22 January 2010

KATA – KATA PUJANGGA

KATA – KATA PUJANGGA

A Human Being is not, in any proper sense, a Human being till he is educated – H. Mann.
Seseorang insan itu bukanlah seorang insan dalam ertikata sebenarnya selagi ia tidak berpelajaran.

Occupation is the necessary basis of all enjoyment. No man, properly occupied, was ever miserable – L.W. Landon.
Pekerjaan adalah keperluan asas bagi semua kesenangan. Tiada insan yang mempunyai pekerjaan sempurna akan menempuh kesengsaraan hidup.

Four things are grievously empty: A Head without Brains, a wit without judgement, a Heart without Honesty and a Purse without Money – Earle.
Empat perkara merupakan kekosongan yang memilukan:
Satu pemikiran tanpa akal,
Satu percakapan tanpa penilaian,
Satu hati tanpa kejujuran dan
Satu Dompet tanpa Wang.

The wisest man always learn something from the humblest peasant –
J.P. Sean.
Orang yang bijaksana sentiasa mempelajari sesuatu walaupun daripada seorang petani.

Education is the cheap defence of Nations – Burke.
Pendidikan adalah sumber yang paling murah untuk negara.

We should not ask who is the most learned but who is the best learned – Montaigne.
Kita tidak seharusnya bertanya siapa yang paling banyak belajar mengenai sesuatu perkara itu tetapi sebaliknya siapa yang paling sempurna mempelajarinya.

Learning is wealth to the poor, an honour to the rich, an aid to the young and a support and comfort to the Aged – Lavater.
Pelajaran adalah kekayaan bagi yang miskin,
Suatu penghargaan bagi yang kaya,
Bantuan kepada yang muda dan
Sokongan serta keselesaan bagi yang tua.

There are three classes of people in the world. The first learn from their own experience – These are wise; the Second learn from the experience of others – These are the Happy; the Third neither learn from their own experience nor experience of others – these are Fools.
Terdapat tiga golongan insan di dunia ini.
Pertama, mereka yang belajar dari pengalaman sendiri – mereka ini bertindak waras,
Kedua, mereka yang belajar dari pengalaman orang lain – mereka ini mengecap kebahagiaan;
Ketiga, mereka yang tidak mahu belajar sama ada dari pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain – mereka yang bersifat bodoh!

No comments: