Tanda-tanda lain diabetes termasuklah:
1) Kekerapan membuang air kecil yang bertambah termasuklah pada waktu malam.
2) Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman yang manis.
3) Kehilangan berat badan.
4) Umumnya berasa tidak bermaya.
5) Ruam dan rasa gatal yang kerap berlaku, dikaitkan dengan jangkitan kulit.
6) Pemandangan yang kabur.
7) Rasa gatal di tempat-tempat sulit, jangkitan vagina di kalangan wanita.
8) Tangan dan kaki menjadi kebas.
9) Luka dan kudis yang lambat sembuh.
diabetes ibu segala penyakit
diabetes ibu segala penyakit: Dihidapi 2 orang setiap 10 saat di seluruh dunia selain komplikasi termasuk sakit jantung,buta,strok.di malaysia saja kira-kira1.33 juta rakyatnya di sahkan penghidap kencing manis.malangnya,apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.penghidapnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. dan risiko serangan [angin ahmar] risiko lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis.kencing manis yang tidak di kawal dengan baik bolih memendekan usia seseorang sehingga 10 tahun lebih awal,ada kalanya pesakit menunggu sehingga simptom datang sebelum mendapat rawatan,ada kala mereka lansung tidak sedar simptom yang di tunjukan tubuh mereka.ia hanya tahu di serang kencing manis apa bila kesihatan nya mula terganggu.
APA YANG BERLAKU APABILA ANDA MENGHIDAP DIABETES JENIS 2
KEGAGALAN SEL BETA:sel-sel beta dalam pankreas tidak menghasilkan insulin yang secukupnya.tanpa insulin.glukosa tidak dapat memasuki sel-sel ia tertingal dalam aliran darah.PEMANTAUAN SENDIRI:anda perlu buat pemeriksaan glukosa darah anda secara tetap untuk mengetahui sama ada perubahan gaya hidup dan pelan rawatan anda berkesan.ini bolih dilakukan melalui ujian yang mudah iaitu dengan mengunakan titisan darah dengan mencucuk hujung jari.paras gula dalam darah sepatutnya dalam julat 4 dan 7 mmol/L sebelum makan dan<10mmol/L 2 jam selepas makan.
[KENCING MANIS PEMBUNUH DALAM DIAM]
KOMPLIKASI AKUT PADA PESAKIT KENCING MANIS...YANG PERLU TAHU.....
(1)HIPOGLISEMIA. paras gula yang sangat rendah.bolih berlaku apabila pesakit mengambil terlalu banyak insulin atau pil diabetes.tidak makan atau lewat makan.atau terlebih mengambil ubat ubatan untuk masalah kesihatan lain bolih menyebabkan penurunan paras gula dalam darah.jika paras gula dalam darah ini tidak di kembalikan ka paras normal dengan segera, ia bolih menyebabkan [sawan atau koma hipoglisemia].(2)pesakit diabetes yang mempunyai tekanan darah serta paras kolesterol yang tinggi mungkin juga mendapat penyakit salur darah.(serangan jantung atau strok.) tinjauan kesihatan kebangsaan.(the national health and morbidity survey II.[NHMSII]) yang di adakan pada tahun 1997 menunjukkan bahawa di kalangan pesakit diabetes di malaysia,10.9% mempunyai tekanan darah tinggi dan 22.8% mempunyai hiperkolesterolemia.di samping itu. serangan jantung dan strok adalah penyebab kematian yang utama dan ketiga penting di malaysia..pesakit diabetes juga bolih mengalami masalah peredaran darah yang lemah akibatnya melambatkan penyembuhan apabila luka.mudah terkena jangkitan pada kulit.dan mudah berlaku kerosakan pada kaki dan tangan.serta kegagalan ereksi (MATI PUCUK.)
No comments:
Post a Comment