02 January 2010

Agenda Di sebalik penggunaan Perkataan 'ALLAH'

Bahasa Melayu-Seorang Pang5 - Sebilah keris luk 7

Bahasa melayu digunakan semenjak zaman pemerintah Sriwijaya dan Kesultanan Melaka tetapi kenapa sekarang ditukarkan kepada panggilan Bahasa Malaysia sedangkan di digunakan secara meluas dikalangan pedagang sehingga menjadi lingua franca di bahagian dunia sebelah sini, dituturkan di serata tempat di sepanjang pesisiran pantai Sumatera, mengatasi yang lain-lain tanpa campuran bahasa¬-bahasa lain. Apakah disebabkan percaturan politik ataupun untuk mencari Glamour maka ada segelintir pemimpin yang sanggup meletakan Bahasa Melayu dipinggiran dan dimalukan dengan begitu teruk sekali. Apakah Bahasa Melayu tiada maruah dan memang tidak bermaruah…jika ianya bermaruah siapakah Perwira yang sanggup memikul tugas bagi menaikkan semula kegemilangan bahasa lingua franca di mata dunia ini. Pada titipan saya Bahasa Melayu diibaratkan sebagai seorang Pang5 tua yang hanya bersenjatakan sebilah keris luk 7 yang tua. Bagaimanakah ia akan bertarung dengan lanun-lanun yang mempunyai peralatan persenjataan yang serba lengkap, pastinya ia akan kalah jika berada di medan pertempuran. Akan mati kecundanglah Pang5 tua tadi jika tidak dibekalkan peralatan animunisasi yang lengkap setanding dengan musuh-musuhnya. Apakah bahasa Melayu akan mengalami nasib yang sama dengan Pang5 tua itu tadi. Bahasa Melayu diharapkan tidak terpinggir dalam arus perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi. P K P K kan lah sendiri.

Sejauh manakah bahasa Melayu dijangka dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam komunikasi antarabangsa dan dalam dunia siber. Sebab semua maklumat berkenaan dengan komunikasi digital atau yang sealiran dengannya menggunakan istilah bahasa Inggeris. Sungguhpun bahasa Melayu telah menjadi bahasa akademik, penggunaannya belum lagi dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Buku-buku rujukan yang digunakan pada peringkat pengajian tinggi masih belum banyak ditulis dalam bahasa Melayu. Status sesuatu bahasa itu ditentukan oleh banyak perkara, antaranya termasuklah jumlah buku yang ditulis dalam bahasa tersebut kerana jumlah buku ini dapat menggambarkan sejauh mana bahasa itu telah mencapai kemajuan. Keluasan bidang pengurusan dan pentadbiran yang menggunakan sesuatu bahasa itu juga akan menentukan statusnya.

Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Kristian di Nusantara. Semasa mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian dalam kalangan penduduk di Kepulauan Maluku, mereka telah menggunakan bahasa Melayu, walaupun mereka mempunyai bahasa mereka sendiri. Pada masa itu, Kitab Injil telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan penyebaran agama itu dalam kalangan penduduk Nusantara.
Sebagai hasil daripada penggunaan bahasa Melayu dalam penyebaran agama Kristian, bahasa Melayu telah mengambil alih bahasa tempatan. Orang Kristian ini akhirnya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka. Anehnya, orang Maluku yang beragama Islam menggunakan bahasa suku kaum mereka sendiri, yang sangat berbeza daripada bahasa Melayu. (Petikan dalam Modul )Kenapa sejak akhir-akhir in pihak gereja katholik sering memainkan sentimen orang Islam dengan beria-ia benar ingin menggunakan perkataan “ALLAH” dalam teks mereka termasuk kitab Injil mereka yang telah diketahui ramai segala terjemahan didalam injil telah di selewengkan dengan sesuka hati mengikut peredaran masa. Contoh yang boleh dilihat seperti ada satu petikan ayat yang menerangkan ORANG ISLAM HARAM MAKAN BABI. tetapi di ubah dengan ORANG ISLAM HARAM MAKAN BABI HUTAN. Pihak kafirun ini menambahkan Cuma satu ayat saja iaitu ditambah HUTAN maka keseluruhan ayat telah dimanipulasi oleh pihak laknattullah ini. Ertinya Orang Islam haram makan babi tetapi tidak babi bandar...Maka berhati-hatilah. Saya pasti ada agenda disebalik penggunaan perkataan ALLAH ini. Hati-hatilah dengan penjajahan bentuk baru ini. Sekiranya dibenarkan memakai perkataan “ALLAH” pada agama kristian maka tiada beza “ALLAH bagi orang Islam dengan kristian Cuma terpesongnya akidah orang Islam yang masih cetek dengan hukum hakam Islam (seperti remaja dan kanak-kanak) dengan memilih untuk tidak perlu mendirikan Solat kerana agama mereka ini tidak perlu solat ( maka ramailah orang islam yang tak sembahyang pulak…sekarang pun ramai yang X sempat solat kerana kesibukan hal-hal duniwi) sebab yang membezakan Islam dengan Kafir adalah sembahyang 5 waktu dan hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Sebab itulah Bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam hidup kita.
“BAHASA JIWA BANGSA”

Bahasa Melayu menjadi pilihan semula jadi kerana selain merupakan bahasa pemerintah Sriwijaya dan Kesultanan Melaka, bahasa ini juga mempunyai ciri-ciri lain yang menjadikannya dipilih sebagai bahasa perhubungan dan komunikasi dalam kalangan suku bangsa yang serumpun di Nusantara. Oleh sebab bahasa Melayu belum berkembang sehingga munculnya pelbagai bentuk bahasa seperti bahasa Jawa, maka proses pembelajaran bahasa Melayu adalah lebih mudah. Selain itu, sebutan perkataan¬perkataan dalam bahasa Melayu pun mudah. Seseorang itu tidak perlu memutarkan lidah untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga dianggap mempunyai bunyi sebutan yang merdu didengar seperti yang diakui oleh William Marsden pada tahun 1811:
“Bahasa Melayu yang pada pendapat kebanyakan orang berasal dari Semenanjung Tanah Melayu, dan dari situ bahasa itu telah tersebar ke seluruh pulau-pulau timur, sehingga menjadi lingua franca di bahagian dunia sebelah sini, dituturkan di serata tempat di sepanjang pesisiran pantai Sumatera, mengatasi yang lain-lain tanpa campuran bahasa¬-bahasa lain, di negeri Minangkabau dan jajahan takluknya yang berdekatan, dan bahasa ini difahami hampir di semua tempat di pulau Sumatera. Bahasa Melayu sangat digemari dan disanjung, memang sepatutnya demikian, kerana kelunakan dan kemerduan bun yinya, yang telah digelar sebagai bahasa Itali Timur. Ini adalah disebabkan oleh banyaknya bunyi vokal dan kelancaran dalam kata-katanya (dengan banyak bunyi sengau yang mungkin difikirkan sebagai tidak digemari) dan jarang-jarang terdapat kombinasi bunyi konsonan senyap yang kasar atau keras. Kualiti ini menjadikannya sangat sesuai untuk puisi, di mana orang Melayu telah menjadi ketagih terhadapnya.”
Kemerduan bunyi kata-kata dalam bahasa Melayu ini terus terserlah hingga kini. Sebagai buktinya, semasa pertandingan lagu-lagu antarabangsa diadakan di Shanghai, Siti Nurhaliza telah diminta menyanyikan lagu “Cindai” sekali lagi oleh para penonton. Keadaan yang sama juga berlaku kepada Sheila Majid apabila dia diminta menyanyikan lagu “Sinaran” sekali lagi dalam versi bahasa Melayu, bukan dalam versi bahasa Inggeris semasa berada di Jepun. Begitu juga halnya semasa pertandingan lagu peringkat akhir dalam program “Asia Bagus” diadakan di Jepun. Penyanyi Amy Mastura, dalam pertandingan itu, telah diminta oleh para penonton menyanyikan lagu Melayu yang dibawanya sekali lagi.
Tarikan yang ada pada bahasa Melayu ini menjadikan Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk menyatupadukan rakyat Indonesia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Sekiranya Indonesia memilih bahasa yang paling banyak penuturnya, iaitu bahasa Jawa sebagai bahasa rasmi, maka peranan bahasa Jawa sebagai lingua franca mungkin tidak dapat diterima dengan mudah oleh suku-suku bangsa lain di Indonesia. Sesuatu lingua franca bukan muncul hasil daripada paksaan. Penerimaan ini mesti datang daripada kerelaan hati orang yang menggunakannya. Bahasa Melayu menjadi lingua franca kerana semua suku bangsa di Nusantara telah dengan rela hati menerimanya. Penutur-penutur yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan penutur bahasa Jawa, tetapi orang Jawa tidak pernah mempersoalkan peranan bahasa Melayu walaupun di Indonesia..


ALLAH itu 'LORD OF THE UNIVERSE'.
Posted by Anak Sungai Derhaka at 11:52:00 AM
Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?
KENYATAAN MEDIA

ISU : PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"
Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.
Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.
Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:
"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).
Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak.
Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?
Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini. Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:
"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).
Sekian. Terima kasih.
Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.


Jangan Terlalu Laju, Bahaya! - Ust Zorkhanain Abidin

Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.

Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?

Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?

Agaknya begini…

SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.

Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.

Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.

PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.

Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.

Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.

PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?

Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa?

Saya sering terpandang di cermin-cermin kenderaan stiker yang bertulis, ‘Speed Kills’. Saya harap Ustaz Idris dan Ustaz Nasharudin jangan terlampau laju. Bahaya ustaz…!

No comments: