25 October 2011

Yue Yue

anjing vs manusia? yang mana lagi tinggi sikap yang dipanggil "kemanusiaan"?

inilah wajah yuyue sebelum dia dilanggar dan digilis oleh lori di china


Berikut adalah sekeping yang memperlihatkan wajah Yue Yue ketika masih hidupnya.

Seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya, Yue Yue kelihatan sangat gembira memegang gula-gula di tangan.

Jika anda merupakan seorang ibu atau bapa sudah tentu lebih memahami situasi seperti ini.

Pastinya si kecil itu tidak tahu bagaimana keseronokkanya itu tidak akan kekal lama.

Gambar ini diperoleh daripada blog Shanghaiist yang telah mengikuti kisah Yue Yue dari hari pertama.

Terkini, blog tersebut melaporkan bahawa ibu bapa kanak-kanak malang itu telah mengupah peguam untuk menyaman pemandu van berkenaan.

Bapa Yue Yue, Wang Chichang dilaporkan berkata, beliau ada bercakap di telefon dengan seorang lelaki yang beliau syak adalah salah seorang pemandu van yang melanggar anaknya.

“Tiada ada satu patah perkataan memohon maaf daripadanya, sejak dari mula dia hanya bertanya apakah saya bapa Yue Yue dan asyik bertanya nombor akaun bank saya, katanya dia mahu memindahkan wang ke akaun saya.

“Saya berterusan memberitahu saya tidak mahukan wang tetapi dia bertegas mahu menghantar wang kepada saya dan ini menyebabkan saya mengesyaki dia adalah pemandu berkenaan,” katanya.

Jelasnya, lelaki itu akhirnya mengakui bahawa dialah pemandu van berkenaan.

“Bagaimana ibu bapa kamu mengajar kamu?, Bagaimana kamu akan mengajar anak-anak kamu? Pergilah ke balai polis yang berdekatan dan menyerah diri, undang-undang akan membalas perbuatan kamu,” katanya.

Kanak-kanak malang itu dilanggar Khamis lalu di sebuah pasar yang sibuk di Foshan. Seramai 18 orang berlalu di sebelahnya dan tidak membantunya.

Dia dilanggar dua kali oleh dua buah van.

Hanya seorang wanita tua pengumpul barang-barang lusuh yang tampil menghulurkan bantuan. Insiden itu mengundang persoalan di China akan apakah rakyatnya sudah hilang terus sikap perikemanusiaan.

Pemandu didakwa langgar dan gilis yuyue

BEIJING – Polis China telah mengemukakan pendakwaan ke atas seorang lelaki yang disyaki memandu sebuah kenderaan dan melanggar lari seorang budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat kecederaan parah yang dialaminya, lapor media pemerintah semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa menunjukkan sekurang-kurangnya 18 pejalan kaki melintasi budak perempuan tersebut tanpa menghulurkan sebarang bantuan selepas dia dilanggar sekali gus mencetuskan kemarahan orang awam di China.

Sebuah akhbar tempatan, Procuratorial Daily dalam laman webnya melaporkan bahawa suspek, Hu Jun, 24, didakwa kerana menyebabkan kematian budak perempuan yang nama jolokannya, Yue Yue di bandar Foshan, selatan China pada 13 Oktober lalu.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan, terdapat pemandu kedua yang melanggar budak perempuan itu ketika dia terbaring di jalan raya tetapi akhbar berkenaan tidak menyebut mengenai individu terbabit.

Berjuta-juta rakyat China melayari Internet untuk menonton klip video insiden berkenaan yang berlaku di sebatang jalan yang sempit di kawasan pasar Foshan.

Polis Foshan berkata, Jun yang berdepan hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun jika dia didapati bersalah, telah menyerah diri selepas insiden itu berlaku. – AFP


No comments: