21 July 2020

Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!




             (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) 
                                       Related image  
       Related imageRelated image        Related image                                                                    
           ‏ اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎                                 Sesungguhnya Aku berniat kerana اَللهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ tubuh badanKu kepada اَللهِ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اَللهِ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya  اَللهِ
jantung gif
                          (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU  YA اَللهِ
                               (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) 
                  اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ 
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)  
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ 
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ 
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH  اللهَ 
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ 
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ 
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)  
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   
100X لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ                            
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
             
     


اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اَللهِ  

Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
 اَلْحَمْدُ ِللهِ Related imagesyukur kepadaMU  YA  اَللهِ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ   لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎)  

.........................................................................
       Related image 
 

   والله أعلم بالـصـواب  


آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................   
Zikrullah acap Kali @@@@ 07 Wallpapers 19072020 1K  🆗️✔.....................................................................................
..............................................................................................................................            


                                                 

                                                 
 Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!                                                                        

       


Di seluruh pelosok dunia, terdapat pelbagai jenis minuman teh yang wujud sama ada yang berasaskan daun, bunga bahkan sejenis kulat seperti teh kombucha.
Ada ke orang yang tak suka minum teh pada waktu pagi? Eh, ada ye? Jadi anda suka minuman apa? Mesti kopi kan? Teh dan kopi merupakan dua jenis minuman popular di seluruh dunia. Pengambilan teh hitam merangkumi sebahagian besar populasi global memandangkan ia meliputi 78% daripada pengeluaran dan pengambilan minuman teh. 
Pada September tahun 2019, kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah mendapati bahawa mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak suka meminumnya. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

teh
Kandungan kafein di dalam minuman teh
Apabila disebut sahaja perkataan kafein, mesti anda akan terbayang akan minuman kopi bukan? Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, coklat, minuman berkarbonat dan minuman tenaga. Ia merupakan bahan perangsang yang paling kerap dijadikan subjek uji kaji berikutan kesan fisiologikalnya yang pelbagai.
Pengambilan minuman berkafein perlu dihadkan pada 400 mg sehari. Perkara ini agak mengelirukan bagi peminum kopi dan teh memandangkan minuman tersebut mempunyai kandungan kafein yang berlainan. 
8 auns bancuhan kopi mengandungi kira-kira 95 mg kafein berbanding dengan 47 mg kafein di dalam minuman teh hitam. Ini bermakna mereka yang suka minum teh boleh mengambilnya pada kadar hampir dua kali ganda daripada jumlah pengambilan minuman kopi harian.
Tidak dinafikan bahawa minuman berkafein dapat memberikan pelbagai jenis manfaat berkaitan dengan fungsi otak. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Northumbria, Newcastle telah mendapati bahawa mereka yang mengambil minuman berkafein mempunyai memori, masa tindak balas dan pemprosesan maklumat yang lebih baik berbanding dengan mereka yang diberikan plasebo. 
Namun, perlu diingatkan bahawa mereka yang minum kopi lebih berisiko untuk mendapat kesan sampingan seperti keresahan, berdebar-debar, susah untuk tidur dan tekanan darah tinggi. Ini berikutan kandungan kafeinnya yang tinggi memudahkan seseorang individu itu, terutamanya buat peminum tegar, untuk melebihi had pengambilan kafein yang ditetapkan dalam sehari.
Minuman teh beri kesan antipenuaan otak
Pada 14 Jun 2019, satu kajian telah diterbitkan di laman Jurnal Penuaan berkaitan dengan kesan pengambilan teh secara berkala terhadap fungsi kognitif individu. Kajian tersebut telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dengan kerjasama Universiti Essex dan Universiti Cambridge, London.
Melalui kajian tersebut, mereka memperolehi dapatan yang sangat menarik. Individu yang mengambil minuman teh hijau, oolong atau hitam pada kekerapan 4 kali seminggu untuk tempoh 25 tahun mempunyai perhubungan saraf otak yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sebarang minuman teh.
Profesor Madya Feng Lei, peneraju Jabatan Perubatan Psikologi yang juga merupakan ketua kumpulan kajian tersebut menggunakan analogi jalan raya sebagai contoh. Bahagian otak boleh dianggap sebagai destinasi dan perhubungan saraf kepadanya sebagai jalan raya yang menghubungkan destinasi tersebut. 
Apabila sistem jalan raya tersusun dengan rapi, maka pergerakan kereta akan menjadi lebih lancar dan efisien. Ini akan membolehkan proses penyampaian maklumat dilakukan dengan lebih berkesan berikutan penstrukturan tersebut.
Dapatan kajian ini menyokong kajian Feng yang dijalankan pada tahun 2017 yang menunjukkan penurunan pada kadar risiko gangguan kognitif disebabkan oleh proses penuaan. Mereka yang mengambil minuman teh secara berkala boleh mengalami penurunan risiko setinggi 50 peratus. 
Perkara ini menggalakkan kajian lanjut dan kini, penemuan berkaitan pengstrukturan otak kesan daripada pengambilan minuman tersebut dapat memberikan perspektif terhadap langkah yang boleh diambil semasa muda bagi memastikan tahap kesihatan di waktu tua pada kadar yang optimum.
Kesan ambil teh secara berlebihan
Sudah berkurun lamanya minuman teh digunakan dalam rawatan tradisional bagi merawat penyakit tertentu. Kompaun yang terkandung di dalamnya berpotensi untuk merendahkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan obesiti. Namun, pengambilannya melebihi 4 cawan sehari boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan individu secara menyeluruh.
Bukan minum kopi secara berlebihan sahaja boleh mendatangkan kemudaratan. Minuman teh, jika diambil secara berlebihan juga boleh menyebabkan kesan negatif terhadap proses fisiologi badan. Berikut merupakan antara kesan sampingan yang boleh dialami oleh mereka yang ‘terlebih’ ambil minuman tersebut.
Kurang zat besi dalam darah
Terdapat kompaun di dalam minuman teh yang boleh menyebabkan masalah kurang zat besi diserap masuk ke dalam aliran darah. Kompaun tersebut digelar sebagai tannin. Ia berupaya untuk bergabung dengan zat besi bagi menghalang penyerapannya melalui sistem penghadaman manusia. 
Masalah kekurangan zat besi merupakan keadaan kesihatan yang lazim dialami oleh kebanyakan individu di seluruh dunia. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kansas pada tahun 2017 telah menunjukkan bahawa sumber zat besi juga memainkan peranan penting dalam menentukan kadar pengurangan nutrisi mikro zat besi jika diambil bersama dengan minuman tersebut.
Menurut kajian tersebut, tannin lebih cenderung untuk menghalang penyerapan zat besi daripada sumber sayur-sayuran berbanding dengan daging haiwan. Oleh sebab itulah, bagi mereka yang tidak mengambil daging di dalam diet, anda perlu mengambil berat berkenaan dengan jumlah minuman teh yang anda ambil.
Pengambilan minuman teh pada kadar 3 cawan atau kurang, dalam masa sehari kebiasaannya dianggap selamat buat kebanyakan individu. 
Masalah sukar untuk tidur
Kafein adalah antara bahan yang terkandung di dalam minuman teh. Pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur dan bakal mengganggu kestabilan kitaran tidur jaga anda. 
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman berkafein boleh menyekat rembesan molekul melatonin. Melatonin merupakan hormon penting yang mengawal atur kitaran tidur jaga. Ia kebiasaannya dirembeskan apabila tiada sumber cahaya (gelap) pada persekitaran individu. 
Pengurangan pada rembesan melatonin boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur. Ia seterusnya berpotensi untuk menyebabkan komplikasi seperti kelesuan, gangguan memori dan mudah hilang tumpuan. Apa yang lebih teruk lagi adalah masalah kekurangan tidur kebiasaannya dikaitkan dengan masalah kronik yang lain seperti obesiti dan kencing manis.
Jika anda menghadapi masalah ini, seeloknya dikurangkan kekerapan pengambilan minuman tersebut terutamanya jika ia dekat dengan waktu anda tidur. 
Komplikasi kehamilan
Pengambilan minuman teh secara berlebihan semasa hamil boleh menyebabkan kesan negatif terhadap ibu dan janin. The American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG) menyarankan pengambilan minuman berkafein tidak melebihi 200 mg sehari (2 cawan kopi). Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) pula menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 300 mg sehari (3 cawan).
Ya, ada sesetengah minuman mempunyai kandungan kafein yang tinggi. Sebagai contoh, minuman kopi asli kebiasaannya mengandungi kafein 2 kali ganda lebih banyak daripada minuman tersebut. Secara ringkasnya, jangan ambil minuman teh melebihi 3 cawan sehari, tidak kiralah sedikit mana kafein yang terkandung dalam jumlah tersebut.
Konklusi
Minuman teh, jika diambil secara berkala pada kuantiti yang disarankan, boleh memberikan faedah fisiologikal yang dapat meningkatkan kualiti hidup. Ia juga mengandungi kafein seperti minuman kopi namun jumlahnya tidak sebanyak minuman tersebut. Jika anda menginginkan minuman berkafein namun tidak mahu mencuba kopi, minumlah teh. .....
Pernahkah anda dengar mengenai khasiat kombucha sebelum ini? Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai teh cendawan Mekah.
Ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan teh kombucha ini? Sila baca artikel di bawah ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan teh kombucha?
Teh kombucha adalah minuman hasil penapaian larutan teh dengan gula yang kemudiannya ditambahkan lagi dengan kehadiran beberapa jenis mikrob iaitu bakteria Acetobacter xylinum dan ragi, Saccharomyces cerevisiaeZygosaccharomyces bailii, dan Candida sp. 
Hasil daripada proses penapaian tersebut, teh yang dihasilkan ini mengandungi beberapa zat seperti asid asetat, folat, asid amino penting, vitamin B, vitamin C dan juga alkohol.
Artikel berkaitan:
Ramai juga yang menyebut teh kombucha ini sebagai teh cendawan kerana kulat atau cendawan di dalamnya dibiarkan tumbuh terlebih dahulu dalam proses penghasilannya. 
Waktu yang diperlukan bagi menapai teh ini adalah sekitar 8 hingga 12 hari pada suhu antara 18 hingga 2 darjah Celcius. Jika suhu persekitaran semakin tinggi, maka proses penapaian akan menjadi lebih pantas.
Tempoh penapaian akan mempengaruhi kualiti, kandungan dan rasa teh yang dihasilkan.
Setiap 400 ml teh kombucha pula mengandungi jumlah tenaga sebanyak 60 kalori.
Khasiat kombucha yang anda pasti ingin tahu
khasiat kombuchaAda pelbagai pendapat menyatakan teh cendawan Mekah ini mempunyai pelbagai manfaat.
Antara khasiat kombucha – untuk kebaikan pencernaan tubuh, merendahkan risiko aterosklerosis selain membantu mengeluarkan racun daripada tubuh.

Bantuan Awal Untuk Keracunanpoisoning

Keracunan adalah kecederaan atau kematian akibat menelan, menghidu, menyentuh atau penyuntik pelbagai ubat, bahan kimia, racun atau gas. Sesetengah bahan seperti dadah dan karbon monoksida hanya berbahaya dalam kepekatan atau dos yang lebih tinggi. Dan yang lain seperti pembersih hanya beracun jika tertelan. Kanak-kanak sangat sensitif kepada sejumlah kecil ubat dan bahan kimia tertentu.

Bagaimana merawat keracunan?

Seseorang yang mungkin keracunan berdasarkan:
·         Tanda-tandanya
·         Umur
·         Sama ada anda tahu jenis dan jumlah bahan yang menyebabkan keracunan
Jika anda mengambil berat tentang keracunan berpotensi, hubungi pusat kawalan racun. Pusat kawalan racun adalah sumber terbaik untuk maklumat keracunan dan, dalam banyak keadaan, boleh mengesyorkan pemerhatian di rumah yang diperlukan.

Apabila disyaki keracunan

Simptom keracunan makanan boleh keadaan lain, seperti kejang, mabuk alkohol, strok, dan tindak balas insulin. Tanda dan simptom keracunan boleh terdiri daripada:
·         Terbakar atau kemerahan di sekitar mulut dan bibir
·         Nafas berbau seperti bahan kimia, petrol atau cat nipis
·         Muntah
·         Masalah pernafasan
·         Mengantuk
·         Kekeliruan atau keadaan mental yang berubah
Jika anda ragu mengenai keracunan, berhati-hati dengan petunjuk seperti botol atau bekas pil kosong, pil terselerak, dan luka bakar, kotoran, dan bau pada orang atau objek berdekatan. Bagi kanak-kanak, periksa kemungkinan bahawa dia mungkin telah mengambil ubat atau memakan bateri butang.

Bila perlu mendapatkan pertolongan

Hubungi nombor kecemasan setempat dengan segera jika seseorang:
·         Mengantuk atau tidak sedarkan diri
·         Mempunyai masalah atau berhenti bernafas
·         Keterujaan atau kegelisahan yang tidak terkawal
·         Mengalami sawan
·         Diketahui mengambil ubat-ubatan, atau apa-apa bahan lain dengan berlebihan dos secara sengaja atau secara tidak sengaja
Hubungi bantuan atau pusat kawalan racun anda dalam kes berikut:
·         Tidak stabil dan tidak mempunyai tanda-tanda
·         Dipindahkan ke jabatan kecemasan setempat
Bersedia untuk menerangkan simptom, umur, berat badan, ubat lain yang diambilnya, dan apa-apa maklumat yang anda ada mengenai racun itu. Cuba tentukan jumlah yang dicerna dan berapa lama tempoh seseorang terdedah kepada bahayanya. Jika boleh, dapatkan botol ubat atau bekas suspek lain supaya anda boleh merujuk kepada labelnya apabila bercakap dengan pusat kawalan racun.

Apa yang perlu dilakukan semasa menunggu bantuan

Lakukan perkara berikut sehingga bantuan tiba:
·         Racun yang ditelan: Buangkan apa-apa yang masih ada dalam mulut. Jika racun disyaki adalah pembersih rumah atau bahan kimia lain, baca label pada bekasnya dan ikuti panduan keracunan yang tidak disengajakan.
·         Racun pada kulit: Tanggalkan pakaian yang tercemar menggunakan sarung tangan. Basuh kulit selama 15 hingga 20 minit.
·         Racun pada mata: Basuh mata dengan merendamkannya di dalam air sejuk atau suan selama 20 minit atau sehinggan bantuan tiba.
·         Racun yang dihidu: Bawa seseorang ke udara segar secepat mungkin. Jika dia muntah, palingkan kepalanya ke sisi supaya tidak tercekik. Mulakan CPR jika tidak menunjukkan tanda-tanda hidup seperti bergerak, bernafas atau batuk.
Hubungi talian kecemasan untuk panduan bantuan tambahan.

Sebahagian besar khasiat kombucha yang dinyatakan ini adalah hasil daripada kajian yang telah dilakukan kepada haiwan. 
Hasil kajian tersebut turut memperlihatkan teh ini mempunyai pelbagai khasiat lain seperti antioksidan,

Manfaat Antioksidanhealth-benefits-antioxidants

Apakah itu antioksidan?
Antioksidan terkenal dengan keupayaannya melawan radikal bebas. Radikal bebas ialah atom atau molekul dengan sekurang-kurangnya satu elektron tidak berpasangan, menjadikannya sangat reaktif. Semasa proses yang dipanggil pengoksidaan, radikal bebas cuba untuk mencuri elektron daripada molekul lain, sama ada lemak, protein atau membran sel. Pengoksidaan menyebabkan kerosakan sel, yang menyumbang kepada penuaan dan penyakit degeneratif. Antioksidan boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mendapatkannya daripada makanan tambahan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik mendapatkan antioksidan daripada makanan.
Antioksidan yang berbeza bagi bahagian-bahagian badan yang berbeza
Tidak semua antioksidan berfungsi dengan cara yang sama. Beta-karotena dan karotenoid yang lain menyokong kesihatan mata manakala lycopene membantu mencegah penyakit prostat. Jika anda inginkan jantung yang sihat, dapatkan lebih banyak flavonoid. Masalah dengan saluran kencing? Proanthocyanidins boleh membantu.
Antioksidan untuk kulit yang sihat
Pendedahan kepada tahap cahaya UV yang tinggi membawa kepada kerosakan foto-oksidatif. Ini bukan sahaja menyebabkan selaran matahari tetapi juga menyumbang kepada penuaan kulit pra-matang dan kanser kulit. Kajian menunjukkan astaxanthin dan gabungan beta-karotena dan vitamin E bermanfaat untuk kesihatan kulit.
Antioksidan untuk sistem imun yang lebih kuat
Radikal bebas memberi kesan kepada sistem imun anda. Kajian menunjukkan bahawa astaxanthin dan spirulina boleh meningkatkan sistem imun, mencegah mutasi dalam membran sel dan DNA . Astaxanthin jauh lebih berkuasa berbanding karotenoid dan alpha-tokoferol (vitamin E) dalam aspek ini.
Bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak antioksidan?
Cara yang paling berkesan untuk meningkatkan pengambilan antioksidan adalah dengan menambah lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko masalah jantung, penyakit saraf, kanser, dan masalah imuniti.
Adakah makanan tambahan (suplemen) antioksidan selamat?
Jika anda tidak boleh mendapatkan antioksidan yang mencukupi, anda boleh mendapatkannya daripada makanan tambahan. Walaupun mungkin tidak sebaik seperti makanan antioksidan, adalah lebih baik daripada tiada. Terdapat beberapa peringatan yang perlu anda ketahui sebelum mengambil makanan tamabahan antioksidan:
·         Makanan tambahan antioksidan mempunyai kesan sampingan, potensi tindak balas alahan, dan tindak balas dengan ubat-ubatan lain. Jadi, sentiasa rujuk dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang makanan tambahan.
·         Pengeluar makanan tambahan antioksidan tidak dikehendaki mengikut piawai tertentu. Jadi, kualiti dan kesan sampingan mungkin berbeza daripada jenama ke jenama. Badan pentadbiran ubat tidak menetapkan peraturan makanan tambahan yang sama seperti ubat. Jadi, pengeluar hanya boleh membuat makanan tambahan dan menjualnya tanpa penyelidikan.
·         Banyak makanan tambahan tidak diuji untuk kesan jangka panjang. Selain itu, pengambilan dos makanan tambahan antioksidan yang tinggi mungkin berbahaya.

 antibakteria, memperbaiki mikroflora usus dan juga meningkatkan ketahanan tubuh serta menurunkan tekanan darah.

Orang Muda Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!cara menurunkan darah tinggi hipertensi

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi ini terkenal sebagai antara penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi membahayakan.
Untuk pengetahuan anda, kira-kira 37% daripada populasi penduduk Malaysia menghidapi penyakit berbahaya yang boleh membawa maut ini.
Apa yang lebih menakutkan, ia boleh jadi punca kepada kegagalan atau kerosakan organ seperti jantung, otak dan ginjal untuk berfungsi secara baik, lantas mengakibatkan risiko serangan jantung atau strok.
Jadi, kita perlu tahu cara menurunkan darah tinggi di usia muda sekarang juga!
Apa punca tekanan darah tinggi?
Tekanan darah boleh meningkat dalam beberapa keadaan tertentu seperti kepenatan, kesakitan, kegelisahan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
Walau bagaimanapun, individu tidak akan dianggap menghidapi hipertensi jika tekanan darahnya mampu kembali ke tahap yang normal.
Jadi, untuk mengetahui jika anda sendiri menghidapi penyakit ini, sila dapatkan diagnosis daripada doktor dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sekali.
Pun begitu, ada beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi termasuklah:
·         Sejarah ahli keluarga
·         Jantina (lelaki lebih berisiko berbanding wanita)
·         Umur (lebih tua, lebih berisiko)
·         Stres
·         Obesiti
·         Diabetes
·         Tahap kolesterol dalam badan tinggi
·         Merokok
·         Pemakanan
·         Pengambilan alkohol secara berlebihan
·         Pengambilan garam & lemak secara berlebihan
·         Pola tidur tidak teratur
·         Gaya hidup sedentari
 tanda darah tinggi

Apa komplikasi tekanan darah tinggi?Secara umumnya, hipertensi boleh mengakibatkan tekanan atau bebanan kepada organ dalam badan sekali gus merosakkannya.

Ia seterusnya akan menyebabkan beberapa kondisi kesihatan seperti:
·         Strok
·         Penyakit jantung seperti penyakit jantung koronari, kegagalan jantung kongestif, hipertropi ventrikular kiri
·         Komplikasi pada mata
·         Komplikasi pada buah pinggang
·         Aneurisma
Dalam erti kata yang lebih mudah, penyakit tekanan darah tinggi ini memang berbahaya jika tidak dikesan dan dikawal dengan kadar segera.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini daripada menjadi lebih teruk. 
Cara menurunkan darah tinggi di usia muda!
Berikut merupakan beberapa cara menurunkan darah tinggi di usia muda:
#1. Elakkan stres berlebihan
Ya, dengan tekanan hidup zaman sekarang yang semakin tinggi dan kuat dalam kehidupan seorang anak muda, agak sukar untuk merealisasikan hasrat ini.
Pun begitu, anda perlu tahu bahawa stres adalah antara punca utama hipertensi berlaku. 
Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sebarang tekanan serta dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi untuk meminimumkan risiko anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi.
#2. Kawal berat badan
Umum mengetahui bahawa obesiti juga adalah faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi berlaku.
Jadi, cara menurunkan darah tinggi di usia muda adalah jaga berat badan anda.
Maksudnya di sini adalah anda perlu sentiasa memiliki berat badan yang ideal – seimbang BMI.
Untuk mengetahui berapakah berat badan yang anda perlu dapatkan, sila klik pautan berikut: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-bmi/ 
 cara menurunkan darah tinggi di usia muda

#3. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

Bersesuaian dengan niat anda untuk mengawal berat badan, anda perlu menjaga pemakanan anda.
Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makan makanan yang bergoreng, bergaram dan berlemak tinggi serta yang mengandungi bahan pengawet.
Dalam pada itu, anda juga perlu hadkan atau berhenti terus dari mengambil alkohol. Seperti mana yang anda sudah tahu, ia adalah antara faktor risiko hipertensi.

#4. Lakukan banyak aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal di sini bermaksud anda perlu bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari sebagai usaha atau cara menurunkan darah tinggi di usia muda.
Menurut kajian yang dijalankan oleh American College of Sports Medicine (ACSM), aktiviti fizikal secara sederhana seperti berjalan, berjoging atau melakukan kerja-kerja rumah sahaja sudah mampu untuk menurunkan tekanan darah anda.
Dalam pada itu, anda juga boleh membuat latihan kardiovaskular seperti berlari atau berenang sebagai rutin harian anda untuk melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kapasiti paru-paru serta menambah baik kesihatan jantung. 

#5. Berhenti merokok

Tahukah anda bahawa nikotin dan pelbagai lagi racun berbahaya yang terdapat dalam rokok tembakau dan rokok elektronik boleh jadi punca saluran darah anda menjadi sempit?
Ini sekali gus akan mengakibatkan tekanan darah anda meningkat. Ini bukan sahaja boleh berlaku kepada perokok tegar sahaja ya! Perokok pasif juga turut ada risikonya.
Jadi, sentiasa amalkan 5 cara menurunkan darah tinggi ini untuk meminimakan risiko hipertensi dalam usaha mengejar kehidupan yang lebih sihat!Beberapa kumpulan yang meminum teh cendawan Mekah secara kerap mengakui minuman ini mempunyai beberapa kesan baik terhadap kesihatan tubuh.
Antara khasiat yang diperkatakan adalah dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mencegah kanser selain meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan juga hati.

Manfaat Probiotik Terhadap Kanak-kanakManfaat Probiotik Terhadap Kanak-kanak


Kesihatan usus dan sistem imun anak anda perlu dititikberatkan dan diberi perhatian seawal usia mereka lagi. Ini adalah penting untuk memastikan mereka kekal cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain. Antara usaha yang boleh dilakukan ibu bapa adalah memastikan anak anda dibekalkan dengan probiotik yang secukupnya.
Apakah itu probiotik dan bagaimanakah ia berfungsi?
Terdapat dua jenis bakteria di dalam dunia ini iaitu bakteria “baik” dan bakteria “tidak baik”. Probiotik merupakan bakteria “baik” yang berfungsi menyeimbangkan jumlah bakteria yang terdapat dalam sistem penghadaman kanak-kanak. Sistem penghadaman kanak-kanak mempunyai banyak bakteria di dalamnya yang sangat penting dalam penjagaan usus mereka.
Probiotik dapat membantu anak anda mengekalkan keseimbangan di antara bakteria berfaedah dengan bakteria berbahaya demi menjamin kesihatan saluran penghadaman. Saluran penghadaman yang sihat dapat membantu meningkatkan penghasilan antibodi utama seperti IgA dalam badan anak anda.
Apakah manfaat probiotik?
Umum mengetahui bahawa probiotik mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan keseimbangan bakteria dalam sistem penghadaman bagi memastikan ia kekal sihat. Probiotik amat membantu dalam merawat penyakit-penyakit seperti berikut:
·         Cirit-birit yang disebabkan oleh antibiotik
·         Infeksi pada perut yang disebabkan oleh virus, bakteria atau parasit
·         Irritable bowel syndrome
·         Inflammatory bowel disease (IBD) atau keradangan pada usus
Probiotik bukan sahaja memainkan peranan dalam membantu dalam merawat penyakit-penyakit berkaitan sistem penghadaman malahan mempunyai pengaruh untuk membantu dalam merawat penyakit pada bahagian tubuh badan yang lain seperti:
·         Penyakit gigi dan mulut
·         Penyakit kulit seperti ekzema
·         Infeksi telinga
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa pengambilan probiotik bukanlah rawatan utama dalam merawat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan. Ini hanyalah sekadar panduan dan langkah pencegahan pertama. Oleh itu, berhubunglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan yang lebih terjamin keberkesanannya.
Apakah sumber utama probiotik?
Probiotik sangat diperlukan oleh anak anda dalam menjamin kesihatan usus dan sistem penghadaman mereka. Probiotik boleh ditemui dalam sumber-sumber yang berbentuk makanan dan minuman seperti berikut:
·         Yogurt
·         Kefir
·         Buttermilk
·         Sauerkraut
·         Keju
·         Tempe
·         Jeruk
Anda juga boleh memastikan anak anda mendapatkan probiotik yang mencukupi dengan memberikan mereka suplemen yang berbentuk kapsul, tablet, serbuk atau cecair. Suplemen ini boleh ditemui di farmasi atau mana-mana pusat kesihatan yang telah disahkan. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan anak anda suplemen-suplemen ini untuk memastikan suplemen tersebut asli dan selamat untuk diberikan kepada anak anda.Untuk memperolehi badan yang cergas dan cerdas, memerlukan pengambilan diet pemakanan seimbang yang penuh nutrien dan bermanfaat. Namun, tanpa kita sedari, mungkin kerana kesibukan kerja dan tugasan harian, badan kita mungkin tidak mendapat nutrien dan vitamin yang secukupnya. Jadi, artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tanda-tanda anda kekurangan vitamin.

Tanda Anda Kekurangan VitaminTanda Anda Kekurangan Vitamin

Untuk memperolehi badan yang cergas dan cerdas, memerlukan pengambilan diet pemakanan seimbang yang penuh nutrien dan bermanfaat. Namun, tanpa kita sedari, mungkin kerana kesibukan kerja dan tugasan harian, badan kita mungkin tidak mendapat nutrien dan vitamin yang secukupnya. Jadi, artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tanda-tanda anda kekurangan vitamin.
Tanda anda kekurangan vitamin
1.    Rapuh
Banyak faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya rambut dan kuku yang rapuh. Salah satunya kerana kekurangan vitamin B7, atau turut dikenali sebagai biotin – membantu badan menukar makanan kepada tenaga. Ia jarang berlaku, tetapi apabila ia berlaku, akan menyebabkan rambut dan kuku menjadi rapuh, menipis, pecah – antara simptom paling ketara.
2.    Terbakar
Apabila anda kerap merasa terbakar pada bahagian kaki atau lidah, ini merupakan simptom kekurangan vitamin B12 – berperanan untuk menghasilkan hemoglobin, sebahagian daripada sel darah merah yang membantu sel badan untuk menerima oksigen dan anda mungkin mempunyai masalah berkaitan keseimbangan, pencernaan dan kulit kering.
3.    Luka
Luka yang lambat untuk sembuh, mudah mengalami lebam adalah antara tanda anda perlu mempertingkatkan pengambilan vitamin C – yang mempunyai pelbagai manfaat, antaranya berfungsi sebagai anti-radang dan anti-oksidan yang mengurang dan mengehadkan kerosakan pada sel. Kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan pendarahan pada gusi, walaupun ia kemungkinan disebabkan oleh teknik memberus gigi yang kasar dan salah.
4.    Ulser mulut atau tepi mulut pecah
Luka pada bahagian dalam dan sekitar mulut boleh dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral yang tidak mencukupi. Ulser mulut boleh berlaku apabila badan kekurangan vitamin B atau zat besi. Bahagian sekitar atau tepi mulut yang pecah atau berdarah boleh disebabkan air liur berlebihan atau dehidrasi. Tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh pengambilan vitamin B yang tidak mencukupi.
5.    Gangguan penglihatan
Kekurangan nutrien boleh menyebabkan masalah gangguan penglihatan. Sebagai contoh, kekurangan pengambilan vitamin A kebiasaannya dikaitkan dengan masalah penglihatan pada waktu malam – mengurangkan keupayaan individu untuk melihat pada persekitaran kurang pencahayaan atau gelap. Vitamin A diperlukan untuk menghasilkan rhodopsin – pigmen yang terdapat pada retina mata yang membantu anda melihat pada waktu malam. Jika masalah ini tidak dirawat, masalah ini cenderung menyebabkan risiko xerophthalmia – keadaan yang boleh merosakkan kornea dan boleh mengakibatkan kebutaan.
6.    Kelemumur, kulit berkerak
Seborrheic dermatitis (SB) dan kelemumur adalah sebahagian daripada kumpulan yang sama dengan masalah gangguan kulit yang mempengaruhi penghasilan minyak pada badan anda. Kedua-dua masalah ini akan mengakibatkan kegatalan, kulit mengelupas. Kelemumur adalah terhad berlaku pada kulit kepala, tetapi SB boleh berlaku pada bahagian muka, atas dada, ketiak dan pangkal paha. Antara faktor yang menyebabkan munculnya masalah ini adalah kerana kekurangan vitamin B3, B2 dan B6.
7.    Keletihan
Mengalami keletihan yang berpanjangan, walaupun mendapat tidur yang mencukupi adalah merupakan tanda anda kekurangan vitamin – vitamin B12. Keadaan ini cenderung membawa kepada masalah pernicious anemia, yang turut menyebabkan simptom seperti keletihan, kekeliruan, kurang selera, kulit pucat, cirit birit atau sembelit, kebas pada jari tangan dan jari kaki, serta lidah bengkak dan kemerahan.
8.    Sakit otot, tulang, sendi
Kekurangan vitamin D mungkin boleh menyebabkan kesakitan pada tulang, otot dan sendi. Kekurangan vitamin D ini juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian leher, sakit belakang dan kesakitan pada badan secara umumnya.
9.    Kadar denyutan jantung
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan kadar denyutan jantung menjadi cepat dan pantas. Jantung mungkin akan berdenyut laju disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah dalam badan.Vitamin C merupakan nutrien yang penting untuk dimakan secara teratur bagi mencegah kekurangannya. Walaupun isu atau masalah kekurangan vitamin C jarang berlaku terutamanya di negara-negara maju, tetapi ia tidak mustahil untuk terjadi. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui tanda-tanda kekurangan vitamin C.
Antara faktor yang menyebabkan seseorang individu itu berisiko mengalami keadaan ini adalah kerana mengamalkan pengambilan diet pemakanan yang tidak baik, pengambilan alkohol berlebihan, alami anoreksia, menghadapi masalah penyakit mental yang teruk, merokok
Kekurangan vitamin C ini boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti anemia, keletihan, kelesuan, pendarahan secara tiba-tiba, sakit pada anggota badan terutama pada bahagian kaki, bengkak di beberapa bahagian badan, risiko kehilangan gigi serta ulser gusi.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C

tanda-tanda kekurangan vitamin C
Vitamin C merupakan nutrien yang penting untuk dimakan secara teratur bagi mencegah kekurangannya. Walaupun isu atau masalah kekurangan vitamin C jarang berlaku terutamanya di negara-negara maju, tetapi ia tidak mustahil untuk terjadi. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui tanda-tanda kekurangan vitamin C.
Antara faktor yang menyebabkan seseorang individu itu berisiko mengalami keadaan ini adalah kerana mengamalkan pengambilan diet pemakanan yang tidak baik, pengambilan alkohol berlebihan, alami anoreksia, menghadapi masalah penyakit mental yang teruk, merokok
Kekurangan vitamin C ini boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti anemia, keletihan, kelesuan, pendarahan secara tiba-tiba, sakit pada anggota badan terutama pada bahagian kaki, bengkak di beberapa bahagian badan, risiko kehilangan gigi serta ulser gusi.



Tanda-tanda kekurangan vitamin C
1.    Luka lambat sembuh
Apabila mengalami luka, tahap vitamin C dalam darah dan tisu akan menurun. Badan anda memerlukannya untuk menghasilkan kolagen – protein yang memainkan peranan dalam setiap tahap memperbaiki kulit. Vitamin C membantu neutrofil – sejenis sel darah putih yang melawan jangkitan, untuk berfungsi dengan baik. Malah, luka yang lama juga berisiko untuk terbuka kembali yang menyebabkan potensi jangkitan.
2.    Pendarahan, lebam
Berisiko mengalami pendarahan gusi, hidung dan lebam, kerana vitamin C membantu menjaga saluran darah anda untuk kekal sihat dan membantu proses pembekuan darah. Kolagen juga penting untuk menjaga gusi dan gigi agar sentiasa sihat. Dalam satu kajian terhadap i individu yang berpenyakit gusi dan mengamalkan memakan limau gedang (grapefruit) selama 2 minggu mendapati gusi mereka tidak berdarah terlalu banyak.
Individu yang mudah lebam merupakan tanda biasa kekurangan vitamin C kerana pengeluaran kolagen yang lemah menyebabkan saluran darah menjadi lemah. Ia boleh meliputi bahagian besar pada badan atau muncul sebagai titik-titik kecil berwarna ungu di bawah kulit.
3.    Pertambahan berat
Kajian awal mendapati terdapat hubung kait antara kerendahan tahap vitamin c dan jumlah lemak badan yang tinggi, terutama pada bahagian lemak perut. Vitamin ini berfungsi untuk membakar lemak sebagai tenaga.
4.    Kulit berkedut, kering
Individu yang mengamalkan pemakanan sihat yang kaya kandungan vitamin C cenderung untuk memiliki kulit yang lembut dan licin. Ini berkemungkinan kerana vitamin bersifat antioksidan, ia membantu melindungi kulit dari radikal bebas – yang merosakkan minyak, protein dan DNA.
5.    Keletihan, gangguan emosi
Dalam satu kajian kecil yang dilakukan, 6 dari 7 individu lelaki yang mempunyai tahap vitamin C yang rendah mengakui bahawa mereka mudah berasa letih dan cepat marah. Ia menunjukkan kaitan, walaupun mungkin terdapat faktor penyebab lain yang membuatkan wujudnya rasa letih itu.
6.    Imun lemah
Vitamin C mempunyai peranan dalam hal berkaitan dengan sistem imun, jadi kekurangannya boleh menyebabkan anda cenderung untuk sakit. Terdapat bukti yang mengatakan vitamin C dapat melindungi diri dari penyakit seperti radang paru-paru dan pundi kencing. Malahan, ia mungkin dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
7.    Masalah penglihatan
Antara tanda-tanda kekurangan vitamin C adalah masalah penglihatan. Jika anda mengalami masalah degenerasi makular berdasarkan usia (AMD), ia mungkin berisiko menjadi lebih kronik tanpa vitamin dan antioksidan lain serta mineral tertentu.
8.    Scurvy
Sebelum tahun 1700-an, ia merupakan 1 penyakit berpotensi membawa maut yang merupakan masalah utama bagi pelayar. Walaupun ia jarang berlaku pada masa kini, tetapi jika anda mendapat hanya 10mg/hari vitamin C atau kurang, anda berdepan dengan risiko ini. Individu yang mengalami scurvy berdepan masalah gigi longgar, kuku retak, sakit sendi, tulang rapuh dan bulu badan yang berpintal.
9.    Kulit kasar
Vitamin C memainkan peranan dalam pengeluaran kolagen – protein yang terdapat dengan banyak dalam tisu penghubung seperti kulit, rambut, sendi, tulang dan saluran darah. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan risiko wujudnya keadaan kulit yang dikenali sebagai keratosis pilaris.
10.                Anemia
Kekurangan zat besi dan vitamin C biasanya berlaku serentak. Simptom kekurangan zat besi adalah seperti pucat, kelesuan, kesukaran bernafas ketika bersenam, kulit dan rambut kering serta sakit kepala. Kekurangan vitamin C mungkin menyumbang kepada masalah anemia kekurangan zat besi dengan mengurangkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dan menjejaskan metabolisme zat besi. Kekurangan vitamin ini juga berisiko menjadi penyebab kepada pendarahan berlebihan yang turut menyumbang kepada masalah anemia.
Konklusinya, kita perlu mengetahui tanda-tanda kekurangan vitamin C bagi memastikan diri kita sentiasa cukup dengan nutrien dan khasiatnya.

5 Makanan Lebih Vitamin C Berbanding Oren

5 Makanan Lebih Vitamin C Berbanding OrenKetika kita masih kecil, ibu bapa mesti memberitahu kita kepentingan minum buah-buahan dan jus sayur-sayuran kerana mengandungi vitamin C. kebanyakan orang lebih suka minum secawan jus lemon atau oren untuk meredakan selsema. Setiap hari pengambilan vitamin C yang disyorkan adalah sekitar 75 mg dan keperluan ini dapat dipenuhi oleh sumber-sumber makanan semula jadi. Sebagai contoh, satu pek oren (kira-kira 98 miligram) dapat dimuatkan dengan vitamin C. Tetapi terdapat lima buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang boleh memberi anda lebih banyak vitamin C berbanding oren yang sederhana.

Lada benggala

Bukan sahaja ditambah pada hidangan lazat setiap hari dengan warna yang menarik mereka (dengan tiga warna yang paling biasa: merah, kuning, dan hijau), rasa rangup dan rasa luar biasa, lada benggala terkenal menjadi sayuran rendah karbohidrat yang ketara. Secawan lada benggala merah mengandungi kira-kira 190 mg, yang mana tiga kali lebih tinggi daripada jumlah yang oren. Jumlah yang sama lada benggala kuning menyediakan 155 mg vitamin C untuk badan anda. Secawan lada benggala hijau yang dicincang mempunyai kurang vitamin C daripada kedua-dua yang lain. Tetapi ia masih menyediakan 120 mg vitamin C iaitu 30% lebih tinggi daripada secawan jus oren. lada benggala juga adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan serat, yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita dan mencegah beberapa penyakit biasa.

Betik

Lazat dan manis, sepotong besar buah tropikal ini boleh menyediakan anda 238 mg vitamin C, tidak kira anda makan mentah atau mengisar untuk membuat ‘smoothie’. Betik juga sangat kaya dengan serat dan vitamin A. Makan sepotong betik setiap hari boleh membuatkan kulit anda berseri, membersihkan sinus anda, membuatkan rambut lebih kuat, menguatkan tulang dan membantu sistem pencernaan anda lebih bahagia.

Sayur-sayuran berdaun hijau (seperti Kale)

Secawan hidangan kale atau kubis daun adalah salad lazat yang mengandungi lebih daripada 80.4 mg daripada vitamin C. Sayuran pemakanan ini juga kaya dengan asid lemak, mineral dan menambah tujuh kali ganda jumlah vitamin K yang disyorkan dan dua kali ganda pengambilan vitamin A yang disarankan setiap hari. Setiap hidangan dua cawan mempunyai 150 miligram antioksidan. Salad kale juga boleh memberikan anda hampir 700 mg kalium dan lebih kurang 7 gram serat. Anda boleh mencari sumber yang lebih besar daripada vitamin C dalam lain sayur-sayuran berdaun hijau seperti sayur-sayuran lobak (55%), Chard swiss (18%), dan bayam (14%) bagi setiap cawan dicincang.

Beri

Anda mungkin sudah biasa dengan buah-buahan ini yang luaran dan dalamannya menarik. Menurut kajian, secawan strawberi dihiris mengandungi kira-kira 98 mg pada jumlah yang sama vitamin C oren bersaiz sederhana. Selain itu, raspberi menyediakan sekitar 54%, beri hitam 50% dan beri biru 24% daripada pengambilan harian yang disyorkan vitamin C. Anda boleh makan mentah, membuat jus atau menggunakan buah ini sebagai masker kecantikan untuk manfaat kesihatan.

Brokoli

Akhir sekali, sayur-sayuran cruciferous lazat ini memberikan anda 132 mg vitamin C bagi pengambilan harian. Brokoli juga merupakan sumber serat yang membantu anda mengelakkan sembelit dan mungkin mempunyai ciri-ciri mencegah kanser. Anda boleh menggunakan sumber yang kaya dengan vitamin C di dalam sayur-sayuran brassica: Pucuk Brussels (125%), Green Kembang kol (94%), Kembang kol (86%), Red Cabbage (85%), dan Kubis (60%).
Selain oren dan buah-buahan citrus lain-lain, kini anda boleh mempunyai lebih banyak pilihan sumber vitamin untuk ditambah ke dalam makanan harian anda.




Teh kombucha ini juga mempunyai kandungan bakteria probiotik yang merupakan sejenis bakteria baik yang berperanan meningkatkan pertahanan tubuh. 
Memang ada manfaat, tapi ada juga kesan negatif teh kombucha    


Walaupun ramai yang mengatakan mengenai manfaat dan khasiat kombucha, namun pengambilan minuman ini juga boleh memberikan beberapa kesan negatif kepada tubuh.
Ini termasuklah rasa sakit perut setelah meminumnya, berlakunya jangkitan dan juga alahan pada tubuh. Bakteria yang terdapat dalam teh ini dapat menyebabkan jangkitan pada individu yang mempunyai sistem imun yang rendah. 
Bagi individu yang sihat pula, pengambilan teh ini boleh menyebabkan sakit perut, jangkitan akibat bakteria yang ada dalam teh tersebut, alahan, permukaan kulit yang menjadi kuning, mual, muntah-muntah dan juga sakit kepala.
Terdapat satu laporan yang pernah diterbitkan sebelum ini berkenaan 20 orang yang mendapat penyakit anthrax setelah meminum teh cendawan Mekah ini
Tambahan lagi, pada tahun 1995, Center for Disease Control (CDC) membuat satu pernyataan, teh kombucha adalah penyebab kepada asidosis metabolik yang berlaku kepada kumpulan peminum di Iran.
Asidosis metabolik adalah keadaan darah mempunyai terlalu banyak asid. Ini disebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan asid seperti teh kombucha.
Bagi individu yang mempunyai penyakit tertentu seperti diabetes dan sindrom iritasi usus, pengambilan teh ini perlulah diperhatikan dan dikawal. 
Bagi penghidap diabetes, pengambilan minuman seperti ini boleh mempengaruhi gula darah sehingga boleh menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam tubuh (hipoglisemia). Bagi individu yang sedang mengalami cirit-birit atau mempunyai irritable bowel syndrome, teh ini tidak sesuai untuk diminum memandangkan ia mempunyai kandungan kafein yang cukup tinggi yang boleh memperburukkan lagi gejala yang sedang berlaku
Bagaimana untuk meminum teh kombucha dengan selamat?
                                                                                     
Walaupun terdapat pendapat yang menyatakan mengenai khasiat kombucha pada tubuh, kebersihan dan kualiti teh masih perlu dijaga agar ia tidak memberikan kesan yang buruk kepada diri anda seperti keracunan atau jangkitan daripada bakteria
Pastikan teh cendawan Mekah menjalani proses pempasteuran atau pemanasan terlebih dahulu bagi menyingkirkan bakteria jahat yang terkandung dalam teh tersebut. 
Selain itu, masih banyak kajian ilmiah diperlukan bagi membuktikan khasiat kombucha dan manfaat meminumnya pada tubuh. 
  Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!                                                                           
                                                













Moga Bermanfaat
..............................................................................................   
.........................................................................................................

..............................................................................................................................    
           
                                                                    


No comments: