29 August 2017

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita

Wanita adalah mahluk yang lembut, hatinya sangat mudah tersayat. Ketika seorang wanita sudah mencintai seorang pria, mereka akan benar-benar mencintai seorang pria.
Berbeda dengan wanita, Lelaki mudah sekali untuk bosan. Terkadang lelaki yang sudah bosan akan mencari-cari alasan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya.
Alasan itulah kenapa seorang wanita perlu selektif dalam menerima seorang lelaki, wanita harus mengetahui sejak seorang lelaki mendekatinya.

Berikut adalah 6 tanda seorang lelaki yang benar-benar mencintai wanita.
Pria yang sedang jatuh cinta
lelaki yang sedang jatuh cinta

6 Tanda lelaki Serius Mencintai Wanita

Tidak semua lelaki menunjukan rasa cinta dengan memberi hadiah, mengajak ke tempat romantis, atau hal-hal yang membuat wanita terpikat.

1. Menyentuh Anda di Tempat Umum

Sikap menunjukan bahawa Anda tidak ingin dimiliki lelaki lain merupakan ciri yang pertama. Dia berani mengalihkan perhatian kamu dengan menyentuh tangan kamu.
Mendakap atau Melingkarkan tangannya di bahu kamu merupakan ciri-ciri lelaki yang menyukai kamu. Dia juga bahkan berani untuk mencubit pipi atau hidung kamu di depan teman-teman kamu.

2. Peduli dengan Diri Kamu

Ketika kamu meminta bantuan dia, tidak mungkin bagi dirinya untuk menolaknya. Dia peduli dengan hal-hal kecil disekitar kamu, bahkan dia juga mengingatkan kamu seperti makan, tidur, apa yang sedang kamu buatkan.
Tidak semua pria menunjukan rasa peduli dengan cara ini, tetapi kebanyakan lelaki memang mengiakan. Beberapa pria menunjukan rasa peduli dengan bukti langsung, tidak dengan kata-kata.

3. Bisa Mengalah

Lelaki yang sedang jatuh cinta biasanya akan melakukan apa saja untuk kamu, bahkan mengalah untuk kepentingan lain. Ego, sifat keras kepala, dan keangkuhan lelaki bisa luluh ketika menyukai seseorang.
Sebaiknya kamu memberikan signal positif jika memang menyukai lelaki tersebut, dan jangan memberikan harapan palsu.

4. Kamu Selalu Dalam Fikirannya

Ketika seorang lelaki menunjukan kesamaan dengan kamu, ertinya dia sedang jatuh cinta kepada kamu. Kamu menyukai lelaki A, musik B. Seorang lelaki yang mencintai kamu akan suka dengan apa yang kamu suka.
jatuh cinta
jatuh cinta” width


Bahkan dia bboleh meniru apa yang menjadi kebiasaan kamu, bagaimana cara kamu berbicara, ekspresi kamu. Dia akan mengajak kamu berbicara tentang kesukaan kamu.
Dalam fikiran lelaki tersebut yang ada adalah kamu.

5. Menghormati Kamu

Dia akan menghormati kamu, dia peduli dengan kehidupan dan kegiatan kamu. Bersikap baik dan memberi pujian. Dia juga mengingat jadual kegiatan kamu.
Bahkan ketika kamu melakukan kesalahan, dia akan mengingatkan kamu. Itu adalah sebagai bentuk rasa hormat kepada kamu.

6. Dia Mengatakannya

Agak sulit untuk lelaki menahan rasa suka terhadap seorang wanita. Rasa sakit akan timbul di hati seorang lelaki. Mengungkapkan rasa Cinta kepada wanita adalah cara mengubati rasa sakit itu, lelaki yang jatuh cinta tidak akan kekok menyebutkan I Love you kepada kamu. Untuk beberapa lelaki pemalu, mereka melakukan hal ini dengan cara yang lain.

sekian

Ada orang


Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh.

Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.

Ada orang dah bangun tapi tidur balik.

Ada orang subuh memang tak bangun2.

Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.

Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.

Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.

Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi

Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.

Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar jee, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.

Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member2.

Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.

Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.

Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.

Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..

Bila ajal menjemput secara mengejut...

Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang y akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang y akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.

Dan ada orang y mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.

Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending kah, atau happy ending ?

Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.

Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2 kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.

Ingat sahabat2, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan dah untuk kita ke syurga.

MANFAATKANLAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN.

#Redz Wang
♡29Ogos17
#carimasakita

27 August 2017

Amalan 1 hingga10 Zulhijjah

Rujuk Nota Kuliah Sheikh Said di Masjid Al Hidayah Penchala pada 22 Ogos 2017 berkenaan amalan-amalan di dalam masa 10 hari Zulhijjah mulai 23 Ogos 2017@ 1 Zulhijjjah 1438Hijrah:
🌈Allah gandakan pahala hingga 700x dari hari-hari lain segala amalan sekecil mana pun Ikhlas kerana Allah Taala.

🔸1. Zikir

🔸2. Puasa 9 hari (1 hari jauh neraka 70 tahun x 10 hari)

🔸3. Khatam al Quran (1 huruf 700pahala x 11 hari )

🔸4. Baca Takbir  Allahuakbar.
Laila haillallah huwahdahu sharikalah. Lahul Mulk walahul hamdu. Wahuala qullishai inkqodiir. (Pahala Bebas 10 hamba/dapat 100 pahala/ hapus 100 dosa/& Allah jaga kita dari syaitan

🔸5. Subhanallah wabihamdihi subhanallah wabihamdih.  (Allah hapus dosa sebanyak buih dilautan/ sebut 1x  Allah tanam 1 pokok kurma di syurga/ tapi di 10 hari bulan Zulhijjah Allah gandakan tanam 700 pokok.)

🔸6. Qiyamullail. ( Setiap kali sujud Allah angkat 1 darjat dalam syurga/ tapi Zulhijjah Allah angkat 700 darjat) setiap solat 2 rakaat ada 4 sujud.

🔸7. Dapat pahala Haji dan Umrah yang sempurna. (Jikà Solat subuh di masjid takbir sama-sama imam./ Duduk dalam masjid hingga matahari keluar. Tunggu dan sambil zikir./ Lepas itu solat 2 rakaat dan balik
(Pada 10 hari di bulan Zulhijjah pahala di gandakan kepada 700 haji dan umrah yang sempurna )

🔸8. Iktiqaf pada 09 Zulhijjah hari Arafah dan 
Makbul  doa-doa. / Puasa 1 hari pada 09 Zuhijjah Allah beri pahala 2 tahun puasa.

🔸9. Iftar. Bagi orang makan buka puasa. Dapat pahala puasa dia juga. ( 1 hari x 1tàhun x gandaan 700 di 10 hari Zulhijjah)

🔸10. Ehsan kepada ibu bapa. Jika sudah meninggal Doa/Sedekah/Istighfar untuk mereka.

🔸11. Silaturrahim keluarga dan lain-lain sangat- sangat penting disambungkan supaya amalan diterima.

🔸12. Surah Al Ikhlas 10x ( Dibina 1 rumah dalam syurga. ( Dalam 10 hari awal Zulhijjah x 700 lagi)

🔸13. Jaga Solat Sunat 12 Rakaat. Subuh 2/zohor 2+2/asar 2/maghrib 2/ isyaq 2 ( Sebelum tidor Allah telah bina siap 1 Istana di syurga. Jika Zulhijjah x700 lagi) 

🔸14. Istighfar 100 x dalam sehari

🔸15. Beri Salam. Kepada semua orang Islam yang dijumpai. Kalau boleh berjabat tangan  juga.

🔸16. Amal makruf nahi mungkar. Dan  berdakwah juga. Tinggal yang buruk/larangan dan  buat yang baik.

🔸17. Jaga Lidah

🔸18. Ehsan kepada jiran-jiran. Jangan kacau dia. Jangan buat jahat walaupun dia buat jahat Kepada kamu.

🔸19. Muliakan tetamu. Jemput baik-baik. Mereka tinggalkan pahala yang besar dan bawa balik keluar dosa-dosa keluarga kita.

🔸20. Infaq Fisabilillah /Infaq untuk isteri dan    anak-anak juga.
Sedekah yang diberi Kepada isteri dan anak2 akn dapat pahala sedekah ( dalam 01 - 10 Zulhijjah di x 700 gandaan pahala)
Bersama dengan isteri juga sedekah
Isteri buat air bagi suami dapat pahala sedekah
Suap-suap makan isteri dapat pahala sedekah.

🔸21. Ziarah orang sakit dimana-mana rumah atau hospital

🔸22. Bantu orang. Allah akan tolong kita di dunia dan akhirat

🔸23. Jangan tinggalkan Selawat setiap hari ( Kalau boleh selawat Ibrahimiah) sebab dalam 01 -10 Zulhijjah digandakan x 700.)

🔸24. Kawan-kawan ayah dan ibu. Cari dan ziarahlah. Hubungi /call.

🔸25. Doa untuk kawan-kawan.  Ampunlah dosa si anu bin/binti si anu. Pasti Allah akan terima doa untuk orang lain. Dan Malaikat akan doa untuk kita pula.

🔸26. Bagilah buatlah orang-orang Muslim gembira.  Salam dan Senyum dan pasti Allah akan bagi kita pun  gembira

🔸27. Sempurnakan janji-janji. Tunaikan Amanah-amanah.

🔸28. Berdoalah antara Azan dan Qamat Doa makbul.

🔸29. Bacalah Surah Al Kahfi malam jumaat

🔸30. Solatlah 5 waktu di masjid. Setiap langkah hapus 1 dosa dan dapat 1 pahala. (Zulhijjah x 700)

🔸31. Hapuskan Hasad Dengki. Bersihkan Hati kita sesama Islam.
BUAT LAH AMALAN IKUT KEMAMPUAN MASING2 DAN SET TARGET MASING-MASING 01-10 ZULHIJJAH🌈


22 August 2017

SAKIT KRONIK

SAKIT KRONIK

JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK/SERIUS YANG BOLEH DIBERI PERTIMBANGAN
BAGI MAKSUD SEKSYEN 44(6), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
.

1. KANSER
Penyakit yang disebabkan oleh ketumbuhan dan penularan sel-sel yang sangat
merbahaya dan serangan tisu-tisu dibuktikan dengan histology yang jelas.
Penyakit ini merangkumi leukemia lymphoma dan penyakit Hodlin tetapi tidak
termasuk ketumbuhan yang tidak merbahaya dan semua jenis kanser kulit
kecuali malignant melanoma.

2. SERANGAN JANTUNG
Suatu keadaan yang timbul kerana matinya sebahagian daripada otot jantung
disebabkan pembekalan darah yang kurang kebahagian jantung yang relevan
dengan tanda-tanda seperti sakit dada, perubahan ECG dan tahap enzim
jantung yang meningkat.
Serangan sakit jantung boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:-
2.1 Penggantian atau Pembaikan Injap Jantung
Prosedur di mana pembedahan jantung terbuka dilakukan untuk
mengganti atau memperbaiki injap jantung yang telah rosak.
2.2 Pembedahan Arteri Jantung/Coronary Angioplasty
Prosedur yang melibatkan coronary artery by-pass surgery
dilakukan untuk membetulkan arteri jantung yang tersumbat termasuk
angioplasty.
2.3 Pembedahan Aorta
-2-
Prosedur yang melibatkan bahagian aorta yang sakit dibedah dan
digantikan dengan graft. Aorta yang terlibat ialah thoracic dan abdominal
aorta.
3. PULMONARY HYPERTENSION4. SAKIT BUAH PINGGANG YANG KRONIKPenyakit di mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak
boleh berfungsi lagi dan memerlukan dialisis renal dan pemindahan renal.
5. SAKIT HATI (LIVER ) YANG KRONIK
Tanda-tanda penyakit ialah diserangi penyakit jaundice, ascites dan/atau hepatic
encephalopathy.
6. FULMINANT VIRAL HEPATITIS
Necrosis hati sepenuh atau sebahagian disebabkan virus hepatitis yang
mengakibatkan kegagalan hati selepas ujian fungsi hati dilakukan yang juga
menunjukkan massive parenchymal liver disease dan juga tanda-tanda
portasystemic encephalopathy.
7. KECEDERAAN DIKEPALA DISEBABKAN KEMALANGAN
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan (termasuk kerana diserang)
mengakibatkan trauma kepala teruk dengan defisit neurological yang juga boleh
mengakibatkan kematian bila pertama kali dimasukkan ke wad kecemasan, atau
walaupun selamat, pesakit mengalami kecederaan kepala yang kekal atau
lumpuh. Pengesahan pakar saraf atau pakar bedah saraf mestilah diperolehi.
8. TUMOR DAN KECACATAN PEMBULUH DARAH DI OTAK

Pengesahan mestilah diperolehi daripada pakar saraf atau pakar bedah saraf.
9. MELEPUH DAN MELECUR KERANA KEBAKARAN
Third degree burns yang meliputi 40% daripada anggota yang boleh
mengakibatkan kepada kematian apabila pertama kali dimasukkan ke hospital
atau mengakibatkan kecacatan fungsi atau kecacatan kosmetik yang
memerlukan pembedahan membaikpulih.
10. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
Pemindahan organ seperti buah pinggang, hati jantung, paru-paru pancreas dan
tulang som-som.
11. PENYAKIT PARKINSON
12. PENYAKIT HIV DAN AIDS
13. PEMINDAHAN KAKI DAN/ATAU TANGANIni tidak merupakan penyakit dalam ertikata sebenar. Namun begitu
kecederaan dan ketidaksempurnaan disebabkan penyakit atau kemalangan
boleh mengakibatkan salah satu daripada anggota tangan disebelah atas
termasuk tangan dan sendi bahu dan anggota kaki di sebelah bawah termasuk
kaki dan sendi pinggul terpaksa dipotong. Pemotongan kecil jejari kaki atau
tangan tidak layak diberi potongan cukai di bawah peruntukan ini.
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
UNIT 35, BAHAGIAN TEKNIKAL
KUALA LUMPUR
17 Januari 2001.


Di antara artinatif makanan yang di syorkan ialah pemakanan yang seimbang serta mengamalkan amalan hidup sihat dan cuba ikuti amalan dan sunah ini;

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.
Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .
Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

MURUNG JUGA MERUPAKAN PENYAKIT KRONIK

Cuba baca artikal ini;

Kes 1
PAKAR merawat seorang lelaki pertengahan usia yang mengalami kemurungan serius. Pesakit terbukti amat berdisiplin dan tidak pernah gagal menghadiri temujanji dengan pakar dan mampu kembali ke pangkuan keluarga. Tiba-tiba, dia tidak muncul untuk rawatan. Malah pihak hospital gagal menghubunginya kerana bertukar alamat. Tiga bulan kemudian, pakar yang merawatnya mendapat panggilan daripada anak lelaki pesakit itu memberitahu ayahnya baru saja membunuh diri.

KES 2 SEORANG pekerja sering murung. Malangnya, bukan simpati sebaliknya majikannya mencercanya dan berkata dia tidak percaya kemurungan itu penyakit serius. Malah, dia memperlekeh dengan berkata dirinya juga murung, tetapi masih mampu bertugas dengan baik. Murung, katanya, bukan alasan tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa. DUA kes berbeza tetapi membabitkan masalah sama yang sering kali dinafikan iaitu kemurungan. Ini tidak termasuk pelbagai laporan media kejadian amuk dan pembunuhan ahli keluarga yang turut ada hubung kait dengan masalah kemurungan yang tidak diendahkan. Lebih menyedihkan, ramai menganggap kemurungan sekadar gangguan jiwa bersifat sementara dan boleh hilang dengan sendirinya. Tanggapan salah sedemikian hanya mengundang padah lebih bahaya - si mangsa membunuh diri atau mengamuk yang boleh meragut nyawa.

Persepsi salah menganggap kemurungan satu gangguan kecil menunjukkan betapa tersasar kefahaman masyarakat terhadap kemurungan sebagai satu penyakit. Masyarakat sering salah faham dengan keadaan suka duka yang dilalui seorang yang normal dengan seseorang yang mengalami kemurungan.

Menurut Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif Jabatan Psikiatri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Maniam Thambu, kemurungan adalah keadaan serius yang mampu mengheret pesakit ke lembah bunuh diri dan membunuh. Kemurungan adalah penyakit biologikal yang menghasilkan simptom biologikal dan juga psikologikal. “Akhbar banyak melaporkan kes membabitkan ibu bapa yang membunuh anak-anak kemudian membunuh diri, ibu yang terjun dari bangunan tinggi selepas membunuh anak dengan mencampak anak-anak ke luar bangunan, ibu bapa yang memberi anak-anak makan racun dan banyak lagi insiden yang seumpamanya. “Saya sendiri pernah mengendalikan kes yang mana ibu bapa terselamat dari cubaan bunuh diri selepas membunuh anak-anak.

Mereka kelihatan sangat normal, tidak ganas jauh sekali merbahaya atau mengancam nyawa tetapi hakikatnya mereka menderita dalam diam,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kemurungan Di Malaysia - Menderita Dalam Diam pada bengkel media anjuran syarikat farmaseutikal, Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini. Jelasnya, ibu bapa ini berasakan bunuh dan bunuh diri adalah jalan terbaik untuk mengendalikan kemurungan. “Keadaan ini menggariskan betapa pentingnya kemurungan dikesan dari peringkat awal sekali gus mendapatkan rawatan,” katanya.

Mengikut statistik, daripada 28 juta penduduk di negara ini, 1.4 juta menghadapi masalah depresi atau kemurungan. Ia tidak mengenal bangsa mahupun usia. Bagaimanapun wanita lebih ramai menghadapinya yang dikaitkan dengan perubahan hormon seperti kitaran haid, kehamilan, kelahiran dan putus haid. Dalam kebanyakan keadaan, wanita yang dibebani tugasan menguruskan rumah tangga dan anak-anak serta berkerjaya tetap sering mengalaminya. Namun, wanita lebih terbuka untuk berkongsi masalah yang dideritai berbanding lelaki yang memilih untuk terjebak ke lembah penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol sebagai jalan keluar.

Bagaimana pula usia penghidap masalah kemurungan ini? “Episod kemurungan bermula seawal usia 5 tahun. Baik remaja, dewasa dan juga warga emas juga boleh mengalaminya dan ini bergantung kepada situasi tertentu.” Menurut Prof Dr Maniam yang juga bekas Presiden Persatuan Psikiatrik Kebangsaan (MPA), kebanyakan pesakit berat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan atau menangguhkannya kerana banyak perkara. Mereka tidak sedar bahawa kemurungan adalah satu penyakit. “Stigma masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai enggan atau menangguhkan rawatan,” katanya.

Tambahnya lagi, takut dengan rawatan psikiatrik juga antara penyebab utama rawatan ditangguh kerana bimbang ketagihan dadah; takut rawatan ECT walhal ia sangat selamat dan stabil serta memberikan kesan pulih yang cepat, bimbang dihantar ke hospital mental, mungkin kehilangan kerja dan dinafikan hak untuk mendapatkan perlindungan insuran dan sebagainya.

Negara mempunyai ramai pengamal perubatan (GP) yang mampu merawat penyakit kemurungan selain 200 pakar psikiatri yang berdaftar di seluruh negara ini biarpun masih kurang kepakaran dalam rawatan psikoterapi. Kini ada lebih 200 pakar psikiatri di seluruh negara untuk menampung keperluan 28 juta penduduk sedangkan bagi jumlah penduduk sedemikian, negara memerlukan 1,200 tenaga kerja pakar. Sebagai langkah menangani masalah itu, Kementerian Kesihatan sedang berusaha melatih lebih ramai pengamal perubatan untuk menggunakan kaedah rawatan Psikoterapi yang lebih ringkas serta digabungkan dengan ubat-ubatan sesuai.


INFO Simptom biasa kemurungan:

* Kurang tumpuan dan fokus
* Kurang yakin pada diri dan hilang semangat
* Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna
* Berasa masa depan kelam dan tidak menentu
* Cenderung untuk mencederakan diri atau bunuh diri
* Tidur yang terganggu
* Hilang selera makan


dipetik dari berita harian 19/09/2010



Munajat Si Cacai

Caption: Surah dibaca untuk tujuan menghapuskan sihir dengan izin ALLAH---Gambar Hiasan

Tuhan ku! Akulah hamba Mu yang fakir di dalam kekayaanku, maka bagaimana aku tidak menjadi orang yang fakir didalam kefakiran ku. Tuhanku, akulah orang yang bodoh didalam ilmuku, maka bagaimanakah aku tidak lah pula seorang yang bodoh didalam kebodohanku.
Tuhanku, sesungguhnya perubahan kehendakMu dan kecepatan berlangsungnya takdir Mu, telah mencegah hamba-hambaMu yang ahli Makrifah kepada Mu yang tenang menerima pemberian dan kebosanan didalam menerima cubaan daripada Engkau.
Tuhanku, daripada keluar apa yang memang patut dengan sifat kejiku dan daripada Mu pasti keluar apa yang patut dengan sifat kemurahan Mu.
Tuhanku, Engkaulah telah mensifati Dzat Mu dengan lemah lembut dan belas kasihan kepada ku sebelum terwujud sifat kelemahan ku. Adakah Engkau akan menolakku dari kedua-dua sifat itu setelah benar-benar terwujud kelemahan ku?
Tuhanku, jika terlihat kebaikkan-kebaikan daripadaku, maka itu semua adalah berkat anugerahMu dan bagi Mu lah yang hak untuk menuntutku. Dan jika terlihat kejahatan-kejahatan daripadaku, maka itu semua disebabkan oleh keadilanMu dan bagi Mu lah yang hak untuk menuntut alasan kepadaku.
Tuhanku, mengapakah Engkau menyerahkan kembali kepada ku untuk menguruskan diriku, padahal sesungguhnya Engkau telah menyerahkan kepadaku jaminan. Dan bagaimana aku dihinakan padahal Engkau adalah penolong ku atau bagaimana aku mesti kecewa padahal Engkau adalah Dzat yang belas kasih kepada ku.
Inilah aku yang berperantara bertawassul kepadaMu dengan kefakiranku untuk menuju kepadaMu. Dan bagaimana aku mesti berperantara kepadaMu dengan apa juga hal yang membolehkan aku sampai kepada Mu. Dan bagaimana aku mengadu kepadaMu mengenai keadaanku, padahal keadaan ku tidak samar atas Mu. Atau bagaimana aku mesti menerangkan kepadaMu dengan kata-kataku, padahal kata-kataku itu daripada Mu jua, yang keluar menuju kepadaMu. Atau bagaimanakah Engkau kecewakan harapanku, padahal harapan itu benar-benar telah datang kepadaMu. Atau bagaimana tidak akan baik keadaan ku padahal dengan Mu lah keadaan itu berasal dan kembali pula kepada Mu.
Tuhanku, alangkah banyaknya kelembutanMu kepada ku padahal aku sangat bodoh. Dan alangkah banyaknya kasih sayang Mu kepada ku padahal perbuatan ku sangat buruk.
Tuhanku, alangkah lemah lembutnya Engkau kepada ku, maka apakah gerangannya yang menghalang ku hingga jauh daripadaMu.
Tuhanku, sesungguhnya aku telah mengerti akan perubahan dunia ini dan silih bergantinya masa, bahawasanya yang Engkau kehendaki daripadaku adalah Engkau perkenalkan kekuasaanMu kepadaku didalam setiap sesuatu hingga aku tidak boleh kepada Mu didalam sesuatu itu.
Tuhanku, sewaktu kekejian ku menutup mulutku, maka sifat kemurahanMu telah membuka mulutku, dan sewaktu sifat-sifat celaka memutuskan harapanku, maka kurniaMu telah membuka harapan ku.
Tuhanku, orang yang sudah banyak kebaikannya itu masih banyak kesalahannya,maka bagaimanakah tidak akan menjadi kesalahan-kesalahan itu sebagai dosa. Dan orang yang berilmu dan berpengetahuannya itu hanya sebagai pengakuan-pengakuan,maka bagaimanakah tidak akan menjadi pengakuannya itu sebagai kepalsuan belaka.
Tuhanku, keputusan Mu yang mesti berlaku dan kehendakMu yang memaksa, kedua-duanya tidak akan memberi kesempatan untuk berkata-kata bagi orang yang pandai berbicara(berdalih) atau untuk melaksanakan kesakitannya bagi orang yang mempunyai kesakitan.
Tuhanku, berapa banyak ketaatan yang telah aku lakukan dan tingkah laku yang aku perbaiki, namun telah menghancurkan keadilanMu atasnya, bahkan membatalkan aku untuk menerima anugerahMu yang aku hajati.
Tuhanku, Engkau mengerti, meskipun perbuatan taat daripada ku tidak terus menerus, namun sesungguhnya ketaatan ku itu terus menerus dalam kecintaan dan keazaman ku.
Tuhanku, bagaimana aku berazam, sedangkan Engkau yang menentukan dan bagaimana aku berazam sedang Engkau yang memerintahkan.
Tuhanku, hilir mudikku pada keduniaan ini menyebabkan jauhnya perjalanku menuju kepadaMu. Maka kumpulkanlah aku atas Mu dengan sesuatu pengabdian yang menyampaikan aku kepada Mu.
Tuhanku, bagaimana dapat dijadikan dalil atasMu sesuatu yang tidak ada bagiMu, sehingga aku menjelaskan kepadaMu. Bilakah Engkau samar sehingga Engkau memerlukan dalil yang menunjukkan kepadaMu. Dan bilakah Engkau jauh sehingga adanya alam ini dapat menyampaikan kepadaMu.
Tuhanku, sungguh buta matahati yang tidak dapat melihat kedekatan Engkau. Dan merugilah perniagaan seseorang yang dia tidak menjadikan untuknya bahagian cinta kepadaMu.
Tuhanku, Engkau perintahkan aku untuk kembali ke alam ini, maka kembalikanlah aku kepadanya dengan menyandang cahaya dan petunjuk matahati sehingga aku boleh kembali kepadaMu dari alam ini, sebagaimana ketika aku masuk kepada Mu dari alam ini dalam keadaan hati yang terjaga daripada melihat alam ini dan dihilangkan kehendaknya daripada berpegang kepadanya(dunia). Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Tuhanku, Inilah kehinaan terlintas dihadapanMu dan inilah perilaku ku yang tidak samar lagi atas Mu. Daripada Mu aku memohon supaya dapat sampai kepadaMu dan dengan Mu pula aku mencari petunjukMu, maka berilah petunjuk kepadaku dengan cahayaMu untuk menuju kepada Mu dan tegakkanlah aku dengan kesungguhan beribadah dihadapanMu.
Tuhanku, ajarkanlah kepadaku secara langsung dari ilmu Mu untuk bersembunyi dalam perbendaharaan Mu dan pelihara aku dengan rahsia namaMu yang terpelihara.
Tuhanku, berilah aku kedudukan sebagai orang-orang ahli hakikat yang telah dekat pada Mu, dan tuntunlah aku pada jalan orang-orang yang tertarik langsung kepada Mu.(orang majdzub)
Tuhanku, berilah aku dengan pengaturan Mu dari pengaturanku, dari pilihanku. Dan tetapkanlah aku pada tempat-tempat keburukanku yang mendesak.
Tuhanku, keluarkanlah aku daripada kehinaan diriku dan berikanlah aku daripada keraguan-keraguan dan keperkutuanku sebelum aku masuk ke liang kubur. Hanya kepada Mu lah aku berserah diri, maka janganlah Engkau menyerahkan diriku kepada ku. Hanya kepada Mu lah aku memohon, maka janganlah Engkau kecewakan aku. Dan hanya kepadaMu lah aku berharap, maka janganlah pula Engkau halangi aku daripada nikmatMu. Di sisiMu lah aku mendekat, maka janganlah Engkau jauhkan aku. Dan di pintu Mu lah aku berdiri, maka janganlah Engkau tolak aku.
Tuhanku, Maha Suci keredhaan Mu dan kerana keredhaan Mu itu, maka bagaimana akan ada sebab keredhaan daripadaku. Engkau Maha Kaya dengan Dzat Mu daripada sampainya kemanfaatan kepada Mu daripada Mu, maka bagaimanakah akan memerlukan daripadaku, sedangkan aku adalah hamba Mu yang tidak berdaya.
Tuhanku, sesungguhnya qadak dan qadar telah mengalahkan aku. Dengan sesungguhnya hawa nafsu dengan berbagai pengukuhan syahwat telah mengikat aku, maka Engkau sebagai penolongku sehingga Engkau menolong aku dan Engkau tolong pula teman-temanku kerana ku. Serta kayakanlah aku dengan anugerah Mu hingga aku merasa kaya hanya dengan Mu daripada aku meminta-minta daripadaMu.
Tuhanku, Engkaulah yang telah memancarkan cahaya-cahaya dalam hati para kekasihMu sehingga mereka mengenal Engkau dan mengEsakan Mu. Dan Engkaulah Dzat yang menghilangkan rasa keduniaan daripada hati para pencinta Mu sehingga mereka tidak senang kepada selain Engkau serta tidak mahu kembali bersandar kepada selain Engkau. Engkau Dzat yang mententeramkan mereka, sekiranya alam-alam ini meresahkan mereka. Dan Engkaulah satu-satunya Dzat yang mewujudkan mereka sehingga nyata bagi mereka jalan-jalan kebenaran.
Tuhanku, bagaimanakah boleh diharapkan selain Engkau, padahal Engkau tidak pernah memutuskan kebaikan. Dan bagaimana boleh diminta kepada selain Engkau padahal Engkau tidak pernah merubah kebiasaan memberi kurnia.
Wahai Dzat yang telah memberi rasa kepada orang-orang yang mencintaiNya atas kemanisan bermesra-mesraan denganNya, maka mereka berdiri di hadapanNya dalam kelembutan kasih sayang. Wahai Dzat yang telah memberi pakaian pada kekasihNya dengan pakaian kebesaranNya, maka berdiri mereka dalam keadaan merasa agung kerana keagunganNya.
Tuhanku, Engkaulah satu-satunya Dzat yang selalu ingat kepada hamba-hambaMu sebelum hamba-hambaMu ingat kepada Mu. Dan Engkau satu-satunya yang mulai memberikan kebaikan sebelum orang-orang ahli ibadah menghadap Mu. Dan Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Maha Pemurah dengan berbagai pemberian sebelum adanya permohonan orang-orang yang memohon. Dan Engkaulah satu-satu Dzat Yang Maha Memberi, kemudian Engkau terhadap apa yang Engkau berikan kepada kami itu sebagai orang-orang yang berhutang.
Tuhanku, tuntutlah aku dengan rahmat Mu sehingga aku boleh sampai kepada Mu, dan tariklah aku dengan nikmat Mu, sehingga aku boleh menghadap kepada Mu.
Tuhanku, sesungguhnya pengharapan tidak akan terhenti daripadaMu, walaupun aku telah derhaka kepada Mu, sebagaimana sesungguhnya rasa takutku tidak akan memisahkan aku walaupun aku taat kepada Mu.
Tuhanku, sesungguhnya telah menolak aku semua alam ini dalam menuju kepada Mu. Dan sesungguhnya ilmuku telah memberhentikan aku dihadapan Mu kerana adanya kemurahan Mu.
Tuhanku, bagaimana mesti aku kecewa, padahal Engkaulah yang aku dambakan, atau bagaimana mesti aku hina padahal hanya kepada Engkau aku menyerahkan diri.
Tuhanku, bagaimana aku boleh mencapai kemuliaan padahal Engkau telah menempatkan aku di dalam kehinaan. Atau bagaimana aku tidak boleh mncapai kemuliaan, padahal kepada Mu lah aku bersandar. Atau bagaimanakah aku tidak memerlukan, padahal Engkau telah meletakkan aku di dalam kefakiran. Atau bagaimanakah aku mesti memerlukan , padahal Engkau dengan sifat kemurahan Mu telah memberi kekayaan kepada ku.
Tuhanku, Engkaulah satu-satunya Dzat yang tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau. Telah Engaku pertemukan dzat Mu pada setiap sesuatu, sehingga tiada suatupun makhluk yang tidak mengenal Mu. Dan Engkaulah satu-satunya dzat yang telah memperkenalkan Dzat Mu kepada ku didalam setiap sesuatu, sehingga aku dapat melihat Mu dengan jelas di dalam setiap sesuatu itu. Maka Engkaulah Dzat yang cukup nyata pada setiap sesuatu.
Wahai Dzat yang telah berkuasa dengan sifat kasih sayang Nya diatas Arasy, sehingga jadilah Arasy itu lenyap di dalam kasih sayang Nya, sebagaimana seluruh alam ini lenyap di dalam Arasy, dan Engkau lenyapkan pula Arasy itu dengan diliputi oleh berbagai cakerawala rahmat Mu.
Wahai Dzat yang telah melindungi di dalam dinding-dindingnya daripada jangkauan penglihatan mata. Wahai Dzat yang terang dan jelas di dalam hati orang-orang ahli makrifat dengan kesempurnaan dan keindahanNya, sehingga jelas kebesaranNya di dalam hati mereka. Bagaiman engakau boleh menjadi samar, padahal Engkau Maha Nyata, atau bagaimana Engkau boleh ghaib, padahal Engkau adalah Dzat Yang Mengawasi dan sentiasa hadir.
WAHAI TUHAN KAMI, KAMI MENZALIMI DIRI INI, JIKA TIADA DIAMPUNI, MASUKLAH KAMI KEDALAM GOLONGAN YANG RUGI….
WAHAI TUHAN…KU TAK LAYAK, KE SYURGA MU
NAMUN TAK PULA ….AKU SANGGUP, KE NERAKAMU
AMPUNKANLAH….DOSA YANG KU TERIMA, KAU HARAPANKU
DENGAN RAHMATMU AMPUN KAN DAKU, OH TUHANKU…


Credit : js

08 August 2017

RAHSIA AIR ZAMZAM

RAHSIA AIR ZAMZAM
Dari Ibnu Abbas RA, bahwasannya Nabi Muhammad SAW, bersabda tentang air zam zam yang ertinya sebagai berikut “ Sebaik-baiknya air dipermukaan bumi ialah air zam zam, padanya terdapat makanan yang menyegarkan dan padanya terdapat penawar bagi penyakit”.
doa minum air zam zam

Kehadiran air zam zam tidak terlepas dari keajaiban yang dipertontonkan oleh Allah SWT, sebagai mukjizat kepada umat manusia melalui Nabi Ismail dan Ibunya Siti Hajjar, dan banyak sekali keistimewaannya, bahwa Allah memang bermaksud menyediakan sumber air ditengah-tengah gunung batu dan padang pasir yang gersang, hal ini sebagai konsekwensi atas perintahnya kepada Nabi Ibrahim AS, guna mengundang sebanyak-banyaknya umat manusia ke Baitullah.
Telaga Zam Zam

Kesitimewaan :
  1. Meminum Air zam zam menjadi satu amalan ibadah, dengan niat mengikuti anjuran Rasulullah.
  2. Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas, Aku pernah menyiapkan air zam zam untuk Rasulullah, kemudian beliau meminumnya sambil berdiri.
  3. Makruh hukumnya apabila dipergunakan untuk mencucu najis, atau dipakai untuk membersihkan hadast besar.
  4. Disunahkan membawa air zamzam pulang ke negerinya bagi jamaah “penunai rukun Islam ke lima) yang memang berasal dari luar Negara Arab, dan Rasullulullah adalah orang pertama yang membawanya keluar kota Mekkah, yaitu ke Madinah.
  5. Mata Airnya tidak pernah kering, meskipun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutama pada musim ibadah “H”, bahkan sekarang dengan peralatan canggih, orang yang di Masjid Nabawi (Madinah) yg berjarak 450 Km dari Mekah meminum air zam zam setiap saat.
  6. Pada waktu Rasululullah akan melakukan Sa’I, beliau meminum air zam zam sampai kenyang, kemudian menyiram kepalaNya dengan air zam zam.
  7. Banyak orang mengguyur dan membasahi kain (baju) ihram, kemudian direntang tanpa diperas agar kering sendiri, dan akan dipakai sebagai ‘Kafan” ( pembungkus mayat) kalau meninggal nanti.
Keutamaan :
  1. Air Surga (maa’ul-Jannah), ertinya air yang penuh berkah dan manfaat, seperti air surga.
  2. Nikmat Allah, salah satunya nikmat Allah bagi para Jamaah haji yang langsung dapat merasakan nikmatnya air ditengah-tengah padang pasir.
  3. Pencuci Kalbu, Air Pencuci Kalbu Nabi Muhammad SAW, ketika Malaikat Jibril membasuh hati Muhammad dengan air zam zam.
  4. Penuh Berkah, Kerana Rasulullah SAW sering meminumnya dan tangannya yang penuh berkah dicelupkannya ke sumur zam zam.
  5. Mengenyangkan, Air yang mengenyangkan dan menghilangkan dahaga.
  6. Obat penyakit, Air penyembuh penyakit, baik penyakit jiea, batin atau jasmani dan Rasulullah menyebutnya “ mengobati penyakit” dan banyak kisah dan riwayat, sebagai bukti kebenaran hadist diatas.
  7. Abadi, Tidak akan kering hingga hari Kiamat, kerana ia menjadi bukti keagungan dan kebenaran Allah.
Kajian Ilmiah :
Selama ini kita mengenal sumur Zamzam dari buku-buku agama. Namun sebenarnya ada sisi ilmiah saintifiknya juga looh. Cabang ilmu geologi yang mempelajari tentang air adalah hydrogeologi. Khasiat air Zam-zam tentunya bukan disini yang mesti menjelaskan, tapi kalau dongengan geologi sumur Zam-zam mungkin bisa dijelaskan disini. Sedikit cerita Pra-Islam, atau sebelum kelahiran Nabi Muhammad, diawali dengan kisah Isteri dari Nabi Ibrahim, Siti Hajar, yang mencari air untuk anaknya yang cerita selanjutnya bisa ditanyakan ke Wak haji disebelah ya. Sumur ini kemudian tidak banyak atau bahkan tidak ada ceritanya, sehingga sumur ini dikabarkan hilang. Sumur Zam-zam yang sekarang ini kita lihat adalah sumur yang digali oleh Abdul Muthalib kakeknya Nabi Muhammad. Sehingga saat ini, dari “ilmu persumuran” maka sumur Zam-zam termasuk kategori sumur gali (Dug Water Well).

Dimensi dan Profil Sumur Zam-zam :

Bentuk sumur Zam-zam dapat dilihat dibawah ini.
Profil dalam tanah sumur zam-zam

Sumur ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Hingga kedalaman 13.5 meter teratas menembus lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berpori. Lapisan ini berisi batupasir hasil transportasi dari lain tempat. Mungkin saja dahulu ada lembah yang dialiri sungai yang saat ini sudah kering. Atau dapat pula merupakan dataran rendah hasil runtuhan atau penumpukan hasil pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.
Mata air zamzam


Di bawah lapisan alluvial Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang sangat lulus air (permeable). Lapisan yang sangat lulus air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air-air di sumur Zam-zam.

Kedalaman 17 meter kebawah selanjutnya, sumur ini menembus lapisan batuan keras yang berupa batuan beku Diorit. Batuan beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di Indonesia atau di Jawa, tetapi sangat banyak dijumpai di Jazirah Arab. Pada bagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air. Dulu ada yang menduga retakan ini menuju laut Merah. Tetapi tidak ada (barangkali saja saya belum menemukan) laporan geologi yang menunjukkan hal itu.

Dari uji pemompaan sumur ini mampu mengalirkan air sebesar 11 - 18.5 liter/detik, hingga permenit dapat mencapai 660 liter/menit atau 40 000 liter per jam. Celah-celah atau rekahan ini salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan panjang 75 cm denga ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah Shaffa dan Marwa.

Keterangan geometris lainnya, celah sumur dibawah tempat Thawaf 1.56 m, kedalaman total dari bibir sumur 30 m, kedalaman air dari bibir sumur = 4 m, kedalaman mata air 13 m, Dari mata air sampai dasar sumur 17 m, dan diameter sumur berkisar antara 1.46 hingga 2.66 meter.

Air Hujan Sebagai Sumber :


Daerah tangkapan air hujan (cekungan Mekah)

Kota Makkah terletak di lembah, menurut SGS (Saudi Geological Survey) luas cekungan yang mensuplai sebagai daerah tangkapan ini seluas 60 Km2 saja, tentunya tidak terlampau luas sebagai sebuah cekungan penadah hujan. Sumber air Sumur Zam-zam terutama dari air hujan yang turun di daerah sekitar Makkah. Sumur ini secara hydrologi hanyalah sumur biasa sehingga sangat memerlukan perawatan. Perawatan sumur ini termasuk menjaga kualitas higienis air dan lingkungan sumur serta menjaga pasokan air supaya mampu memenuhi kebutuhan para jamaah haji di Makkah. Pembukaan lahan untuk pemukiman di seputar Makkah sangat ditata rapi untuk menghindari berkurangnya kapasitas sumur ini.

Lokasi sumur zamzam di tengah lembah (Wadi Ibrahim Catchment Area)

Gambar di atas ini memperlihatkan lokasi sumur Zamzam yang terletak di tengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bagian tengah diantara perbukitan-perbukitan disekitarnya. Luas area tangkapan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk menangkap air hujan yang sangat langka terjadi di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat khusus.

Sumur Zamzam ini, sekali lagi dalam pandangan (ilmiah) hidrogeologi , hanyalah seperti sumur gali biasa. Tidak terlalu istimewa dibanding sumur-sumur gali lainnya. Namun kerana sumur ini bermakna religi, maka perlu dijaga. Banyak yang menaruh harapan pada air sumur ini kerana sumur ini dipercaya membawa berkah. Ada yang menyatakan sumur ini juga bisa kering kalau tidak dijaga. Bahkan kalau kita tahu kisahnya sumur ini diketemukan kembali oleh Abdul Muthalib (kakeknya Nabi Muhammad SAW) setelah hilang terkubur 4000 tahun (?).


Foto Kaabah zaman dahulu


Dahulu di atas sumur ini terdapat sebuah bangunan dengan luas 8.3 m x 10.7 m = 88.8 m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini ditiadakan untuk memperluas tempat thawaf. Sehingga tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 kran air (220 kran untuk laki-laki dan 130 kran untuk perempuan), ruang masuk laki perempuan-pun dipisahkan.

Saat ini bangunan diatas sumur Zam-Zam yang terlihat gambar diatas itu sudah tidak ada lagi, bahkan tempat masuk ke ruang bawah tanah inipun sudah ditutup. Sehingga ruang untuk melakukan ibadah Thawaf menjadi lebih luas. Tetapi kalau anda jeli pas Thawaf masih dapat kita lihat ada tanda dimana sumur itu berada. Sumur itu terletak kira-kira 20 meter sebelah timur dari Ka’bah.

Monitoring dan Pemeliharaan Sumur Zamzam :

Jumlah jamaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya 400 000 pertahun (ditahun 1970-an), terus meningkat menjadi lebih dari sejuta jamaah pertahun di tahun 1990-an, Dan saat ini sudah lebih dari 2.2 juta. Tentunya diperlukan pemeliharaan sumur ini yang merupakan salah satu keajaiban dan daya tarik tersendiri bagi jamaah haji.
Kaabah di dalam Masjidil Haram

Pemerintah Saudi tentunya tidak dapat diam pasrah saja membiarkan sumur ini dipelihara oleh Allah melalui proses alamiah. Namun pemerintah Arab Saudi yang sudah moderen saat ini secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus yang mengurusi sumur Zamzam ini. Sepertinya memang Arab Saudi juga bukan sekedar percaya saja dengan menyerahkan ke Allah sebagai penjaga, namun justru sangat meyakini manusialah yang harus memelihara berkah sumur ini.

Pada tahun 1971 dilakukan penelitian (riset) hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan bernama Tariq Hussain and Moin Uddin Ahmed. Hal ini dipicu oleh pernyataan seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar air limbah dan berbahaya untuk dikonsumsi. Tariq Hussain (termasuk saya dari sisi hidrogeologi) juga meragukan spekulasi adanya rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan Sumur Zam-zam, kerana Makkah terletak 75 Kilometer dari pinggir pantai. Menyangkut dugaan doktor mesir ini, tentu saja hasilnya menyangkal pernyataan seorang doktor dari Mesir tersebut, tetapi ada hal yang lebih penting menurut saya yaitu penelitian Tariq Hussain ini justru akhirnya memacu pemerintah Arab Saudi untuk memperhatikan Sumur Zamzam secara moderen. Saat ini banyak sekali gedung-gedung baru yang dibangun di sekitar Masjidil Haram, juga banyak sekali terowongan dibangun disekitar Makkah, sehingga saat ini pembangunannya harus benar-benar dikontrol ketat kerana akan mempengaruhi kondisi hidrogeologi setempat.
Badan Riset sumur Zamzam yang berada di bawah SGS (Saudi Geological Survey) bertugas untuk :
  • Memonitor dan memelihara untuk menjaga jangan sampai sumur ini kering.
  • Menjaga urban disekitar Wadi Ibrahim kerana mempengaruhi pengisian air.
  • Mengatur aliran air dari daerah tangkapan air (recharge area).
  • Memelihara pergerakan air tanah dan juga menjaga kualitas melalui bangunan kontrol.
  • Meng-upgrade pompa dan dan tangki-tangki penadah.
  • Mengoptimasi supplai dan distribusi airZam-zam
Perkembangan Perawatan Sumur Zamzam :

Dahulu kala, zamzam diambil dengan gayung atau timba, namun kemudian dibangunlah pompa air pada tahun 1373 H/1953 M. Pompa ini menyalurkan air dari sumur ke bak penampungan air, dan diantaranya juga ke kran-kran yang ada di sekitar sumur zamzam.

 
 Sistem pam sumur Zamzam

Uji pompa (pumping test) telah dilakukan pada sumur ini, pada pemompaan 8000 liters/detik selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air sumur dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan kemudian hingga 13.39 meters. Setelah itu pemompaan dihentikan permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan sumur hanya dalam waktu 11 minut setelah pompa dihentikan. Sehingga dipercaya dengan mudah bahwa akifer yang mensuplai air ini berasal dari beberapa celah (rekahan) pada perbukitan disekitar Makkah.

Banyak hal yang sudah dikerjakan pemerintah Saudi untuk memelihara Sumur ini antara lain dengan membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994). dan saat ini telah membangun saluran untuk menyalurkan air Zam-zam ke tangki penampungan yang berkapasitas 15.000 m3, bersambung dengan tangki lain di bagian atas Masjidil Haram guna melayani para pejalan kaki dan musafir. Selain itu air Zam-zam juga diangkut ke tempat-tempat lain menggunakan truk tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.

Saat ini sumur ini dilengkapi juga dengan pompa listrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump). Kita hanya dapat melihat foto-fotonya saja seperti diatas. Disebelah kanan ini adalah drum hidrograf, alat perekaman perekaman ketinggian muka air sumur Zamzam (Old style drum hydrograph used for recording levels in the Zamzam Well).

Kandungan Mineral :

Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zamzam in memang unik mengandung elemen-elemen alamiah sebesar 2000 mg perliter. Biasanya air mineral alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen kimiawi yang terkandng dalam air Zamzam dapat dikelompokkan menjadi :
  • Yang pertama, positive ions seperti misal sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), dan magnesium (50 mg per litre).
  • Kedua, negative ions misalnya sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).

Molekul air zam zam

Kandungan-kandungan elemen-elemen kimiawi inilah yang menjadikan rasa dari air Zamzam sangat khas dan dipercaya dapat memberikan khasiat khusus. Air yang sudah siap saji yang bertebaran disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah merupakan air yang sudah diproses sehingga sangat aman dan segar diminum, ada yang sudah didinginkan dan ada yang sejuk (hangat). Namun konon prosesnya higienisasi ini tidak menggunakan proses kimiawi untuk menghindari perubahan rasa dan kandungan air ini.
Analisa Kualitas Air Zamzam (Perbandingan Unsur Kimia 

Air Zamzam dengan Air Mineral) :
Parameter
 Air Zamzam (mg/l)
Air Mineral (mg/l)
Klorida (Cl)
159,75
30
Sulfat (SO2)
140
27
Nitrat (NO3)
-
15
Nitrit (NO2)
0,045
-
Bikarbonat (HCO3)
398,22
32
Flour (F)
-
0,7
Besi (Fe)
tak terdeteksi
0
Mangan (Mn)
0,014
-
Natrium (Na)
318
20
Kalium (Ca)
182,2
3
Zat Padat Terlarut (TDS)
858
170
Magnesium (Mg)
6,86
5
Zat Organik
2,79
-
Jumlah Mikro Organisme (TPK)
-
-
PH
7,3
7,2

Wallahu'alam
[Dari berbagai sumber]