29 February 2020

AWALUDIN MA’ARIFATULLAH



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

AWALUDIN MA’ARIFATULLAH


AKU


AWALUDIN MA’ARIFATULLAH
Diambil di Dalam Diri
Aku…. siapa Aku, perlukah kita mencari Aku…pentingnya AKU
“AKU”
AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (diri sejati). AKU adalah ROHULLAH yang datangnya dari Zatullah. Menyatakan akan Ujudullah, AKU lah yang dinamakan AMAR ROBBI iaitu urusan Tuhan.
AKU yang hidup datangnya dari Yang Maha Hidup yang bersifat ghaib ( nagetif ) yang datang dari Yang Maha Ghaib. Tatkala Zatul Haq ingin menyatakan akan diriNya maka DIA (Zatul Haq) mentajallikan akan Nur-Nya yang dinamakan kini Rohullah atau AKU. Kini AKUlah yang nyata dan AKU merupakan sifatNya.
Sebagaimana firman nya…
Kulli rohi min amri robbi
(setiap roh itu adalah urusanku)
Ramai yang mencari AKU namun jarang yang ketemu. Ini kerana AKU berada jauh didalam RASA iaitu dialam rasa yang mendalam. Dimanakah AKU berada tentunya pada badan iaitu didalam badan diri.
Kalau ada yang mahu mencari AKU maka katakanlah AKU ada tetapi tiada, AKU tiada tetapi ada. Ada pada hakikat namun tiada pada rupa. AKU yang tidak berupa merupakan sumber atau daya-daya Qudratullah yang hidup lagi menghidupkan kerana AKU adalah Hayatullah yang asal berasal dari Zatullah.
Bila kita membicarakan “ILMU MENGENAL DIRI” tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan kita?
Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil “Diri” dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada “Penghidupnya” yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah ” Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?” maka Allah pun menjawab, ” Masuklah melalui mana mana yang kau senangi” dan seterusnya Roh memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.
Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya “Diri” atau jelasnya “Diri” ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka dengan sebab ini lah “Diri” itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi “Penghidup” kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri……….menghidupkan kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah dia berasal dari sana…………….dari Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).
1. Terbuka Sendiri.
Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini.
Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan, adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari “Hidup” yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
Ianya duduk didalam jasad
Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
Dia lah yang Menghidupkan kita
Punca tenaga
Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
“Diri” ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan sempurna….Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi junjungan kita” Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan Tuhannya”
Di sini penulis persembahkan pula bicara berkenaan Rahsia Ma’rifat. Sebahagian daripada ilmu “petunjuk” daripada Allah Ta’ala kepada hambanya yang terpilih. Pegangilah dan hayatilah ianya di dalam setiap amalan. Sebagai panduan dan persediaan menghadapi-Nya. Insya-Allah….
Adapun Rahsia Ma’rifat itu adalah rahsia bagi diri, tiada siapa pun boleh menghuraikan di atas rahsia diri masing-masing melainkan orang-orang ahli Sufi dan Wali sahaja yang boleh menghuraikan.
Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. sesudah beliau menunaikan solat sunnat hajat, lalu ia berkata :
“Ya Tuhanku! Di manakah maqam yang yang lima itu di dalam diri hamba? Iaitu yang pertama Subuh, kedua Dzohor, ketiga ‘Asar, keempat Maghrib dan kelima Isya’.”
Maka tatkala itu bergerak-geraklah seluruh anggotanya maka diketahuilah beliau tentang kedudukan maqam yang lima itu. Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti daripada satu waktu kepada satu waktu.
1. Pada waktu Subuh maka bergerak-geraklah perumahan hatinya maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya Subuh itu bermaqam di hati hamba.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah pada waktu Dzohor.
2. Apabila sampai pada waktu Dzohor, maka berdenyut lagi hatinya. Tatkala itu terasalah ia suatu benda yang pahit mengalir di batang lehernya. Maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku! Telah nyatalah aku bahawasanya waktu Dzohor itu bermaqamnya pada hempedu ku.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah ia pada waktu ‘Asar.
3. Apabila sampai pada waktu ‘Asar maka bergeraklah berhampiran dadanya sebelah kiri. Maka katanya lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Ketahuilah hamba bahawasanya waktu ‘Asar itu bermaqamnya pada paru-paru hamba.” Maka berzikirlah lagi ia sampailah pada waktu Maghrib tiada ia berhenti-henti.
4. Setelah sampai pada waktu Maghrib berdenyut-denyutlah di dalam dadanya. Setelah diperhatikan denyutan itu, maka ia berkata lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba bahawasanya waktu Maghrib itu bermaqam pada jantung hamba.” Maka berzikirlah ia daripada Maghrib sampailah ia pada waktu Isya’.
5. Setelah sampai pada waktu Isya’, maka berdenyut-denyutlah dadanya di sebelah kanan. Tatkala itu maka nyatalah ia waktu Isya’ itu pada limpanya. Maka bersyukurlah ia ke Hadhrat Allah Ta’ala. Katanya, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Dengan kerana Mu aku mengetahui akan segala-galanya.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sehingga sampai pada waktu Subuh. Maka kedengaranlah pada telinganya, “Ya Abdul Qadir! Di dalam lima waktu itu bahawasanya terhimpun ia di dalam waktu Subuh.”
Maka telah nyata kedudukan maqam lima waktu itu pada diri kita oleh itu tiada boleh dinafikan tiap-tiap sesuatu itu. Bukannya kehendak ilmu yang luas tiada suatu pun yang boleh mengisbatkan kepada kita. Hanya pada diri kita sahaja yang boleh menandakan suatu itu di alam ini.
Maka berkata seorang ahli Sufi (Syeikh Kiryani r.a.) kepada sahabat-sahabatnya bahawasanya, “Hamba dapat mengetahui akan maqam yang lima ini adalah wujudnya pada lima haqiqat. Yang dinamai ia pada tiap-tiap waktu ini.”
1. Waktu Subuh menyatakan wujudnya Allah.
2. Waktu Dzohor menyatakan wujudnya Af’al Allah.
3. Waktu ‘Asar menyatakan wujudnya Qauli.
4. Waktu Maghrib menyatakan wujudnya Insani.
5. Waktu Isya’ menyatakan wujudnya Rasuli.
Maka berkata sahabat-sahabatnya kepada Syeikh Kiryani r.a., “Ya tuan hamba! Bolehkah tuan hamba terangkan lagi bagaimana cerita lagi di atas maqam yang lima itu? Kerana tidak sekali-kali hamba memahami dengan kata-kata tuan hamba itu!”
Maka berkatalah Syeikh Kiryani r.a. kepada sahabatnya, “Ya sahabat ku! Tiliklah keadaan diri mu senyata dahulu agar kamu dapat ketahui akan maqam yang lima itu.”
Adapun tatkala asalnya maqam yang lima waktu itu adalah diambil daripada cerita baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu. Tertulis di dalam kitabnya yang bernama “Darul ulum addeen”. Bahawasanya datang seorang hamba Allah mengadap baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu dengan berkata, “Ya Khalifah Amirul Mu’minin! Kenapakah waktu subuh itu tidak disamakan lima rakaat tiap-tiap waktu? Mengapakah waktu Subuh dua rakaat sahaja dan Maghrib tiga rakaat, sedangkan waktu lainnya empat rakaat?”
Maka jawab oleh baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Sa’idah! Sebab-sebabnya waktu itu tidak sama akan rakaatnya, kerana mengikut kejadian alam ini. Tiada ia dijadikan oleh Tuhan dengan serentak. Melainkan dengan berperingkat-peringkat.”
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku, mafhumnya :
“Ya Ali! Ketahuilah oleh mu bahawasanya tatkala asal waktu itu, diibaratkan tatkala embun tunggal setitik gugur ke bumi menandakan adanya satu waktu dua rakaat yakni Subuh. Maka tatkala asal manusia pun daripada satu yakni Adam. Inilah sebabnya Subuh itu dua rakaat. Menyatakan ia rakaat pertama itu kalimah Tauhid, yang kedua kalimah Rasul. Kalimah Tauhid itu asal daripada ibu sekalian amalan dan kalimah Tauhid juga asal daripada bapa, yakni bapa sekalian ilmu Laduni.”
“Inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku”! Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Amirul Mu’minin! Apakah terkandungnya di dalam kalimah Tauhid dan kalimah Rasul?” Maka jawab baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun kalimah Tauhid itu nyata ia adanya Nur Muhammad iaitu Dzat Wajibal Wujud Kholiqul’alam.”
“Maka inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku!” Maka bertanya lagi Sa’idah, “Ya Amirul Mu’minin! Bagaimana pula dengan waktu-waktu yang lain itu?” Maka berkatalah baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun waktu-waktu yang lain itu mengikut cerita Rasulullah s.a.w. kepada ku adalah seperti berikut ini :
Waktu Dzohor 4 rakaat :
1. Rakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menandakan wujudnya Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma’ Allah.
4. Rakaat yang keempat menandakan wujudnya Af’al Allah.
Waktu ‘Asar 4 rakaat, menyatakan kepada 4 alam :
1. Rakaat pertama menyatakan kedudukan di Alam Roh.
2. Rakaat kedua menyatakan kedudukan di Alam Mithal.
3. Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di Alam Ajsam.
4. Rakaat keempat menyatakan kedudukan di Alam Insan.
Waktu Maghrib 3 rakaat, menyatakan kepada 3 diri :
1. Rakaat pertama menyatakan hal keadaan Diri Azali.
2. Rakaat kedua menyatakan hal keadaan Diri Terperi.
3. Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri.
Waktu Isya’ 4 rakaat, menandakan 4 nama bagi diri yang batin :
1. Rakaat pertama menyatakan bersifat Wujud, mengesakan Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menyatakan bersifat Ilmu, mengetahui akan Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menyatakan bersifat Nur, menyatakan ia akan Asma’ Allah.
4. Rakaat keempat menyatakan bersifat Syuhud, ma’rifat akan Af’al Allah.
Maka inilah yang dinamakan Rahsia Ma’rifat. Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada Baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Amirul Mu’minin! Sekiranya jikalau hamba beramal dengan tiada ketahui jalan ini, apa hukumnya?”
Maka jawab Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Siapa yang mengerjakan amalan dengan tiada mengetahui akan amalan itu adalah syirik semata-mata. Dan mereka ini dijatuhkan di dalam golongan orang yang fasiq. Walau bagaimana ‘alim sekalipun, fasiq jua hukumnya. Tiadalah ia berbau akan Syurga idaman.”
Rujuklah mereka yang arif billah…
Kejauhan itu lupa hati.
Kedekatan itu ingat hati.
Kejauhan itu hijab (tertutup).
Kedekatan itu kasyaf (terbuka).
Hijab itu gelap, Kasyaf itu Nur.
Gelap itu jahil, Nur itu Ma’rifat.
Rasulullah SAW bersabda: “Firman Allah Ta’ala, aku ini sebagaimana yang disangka oleh hambaku, Aku bersama dia apabila ia ingat kepadaKu, apabila ia mengingatKu dalam dirinya, Akupun ingat padanya dalam diriKu, dan apabila ia mengingatKu dalam ruang yang luas, aku pun ingat padanya dalam ruang yang lebih baik.” (Hadis Qudtsi diriwayatkan oleh Bukhari).
“Guru Sufi berkata: “Hatimu sekarang bersama Tuhanmu dan Tuhanmu bersama engkau, tidak jauh dari engkau, Ia mendekatkan engkau kepadaNya, dan mengenalkan engkau denganNya.”.
“Aku adalah Kanzun makhfiyy (PERBENDAHARAAN yang tersembunyi),
Aku cinta (hubb) untuk dikenal,
maka Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu …
Allah Ta’ala berfirman …
“Wahai hamba !…
Engkau tiada memiliki sesuatu pun,
kecuali apa yang Aku kehendaki untuk menjadi milikmu ..
Tiada juga engkau memiliki dirimu,
Kerana Akulah Maha PenciptaNya,
Tiada pula engkau memiliki jasadmu,
Maka Akulah yang membentukNya,
Hanya dengan pertolonganKu,
engkau dapat berdiri
dan dengan “kalimah-Ku”
engkau datang ke dunia ini ..
Wahai hamba !…
Katakanlah TIADA NYATA HANYA ALLAH,
kemudian tegaklah berdiri di jalan yang benar,
maka tiada Tuhan melainkan Aku ..
dan tiada pula wujud sebenarnya wujud kecuali untuk-Ku,
dan segala yang selain daripadaKu,…
adalah dari buatan tanganKu
dan dari tiupan Ruh-Ku ..
Wahai hamba !…
Segala sesuatu adalah kepunyaanKu,
BagiKu dan untukKu,
Jangan sekali-kali engkau merebut apa yang menjadi kepunyaanKu …
Kembalikan segala sesuatu kepadaKu,
niscaya akan Kubuahkan pengembalianmu dengan tangan-Ku,
dan Kutambah padanya dengan kemurahanKu,
Serahkan segala sesuatu kepadaKu,
niscaya Ku-selamatkan engkau dari segala sesuatu ..
Ketahuilah,…
bahawa hamba-Ku yang terpercaya adalah
yamg mengembalikan segala yang selainKu kepadaKu,
Tengoklah dengan pandangan tajam kepada Ku,
bagaimana cara Ku melakukan pembagian,
niscaya engkau akan melihat pemberian dan penolakan
merupakan dua bentuk yang di-asma-kan,
agar dengan demikian engkau mengenalKu ..
Wahai hamba ! …
Sesungguhnya engkau telah melihat Daku sebelum dunia terhampar
dan engkau mengenal siapa yang telah engkau lihat ..
dan kepadaKulah engkau akan kembali,
Kemudian Aku ciptakan sesuatu untukmu
dan Aku labuhkan tirai (hijab) atasmu ..
Lalu engkau pun tertutup dengan tirai dirimu sendiri
kemudian Aku menghijab engkau dengan diri-diri yang lain,
yang mana diri-diri yang lain itu menyeru kepadamu dan pada dirinya
dan menjadi penghijab daripadaKu,..
Setelah semuanya itu,..
maka Aku pun kembali menyata di balik semuanya itu,
dan dari belakang semuanya itu
Kuperkenankan akan diriKu;
Ku katakan kepadamu …
Bahawasanya Akulah Maha Pencipta;
Akulah yang menciptakan kesemuanya itu
dan bahawasanya Aku menjadikan engkau khalifah atas semuanya itu
dan ketahuilah,…
bahwa kesemuanya itu adalah amanah pada sisimu,..
dan diharuskan kepada pengembalian amanah itu untuk
mengembalikannya,…
Maka telitilah dirimu setelah engkau mempercayaiKu,
sudahkah engkau mengembalikan segala sesuatu itu kepadaKu
dan sudahkah engkau memenuhi perjanjian yang telah engkau buat
denganKu ?”
“Dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah,
maka Allah akan memberinya pahala yang besar.”
(Al-Fath:10).
Berkata Syeikhul Islam (rh) dalam kitab SYARAH HUKUM IBNU RUSLAN: Apa yang dimaksudkan dengan hakikat itu ialah ilmu laduni yang bercahaya (nurani) yang diajarkan oleh Allah Taala kepada segala roh sewaktu terucap perkataan Allah Taala kepada mereka itu..
الست بربكم قالوابلى شهدنا
ertinya: (Allah bertanya) “bukankah Aku ini Tuhan kamu”? (maka sembah segla roh ) “bahkan,betul,Engkau Tuhan kami” ( surah Al-A raaf):172).
Dan lagi di isyaratkan kepada segala roh dengan firmaNya:
وعلم ءادم الاسماءكلها….
ertinya: Dan Dia telah mengajarkan kepada Nabi Allah Adam (as) nama nama (benda benda) seluruhnya” surah AlBaqarah..31)
Tetapi rahsia itu tersembunyi dalam roh dan tertutup oleh sebab memandang wujud yang gelap dengan berasa bimbang dengan kerenah hawa nafsunya,Apabila hilang hal hal sedemikian,maka dengan taufik (kekayaan) Allah Taala,nescaya zahirlah rahsia ilmu hakikat,inilah maksud yang di sabdakan oleh Nabi kita Muhammad (saw):
من عمل بماعمل ورثه الله علم ما لم يعلم
ertinya: Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahui,nescaya Allah Taala mempusakakanya ilmu yang tidak diketahuinya(iaitu mendapat ilmu itu tampa dia bersusah payah belajar)….”
Oleh itu Allah Taala akan membukakan dalam hatinya itu taufik sedemikian dengan mendatangkan kepadanya segala makhluk sehingga surga pun didatangkan juga.
Oleh itu,jelaslah pada kita bahawa ada ilmu yang di suruh oleh Allah Taala dan RasulNya menyembunyikanya daripada pengetahuan orang yang bukan ahlinya degan berdalilkan Al Quran dan Hadis serta asar (bekas) sahabat dan pandangan Ulamak yang tersebut itu.Jadi terbatallah perkataan orang yang mengatakan,sesungguhnya Nabi dan Ulamak itu tidak ada menyembunyikan ilmu berdasarkan dalil tersebut.
Ilmu yang disembunyikan itu ialah ilmu haqiqat,Oleh sebab itu,tidak harus sama sekali bagi Salik membaca kitab ilmu haqiqat sebelum ia tetap dalam syariat dan tarikat dan juga sebelum ia menerima talqi(terima ijazah) daripada guru yang pakar,yang wasil ( yang sampai kepada Allah) lagi Mursyid Kamil Mukamil,juga sebelum kuat fahamannya (cukup faham) untuk menerima ilmu haqiqat.Ini amat penting kerana hal yang demikian itu akan menyebabkan ia terjerumus ke arah kesesatan selama lamanya.Hal ini juga menyebabkan ia tidak dapat mencari jalan keluar sehingga ia mendakwa sesuatu hal yang di ada adakannya tampa dalil dan mengiktikadkan segala iktikad yang tidak layak pada Hal Taala.Se,uga dilindungi Allah Taala akan kita daripada perkara sedemikian.
MAKA BERBAHAGIALAH BAGI SAUDARA YANG MENUNTUT DAN BERUSAHA MENDAPATKAN RAHSIA YANG TERSEMBUNYI ITU SUPAYA DAPAT MENJADI AHLINYA DAN BEROLEH KEMENANGAN DI AKHIRAT……amin
Ketahuilah sesungguhnya segala ilmu Fakir yg tersebut dalam salinan saya adalah rahsia yg amat halus dan perkataan yg digunakan pun amat dalam.Tidak ada sesiapapun yg dapat memahaminya melainkan ulamak yg rasikh (yang dalam dan teguh ilmunya) atau pengertian lain yg tetap terdahulu cahcayanya daripada perkataanya kerana ilmu yg fakir ini adalah rahsia Nabi2 dan wali2 yg diwarisi oleh mereka yg mengelami apa2 yg diamalkan oleh nabi2 yg lain teristimewa serta mengerjakan perkara yg diketahuinya,sepertimana firman Allah Taala:-
وتلك الامثل نضربها للناس ومايعقلها الا العلمون
Ertinya”segala misalan itu kami misalkan kepada seluruh manusia dan tidak ada yg memahaminya melainkan orang2 yang alim ( surah Al Ankabut,ayat 43).
Tidak dibenrkan oleh undang2 syara menyatakan,membukakan,dan menzahirkannya kepada orang yg bukan ahlinya kerana akal mereka itu tidak sampai ke arah pengetahuan tersebut,sebagaimana sabda Nabi (saw):-
نحن معاشرالا نبياء أمرناأن نكلم الناس قدرعقولهم
Ertinya”Kami golongan Nabi2 diperentahkan oleh Allah Taala kpd kami semua supaya berkata kpd semua manusia mengikut keupayaan penerimaan akal mereka.Lagipun kalau akal mereka tidak sampai ke arah memahaminya,maka sudah tentu mereka akan menimbukan fitnah ke atas kami”
ما حدث أحد قوما بحدث لا يبلغه عقولهم الا كان فتته علهم
Sabda Nabi (saw)..Ertinya Tidak akan berkata sesuatu kaum dengan perkataan yg tidak sampai kepada akal mereka itu melainkan mereka memberi fitnah ke atas mereka (sesuatu kaum).
Sabda Nabi yg diertikan ” Sesungguhnya ilmu itu keadaanya seperti mutiara yg tersimpan dalam hidangan perut ibunya,tidak ada sesiapa yg mengetahuinya melainkan orang2 yg berilmu dgn Allah”
Orang2 yg berilmu dengan Allah ( Al-Alimuna Billah) itu ialah orang2 yg mengenal Zat Allah,Sifat2Nya,nama2Nya dan segala perbuataNya malah ilmu mereka berserta dgn Allah Taala dan mengamalkan apa yg diketahuinya tampa mencederakannya walau sedikit pun.
Menurut kata Imam Ghazali dalam kitabnya,Ihya Ulumiddin”sesungguhnya dilarang menceritakan rahsia itu kerana kecetekan fahaman (pengetahuan orang2 awam) untuk menerimanya.
Berkata Imam Ghazali (ra)”Tidak syak lagi,sesungguhnya Rahsia itu tertakluk kpd segala faedah yang ada dalam agama dan tidak terlepas daripada menzahirkanya kpd orang lain ia itu kpd.ahlinya”
Berkata Sahal bin Abdullah At-Tasturi ” Bagi orang2 yg berilmu itu ada tiga bidang keilmuan:-
1.Ilmu zahir,diberikan kpd ahlinya,
2.ilmu Batin,tidak harus menzahirkanya kpd sesiapa melainkan kpd.ahlinya.
2.Ilmu antara dia dgn Allah Taala,tidak harus menceritakanya kpd sesiapapun.
………………….
AWALUDIN MA’ARIFATULLAH

Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

Qurban Dan Aqiqah



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 


Qurban Dan Aqiqah


Qurban Dan Aqiqah




Qurban
Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA
Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”(Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.

Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

HUKUM MELAKUKAN QURBAN
Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.

Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”(Riwayat Tirmizi)
PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN
Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.
Qurban Wajib
Qurban Nazar.
Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.
Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Qurban Sunat
Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

SYARAT-SYARAT QURBAN
Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Wajib/Sunat Qurban.
Syarat Sah Qurban.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.
Syarat Wajib/Sunat Qurban
1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.
3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.
Syarat Sah Qurban:-
1.Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
2.Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
3.Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
4.Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban
Islam.
Merdeka.
Aqil Baligh.
Bermukim atau Musafir.
Berkemampuan.

WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”

BINATANG QURBAN
Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :
Jenis binatang yang diqurban.
Umur binatang qurban.
Kadar binatang yang disembelih.
Sifat–sifat binatang qurban.

1. Jenis Binatang Yang Diqurban
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”(Surah Al-Hajj 22:34)

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.
Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.
Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

2. Umur Binatang Qurban
Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:
-Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
-Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
-Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
-Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.

3. Kadar Binatang Yang Disembelih
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:
“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”
Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
4. Sifat–Sifat Binatang Qurban
Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:
-Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
-Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
-Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
-Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
-Bertanduk.
-Putih warna bulunya (pada kibasy).
-Jantan.

Sifat yang makruh pada binatang qurban:
-Rabit telinganya.
-Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
-Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
-Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
-Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
-Kabur penglihatannya.
PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN
*Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
*Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
*Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
*Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.
*Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
*Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.
*Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
*Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
*Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
*Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:
*Membaca basmalah.
*Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
*Binatang diarahkan ke arah qiblat.
*Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
*Berdoa.
*Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :
“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
*Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”
PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN
*Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.
*Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.
*Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
*Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.
*Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.
HUKUM DAGING QURBAN
Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat.
Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
Maksudnya:
“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”(Surah Al-Hajj, 22:28)
Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan
firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }

Maksudnya:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”(Surah Al-Hajj, 22:36)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.
Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.
Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.
Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.
Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.
Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.
PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)
SYARAT ‘AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

* Berdoa semasa hendak menyembelih:

بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
* Menyembelih ketika matahari sedang naik.
* Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

* Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

* Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

* Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
* Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.

* Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.

* Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.

* Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.

* Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.

* Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.

* Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.

* Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.

* Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
HIKMAH ‘AQIQAH

‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:

Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.

Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.

Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.

Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.

Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:

1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.

4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

© Jabatan Mufti Negeri Melaka 
Qurban Dan Aqiqah

Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

Facebook adalah 'spy' terbesar yang pernah dibuat



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Facebook adalah 'spy' terbesar yang pernah dibuat

Facebook adalah 'spy' terbesar yang pernah dibuat

Pengasas WikileaksJulian Assange dalam sebuah wawancara eksklusif dengan RT (dahulu dikenali sebagai Russia Today) menyebut Facebook adalah alat perisikan terbesar dalam sejarah. Menurut Assange, Facebook secara automatik mengutip data rahsia dari pengguna berdaftar di laman itu, dan kemudian maklumat ini akan dipindahkan ke perisikan AS.

Dia menambah bahawa kita berurusan dengan pengkalan data (database) yang sangat terperinci tentang manusia, kebiasaan mereka, hubungan sosial mereka, alamat, tempat tinggal, kaum kerabat, dan semua data ini terletak di Amerika Syarikat dan sedia diperolehi oleh perisikan AS.

Menjawab soalan tentang peranan rangkaian sosial dalam membentuk revolusi baru-baru ini di Timur Tengah, wartawan online terkenal itu mengatakan bahawa Facebook secara khusus adalah yang paling menjijikkan dari segala peralatan perisikan yang pernah diciptakan. Dia mengatakan bahawa pengguna harus menyedari bahawa menambah kenalan di Facebook adalah seperti mereka bekerja untuk perisikan Amerika, mengemas kini databasenya. Puak lain juga boleh hack Facebook, atau mendapatkan maklumat ini dari orang Amerika sebagai ganjaran untuk beberapa perkhidmatan.

Dia menyatakan bahawa Facebook, Google dan Yahoo, semua syarikat besar Amerika, ada antaramuka 'built-in' (bina dalam) untuk digunakan oleh perisikan Amerika. Adakah ini bermakna bahawa Facebook adalah di tangan perisikan Amerika? Tidak, itu berbeza. Ini bermakna bahawa badan-badan perisikan AS mempunyai sarana undang-undang dan politik untuk menekan mereka.

"Para ahli psikologi percaya bahawa rangkaian sosial yang paling popular adalah berdasarkan prinsip piramid Maslow. Menurut teori, tahap tertinggi keperluan individu adalah ekspresi diri. Seorang pengguna rangkaian tidak hanya dapat memberikan maklumat tentang diri mereka sendiri, tetapi juga menampilkan kejayaan mereka, membuat perpustakaan audio dan video, serta album sendiri.

Namun, sedikit orang fikir tentang maklumat yang kita tidak fikir panjang menempatkan di laman kita. Maklumat ini menjadi sasaran yang dikehendaki untuk perkhidmatan perisikan dan sebagai pengalaman rangkaian sosial Amerika menunjukkan, cara yang hebat bagi pengkredit untuk menentukan pendapatan sejati kita. Ada tercatat pelbagai kes dimana individu yang tidak seimbang mentalnya mengesan dan memeras-ugut pengguna," lapor 'Globalist'.

Pengguna-pengguna Facebook sekarang ini seperti susah mahu berpisah dengan laman rangkaian sosial paling top sekarang itu. Adakah ianya boleh dikategorikan sebagai ketagih? Tentu anda sendiri yang ada pengalaman menjadi pengguna Facebook mengetahui jawapannya. :)


[Pravda]
Facebook adalah 'spy' terbesar yang pernah dibuat


Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

Serangan peluru berpandu AS ke atas Awlaki tidak mengena

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Serangan peluru berpandu AS ke atas Awlaki tidak mengena

Serangan udara Amerika Syarikat di Yaman Khamis lalu bertujuan untuk membunuh Anwar Al-Awlaki, ulama radikal kelahiran Amerika yang diduga mendalangi serangan pengganas di AS, tetapi peluru berpandu meleset dari sasaran, menurut laporan-laporan rasmi Yaman dan AS.

Serangan udara ini dilakukan kurang seminggu dari tarikh kononnya U.S. Navy SEAL membunuh Osama bin Laden di Pakistan. Jika serangan udara ini berjaya mengena sasarannya, maka AS berjaya membunuh dua orang di antara 3 orang senarai teratas yang paling dikehendaki oleh mereka.

Walaubagaimana pun menurut laporan Financial Times, serangan itu berjaya membunuh 2 orang pemimpin pertengahan AlQaeda. Mereka ialah adik beradik iaitu Abdullah and Musaad Mubarak al-Harad. Tetapi penduduk tempatan membantah bahawa individu-individu itu anggota al-Qaeda.

White House dan pegawai Pentagon menolak memberikan komentar terhadap setiap serangan di Yaman.

Percubaan untuk membunuh Awlaki adalah yang pertama diketahui sejak serangan tentera AS di dalam Yaman dari Mei 2010, apabila peluru berpandu AS keliru membunuh salah seorang utusan Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh dan sejumlah orang yang tidak diketahui.

Laporan rasmi Yaman mengatakan mereka percaya Awlaki berada dekat dengan desa itu bersama kumpulan yang disyaki militan al-Qaeda.

AS telah membelanjakan wang kepada latihan pasukan anti-keganasan Yaman dengan USD$150 juta bantuan ketenteraan tahunan dan sehingga 100 pelatih pada waktu tertentu.



[Wall Street Journal , CBS , Financial Times]


Persoalannya

Mengapa White House dan Pentagon langsung tidak mahu memberi komentar tentang kejadian itu?

Amboi, cepatnya cuba membunuh orang kedua penting selepas Osama?

Dan apa bukti bahawa Anwar Awlaki itu adalah KELAHIRAN Amerika Syarikat?

Dikatakan mereka berjaya membunuh 2 orang pemimpin pertengahan AlQaeda, tetapi mengapa penduduk tempatan di situ membantah bahawa mereka adalah anggota AlQaeda?

Jika benar AlQaeda itu pengganas, maka mengapa AS begitu gembira menyambut berita kematian Osama bin Laden?  Sedangkan jika mereka betul-betul pengganas, walaupun Osama sudah meninggal, siapa-siapa pun boleh mengganti dan mereka tetap akan mengganas. Apa bezanya dengan ketiadaan Osama jika AlQaeda masih lagi wujud?

Yang jelasnya, berita kematian Osama itu hanya satu taktik sempena pilihanraya yang bakal dilangsungkan di AS pada 2012 nanti. Mungkin mereka masih mahu lagi mengekalkan Obama kerana Obama amat petah bercakap dan mempunyai karisma bagi mereka, tidak seperti bekas Presiden dulu iaitu George W. Bush  yang banyak terlajak kata dan bersifat seperti kartun  .......