اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Saka: Mak Yong, Wayang Kulit, Main Puteri
Saka: Mak Yong, Wayang Kulit, Main Puteri
Seni Mak Yong, Wayang Kulit dan Main Puteri antara kesenian
asli Melayu Pantai Timur terutama negeri Kelantan. Saya tidak ingin berbicara
bab hukum agama mengenai halal atau haram. Saya juga tidak ingin berbicara
persoalan boleh atau tidak pelajari kesenian ini. Pendapat peribadi saya, seni
ini harus dipelihara agar warisan generasi kita yang seterusnya mengenali jati
diri bangsa dan asal usul mereka.
Cuma dalam mempelajari kesenian ini, wajib bagi kita untuk
tinggalkan perbuatan khurafat & syirik yang telah sebati seperti pemujaan
pentas sebelum memulakan upacara seni. Saya sendiri pernah melihat upacara
perasap bangsal sebelum bermain wayang kulit. Jiran yang sakit teruk boleh
bangun berdiri dan menari apabila dirawat menggunakan kaedah main puteri.
Tidak dinafikan, jika kita mencampurkan amalan khurafat
& syirik semasa melakukan sesuatu, maka akan ada makhluk lain akan turut
serta berdamping dengan kita. Bagaimana mungkin seseorang boleh meniru pelbagai
suara, gerak tari lenggok gemalai, bahasa purba dahulu kala dan sebagainya.
Seseorang boleh naik syeikh bila mendengar tiupan serunai dan gendang. Ada
angin bak kata sesetengah orang.
Belajar seni tidak salah. Yang salah & haram ialah
mengambil pendamping. Saya pernah merawat beberapa kes berkaitan saka Mak Yong
& Main Puteri. Pesakit bukan seorang penggiat seni Mak Yong. Tidak
mempunyai tangan yang lentik. Tetapi, semasa sesi rawatan boleh menyanyi lagu
Mak Yong mendayu-dayu. Melentik tangan, melembai badan. Apabila disiasat,
rupanya terdapat keturunan nenek moyang yang pernah bermain Mak Yong. Memakai
sesuatu untuk kekal cantik jelita. Dek kerana kesalahan atau kesilapan yang
pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka, akhirnya cucu cicit yang terpaksa menanggung
akibatnya.
Nasihat saya, jauhilah perbuatan khurafat & syirik.
Dekatkan diri dengan Allah s.w.t dengan mengikuti teladan & jalan Baginda
Rasulullah s.a.w.
Kesilapan dalang membuatkan wayang kulit terbabit syirik
UNSUR khurafat
UNSUR khurafat masih diamalkan dalam persembahan wayang
kulit termasuk upacara mengasap patung setiap watak, membaca mantera ketika
buka panggung dan memuja semangat makhluk halus.
Tokoh wayang kulit, Che Mohd Nasir Yusoff, tidak menafikan
unsur khurafat dalam pada persembahan seni tradisional itu masih diamalkan
sesetengah penggiatnya.
Che Mohd Nasir yang lebih mesra dengan panggilan Pak Nasir,
berkata pada pemerhatiannya kesilapan dalang sendiri menyebabkan imej seni
tradisi itu tercalar sehingga dikatakan mampu memesongkan akidah masyarakat
Islam.
"Persembahan seni wayang kulit pada pandangan saya
tidak bertentangan dengan ajaran agama dan tiada unsur khurafat sekiranya tidak
ada upacara pemujaan, jampi serapah dan mantera dilakukan penggiatnya.
"Kesilapan sesetengah dalang menerima bulat-bulat
ajaran guru mereka tanpa menyelidik mantera yang dibaca dan mengambil kira
apakah ia selari dengan ajaran agama.
"Saya sendiri pernah melihat persembahan wayang kulit
yang ada unsur syirik, apabila tok dalang membaca mantera berbunyi 'hey jin
tanah, jembalang di tanah' seakan-akan pemujaan kepada unsur mistik yang sudah
semestinya bertentangan ajaran Islam," katanya.
.
PERTUNJUKAN wayang kulit pada Malam Wayang Kulit Kopi O di
ASWARA. - Foto Adi Safri
Beliau berkata demikian selepas acara Gema Seni Tradisional:
Wayang Kulit Kopi 'O' yang berlangsung di Kafe Bunga Raya, Akademi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut
dihadiri Rektor ASWARA, Profesor Dr Hatta Azad Khan.
Menyentuh hal mistik yang dikaitkan dengan patung atau watak
wayang kulit, Pak Nasir berkata, ramai yang gerun untuk menyimpannya sebagai
koleksi, kerana ia dikatakan ia 'bernyawa.'
"Patung dalam wayang kulit pada asalnya dipanggil
wayang atau watak kerana menjadi pantang kepada pemain zaman dulu untuk
memanggilnya sebagai patung kerana seakan-akan menggambarkan tuhan berbentuk
sedemikian yang disembah penganut agama lain.
"Pada pandangan saya, tidak ada sebarang mistik pada
patung wayang kulit kerana ia ciptaan manusia sendiri sehingga mengapa perlu
takut kepadanya.
"Apa yang lebih penting adalah niat kita menyimpannya
perlu jelas, iaitu untuk meneruskan budaya seni tradisional lama agar terus
kekal untuk diwarisi generasi seterusnya," katanya yang mula mendalami
kesenian wayang kulit sejak berumur lima tahun.
Pak Nasir yang juga anak murid kepada tokoh seniman negara,
Allahyarham Hamzah Awang Hamat bagaimanapun mengakui masih ada unsur mistik
dalam wayang kulit terutama dalam upacara wajib, iaitu buka panggung untuk
menghindari gangguan.
.
TOK Dalang Wayang Kulit, Che Mohd Nasir Yusoff membuat
persembahan pada Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
"Buka panggung ini bukan upacara biasa kerana maknanya
sendiri bukanlah pentas persembahan seperti sangkaan orang ramai, sebaliknya
tubuh yang merujuk kepada tok dalang, pemain muzik sehinggalah penontonnya.
"Ia sebenarnya adalah simbolik kepada upacara bagi
menyekat gangguan makhluk halus kerana elemen hiburan seperti alat muzik,
perwatakan dan bayang mendorong untuk unsur tidak baik hadir bersama.
"Saya sendiri mengamalkan buka panggung tetapi bukan
menggunakan mantera, sebaliknya membaca ayat suci al-Quran dan berdoa supaya
tidak ada pemain wayang kulit atau penonton yang diganggu, bahkan ada yang
sehingga tidak boleh tidur malam selepas persembahan selesai," katanya.
Tambahnya, wayang kulit tempatan secara halus mempunyai
nilai Islam yang amat tinggi, bahkan ada bukti yang menunjukkan orang alim
turut menggunakannya.
"Ini termasuklah kumpulan wali tersohor di Indonesia,
iaitu Wali Songo, yang turut menjadikannya sebagai medium dakwah.
"Memang benar wayang kulit dikaitkan dengan epik Hindu,
manakala perwatakan Buddha pula dapat dilihat pada watak Sri Rama dan kemudian
ada yang mempersoalkan di mana pula nilai Islam pada seni ini?
REKTOR, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
Prof Mohamad Hatta Azad Khan (lima dari kiri) dan Tok Dalang Wayang Kulit, Che
Mohd Nasir Yusoff (empat dari kiri) bersama ahli kumpulan seni warisan wayang
kulit pada pertunjukan Malam Wayang Kulit Kopi O di ASWARA. - Foto Adi Safri
"Sebenarnya unsur Islam begitu tinggi dalam wayang
kulit sehingga ia digunakan Wali Songo dalam dakwahnya untuk menyedarkan
masyarakat mengenali Tuhan," katanya.
Pada persembahan Wayang Kulit Kopi 'O' bersempena Festival
Seni Akhir Tahun (SAT) ASWARA 2015, Pak Nasir mempersembahkan kisah wayang
kulit bertajuk Perguruan Raden Lak Juna, yang menonjolkan kehandalan membawa
dan mengendalikan lebih daripada 10 watak dengan gaya bersahaja.
Diiringi paluan gendang, serunai, gedombak dan canang
daripada pemuzik Kumpulan Seri Setia Kuala Lumpur, khalayak dibawa menyusuri
kisah Raden Lak Juna yang dititah ayahandanya, Raja Sri Rama untuk pergi
menuntut ilmu dengan mahaguru Pendeta Haji Mula di negeri Stadigin.
Pelbagai kisah menarik sepanjang perjalanan Raden Lak Juna
bersama pengasuhnya termasuk Pak Dogol dan Wak Long yang berjaya mencuit hati
khalayak dengan jenaka spontan Pak Nasir selaku tok dalang.
Persembahan itu juga adalah apresiasi khas kepada tokoh
wayang kulit yang juga pensyarah ASWARA, Allahyarham Ismail Mamat atau lebih
dikenali sebagai Pak Mail yang meninggal dunia pada 19 Disember lalu atas
sumbangannya dalam membimbing pelapis muda sejak 1994.
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
Wayang kulit ada jin pendamping
No comments:
Post a Comment