16 December 2009

44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda

28 November 2009 1235Hrs. Permatang Palas, Benut.
44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda
1. Kurangkan makan bawang besar
2. Kurangkan makan berempah
3. Kurangkan makan ketumbar kering
4. Kurangkan menonton hiburan
5. Kurangkan membaca majalah hiburan
6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain-lain)
8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak
9. Jangan makan kepala ikan
10. Jangan minum air yang ada semut
11. Jangan tidur selepas subuh
12. Jangan tidur selepas asar
13. Jangan tidur selepas makan
14. Jangan makan terlalu kenyang
15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
19. Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
20. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
21. Selalu makan makanan yang panas2
22. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
23. Selalu minum air masak
24. Selalu makan ulam2
25. Selalu mengamalkan pandangan hijau
26. Selalu bersenam
27. Selau menggunakan imajenasi otak
28. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
29. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana
disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama
pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan
seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian
berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
30. Jangan ego
31. Jangan dengki pada orang lain
32. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
33. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
34. Jangan makan makanan yang ada pewarna
35. Jangan makan makanan yang ada pengawet
36. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
37. Jangan mandi selepas 9.00malam
selamat beramal.....
38. Jangan sengaja lewatkan solat.
39. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Pesan Imam Ghazali,
40. "Yang Dekat Itu Mati,
41. Yang Jauh Itu Masa,
42. Yang Besar Itu Nafsu,
43. Yang Berat Itu Amanah,
44. Yang Indah Itu Solat".
Kematian Hati dan Penghuni Neraka
Terdapat 4 sebab yang menyebabkan hati mati

1. Banyak tidur
2. Banyak makan
3. Banyak ketawa
4. Banyak bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah.
Terdapat 4 golongan wanita yang di janjikan Allah sebagai ahli neraka.
1. Apabila suaminya bersamanya ia akan menyakiti hati suaminya dan apabila
suaminya berpergian ia akan mengkhianati suaminya.
2. Wanita yang memaksa suaminya menunaikan kehendaknya yang mana tidak
termampu oleh suaminya.
3. Wanita yang tidak menutup aurat dari lelaki anjabi dan keluar dari rumahnya
dalam keadaan menghias diri.
4. Wanita yang tidak mahu membuat kerja-kerja di rumah (tahu makan dan tidur
sahaja) dan tidak mahu mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Sampaikanlah Kepada Wanita
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu
lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-
malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah
di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan :
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu dikapak-kapakkan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, dan sebagainya....

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
...........................................
Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..

Dicatat oleh Redzwan pada 28/11/2009 09:33:00 AM

No comments: