05 February 2020

Saka: Mak Yong, Wayang Kulit, Main Puteri




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 
Saka: Mak Yong, Wayang Kulit, Main Puteri
Saka: Mak Yong, Wayang Kulit, Main Puteri
Seni Mak Yong, Wayang Kulit dan Main Puteri antara kesenian asli Melayu Pantai Timur terutama negeri Kelantan. Saya tidak ingin berbicara bab hukum agama mengenai halal atau haram. Saya juga tidak ingin berbicara persoalan boleh atau tidak pelajari kesenian ini. Pendapat peribadi saya, seni ini harus dipelihara agar warisan generasi kita yang seterusnya mengenali jati diri bangsa dan asal usul mereka.

Cuma dalam mempelajari kesenian ini, wajib bagi kita untuk tinggalkan perbuatan khurafat & syirik yang telah sebati seperti pemujaan pentas sebelum memulakan upacara seni. Saya sendiri pernah melihat upacara perasap bangsal sebelum bermain wayang kulit. Jiran yang sakit teruk boleh bangun berdiri dan menari apabila dirawat menggunakan kaedah main puteri.

Tidak dinafikan, jika kita mencampurkan amalan khurafat & syirik semasa melakukan sesuatu, maka akan ada makhluk lain akan turut serta berdamping dengan kita. Bagaimana mungkin seseorang boleh meniru pelbagai suara, gerak tari lenggok gemalai, bahasa purba dahulu kala dan sebagainya. Seseorang boleh naik syeikh bila mendengar tiupan serunai dan gendang. Ada angin bak kata sesetengah orang.

Belajar seni tidak salah. Yang salah & haram ialah mengambil pendamping. Saya pernah merawat beberapa kes berkaitan saka Mak Yong & Main Puteri. Pesakit bukan seorang penggiat seni Mak Yong. Tidak mempunyai tangan yang lentik. Tetapi, semasa sesi rawatan boleh menyanyi lagu Mak Yong mendayu-dayu. Melentik tangan, melembai badan. Apabila disiasat, rupanya terdapat keturunan nenek moyang yang pernah bermain Mak Yong. Memakai sesuatu untuk kekal cantik jelita. Dek kerana kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka, akhirnya cucu cicit yang terpaksa menanggung akibatnya.


Nasihat saya, jauhilah perbuatan khurafat & syirik. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t dengan mengikuti teladan & jalan Baginda Rasulullah s.a.w.

Kesilapan dalang membuatkan wayang kulit terbabit syirik



UNSUR khurafat 

UNSUR khurafat masih diamalkan dalam persembahan wayang kulit termasuk upacara mengasap patung setiap watak, membaca mantera ketika buka panggung dan memuja semangat makhluk halus.

Tokoh wayang kulit, Che Mohd Nasir Yusoff, tidak menafikan unsur khurafat dalam pada persembahan seni tradisional itu masih diamalkan sesetengah penggiatnya.

Che Mohd Nasir yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nasir, berkata pada pemerhatiannya kesilapan dalang sendiri menyebabkan imej seni tradisi itu tercalar sehingga dikatakan mampu memesongkan akidah masyarakat Islam.

"Persembahan seni wayang kulit pada pandangan saya tidak bertentangan dengan ajaran agama dan tiada unsur khurafat sekiranya tidak ada upacara pemujaan, jampi serapah dan mantera dilakukan penggiatnya.

"Kesilapan sesetengah dalang menerima bulat-bulat ajaran guru mereka tanpa menyelidik mantera yang dibaca dan mengambil kira apakah ia selari dengan ajaran agama.

"Saya sendiri pernah melihat persembahan wayang kulit yang ada unsur syirik, apabila tok dalang membaca mantera berbunyi 'hey jin tanah, jembalang di tanah' seakan-akan pemujaan kepada unsur mistik yang sudah semestinya bertentangan ajaran Islam," katanya.

.
PERTUNJUKAN wayang kulit pada Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
PERTUNJUKAN wayang kulit pada Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri

Beliau berkata demikian selepas acara Gema Seni Tradisional: Wayang Kulit Kopi 'O' yang berlangsung di Kafe Bunga Raya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut dihadiri Rektor ASWARA, Profesor Dr Hatta Azad Khan.

Menyentuh hal mistik yang dikaitkan dengan patung atau watak wayang kulit, Pak Nasir berkata, ramai yang gerun untuk menyimpannya sebagai koleksi, kerana ia dikatakan ia 'bernyawa.'

"Patung dalam wayang kulit pada asalnya dipanggil wayang atau watak kerana menjadi pantang kepada pemain zaman dulu untuk memanggilnya sebagai patung kerana seakan-akan menggambarkan tuhan berbentuk sedemikian yang disembah penganut agama lain.

"Pada pandangan saya, tidak ada sebarang mistik pada patung wayang kulit kerana ia ciptaan manusia sendiri sehingga mengapa perlu takut kepadanya.

"Apa yang lebih penting adalah niat kita menyimpannya perlu jelas, iaitu untuk meneruskan budaya seni tradisional lama agar terus kekal untuk diwarisi generasi seterusnya," katanya yang mula mendalami kesenian wayang kulit sejak berumur lima tahun.

Pak Nasir yang juga anak murid kepada tokoh seniman negara, Allahyarham Hamzah Awang Hamat bagaimanapun mengakui masih ada unsur mistik dalam wayang kulit terutama dalam upacara wajib, iaitu buka panggung untuk menghindari gangguan.

.
TOK Dalang Wayang Kulit, Che Mohd Nasir Yusoff membuat persembahan pada Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
TOK Dalang Wayang Kulit, Che Mohd Nasir Yusoff membuat persembahan pada Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
TOK Dalang Wayang Kulit, Che Mohd Nasir Yusoff membuat persembahan pada Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri

"Buka panggung ini bukan upacara biasa kerana maknanya sendiri bukanlah pentas persembahan seperti sangkaan orang ramai, sebaliknya tubuh yang merujuk kepada tok dalang, pemain muzik sehinggalah penontonnya.

"Ia sebenarnya adalah simbolik kepada upacara bagi menyekat gangguan makhluk halus kerana elemen hiburan seperti alat muzik, perwatakan dan bayang mendorong untuk unsur tidak baik hadir bersama.

"Saya sendiri mengamalkan buka panggung tetapi bukan menggunakan mantera, sebaliknya membaca ayat suci al-Quran dan berdoa supaya tidak ada pemain wayang kulit atau penonton yang diganggu, bahkan ada yang sehingga tidak boleh tidur malam selepas persembahan selesai," katanya.

Tambahnya, wayang kulit tempatan secara halus mempunyai nilai Islam yang amat tinggi, bahkan ada bukti yang menunjukkan orang alim turut menggunakannya.

"Ini termasuklah kumpulan wali tersohor di Indonesia, iaitu Wali Songo, yang turut menjadikannya sebagai medium dakwah.

"Memang benar wayang kulit dikaitkan dengan epik Hindu, manakala perwatakan Buddha pula dapat dilihat pada watak Sri Rama dan kemudian ada yang mempersoalkan di mana pula nilai Islam pada seni ini?

REKTOR, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Mohamad Hatta Azad Khan (lima dari kiri) dan Tok Dalang Wayang Kulit, Che Mohd Nasir Yusoff (empat dari kiri) bersama ahli kumpulan seni warisan wayang kulit pada pertunjukan Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
REKTOR, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Mohamad Hatta Azad Khan (lima dari kiri) dan Tok Dalang Wayang Kulit, Che Mohd Nasir Yusoff (empat dari kiri) bersama ahli kumpulan seni warisan wayang kulit pada pertunjukan Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
REKTOR, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Prof Mohamad Hatta Azad Khan (lima dari kiri) dan Tok Dalang Wayang Kulit, Che Mohd Nasir Yusoff (empat dari kiri) bersama ahli kumpulan seni warisan wayang kulit pada pertunjukan Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
"Sebenarnya unsur Islam begitu tinggi dalam wayang kulit sehingga ia digunakan Wali Songo dalam dakwahnya untuk menyedarkan masyarakat mengenali Tuhan," katanya.

Pada persembahan Wayang Kulit Kopi 'O' bersempena Festival Seni Akhir Tahun (SAT) ASWARA 2015, Pak Nasir mempersembahkan kisah wayang kulit bertajuk Perguruan Raden Lak Juna, yang menonjolkan kehandalan membawa dan mengendalikan lebih daripada 10 watak dengan gaya bersahaja.

Diiringi paluan gendang, serunai, gedombak dan canang daripada pemuzik Kumpulan Seri Setia Kuala Lumpur, khalayak dibawa menyusuri kisah Raden Lak Juna yang dititah ayahandanya, Raja Sri Rama untuk pergi menuntut ilmu dengan mahaguru Pendeta Haji Mula di negeri Stadigin.

Pelbagai kisah menarik sepanjang perjalanan Raden Lak Juna bersama pengasuhnya termasuk Pak Dogol dan Wak Long yang berjaya mencuit hati khalayak dengan jenaka spontan Pak Nasir selaku tok dalang.


Persembahan itu juga adalah apresiasi khas kepada tokoh wayang kulit yang juga pensyarah ASWARA, Allahyarham Ismail Mamat atau lebih dikenali sebagai Pak Mail yang meninggal dunia pada 19 Disember lalu atas sumbangannya dalam membimbing pelapis muda sejak 1994.





Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

Wayang kulit ada jin pendamping

No comments:

Post a Comment