أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Seni Silat Silat Islam
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Seni Silat Silat Islam
Seni Silat Silat Islam
Bersama membanteras kesyirikan dalam
Ilmu Persilatan dan Perubatan dengan memohon hanya kepada Allah SWT. LA
HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH HIL ALIYYIL AZIM.
TUJUH LANGKAH YANG TELAH DI SUSUN OLEH
GURUKU DALAM MEMAHAMI, MELAKSANAKANNYA SERTA MENGUASAINYA DALAM GERAK
YANG DATANG DARI GERAK KUDRAT DAN IRADAT ALLAH AZZA WA JALLA.
Para pengamal Gerak Faqir yang benar pelajarannya akan memiliki kunci rahsia memohon qudrat ALLAH. Dengan kunci tersebut serta keyakinan yang benar, para ahli Gerak Fakir mampu menggunakannya dengan pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti perubatan dan lainnya.
(1) Pengenalan
Seseorang Hamba adalah Faqir dimana
Gerak dan Diam adalah takluk dalam Kudrat dan Iradat ALLAH. Kita hanya
mempunyai kudrat memohon tetapi tiada kudrat melakukannya....walaupun
hanya mahu meminun secawan air atau mengerakkan hujung jari, melainkan
datangnya gerak Kudrat dan Iradat dari ALLAH. Justeru itu gerak dan
jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.
Para pengamal Gerak Faqir yang benar pelajarannya akan memiliki kunci rahsia memohon qudrat ALLAH. Dengan kunci tersebut serta keyakinan yang benar, para ahli Gerak Fakir mampu menggunakannya dengan pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti perubatan dan lainnya.
Para pengamal Gerak Faqir wajib
sentiasa Syuhudkan dirinya di dalam keFaqiran disisi ALLAH, tiada
baginya Ilmu, adapun segala kehebatan dan kekuatan adalah milik ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH cinta kepada hambaNya yang merendah diri dan menyeru
padaNya memohon pertolongan. ALLAH akan makbulkan segala permohonan
hambaNya dalam apa jua perkara kebaikan, insya Allah.
Ahli Gerak Faqir dilarang bertuhan pada
kekuatan diri, ilmu atau amal melainkan wajib melatih diri kepada
Tauhid Syuhudiah atau Tauhid Wujudiah dengan segala kelebihan yang
dimiliki.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH."
(petikan kalam Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari(r.a)
(2) Mukaddimah:
GERAK FAQIR adalah latihan menfanakan
diri dalam gerakan silatnya (juga semasa penyembuhan penyakit) sehingga
mencapai Syuhudiah atau Wujudiah. Ia juga bermatlamat menzahirkan
kehebatan ilmu ALLAH dalam menundukkan segala ilmu yang batil sama ada
daripada manusia, syaitan atau jin. Ia diajar secara terbuka kepada
umun yang mempunyai semangat untuk memperjuangkan agama dan
mempertahankan tanah air.
Para ahli Gerak Faqir terlebih dahulu
diajar menguasai suatu latihan mematikan diri dan membangkitkan tenaga
alam nur. Dengan jalan makrifat , para pengamal Gerak Faqir melatih
dirinya denga teknik tertentu dari satu tahap ke satu tahap sehingga
mereka benar-benar boleh memahami dan menguasainya. Insya Allah pada
tahap tertentu , mereka mampu melakukan perkara-perkara luar biasa
mengikut keperluan tanpa melalui amalan, wirid atau hizib tertentu.
Namun hal tersebut bukannya boleh
dijadikan pertunjukan kerana tiada jaminan ianya boleh berlaku setiap
masa, sebaliknya bergantung kepada kehendak ALLAH.
(3) Dasar-Dasar:
Asas Gerak Faqir adalah Tauhid Tasawuf. Dasar Gerak Faqir terbahagi pada tiga bahagian, iaitu:
a) Tauhid I'tiqadiah
b) Tauhid Syuhudiah
c) Tauhid Wujudiah
Tauhid I'tiqadiah adalah Tauhid Ilmu
KeTuhanan Ahlu Sunnah Wal Jamaah aliran Asya'irah dan Al-Maturudiah.
Ianya telah dihurai dalam perbahasan ilmu tauhid yang dikenali dengan
sifat dua puluh. Tauhid ini adalah tauhid ilmu yang mengesahkan
pegangan seseorang dengan akidah Ahlu Sunnah Wa Jamaah.
Seseorang mukmin tidak sepatutnya hanya
berhenti pada tauhid ini kerana mereka amat mudah tergelincir kepada
iktikad muktazillah atau qadariah dalam pengamalan dan kehidupan. Ini
disebabkan hati mereka terhijab dengan diri dan hukum asbab sehingga
tiada wujud Tuhan, baik dari sudut perkataan dan pengamalan.
Tauhid Syuhudiah adalah tauhid yang
berasaskan cahaya hati dimana hati mereka sudah tersyuhud kepada Allah
dalam setiap gerak dan perlakuan. Tauhid ini menyempurnakan seorang itu
dalam akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah. Tauhid ini diperolehi hasil dari
amalan tareqah yang menghimpunkan zikir, mujahadah, muraqabah dan
tawajuh.
Tauhid Wujudiah ialah perasaan
keleburan yang tinggi sehingga fana ia daripada melihat wujud yang lain
melainkan wujud Allah semata-mata. Ia adalah hasil dari latihan zikir
dan musyahadah di bawah bimbingan mursyid. Sampai pada peringkat ini,
maka barulah seorang itu mencapai kesempurnaan tauhid Ahlu Sunnah Wa
Jamaah yang hanya melihat satu wujud saja, yakni wujud Allah
semata-mata. Maka hancurlah Ananiahnya (keAkuan dirinya), tiada baginya
terhijab dengan amal dan pergantungan pada asbab. Ia juga di kenali
dengan Wahdatul Wujud dalam Dzauqiahnya.
(4) Tiga Langkah:
Mempelajari ilmu Gerak Faqir bukan
silat semata-mata, tapi ia adalah ilmu atau jalan Makrifah menuju pada
ALLAH. Guru dan Ulama dahulu mengolah ilmu yang sesuai dengan keadaan
semasa itu sehingga diberi ilham dan kekuatan untuk tujuan berjihad
kejalanNya. Kaedah ilmu ini mendzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dlm
menundukkan segala ilmu yang batil baik dari ilmu hitam, jin dan
syaitan atau boleh digunapakai untuk ilmu perubatan dan sebagainya.
Gerak Fakir adalah gerakan yang berasaskan kepada tiga LANGKAH.
1.Niat (IRADAT)
2.Makrifat(HUBUNGAN DGN ALLAH)
3.Gerak(KUDRAT/ILMU)
Gerak Faqir adalah datang dari Gerak Allah setelah seseorang berjaya memahami ILMU menFANAkan dirinya.
Gerak Fakir juga menjalani 4 TAHAP.
1.Mematikan diri(PENUMPUAN)
2.Gerak Silat dan Gerak Tangan Untuk Penyembuhan
3.Mengetahui Gerak Musuh (zahir dan batin)
4.Kebal tubuh dari segala senjata.
Segala pelajaran 4 tahap ini bukan berdasarkan amalan, wirid atau petua tertentu tapi berdasarkan pada MAKRIFAH kepada ALLAH.
Untuk mencapai makam makrifat perlu
pada ilmu TAUHID TASAWWUF. Sesungguhnya seseorang yang benar benar
mencapai makrifat kepada ALLAH, dia adalah raja dunia dan akhirat.
padanya akan keluar segala ilmu, hikmah dan barakah. Dalam Gerak Fakir
bukan buah, bunga atau gerak tari yang menjadi ukuran, tetapi paling
penting ialah ia benar-benar berada dalam GERAK ALLAH.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu 'Athoillah).
(5) Makrifat, Niat dan Gerak.
Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan
Allah. Seseorang itu wajib mengenal Tuhannya. Awal pengenalan dengan
Tuhannya adalah dengan mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan
mengikut Gerak faqir adalah memahami 7 SIFAT MAA'NI iaitu:
1: Kudrat(kuasa)
2: Iradat(kehendak)
3: Ilmu(ilmu)
3: Ilmu(ilmu)
4: Hayat(hidup)
5: Sama'(mendengar)
5: Sama'(mendengar)
6: Basar(melihat)
7: Kalam(berkata-kata)
Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah
'ketua' bagi segala sifat, manusia boleh hidup tanpa 6 sifat (melihat,
mendengar, berkata-kata, ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat,
maka manusia akan mati. NAFAS adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad
dengan nafas, hidup nafas dengan sifat al-Hayat Allah.
Niat adalah gerak hati. Gerak hati
adalah kuasa pilihan yang diberi oleh Allah pada setiap manusia. Setiap
Gerak(IRADAT) hati akan datang kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada
kudrat, segala gerak perbuatanya adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah
mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang diredai dan ada kudrat yang
tidak diredai-Nya.
Para pelajar Gerak Faqir wajib
mendalami gerak hatinya. Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan akal
yang tunduk kepada wahyu. Gerak faqir adalah datang dari gerak Allah
setelah para pelajar berjaya memahami ilmu mematikan dirinya. Maka
setelah seorang pelajar itu benar-benar berada pada maqam tiada dirinya
(fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang berdasarkan Kudrat,
Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.
Para pelajar Gerak faqir wajib
memdalami dan memahami Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah yang telah disusun
dalam pengajian Sifat 20, wajib juga memahami Tauhid Syuhudiah dan
Wujudiah.
Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah adalah
maqam yang dikurniakan Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh
berjalan kepadaNya untuk menyucikan jiwa. Firman Allah SWT yang
bermaksud :
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh pada jalanKu, nescaya Aku buka jalan baginya".
(6) 'Mati sebelum mati (hakikat nafas)
Berkata Arifbillah,
'Matikan dirimu sebelum kamu mati'.
Maka 'mati yang pertama' itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada
daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang
berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan
kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati
diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah
iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan 'nafas' itu dengan hakikat
memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah
yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita
yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud
Yang Qadim.
Maka selepas sempurna 'mematikan diri
yang pertama' hendaklah melakukan 'mikraj' iaitu 'mematikan diri
peringkat kedua' yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala
sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan
meletakkan nafas kita melalui alam 'ampas' iaitu antara dua kening
merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita
hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu
berhadap pada Allah jua.
'Mati pada peringkat ketiga' adalah
mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini
tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu
sebenarnya memiliki sifat 'Fakir, Dhaif, lemah dan hina'.
Dinaikkan 'tanafas' hingga
ditempatkannya dengan sempurna di 'nufus' dengan melihat pada matahati
itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari
ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari
nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang
mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi
pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah
pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
"Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar........." .
Wallahhualam.
(7) Kaedah Pengamalan Zikir Nafas
Gerak fakir menyambung perbahasan
dengan Ilmu dahulu sehingga benar benar memahami Ilmu Akidah dan
perjalanan Rahsia Tajjali Allah. Tanpa kefahaman ilmu ini maka
perjalanan seorang murid itu seperti orang yang mengembara tanpa peta
yang tepat untuk ditujui, ibarat belayar dengan tiada mengetahui pulau
mana yang mahu di tuju. Dengan itu murid mesti menguasai kefahaman
Tauhid Syuhudiah A'faal di dalam sifat 20 dan juga Ilmu Martabat Tujuh
yang disusun oleh para ulama Sufi untuk menjadi panduan dan
mempercepatkan proses ke'Pana'an berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kamudian murid akan ditalqinkan Zikir
Nafas dan Perjalanan Rahsia Solat. Dari perjalanan maqam nafas tersebut
maka guru akan membuka rahsia solat dan bagaimana mahu mencapai hakikat
solat. Maka solat adalah pintu untuk membuka Makrifat A'faal atau
Tauhid A'faal dan pengenalan Rahsia Diri. (Lihat: mati sebelum mati,
hakikat nafas). Jika para murid itu benar benar nafasnya berada pada
martabat yang dikehendaki, maka kesannya ialah boleh berlaku pergerakan
anggota badan diluar kawalan dari gerak akal dan hati. Ia dapat
digunakan dalam peperangan, pertempuran, perubatan atau apa juga tujuan
keduniaan yang baik, namun tidak boleh di buat pertunjukan.
Kesan kekuatan dan kehebatan yang
bersifat RABBANIAH itu melimpah pada mereka seperti tidak akan merasa
sakit, tidak binasa, kebal, kasyaf, ilmu ladunni, dapat menembusi alam
ghaib, dilihat hebat, gerun, kaseh sayang dan kadang kala rupa jasadnya
dlihat muda, tua, cantik mengikut Nur yang ada manusia disisinya dengan
Izin Allah. Para mursyid dahulu telah mendalamkan rahsia perjalanan
nafas ini kepada para pejuang mereka untuk tujuan peperangan. Namun hal
tersebut bukanlah matlamat tapi boleh digunakan dalam keadaan
memerlukan sahaja. Matlamat hakiki mereka mengajar para murid kepada
hakikat Makrifatullah. Wallahualam.
---------------------------------------------------------------------------------
Nota :
Artikel di atas adalah hasil tulisan Al
Faqir Ilallah Tokku Syeikh Hj.Ibrahim As Syatariah, Zawiyah Pulau
Manis, Terengganu. Memandangkan keterangan Yang Mulia Tokku cukup padat
dan sarat dengan kefahaman berkenaan Ilmu Ketuhanan di dalam Ilmu
Persilatan, maka saya meminjam tulisan beliau dalam menerangkan kaedah
yang sama dalam Seni Silat Silat Islam.
Semuga tidak menimbulkan salah faham kerana matlamat Tokku dan saya adalah sama menuju yang SATU jua.
Terimakasih di atas izin Tokku untuk
saya berkongsi ilmu dan maklumat, semuga apa yang kita perjuangkan
sama-sama mendapat keredhaan ilahi.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
3 comments: