24 November 2011

Pelaburan Yang Haram



CUBA LIHAT IKLAN INI (KERAPKALI DIHANTAR DALAM EMAIL):

Program Pelaburan terhangat & paling top sekarang

Jangan Lepaskan Peluang ini... Anda TAK PERLU fikir MENAJA lagi seperti Program yang lain, kerana Anda TETAP dibayar walaupun TAK MENAJA.

Jika Anda Degil, Anda MENAJA juga rakan-rakan anda, Anda TETAP dibayar 10% Komisyen.
(Ingat!!.. Menaja BUKAN Syarat Wajib)

Inilah Program Yg Selama Ini Kita Cari-cari, TAK PERLU MENAJA pun TETAP dapat Dividen setiap hari... JANGAN Tunggu lagi, Layari Website LexusVenture Sekarang... Tempah posisi anda sekarang:

Penjelasan:

Mudahnya terjebak dalam skim sebegini sekiranya tidak berilmu. Akhirnya secara sedar atau tidak, kita telah terjebak dalam satu skim yang merugikan kita di akhirat nanti. Keuntungan dunia belum pasti, tetapi kerugian di akhirat sudah terbayang apabila terjebak dalam perniagaan atau pelaburan yang secara jelas mengandungi RIBA. Pelaburan yang dijanjikan dengan keuntungan yang tetap sama ada secara harian, bulanan mahu pun tahunan adalah merupakan sesuatu yang termasuk dalam kategori riba.

Dosa terlibat dengan riba sangat besar. Firman Allah, maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (Surah al-Baqarah : 278-279).

Ibn Abbas r.a. mentafsirkan :"Akan dikatakan kepada pemakan riba pada hari kiamat, Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah.

Manakala hukuman di dunia pula, akan hilang keberkatan dalam hidup dan dalam harta yang diperoleh akibat terlibat dengan riba. Firman Allah SWT bermaksud; Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah." (Surah al-Baqarah : 276).

Dosa riba sangat besar. Justeru nabi SAW menyatakan bahawa ia lebih besar daripada 36 kali berzina. Zina itu merupakan dosa besar, namun dosa mengamalkan riba lebih besar daripada dosa zina. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" (Riwayat Ahmad dan al-Dar Qutni)

No comments: