BismillahHirahmanirRahim... الحمد لله syukur kepada الله Everything happening with الله permission : #Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله. Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله.. Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
30 December 2009
DIALOG IBLIS DENGAN RASULULLAH S.A.W
DIALOG IBLIS DENGAN RASULULLAH S.A.W
Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia mendatangi Rasulullah S.A.W untuk memberitahu segala rahsianya tentang hal-hal yang disukai maupun dibencinya. Maksudnyanya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad S.A.W dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap Rasullullah S.A.W. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang ditanyakan oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan semua bahagian anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras." Demi mendengar kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah S.A.W dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah S.A.W. Maka sembah Iblis (laknatullah), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan tidak menjawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau mencuba menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil disebabkan hasutanmu, Nabi Ayub kau tiup dengan asap racun pada saat ia sedang sujud hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Nabi dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja yang tidak aku jawab kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa mahumu hingga menemui aku?". Sembah Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan marah. kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat mengenali hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanyakan akan hamba terangkan satu persatu dengan sebenarnya, tak satupun hamba berani menyembunyikannya." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu. "Setelah mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekalian umatku.
Pertanyaan Nabi (1): "Hai Iblis! Siapakah musuh engkau yang paling besar dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini. "Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun sama seperti aslinya, kecuali hanya diri tuan yang tidak dapat hamba tiru kerana dicegah oleh Allah. Seandainya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabut itikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekalian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."
Pertanyaan Nabi (2): "Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu terhadap makhluk Allah?"
Jawab Iblis: "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang bukan pada tempatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, suka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda seperti emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang rasa malu dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan tahan mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takabur, megah, sombong dan menunjuk-nunjukkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."
Pertanyaan Nabi (3): "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu ? Siapa yang memanjangkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?"
Jawab Iblis: "Semua itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur menjadikan hamba menjadi sejahat - jahatnya. Tuan lebih tahu bahwa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada seluruh Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah menjadikan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekalian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekalian bidadari. Hamba bertambah dengki dan dendam kepada mereka. Akhirnya hamba berhasil menipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat ( dari berita langit ), dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid'ah dan kacau bilau. Tetapi pada saat tuan lahir ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."
Pertanyaan Nabi (4): "Hai Iblis! Apakah yang pertama kali engkau tipu pada manusia?"
Jawab Iblis: "Pertama sekali hamba palingkan niatnya, imannya kepada kafir dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemauan jalan hamba"
Pertanyaan Nabi (5): "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?"
Jawab Iblis: "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gemetarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, senantiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya senantiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka seberat-beratnya."
Pertanyaan Nabi (6): "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?"
Jawab Iblis: "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."
Pertanyaan Nabi (7): "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?"
Jawab Iblis: "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."
Pertanyaan Nabi (8): "Jika umatku berpuasa kerana Allah, apa yang terjadi pada dirimu?"
Jawab Iblis: "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami." "Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan dengan bulan biasa."
Pertanyaan Nabi (9): "Hai Iblis! Bagaimana sekalian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis: "Sekelian sahabat tuan juga adalah seteru hamba yang paling besar. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. kerana tuan sendiri telah berkata ,"Sekalian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Sayidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan, hamba tidak dapat hampir kepadanya, apalagi setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekalian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Apalagi dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan kawin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Sayidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apa lagi tuan telah mengatakan,"JIKALAU ada Nabi sesudah aku maka Umar pasti menggantikan aku", kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Sayidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak bisa mendekati, kerana lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."Sayidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada semua berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata,"Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu tuan menjadikan hamba bertambah takut kepadanya."
Pertanyaan Nabi (10): "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat. "Yang kedua umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba tarik ke mana saja mengikut kehendak hamba. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba goda minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, berkelahi sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."
Pertanyaan Nabi (11): "Siapa yang serupa denganmu?"
Jawab Iblis: "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam."
Pertanyaan Nabi (12): "Siapa yang mencahayakan mukamu?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
Pertanyaan Nabi (13): "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."
Pertanyaan Nabi (14): "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Pertanyaan Nabi (15): "Dengan jalan apa tipu dayamu boleh dilawan manusia?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Pertanyaan Nabi (16): "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Pertanyaan Nabi (17): "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya terjaga di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba jadikan dia terlena hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isya, hamba beratkan hatinya untuk solat."
Pertanyaan Nabi (18): "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam."
Pertanyaan Nabi (19): "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"
Pertanyaan Nabi (20): "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu "
Tanda-tanda lain diabetes
1) Kekerapan membuang air kecil yang bertambah termasuklah pada waktu malam.
2) Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman yang manis.
3) Kehilangan berat badan.
4) Umumnya berasa tidak bermaya.
5) Ruam dan rasa gatal yang kerap berlaku, dikaitkan dengan jangkitan kulit.
6) Pemandangan yang kabur.
7) Rasa gatal di tempat-tempat sulit, jangkitan vagina di kalangan wanita.
8) Tangan dan kaki menjadi kebas.
9) Luka dan kudis yang lambat sembuh.
diabetes ibu segala penyakit
diabetes ibu segala penyakit: Dihidapi 2 orang setiap 10 saat di seluruh dunia selain komplikasi termasuk sakit jantung,buta,strok.di malaysia saja kira-kira1.33 juta rakyatnya di sahkan penghidap kencing manis.malangnya,apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat kerana berdepan salah satu komplikasi diabetes.penghidapnya berdepan pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah jantung termasuk kegagalan fungsi jantung. dan risiko serangan [angin ahmar] risiko lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis.kencing manis yang tidak di kawal dengan baik bolih memendekan usia seseorang sehingga 10 tahun lebih awal,ada kalanya pesakit menunggu sehingga simptom datang sebelum mendapat rawatan,ada kala mereka lansung tidak sedar simptom yang di tunjukan tubuh mereka.ia hanya tahu di serang kencing manis apa bila kesihatan nya mula terganggu.
APA YANG BERLAKU APABILA ANDA MENGHIDAP DIABETES JENIS 2
KEGAGALAN SEL BETA:sel-sel beta dalam pankreas tidak menghasilkan insulin yang secukupnya.tanpa insulin.glukosa tidak dapat memasuki sel-sel ia tertingal dalam aliran darah.PEMANTAUAN SENDIRI:anda perlu buat pemeriksaan glukosa darah anda secara tetap untuk mengetahui sama ada perubahan gaya hidup dan pelan rawatan anda berkesan.ini bolih dilakukan melalui ujian yang mudah iaitu dengan mengunakan titisan darah dengan mencucuk hujung jari.paras gula dalam darah sepatutnya dalam julat 4 dan 7 mmol/L sebelum makan dan<10mmol/L 2 jam selepas makan.
[KENCING MANIS PEMBUNUH DALAM DIAM]
KOMPLIKASI AKUT PADA PESAKIT KENCING MANIS...YANG PERLU TAHU.....
(1)HIPOGLISEMIA. paras gula yang sangat rendah.bolih berlaku apabila pesakit mengambil terlalu banyak insulin atau pil diabetes.tidak makan atau lewat makan.atau terlebih mengambil ubat ubatan untuk masalah kesihatan lain bolih menyebabkan penurunan paras gula dalam darah.jika paras gula dalam darah ini tidak di kembalikan ka paras normal dengan segera, ia bolih menyebabkan [sawan atau koma hipoglisemia].(2)pesakit diabetes yang mempunyai tekanan darah serta paras kolesterol yang tinggi mungkin juga mendapat penyakit salur darah.(serangan jantung atau strok.) tinjauan kesihatan kebangsaan.(the national health and morbidity survey II.[NHMSII]) yang di adakan pada tahun 1997 menunjukkan bahawa di kalangan pesakit diabetes di malaysia,10.9% mempunyai tekanan darah tinggi dan 22.8% mempunyai hiperkolesterolemia.di samping itu. serangan jantung dan strok adalah penyebab kematian yang utama dan ketiga penting di malaysia..pesakit diabetes juga bolih mengalami masalah peredaran darah yang lemah akibatnya melambatkan penyembuhan apabila luka.mudah terkena jangkitan pada kulit.dan mudah berlaku kerosakan pada kaki dan tangan.serta kegagalan ereksi (MATI PUCUK.)
16 December 2009
44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda
44 Perkara Yang membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda
1. Kurangkan makan bawang besar
2. Kurangkan makan berempah
3. Kurangkan makan ketumbar kering
4. Kurangkan menonton hiburan
5. Kurangkan membaca majalah hiburan
6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain-lain)
8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak
9. Jangan makan kepala ikan
10. Jangan minum air yang ada semut
11. Jangan tidur selepas subuh
12. Jangan tidur selepas asar
13. Jangan tidur selepas makan
14. Jangan makan terlalu kenyang
15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
19. Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
20. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
21. Selalu makan makanan yang panas2
22. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
23. Selalu minum air masak
24. Selalu makan ulam2
25. Selalu mengamalkan pandangan hijau
26. Selalu bersenam
27. Selau menggunakan imajenasi otak
28. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
29. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana
disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama
pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan
seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian
berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
30. Jangan ego
31. Jangan dengki pada orang lain
32. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
33. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
34. Jangan makan makanan yang ada pewarna
35. Jangan makan makanan yang ada pengawet
36. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
37. Jangan mandi selepas 9.00malam
selamat beramal.....
38. Jangan sengaja lewatkan solat.
39. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Pesan Imam Ghazali,
40. "Yang Dekat Itu Mati,
41. Yang Jauh Itu Masa,
42. Yang Besar Itu Nafsu,
43. Yang Berat Itu Amanah,
44. Yang Indah Itu Solat".
Kematian Hati dan Penghuni Neraka
Terdapat 4 sebab yang menyebabkan hati mati
1. Banyak tidur
2. Banyak makan
3. Banyak ketawa
4. Banyak bercakap mengenai perkara yang tidak berfaedah.
Terdapat 4 golongan wanita yang di janjikan Allah sebagai ahli neraka.
1. Apabila suaminya bersamanya ia akan menyakiti hati suaminya dan apabila
suaminya berpergian ia akan mengkhianati suaminya.
2. Wanita yang memaksa suaminya menunaikan kehendaknya yang mana tidak
termampu oleh suaminya.
3. Wanita yang tidak menutup aurat dari lelaki anjabi dan keluar dari rumahnya
dalam keadaan menghias diri.
4. Wanita yang tidak mahu membuat kerja-kerja di rumah (tahu makan dan tidur
sahaja) dan tidak mahu mentaati Allah, Rasul dan suaminya.
Sampaikanlah Kepada Wanita
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)
akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu
lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-
malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah
akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah
di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan :
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu dikapak-kapakkan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, dan sebagainya....
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
...........................................
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
Dicatat oleh Redzwan pada 28/11/2009 09:33:00 AM
Your Name
What your name says about you....Try it! quite accurate.
Eg:
J - Jealously
O - You are very open-minded
E - You are a very exciting person
Y - You cause a lot of trouble
K-You like to try new things.
E-You are a very exciting person.
N-You like to work, but you always want a break.
T-You have an attitude, a big one.
What you do is find out what each letter of your name means. Then
connect all the meanings and it describes you. If you have double or
triple
letters, just count the meaning once.
A-You can be very quiet when you have something on your mind.
B-You are always cautious when it comes to meeting new people.
C-You definately have a partier side in you, don't be shy to show it.
D-You have trouble trusting people.
E-You are a very exciting person.
F-Everyone loves you.
G-You have excellant ways of viewing people.
H-You are not jugdmental.
I-You have a bad temper sometimes.
J-Jealously
K-You like to try new things.
L-Love is a hard word for you to comprehend.
M-Success comes easily to you.
N-You like to work, but you always want a break.
O-You are very open-minded.
P-You have a lack of understanding people, you only focus on you.
Q-You are a hypocrite.
R-You are a social butterfly.
S-You are very close-minded.
T-You have an attitude, a big one.
U-You feel like you ahve to equal up to people's standards.
V-You are very verbal.
W-You like your privacy.
X-You never let people tell you what to do.
Y-You cause a lot of trouble.
Z-You're always fighting with someone.
Tarikh Lahir Kita
Petikan ini saya dapati daripada laman web SHUKUR.com
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir.. kalu no: 8.. tuh power giler tuh !
------------------------------------------------------------
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd Nancy, Reagan, Requel Welach
-----------------------------------------------------------
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.
-----------------------------
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
---------------------------------------
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
----------------------------------------
5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
--------------------------------------
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
--------------------------------------
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
-------------------------------------
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
-------------------------------
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
ubject: RaMaLan TaRIkH lAhIr Sun Aug 23, 2009 6:25 am
Berikut adalah senarai ramalan melalui bulan lahir seperti yang telah
dinyatakan oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah melalui kajian beliau selama
25 tahun. Ramalan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan, tetapi
janganla percaya bulat-bulat pada ramalan ini dan terus menilai
seseorang melaluinya. Semoga ramalan ini dapat memberi idea dan panduan
yang berguna buat kita kelak. Sekian.
Bulan Januari
Bercita-cita
tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah
melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat
sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam
kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi,
mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang
selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup
sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada
segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat
tinggi.
Bulan Februari
Berfikiran
abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan
genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak
pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras
hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak
apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka
dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang
remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani
dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada
harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka
hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada
dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang
tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk
mempamerkan emosi
Bulan Mac
Personaliti
yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam
rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati,
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran,
suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan
kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan
sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka
diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih
pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang
muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan
terlalu moody.
Bulan April
Sangat
aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental
yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai
memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat
berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang,
sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi,
kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat
keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai
mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di
sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.
Bulan Mei
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran
yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati
orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik
dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap
pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk,
bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat,
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu,
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang
tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik,
kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta
melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam,
tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.
Bulan Jun
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik,
berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan
moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya
aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera,
bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan
yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat,
suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah
berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai
mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka
berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang
mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada
barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak
terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah
kawan
Bulan Julai
Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti
terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan
maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah
apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga
hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah
terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan
tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara
fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang,
layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati,
pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian,
mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan
peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah,
suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali
terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak
kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih,
terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.
Bulan Ogos
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring
terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas
dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan
bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian,
semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah
marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang
tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin
dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan
dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa
penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih,
penyayang, suka mencari kawan.
Bulan September
Sangat
bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur,
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai
bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat
prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan
sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang
banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah
belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik,
pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat
yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong,
kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan,
terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik
Bulan Oktober
Suka
sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah,
sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak
pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan
kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak
lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang
kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka
terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan
dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat
kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni,
pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah
terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan
luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah
patah semangat.
Bulan November
Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya,
berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan
idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang
sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti,
personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah,
setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila
hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah
kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai
muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat
tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan
semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba
sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka
duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur,
setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi,
bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
Bulan Disember
Sangat
setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan
pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi,
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok
didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian
dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai
berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego
walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak,
pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik