Raja : Ratu : Sultan : Sultanah : Tuanku : Tunku : Tengku : Ungku : Engku : Putera : Puteri : Megat : Tun : Toh Puan : Tan Sri : Puan Sri : Dato’ : Datuk : Datin : Tuan : Puan : Encik : Cik : Pak : Mak : Tok : Hang : Dang : Sang : Yang : Si : Mat (Melayu) : Nik : Che : Wan : Che Wan : Tuan : Long : Ku (Kelantan, Siam, Patani) : Pengeran : Dayang : Awang : Abang : Pehin : Datu : Datu Patinggi (Brunei, Borneo) : Syed : Said : Shaikh : Sheikh : Syarifah : Mohamad : Siti : Abdul (Arab) : Shah : Khan (Pakistan / Iran) : Wak : Raden : Bung (Jawa) : Daeng (Bugis)
Kebanyakannya adalah gelaran yang menunjukkan kedudukan, pangkat, keluarga dan darjat mereka ataupun keturunan moyang mereka. Tapi kalau nama keluarga, ia diperturunkan menurut keturunan untuk menunjukkan asal-usul keturunan darah keluarga itu.
PREDIKET SAYYID, MEOR, SYARIF & HABIB
Apakah yang dimaksudkan dengan prediket Sayyid atau Syed yang diletakkan bersama dengan nama seseorang yang berketurunan darah Rasulullah SAW?
Perkataan As-Sayyid, (jamaknya Saadat atau Asyad), sebenarnya merupakan kalimah Arab yang bermakna ‘ketua’ atau ‘pemimpin’. Sahih Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah menegaskan mengenai Hassan:
“Sungguhlah bahawa putera ku ini (sambil menunjuk kepada Al- Hassan RA) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”
Rasulullah SAW juga pernah menggelar puterinya, Fatimah sebagai ‘pemimpin kaum wanita Islam (sayyidah nisa’ ummati)’ dan cucu baginda, Hussein, sebagai ‘pemimpin kaum belia di Syurga (sayyid syabab ahlal-jannah).’
Selain itu, kalimah Sayyid dalam beberapa konteks yang lain bererti ‘ketua suku’ (sayyid al qabilah) atau orang bangsawan.
Istilah Syarif, (jamaknya Asyraaf), bererti ketua atau pemimpin, sama maksudnya dengan istilah Sayyid. Gelaran Syarif diguna oleh Bani Hashim ketika permulaan Islam sebagai nama sebutan atau prediket bagi mereka. Orang pertama dari Bani Hashim yang memakai gelar Syarif ialah Syarif Ar-Radhiy dan saudaranya Al-Murtadho.
Di Hijjaz, sebutan Syarif tidak digunakan kecuali untuk para penguasa Mekah dari keturunan Hassan. Menurut adat dan kebiasaan umat Islam, prediket Sayyid diberikan kepada ahlul-bait dari keturunan Hussein sementara Syarif dari keturunan Hassan. Keturunan Sayyidd dari Hadhramaut, iaitu sebuah negeri di selatan semenanjung Arab, juga dikenali dengan gelaran Habib yang bererti ‘orang yang dikasihi’.
Apabila seseorang berketurunan Sharifah berkahwin dengan orang bukan berketurunan Syed, nama bayinya dengan sendirinya ditukarkan nama pangkalnya kepada Meor (lelaki) dan Wan (perempuan).
WAN & NIK
Pada suatu ketika, ada seorang Sultan bernama Raja Kumar di Kelantan. Tak pasti dari mana asal Raja Kumar ini, mungkin dari India? Dari keturunan Raja Kumar inilah munculnya Cik Siti Wan Kembang. Ketika Cik Siti Wan Kembang menjadi Raja (bukan seluruh Kelantan tapi cuma di wilayah timur Kelantan), tempatnya menjadi terkenal maka ramailah para pedagang yang datang.
Jembal ialah sebuah wilayah dalam negeri Kelantan. Rajanya bernama Raja Saadong. Anak-anak bagindalah yang mula dengan nama gelaran Nik.
Berbalik pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi, beliau tiada anak. Jadi, diambilnya Puteri Saadong (dikatakan teramat cantik hinggakan Maharaja Siam datang menculik) sebagai anak angkat dan bakal menjadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang dan Jembal.
Dipendekkan cerita, selepas diculik Maharaja Siam dan dipulangkan ke Kelantan semula, beliau bergaduh dengan suaminya. Ketika bergaduh itu, suaminya mati tertikam cucuk sanggul Puteri Saadong. Puteri Saadong pun melarikan diri dan tamatlah kisah beliau.
Kemudian, Long Bahar (putera Raja Patani bernama Wan Daim) ditabal menjadi Raja Jembal. Di sinilah bermulanya keturunan Wan di Kelantan.
Sebenarnya Long Bahar berketurunan Wan, tapi selalunya jika anak sulung, secara automatik akan digelar Long, walaupun anak-anak lain adalah Wan. Kira Long tu ialah nama panggilan.
Kemudian, anak Long Bahar dengan Wan Anom, bernama Long Sulaiman, telah ditabal menjadi Raja selepas ayahanda baginda, Long Bahar meninggal. Di sini, Long Sulaiman turut memakai gelaran Long juga kerana baginda ialah anak Wan yang sulung.
Anak Long Sulaiman yang bernama Long Yunus, telah menyatukan seluruh wilayah di Kelantan lalu mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan yang pertama.
Maka begitulah kisah bagaimana nama gelaran Nik dan Wan muncul di Kelantan. Nik itu berasal dari nama anak angkat Puteri Saadong. Dan Wan pula dari keturunan Long Yunus.
> <
Seorang penuntut Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan.
Menurut Nik Norma, dalam susur-galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekaligus mewarnai keturunan keluarganya.
Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan samada gelaran Nik pada nama keluarganya berasal dari keluarga diraja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku.
“Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf, walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik,” katanya.
Apa yang difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendirinya jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki biasa, katanya. Namun, ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik kepada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Gelaran Nik berasal dari mana?
“Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saadong (berkerajaan di selatan Thailand), ada seorang raja yang tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.
“Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakannya dengan gelaran kerabat diraja yang lain,” katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua-dua hidangan berkenaan.
Nik Norma berkata, dari kajian yang dilakukannya, ada pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga 19 dan diteruskan hingga kini.
“Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan memudahkan proses melahirkan,” katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.
> <
Cerita tentang Wan di Kedah pula berlainan dengan Wan di Kelantan. Jika Wan Kelantan, mereka ini dari jalur keturunan Raja Patani.
Tapi di Kedah, gelaran Wan ini sebenarnya dari perkataan Pahlawan. Sultan Kedah mula memberi gelaran Wan kepada Panglima-panglima Istana yang banyak berbakti untuk Kedah.
Ketika zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Siam telah menyerang Kedah. Bermulalah gelaran Wan oleh para Panglima Kedah seperti Datuk Bendahara diberi nama Wan Mohd Sidek dan Datuk Temenggung, bernama Wan Musa.
Selepas itu, sesiapa yang menjadi Bendahara, Temenggung dan Laksamana, akan terus diberi gelaran Wan dan kekal sehingga cucu-cicitnya.
D A Y A N G
Jika melihat nama anak-anak perempuan Raja Brooke, ada yang ada gelaran Dayang, sementara yang lelaki tiada sebarang gelaran. Maka, nama gelaran Abang dari mana?
1868 – 1917 | H.H. Rajah Sir Charles Anthoni Brooke | Rajah of Sarawak
Anak-anak beliau:
1 – James Harry Brooke
2 – Charles Clayton Brooke
3 – H.H. Rajah Sir Charles Vyner de Windt Brooke
Anak-anak beliau:
a – Dayang Leonora Margaret
b – Dayang Elizabeth
c – Dayang Nancy Valerie
4 – Captain H.H. Bertram Willes Dayrell Brooke
Anak-anak beliau:
a – H.H. Anthony Walter Dayrell Brooke
b – Dayang Jean Margaret Palmer
c – Dayang Elizabeth
d – Dayang Anne Elaine Primula
5 – Harry Keppel Brooke
6 – Dayang Ghita Brooke
7 – Esca Brooke-Daykin
M E G A T
Megat is a hereditary title given to male descendants of the ancient Royal House of Pagar Ruyung. Its Minangkabau pronouncation is ‘Magek’ – derived from the word ‘Maha Gaek’ which means ‘Great One’.
The female members of the family are given the hereditary title Puteri. Its Minangkabau pronouncation is ‘Puti’ which obviously means Princess.
The Megats and the Puteris are royalty by birth. However, it is a common practice to name a child with the titles Megat or Puteri whenever the mother is of Royal Blood (Raja or Tengku) and the father is a commoner. This is due to the fact that in Minangkabau tradition, the status of one’s child will depend on their parents. As for Royalties, marrying a commoner is strictly forbidden. Hence, the seniority of the respective parent’s families will determine the child’s royal status.
The idea of having a Megat or a Puteri from a Royal mother and a commoner father was likely based on the lineage of the famous pioneer Megat in the Malay World – Megat Terawis. Megat Terawis was the first Bendahara of Perak and was known by the title Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. His descendants were holders of the Bendaharaship of Perak. One of his descendants, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), married Raja Shah Alam Sayong – a daughter of Sultan Muzaffar Shah II of Perak.
Obviously his descendants used the titles Megat and Puteri. Coincidently, the mother was a daughter of a Perak ruler, people have generalised the rule that for individuals with a Royal mother and a commoner father, have the right to use the titles Megat and Puteri for their children.
Therefore, it should be highlighted that the original usage of Megat and Puteri are strictly for the descendants of the Royal Pagar Ruyung lineage. The descendants of Megat Terawis the First Bendahara of Perak still (to this very day) use the titles Megat and Puteri for their names and their children’s.
Some of the prominent members of the Megat Terawis family are:
1 – Dato’ Seri Dr Megat Khas Bin Megat Omar
2 – Dato’ Megat Yunus Bin Megat Mohd Isa
3 – Dato’ Megat Othman Bin Megat Mohd Ali
4 – Dato’ Megat Mahmud Bin Megat Ismail
5 – Dato’ Seri Megat Jaafar Bin Megat Yunus
6 – Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin Bin Megat Mohd Nor
7 – Tan Sri Megat Junid Bin Megat Ayub
8 – Datuk Dr Megat Burhainuddin Bin Megat Abdul Rahman
9 – Dato’ Seri Megat Najmuddin Bin Megat Khas
10 – Dato’ Megat Mohamed Abdul Wahab Bin Megat Abu Bakar
11 – Megat Zaharuddin Bin Megat Shamsudin
12 – Megat Abdullah Rafaie Bin Megat Marzuki
13 – Megat Mohamad Mentaha Bin Megat Alias
R A J A
Gelaran Raja cuma di Perak sahaja. Mereka yang ada gelaran Raja di Perak ini ialah waris keturunan Kesultanan Melaka. Jika kaji ‘genealogy’, keturunan Kesultanan Perak adalah berasal dari Sang Sapurba. Maka gelaran Raja tu kekal hingga kini.
Ada juga gelaran Raja di Selangor pada zaman dahulu. Mereka guna gelaran Raja kerana diberikan oleh Sultan Perak ketika itu.
Selangor adalah berketurunan Bugis iaitu dari keturunan Daeng Celak. Sultan Perak menabalkan anak Daeng Celak iaitu Raja Lumu menjadi Sultan. Sejak itu, keturunan Selangor menggunakan gelaran Raja di depan nama.
Namun selepas tahun 1898, Sultan Alauddin Sulaiman menamakan anak-anak banginda dengan gelaran Tengku. Tapi ada anak baginda yang menamakan cucu-cucunya dengan gelaran Raja semula. Ini yang sukar difahami. Namun kini, para Sultan Selangor semuanya bergelaran Tengku.
T E N G K U
Nama gelaran Tengku digunakan di Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Berasal di Pahang dari keturunan Sultan Mansur Shah. Anak baginda, Sultan Muhammad, menjadi Sultan Pahang yang pertama.
Pada mulanya, semua keturunan baginda menggunakan gelaran Raja (sebab waris Kesultanan Melaka), sehinggalah Bendahara Dinasti yang menjadi Sultan Pahang, mula dengan Tun Muhammad Tahir. Selepas itu anak-anaknya semua mula guna nama-nama gelaran Tun, Tuan, Engku dan lama-kelamaan semua gelaran itu pula berubah menjadi Tengku, hingga kini.
Kesultanan Terengganu sekarang pun berasal dari keturunan Bendahara Johor. Sultan Johor pertama, Sultan Zainal Abidin I, adalah anak kepada Tun Habib Abdul Majid. Maka keturunan bagindalah yang mula guna gelaran Tun, Tuan dan Engku sampailah jadi Tengku hingga kini.
Kelantan pun sama ketika Long Yusuf isytihar diri menjadi Sultan Kelantan. Keturunan baginda mula guna nama gelaran Long, Eengku, hingga akhirnya menjadi Tengku.
T U N K U
Tiga negeri guna nama gelaran Tunku iaitu Johor, Kedah dan Negeri Sembilan.
Untuk Johor, asalnya memang waris Kesultanan Melaka, tapi Sultan Mahmud Shah Mangkat Dijulang memang tiada waris. Maka terputuslah warisan Kesultanan Melaka di sini.
Selepas itu, bermulalah Johor dengan dinasti Bendahara dengan Bendahara Abdul Jalil menjadi Sultan. Keturunan baginda mula guna nama gelaran Tun, Tuan, Engku hinggalah ke Tengku dan kemudian jadi Tunku.
Jika lihat Sultan Johor sekarang, nama gelaran baginda ialah Tunku. Mungkin kerana baginda bukan sebenarnya berketurunan Raja, tapi keturunan Bendahara dan Temenggung.
Di Kedah, gelaran tersebut mungkin berasal dari Raja Hindu dari India atau Sri Lanka, sehinggalah Kedah di-Islam-kan.
Di Negeri Sembilan pula, pada zaman dahulu, orang-orang Minangkabau di Tanah Melayu meminta ditabalkan seorang Sultan di negeri mereka (Negeri Sembilan). Selepas itu Raja Melewar (keturunan Raja Pagaruyung) datang lalu melantik diri sendiri menjadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan.
Jika ikut sejarah, Raja Melewar, ayahandanya Raja Masa Bumi, Raja Khatib dan lain-lain, menggunakan gelaran Raja, bukan Tunku. Tapi kenapa selepas Raja Melewar menjadi Yang Dipertuan Besar dengan gelaran Tuanku Sultan Mahmud Shah, semua anaknya guna gelaran Tunku sampai sekarang?
T E U K U
Teuku ialah nama gelaran dari keturunan Raja Acheh. Maknanya mungkin P. Ramlee pun keturunan Acheh, sebab nama dia Teuku Zakaria kan?
والله أعلم
No comments:
Post a Comment