Apa Itu Maruah?
- penjagaan maruah diri (remaja)
Setiap orang sudah pasti mengimpikan kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan. Tetapi untuk berjaya tidak beroleh hanya berpeluk tubuh atau mengharapkan kepada takdir semata-mata.
• Setiap orang yang ingin mencapai kejayaan hidup perlu menghadapi pelbagai rintangan sebelum mencapai kejayaan. Seperti kata pepatah; jika tidak dipecahkan ruyung masakan akan dapat sagunya.
• Sesungguhnya hanya individu yang cekal, bijak, dan mempunyai cita-cita yang tinggi sahaja mampu melepasi rintangan untuk menuju ke puncak kejayaan.
• Sebenarnya kejayaan dalam bidang apa sekalipun adalah nilai diri atau maruah diri seseorang. Individu yang berjaya, sentiasa mementingkan harga diri agar seiring dengan kejayaan yang dicapai.
• Sebaliknya, individu yang gagal mempertahankan maruah diri akan berdepan dengan pertentangan nilai hidup antara kejayaan yang dicapai, dan maruah yang tercalar yang secara langsung memberi kesan kepada keseluruhan hidupnya.
•
• Sebab itu kerajaan amat menekankan kepada kecemerlangan yang seimbang dalam semua aspek. Falsafah Pendidikan Negara menetapkan matlamat untuk melahirkan individu-individu pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi.
• Ketika melalui usia remaja memang terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang, terutama dari segi emosi, seks dan fizikal. Sebenarnya usia remaja adalah permulaan kepada membentuk personaliti.
• Kehidupan dalam usia remaja banyak dipengaruhi persekitaran; di mana tempat tinggal, dengan siapa berkawan, serta pengaruh media juga tidak kurang hebatnya. Penguasaan ibu bapa terhadap anak di peringkat usia remaja semakin berkurangan, melainkan jika sejak usia kanak-kanak lagi ibu bapa telah berjaya menerap amalan hidup berkeluarga yang kuat.
• Remaja perlu mempunyai perancangan yang jelas dalam minda untuk meletakkan diri pada landasan yang betul menuju kehidupan dewasa yang berjaya berbekalkan pendidikan yang baik dan budi pekerti yang luhur.
• Perancangan amat penting untuk menentukan kejayaan hidup. Sesiapa yang tidak menetapkan perancangan seolah berada di sebuah dunia khayalan. Remaja yang tidak mempunyai perancangan hidup mengisi masa remaja dengan aktiviti yang mereka fikirkan memberi kepuasan, tidak perlu bersusah payah, dan ikut apa sahaja kehendak hati.
•
• Apa yang jelas, ramai remaja yang tidak mementingkan maruah hidup tanpa hal tujuan. Malah, mereka tidak memahami apa itu maruah. Bagi mereka maruah hanya dikaitkan dengan hubungan sesama mereka. Remaja mudah terasa tercabar jika dipermainkan sesama mereka. Pantang sahaja dicabar akan terus disahutnya.
• Sebaliknya, mereka tidak ambil peduli jika yang menegur itu ibu bapa atau orang dewasa. Mereka menganggap orang dewasa tidak memahami perasaan atau jiwa remaja. Kononnya, zaman ketika ibu bapa melalui usia remaja dahalu tidak sama dengan zaman apa yang mereka lalui sekarang.
• Fenomena ini menjadi punca mengapa masalah moral remaja semakin meruncing. Dalam hal ini bukan ibu bapa dan orang dewasa tidak berperanan membentuk moral remaja ke arah kebaikan, tetapi remaja sendiri tidak mahu menerima apa yang difikirkan baik untuk mereka.
• Dalam menilai diri, remaja perlu jujur mengenali diri sendiri. Kesilapan yang biasa berlaku ialah apabila individu tidak mengenali diri sendiri; yakni kelebihan dan kelemahan diri. Sebab inilah menjadi punca mengapa remaja tidak merebut peluang yang baik untuk mereka.
• Ahli falasafah Yunani yang terkenal, Aristotle pernah mengatakan bahawa kita menjadi apa yang selaku kita lakukan. Sekiranya kita ingin mencapai kecemerlangan, maka perlulah selalu melakukan apa yang membolehkan mencapainya. Sesungguhnya kecemerlangan tidak dapat dicapai dengan menggunakan jalan pintas yang mudah tanpa mengikut peraturan.
•
• Untuk menilai diri, terdapat dua unsur yang perlu dikenal pasti mengenai kencenderungan diri iaitu ekstrovert dan introvert. Nilai-nilai diri ini saling mempengaruhi antara satu sama lain.
• Sikap ekstrovert ialah orang yang berminat terhadap hal yang berlaku sekitarnya, berfikiran terbuka, dan suka bergaul. Dia menunjukkan sikap ramah, lancar dalam pergaulan, berkeyakinan, mudah mesra, gembira, dan tidak pentingkan diri sendiri.
• Remaja yang tergolong dalam sifat ini memiliki kualiti hidup yang baik dengan sentiasa mengutamakan nilai yang baik dan menghargai diri sendiri. Di dalam diri terdapat semangat ingin melakukan kebaikan tanpa perlu diingatkan berulang kali oleh individu lain.
• Remaja yang bersikap ekstrovert juga mempunyai pemikiran dan daya imaginasi yang baik. Dia meletakan matlamat hidup pada kedudukan yang tinggi sebagai satu motivasi untuk berusaha mencapainya. Cabaran yang dihadapi dianggap sebagai rutin hidup yang menggembirakan.
• Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai sifat berdikari. Dia yakin membawa diri untuk meletakkan dirinya lebih dewasa, dan mampu untuk melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawab dalam masyarakat.
•
• Golongan ini lebih berminat untuk bercampur gaul dengan mereka berusia lebih tua. Melalui pergaulan itu membolehkan mereka mengutip pengalaman yang berguna. Hal ini dapat meningkatkan lagi motovasi dan keyakinan diri.
• Dengan sifat ekstrovert memudahkan seseorang itu menikmati hidup dengan penuh makna. Biarpun ada apa yang diusahakan tidak tercapai, perjuangan tetap diteruskan. Apa yang penting bagi mereka bukan semestinya sampai di destinasi, tetapi apa yang telah dilakukan sepanjang pengalaman menuju destinasi.
• Manakala orang yang memiliki sifat introvert pula lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaannya sendiri. Orang bersifat introvert selalu menunjukkan sifat mementingkan diri sendiri, egois, syok sendiri, terbatas pergaulan, pediam, tiada keyakinan diri, pemarah dan singkat akal.
• Diperhatikan bahawa individu bersifat introvert tidak mementingkan maruah, biarpun mereka mementingkan diri sendiri. Apa yang dilakukan lebih kepada melayan kehendak sendiri tanpa memikirkan kenyataannya. Dia lebih mementingkan kebebasan untuk memilih menentukan sendiri apa yang ingin dilakukan.
• Dalam hal ini, pandangan orang lain biasanya tidak lagi diperdulikan. Hidup yang dilalui hanya terbatas kepada apa yang sedangkan dilakukan, tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Nasihat ibu bapa dianggap menyekat kebebasan, dan seperti melayan mereka masih budak kecil.
•
• Mereka yang bersifat introvert tidak ada perancangan hidup. Apa yang dilakukan hari ini adalah untuk hari ini. Sebab itu golongan ini mudah terpengaruh dengan aktiviti bersuka-suka, memuaskan keinginan, membazirkan masa, serta bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir kesannya.
• Kadang-kadang golongan ini sedar kesalahan yang dilakukan, tetapi tidak berusaha untuk berubah. Mereka sentiasa merasa rendah diri dan tidak berkemampuan berbanding orang lain.
• Biasanya mereka menganggap kejayaan hanya menjadi milik orang lain. Sekiranya diberitahu mereka juga dapat berjaya sepertimana orang lain, hal itu dikatakan satu perkara yang mustahil, sedangkan mereka belum berusaha melakukan apa-apa lagi.
• Oleh itu setiap remaja perlu menilai diri sendiri dan menentukan sama ada berada dalam golongan eksrovert atau introvert. Binalah maruah diri yang membawa ke arah kehidupan berjaya cemerlang.
No comments:
Post a Comment