi perlu diamalkan. Untuk membantu anda lebih fokus dan disiplin, anda perlulah membuat jadual kerja yang lengkap supaya masa yang diagihkan untuk berniaga secara sambilan ialah masa yang terluang selepas segala tuntutan kerja hakiki sudah selesai.

Sokongan dari ahli keluarga amatlah diperlukan kerana jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti tuntutan kerja yang hakiki yang memerlukan anda bertugas luar daerah secara tiba-tiba walhal anda sudah membuat perjanjian dengan pelanggan anda untuk menghantar produk anda. Pelanggan yang ada mesti dijaga, oleh itu anda perlulah meminta pertolongan ahli keluarga supaya pelanggan masih mendapat produk yang dipesan mengikut masa yang dijanjikan.

Strategi Menjual Produk di Facebook

Facebook. Siapa yang tidak pernah dengar akan perkataan magik ini? Ia adalah laman web sosial yang paling popular dan hebat pada masa sekarang. Ia digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Tidak kiralah apa sahaja yang seseorang itu lakukan sama ada pelajar, guru, ahli perniagaan dan ramai lagi. Mereka sudah mempunyai akaun Facebook sendiri yang digunakan untuk memperkenalkan diri. Hari ini fenomena Facebook telah melanda segenap lapisan masyarakat. Miskin, kaya, tua, muda, pemimpin negara, rakyat biasa, pegawai tinggi, kuli, polis, penjenayah, dan bahkan pengemis jalanan pun ada akaun Facebook. Seseorang apabila ditanya sama ada memiliki akaun Facebook atau tidak, jika jawapannya “tidak ada”, si penanya akan memandangnya dengan penuh skeptikal. Seperti tidak lengkap jika tidak ada Facebook. Seperti orang yang tidak memiliki telefon bimbit. By the way, kita jangan lupa bahawa Facebook juga boleh ‘dimain’ hanya dalam handphone.

Kegilaan terhadap Facebook telah melahirkan golongan yang ketagihan laman sosial ibarat virus ini. Contohnya, selebriti terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, berusia 32 tahun, mengaku ketagihan Facebook apabila dia sentiasa memikirkan post-post terbaru yang ingin diletakkan di Wall. Beliau juga rasa teruja setiap kali menerima komen daripada para peminatnya. Kegilaan ini dikatakan memuncak apabila di Mesir, seorang ayah pula menamakan bayinya yang baru lahir dengan nama Facebook . Al-Ahram, sebuah surat khabar yang cukup popular di Mesir menulis, seorang ayah bernama Jamal Ibrahim yang berusia sekitar 20 tahun hendak mengungkapkan perasaan terima kasihnya di atas kemenangan Revolusi 25 Januari, dengan memberi nama anak perempuan pertamanya yang baru lahir dengan nama “Facebook Jamal Ibrahim”!

Mari kita selidik dari mana datangnya fenomena luar biasa zaman kini ini.

Pengasas Facebook , Mark Zuckerberg, telah membina laman web rangkaian sosial ini ketika beliau baru berumur 23 tahun dan masih menuntut di Universiti Harvard. Beliau melancarkan Facebook pada bulan Februari 2004. 24 jam selepas pelancarannya, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa satu bulan, hampir separuh pelajar sarjana muda Harvard telah memiliki profil Facebook.

Pada mulanya Facebook disasarkan sebagai rangkaian sosial pendidikan dan telah berkembang ke universiti-universiti di seluruh Amerika. Hanya setahun selepas pelancarannya, Facebook telah berkembang melibatkan penuntut sekolah tinggi Amerika dan ‘menjelajah’ ke universiti-universiti di United Kingdom. Selepas itu fenomena rangkaian sosial Facebook seperti tidak dapat dibendung lagi dan sesiapa saja yang memiliki e-mail boleh membuka akaun Facebook di seluruh dunia. Facebook mengumumkan jumlah ahlinya sudah melebihi 30 juta orang pada tahun 2007. Hari ini jumlah ahli Facebook sudah melebihi 800 juta orang.

Facebook amat popular kerana aplikasi-aplikasinya yang mudah, menarik minat, dan percuma. Selain daripada itu ahli-ahlinya juga boleh membina aplikasi-aplikasi sendiri untuk digunapakai atau dimainkan dalam Facebook. Facebook mendapat keuntungan daripada pengiklanan. Syarikat-syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo pernah menaruh minat untuk membeli Facebook dengan menawarkan harga sehingga USD$2 bilion, tetapi ditolak oleh Zuckerberg.

Sedar tak sedar fenomena ini telah memberi impak yang banyak baik kepada individu, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Di dalam Facebook sesiapa saja bebas untuk mengatakan apa saja; memuji, mengutuk, meluahkan kemarahan, kejiwangan, kepandaian, dan juga kebodohan. Oleh itu impaknya boleh jadi positif dan boleh jadi juga negatif, bergantung kepada siapa yang membuat kenyataan dan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Facebook juga dijadikan medan untuk bertemu dengan sahabat handai yang sudah lama terpisah, dan bahkan ada yang menemukan pasangan hidup melalui Facebook. Facebook juga boleh digunakan sebagai medan percambahan minda melalui perbincangan-perbincangan maya yang efektif. Dan dengan cara yang berpatutan, ahli-ahli juga boleh menyalurkan ‘kegiatan2 ibadah’ melalui Facebook.

Bagi yang lebih kreatif dan berwawasan, mereka menggunakan Facebook untuk tujuan komersial dengan menjual produk dan membina jaringan pemasaran. Antara cara-cara yang biasa yang digunakan oleh usahawan internet, pelajar kolej, suri rumah tangga mahupun sesiapa sahaja sebenarnya bukanlah luar biasa seperti yang disangka. Malah, sebenarnya ianya agak mudah!

Sebelum menjual produk, sudah tentu kita perlu mempunyai jumlah rakan atau dipanggil Friends dalam Facebook dahulu. Lebih ramai Friends, lagi senang untuk menjual, betul? Tetapi bagaimana cara untuk membolehkan ramai yang Add anda? Pertama sekali ialah anda, sebagai penjual, digalakkan menggunakan gambar profil yang menarik. Elakkan menukar-nukar gambar profil secara kerap. Gunakan satu gambar secara konsisten. Jadikan gambar profil sebagai logo di Facebook ini. Kedua, perbanyakkan pengisian seperti menulis artikel. Orang akan klik Share dan kemudian orang lain akan Add kita selepas membaca artikel yang telah diSHARE oleh rakan mereka tersebut.

Ketiga, layari Wall rakan Facebook lain dan berikan komen pada status, foto, imej, video atau artikel mereka. Aktif menggunakan Links, Photo, Video dan Notes. Keempat-empat elemen ini cukup berpengaruh untuk mendapatkan respon yang singkat berbanding kaedah email. Kita boleh tag sesiapa rakan yang dikenali serta share links ke dalam mana-mana groups atau pages dengan mudah sekali. Paling mudah share links atau tag gambar yang menggambarkan sesuatu yang positif, quote yang menginspirasikan, atau gambar yang melucukan. Ini akan dapat menarik perhatian sasaran serta membolehkan kita berinteraksi untuk menjadikan ianya lebih viral. Disarankan elemen ini digunakan lebih kerap setiap minggu bagi mendapatkan respon dari members selain terselit agenda simbiotik untuk publisiti atau promosi.

Keempat, letak Widget Facebook di blog. Selitkan juga link ke profile Facebook kita di artikel blog. Manfaatkan kombinasi Facebook Widgets untuk menambah Friends. Ada banyak jenis widget untuk profile, pages mahupun groups. Kita boleh sesuaikan dengan mana-mana blog yang kita miliki serta menjadikan ia lebih viral dengan Facebook . Kombinasi ini cukup penting menjadikan web atau blog kita lebih interaktif serta mempunyai peminat atau pengikutnya yang tersendiri.

Kelima, sertai Groups yang aktif di Facebook. Tetapi pastikan anda hanya sertai yang relevan dengan produk anda. Aktifkan diri di sana seperti memberi komen pada status semasa dan pada mana-mana bahagian yang boleh diberikan komen. Pastikan memberi komen yang membina. Teknik viral serta e-marketing dengan Facebook sebenarnya ada pada function Facebook Groups & Pages. Ini kerana kita dapat mengumpul seberapa banyak mungkin list dengan kedua-duanya. Kelebihan jangka masa panjang diberikan kepada Facebook Pages yang mempunyai function Insight melihat statistik demografi yang sesuai untuk mensegmenkan pasaran. Manakala Facebook Groups lebih sesuai untuk perkara-perkara yang lebih santai dan bersifat tidak rasmi. Disarankan supaya fokus kepada pembinaan lebih daripada 10 jenis Facebook Groups & Pages dalam pelbagai niche. Ini akan menjadi aset sekunder yang boleh menggantikan autoresponder berbayar yang jauh menjimatkan tanpa apa-apa kos. Gabungkan Facebook Groups mahupun Pages dengan blog atau website bagi mendapatkan trafik yang berterusan.

Seterusnya, manfaatkan kelebihan Facebook Events. Di sini peluang terbaik untuk membawa social networking ini ke dimensi yang lebih serius. Anda boleh Create an Event untuk apa jua aktiviti atau program di alam realiti maupun secara maya. Sebagai contoh, anda boleh berjumpa sambil main permainan Cashflow 101 yang mengajar banyak perkara tentang financial management. Event tersebut mmg cukup berfaedah sekali, dan kita patut buat apa jua event dalam sekali sebulan untuk meningkatkan prestasi networking kita dengan orang lain. Yang terakhir, bantu rakan Facebook secara ikhlas atau bekerjasama dengan mereka. Mereka biasanya akan Tag nama kita pada ruang status mereka. Daripada Tag itu, rakan-rakan mereka akan klik pada nama kita dan akan memasuki profile Facebook kita. Mereka akan Add kita jika mereka berminat.

Akhir sekali, elakkan bermain game atau chat yang tidak bermanfaat. Ok, ini merupakan aktiviti yang kurang efisyen bagi usahawan internet jika terlalu banyak main game atau chatting yang tidak bermanfaat. Facebook ini wajar dijadikan saluran pemasaran yang berpotensi untuk mencapai anggaran jualan produk yang tinggi. Chatting dengan prospek dibolehkan, tetapi ianya bukan tempat untuk bercanda maupun mengorat. Jadikan Facebook medan pemasaran yang paling menguntungkan. Itu baru tips, belum tentang pantang larang di Facebook lagi!

Begini, untuk mendapat anggaran jualan yang memuaskan, kita perlu konsisten. Tidak boleh tenggelam timbul, sekejap aktif, sekejap tidak. Pastikan kita mengenali sekurang-kurangnya 10 orang atau lebih di Facebook ini sebagai rakan tetap kita di mana kita sering melawati ruangan Facebook mereka, termasuk memberikan komen yang membina dan bermotivasi. Kesilapan kebanyakan penjual ialah mereka menjual di Facebook seperti mereka menjual di Mudah.com. Itu salah! Promosi secara agresif adalah amat kurang sesuai. Keberkesanan pemasaran di Facebook adalah terletak kepada sejauh mana keikhlasan kita, komunikasi kita dengan rakan-rakan Facebook dan juga sebanyak mana kita memberikan informasi yang berguna. Cara pemasaran di Facebook lebih kepada soft marketing seperti berkenal-kenalan, bertegur-sapa, berkongsi informasi, memberi pendapat dan lain-lain lagi. Fokus kepada perbincangan positif dan berpotensi. Kita memerlukan identiti yang dihormati dan disegani lawan maupun kawan. Oleh itu proses jual beli mahupun perbincangan di Facebook perlu berhikmah dan bijaksana.

Jika ada perkara yang tidak dipersetujui maka berhujahlah dengan dalil, fakta yang konkrit disulami bahasa yang santai dan terbuka. Digalakkan menyertai perbincangan yang konstruktif, kolaboratif dan positif dalam memberi manfaat kepada semua warga Facebook . Isu sensitif melibatkan agama, bangsa dan apa jua yang mudah menggugat sensitiviti perlu berhati-hati serta di sini letaknya kecerdikan akal untuk mengimbangi emosi. Elak konfrontasi terbuka dengan mereka yang berfikiran negatif, sebaliknya berkawanlah dengan mereka yang mempunyai identiti yang positif jauh lebih baik.

Seterusnya, kuantiti bukanlah segala-galanya. Tidak semua akaun Facebook Friend kita adalah aktif. Ada yang sekadar suka-suka, masuk Facebook tidak terlalu kerap dan ada juga akaun yang belum lengkap profile mereka. Untuk itu, jika berkesempatan, Remove Friend yang berkaitan seperti Friend yang menyertai kita sekadar mahu mempromosi program buat duit atau skim cepat kaya semata-mata.

Manfaatkan Facebook sebaiknya kerana ia adalah fenomena pemasaran paling hebat di zaman ini!

Teknik Langsai Hutang Pinjaman Perniagaan

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan hutang. Terdapat pelbagai jenis hutang, ia boleh berupa hutang budi, hutang barang dan hutang wang. Sehingga ada pepatah Melayu yang menyebut, “Hutang budi dibawa mati”. Begitulah besar kesan hutang dalam kehidupan kita. Manakala hutang wang pula bermaksud wang milik orang lain atau badan lain yang telah dipersetujui lalu dipinjamkan kepada kita. Apabila ia milik orang lain, maka ia harus dikembalikan semula mengikut janji yang telah ditetapkan. Wang yang telah kita gunakan itu wajib dibayar semula.

Setiap usahawan yang berjaya pernah menghadapi hidup yang amat sukar. Sehingga membuat pinjaman daripada pelbagai agensi atau bank. Berkat kesabaran dan usaha yang tidak putus telah membuktikan mereka berjaya melarikan diri dari beban hutang dan mampu menjalani hidup dengan senang. Kerana kejayaan itu tidak datang dengan mudah. Ia harus disertakan dengan usaha dan kekuatan diri yang paling tinggi. Tetapi masih ramai juga yang gagal membayar hutang. Perkara ini mungkin disebabkan beberapa faktor dalaman diri si pemiutang itu sendiri. Mereka gagal untuk mengubah hidup dan tidak berani menyahut cabaran.

Banyak cara dan teknik yang dilakukan ramai orang untuk membayar hutang yang telah dibuat. Walau bagaimanapun, cara dan teknik ini tidak akan berkesan jika tiada kesedaran dalam diri si pemiutang itu sendiri. Sekiranya kita liat untuk membayar hutang, hidup kita akan dibayangi perasaan tidak senang dan hidup sentiasa diburu kekesalan. Apabila semua hutang perniagaan telah dilangsaikan, kita mempunyai potensi untuk terus mengembangkan perniagaan kerana tidak perlu membayar hutang lagi. Keuntungan yang kita dapat adalah keuntungan bersih. Nama kita juga akan bersih dan tiada lagi pihak yang cuba menikam kita dari belakang kerana hutang yang belum dilunaskan. Selain itu, kita juga tiada musuh, kerana hutang yang belum dibayar menjadi punca kita dibenci orang lain. Agensi yang pernah memberikan kita pembiayaan suatu ketika dahulu berani memberi kita membuat pinjaman lagi kerana hutang lama telah dilangsaikan. Kita juga akan menambah bilangan kawan dan ramai pelabur yang berani melabur kerana rekod kita yang telah bersih daripada hutang. Mari kita pelajari beberapa teknik melangsaikan hutang perniagaan

Berfikiran positif, motivasi diri dan berdisiplin

Nilai-nilai ini mempunyai kekuatan yang sangat hebat dalam membantu kita melunaskan hutang. Katakan kita membuat pinjaman daripada MARA, Majlis Amanah Rakyat sebanyak RM 5000.00 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan membeli sebuah mesin jahit industri yang kita gunakan untuk menerima tempahan jahit baju dari rumah. Berfikiran positif mampu membuka minda kita untuk melakukan pelbagai pekerjaan yang telah kita rancangkan. Duit hasil tempahan jahit baju secara kecil-kecilan itu boleh kita simpan untuk membayar hutang yang telah dibuat. Motivasi dalam diri sangat mempengaruhi pembayaran hutang. Berfikiran positif dan motivasi perlu disertai dengan disiplin juga. Jika kita tidak disiplin, hutang yang dibuat gagal dibayar. Disiplinkan diri dengan menetapkan bahawa hutang mesti dibayar setiap bulan sehingga habis.

Berusaha dengan lebih gigih

Selain itu, kita mesti berusaha dengan lebih gigih untuk membayar hutang yang dibuat. Hutang perniagaan mempunyai tempoh bagi pembayaran balik. Tetapi, jika cepat kita membayarnya adalah lebih baik. Jika tidak, kita hanya mampu bekerja dengan lebih gigih untuk membayar hutang. Contohnya, dengan memiliki mesin jahit yang telah diberi, kita boleh menerima tempahan menjahit dengan lebih banyak. Hasil kerja yang memuaskan akan menyebabkan pelanggan akan datang lagi kepada kita. Katakan kita hanya memulakan bidang ini secara sambilan sahaja, selepas pulang dari tempat kerja kita boleh sambung menjahit baju apabila tiba di rumah. Semua orang mempunyai komitmen masing-masing, mungkin mahu memasak untuk keluarga, menguruskan anak-anak, atau mengemas rumah. Tetapi jika mahu berjaya kita mesti berusaha untuk mendapatkannya. Azam yang tinggi tidak menjadikan sebarang alasan sebagai batu penghalang untuk berjaya. Jadikan minat terhadap bidang yang diceburi sesuatu yang menyeronokan sehingga kita tidak merasa jemu melakukannya.

Bayar hutang walau dalam jumlah yang kecil

Teknik yang seterusnya adalah bayar hutang walau dalam jumlah yang kecil. Semua orang sedia maklum jika pembabitan awal dalam dunia perniagaan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Cukup sekadar mampu melabur untuk pusingan modal yang berikutnya sahaja. Oleh sebab faktor itu, wang yang diterima perlu disimpan dan dibuat bayaran balik. Kita mesti tetapkan jumlah hutang yang boleh kita bayar di awal tempoh pinjaman itu. Mungkin pada bulan pertama kita membayar sebanyak RM 100.00 sahaja. Apabila permintaan semakin meningkat, wang yang diterima juga semakin banyak, tidak salah kita kita membayar dalam jumlah yang banyak. Jika tidak, hutang yang dibuat lambat dilunaskan. Bayar sedikit demi sedikit, lama kelamaan jumlah wang itu akan susut dan habis. Katakan pula kita membayar sebanyak RM 150.00 sebulan dan lakukannya secara konsisten. Sehelai baju kurung boleh disiapkan dalam masa satu hari, dan upah menyiapkannya sekitar RM32 sepasang. Jadi, sebulan kita mampu meraih pendapatan sampingan sebanyak RM 960.00 dengan hanya menjahit baju dari rumah. Tetapkan pula untuk membayar sebanyak RM300.00 sebulan, selama 16 bulan hutang itu akan langsai.

Hutang yang paling kecil perlu dibayar dahulu

Dengan teknik ini, jumlah semua hutang perlu dikumpulkan sebagai kiraan besar. Kemudian mula membayar hutang bermula dengan nilai yang paling kecil. Katakan semua hutang berjumlah RM 20000.00. RM 15000.00 baru sahaja dipinjam untuk membuka sebuah kedai menjahit. Baki RM5000.00 adalah pinjaman awal membeli sebuah mesin jahit industri. Setelah setahun menjahit di rumah, timbul keinginan untuk membuka kedai dan mahu menjadikannya sebagai pendapatan sepenuh masa pula. Jumlah yang perlu dibayar dahulu adalah pinjaman RM 5000.00. Apabila hutang itu berjaya dilangsaikan, pinjaman RM 20000.00 pula perlu dibayar. Jadi, kita akan nampak kesannya apabila membayar hutang ini walaupun bermula dengan nilai yang kecil. Perjanjian bayaran balik perlu dipatuhi, contohnya apabila menjadikan bidang ini pekerjaan sepenuh masa kita perlu membayar sehingga RM 450.00 sebulan. Jumlah ini adalah jumlah yang telah dipersetujui semasa memohon pembiayaan dahulu.

Jangan libatkan Ahlong

Sanggupkah anda melihat keluarga sendiri sengsara akibat diburu lintah darat? Kerana, hutang yang dipinjam perlu dibayar berkali ganda. Silap-silap nyawa sendiri yang akan melayang. Pinjaman dengan lintah darat sangat mudah diluluskan walau dalam jumlah yang banyak. Lintah darat bukan sahaja memburu si pemuitang, sebaliknya cuba mengapa-apakan ahli keluarga yang terdekat. Berhubungan dengan lintah darat adalah cara yang hanya mengundang masalah. Hanya golongan yang pendek akal sahaja akan membuat pinjaman daripada lintah darat untuk membayar hutang. Dalam ayat yang paling singkat, jangan mengadakan sebarang hubungan dengan lintah darat. Kelak, diri sendiri yang susah.

Kesimpulan

Semua masalah akan selesai sebaik sahaja kita selesai membayar hutang. Selepas itu, kita mampu menarik nafas lega dan mampu hidup dengan senang. Kita juga boleh menjadi seorang menjadi usahawan yang berjaya. Perniagaan kecil sudah boleh diperbesarkan dan sudah mampu untuk mengupah pekerja. Tetapi teknik ini perlu dipatuhi jika tidak mahu dibelenggu hutang. Jika mahu meluaskan lagi perniagaan yang ada, pemohonan pembiayaan boleh dipohon lagi kerana hutang lama sudah dibayar dan rekod kita juga bersih darinya. Kita juga sudah mampu membeli sedikit aset seperti kereta dan rumah. Kesimpulanya, teknik-teknik melangsaikan hutang pinjaman perniagaan ini bermula dari dalam diri kita sendiri. Kekuatan fizikal dan mental diperlukan bagi merealisasikan impian ini.

8 Idea Buat Duit di Internet

Abad ke 21 ini melihat betapa pesatnya penciptaan komputer dan perkembangan industri teknologi maklumat. Sejak awal ciptaan, komputer telah berubah sama sekali samada dari segi bentuk, keupayaan, saiz dan harga. Akibat persaingan yang sengit, banyak syarikat komputer bertungkus lumus membuat rekaan yang lebih baik dari masa ke masa demi untuk memenuhi permintaan ramai orang di seluruh dunia.

Apabila ramai yang mampu memiliki komputer, permintaan terhadap pelbagai infrastruktur teknologi maklumat bertambah. Ini menyebabkan kemudahan seperti penyediaan jalur lebar, internet dan sebagainya menjadi lebih tersedia dengan kos yang tidak terlalu membebankan orang yang menggunakannnya.

Seterusnya, perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak peluang terbuka untuk segolongan pengguna yang tahu mengambil peluang ini untuk meraih keuntungan samada dalam jumlah sedikit atau mungkin juga sehingga beratus ribu ringgit.

Pelbagai cara sudah dilakukan oleh ramai orang untuk membuat duit melalui internet. Berikut adalah beberapa cadangan untuk anda memulakan servis yang agak mudah dan buat duit!

Servis buat blog

Kebanyakan orang yang tahu menggunakan komputer dan tahu melayari internet sudah pasti tidak pelik dengan perkataan blog. Ramai juga yang berjaya menjadikan blog sebagai tempat meluahkan hasil karya masing-masing seperti menulis pengalaman dan memuat naik gambar-gambar menarik yang mana pada awalnya perkara ini dilakukan hanya untuk keseronakan sahaja. Akan tetapi, lama-kelamaan wujud pula banyak maklumat dan mentor-mentor jutawan internet dari luar negara yang memberi ide kepada penulis-penulis blog untuk merebut peluang keemasan dan membuat duit di blog masing-masing.

Namun ada pula segelintir pengguna yang hanya tahu apa itu blog tetapi tidak pula berpengetahuan macamana mereka boleh mengikut jejak langkah mereka yang berjaya dan membuat duit dari blog. Jika kita perhatikan, dalam satu blog (sebagai contoh: www.blogspot.com) terdapat banyak komponen yang diletak untuk menarik perhatian orang yang melayari internet datang melawat blog mereka.

Inilah peluang anda pula yang mahir membuat blog untuk menawarkan servis kepada mereka yang tidak mahir. Bagaimana pula anda boleh mengiklan servis anda ini? Pertama sekali anda boleh meletakkan iklan anda di blog anda sendiri. Letakkan sampel blog yang sudah hamper siap supaya bakal pelanggan anda boleh memilih mengikut kesesuaian masing-masing. Anda harus ingat, bakal pelanggan anda tidak mahir membuat blog, jadi bahasa yang anda gunakan untuk mengiklan servis anda mestilah menggunakan bahasa yang mudah difahami. Langkah yang ringkas perlu diberi supaya apabila mereka sudah mempunyai blog hasil daripada servis anda, mereka juga mahir mengurus blog dari masa ke masa.

Anda boleh menyediakan pakej bayaran yang berbeza mengikut isi kandungan atau tahap kesukaran untuk membuat blog tersebut.

Servis menulis

Anda mempunyai komputer? Anda juga melanggan khidmat internet? Anda berminat dengan penulisan dan mempunyai ide kreatif? Anda mempunyai masa terluang dan anda tidak mahu membuat duit dengan bekerja di luar atau di kedai mengikut masa yang ditentukan majikan? Jika anda menjawab “Ya” untuk soalan-soalan tersebut, maka anda boleh memulakan servis menulis buku atau artikel untuk menjana wang pendapatan. Anda tidak perlu keluar daripada rumah untuk kerja ini. Iklankan sahaja servis anda di laman web yang berkenaan contohnya syarikat penerbitan buku dan majalah. Pelbagai bahan yang boleh anda siapkan seperti seperti buku resepi, buku fiksyen atau artikel dan sebagainya. Banyak syarikat penerbitan dalam dan luar negara pada waktu ini sedia menerima hasil karya anda hanya melalui internet dan proses penerbitan juga tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti waktu dahulu semasa ketiadaan komputer dan internet.

Servis penghantaran iklan percuma

Jika anda sering melayari internet dan gemar mengikuti forum yang terdapat di internet, anda mungkin boleh memulakan servis untuk mebuat penghantaran iklan kepada mereka yang tidak mempunyai masa untuk menguruskan iklan untuk perniagaan mereka. Ini adalah satu servis seperti agen pengiklanan tawarkan tetapi anda akan lakukannya secara atas talian. Struktur bayaran boleh dipakej supaya anda akan menerima pendapatan setiap kali pelanggan membeli produk yang diiklankan oleh anda.

Servis penterjemahan

Kerja-kerja penterjemahan boleh dimulakan jika penguasaan anda terhadap bahasa adalah bagus. Anda seharusnya mempunyai kemahiran untuk menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa supaya anda boleh menawarkan kerja-kerja menterjemah daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Contohnya daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris, daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun dan lain-lain.

Bagaimana pula internet boleh imembantu anda untuk mencari duit dengan kerja-kerja penterjemahan? Beberapa cara yang dicadangkan ialah dengan mengiklankan perkhidmatan anda melalui laman web contohnya www.mudah.my dan www.facebook.com. Internet akan membantu anda mencari pelanggan. Apabila pelanggan bersetuju dengan caj yang anda kenakan, segala proses penterjemahan bermula dari penghantaran dokumen untuk diterjemahkan boleh dilakukan melalui internet juga iaitu melalui emel atau boleh juga dihantar melalui pos. Begitu juga dengan proses mengembalikan dokumen yang telah siap diterjemahkan. Bayaran pula boleh dilakukan melalui internet juga seperti melalui laman web www.maybank2u.com.my atau www.cimbclicks.com.my untuk pelanggan yang mempunyai akaun bank di dalam negara. Jika pelanggan anda tidak mempunyai akaun di Malaysia dan pembayaran dibuat melalui akaun dari luar negara, anda perlu membuka akaun yang lebih bersifat antarabangsa seperti akaun Paypal dan sebagainya. Secara manual pula anda boleh mengarahkan pelanggan untuk membuat pembayaran malalui Western Union yang boleh didapati hampir di setiap bandar di negara kita.

Servis menjual dokumen contoh (template) seperti dokumen undang-undang

Anda seorang pakar dalam sesuatu bidang? Contohnya bidang undang-undang. Pada masa sekarang dengan kemajuan ekonomi negara, banyak transaksi yang melibatkan perniagaan dan perdagangan berlaku antara banyak pihak. Banyak dokumen undang-undang dihasilkan setiap hari untuk memastikan transaksi yang melibatkan wang tidak menjadi sia-sia. Dokumen undang-undang ditandatangani untuk menjaga hak-hak dan kepentingan pihak yang terlibat.

Contoh dokumen undang-undang yang anda boleh jual dan amat diperlukan ramai orang ialah dokumen perjanjian sewa rumah atau pejabat antara penyewa dan pemilik rumah atau pejabat tersebut. Sesetengah pemilik tidak mahu menggunakan khidmat peguam untuk membuat perjanjian sewa rumah atau pejabat kerana kos yang dikenakan agak membebankan. Sesetengah pemilik pula tidak mempunyai banyak masa untuk bertemu peguam untuk tujuan tersebut. Oleh itu, jika anda dapat menawarkan servis yang berpadanan dengan kehendak pemilik tersebut, anda ialah pihak yang akan mendapat sedikit keuntungan dalam transakasi ini! Oleh kerana penjualan dokumen adibuat melalui internet, harga yang dikenakan perlulah tidak tinggi. Tetapi anda perlu menjaga segala peruntukan Akta Hakcipta dan lain-lain, supaya dokumen yang anda jual tidak pula menjadi bahan cetak rompak.

Servis menaip

Perkhidmatan jenis ini boleh dilakukan oleh ramai orang kerana pada zaman teknologi maklumat ini, setiap orang pasti mempunyai kemahiran menaip. Anda pasti pula tertanya-tanya dan merasakan seperti mustahil untuk buat duit melalui servis menaip oleh kerana ramai orang sudah mahir menaip. Masa adalah faktor utama yang menyebabkan segolongan orang yang mahir menaip tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk melakukannya. Contoh golongan tersebut ialah pelajar terutamanya mereka yang mengambil kelas diwaktu malam atau hujung minggu atau diluar waktu bekerja. Mereka yang sibuk dengan kerja harian selalunya memerlukan khidmat seseorang yang lain untuk menyiapkan latihan-latihan atau kerja kursus untuk kelas-kelas yang mereka ambil.

Cara untuk mengiklan servis anda cukup mudah. Pertamanya anda boleh pamirkan iklan di papan kenyataan di universiti-universiti dan kolej-kolej samada berdekatan atau jauh dari kawasan anda. Lokasi pelanggan anda tidak menjadi faktor yang membebankan kerana anda boleh menghantar hasil kerja anda yang telah siap melalui internet sahaja. Anda juga boleh mengiklan servis menaip anda di laman web atau forum yang boleh anda ikuti di atas talian. Panduan mudah ialah anda perlu memilih forum yang bersesusaian dengan servis menaip yang anda ingin iklankan. Semasa membuat iklan, anda perlu fikirkan apakah maklumat yang perlu anda letak supaya bakal pelanggan tertarik dan mahu melanggan. Satu kelemahan yang harus anda atasi ialah faktor kurangnya atau mungkin tiadanya komunikasi secara lisan apabila anda menawarkan servis menaip melalui internet. Walaubagaimanapun masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan iklan anda dalam bentuk video dan jika anda kreatif boleh juga membuat iklan secara video dua hala.

Servis menyediakan kertas kerja

Tahukah anda bahawa permohonan anda untuk mendapatkan pinjaman wang daripada pihak bank juga bergantung kepada mutu dan persembahan sesuatu kertas kerja? Apabila kertas anda lengkap dan mempunyai maklumat yang dipelukan oleh pihak bank atau pemberi pinjaman seperti pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan sebagainya, peluang permohonan anda untuk lulus adalah lebih tinggi.

Pepatah tak kenal maka tak cinta amat sesuai diguna pakai dalam situasi ini. Satu pihak sudah tentu tidak mahu melepaskan wangnya kepada seseorang yang tidak dikenali. Untuk mengenali sebuah syarikat dengan lebih mendalam, kertas kerja yang anda sediakan perlu serlahkan kebaikan yang ada pada syarikat tersebut. Anda pasti boleh melakukan servis ini dengan baik dan efektif jika anda mempunyai pengalaman bekerja di bank atau institusi kewangan.

Servis membuat kertas kerja penyelidikan atau tesis

Servis ini bersesuaian jika anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang cara-cara membuat penyelidikan samada secara manual atau penyelidikan bahan-bahan melalui internet. Anda perlu tahu membezakan maklumat yang dicari benar-benar mempunyai integriti atau sebaliknya. Suatu penyelidikan atau tesis harus dihasilkan dengan membuat rujukan yang berkualiti. Maklumat tidak harus diambil dari blog persendirian atau laman web yang tidak boleh dipercayai. Anda juga mesti ingat untuk sentiasa menjaga hak penulis lain sebagaimana yang tercatat di dalam Akta Hakcipta.

Belajar Dari Kesilapan

Bidang perniagaan dan keusahawanan kebanyakanya dikuasai oleh golongan Cina. Tidak hairan jika kehidupan mereka jauh lebih baik daripada kaum lain. Jatuh dan bangun sesebuah perniagaan itu adalah lumrah. Tetapi tidak bagi golongan Cina. Mereka tidak akan mengaku salah dan kalah sekiranya perniagaan yang diceburi itu gagal membawa keuntungan. Pasti akan ada alasan yang diberikan untuk kejadian itu. Asalkan diri sendiri tidak mendapat malu.

Merujuk kepada Kamus Cambridge, “A bad workman blames his tools” dalam pepatah Cina membawa maksud, seseorang yang tidak mahu mengaku salah dalam tugas yang dibuat, sebaliknya menyalahkan kepada perkara atau pihak lain pula. Dalam bahasa yang yang mudah, seorang pemandu yang tidak cermat akan menyalahkan lubang pada jalan yang telah mengakibatkan berlakunya kemalangan, sedangkan diri sendiri yang tidak berhati-hati. Atau juga, seorang yang gagal dalam peperiksaan akan menyalahkan soalan peperiksaan, bukan diri sendiri yang malas belajar.

Pepatah ini cukup terkenal dalam kalangan Orang Cina. Akan tetapi, perkara ini bukan berlaku dalam golongan mereka sahaja. Perkara ini berlaku kepada semua. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru terlibat dengan dunia keusahawanan. Artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk mengata keburukan Orang Cina sahaja, bahkan kepada semua usahawan yang tidak boleh menerima kelemahan diri dan tidak mampu mengambil risiko untuk gagal. Apabila seseorang itu telah membuat keputusan untuk terjun ke dunia perniagaan, dia juga perlu bersedia secara keseluruhan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba. Apa lagi jika berita buruk itu adalah kegagalan dalam perniagaan. Hal ini sepatutnya dijadikan pembakar semangat untuk berjaya dalam perniagaan dan bukan menutup malu dengan cara yang sedemikian. Sudah cukup jelas untuk pengenalan ini. Mari kita lihat antara contoh-contoh yang yang pernah berlaku dalam pepatah Cina ini dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.

Antara contoh yang biasa berlaku adalah seperti ini:

Kisah 1:

Lim telah melabur sebanyak RM 8000.00 untuk memulakan bidang pertanian, iaitu penanaman benih getah. Lim telah membelanjakan wang itu untuk kerja-kerja pembersihan ladangnya yang telah lama terbengkalai. Wang itu juga digunakan untuk membeli anak benih pokok getah dari RISDA. Oleh kerana harga pasaran getah yang semakin meningkat naik telah membuatkan Lim ingin mencubanya. Lim merupakan seorang peniaga kedai runcit sepenuh masa di kampung tempat dia tinggal. Kebetulan Lim ada menyimpan wang atas kerja kerasnya berniaga selama ini. Setelah hampir setahun menanam benih anak getah, Lim mendapati pertumbuhan getahnya tidak selari dan dan agak terbantut. Sedangkan cuaca sepanjang tahun itu adalah baik sahaja. Anak-anak getah juga telah dijaga dengan sempurna dan selalu dibaja. Tetapi pertumbuhanya kurang memuaskan. Lalu Lim menyalahkan pihak RISDA kerana menjual anak benih yang tidak berkualiti. Lim tidak pula mengaku bahawa dia tidak mempunyai ilmu dan pengalaman untuk menanam getah.

Kisah 2:

Samad mempunyai kemahiran dalam bidang pembuatan ukiran kayu untuk hiasan dinding. Selepas tampat pengajian, dia telah memohon pinjaman dengan MARA untuk memulakan perniagaan di rumah keluarganya. Hasil kerja Samad adalah baik kerana dia seorang yang teliti dalam segala kerja. Pada tahap awal pembabitannya semua berjalan dengan lancar sahaja. Masuk bulan ketiga, Samad berhadapan dengan sedikit masalah. Ukiran yang biasanya dibuat menjadi tidak kemas. Sedangkan dia menggunakan kayu dari spesis yang sama iaitu kayu Cengal. Hal ini disebabkan kurang tumpuan pada kerja yang dilakukan berikutan tempahan yang semakin banyak. Samad sebaliknya menyalahkan kepada tukul dan pahat yang digunakannya untuk membuat kerja-kerja ukiran. Dalam tidak sedar Samad sebenarnya penat, jadi dia telah terlepas pandang dan sedikit leka dengan tugas yang baru diusahakannya itu.

Kisah 3:

Kavita merupakan seorang pereka fesyen. Selepas tamat pengajian di sebuah kolej terkemuka, dia menerima tawaran bekerja dengan sebuah butik yang terkenal di Malaysia. Semasa masih belajar, Kavita sering memasuki pertandingan rekaan fesyen dan sering juga memenangi pertandingan itu. Dia menjadi orang kepercayaan majikan tempat dia bekerja. Sebarang tugas berat diserahkan kepadanya dan hasilnya sangat memuaskan. Tiba-tiba suatu hari majikan memintanya memotong kain untuk dibuat gaun pengantin. Tugas memotong dan menjahit adalah kepakarannya. Tetapi masih terdapat banyak fabrik yang belum pernah dipotongnya kerana dia selalu memotong dan menjahit jenis fabrik yang sama. Jika tersilap potong, rosak semua kain. Kavita sedar dengan ilmu yang belum cukup diperolehinya kerana tidak semua fabrik mempunyai cara yang sama semasa dipotong. Kerana malu untuk mengakui kekurangan ilmu itu, dia telah menyalahkan kepada kain yang dipotong dengan mengatakan bahawa kain itu sangat lembut dan kedudukannya lari semasa urusan memotong kain dijalankan.

Kisah 4:

Ah Tat merupakan seorang pemandu lori dan seorang penjual ikan di pasar. Setiap hari dia akan memandu lori bersama 2 orang pekerjanya ke Pasar Besar Selayang untuk mengambil barangan basah. Setiap hari dia akan membeli barang dari pasar dengan nilai kira-kira RM 1000.00. Suatu hari, semasa pulang dari membeli stok barangan basah hujan turun dengan lebat. Ah Tat tetap memandu lorinya dengan laju. Disebabkan gagal mengawal lori kecilnya, kemalangan telah berlaku. Lori itu telah terbalik kerana faktor jalan yang licin. At Tat menanggung kerugian yang besar. Tetapi dia masih tidak mahu mengaku salah dan mengatakan jalan itu tidak rata dan licin. Sedangkan dia sendiri yang tidak beringat cara memandu dengan perlahan semasa hari hujan. Akibat kejadian itu, Ah Tat telah kerugian semua barang yang dibelinya dari pasar kerana terbalik di jalanan. Dia juga terpaksa mengeluarkan wang simpanan yang lain untuk membaiki keadaan lorinya yang rosak teruk. Penyesalannya tidak berguna kerana dia masih tidak mahu mengaku kesalahannya.

Kisah 5:

Haji Ismail merupakan seorang peneroka Felda di Pahang. Dia telah terlibat selama 29 tahun dalam dunia penternakan lembu. Seawal penglibatannya, dia turut mengalami kejatuhan yang teruk. Berkat kesabaran itu hidupnya kini lebih senang. Sebagai permulaan untuk meluaskan penternakan keluarga itu, setiap anaknya mendapat hak yang sama dalam pembahagian lembu. Kesemua 6 orang anaknya diberikan 2 pasang baka lembu yang cukup sihat untuk memulakan penternakan. Selepas 2 tahun, 5 orang anaknya telah berjaya membiakkan lembu yang telah dihadiahkan oleh Haji Ismail. Masing-masing telah mempunyai 2 ekor dan seekor anak lembu. Hanya anaknya yang bongsu gagal menyahut cabaran. Kebetulan seekor lembunya telah mati kerana termakan racun. Anaknya telah menyalahkan Haji Ismail sendiri dan menegaskan bahawa lembu yang telah dihadiahkan kepadanya adalah lembu yang mandul dan tidak sihat. Sedangnya dia hanya membiarkan lembunya lepas merata tempat tanpa pemantauan yang baik.

Kisah 6:

Raju pula merupakan seorang bapa tunggal yang telah kematian isteri. Mendiang isterinya telah meninggalkan 3 orang anak kecil dan sebidang tanah di kampung. Kerana terlalu sedih dengan kematian isterinya, dia telah pulang ke kampung dan berniat untuk mengusahakan tanah yang telah ditinggalkan mendiang isterinya. Jadi, berbekalkan RM 3000.00, Raju memulakan pertanian secara kecil-kecilan dengan menjadikannya sebagai pekerjaan sampingan sahaja. Kerana pekerjaan sepenuh masa Raju adalah menjual cendol. Raju telah menyemai pelbagai jenis benih sayur-sayuran seperti cili, timun, kacang panjang, terung dan labu. Raju bekerja dengan gigih kerana bertekad mahu membesarkan anaknya dengan segala kemudahan yang mampu diberikannya. Tetapi sayang, usaha dan titik peluh Raju tidak berbalas. Tanamannya tidak beberapa menjadi. Sebenarnya Raju tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini. Kerana dia hanya seorang penjual cendol. Mungkin Raju telah memberikan baja yang salah kepada semua jenis tanamanya. Kemudian Raju sedar akan hal itu dan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan baja dan sering bertanya kepada pihak pertanian negeri jika terdapat sebarang persoalan.

Kisah 7:

Susan bertekad membuka sebuah kedai menjual pakaian wanita sebaik bersara daripada sektor kerajaan. Dengan menggunakan wang KWSP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dia telah melabur sebanyak RM 20000.00 untuk memajukan kedai itu. Perniagaan ini dikongsi bersama 2 orang kawannya yang lain. Seawal bulan pertama perniagaannya kurang memberangsangkan. Tetapi kawasan tempat Susan menyewa kedai sewa itu menjadi tumpuan orang ramai. Tambahan pula hanya Susan seorang sahaja yang menjaga kedai itu kerana 2 orang rakan kongsinya mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Apabila menerima tekanan akibat perlu menjaga kedai seorang diri, Susan menjadi tidak bersemangat dan putus asa. Masuk minggu ketiga dia sudah malas membuka kedai. Rakan kongsinya juga bersikap dingin. Akhirnya Susan memarahi rakan kongsinya kerana tidak memberikan kerjasama seperti yang dijanjikan sebelum membuka kedai dahulu. Susan sepenuhnya menyalahkan sikap rakan kongsinya yang hangat-hangat tahi ayam dan hanya pembaziran yang berlaku dengan pelabuarn yang telah mereka buat.

Kisah 8:

Aunty Lily merupakan seorang warga emas yang masih gigih bekerja. Dia telah mengusahakan pekerjaan sebagai pengumpul barangan terpakai yang dikumpulkan di sekitar kilang berhampiran rumahnya sebelum dijual kepada kedai terpakai atau orang tengah. Dia hanya mengayuh sebuah basikal tua yang menjadi kenderaan utamanya untuk bergerak ke mana sahaja. Dengan basikal tua itu juga dia mengumpulkan semua barangan yang dikumpul. Selain itu, dia juga mengumpul tin-tin minuman dan surat khabar lama. Tenaga tua Aunty Lily sudah tidak mengizinkannya untuk mengangkat barang berat lagi. Jadi, dia telah membeli sebuah motosikal roda tiga untuk memudahkan segala urusan. Secara kebetulan dia telah terlanggar batu dan motosikal roda tiganya telah terbabas. Semua barang terpakai yang dikumpulnya bertaburan jatuh. Lalu, dia menyalahkan batu yang berada di tengah jalan yang menyebabkan kemalangan itu berlaku. Sebenarnya Aunty Lily sudah tidak mampu mengawal motosikal roda tiga itu yang sangat berat dengan bebanan yang dibawa.

Inilah antara contoh-contoh yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Kaum Cina, Melayu atau India adalah sama sahaja. Semua kaum mempunyai peluang untuk memperjudikan hidup dan wang. Kerajinan dan kegigihan kaum Cina memang tidak diragui lagi. Kerana bagi mereka falsafah utama dalam perniagaan adalah seperti pertaruhan untuk mati. Oleh itu, mereka tidak boleh tersilap langkah walaupun setapak. Perancangan yang baik menjanjikan pulangan yang besar dan masa depan dijamin cerah. Manakala perancangan secara sambil lewa pula akan akan memudaratkan masa depan. Baik buruk sesebuah perancangan itu bergantung kepada perancangan yang rapid dan teratur. Musuh utama dalam perniagaan Orang Cina adalah takut untuk bersaing, takut untuk mencuba, dan takut untuk menghadapi kegagalan. Golongan ini sentiasa menekankan situasi menang-menang dalam setiap urusan yang dilakukan. Mereka juga tidak berharap dan tidak hanya bermimpi untuk mendapatkan kekayaan dalam sekelip mata. Walau setinggi mana kejayaan golongan ini, apabila gagal dan jatuh, jari pasti ditunding pada penyebab lain.

Matematik Sedekah 10-1=19

Jika anda mahu harta yang sedia ada berlipat ganda, sedekah adalah jalan yang terbaik. Kerana Allah juga berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud, “Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepulu kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Matematik Sedekah oleh Ustaz Yusuf Mansor

Untuk memudahkan lagi pemahaman kita tentang amalan sedekah ini, mari kita bersama menghayati Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur. Menurutnya, Allah telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita keluarkan untuk bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja menggantikan wang yang telah disedekahkan, tetapi akan menggantikannya sebanyak sepuluh kali ganda dengan nilai yang kita belanjakan. Sebagai contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu kita sedekahkan RM1 kepada seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki sebanyak RM9. kita bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. Wang yang telah disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka, kita akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain.

Orang yang bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu golongan yang bersedekah akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat panas. Selain itu, golongan ini juga akan ringan hisabnya. Mereka juga akan mendapat timbangan amalan kebaikan yang berat. Tambahan lagi, golongan ini akan meniti Titian Sirat dengan lancar dan pantas. Terakhir, golongan ini akan diangkat darjatnya di dalam syurga.

Inilah rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan sedikit kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan memperolehi manfaat yang tidak ternilai. Dengan niat memberi sedekah untuk menyenangkan bebanan orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan kebaikan itu Allah telah memanjangkan umur kita, menolak bala dan bencana selain membuatkan kita menjadi lebih kaya.

Kisah Jangan Terkena Cahaya Matahari dan Jangan Memberi Hutang

Terdapat seorang lelaki kaya yang berada dalam keadaan sakit tenat. Doktor mengatakan bahawa hidupnya sudah tidak lama dan akan meninggal dunia. Maka, dia telah mewasiatkan perusahaan kepada dua orang anaknya, iaitu Wahid dan Wahab. Dengan harapan agar anaknya akan menguruskan perniagaan yang diwariskan.

Lelaki kaya itu memaklumkan kepada anaknya bahawa setiap seorang daripada mereka akan mendapat perniagaan yang perlu diusahakan. Dia berpesan agar anaknya menguruskan perniagaan itu dengan sebaik-baiknya. Selain itu, dia juga sempat berpesan kepada anaknya untuk mematuhi dua syarat dalam perniagaan jika mahu berjaya sepertinya. Syarat pertama, jangan keluar bekerja apabila matahari telah tinggi, dan syarat kedua pula, jangan mengutip hutang yang diberi pada pelanggan.

Tidak lama selepas itu lelaki kaya tersebut meninggal dunia. Jadi, mereka dua beradik telah menggantikan tempat ayah mereka dalam urusan perniagaan yang telah diwariskan. Sementara ibunya pula telah pulang ke kampung halaman dan membiarkan anak-anaknya meneruskan perniagaan seperti yang telah diwasiatkan.

Selepas dua tahun, si ibu telah kembali ke kota dan melawat rumah anak sulungnya, iaitu Wahid. Lalu bertanya tentang perusahaan yang telah mereka uruskan selepas kematian ayahnya.

Wahid menjawab dan memaklumkan kepada ibunya bahawa perusahaan itu sudah jatuh muflis. Ibunya membalas dan bertanya sebab perusahaan itu muflis. Wahid mengatakan bahawa syarat yang dipesan kepada mereka telah dipatuhi. Dia tidak pernah keluar bekerja apabila waktu tengahari. Kerana dia tidak boleh memandu kereta, dia hanya tahu membawa motorsikal sahaja. Maka, dia terpaksa menaiki teksi ke pejabat setiap hari sehingga menyebabkan banyak wang pernigaan dihabiskan untuk membayar tambang teksi.

Wahid juga mengikuti pesan ayahnya yang kedua iaitu tidak memungut hutang pelanggan. Jadi, wang perusahaan telah habis dibelanjakan dan dia sendiri tidak pernah memungut hutang dari pelanggan. Perkara ini telah menyebabkan wang perniagaan habis. Ibunya mengeleng kepala sambil berlalu pergi.

Pada keesokan hari, si ibu telah pergi ke rumah Wahab pula. Setelah bertemu, si ibu bertanya keadaan perniagaan yang diuruskannya. Si ibu juga memaklumkan bahawa perniagaan Wahid telah jatuh muflis. Wahid dengan senang hati mengatakan bahawa perniagaan yang diusahakannya semakin maju. Dia juga telah mendapat keuntungan lima kali ganda daripada harta yang telah diwariskan arwah ayahnya dahulu. Lalu si ibu bertanya apakah rahsia kejayaannya sehingga mencapai tahap itu.

Wahab menjawab dengan mengatakan bahawa dia mengikuti pesan ayahnya sebelum meninggal. Dia tidak pernah terkena sinar matahari kerana dia keluar rumah sebelum matahari terbit lagi. Dia hanya akan pulang ke rumah selepas matahari terbenam. Maka, dia tidak pernah terkena sinar matahari. Pesanan ayahnya yang kedua juga dipatuhi, dia tidak pernah meminta hutang kerana dia tidak memberikan pelanggan berhutang dengannya. Kerana itu dia tidak pernah mengutip hutang dan ianya sama seperti pesanan si ayah. Si ibu tersenyum puas dengan kejayaan anaknya itu.

idea Pelik yang Menjadikan Seseorang Bergelar Jutawan

Cara terbaik untuk membuat wang adalah dengan cara memulakan perniagaan anda sendiri. Tetapi hari ini biasanya hanya orang-orang yang mempunyai idea yang benar-benar pelik boleh berjaya. Di bawah ini anda akan mendapati senarai orang yang membuat sejumlah besar wang dengan menjalankan pelbagai jenis perniagaan yang terdiri dari membakar mayat dengan fesyen yang unik hinggalah membuat penyelidikan ke atas najis. Mereka mungkin nampak agak pelik pada awalnya dan orang yang waras pasti tidak akan bersedia untuk melabur dalam perniagaan yang salah. Tetapi tiada siapa yang tidak mahu menjadi jutawan, bukan?

1. 1-800-Got-Junk?

Perkhidmatan penyingkiran barang buangan ini telah ditubuhkan di Vancouver, Kanada pada tahun 1989 oleh Brain Scudamore, pengasas dan sekarang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau membeli sebuah trak pengangkut dengan harga USD$700 sebagai pengangkutan. “Kami akan menyembunyikan sampah anda dalam sekelip mata” adalah slogan syarikat. Pada tahun 1993, sebulan sebelum tamat pengajian beliau, Scudamore berhenti universiti untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sepenuh masa. Secara peribadi, bapanya yang merupakan seorang doktor, tidak terlalu teruja tentang rancangan profesional anaknya tetapi terpaksa mengalah setelah melihat semangat anaknya. Anda hanya perlu telefon syarikat itu, beritahu mereka anda mempunyai sampah untuk dibuang , dan mereka akan datang dan lemparkan ia jauh daripada anda! Syarikat itu telah menubuhkan lebih 220 francais seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, dan sekarang bernilai lebih daripada USD$100 juta.

Laman web: 1-800-GOT-JUNK?

2. PickyDomains.com

Menubuhkan sebuah laman web pada hari ini adalah sangat mudah. Tetapi mencari nama domain yang anda mahu dan yang masih belum diambil orang adalah sebaliknya. Jadi seorang lelaki mengeksploitasi peluang ini dan menzahirkan idea yang unik dan menjadikan beliau agak kaya. Beliau hanya mencadangkan nama-nama domain untuk laman web. Ini semestinya memerlukan tahap kreativiti yang tinggi! Cara ia berfungsi: Selepas membayar deposit USD$50, pelanggan akan mula menerima senarai nama-nama domain yang disediakan melalui e-mel untuk tempoh 30 hari. Jika mereka melihat domain yang mereka suka, mereka akan mendaftar dan memberitahu perkhidmatan tentang domain yang diperoleh. Jika domain tidak didaftarkan, wang akan dikembalikan sepenuhnya. Firma itu kini bernilai sekurang-kurangnya USD$5 juta.

Laman web : PickyDomains

3. Doggles

Kacamata untuk anjing haiwan peliharaan? Bunyi agak tidak masuk akal, bukan? Tetapi tidak jika seseorang telah memulakan kilang mereka dan meraih jutaan dolar. Perniagaan yang telah mendapat perhatian dan liputan dari CNN, Womens’ World , People, Reggie and Kelly, National Geographic dan Animal Planet. Bermula dengan kacamata, kini mereka telah mengembangkan perniagaan kepada pelbagai aksesori lain untuk haiwan peliharaan termasuk beg sandang, jaket pengapungan, baju T, topi, dan mainan.

Laman web : Doggles

4. FitDeck
Apakah hubungan permainan kad dengan rutin senaman? Inilah perniagaan yang bernilai USD$4.7 juta jika anda cukup bijak untuk menggabungkan kedua-duanya dan menjualnya dengan harga USD$18.95 sekeping. Bunyinya seperti tidak masuk akal dan melibatkan banyak pokok yang terpaksa ditebang, tetapi produk yang berusia lima tahun itu dicipta oleh Phil Black telah mencatat pertumbuhan tinggi. FitDeck adalah hasil gabungan keseronokan permainan kad dan langkah-langkah latihan Tentera Laut. Sudah pasti pendapatan daripada syarikat lebih lumayan daripada gaji seorang Tentera Laut!

Laman web: FitDeck

5. SantaMail
Ini adalah sesuatu yang langsung anda tidak jangka kerana ia seperti kerja terlalu bodoh. Surat akan dihantar daripada alamat yang kononnya daripada Kutub Utara atau Alaska, berpura-pura dihantar oleh Santa Claus. Ibu bapa akan dikenakan bayaran sebanyak USD$10 untuk setiap surat yang dihantar kepada anak-anak mereka. Ide yang nampak bodoh ini sebenarnya berfungsi dan telah menghantar lebih 200,000 surat sejak memulakan perniagaan pada tahun 2001. Kini telah mengutip lebih USD$3 juta!

6. Membersih tempat pembunuhan

Berapa banyak wang kah yang anda boleh dapat dengan hanya membuat kerja-kerja pembersihan? Tidak banyak secara semulajadinya. Berapa banyak pula wang yang anda boleh dapat untuk kerja-kerja pembersihan tempat kejadian pembunuhan atau tempat bunuh diri berlaku? Seseorang telah mencuba dan mereka telah meraih USD$1 juta untuk tahun lepas sahaja. Advance Bio Treatment juga menjalankan pelbagai lagi jenis aktiviti. Mereka juga mengendalikan ujian makmal, pemeriksaan air kencing dan sebagainya. Kini kerja yang pastinya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan ia adalah satu kerja yang menjijikkan tetapi perlu ada seseorang melakukannya. Semua orang akan suka jika ia boleh mendatangkan hasil lumayan sehingga beberapa juta dolar sebagai balasan.

Laman web: Advance Bio Treatment

7. DoodyCalls

Idea yang dizahirkan untuk perniagaan ini: anda semula duduk di pejabat anda, wakil-wakil jualan anda menerima panggilan telefon dan dengan segera mengisytiharkan bahawa anjing pelanggan telah membuang najis di halaman depan. Jadi, apakah wakil jualan anda lakukan? Dia menghantar satu pasukan profesional yang terlatih untuk membersihkan dan membawa pergi najis tersebut. USD$2 Juta adalah catatan hasil jualan tahun lepas sahaja. Jika dikira, DoodyCalls membersih lebih 3 juta najis setahun. Lebih 8000 anjing adalah pelanggan yang gembira, dan ia melibatkan pengambilan najis anjing di 21 negeri di seluruh Amerika Syarikat.

Laman web : DoodyCalls



8. Eternal Reefs
Satu lagi perniagaan yang pelik, Eternal Reefs , Inc. menjanjikan waris kehidupan yang kekal untuk mengingati pemergian orang yang tersayang. Jika anda ingin membakar orang yang anda sayangi selepas mereka telah meninggal dunia, atau dalam erti kata lain, membakar mayat mereka, Eternal Reefs menawarkan pilihan yang berlainan yang menggantikan tempayan-tempayan pembakaran mayat dan penyebaran abu oleh waris yang hidup ke alam sekitar. Keluarga dan kawan-kawan dijemput dan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam penciptaan Reef Memorial untuk yang tersayang. Anda boleh meletakkan tanda tapak tangan anda di dalam konkrit lembap, atau hanya meletakkan bendera di terumbu memorial orang yang anda sayangi itu semasa majlis penghormatan ala tentera dijalankan. Mereka percaya apa-apa yang anda rasa akan membantu orang yang tersayang pergi dengan gaya tersendiri boleh dilakukan oleh Eternal Reefs. Unjuran jualan melebihi USD$500,000 menjelang akhir tahun ini.

Laman web: Eternal Reefs

9. Boomerang Boxes

Marty Metro dan isterinya sangat gemar berhijrah dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Satu hari mereka sedar bahawa selepas berkahwin, mereka telah berpindah tempat sebanyak 29 kali. Oleh itu, Metro duduk dan mula tertanya-tanya bagaimana dia boleh menggunakan pengalamannya yang sentiasa berpindah randah untuk menolong mereka berdua. Beliau membuat kesimpulan bahawa dengan menggunakan jumlah kotak kadbod yang banyak adalah satu masalah dia selalu hadapi. Jadi ini meyakinkan dirinya bahawa dia akan dapat membantu pemunggah, perniagaan dan alam sekitar secara umum dengan mewujudkan penyelesaian kepada kebingungan penggunaan kotak kadbod. Boomerang Boxes mengamalkan pelan perniagaan keseluruhan yang menyewa dan menyedia kotak kadbod dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan unjuran jualan tahunan melebihi USD$750,000, syarikat ini sentiasa berkembang.

Laman web : BoomerangBoxes

10. BioScientific Inc.

Idea perniagaan ini berkisarkan tahi ayam. Guano Plus adalah baja yang diperbuat daripada tahi ayam dan jualannya mencatat lebih USD$1 juta setahun. Bill Thomas adalah seorang yang kreatif dengan bakat yang unik dan beliau mempunyai ide perniagaan yang jelas. Beliau sedar bahawa walaupun memiliki ladang ayam adalah sesuatu yang agak normal dan menguntungkan, tahi ayam yang buruk adalah sesuatu yang boleh digunakan sebagai sumber pendapatan. Sedikit penyelidikan dan bergelumang dengan kekotoran telah menyebabkan dia menjadi jutawan.

Lamanweb: BioScientific Inc.

Rahsia Kejayaan Air Asia

Air Asia ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada tahun 1996. Diasaskan pada awalnya oleh syarikat kepunyaan kerajaan iaitu DRB-HICOM. Pada tahun 2001, syarikat yang dibebani dengan hutang yang amat banyak telah diambil alih oleh Tony Fernandes melalui syarikatnya Tune Air Sdn Bhd. Beliau merupakan bekas eksekutif syarikat Tune Warner. Tune Air Sdn Bhd adalah nama yang diguna pakai selepas Tony pengambil alihan pada harga token RM1.00. Sejak diambil alih, Air Asia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah beban hutang syarikat. Beliau telah berjaya membaiki prestasi Air Asia dan merekodkan keuntungan.

Hub pertama yang dilancarkan oleh Air Asia ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di hub pertama, Air Asia memperkenal banyak laluan penerbangan yang baru dengan tawaran harga yang amat murah. Hub kedua pula mula beroperasi pada tahun 2003 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor yang berdekatan dengan Singapura. Laluan luar negara pertama yang dilancarkan oleh Air Asia berjaya melonjakkan namanya di sana. Namun jika cabaran untuk bersaing tidak disahut dengan formula yang bersesuaian untuk berjaya, Air Asia pasti akan kecundang. Tony Fernandes merupakan tokoh yang amat berwibawa dalam menentukan nama Air Asia kekal berjaya di Asia dan mula menempah nama di rantau yang lain.

Secara amnya, Air Asia berjaya mencatat kejayaan demi kejayaan kerana pihak pengurusan dibawah pimpinan Tony Fernandes mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan. Air Asia pada awalnya memulakan operasinya dengan kos yang rendah jika dibandingkan dengan pesaing yang terdekat MAS. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada kapal terbang yang baru. Ini adalah strategi awal. Setelah syarikat sudah mencatat keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal ini diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.

Bagaimanakah pula Air Asia berjaya mengurangkan kos penggajian kakitangannya termasuk juruterbang? Kos juruterbang pada kebiasaannya merupakan salah satu komponen kos yang paling tinggi yang perlu dibelanjakan oleh pihak syarikat penerbangan. Pihak pengurusan Air Asia walaubagaimanapun berjaya melakukan yang sebaliknya. Terdiri daripada kumpulan pengurusan yang sangat bijak untuk mengambil peluang, Air Asia bertindak ketika syarikat lain mengalami tempoh perniagaan yang sukar. Banyak syarikat penerbangan lain memecat juruterbang-juruterbang mereka akibat peristiwa 11 September 2001. Selepas kejadian tersebut, banyak syarikat penerbangan tidak dapat menanggung kos operasi kerana ramai orang tidak berani untuk membuat perjalanan menaiki kapal terbang kecuali segelintir sahaja atas sebab terpaksa atau kecemasan. Banyak syarikat penerbangan yang lain terpaksa memberhentikan laluan penerbangan yang tidak memberi keuntungan kepada mereka. Oleh sebab itu, ramai juruterbang hilang punca pendapatan akibat dibuang atau kurang melakukan penerbangan. Air Asia mengambil peluang ini dan menawarkan peluang kerja kepada juruterbang-juruterbang yang telah dipecat ini untuk berkhidmat dengan mereka. Akan tetapi Air Asia mempunyai kuasa yang lebih pada waktu itu kerana skim atau pakej penggajian yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah daripada syarikat penerbangan pesaing. Juruterbang yang terdesak untuk bekerja akan menerima tawaran Air Asia walaupun pakej penggajian tidak begitu menarik.

Walaubagaimanapun, Air Asia akan memberi inisiatif dalam bentuk lain kepada kakitangan mereka. Ianya berdasarkan kecemerlangan prestasi kerja berbanding satu pakej yang sama rata. Kos juga dikurangkan dari segi struktur penggajian kerana Air Asia mengamalkan sistem pelbagai tugas untuk satu kakitangan. Seorang kakitangan yang mengendalikan kaunter daftar masuk akan juga menguruskan pelanggan semasa hendak menaiki kapal terbang. Kakitangan ini jugalah yang akan meguruskan lain-lain urusan mengemaskini rekod dan sebagainya. Oleh itu tiada duplikasi kerja dan tiada pembaziran tenaga kerja. Kos berkaitan kakitangan diuruskan dengan sangat berkesan dan efektif. Pihak Air Asia akan memastikan kos dapat dikurangkan selagi ianya tidak melanggar mana-mana syarat atau undang-undang buruh dan sebagainya.

Kos penjualan tiket merupakan satu lagi komponen kos yang amat dititik beratkan oleh pihak Air Asia. Di zaman teknologi maklumat yang canggih, hampir setiap orang terlibat dengan kemajuan internet. Masing-masing teruja dan menganggap sesiapa yang tidak arif tentang penggunaan internet merupakan golongan yang tertinggal. Merebut peluang ini, Air Asia mengambil langkah untuk menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian. Tindakan ini adalah untuk mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya. Dengan Air Asia, pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan secara atas talian. Pelanggan juga sebenarnya tidak dibebani dengan kos-kos seperti kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebih ramai yang menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini menambahkan jualan dan seterusnya prestasi perniagaan Air Asia.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa kos untuk menerbangkan sebuah kapal terbang dan membuat pendaratan di sesebuah lapangan terbang adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Jika syarikat MAS menawarkan laluan penerbangan dan mendarat kapal terbangnya terus ke Hong Kong, Air Asia pula menerbangkan kapal terbangnya ke Macau. Kos yang dikenakan untuk penerbangan dan mendaratkan kapal terbang ke Hong Kong dan Macau sangat berbeza. Jurang kos yang amat besar. Dengan kos penerbangan dan mendarat kapal terbang yang rendah, Air Asia dapat menurunkan harga tiket untuk menarik ramai orang membeli daripada Air Asia. Pelanggan masih boleh ke Hong Kong tetapi berbelanja dengan lebih jimat.

Penjenamaan adalah juga merupakan satu komponen yang dititik beratkan oleh Tony Fernandes untuk membawa Air Asia ke tahap yang tinggi serta mampu bersaing dengan syarikat penerbangan gergasi yang lain. Air Asia mengamalkan kaedah kerja yang lebih fokus untuk memberi peluang kepada setiap orang supaya mereka mampu terbang dengan Air Asia. Ianya bermula dengan misi menawarkan harga tiket yang amat rendah sehingga RM1.00 untuk menarik perhatian ramai. Kaedah siapa cepat dia untung adalah prinsip penjualan tiket yang digunakan. Jika anda membeli tiket untuk penerbangan sebulan dari tarikh pembelian, kemungkinan besar anda akan dapat membeli tiket pada harga yang lebih rendah berbanding jika tempoh perjalanan yang lebih dekat dengan tarikh pembelian tiket.

Kaedah penjualan tiket yang tidak serata dari segi harga dan sebagainya membolehkan Air Asia memastikan hampir setiap penerbangan adalah dengan kapasiti penumpang yang penuh. Produk makanan dan lain-lain pula disediakan kepada sesiapa yang membuat pembelian sahaja. Dengan cara ini, Air Asia akan hanya membuat tempahan mengikut pembelian oleh pelanggan. Tiada pembaziran berlaku! Pengurusan pembaziran yang cekap adalah satu strategi yang bijak untuk merekodkan kejayaan Air Asia.

Dari segi penjenamaan pula, Tony Fernandes bijak menggunakan pengalaman beliau untuk membuat pemasaran yang strategik dan bekerjasama dengan orang kuat Virgin iaitu Sir Richard Branson. Air Asia X dimulakan hasil kerjasama dengan Virgin. Kesinambungan kerjasama ini dapat dilihat dengan kejayaan Air Asia menawarkan penerbangan ke negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan lain-lain. Bermula sebagai jaguh kampung dan menerbangkan pelanggan sekitar destinasi domestik, Air Asia sekali lagi mengambil peluang untuk maju dalam penerbangan ke destinasi di luar negara. Walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk membuahkan hasil, segala usaha yang dibuat untuk penjenamaan adalah atas berkat kesabaran Tony Fernandes.

Masalah dan rintangan merupakan asam garam dunia perniagaan. Air Asia juga tidak terkecuali daripada mendapat kritikan daripada banyak pihak apabila pengurusan jadual penerbangan yang selalu mengalami kelewatan dan sebagainya. Tetapi pihak pengurusan Air Asia tidak berdiam diri begitu sahaja. Segala kritikan dan rungutan akan dibawa ke pihak atasan untuk rundingan dan perbincangan lanjut serta mencari jalan penyelesaian. Penambahbaikan sentiasa diamalkan sehingga segala rungutan dan kritikan dapat diatasi. Pada waktu ini, setelah lebih sepuluh tahun beroperasi, Air Asia mampu berdiri tegak dan megah dengan keupayaan mereka untuk menangani masalah tersebut.

Sabar adalah asas untuk berjaya walaupun tahap perniagaan anda sudah berada tinggi seperti Air Asia. Tony Fernades pernah mengeluarkan ucapan bahawa pihaknya sudah mencuba dan menunggu berthaun-tahun untuk mendapat sesuatu laluan penerbangan. Mereka tidak berputus asa dan akhirnya berjaya mendapatkan hak laluan yang mereka inginkan. Begitu juga dengan hasrat Air Asia untuk membeli satu pasukan bola sepak di United Kingdom. Mereka tidak berputus asa dan terus mencuba. Rundingan demi rundingan dijalankan dan akhirnya pada tahun 2011, Air Asia berjaya membeli satu pasukan bola sepak. Mengapakah langkah ini penting? Ia merupakan salah satu strategi kearah penjenamaan serta cara untuk syarikat penerbangan ini mengorak langkah untuk menembusi pasaran di Eropah pula. Apabila jenama Air Asia sudah sebati dengan peminat pasukan bola tersebut, sekali gus rakyat di United Kingdom akan mengenali Air Asia sebagai satu jenama yang perlu dipilih. Inilah peluang keemasan yang Air Asia nantikan!

Air Asia juga menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya. Air Asia sangat prihatin terhadap permintaan atau kehendak pelanggan. Tunes Hotel disediakan untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan. Air Asia menawarkan khidmat penginapan dengan kadar yang rendah terutama kepada kepada sesiapa yang sudah membeli tiket penerbangan Air Asia. Satu pakej yang menguntungkan kedua belah pihak.

“The more you give, the more you will get” adalah pepatah yang diamalkan oleh pihak Air Asia. Banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya. Dari segi pertolongan yang tidak mengeluarkan wang secara terus pula, Air Asia boleh dikatakan agak aktif untuk menghulurkan bantuan penerbangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di negara yang ditimpa bencana seperti di Indonesia atau krisis perang saudara seperti di negara Teluk dan sebagainya. Mereka percaya pulangan yang akan diperolehi daripada keprihatinan mereka ini akan datang pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk.

Rahsia Memperoleh Keberkatan & Dimurahkan Rezeki

Rahsia kejayaan seseorang itu adalah usaha keras dan mempunyai semangat yang tinggi. Cuba untuk bangun seawal waktu pagi untuk pergi ke tempat kerja. Kerana masa sangat berharga dalam hidup dan gunakan ia sebaik-baiknya agar semua impian dan cita-cita tercapai. Pendek kata, kita diseru untuk mencari ilmu sebanyak yang termampu dengan harapan agar ilmu itu kita manfaatkan seadanya.

Sekiranya kita tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, kita disarankan untuk keluar bekerja awal pagi agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Adakah anda pernah memikirkan tentang hal ini? Jika ya, anda adalah seorang yang peka dan mengambil berat akan hal sekeliling. Selain itu, keluar seawal pagi juga dapat mengelakkan kita tiba lewat di tempat kerja. Maka, hal ini akan mendorong diri untuk memandu laju walau dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Sekiranya mahu tiba awal ke tempat kerja, kita perlu keluar awal juga. Contohnya Puan Aisyah yang keluar rumah seawal pukul 7.00 pagi dengan memandu kereta. Dia akan tiba ke tempat kerja pukul 8.00 pagi. Puan Aishah mempunyai 30 minit sebelum waktu kerja bermula. Jadi semua urusan Puan Aishah akan lancar dan teratur. Penampilannya juga akan kemas dan dia mempunyai keyakinan untuk meneruskan pekerjaan.

Kemudian, jika kita menaiki kenderaan awam dan tidak suka dengan keadaan kesesakan yang terpaksa dihadapai sebelum orang ramai mula keluar, kita harus keluar lebih awal dari orang lain. Maka, kita dapat sedikit rehat dan boleh duduk di dalam bas atau komuter dan tidak perlu berebut dengan orang lain. Setidak-tidaknya kita tidak perlu berdiri sehingga sampai ke tempat kerja. Sebagai contoh Ainah adalah seorang guru di Petaling Jaya. Dia terpaksa keluar rumah seawal pukul 6.30 pagi, tambahan lagi dia hanya menaiki kenderaan awam. Bagi melancarkan semua urusan, dia akan keluar awal agar tidak berebut dengan pengguna pengangkutan awam yang lain.

Sampai awal ke tempat kerja juga membolehkan kita membuat persediaan sebelum waktu kerja bermula. Hal ini juga dapat mengelakkan rekod kedatangan kita menjadi merah kerana sering sahaja sampai lewat. Selain itu, kita juga boleh menyiapkan urusan kerja yang masih tertangguh. Jadikan amalan ini sebagai tanggungjawab dalam diri dan kita akan membisakan diri dengannya. Selain itu, penampilan kita juga akan menjadi kemas jika kita tidak berada dalam keadaan yang kelam-kabut. Cik Zulaikha baru memulakan kerjanya dengan sebuah badan swasta di Ampang. Dia baru tamat belajar di sebuah institusi awam dan tidak biasa keluar awal pagi. Kerana ingin mencapai cita-citanya, dia terpakasa bertindak sedemikian dan keluar seawal pagi untuk sampai ke tempat kerja. Tambahan pula dia mahu rekod kedatangannya bersih dan menepati masa.

Di samping itu, kita juga boleh bersarapan sebaik tiba di tempat kerja. Mungkin seorang bujang yang tidak sempat menyediakan sarapan di rumah dan hanya membelinya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika tiba awal, perut boleh dialas dengan makanan yang dibeli. Apabila perut selesa kita dapat bekerja dengan sempurna dan dan lancar. Contohnya, Noah seorang pekerja bank yang masih bujang. Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, Noah pasti akan singgah dan membeli sarapan berdekatan dengan tempat kerjanya. Tambahan pula, Noah perlu keluar untuk menemui pelanggan. Jika bekerja dalam keadaan perut kosong, semua perkara mustahil untuk dilakukan. Sekurang-kurangnya Noah mendapat tenaga untuk memulakan kerja sementara menunggu waktu makan tengahari.

Paling penting, keluar awal ke tempat kerja juga akan memberikan kita keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah. Kerana Rasulullah pernah bersabda, “Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan supaya memperoleh keberkatan dan dimurahkan rezeki.” Kita tidak digalakkan untuk tidur sehingga waktu tengahari kerana perbuatan ini akan membuatkan rezeki semakin menjauh dari kita.

Maka, untuk sampai awal ke tempat kerja, kita juga diminta untuk tidur awal. Perkara ini bagi memastikan kita tidak terbabas dari jadual harian. Jika tiada kerja yang hendak dilakukan pada sebelah malam, tidur yang cukup membantu kita bangun dengan tenaga yang sepenuhnya pada keesokan hari. Untuk memulakannya kita mesti mengunci jam loceng. Tetapkan jam pada waktu awal pagi. Lama kelamaan kita mampu untuk bangun awal tanpa bantuan jam loceng. Jangan pula kita menghabiskan masa malam untuk berehat dengan keluar dan berseronok bersama kawan-kawan di luar.

Pendapatan Lebih USD$100,000 Setahun dengan YouTube

Dari golongan muda hingga ke golongan tua, kanak-kanak kecil dan dewasa sememangnya menyukai memuat turun video dari YouTube. Youtube ialah laman web perkongsian video yang membenarkan penggunanya memuat naik fail dari komputer ke internet. Di YouTube pelayar internet akan menonton, dan berkongsi klip video. Video-video yang dimuat naik di sini boleh dinilai dan kekerapan video itu ditonton akan dipaparkan.

YouTube diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal. Youtube yang berpusat di San Bruno menggunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji lebih 100 orang pekerja dinobatkan “Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006″ oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga USD$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urusniaga tersebut selesai dimeterai pada 13 November 2006.

Sudah pasti ada dikalangan anda yang tertanya-tanya bagaimana pula cara golongan ini membuat duit yang sebegitu banyak melalui YouTube? Secara amnya, terdapat dua cara utama bagaimana mereka menjana pendapatan dari video yang disalurkan di YouTube. Cara pertama dan yang paling cepat untuk menjana pendapatan adalah melalui iklan yang anda letakkan pada video yang anda muat naik ke YouTube. Kebanyakan syarikat iklan tersebut akan membayar anda mengikut berapa ramai orang yang membuka iklan tersebut semasa mereka menonton video yang anda paparkan. Cara kedua pula ialah dengan cara mengembangkan kemasyhuran anda di YouTube ke alam nyata. Contoh yang terdekat yang kita boleh lihat ialah Yuna yang bijak merebut peluang dari kemasyhurannya di YouTube untuk menjadi penyanyi tempatan terkenal dan dengan bakat yang ada beliau seterusnya dapat mengembangkan kerjaya nyanyian beliau hingga ke Amerika Syarikat. Contoh barat pula ialah penyanyi cilik tersohor Justin Bieber yang berasal dari sebuah kampung kecil di Kanada yang berjaya pula menempah nama hingga ke persada dunia hanya kerana YouTube!

Dalam tempoh setahun antara bulan Julai 2009 hingga Julai 2010, kita dapati ramai orang yang telah berjaya menempah nama di YouTube dengan memuat naik video klip mereka dan telah meraih kekerapan tontonan yang tinggi hingga mencecah jutaan tontonan.

Shane Dawson – USD$315,000

Ditangga teratas dari segi nilai pendapatan yang dikutip daripada bayaran iklan yang dipaparkan pada fail yang mereka muat naik di YouTube ialah Shane Dawson. Beliau telah berjaya mengutip USD$315,000 dalam tempoh tersebut dengan jumlah kekeparapan tontonan sebanyak lebih 431 juta tontonan. Dawson mempunyai 3 saluran YouTube yang berbeza. Saluran pertama menyiarkan video berunsur komedi dan muzik. Yang kedua pula memaparkan saluran video log yang diberi nama AskShane. Yang ketiga pula ialah saluran YouTube yang memaparkan segala video peribadi yang beliau rakam menggunakan iPhone.

Shane Dawson dilahirkan di California, Amerika Syarikat pada tahun 1988. Pada tahun 2011, saluran YouTube beliau yang utama telah menduduki tempat yang kelima diantara saluran YouTube yang paling kerap ditonton dan dilanggani. Saluran kedua yang beliau cipta pula kini berada di tangga yang ke 12 dalam senarai yang sama. Pada asalnya, Dawson dan kawan-kawan akan berkumpul dan lebih menggemari untuk membuat rakaman video daripada menyiapkan kerja sekolah. Video pertama yang dimuat naik oleh Dawson ialah merupakan hasil kerja yang beliau sediakan untuk satu subjek di sekolah. Daripada hanya seorang pelajar yang agak malas menyiapkan kerja sekolah, Dawson menempa nama dan telah dianugerahkan oleh majalah antarabangsa terkenal Forbes dalam tahun 2010 sebagai orang yang ke 25 masyhur diantara selebriti internet. Dawson juga memenangi anugerah Vlogger (video blogger) terbaik dan bintang internet pilihan pada tahun 2010.

The Annoying Orange – USD$288,000

The Annoying Orange pula merupakan saluran YouTube yang berjaya menduduki tangga kedua dalam tempoh satu tahun bermula Julai 2009 hingga Julai 2010. Mencatatkan nilai sebanyak USD$288,000 dengan kekerapan tontonan sejumlah lebih 349 ribu dalam tempoh setahun. Segala penggambaran untuk membuat video tersebut dibuat dan menggambarkan suasana di dapur. Bermula dengan sebiji oren yang bercakap, kini ia memaparkan pelbagai jenis buah sitrus seperti limau nipis, limau kasturi dan buah-buah lain seperti tembikai, pisang dan sebagainya. Dame Boedigheimer atau lebih dikenali dikalangan peminat YouTube sebagai Daneboe adalah pengasas saluran dan merupakan penyumbang suara The Annoying Orange. Beliau dilahirkan pada tahun 1979. Sekarang beliau menetap di California, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang yang jarang bercakap. Beliau pernah memberitahu para wartawan bahawa beliau pernah bekerja di Music’s Television (MTV) dan mengelolakan rancangan “Pimp My Ride”. Bermula dari pengalaman inilah, Daneboe memulakan usahanya dengan memuat naik video ke YouTube untuk memaparkan cerita-cerita pendek yang dituturkan oleh sebiji oren. Beliau boleh menukar suara dan mengguna serta menukar setiap lenggok nada dan suara beliau bersesuaian dengan buah-buahan yang digunakan. Video The Annoying Orange dimuat naik buat pertama kalinya di YouTube pada 9 Oktober 2009. Daneboe sebenarnya tidak menjangka bahawa video pertamanya itu menjadi sangat masyhur dan digemari oleh setiap golongan di seluruh dunia. Oleh sebab itu, video-video The Annoying Orange dan kesinambungannya telah dihasilkan untuk memenuhi permintaan ramai. Di dalam cerita tersebut, Daneboe memegang watak sebagai ketua tukang masak yang akan beraksi memegang sebilah pisau atau alat-alat dapur yang lain dengan tujuan untuk membunuh buah-buahan yang ada. Adiknya juga pernah melakonkan watak tembikai di dalam siri The Annoying Orange.

Philip DeFranco – USD$181,000

Philip DeFranco adalah orang yang bertanggungjawab melahirkan The Philip DeFranco Show. Rancangan tersebut memaparkan pelbagai isu-isu semasa dari topik berkaitan isu politik, gosip selebriti serta hal-hal kebudayaan. Berjaya meraih kekerapan tontonan sejumlah 248 ribu, DeFranco menzahirkan idenya yang kreatif kepada nilai wang sebanyak USD$181,000. Beliau juga dikenali dengan nama PhilyD. Dilahirkan pada tahun 1985 di New York, Amerika Syarikat. Pada kebiasaanya, penyampaian kandungan video dibuat secara sindiran dan mengikut pandangan beliau sendiri. Paparan beliau menduduki tempat ke 13 dalam industri YouTube dan telah dilanggani sebanyak 1.8 juta setakat bulan Ogos 2011.

Ryan Higa – USD$151,000

Ryan Higa pula terkenal dengan video yang dimuat naik ke YouTube yang bertajuk “How to become Gangster” dan “How to become Ninja”. Dalam tempoh setahun dari Julai 2009 hingga Julai 2010, video beliau telah ditonton oleh 206 ribu penonton dan telah pun meraih sebanyak USD$151,000. Beliau juga menghasilkan video berkisarkan komedi.

Fred Lucas Cruikshank – USD$146,000

Fred Lucas Cruikshank baru berusia 18 tahun dan merupakan pelakon komedi Amerika Syarikat. Pada asalnya beliau mencipta karakter Fred dan memaparkannya di YouTube. Video tersebut mengisahkan kehidupan seorang kanak-kanak yang bernama Fred Figglehorn yang berusia 6 tahun dan mempunyai masalah menguruskan kemarahan dan merupakan seorang kanak-kanak yang sentiasa ditinggalkan berseorangan dirumah. Fred terpaksa menghadapi hidup di dalam keadaan keluarga yang tidak berfungsi. Kejayaan beliau amat membanggakan sehingga cerita karya beliau itu difilemkan dan disiarkan di saluran Nickelodean. Sekitar tahun 2010, beliau berjaya meraih nilai USD$146,000 dalam tempoh satu tahun sahaja.

Greg Benson – USD$116,000

Seorang lagi selebriti YouTube yang berjaya mempopularkan diri dengan lakonan komedi ialah Greg Benson. Berasal dari Amerika Syarikat, Benson dilahirkan pada tahun 1968. Beliau berkecimpung dalam bidang lakonan iklan untuk alatan elektrik, iklan insuran kesihatan, iklan makanan dan sebagainya. Beliau menghasilkan video pada awal tahun 2005 dan memparkan video hasil karyanya di laman sesawang Mediocre Films. Lama kelamaan dia mengalihkan usaha memuat naik video hasil karya komedinya di YouTube dan berjaya meraih sejumlah wang yang agak lumayan dalam tempoh satu tahun iaitu sebanyak USD$116,000. Ia mencatat 159 ribu tontonan. Terdapat video yang dipaparkan oleh Benson mengenai sesi temuduga secara rawak dengan niat untuk memukul individu yang ditemuduga hanya kerana beliau ingin membuktikan bahawa ramai orang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat peluang muncul di kaca televisyen. Agak pelik bukan? Tetapi inlah realiti tentang perkara-perkara yang pelik tetapi berjaya memberi pulangan yang besar kepada penghasil karya tersebut.

Shay Carl – USD$140,000

Seterusnya, seorang lagi selebriti dilahirkan kerana YouTube ialah Shay Carl iaitu seorang juruhebah radio yang gemarkan komedi. Nama sebenar beliau ialah Shay Butler. Hasil karya beliau semuanya berkisarkan komedi. Sebanyak 192 ribu tontonan dicatatkan sepanjang tahun 2010. Untuk tempoh tersebut, beliau juga dapat mengutip sebanyak USD$140,000.



Smosh – USD$113,000

Smosh merupakan selebriti komedi terdiri daripada Ian Hecox dan Anthony Padilla yang pada asalnya berjuang dan memaparkan video hasil karya di YouTube. USD$113,000 berjaya dikutip dalam masa satu tahun bermula bulan Julai 2009 hingga bulan Julai 2010. Sebanyak 154,000 tontonan dicatat dalam tempoh tersebut. Seawal tahun 2003, Padilla telah memuat naik filem pendek dalam laman sesawang Newgrounds. Hanya selepas kehadiran Ian, mereka berjaya menempah populariti di internet melalui paparan video di YouTube. Terdapat beberapa saluran YouTube yang dihasilkan oleh Smosh iaitu “AskCharlie”, “Smosh Pit Weekly”, “Lunchtime with Smosh” dan “Anthony Padilla”.

The Young Turks – USD$112,000

The Young Turks pula menghasilkan rancangan berita komedi penuh dengan komen dan pendapat tentang isu-isu yang menarik. Sekitar tahun 2009 hingga 2010, saluran ini berjaya mengutip sejumlah wang yang agak lumayan iaitu USD$112,000 dengan jumlah tontonan mencecah 153 ribu tontonan.

Natalie Tran – USD$101,000

Pada tangga kesepuluh, seorang pelajar wanita berjaya memaparkan video untuk menunjukkan bagaimana seseorang boleh membuat perut kelihatan mempunyai otot yang menarik. Sangat mudah dan dengan cara yang bersahaja, Natalie Tran berjaya menarik penonton dengan caranya yang tersendiri. Beliau berjaya mengutip sebanyak USD$101,000 dari segi nilai wang dan catatan tontonan sebanyak 139 ribu. Beliau berusia 25 tahun dan berasal daripada Australia. Ibubapa beliau sebenarnya pelarian dari Vietnam dan mula menetap di Australia pada tahun 1981. Sebelum menceburi bidang media digital, Natalie pernah belajar bidang pendidikan selama dua tahun kerana pada asalnya beliau ingin menjejak langkah ibubapa yang bekerja sebagai guru. Oleh kerana minat yang mendalam, Tran sudah mempunyai 273 video (setakat bulan Mac 2011) yang telah dipaparkan di YouTube. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah dan menyandang banyak gelaran dalam industri YouTube.

Buat Duit Dengan YouTube

Tahukah anda bahawa ramai yang telah berjaya menjana pendapatan mencecah jutaan ringgit dengan hanya memulakan sesuatu yang kreatif dan memuat naik hasil karya mereka di YouTube? Apabila kita menyebut tentang kreativiti, peluang untuk berkarya adalah sangat luas kerana tahap dan bentuk kreativiti antara seoarng individu dengan yang lain adalah berbeza. Peluang untuk berkarya dan memaparkan kreativiti anda di internet adalah bak kata pepatah “Tak terjangkau dek akal” atau “Bak dalam dan luasnya lautan yang tak bertepi”. Cuba bayangkan berapa ramai penduduk di seluruh dunia yang mempunyai komputer dan kemudahan internet di rumah ataupun di tempat awam yang berdekatan dengan mereka.
Jumlah penduduk dunia setakat bulan Julai 2011 ialah 6.97 bilion seperti yang dilaporkan oleh United States Census Bureau. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan YouTube pula menunjukkan bahawa setakat bulan May 2011,YouTube telah merekodkan kekerapan tontonan sebanyak lebih 3 bilion dalam satu hari! Satu jumlah yang amat besar. 99% daripada tontonan tersebut adalah merujuk kepada tontonan video yang dimuat naik oleh sesiapa sahaja ke lamanYouTube.
Mengikut statistik ini, peluang untuk seseorang menjana pendapatan melalui laman webYouTube amatlah besar. Tetapi anda perlu ingat beberapa perkara penting sebelum memulakan niat anda untuk memaparkan video anda di lamanYouTube. Anda perlu ingat bahawa anda akan dibayar oleh YouTube setelah anda diterima menjadi rakan kongsiYouTube (YouTube Partner). Awas! YouTube tidak akan membayar anda jika kandungan video atau fail bukan dihasilkan oleh anda sendiri. Jika ia adalah hasil kerja orang lain, anda perlu menunjukkan bukti kepada YouTubekebenaran telah diberikan kepada anda oleh pemilik fail atau video tersebut. Jika video atau fail anda mengandungi gambar orang lain, anda juga perlu mendapat kebenaran untuk memaparkannya di laman YouTube. Suatu video atau fail tidak boleh mengandungi gambar yang tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak.
Satu contoh yang boleh anda ambil ialah mengenai Justin Bieber yang sekarang ini tersohor kerana video nyanyiannya yang dipaparkan di YouTube. Justin Bieber sebenarnya tidak menjana pendapatan dari YouTube tetapi menggunakanYouTube hanya sebagai landasan untuk menempah nama di dunia muzik dan hiburan. Ini adalah kerana video yang beliau hasilkan mengandungi lagu yang sedia ada tetapi beliau sebenarnya tidak mendapat kebenaran untuk menyiarkannnya di YouTube.
Langkah-langkah yang perlu untuk memulakan usaha anda menjana wang melalui YouTube:
Langkah 1: Hasilkan video yang menarik !
Anda perlu mempunyai perakam video yang bagus supaya kualiti video yang anda rakam dapat dihasilkan dengan baik. Ide yang kreatif akan menjadikan video anda kerap ditonton. Kebanyakan orang akan merekod aksi dan gelagat binatang kesayanagn kerana mreka tidak perlu meminta kebenaran untuk menyiarkan video tersebut di laman YouTube.Anda perlu ingat, tanpa kebenaran YouTube tidak akan memasukkan video anda ke dalam program untuk menjana pendapatan daripada iklan-iklan. Selepas rakaman, anda perlu membuat suntingan supaya tempoh video yang siap tidak terlalu panjang. Pada kebiasaannya, tempoh video yang selalu di muat naik ke YouTube adalah tidak melebihi 4 minit. Anda juga perlu berhati-hati dengan proses memasukkan audio supaya suara atau muzik latar dan gambar yang dipaparkan adalah seiring.
Langkah 2: Cipta nama yang canggih dan mudah diingati
Sementara menunggu video anda dipaparkan, carilah nama yang mudah diingati serta menarik untuk diberikan kepada video hasil kerja anda. Selalunya nama akan diberi selari dengan kandungan atau jalan cerita video anda. Contoh nama yang masyhur di YouTubeialah “Sneezing Panda” yang merakamkan aksi dan gelagat seekor beruang Panda sedang bersin.
Langkah 3: Ulang langkah 1 dan langkah 2
Jika anda mahu berjaya seperti rakan kongsi YouTubePhilipDeFranco dan lain-lain, anda perlu rajin dan tahu bagaimana anda boleh menyebarkan dan membuat pemasaran tentang video anda supaya ramai yang layari YouTubeuntuk menonton video anda. Anda boleh memasarkannya di Facebook, forum dan laman web yang lain.
Jika anda ingin menjadi rakan kongsi YouTube, anda mesti sentiasa memuat naik video yang ditonton oleh ramai pelanggan YouTube. Jangan putus asa. Teruskan merakam dan teruskan usaha untuk membuat sebaran dan pemasaran.
Langkah 4: Semak emel anda !
Pihak YouTube akan menghubungi anda melalui emel jika video anda mendapat sambutan ramai. YouTube akan mengundang anda untuk membuat permohonan berkongsi pendapatan untuk video anda yang dipilih oleh YouTube. Apabila kelulusan diberi, anda akan mula menjana pendapatan untuk video yang terpilih itu.
Langkah 5: Membuat permohonan melalui program rakan kongsi YouTube
Jika anda sudah mempunyai jumlah video yang dimuat naik dan ditonton yang mencukupi mengikut kiraan pihakYoutube, anda boleh membuat permohonan secara langsung untuk menjadi rakan kongsi di bawah program rakan kongsi YouTube. Apabila pihak YouTubemeluluskan permohonan anda, perkongsian pendapatan daripada paparan semua video anda akan bermula. Proses perkongsian pendapatan akan berterusan selagi video anda tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Anda juga boleh menambah pendapatan dengan menyewa video anda kepada golongan yang berminat.
Langkah 5: Mulakan proses permohonan
Anda harus membaca dokumen panduan tentang program rakan kongsi YouTube. Pastikan anda tidak melanggar mana-mana syarat dan undang-undang yang ditetapkan.
Anda tidak akan dibenarkan membuat permohonan seterusnya selama 2 bulan jika YouTube tidak meluluskan permohonan anda.
Langkah 6: Buka akaun dengan Google AdSense
Setelah anda sudah menyemak dan betul-betul faham akan syarat dan undang-undang tersebut, anda perlukan akaun di dalam Google AdSense untuk menghubungkan akaun YouTube anda. Hubungan inilah yang akan membolehkan bayaran dikira dan dibuat kepada anda terhadap video yang terpilih.
Walaubagaimanapun, wang yang anda boleh keluarkan daripada akaun anda ialah apabila akaun anda sudah mempunyai baki lebih daripada USD$100. Oleh itu, jika lebih banyak video yang menarik anda paparkan dan lebih banyak ditonton orang, lebih banyak bayaran yang akan terima bagi membolehkan anda membuat penegeluaran.
Langkah 7: Tempoh menunggu untuk YouTube memproses permohonan
YouTube akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk menilai dan menentukan samada video anda akan diterima atau tidak. Anda tidak perlu membuat apa-apa selama waktu ini atau jika anda tidak mahu membuang masa, anda boleh juga terus berkarya! Siapkan rakaman video seterusnya.
Langkah 8 : Mulalah buat duit !
Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda akan dibenarkan menayangkan segala iklan yang keluar dibahagian bawah video anda. Terdapat juga iklan banner yang muncul dibahagian tepi video atau sesetengah iklan yang akan dimasukkan secara pantas dibahagian hadapan video anda sebagai pengenalan dan sebagainya.
Langkah 9: Ulang langkah 1
Jika permohonan anda tidak diluluskan, anda bermungkinan besar tidak mengikut salah satu langkah yang disebutkan di atas. Oleh kerana anda akan diberi tempoh selama 2 bulan sebelum permohonan baru boleh dikemukakan kepada pihak YouTube, anda dinasihatkan supaya mengulangi langkah-langkah tersebut dengan lebih teliti. Undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan mestilah diikuti dengan betul.
Ramai yang berjaya menjana pendapatan di YouTube adalah mereka yang rajin dan teliti serta patuh kepada langkah-langkah yang diberi.
Jika anda mendapat lebih dari 5 juta komen atau 20 juta tontonan dalam masa satu bulan, pihak Google Adsense akan menghantar jemputan khas kepada anda untuk menjadi salah seorang rakan di dalam program Premium Publisher. Program ini adalah program khas dan ianya akan dibuka kepada sesiapa yang layak atas jemputan khas sahaja.
Cara tersebut yang dibincang secara terperinci adalah bagaimana anda menjana pendapatan melalui YouTube dan menjadi rakan kongsi YouTube. Ada beberapa cara lain yang juga dikaitkan dengan menjana pendapatan di YouTubeyang anda boleh mulakan. Antara lain ialah membuat wang dengan menyertai program Affiliatecontohnya Affiliate Clickbank atau Affilliate tempatan.
Affiliate Clickbank adalah organisasi yang menjadi pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan program Affiliateberpusat atau gedung bagi pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan sesuatu syarikat atau individu yang menggunakan perkhidmatan mereka. Anda boleh menyertai program Affiliate Clickbank secara percuma dan anda akan dikenakan yuran yang tertentu apabila produk atau khidmat anda dilanggani. Affiliate Clickbank merupakan pusat yang akan menguruskan segala transaksi dari segi pengiklanan sehinggalah membuat pembayaran kepada anda.
Anda boleh mencuba untuk menyertai program Affiliate tempatan. Kaedah yang digunakan adalah sama seperti kaedah yang digunakan oleh program Affiliate clickbank tetapi sesuai dengan namanya, program Affiliate tempatan hanya akan membolehkan transaksi sekitar dalam negara sahaja. Oleh itu peluang untuk anda membuat duit melalui kaedah ini adalah terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Jika anda seorang yang baru hendak bermula, cara ini mungkin boleh anda sertai sebagai landasan sebelum melonjak ke tahap yang lebih jauh seperti menempah nama di persada antarabangsa!
Salah satu lagi cara untuk menjana pendapatan melalui YouTubeialah dengan cara memuat naik video atau membuat hubungan dengan video yang dipaparkan di YouTube ke laman web atau blog anda sendiri. Anda harus bijak menilai video yang hendak dihubungkaitkan dengan blog atau laman web anda. Cara ini boleh anda gunakan jika anda memang mempunyai produk atau perkhidmatan yang ingin anda jual samada di dalam negara mahupun ke pasaran luar negara. Apabila anda meletakkan video yang memang mendapat tontonan yang banyak di YouTube, dengan secara tidak langsung laman web atau blog anda akan dapat dijejaki oleh penonton dan sekaligus akan menarik perhatian mereka kepada produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Dalam erti kata lain, video-video yang mendapat tontonan yang banyak di YouTube ini menjadi satu cara pengiklanan yang anda aplikasikan di laman web atau blog perniagaan anda. Walaubagaimanapun, anda perlu membuat penilaian yang betul sebelum meletakkan video-video tersebut dilaman web atau blog anda supaya ianya bersesuaian dengan tema atau jenis produk yang anda jual. Jika sebaliknya, penonton atau bakal pelanggan akan menjadi keliru dan tidak dapat memahami bahawa tujuan anda sebenarnya adalah untuk menjual produk anda bukannya untuk memaparkan video tersebut semata-mata.
Kesimpulannya, walau apa cara sekalipun yang akan anda cuba untuk membuat duit di YouTube atau melalui YouTube,anda harus tahu matlamat sendiri dan perlu kreatif dalam menghasilkan apa jua produk, video atau perkhidmatan. Peluang yang terbentang luas perlu direnangi dengan bijak supaya anda tidak terus tenggelam di dasar.