23 June 2009

APNEA.

topik har ini ialah APNEA.

apa itu apnea??
apnea adalah sejenis sindrom x bleh tido nyenyak. dan gangguan pernafsan [dengkur..bla bla bla..]
Apnea merupakan dari perkataan Yunani yang membawa maksud "tanpa nafas".

simptom;
Berdengkur dengan kuat mungkin satu petanda bahawa terdapat masalah pernafasan ketika tidur. Berdengkur menunjukkan bahawa saluran udara tidak terbuka dengan sempurna, dan bunyi dengkuran adalah akibat cubaan memaksa udara mengalir melalui aluran yang sempit. Dianggarkan 10% sehingga 30% orang dewasa tidur berdengkur, dan kebanyakan mereka tidak mempunyai masalah perubatan yang serius, sekadar tahap serdahana. Dianggarkan lima dari setiap seratus orang yang berdengkur, biasanya lebih berat badan, berusia separuh abad, berdengkur dengan amat kuat. Ini adalah tanda-tanda awal masalah yang boleh mengancam nyawa: Apnea tidur tersumbat.

ingat..dengkur bukan sahaja melibatkan org gemuk dan yg penat. anda juga mungkin mengalami nya.
ok??

kesan apnea;
Dalam setiap kejadian Apnea, pengidap Apnea akan berhenti bernafas ketika tidur. Otak akan mengejutkan penghidap Apnea seketika untuk mereka terus bernafas, tetapi akibat sampingannya adalah tidur yang terganggu dan tidak berkualiti.
sian....tp dun worry, ade penyelesainnye.

penyelesaian/rawatan;
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang direka khusus untuk merawat pengidap Apnea tidur agar mereka dapat bernafas dengan normal dan menghilangkan masalah tidur mereka. Di antara jenis rawatan yang boleh digunakan untuk merawat Apnea tidur dan memastikan pengidap Apnea tidur dapat tidur dengan nyenyak adalah :-

1. CPAP (continious positive airway pressure.) Tekanan Salur Udara Berterusan. Bekalan udara bertekanan tinggi dipamkan secara berterusan melalui saluran ke dalam hidung melalui topeng pernafasan. Ini akan menghalang saluran udara daripada tersumbat ketika sedang tidur. Paras tekan udara yang bersesuaian dengan seseorang individual untuk memastikan saluran pernafasannya kekal terbuka ditentukan dalam pemerhatian yang dilakukan ketika penghidap Apnea sedang tidur. Apabila aras CPAP telah ditetapkan, pesakit berterusan menggunakan CPAP di rumah, pola tidur kembali normal dan paras oksigen dalam darah bertambah baik, tanda dan simptom mengantuk yang melampau pada siang hari akan hilang. Kajian juga mendapati pertambahan dalam kebolehan berfikir (kognitif), daya ingatan, daya tumpuan, dan fungsi psikologi.
http://www.canpap.org/index.html (Continuous Positive Airway Pressure)

2. Tekanan Positif Laluan Udara Dua Arah (Bilevel positive airway pressure - BiPAP). Rawatan ini juga menggunakan topeng pernafasan yang diletakkan pada hidung yang membolehkan kawalan tekanan udara tinggi ketika menyedut dan tekanan udara tinggi rendah ketika menghembus nafas. Ini juga bertujuan untuk menghalang saluran pernafasan daripada tersumbat (collapse). Tekanan udara ini akan memastikan pengidap Apnea dapat bernafas dengan normal ketika sedang tidur dan tidak lagi menghadapi masalah untuk tidur dengan nyenyak.
Anderson Mask

3. Peranti mulut (mouthguards) Rawatan ini menggunakan penjaga mulut, biasanya diperbuat daripada plastik, untuk mengekang rahang atau lidah ke hadapan, dengan itu memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka.

4. Ubat-ubatan untuk menggalakkan pernafasan seperti theophylline, aminophylline, atau caffeine.

5. Mesin pernafasan (Mechanical ventilation). Bagi bayi pra-matang yang menghadapi masalah Apnea tidur yang teruk, mesin pembantu pernafasan mungkin digunakan secara berkala atau apabila bayi mengalami Apnea.

6. Perangsang berkala atau katil bergoyang untuk bayi yang mengidap Apnea tidur.

Rawatan2 lain;
Rawatan lain seperti mengurangkan berat badan, penggunaan oksigen tambahan, dan ubat-ubatan tambahan tidak menunjukkan reaksi yang begitu baik disebabkan yang berikut:-

1. Kehilangan berat badan mengurangkan bilangan dan tahap Apnea tetapi pada kebiasaannya penghidap Apnea juga pada tahap teruk juga mempunyai saluran pernafasan yang tidak normal, yang tidak dapat diatasi dengan mengurangkan berat badan semata-mata.

2. Bekalan oksigen tambahan menunjukkan kejayaan yang tidak menentu. Hanya sebahagian pesakit mencapai kejayaan dengan kaedah rawatan ini. Rawatan oksigen tambahan perlu dilakukan secara percubaan, di bawah penyeliaan doktor.

3. Secara keseluruhannya ujian menggunakan ubat-ubatan untuk mengawal Apnea tidur tersumbat mendapat kejayaan terhad walaupun sesetengah pesakit yang menghadapi Apnea disebabkan hidung tersumbat dapat dibantu dengan penggunaan ubat pelega hidung (nasal decongestants)

No comments: