Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan
Mudaratnya!
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَلسَّلَامُ
عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Sesungguhnya
Aku berniat kerana اَللهِ
Tugasan gerakkerja organ-organ
tubuh badanKu kepada اَللهِ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota
organ tubuhku buat اَللهِ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya
KepadaMu Ya اَللهِ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ
مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ) (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan
Jantungku
(اللَّهُ
أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela
Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ
ِللهِ syukur kepadaMU YA اَللهِ
(لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ
ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan
mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100
X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ
اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ
سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا
اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
100X اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ
سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X لَا حَوْلَ
وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
100X لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ
ٱلظَّالِمِينَ
Doa dan usap
keseluruh tubuh setiap lepas solat
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اَللهِ
( اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ
ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ)
.........................................................................
والله أعلم بالـصـواب
آمِيْنُ
يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
..............................................................................................
Zikrullah acap Kali @@@@ 07 Wallpapers 19072020 1K 🆗️✔.....................................................................................
..............................................................................................................................
Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan
Mudaratnya!
Di seluruh pelosok
dunia, terdapat pelbagai jenis minuman teh
yang wujud sama ada yang berasaskan daun, bunga bahkan sejenis
kulat seperti teh kombucha.
Ada ke orang yang tak suka minum teh pada waktu pagi? Eh, ada
ye? Jadi anda suka minuman apa? Mesti kopi kan? Teh dan kopi merupakan dua
jenis minuman popular di seluruh dunia. Pengambilan teh hitam merangkumi
sebahagian besar populasi global memandangkan ia meliputi 78% daripada
pengeluaran dan pengambilan minuman teh.
Pada September tahun 2019, kajian yang dijalankan oleh
Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah mendapati bahawa mereka yang suka
minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang lebih baik
berbanding dengan mereka yang tidak suka meminumnya. Baca artikel ini untuk
tahu dengan lebih lanjut.
Minuman Teh
Beri Manfaat Kepada Struktur Otak
Kandungan kafein di dalam minuman teh
Apabila disebut sahaja perkataan kafein, mesti anda akan terbayang akan minuman
kopi bukan? Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang
mengandungi kafein seperti teh, coklat, minuman berkarbonat dan minuman tenaga.
Ia merupakan bahan perangsang yang paling kerap dijadikan subjek uji kaji
berikutan kesan fisiologikalnya yang pelbagai.
Pengambilan minuman berkafein perlu dihadkan pada 400 mg sehari.
Perkara ini agak mengelirukan bagi peminum kopi dan teh memandangkan minuman
tersebut mempunyai kandungan kafein yang berlainan.
8 auns bancuhan kopi mengandungi kira-kira 95 mg kafein
berbanding dengan 47 mg kafein di dalam minuman teh hitam. Ini bermakna mereka
yang suka minum teh boleh mengambilnya pada kadar hampir dua kali ganda
daripada jumlah pengambilan minuman kopi harian.
Tidak dinafikan bahawa minuman berkafein dapat memberikan
pelbagai jenis manfaat berkaitan dengan fungsi otak. Kajian yang dijalankan oleh Universiti
Northumbria, Newcastle telah mendapati bahawa mereka yang mengambil minuman
berkafein mempunyai memori, masa tindak balas dan pemprosesan maklumat yang
lebih baik berbanding dengan mereka yang diberikan plasebo.
Namun, perlu diingatkan bahawa mereka yang minum kopi lebih berisiko untuk mendapat
kesan sampingan seperti keresahan, berdebar-debar, susah untuk tidur dan
tekanan darah tinggi. Ini berikutan kandungan kafeinnya yang tinggi memudahkan
seseorang individu itu, terutamanya buat peminum tegar, untuk melebihi had
pengambilan kafein yang ditetapkan dalam sehari.
Minuman teh beri kesan antipenuaan otak
Pada 14 Jun 2019, satu kajian telah diterbitkan di laman Jurnal
Penuaan berkaitan dengan kesan pengambilan teh secara berkala terhadap
fungsi kognitif individu. Kajian tersebut telah
dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dengan kerjasama
Universiti Essex dan Universiti Cambridge, London.
Melalui kajian tersebut, mereka memperolehi dapatan yang sangat
menarik. Individu yang mengambil minuman teh hijau, oolong atau hitam pada
kekerapan 4 kali seminggu untuk tempoh 25 tahun mempunyai perhubungan saraf
otak yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sebarang
minuman teh.
Profesor Madya Feng Lei, peneraju Jabatan Perubatan Psikologi
yang juga merupakan ketua kumpulan kajian tersebut menggunakan analogi jalan
raya sebagai contoh. Bahagian otak boleh dianggap sebagai destinasi dan
perhubungan saraf kepadanya sebagai jalan raya yang menghubungkan destinasi
tersebut.
Apabila sistem jalan raya tersusun dengan rapi, maka
pergerakan kereta akan menjadi lebih lancar dan
efisien. Ini akan membolehkan proses penyampaian maklumat dilakukan dengan
lebih berkesan berikutan penstrukturan tersebut.
Dapatan kajian ini menyokong kajian Feng yang dijalankan pada
tahun 2017 yang menunjukkan penurunan pada kadar risiko gangguan kognitif
disebabkan oleh proses penuaan. Mereka yang mengambil minuman teh
secara berkala boleh mengalami penurunan risiko setinggi 50 peratus.
Perkara ini menggalakkan kajian lanjut dan kini, penemuan
berkaitan pengstrukturan otak kesan daripada pengambilan minuman tersebut dapat
memberikan perspektif terhadap langkah yang boleh diambil semasa muda bagi
memastikan tahap kesihatan di waktu tua pada kadar yang optimum.
Kesan ambil teh secara berlebihan
Sudah berkurun lamanya minuman teh digunakan dalam rawatan
tradisional bagi merawat penyakit tertentu. Kompaun yang terkandung di dalamnya
berpotensi untuk merendahkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung,
kanser dan obesiti. Namun, pengambilannya melebihi 4 cawan sehari boleh
memberikan kesan buruk terhadap kesihatan individu secara menyeluruh.
Bukan minum kopi secara berlebihan sahaja boleh mendatangkan
kemudaratan. Minuman teh, jika diambil secara berlebihan juga boleh menyebabkan
kesan negatif terhadap proses fisiologi badan. Berikut merupakan antara kesan
sampingan yang boleh dialami oleh mereka yang ‘terlebih’ ambil minuman
tersebut.
Kurang zat besi dalam darah
Terdapat kompaun di dalam minuman teh yang boleh menyebabkan
masalah kurang zat besi diserap masuk ke dalam
aliran darah. Kompaun tersebut digelar sebagai tannin. Ia berupaya
untuk bergabung dengan zat besi bagi menghalang penyerapannya melalui sistem
penghadaman manusia.
Masalah kekurangan zat besi merupakan keadaan kesihatan yang
lazim dialami oleh kebanyakan individu di seluruh dunia. Kajian yang dijalankan
oleh Universiti Kansas pada tahun 2017 telah menunjukkan bahawa sumber zat besi
juga memainkan peranan penting dalam menentukan kadar pengurangan nutrisi mikro
zat besi jika diambil bersama dengan minuman tersebut.
Menurut kajian tersebut, tannin lebih cenderung
untuk menghalang penyerapan zat besi daripada sumber sayur-sayuran berbanding
dengan daging haiwan. Oleh sebab itulah, bagi mereka yang tidak mengambil daging di dalam diet, anda perlu
mengambil berat berkenaan dengan jumlah minuman teh yang anda ambil.
Pengambilan minuman teh pada kadar 3 cawan atau kurang, dalam
masa sehari kebiasaannya dianggap selamat buat kebanyakan individu.
Masalah sukar untuk tidur
Kafein adalah antara bahan yang terkandung di dalam minuman teh.
Pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan masalah sukar untuk tidur dan bakal mengganggu
kestabilan kitaran tidur jaga anda.
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman
berkafein boleh menyekat rembesan molekul melatonin. Melatonin merupakan hormon
penting yang mengawal atur kitaran tidur jaga. Ia kebiasaannya dirembeskan
apabila tiada sumber cahaya (gelap) pada persekitaran individu.
Pengurangan pada rembesan melatonin boleh menyebabkan masalah
sukar untuk tidur. Ia seterusnya berpotensi untuk menyebabkan komplikasi
seperti kelesuan, gangguan memori dan mudah hilang tumpuan. Apa yang lebih
teruk lagi adalah masalah kekurangan tidur kebiasaannya dikaitkan dengan
masalah kronik yang lain seperti obesiti dan kencing manis.
Jika anda menghadapi masalah ini, seeloknya dikurangkan
kekerapan pengambilan minuman tersebut terutamanya jika ia dekat dengan waktu
anda tidur.
Komplikasi kehamilan
Pengambilan minuman teh secara berlebihan semasa hamil boleh
menyebabkan kesan negatif terhadap ibu dan janin. The American College of
Obstetricians and Gynecologist (ACOG) menyarankan pengambilan minuman berkafein
tidak melebihi 200 mg sehari (2 cawan kopi). Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit
(CDC) pula menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 300 mg sehari (3
cawan).
Ya, ada sesetengah minuman mempunyai kandungan kafein yang
tinggi. Sebagai contoh, minuman kopi asli kebiasaannya mengandungi kafein 2
kali ganda lebih banyak daripada minuman tersebut. Secara ringkasnya, jangan
ambil minuman teh melebihi 3 cawan sehari, tidak kiralah sedikit mana kafein
yang terkandung dalam jumlah tersebut.
Konklusi
Minuman teh, jika diambil secara berkala pada kuantiti yang
disarankan, boleh memberikan faedah fisiologikal yang dapat meningkatkan
kualiti hidup. Ia juga mengandungi kafein seperti minuman kopi namun jumlahnya
tidak sebanyak minuman tersebut. Jika anda menginginkan minuman berkafein namun
tidak mahu mencuba kopi, minumlah teh. .....
Pernahkah anda dengar
mengenai khasiat kombucha sebelum ini? Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai
teh cendawan Mekah.
Ingin tahu dengan lebih
lanjut berkenaan teh kombucha ini? Sila baca artikel di bawah ini.
Apakah yang
dimaksudkan dengan teh kombucha?
Teh kombucha adalah
minuman hasil penapaian larutan teh dengan gula yang kemudiannya ditambahkan
lagi dengan kehadiran beberapa jenis mikrob iaitu bakteria Acetobacter
xylinum dan ragi, Saccharomyces cerevisiae, Zygosaccharomyces
bailii, dan Candida sp.
Hasil daripada proses
penapaian tersebut, teh yang dihasilkan ini mengandungi beberapa zat seperti
asid asetat, folat, asid amino penting, vitamin B, vitamin C dan juga alkohol.
Artikel berkaitan:
Ramai juga yang menyebut
teh kombucha ini sebagai teh cendawan kerana kulat atau cendawan di dalamnya
dibiarkan tumbuh terlebih dahulu dalam proses penghasilannya.
Waktu yang diperlukan bagi
menapai teh ini adalah sekitar 8 hingga 12 hari pada suhu antara 18 hingga 2
darjah Celcius. Jika suhu persekitaran semakin tinggi, maka proses penapaian
akan menjadi lebih pantas.
Tempoh penapaian akan
mempengaruhi kualiti, kandungan dan rasa teh yang dihasilkan.
Setiap 400 ml teh kombucha
pula mengandungi jumlah tenaga sebanyak 60 kalori.
Khasiat
kombucha yang anda pasti ingin tahu
Ada pelbagai pendapat
menyatakan teh cendawan Mekah ini mempunyai pelbagai manfaat.
Antara khasiat kombucha –
untuk kebaikan pencernaan tubuh, merendahkan risiko aterosklerosis selain membantu mengeluarkan racun
daripada tubuh.
Bantuan
Awal Untuk Keracunan
Keracunan adalah kecederaan atau kematian akibat menelan,
menghidu, menyentuh atau penyuntik pelbagai ubat, bahan kimia, racun atau
gas. Sesetengah bahan seperti dadah dan karbon monoksida hanya berbahaya
dalam kepekatan atau dos yang lebih tinggi. Dan yang lain seperti pembersih
hanya beracun jika tertelan. Kanak-kanak sangat sensitif kepada sejumlah kecil
ubat dan bahan kimia tertentu.
Bagaimana merawat keracunan?
Seseorang yang mungkin keracunan berdasarkan:
· Tanda-tandanya
· Umur
· Sama ada anda tahu jenis dan jumlah bahan yang menyebabkan
keracunan
Jika anda mengambil berat tentang keracunan berpotensi, hubungi
pusat kawalan racun. Pusat kawalan racun adalah sumber terbaik untuk maklumat
keracunan dan, dalam banyak keadaan, boleh mengesyorkan pemerhatian di rumah
yang diperlukan.
Apabila disyaki keracunan
Simptom
keracunan makanan boleh keadaan lain, seperti kejang, mabuk alkohol, strok, dan
tindak balas insulin. Tanda dan simptom keracunan boleh terdiri daripada:
· Terbakar atau kemerahan di sekitar
mulut dan bibir
· Nafas berbau seperti bahan kimia, petrol
atau cat nipis
· Muntah
· Masalah pernafasan
· Mengantuk
· Kekeliruan atau keadaan mental yang berubah
Jika anda ragu mengenai keracunan,
berhati-hati dengan petunjuk seperti botol atau bekas pil kosong, pil
terselerak, dan luka bakar, kotoran, dan bau pada orang atau objek berdekatan.
Bagi kanak-kanak, periksa kemungkinan bahawa dia mungkin telah mengambil ubat atau
memakan bateri butang.
Bila perlu mendapatkan pertolongan
Hubungi nombor kecemasan setempat dengan segera jika seseorang:
· Mengantuk atau tidak sedarkan diri
· Mempunyai masalah atau berhenti bernafas
· Keterujaan atau kegelisahan yang tidak terkawal
· Mengalami sawan
· Diketahui mengambil ubat-ubatan, atau apa-apa bahan lain dengan
berlebihan dos secara sengaja atau secara tidak sengaja
Hubungi bantuan atau pusat kawalan racun anda dalam kes berikut:
· Tidak stabil dan tidak mempunyai tanda-tanda
· Dipindahkan ke jabatan kecemasan setempat
Bersedia
untuk menerangkan simptom, umur, berat badan, ubat lain yang diambilnya, dan
apa-apa maklumat yang anda ada mengenai racun itu. Cuba tentukan jumlah yang
dicerna dan berapa lama tempoh seseorang terdedah kepada bahayanya. Jika boleh,
dapatkan botol ubat atau bekas suspek lain supaya anda boleh merujuk kepada
labelnya apabila bercakap dengan pusat kawalan racun.
Apa yang perlu dilakukan semasa menunggu
bantuan
Lakukan perkara berikut sehingga bantuan tiba:
· Racun yang ditelan: Buangkan
apa-apa yang masih ada dalam mulut. Jika racun disyaki adalah pembersih rumah
atau bahan kimia lain, baca label pada bekasnya dan ikuti panduan keracunan
yang tidak disengajakan.
· Racun pada kulit: Tanggalkan
pakaian yang tercemar menggunakan sarung tangan. Basuh kulit selama 15 hingga
20 minit.
· Racun pada mata: Basuh mata
dengan merendamkannya di dalam air sejuk atau suan selama 20 minit atau
sehinggan bantuan tiba.
· Racun yang dihidu: Bawa
seseorang ke udara segar secepat mungkin. Jika dia muntah, palingkan kepalanya
ke sisi supaya tidak tercekik. Mulakan CPR jika tidak menunjukkan tanda-tanda
hidup seperti bergerak, bernafas atau batuk.
Hubungi talian kecemasan untuk panduan bantuan tambahan.
Sebahagian besar khasiat
kombucha yang dinyatakan ini adalah hasil daripada kajian yang telah dilakukan
kepada haiwan.
Hasil kajian tersebut
turut memperlihatkan teh ini mempunyai pelbagai khasiat lain
seperti antioksidan,
Manfaat
Antioksidan
Apakah itu antioksidan?
Antioksidan terkenal dengan keupayaannya melawan radikal bebas.
Radikal bebas ialah atom atau molekul dengan sekurang-kurangnya satu elektron
tidak berpasangan, menjadikannya sangat reaktif. Semasa proses yang dipanggil
pengoksidaan, radikal bebas cuba untuk mencuri elektron daripada molekul lain,
sama ada lemak, protein atau membran sel. Pengoksidaan menyebabkan kerosakan
sel, yang menyumbang kepada penuaan dan penyakit degeneratif. Antioksidan boleh
didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh mendapatkannya
daripada makanan tambahan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik mendapatkan
antioksidan daripada makanan.
Antioksidan yang berbeza bagi
bahagian-bahagian badan yang berbeza
Tidak semua antioksidan berfungsi dengan cara yang sama.
Beta-karotena dan karotenoid yang lain menyokong kesihatan mata manakala
lycopene membantu mencegah penyakit prostat. Jika anda inginkan jantung yang
sihat, dapatkan lebih banyak flavonoid. Masalah dengan saluran kencing? Proanthocyanidins boleh
membantu.
Antioksidan untuk kulit yang sihat
Pendedahan kepada tahap cahaya UV yang tinggi membawa kepada
kerosakan foto-oksidatif. Ini bukan sahaja menyebabkan selaran matahari tetapi juga menyumbang
kepada penuaan kulit pra-matang dan kanser kulit. Kajian menunjukkan
astaxanthin dan gabungan beta-karotena dan vitamin E bermanfaat untuk kesihatan
kulit.
Antioksidan untuk sistem imun yang lebih
kuat
Radikal bebas memberi kesan kepada sistem imun anda. Kajian
menunjukkan bahawa astaxanthin dan spirulina boleh meningkatkan sistem imun,
mencegah mutasi dalam membran sel dan DNA . Astaxanthin jauh lebih berkuasa
berbanding karotenoid dan alpha-tokoferol (vitamin E) dalam aspek ini.
Bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak
antioksidan?
Cara yang paling berkesan untuk meningkatkan pengambilan
antioksidan adalah dengan menambah lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam
diet anda. 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko
masalah jantung, penyakit saraf, kanser, dan masalah imuniti.
Adakah makanan tambahan (suplemen)
antioksidan selamat?
Jika anda tidak boleh mendapatkan antioksidan yang mencukupi,
anda boleh mendapatkannya daripada makanan tambahan. Walaupun mungkin tidak
sebaik seperti makanan antioksidan, adalah lebih baik daripada tiada. Terdapat
beberapa peringatan yang perlu anda ketahui sebelum mengambil makanan tamabahan
antioksidan:
· Makanan tambahan antioksidan mempunyai kesan sampingan, potensi
tindak balas alahan, dan tindak balas dengan ubat-ubatan lain. Jadi, sentiasa
rujuk dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang makanan tambahan.
· Pengeluar makanan tambahan antioksidan tidak dikehendaki
mengikut piawai tertentu. Jadi, kualiti dan kesan sampingan mungkin berbeza
daripada jenama ke jenama. Badan pentadbiran ubat tidak menetapkan peraturan
makanan tambahan yang sama seperti ubat. Jadi, pengeluar hanya boleh membuat
makanan tambahan dan menjualnya tanpa penyelidikan.
· Banyak makanan tambahan tidak diuji untuk kesan jangka panjang.
Selain itu, pengambilan dos makanan tambahan antioksidan yang tinggi mungkin
berbahaya.
antibakteria,
memperbaiki mikroflora usus dan juga meningkatkan ketahanan tubuh serta menurunkan tekanan darah.
Orang Muda
Yang Ada Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Cara Menurunkan Risiko Hipertensi!
Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi ini terkenal
sebagai antara penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi
membahayakan.
Untuk pengetahuan anda, kira-kira 37% daripada populasi penduduk
Malaysia menghidapi penyakit berbahaya yang boleh membawa maut ini.
Apa yang lebih menakutkan, ia boleh jadi punca kepada kegagalan
atau kerosakan organ seperti jantung, otak dan ginjal untuk berfungsi secara
baik, lantas mengakibatkan risiko
serangan jantung atau strok.
Jadi, kita perlu tahu cara menurunkan darah tinggi di usia muda
sekarang juga!
Apa punca tekanan darah tinggi?
Secara umumnya, penyakit hipertensi tidak mempunyai
penyebab yang khusus.
Tekanan darah boleh meningkat dalam beberapa keadaan tertentu
seperti kepenatan, kesakitan, kegelisahan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
Walau bagaimanapun, individu tidak akan dianggap menghidapi
hipertensi jika tekanan darahnya mampu kembali ke tahap yang normal.
Jadi, untuk mengetahui jika anda sendiri menghidapi penyakit
ini, sila dapatkan diagnosis daripada doktor dalam jangka masa
sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sekali.
Pun begitu, ada beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan
penyakit tekanan darah tinggi termasuklah:
· Sejarah ahli keluarga
· Jantina (lelaki lebih berisiko berbanding wanita)
· Umur (lebih tua, lebih berisiko)
· Stres
· Obesiti
· Diabetes
· Tahap kolesterol dalam badan tinggi
· Merokok
· Pemakanan
· Pengambilan alkohol secara berlebihan
· Pengambilan garam & lemak secara berlebihan
· Pola tidur tidak teratur
Apa komplikasi tekanan darah tinggi?Secara
umumnya, hipertensi boleh mengakibatkan tekanan atau bebanan kepada organ dalam
badan sekali gus merosakkannya.
Ia seterusnya akan menyebabkan beberapa kondisi kesihatan
seperti:
· Penyakit jantung seperti
penyakit jantung koronari, kegagalan jantung kongestif, hipertropi ventrikular
kiri
· Komplikasi pada mata
· Komplikasi pada buah pinggang
· Aneurisma
Dalam erti kata yang lebih mudah, penyakit tekanan darah tinggi
ini memang berbahaya jika tidak dikesan dan dikawal dengan kadar segera.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini
daripada menjadi lebih teruk.
Cara menurunkan darah tinggi di usia muda!
Berikut merupakan beberapa cara menurunkan darah tinggi di usia
muda:
#1. Elakkan stres berlebihan
Ya, dengan tekanan hidup zaman sekarang yang semakin tinggi dan
kuat dalam kehidupan seorang anak muda, agak sukar untuk merealisasikan hasrat
ini.
Pun begitu, anda perlu tahu bahawa stres adalah antara punca
utama hipertensi berlaku.
Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya untuk
menjauhkan diri dari sebarang tekanan serta dapatkan rehat dan
tidur yang mencukupi untuk meminimumkan risiko anda menghidapi penyakit tekanan
darah tinggi.
#2. Kawal berat badan
Umum mengetahui bahawa obesiti juga adalah faktor risiko
penyakit tekanan darah tinggi berlaku.
Jadi, cara menurunkan darah tinggi di usia muda adalah jaga
berat badan anda.
Maksudnya di sini adalah anda perlu sentiasa memiliki berat
badan yang ideal – seimbang BMI.
Untuk mengetahui berapakah berat badan yang anda perlu dapatkan,
sila klik pautan berikut: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-bmi/
#3. Amalkan
pemakanan yang sihat dan seimbang
Bersesuaian dengan niat anda untuk mengawal berat badan, anda
perlu menjaga pemakanan anda.
Banyakkan makan buah-buahan dan
sayur-sayuran serta kurangkan makan makanan yang bergoreng,
bergaram dan berlemak tinggi serta yang mengandungi bahan pengawet.
Dalam pada itu, anda juga perlu hadkan atau berhenti terus dari
mengambil alkohol. Seperti mana yang anda sudah tahu, ia adalah antara faktor
risiko hipertensi.
#4. Lakukan
banyak aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal di sini bermaksud anda perlu bersenam atau
bersukan sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari sebagai usaha atau cara
menurunkan darah tinggi di usia muda.
Menurut kajian yang dijalankan oleh American College of Sports
Medicine (ACSM), aktiviti fizikal secara sederhana seperti berjalan, berjoging
atau melakukan kerja-kerja rumah sahaja sudah mampu untuk menurunkan tekanan
darah anda.
Dalam pada itu, anda juga boleh membuat latihan kardiovaskular
seperti berlari atau berenang sebagai rutin harian anda untuk melancarkan
perjalanan darah dan meningkatkan kapasiti paru-paru serta menambah baik
kesihatan jantung.
#5.
Berhenti merokok
Tahukah anda bahawa nikotin dan pelbagai lagi racun berbahaya
yang terdapat dalam rokok tembakau dan rokok elektronik
boleh jadi punca saluran darah anda menjadi sempit?
Ini sekali gus akan mengakibatkan tekanan darah anda meningkat.
Ini bukan sahaja boleh berlaku kepada perokok tegar sahaja ya! Perokok pasif
juga turut ada risikonya.
Jadi, sentiasa amalkan 5 cara menurunkan darah tinggi ini untuk
meminimakan risiko hipertensi dalam usaha mengejar kehidupan yang lebih sihat!Beberapa kumpulan yang
meminum teh cendawan Mekah secara kerap mengakui minuman ini mempunyai beberapa
kesan baik terhadap kesihatan tubuh.
Antara khasiat yang
diperkatakan adalah dapat meningkatkan sistem
pertahanan tubuh, mencegah kanser selain meningkatkan fungsi sistem
pencernaan dan juga hati.
Manfaat
Probiotik Terhadap Kanak-kanak
Kesihatan usus dan sistem imun anak anda perlu dititikberatkan
dan diberi perhatian seawal usia mereka lagi. Ini adalah penting untuk
memastikan mereka kekal cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain. Antara usaha
yang boleh dilakukan ibu bapa adalah memastikan anak anda dibekalkan dengan
probiotik yang secukupnya.
Apakah itu probiotik dan bagaimanakah ia
berfungsi?
Terdapat dua jenis bakteria di dalam dunia ini iaitu bakteria
“baik” dan bakteria “tidak baik”. Probiotik merupakan bakteria “baik” yang
berfungsi menyeimbangkan jumlah bakteria yang terdapat dalam sistem penghadaman
kanak-kanak. Sistem penghadaman kanak-kanak mempunyai banyak bakteria di dalamnya
yang sangat penting dalam penjagaan usus mereka.
Probiotik dapat membantu anak anda mengekalkan keseimbangan di
antara bakteria berfaedah dengan bakteria berbahaya demi menjamin kesihatan
saluran penghadaman. Saluran penghadaman yang sihat dapat membantu meningkatkan
penghasilan antibodi utama seperti IgA dalam badan anak anda.
Apakah manfaat probiotik?
Umum mengetahui bahawa probiotik mempunyai peranan yang sangat
besar dalam memastikan keseimbangan bakteria dalam sistem penghadaman bagi
memastikan ia kekal sihat. Probiotik amat membantu dalam merawat
penyakit-penyakit seperti berikut:
· Cirit-birit yang disebabkan oleh antibiotik
· Infeksi pada perut yang disebabkan oleh virus, bakteria atau
parasit
· Irritable bowel syndrome
· Inflammatory bowel disease (IBD)
atau keradangan pada usus
Probiotik bukan sahaja memainkan peranan dalam membantu dalam
merawat penyakit-penyakit berkaitan sistem penghadaman malahan mempunyai
pengaruh untuk membantu dalam merawat penyakit pada bahagian tubuh badan yang
lain seperti:
· Penyakit gigi dan mulut
· Penyakit kulit seperti ekzema
· Infeksi telinga
Namun begitu, anda perlu tahu bahawa pengambilan probiotik
bukanlah rawatan utama dalam merawat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan.
Ini hanyalah sekadar panduan dan langkah pencegahan pertama. Oleh itu,
berhubunglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan yang lebih
terjamin keberkesanannya.
Apakah sumber utama probiotik?
Probiotik sangat diperlukan oleh anak anda dalam menjamin
kesihatan usus dan sistem penghadaman mereka. Probiotik boleh ditemui dalam
sumber-sumber yang berbentuk makanan dan minuman seperti berikut:
· Yogurt
· Kefir
· Buttermilk
· Sauerkraut
· Keju
· Tempe
· Jeruk
Anda juga boleh memastikan anak anda mendapatkan probiotik yang
mencukupi dengan memberikan mereka suplemen yang berbentuk kapsul, tablet,
serbuk atau cecair. Suplemen ini boleh ditemui di farmasi atau mana-mana pusat
kesihatan yang telah disahkan. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk
mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan anak anda
suplemen-suplemen ini untuk memastikan suplemen tersebut asli dan selamat untuk
diberikan kepada anak anda.Untuk memperolehi badan yang cergas dan cerdas,
memerlukan pengambilan diet pemakanan seimbang yang penuh nutrien dan
bermanfaat. Namun, tanpa kita sedari, mungkin kerana kesibukan kerja dan
tugasan harian, badan kita mungkin tidak mendapat nutrien dan vitamin yang
secukupnya. Jadi, artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui tanda-tanda
anda kekurangan vitamin.
Tanda Anda
Kekurangan Vitamin
Untuk memperolehi badan yang
cergas dan cerdas, memerlukan pengambilan diet pemakanan seimbang yang penuh
nutrien dan bermanfaat. Namun, tanpa kita sedari, mungkin kerana kesibukan
kerja dan tugasan harian, badan kita mungkin tidak mendapat nutrien dan vitamin
yang secukupnya. Jadi, artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui
tanda-tanda anda kekurangan vitamin.
Tanda anda kekurangan vitamin
1. Rapuh
Banyak faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya rambut dan
kuku yang rapuh. Salah satunya kerana kekurangan vitamin B7, atau turut dikenali
sebagai biotin – membantu badan menukar makanan kepada tenaga. Ia jarang
berlaku, tetapi apabila ia berlaku, akan menyebabkan rambut dan kuku menjadi
rapuh, menipis, pecah – antara simptom paling ketara.
2. Terbakar
Apabila anda kerap merasa terbakar pada bahagian kaki atau
lidah, ini merupakan simptom kekurangan vitamin B12 – berperanan untuk
menghasilkan hemoglobin, sebahagian daripada sel darah merah yang membantu sel
badan untuk menerima oksigen dan anda mungkin mempunyai masalah berkaitan keseimbangan,
pencernaan dan kulit kering.
3. Luka
Luka yang lambat untuk sembuh, mudah mengalami lebam adalah
antara tanda anda perlu mempertingkatkan pengambilan vitamin C – yang mempunyai
pelbagai manfaat, antaranya berfungsi sebagai anti-radang dan anti-oksidan yang
mengurang dan mengehadkan kerosakan pada sel. Kekurangan vitamin C boleh
mengakibatkan pendarahan pada gusi, walaupun ia kemungkinan disebabkan oleh
teknik memberus gigi yang kasar dan salah.
4. Ulser mulut atau
tepi mulut pecah
Luka pada bahagian dalam dan sekitar mulut boleh dikaitkan
dengan pengambilan vitamin dan mineral yang tidak mencukupi. Ulser mulut boleh
berlaku apabila badan kekurangan vitamin B atau zat besi. Bahagian sekitar atau
tepi mulut yang pecah atau berdarah boleh disebabkan air liur berlebihan atau
dehidrasi. Tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh pengambilan vitamin B yang
tidak mencukupi.
5. Gangguan
penglihatan
Kekurangan nutrien boleh menyebabkan masalah gangguan
penglihatan. Sebagai contoh, kekurangan pengambilan vitamin A kebiasaannya
dikaitkan dengan masalah penglihatan pada waktu malam – mengurangkan keupayaan
individu untuk melihat pada persekitaran kurang pencahayaan atau gelap. Vitamin
A diperlukan untuk menghasilkan rhodopsin – pigmen yang
terdapat pada retina mata yang membantu anda melihat pada waktu malam. Jika
masalah ini tidak dirawat, masalah ini cenderung menyebabkan risiko xerophthalmia –
keadaan yang boleh merosakkan kornea dan boleh mengakibatkan kebutaan.
6. Kelemumur, kulit
berkerak
Seborrheic dermatitis (SB) dan
kelemumur adalah sebahagian daripada kumpulan yang sama dengan masalah gangguan
kulit yang mempengaruhi penghasilan minyak pada badan anda. Kedua-dua masalah
ini akan mengakibatkan kegatalan, kulit mengelupas. Kelemumur adalah terhad berlaku
pada kulit kepala, tetapi SB boleh berlaku pada bahagian muka, atas dada,
ketiak dan pangkal paha. Antara faktor yang menyebabkan munculnya masalah ini
adalah kerana kekurangan vitamin B3, B2 dan B6.
7. Keletihan
Mengalami keletihan yang berpanjangan, walaupun mendapat tidur
yang mencukupi adalah merupakan tanda anda kekurangan vitamin – vitamin
B12. Keadaan ini cenderung membawa kepada masalah pernicious anemia,
yang turut menyebabkan simptom seperti keletihan, kekeliruan, kurang selera,
kulit pucat, cirit birit atau sembelit, kebas pada jari tangan dan jari kaki,
serta lidah bengkak dan kemerahan.
8. Sakit otot,
tulang, sendi
Kekurangan vitamin D mungkin boleh menyebabkan kesakitan pada
tulang, otot dan sendi. Kekurangan vitamin D ini juga boleh menyebabkan
kesakitan pada bahagian leher, sakit belakang dan kesakitan pada badan secara
umumnya.
9. Kadar denyutan
jantung
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan kadar denyutan jantung
menjadi cepat dan pantas. Jantung mungkin akan berdenyut laju disebabkan
kekurangan jumlah sel darah merah dalam badan.Vitamin C merupakan nutrien yang
penting untuk dimakan secara teratur bagi mencegah kekurangannya. Walaupun isu
atau masalah kekurangan vitamin C jarang berlaku terutamanya di negara-negara
maju, tetapi ia tidak mustahil untuk terjadi. Ikuti artikel ini dengan lebih
lanjut untuk mengetahui tanda-tanda kekurangan vitamin C.
Antara faktor yang menyebabkan seseorang individu itu berisiko
mengalami keadaan ini adalah kerana mengamalkan pengambilan diet pemakanan yang
tidak baik, pengambilan alkohol berlebihan, alami anoreksia, menghadapi masalah
penyakit mental yang teruk, merokok
Kekurangan vitamin C ini boleh membawa kepada beberapa masalah
kesihatan seperti anemia, keletihan, kelesuan, pendarahan secara tiba-tiba,
sakit pada anggota badan terutama pada bahagian kaki, bengkak di beberapa
bahagian badan, risiko kehilangan gigi serta ulser gusi.
Tanda-tanda
Kekurangan Vitamin C
Vitamin C merupakan nutrien yang penting untuk dimakan secara
teratur bagi mencegah kekurangannya. Walaupun isu atau masalah kekurangan
vitamin C jarang berlaku terutamanya di negara-negara maju, tetapi ia tidak
mustahil untuk terjadi. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui
tanda-tanda kekurangan vitamin C.
Antara faktor yang menyebabkan seseorang individu itu berisiko
mengalami keadaan ini adalah kerana mengamalkan pengambilan diet pemakanan yang
tidak baik, pengambilan alkohol berlebihan, alami anoreksia, menghadapi masalah
penyakit mental yang teruk, merokok
Kekurangan vitamin C ini boleh membawa kepada beberapa masalah
kesihatan seperti anemia, keletihan, kelesuan, pendarahan secara tiba-tiba,
sakit pada anggota badan terutama pada bahagian kaki, bengkak di beberapa
bahagian badan, risiko kehilangan gigi serta ulser gusi.
Tanda-tanda kekurangan vitamin C
1. Luka lambat
sembuh
Apabila mengalami luka, tahap vitamin C dalam darah dan tisu
akan menurun. Badan anda memerlukannya untuk menghasilkan kolagen – protein
yang memainkan peranan dalam setiap tahap memperbaiki kulit. Vitamin C membantu
neutrofil – sejenis sel darah putih yang melawan jangkitan, untuk berfungsi
dengan baik. Malah, luka yang lama juga berisiko untuk terbuka kembali yang
menyebabkan potensi jangkitan.
2. Pendarahan,
lebam
Berisiko mengalami pendarahan gusi, hidung dan lebam, kerana
vitamin C membantu menjaga saluran darah anda untuk kekal sihat dan membantu
proses pembekuan darah. Kolagen juga penting untuk menjaga gusi dan gigi agar
sentiasa sihat. Dalam satu kajian terhadap i individu yang berpenyakit gusi dan
mengamalkan memakan limau gedang (grapefruit) selama 2 minggu mendapati gusi
mereka tidak berdarah terlalu banyak.
Individu yang mudah lebam merupakan tanda biasa kekurangan
vitamin C kerana pengeluaran kolagen yang lemah menyebabkan saluran darah
menjadi lemah. Ia boleh meliputi bahagian besar pada badan atau muncul sebagai
titik-titik kecil berwarna ungu di bawah kulit.
3. Pertambahan
berat
Kajian awal mendapati terdapat hubung kait antara kerendahan
tahap vitamin c dan jumlah lemak badan yang tinggi, terutama pada bahagian
lemak perut. Vitamin ini berfungsi untuk membakar lemak sebagai tenaga.
4. Kulit berkedut,
kering
Individu yang mengamalkan pemakanan sihat yang kaya kandungan
vitamin C cenderung untuk memiliki kulit yang lembut dan licin. Ini
berkemungkinan kerana vitamin bersifat antioksidan, ia membantu melindungi
kulit dari radikal bebas – yang merosakkan minyak, protein dan DNA.
5. Keletihan,
gangguan emosi
Dalam satu kajian kecil yang dilakukan, 6 dari 7 individu lelaki
yang mempunyai tahap vitamin C yang rendah mengakui bahawa mereka mudah berasa
letih dan cepat marah. Ia menunjukkan kaitan, walaupun mungkin terdapat faktor
penyebab lain yang membuatkan wujudnya rasa letih itu.
6. Imun lemah
Vitamin C mempunyai peranan dalam hal berkaitan dengan sistem
imun, jadi kekurangannya boleh menyebabkan anda cenderung untuk sakit. Terdapat
bukti yang mengatakan vitamin C dapat melindungi diri dari penyakit seperti
radang paru-paru dan pundi kencing. Malahan, ia mungkin dapat mengurangkan
risiko penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
7. Masalah
penglihatan
Antara tanda-tanda kekurangan vitamin C adalah masalah
penglihatan. Jika anda mengalami masalah degenerasi makular berdasarkan usia (AMD),
ia mungkin berisiko menjadi lebih kronik tanpa vitamin dan antioksidan lain
serta mineral tertentu.
8. Scurvy
Sebelum tahun 1700-an, ia merupakan 1 penyakit berpotensi membawa
maut yang merupakan masalah utama bagi pelayar. Walaupun ia jarang berlaku pada
masa kini, tetapi jika anda mendapat hanya 10mg/hari vitamin C atau kurang,
anda berdepan dengan risiko ini. Individu yang mengalami scurvy berdepan
masalah gigi longgar, kuku retak, sakit sendi, tulang rapuh dan bulu badan yang
berpintal.
9. Kulit kasar
Vitamin C memainkan peranan dalam pengeluaran kolagen – protein
yang terdapat dengan banyak dalam tisu penghubung seperti kulit, rambut, sendi,
tulang dan saluran darah. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan risiko
wujudnya keadaan kulit yang dikenali sebagai keratosis pilaris.
10. Anemia
Kekurangan zat besi dan vitamin C biasanya berlaku serentak.
Simptom kekurangan zat besi adalah seperti pucat, kelesuan, kesukaran bernafas
ketika bersenam, kulit dan rambut kering serta sakit kepala. Kekurangan vitamin
C mungkin menyumbang kepada masalah anemia kekurangan zat besi dengan
mengurangkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dan
menjejaskan metabolisme zat besi. Kekurangan vitamin ini juga berisiko menjadi
penyebab kepada pendarahan berlebihan yang turut menyumbang kepada masalah
anemia.
Konklusinya, kita perlu mengetahui tanda-tanda kekurangan
vitamin C bagi memastikan diri kita sentiasa cukup dengan nutrien dan
khasiatnya.
5 Makanan
Lebih Vitamin C Berbanding Oren
Ketika
kita masih kecil, ibu bapa mesti memberitahu kita kepentingan minum buah-buahan
dan jus sayur-sayuran kerana mengandungi vitamin C. kebanyakan orang lebih suka
minum secawan jus lemon atau oren untuk meredakan selsema. Setiap hari
pengambilan vitamin C yang disyorkan adalah sekitar 75 mg dan keperluan ini
dapat dipenuhi oleh sumber-sumber makanan semula jadi. Sebagai contoh, satu pek
oren (kira-kira 98 miligram) dapat dimuatkan dengan vitamin C. Tetapi terdapat
lima buah-buahan dan sayur-sayuran lain yang boleh memberi anda lebih banyak
vitamin C berbanding oren yang sederhana.
Lada benggala
Bukan sahaja ditambah pada hidangan lazat setiap hari dengan
warna yang menarik mereka (dengan tiga warna yang paling biasa: merah, kuning,
dan hijau), rasa rangup dan rasa luar biasa, lada benggala terkenal menjadi
sayuran rendah karbohidrat yang ketara. Secawan lada benggala merah mengandungi
kira-kira 190 mg, yang mana tiga kali lebih tinggi daripada jumlah yang oren.
Jumlah yang sama lada benggala kuning menyediakan 155 mg vitamin C untuk badan
anda. Secawan lada benggala hijau yang dicincang mempunyai kurang vitamin C
daripada kedua-dua yang lain. Tetapi ia masih menyediakan 120 mg vitamin C
iaitu 30% lebih tinggi daripada secawan jus oren. lada benggala juga adalah
sumber yang kaya dengan vitamin A dan serat, yang boleh memberi manfaat kepada
kesihatan kita dan mencegah beberapa penyakit biasa.
Betik
Lazat dan manis, sepotong besar buah tropikal ini boleh
menyediakan anda 238 mg vitamin C, tidak kira anda makan mentah atau mengisar
untuk membuat ‘smoothie’. Betik juga sangat kaya dengan serat dan vitamin A.
Makan sepotong betik setiap hari boleh membuatkan kulit anda berseri,
membersihkan sinus anda, membuatkan rambut lebih kuat, menguatkan tulang dan
membantu sistem pencernaan anda lebih bahagia.
Sayur-sayuran berdaun hijau (seperti Kale)
Secawan hidangan kale atau kubis daun adalah salad lazat yang
mengandungi lebih daripada 80.4 mg daripada vitamin C. Sayuran pemakanan ini juga kaya dengan
asid lemak, mineral dan menambah tujuh kali ganda jumlah vitamin K yang
disyorkan dan dua kali ganda pengambilan vitamin A yang disarankan setiap
hari. Setiap hidangan dua cawan mempunyai 150 miligram antioksidan. Salad
kale juga boleh memberikan anda hampir 700 mg kalium dan lebih kurang 7 gram
serat. Anda boleh mencari sumber yang lebih besar daripada vitamin C dalam lain
sayur-sayuran berdaun hijau seperti sayur-sayuran lobak (55%), Chard swiss
(18%), dan bayam (14%) bagi setiap cawan dicincang.
Beri
Anda mungkin sudah biasa dengan buah-buahan ini yang luaran dan
dalamannya menarik. Menurut kajian, secawan strawberi dihiris mengandungi
kira-kira 98 mg pada jumlah yang sama vitamin C oren bersaiz sederhana. Selain
itu, raspberi menyediakan sekitar 54%, beri hitam 50% dan beri biru 24%
daripada pengambilan harian yang disyorkan vitamin C. Anda boleh makan mentah,
membuat jus atau menggunakan buah ini sebagai masker kecantikan untuk manfaat
kesihatan.
Brokoli
Akhir sekali, sayur-sayuran cruciferous lazat ini memberikan
anda 132 mg vitamin C bagi pengambilan harian. Brokoli juga merupakan sumber
serat yang membantu anda mengelakkan sembelit dan mungkin mempunyai ciri-ciri
mencegah kanser. Anda boleh menggunakan sumber yang kaya dengan vitamin C di
dalam sayur-sayuran brassica: Pucuk Brussels (125%), Green Kembang kol (94%),
Kembang kol (86%), Red Cabbage (85%), dan Kubis (60%).
Selain oren dan buah-buahan citrus lain-lain, kini anda boleh
mempunyai lebih banyak pilihan sumber vitamin untuk ditambah ke dalam makanan
harian anda.
Teh kombucha ini juga mempunyai
kandungan bakteria probiotik yang merupakan sejenis bakteria
baik yang berperanan meningkatkan pertahanan tubuh.
Memang ada manfaat, tapi ada juga kesan
negatif teh kombucha
Walaupun ramai yang mengatakan mengenai manfaat
dan khasiat kombucha, namun pengambilan minuman ini juga boleh memberikan
beberapa kesan negatif kepada tubuh.
Ini termasuklah rasa sakit
perut setelah meminumnya, berlakunya jangkitan dan juga alahan pada
tubuh. Bakteria yang terdapat dalam teh ini dapat menyebabkan jangkitan
pada individu yang mempunyai sistem imun yang rendah.
Bagi individu yang sihat
pula, pengambilan teh ini boleh menyebabkan sakit perut, jangkitan akibat
bakteria yang ada dalam teh tersebut, alahan, permukaan kulit yang menjadi
kuning, mual, muntah-muntah dan juga sakit kepala.
Terdapat satu laporan yang
pernah diterbitkan sebelum ini berkenaan 20 orang yang mendapat penyakit anthrax
setelah meminum teh cendawan Mekah ini.
Tambahan lagi, pada tahun
1995, Center for Disease Control (CDC) membuat satu
pernyataan, teh kombucha adalah penyebab kepada asidosis metabolik yang berlaku
kepada kumpulan peminum di Iran.
Asidosis metabolik adalah keadaan
darah mempunyai terlalu banyak asid. Ini disebabkan oleh
pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan asid seperti teh kombucha.
Bagi individu yang
mempunyai penyakit tertentu seperti diabetes dan sindrom iritasi usus,
pengambilan teh ini perlulah diperhatikan dan dikawal.
Bagi penghidap diabetes,
pengambilan minuman seperti ini boleh mempengaruhi gula darah sehingga boleh
menyebabkan penurunan kadar gula darah dalam tubuh (hipoglisemia). Bagi
individu yang sedang mengalami cirit-birit atau mempunyai irritable
bowel syndrome, teh ini tidak sesuai untuk diminum memandangkan ia
mempunyai kandungan kafein yang cukup tinggi
yang boleh memperburukkan lagi gejala yang sedang berlaku.
Bagaimana untuk
meminum teh kombucha dengan selamat?
Walaupun terdapat pendapat
yang menyatakan mengenai khasiat kombucha pada tubuh, kebersihan dan kualiti
teh masih perlu dijaga agar ia tidak memberikan kesan yang buruk kepada diri
anda seperti keracunan atau jangkitan
daripada bakteria.
Pastikan teh cendawan
Mekah menjalani proses pempasteuran atau pemanasan terlebih dahulu bagi
menyingkirkan bakteria jahat yang terkandung dalam teh tersebut.
Selain itu, masih banyak
kajian ilmiah diperlukan bagi membuktikan khasiat kombucha dan manfaat
meminumnya pada tubuh.
Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah
Pandang Ringan Akan Mudaratnya!
Moga Bermanfaat
..............................................................................................
.........................................................................................................
..............................................................................................................................
No comments:
Post a Comment