(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Sesungguhnya Aku berniat kerana اَللهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اَللهِ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اَللهِ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اَللهِ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اَللهِ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ

Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
syukur kepadaMU YA اَللهِ( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)

.........................................................................

والله أعلم بالـصـواب

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
..............................................................................................................................
Tauladan dari Kehidupan Rasulullah
Tauladan dari Kehidupan Rasulullah
Zikrullah acap Kali @@@@ 07 Wallpapers 19072020 1K 🆗️✔
Moga Bermanfaat

Zikrullah acap Kali @@@@ 07 Wallpapers 19072020 1K 🆗️✔.....................................................................................
Tauladan dari Kehidupan Rasulullah
Tauladan dari Kehidupan Rasulullah
Elias Hj Idris
Kehidupan Rasulullah sebagai pembawa agama Islam - orang
yang paling dimuliakan Allah di seluruh alam ini adalah sumber utama ikutan
para ahli sufi.
Sepanjang umur baginda 35-40 tahun, baginda terus-menerus
melakukan hidup yang suci dengan menghabiskan seluruh waktunya untuk beribadat
dan berhubungan dengan Allah swt. Malah sebelum itupun baginda melalui
kehidupan sebagai taqasysyuf, secara seada-adanya dan sangat zuhud dalam erti
kata yang sebenar.
Kehidupan baginda amat asing daripada persoalan kebendaan
kerana asyik dengan memuja dan memuji Tuhannya. Untuk itu baginda tidak pernah
duduk atau singgah di mana-mana kedai di seluruh kota Mekah. Cuma ada satu
riwayat yang mengatakan baginda ada sekali berhenti di tepi kedai seorang
tukang besi; untuk apa baginda di situ pun tidak dicatatkan. Malah baginda
tidak pernah lalu di depan ramai, iaitu di mana-mana tempat sibuk di kota
Mekah.
Baginda banyak berkelana di serata kaki gunung apabila
keadaan rumahtangga baginda aman, tetapi tidak memberi sumber ilham kepada
ruhaninya. Dengan tidak menggembala kambingnya baginda menyusuri padang gersang
- lari dari hiruk-pikuk ramai dan menjijikkan. Baginda mencari ilham ruhaniah
yang lebih tinggi nilainya, tanpa sesiapa yang menunjukkinya selain daripada
Tuhannya.
Kira-kira 3km ke utara Mekah kedapatan banyak gunung kecil
yang dapat didaki dalam masa sejam-dua. Bentuknya sama sahaja dan di atas sana
tidak ada apa-apa pun yang menarik hati orang. Namun dengan petunjuk Allah swt,
baginda tahu sahaja memilih sebuah daripadanya - iaitu Jabal Hira' (yang
kemudiannya dikenali sebagai Jabal Nur), iaitu tempat wahyu al-Quran yang
pertama turun.
Kali pertama baginda naik ke sana pada usia 35 tahun. Tiada
sesiapa yang mengajar baginda; sekali naik beberapa hari kemudian baru baginda
turun. Bekalnya, bahan yang tahan lama - tamar dan sawik, iaitu sejenis makanan
daripada tepung kasar. Jika terkena air, cepat ia mengenyangkan. Di puncak
Jabal Hira' itu ada sebuah gua yang hanya muat untuk duduk seorang manusia. Dan
berdekatan dengannya ada satu mata air yang tidak pernah putus airnya.
Dengannya baginda perolehi air dan dapat tinggal beberapa
lama selagi bekalannya belum kehabisan. Adalah keterlaluan jika dikatakan
baginda terlalu mementingkan bekalan. Sebab sepanjang sejarah baginda menjadi
Rasul pun tidak pernah dicatatkan baginda dengan persediaan membawakan bekalan
ke mana-mana perang yang lama dan jauh seperti Tabouk atau Mu'tah. Apa yang ada
baginda memerintahkan sahabat agar bertolak segera - tidak pernah disebut dalam
riwayat baginda mengarahkan mereka membawa bekalan.
Perjalanan ke Tabouk memakan masa sebulan pergi dan sebulan
balik, iaitu kira-kira 700km. Ia akan menempuh laluan 8 hari dan 8 malam tanpa
menemui air - di kawasan yang asalnya terdiri daripada negara-negara besar yang
telah dihancurkan Allah oleh kederhakaan umat masa lampau.
Jerman yang gagah itu, umpamanya kalah perang kerana
kekurangan bahan makanan apabila musuhnya menyekat bekalan gandum dan
tenteranya tidak berdaya untuk melawan. Belum ada sesiapa pun yang dapat
menafikan betapa pentingnya bekalan makanan dalam waktu perang. Namun ia agak
berlainan dengan sejarah Nabi Besar ini. Ia bukan menjadi keutamaan, dan inilah
bezanya baginda sebagai seorang Rasul dengan mana-mana raja di atas muka bumi
ini.
Bagi ahli-ahli sufi tauladan yang dilihat bukan pada
jasmani, tetapi ketahanan ruhaninya. Ruhani itupun ada bermacam-macam yang
berkait rapat dengan hubungan Tuhan Yang Maha Kuasa. Baginda tidak pernah
mengeluh dek kesukaran mendapatkan bahan makanan. Baginda selalu sahaja lapar
dan tidak punya apa-apa, namun ia tidak pernah mengganggu pergerakan baginda.
Ini mengingatkan kita bagaimana Nabi Isa a.s. pernah berkata secara
sungguh-sungguh kepada murid-muridnya, "Bukan roti saja yang
mengenyangkan, tetapi memuji Allah juga mengenyangkan."
Ini mengingatkan kita kepada orang yang berpuasa - tanpa
makan dan minum, tetapi kekuatan tenanganya sama dengan mereka yang tidak
puasa. Malah dalam banyak hal mereka lebih tahan dalam banyak aspek. Dalam
aspek berjalan jauh, bekerja seharian dalam apa jua bidang, melakukan solat dan
memuja-memuji Allah, orang yang berpuasa itu lebih bertenaga dan kuat daripada
mereka yang tidak puasa!
Baginda pernah tinggal sebulan bulan Ramadan di Gua Hira'
tanpa menghiraukan makanan dan minuman,
pakaian atau apa pun kesenangan lain - dan ini yang menjadi perhatian para ahli
tasauf buat mendekati ruhaniah suci dan murni baginda.
Perlu diingat, untuk beribadat - di mana sahaja mungkin
belaka. Namun dengan menghadapi kesulitan dan kesusahan hidup, jauh berbeza
dengan ibadat yang dilakukan dalam keadaan enak dan selesa. Tidak dinafikan
oleh sesiapa pun, hubungan dengan Tuhannya akan lebih terasa sewaktu dalam
keadaan sulit dan berbahaya daripada ketika kita dalam suasana tenang dan
senang.
Kita tahu, dalam keadaan sulit tidakkan ada sesiapa lagi
yang diharapkan selain daripada Allah swt.
Namun pada Nabi saw, hubungan baginda yang intim dengan
Allah swt bukan kerana meminta sesuatu kepentingan untuk diri baginda atau
untuk menolak sesuatu kesusahan atau keperitan, tetapi dek kerana cintanya akan
Allah swt. Hubungan kasih itu pula dibina bukan untuk dirinya, tetapi memohon
rahmat dan rahim Allah buat sekelian makhluk demi kasih-sayangnya.
Perlu juga diingat, rahmat yang datang tanpa ujian dan usaha
yang berat mungkin kurang dihargai orang. Maka dengan sebab itu baginda
melakukan ibadat di tempat sesukar Gua Hira' yang jauh terasing itu.
Zikrullah acap Kali @@@@ 07 Wallpapers 19072020 1K 🆗️✔
Tauladan dari Kehidupan Rasulullah
..............................................................................................
.........................................................................................................
..............................................................................................................................

No comments:
Post a Comment