04 January 2020

Time Tunnel~ PENGEMBARA MASA

Assalamualaikum

PENGEMBARA MASA: BOLEH KEMBALI KE MASA SILAM DAN BOLEH PERGI KE MASA HADAPAN

​Ramai yang menolak mentah-mentah tentang kemungkinan kita mampu mengembara merentasi masa. Omputih panggil ‘time travelling’.
Perhatikan 7 perkara berikut. 
Adakah ini bukti bahawa kemampuan kita untuk mengembara merentasi masa adalah tidak mustahil?

1.HOTEL YANG HILANG.

                        

                    
Satu kes pada Oktober 1979 dimana sepasang suami isteri, Simpsons dan Gisbys mengembara dengan menaiki kereta dari Perancis ke Sepanyol. Mereka telah bermalam di sebuah hotel lama semasa perjalanan pergi. 
Dalam perjalanan pulang ke Perancis, mereka mahu singgah bermalam di hotel yang sama. Akan tetapi, mereka tidak menjumpai hotel tersebut. Misterinya, gambar-gambar yang diambil semasa mereka bermalam di hotel tersebut sebelum ini telah hilang dari gulungan filem gambar apabila telah dicuci. Bagaimana ini boleh berlaku?

2. KEJADIAN MOBERLY-JOURDAIN
              

Pada tahun 1901, dua orang wanita bernama Charlotte Anne Moberly dan Eleanor Jourdain; yang mana mereka adalah Pengetua dan Timbalan Pengetua di St Hugh’s College, Oxford dilaporkan secara tidak sengaja berada di masa silam pada zaman Berlakunya revolusi Perancis. 
Kejadian berlaku semasa mereka berdua melawat ke sebuah villa kecil di Versailles, tiba-tiba mereka berada di zaman revolusi Perancis di mana mereka berjumpa dengan Marie Antoinette dan beberapa orang di zaman tersebut. Ini adalah salah satu bukti terawal kewujudan pengembaraan merentas masa secara tidak sengaja.

3. SWISS WATCH DI KUBUR BERUSIA 400 TAHUN DI CHINA
             

Pada Disember 2008, ahli arkeologi China secara tidak sengaja mengeluarkan keranda besar yang dipercayai tidak diusik selama 400 tahun dahulu di kubur Si Qing di Bandar Shangsi. Semasa mereka membersihkan tanah di sekeliling keranda, mereka terkejut kerana menjumpai sebentuk jam kecil berjenama Swiss yang menunjukkan masa jam 10:06. 
Setelah diuji, jam berjenama Swiss tadi juga didapati berusia 400 tahun sama seperti keranda tersebut. Bagaimanakah ini berlaku?
          


4. WANITA BERTELEFON BIMBIT DALAM MOVIE CHARLIE CHAPLIN.


Di dalam cerita ini, kelihatan seorang wanita sedang bercakap menggunakan telefon bimbit di mana pada tahun 1928, masih belum wujud telefon bimbit. Apa penjelasan kejadian ini?
        

5. KES KOTAK CD PADA LUKISAN.


            
Dalam sebuah lukisan yang dilukis pada 1800 , kelihatan seorang lelaki memegang sesuatu yang kelihatan seperti bekas simpanan CD yang moden. Yang menjadi misteri, pada tahun 1800 masih belum ada bekas plastik seperti itu dan sudah pastinya CD hanya mula digunakan pada tahun 1980-an. 

6. MANGSA LANGGAR LARI DARI ZAMAN SILAM
            


Pada Jun 1950 , seorang lelaki berusia awal 30-an bernama Rudolph Fentz memakai pakaian dari abad ke 19 telah dilanggar dan terbunuh dalam kejadian langgar lari di New York City’s Time Square. Siasatan lanjut oleh polis (NYPD) menunjukkan lelaki tersebut telah hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak pada tahun 1876 pada umur 29 tahun. 
Barang milik peribadi yang dijumpai pada mangsa adalah ‘cooper token’ dari pembelian beer, bil menjaga kuda dan membasuh kereta kuda, surat bertarikh 1876, 70 dollar dank dan kad nama bisnes. Tanpa berlaku sebarang penuaan, pada mangsa telah menunjukkan beliau mengembara dari tahun 1876 ke tahun 1950.
                

                            Rudolph Fentz, Senior


7. PENGEMBARA MASA HIPSTER


Gambar pada tahun 1941 semasa pembukaan semula South Fork Bridge di Gold Bridge, Canada, secara tidak sengaja menunjukkan seorang pengembara masa. Dikatakan pakaian, logo pakaian dan cermin mata yang dipakai dan kamera mudah alih yang dipegang oleh lelaki tersebut bukan barangan dari tahun 1940-an. Beliau dikenali sebagai Pengembara Masa Hipster.
—————————–

Sama ada logik atau tidak kesemua cerita-cerita ini, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tetapi, kalau kita renung-renungkan sabda Rasulullah S.A.W :

“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”

Ini seolah-olah menyatakan bahawa seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.
Allahu’alam…

TANDA WAHYU RASULLULLAH YANG TERAKHIR

Assalamualaikum


TANDA WAHYU RASULLULLAH YG TERAKHIR

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan wida'.
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: 
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: 
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di  rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: 
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir 
sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.  maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah  berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."


🆗️♥️❤💚💜💛♥️🖤💞💚💚💙🔁🤝

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN SEORANG YAHUDI

Assalamualaikum


KISAH RASULULLAH S.A.W DAN SEORANG YAHUDI

Ali bin Abi Talib r.a berkata “ Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: “Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s yang telah diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab”

Lalu Rasullallah saw bersabda, “Silakan bertanya”

Berkata orang Yahudi, “Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu”

Sabda Rasullallah saw, “Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka Allah pasti akan mengkabulkan permintaanya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir”

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullallah saw, lalu mereka berkata, “Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang bersembahyang?”

Rasullallah saw bersabda, “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari Kiamat”

Sabda Rasullallah lagi, “Manakala sembahyang Asar adalah saat di mana Nabi Adam a.s memakan buih khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.”

Selepas itu Rasullallah saw membaca ayat yang bermaksud, “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan”

Sabda Rasullallah saw, “Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath”

Sabda Rasullallah saw seterusnya, “Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu :
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullallah saw, maka mereka berkata,

“ Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad saw. Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?”

Sabda Rasullallah saw, “ Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s berlapar selema 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya”

Kata orang Yahudi lagi, “ Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu”

Sabda Rasullallah saw, “ Semoga hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan di berikan oleh Allah SWT 7 perkara :

1.      Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya
2.      Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram.)
3.      Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4.      Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5.      Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengngerikan)
6.      Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberangi Titian Sirath.
7.      Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.
Kata orang Yahudi lagi, “Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi”

Sabda Rasullallah saw, “Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari Kiamat).

Kata orang Yahudi, “ Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengaku dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulallah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah)”

Sedikit peringatan untuk kita semua:

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: ayat 155)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya” (Surah Al-Baqarah: Ayat 286

💙🔁🆗️💞🖤💜💛❤💚♥️

LAPAN PINTU SYURGA

Assalamualaikum


LAPAN PINTU

DARI Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa beliau bersabda: "Barangsiapa lupa selawat untukku maka dia telah lupa jalan ke syurga".

Ibnu Abbas r.a. berkata: "Syurga itu mempunyai 8 pintu emas yang bertaburan permata.
Pintu pertama tertulis:"Laa ilaaha illallahu Muhammadur rasulullahi", ini adalah pintu masuk untuk para Nabi, para Rasul, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang bersedekah.

Kedua, pintu masuk untuk orang-orang yang mengerjakan solat yang mereka itu yang menyempurnakan solat dan wuduknya (yang amat beramat-amati tentang sunat dan wajib serta adap-adapnya).

Ketiga, pintu masuk untuk orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.

Keempat; pintu masuk untuk orang-orang yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar.

Kelima; pintu masuk untuk orang yang menahan nafsu-syahwatnya.

Keenam; pintu masuk untuk orang yang mengerjakan haji dan umrah.

Ketujuh; pintu masuk untuk para pejuang.

Kelapan; pintu masuk untuk orang yang memejamkan indera penglihatannya dari segala macam haram, orang yang mengerjakan kebaikan serta kebajikan, berbuat baik kepada kedua orang tua dan menjalinkan silaturahim serta perbuatan-perbuatan baik lainnya."

(Daqa'iqul Akhbari)
💙🆗️🔁💞🖤💜💛❤💚♥️🤝

BILA JIBRAIL MELIHAT SYURGA

 Assalamualaikum



BILA JIBRAIL MELIHAT SYURGA

Apabila Allah SWT siap mencipta syurga dan mengisinya dengan pelbagai kenikmatan sebagai ganjaran kepada umat yang melakukan amal soleh serta menyempurnakan syariat-Nya maka Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibrail a.s melihat syurga ciptaan-Nya.
Allah SWT :
“Wahai Jibrail, Aku telah menciptakan Syurga sebagai tempat  untuk umat yang menyempurnakan syariat-Ku, pergilah engkau saksikan Syurga ciptaan-Ku itu”.
Malaikat Jibrail patuh dengan perintah Allah SWT dan setelah menyaksikan ciptaan agung itu, ia kembali mengadap Allah SWT dan berkata :
“Demi kemuliaan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, barang siapa yang menyaksikan Syurga ciptaan-Mu itu nescaya mereka akan berusaha dengan apa jua sekalipun untuk menjadi ahlinya”.
Allah SWT :
“Kenapa engkau berkata demikian?”.
Jibrail a.s :
 “Sesungguhnya Syurga itu penuh dengan aneka kesenangan, kelazatan, kegembiraan, kemewahan dan pelbagai nikmat.  Jika umat-Mu mengetahui isi sebenarnya Syurga itu pasti mereka tidak menginginkan lagi dunia yang fana ini, mereka pasti sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai Syurga itu”.
Allah SWT :
“Baiklah”.  Kemudian Allah selubungi Syurga itu dengan berbagai bentuk ujian.  Allah letakkan bermacam-macam dugaan seperti sembahyang, puasa, jihad, haji, amal kebajikan dan berbagai lagi syarat untuk memasuki Syurga.  “Wahai Jibrail, pergilah engkau sekali lagi saksikan Syurga itu”.
Jibrail patuh dan setelah melihat ujian-ujian yang Allah sediakan kepada setiap umat untuk memasuki Syurga itu ia kembali mengadap Allah SWT seraya berkata :
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, kali ini aku khuatir tidak ada seorang pun umat-Mu dapat memasuki Syurga itu”.
Allah SWT :
“Kenapa demikian?”.
Jibrail a.s :
“Sebab ramai umat-Mu tidak mampu melepasi ujian yang disediakan itu”.
Kemudian Allah SWT menciptakan pula Neraka Jahanam.  Sekali lagi Allah perintahkan Jibrail melihat rupa Neraka yang disediakan untuk umat yang ingkar suruhan serta lalai dari melakukan syariat Allah.
Allah SWT :
“Wahai Jibrail, Aku telah ciptakan Neraka Jahanam sebagai tempat untuk umat yang ingkar dan lalai daripada beribadat kepada-Ku.  Pergilah engkau saksikan Neraka ciptaan itu”.  Setelah Jibrail menyaksikan sendiri bertapa azab dan deritanya sebagai isi Neraka, lantas ia kembali mengadap Allah dengan wajah takut.
 Jibrail a.s :
“Ya Allah, demi kekuasaan-Mu, barang siapa yang mendengar namanya yang amat dahsyat itu, aku yakin tidak ada seorang pun umat-Mu yang berani menghampirinya”.  Maka Allah selubungi Neraka itu dengan berbagai bentuk ujian seperti hiburan, zina, maksiat dan mabuk, yang mempunyai kuasa bersikap kasar, zalim, angkuh serta menindas.
Allah SWT :
“Wahai Jibrail, aku telah siap mencipta Neraka Jahanam, pergilah engkau lihat sendiri rupa Neraka itu”.  Jibrail patuh dan setelah melihatnya ia kembali mengadap Allah dengan wajah yang pucat.
Jibrail a.s :
“Ya Allah Yang Maha Perkasa, kali ini aku khuatir tidak ada seorang pun umat-Mu yang terselamat daripadanya”.
Allah SWT :
“Kenapa pula demikian?”.
Jibrail a.s :
“Ujian-Mu terlalu berat.  Semua dugaan yang Engkau sediakan adalah kegemaran sebahagian besar umat di dunia”.

🆗️🔁💙💞🖤💜💛❤💚

MALAIKAT JIBRAIL A.S.



MALAIKAT JIBRAIL A.S.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada se persepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

💞🖤💜💛❤💚♥️🆗️💙🔁

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Assalamualaikum

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

DIDATANGI MALAIKAT JIBRAIL
Pada malam tersebut, Rasulullah s.a.w sedang tidur (tidur-tidur ayam) bersama-sama bapa saudaranya.  Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib.  Tiba-tiba datang Malaikat Jibrail bersama Malaikat Mikail serta Malaikat-malaikat lainnya.  Jibrail memerintahkan Malaikat-malaikat lain mengangkat Rasulullah s.a.w ke suatu tempat, di mana di situ Jibrail telah membelah dada Rasulullah s.a.w sehingga ke bawah pusatnya.
HATI RASULULLAH DISUCI
Setelah dibelah dada Rasulullah s.a.w, Jibrail pun memerintahkan Malaikat Mikail membawa satu batil air zam-zam untuk menyucikan hati baginda s.a.w supaya luas dadanya.  Selepas itu, ia pun mengeluarkan jantung baginda untuk dibasahi sebanyak 3 kali dengan menggunakan air zam-zam tersebut.  Darah hitam yang terdapat dalam dada Rasulullah s.a.w pun dikeluarkan.  Darah tersebut adalah sebahagian daripada syaitan.
Setelah itu, Jibrail menuangkan satu batil dari emas yang penuh dengan hikmat dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w hingga penuhlah dada baginda dengan hikmat, ilmu, kenyakinan dan keislaman yang sejati.  Kemudian, setelah selesai semuanya, dada itupun ditutp kembali.  Sesungguhnya semua proses ini tidak menimbulkan sebarang kesakitan bagi pihak Rasulullah s.a.w dan sesungguhnya telah termeterailah baginda di dua belikatnya dengan Khatam An-Nubuwah.

MENUNGGANG BURAQ
My Redz:
https://youtu.be/Kegry84jh6Y

https://youtu.be/Kegry84jh6Y

https://youtu.be/950x4GmSn58

https://youtu.be/950x4GmSn58

Kemudian, didatangilah Buraq dari Syurga yang berpelana dan bertali.  Buraq ialah seekor binatang berwarna putih, saiz badannya lebih besar daripada himar dan lebih kecil daripada barghal, mempunyai empat kaki dan pantas berjalan.  Satu langkah ke satu langkah kakinya adalah seumpama sekelip mata memandang.  Apabila ia hendak menaiki bukit, kedua telinganya akan bergerak-gerak dan kedua-dua kaki belakangnya akan memanjang dan apabila ia turun, kedua-dua kaki di hadapannya akan memanjang.  Ia juga mempunyai dua sayap.
Ketika mula-mula Rasulullah s.a.w hendak menunggang Buraq, ia meliarkan diri dan memayahkan tunggangan Rasulullah s.a.w terhadapnya.  Lalu, Jibrail pun meletakkan tangannya ke leher Buraq seraya berkata, “Tidakkah engkau malu wahai Buraq, demi ALLAH tiada seorang pun menunggang engkau yang terlebih mulia di sisi ALLAH daripadanya”.
Apabila mendengar kata-kata Jibrail itu, Buraq pun berhenti bergerak-gerak serta merendahkan dirinya hingga naiklah Rasulullah s.a.w ke atas belakangnya.
 PERJALANAN RASULULLAH
Tidak berapa lama Rasulullah s.a.w menunggang Buraq, sampailah baginda dan Jibrail ke suatu dusun yang banyak pokok kurma.  Jibrail menyuruh Rasulullah s.a.w turun di situ dan solat dua rakaat.  Apabila selesai, Jibrail bertanya, “Adakah engkau tahu tempat engkau solat tadi?”
 Jawab baginda, “Tidak tahu”.
Jibrail pun menerangkan bahawa tempat itu ialah Tai’bah iaitu Madinah Al-Munawarah.  Perjalanan itu pun diteruskan sampailah mereka ke suatu tempat.  Seperti biasa Jibrail menyuruh Rasulullah s.a.w solat dua rakaat.  Rasulullah s.a.w pun menurut suruhan Jibrail itu dan apabila selesai, Rasulullah s.a.w menunggang Buraq kembali.  Jibrail pun bertanya kepada baginda adakah baginda tahu tempat berkenaan.  Seperti tadi juga, Rasulullah s.a.w menjawab tidak tahu.  Kemudian Jibrail pun menerangkan bahawa itulah Baitul Lahm iaitu tempat kelahiran Nabi Isa a.s.
 BERTEMBUNG DENGAN AFRIT
Tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat Afrit daripada bangsa Jin.  Ia membawa cembung api menyebabkan mata Rasulullah s.a.w sentiasa berpaling ke arahnya.  Berkata Jibrail, “Adakah engkau mahu aku ajarkan kalimah untuk menghalau Afrit tersebut?”
“Ya” jawab Rasulullah s.a.w.  Jibrail pun mengajarkan Rasulullah s.a.w kalimah yang berikut :
“Aku berlindung dengan wajah ALLAH dan kalimah-Nya yang sempurna, yang kebaikan dan kejahatan tidak mengatasinya daripada kejahatan yang turun dan naik ke langit, dan dari kejahatan apa yang diciptakan di bumi juga dimusnahkan, dan dari kejahatan malapetaka malam dan siang melainkan yang datang dengan membawa kebaikan, wahai TUHAN Yang Rahman”.
Apabila kalimah ini dibaca, padamlah cembung api Afrit dan rebahlah ia ke atas mukanya.  Tatkala selesai Rasulullah s.a.w membaca, tersungkurlah Afrit.
BERJUMPA KAUM BERHUMA
Setelah itu mereka pun meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan beberapa kaum yang berhuma setiap hari dan mengetam pada hari yang sama.  Setiap kali mengetam ia kembali seperti asal dan begitulah seterusnya.  Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail, “Apa ini wahai Jibrail?”
Jawab Jibrail, “Inilah di antara umat engkau yang berperang di jalan ALLAH, digandakan ALLAH TAALA bagi mereka dengan kebajikan yang 1 kepada 700 kali ganda atau lebih banyak lagi seperti firman ALLAH :
“Dan apa yang kamu nafkahkan daripada sesuatu maka diganti dengan sebaik-baik yang memberi rezeki”.
TERCIUM BAU HARUM
Dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah s.a.w tercium bau yang sangat harum.  Lalu baginda bertanya kepada Jibrail apakah sebenarnya  bau tersebut.  Kata Jibrail, “Inilah bau Masitah yakni perempuan yang menyikat rambut anak perempuan Firaun”.
Pada suatu hari sedang Masitah menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat yang digunakannya itu jatuh dari tangannya lalu tercetuslah kata-kata “Dengan nama ALLAH binasalah Firaun”, dari mulutnya.
Bertanyalah anak perempuan Firaun, “Adakah bagi kamu TUHAN lain selain bapaku?”.  “Bahkan, sesungguhnya itulah TUHAN engkau dan TUHAN bapa engkau”, sahut Masitah.
Bertanya anak Firaun itu lagi, “Adakah engkau reda aku beritahu tentang hal ini kepada bapaku?”
“Ya”, jawab Masitah.
Pergilah anak Firaun berjumpa dengan bapanya untuk mengadukan hal tersebut.  Masitahpun diperintahkan untuk mengadap Firaun.
“Adakah tuhan yang lain selain daripadaku?” tanya Firaun dengan marah.
Tanpa gentar Masitah menjawab, “Ya, sesungguhnya ALLAH itulah TUHAN-ku dan TUHAN engkau”.
Firaun menjadi amat marah lantas memerintahkan supaya dibawa suami Masitah dan kedua anaknya mengadap.  Salah seorang daripada anaknya masih lagi kecil dan masih menyusu.  Kemudian Firaun memerintahkan supaya Masitah dan suaminya kembali kepada agama yang asal iaitu mengakui dialah tuhan.  Tetapi mereka enggan.  Firaun berasa amat tercabar dengan pendirian Masitah dan suaminya itu, lantas dia mengancam hendak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap keluarga Masitah sekiranya mereka masih berdegil.  Dengan hati yang tenang Masitah menjelaskan, “Kebajikan kamu bagi kami jika engkau membunuh kami dan sekiranya engkau membunuh kali kuburkan kami dalam satu lubang kubur”.
Kata Firaun, “Bagi kamu apa yang kamu tuntut itu sebab ada kebajikan kamu bagi kami”.
Firaun pun memerintahkan air dijerang di dalam sebuah kawah tembaga yang besar.  Setelah air mendidih, suami Masitah pun dicampakkan ke dalam kawah tersebut.  Tatkala hendak dicampakkan anaknya yang masih kecil itu, Masitah merayu supaya anaknya itu dikasihani.  Tiba-tiba dengan izin ALLAH anak yang masih kecil itu berkata; “Ibu berada di atas agama yang benar”.
Dengan itu tamatlah riwayat Masitah, suaminya dan dua anaknya yang pada pandangan Firaun sebagai celaka tetapi sebenarnya mereka berbahagia.
KAUM YANG MEMECAHKAN KEPALA
Perjalanan seterusnya mempertemukan Rasulullah s.a.w dengan beberap kaum yang memecahkan kepala mereka sendiri.  Setiap kali kepala mereka telah pecah, ia kembali seperti sedia kala.  Begitulah berulang-ulang kali.  Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w berasa hairan lantas bertanya kepada Jibrail.  Lalu Jibrail menerangkan bahawa itulah sebahagian daripada umat baginda yang memberatkan kepala mereka untuk menunaikan atau beribadat kepada ALLAH.
KAUM YANG MEMAKAN ZAKUM
Dalam perjalanan seterusnya Rasulullah s.a.w terlihat pula beberapa kaum yang berbalut kemaluan hadapan dan belakang dengan hanya sehelai sapu tangan.  Mereka dihalau seperti binatang dihalau ke padang sambil memakan zakum (batu dan bara api Neraka Jahannam).
Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Bahawasanya itulah sebahagian di kalangan umat engkau yang tiada mengeluarkan zakat harta mereka seperti firman ALLAH :
“Kami tidak menzalimi mereka melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri”.
KAUM YANG MEMAKAN DAGING MENTAH
Kemudian Rasulullah s.a.w bersama Jibrail bertembung pula dengan sebahagian kaum yang dihidangkan daging yang telah dimasak serta baik di dalam bekas perak dan disebelahnya pula terhidang daging yang mentah lagi busuk.  Tetapi yang menghairankan, mereka memilih untuk makan daging yang mentah lagi busuk itu.  Segera Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail.  Jibrail pun menerangkan bahawa mereka itu adalah sebahagian daripada umat baginda s.a.w, lelaki serta perempuan yang mempunyai isteri atau suami yang halal tetapi ditinggalkan.  Sebaliknya mereka mendatangi perempuan atau lelaki za’niah (pelacur).
DURI DI JALANAN
Dalam perjalanan berikutnya, ditunjukkan beberapa kayu yang berduri di jalan-jalan dan sesiapa yang melalui jalan berkenaan pasti akan terluka atau terkoyak bajunya.  Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.
Jawab Jibrail, “Inilah seumpama beberapa kaum daripada umat engkau yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak) mengintai-intai orang yang lalu di jalan tersebut bertujuan menganggu dan sebagainya”.  Lalu Jibrail membaca firman ALLAH :
"Dan jangan kamu duduk di jalan-jalan untuk menakut-nakutkan (menganggu) orang lain”.
BERENANG DALAM LAUTAN DARAH
Ketika Rasulullah s.a.w bersama Jibrail meneruskan perjalanan, sampailah mereka ke suatu tempat di mana baginda terlihat seorang lelaki yang berenang di dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.
Rasulullah s.a.w pun bertanya apakah sebenarnya kejadian itu.  Jibrail pun menjelaskan itulah diumpamakan sebahagian daripada umat baginda yang memakan riba.
MENGHIMPUN SEBERKAS KAYU
Kemudian, Rasulullah s.a.w berjumpa pula dengan seorang lelaki yang menghimpunkan beberapa bekas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya tetapi semakin bertambah pula kayu tersebut.  Semakin tidak terdaya semakin kayu-kayu itu ditambahnya dan begitulah seterusnya.
Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail lantas Jibrail menerangkan bahawa itulah seorang yang memegang amanah tetapi tidak mampu untuk dia melaksanakannya namun masih juga dia hendak menerima amanah lain.
KAUM YANG MENGGUNTING LIDAH
Seterusnya sampailah mereka ke suatu tempat di mana terdapat beberapa kaum yang kerjanya menggunting lidah dan bibir mereka sendiri.  Setiap kali lidah dan bibir mereka putus, ia pulih seperti sediakala dan mereka menggunting kembali dan begitulah seterusnya berulang-ulang kali.
Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Inilah diumpamakan seseorang yang mengajar manusia dengan tiada sebenarnya dan mereka tidak membuat apa yang mereka ajarkan itu”.
KAUM YANG MENGGARU MUKA
Kemudian Rasulullah s.a.w bersama Jibrail terjumpa pula beberapa kaum yang mempunyai kuku tembaga yang tajam.  Mereka mengaru-garu muka serta badan mereka sehingga tersiatlah daging dan bercucuran darah.
Segera Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Inilah seumpama mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain”.
LEMBU YANG KELUAR DARI LUBANG SEMPIT
Setelah itu, dalam perjalanan seterusnya, Rasulullah s.a.w ternampak satu lubang yang kecil, tiba-tiba keluar seekor lembu jantan dan ia cuba hendak masuk samula ke dalam lubang tersebut tetapi tidak berjaya.
Rasulullah s.a.w pun bertanya kepada Jibrail.  Jawab Jibrail, “Itulah umpama seseorang yang mengerjakan serta memperkatakan perkara-perkara yang dimurkai oleh ALLAH, kemudian dia menyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya”.
RASULULLAH DITEGUR OLEH PIHAK KANAN DAN KIRI
Maka Rasulullah s.a.w berserta Jibrail pun meneruskan perjalanan dan tiba-tiba Rasulullah s.a.w ditegur oleh pihak kanan dengan katanya, “Wahai Muhammad, pandanglah aku.  Sesungguhnya aku ingin bertanya kepada engkau”.  Tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyahut panggilan itu.  Lalu Jibrail pun menerangkan bahawa itulah seruan Yahudi dan jika baginda menjawab tadi, nescaya ramailah di kalangan umat baginda yang menjadi Yahudi.
Selepas itu Rasulullah s.a.w pun ditegur oleh pihak kiri tetapi baginda masih tidak menyahut.  Berkata Jibrail, “Itulah seruan Nasrani dan jika engkau menjawab seruan tadi tu, wahai Muhammad nescaya ramailah di kalangan umat engkau yang menjadi Nasrani”.
RASULULLAH DISERU PEREMPUAN BERHIAS SERTA SEORANG TUA
Tidak lama selepas itu, Rasulullah s.a.w pun diseru oleh seorang perempuan yang memakai perhiasan yang cantik.  Tetapi Rasulullah s.a.w tidak menyahut panggilan itu.  Lalu Jibrail pun menjelaskan kepada Rasulullah s.a.w bahawa jika baginda menjawab panggilan itu nescaya ramailah di kalangan umatnya yang mementingkan dunia daripada Akhirat.
Setelah itu, Rasulullah s.a.w diseru pula oleh seorang tua yang duduk jauh daripada mereka berdua.  Berkata Jibrail, “Teruskan perjalananmu wahai Muhammad.  Sesungguhnya itu adalah musuh ALLAH (Iblis).
Lalu mereka pun meneruskan perjalanan.  Dalam perjalanan itu juga, tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang perempuan tua di tepi jalan.  Apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w, Jibrail pun menerangkan bahawa itulah diumpamakan umur dunia.  Tiada tinggal lagi melainkan umur perempuan tua tersebut.
SETIBA RASULULLAH DI BAITUL-MAQDIS
Dalam masa yang begitu singkat, sampailah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail di Baitul-Maqdis.  Kemudian baginda pun turun daru Buraq tunggangannya dan Jibrail menuntun Buraq tersebut menuju ke masjid.  Selepas Jibrail menambat Buraq, mereka berdua pun masuklah ke masjid lantas solat sunat tahiyatul masjid sebanyak 2 rakaat.  Apabila selesai ternampaklah Rasulullah s.a.w ramainya manusia memenuhi masjid tersebut.
RASULULLAH IMAM SEGALA PARA NABI
Tatkala Jibrail azan turunlah Malaikat dari langit dan berhimpunlah segala para Nabi serta Mursalin.  Kemudian Jibrail pun iqamat.  Berdirilah para jemaah yang memenuhi masjid tersebut lalu mereka pun mencari-cari siapakah yang akan menjadi imam.  Jibrail menarik tangan Rasulullah s.a.w sampai ke mihrab.  Solatlah Rasulullah s.a.w bersama jemaah yang ramai di belakangnya.
Setelah selesai solat, Jibrail bertanya kepada Rasullah s.a.w, “Adakah engkau tahu siapakah yang solat di belakang engkau seketika tadi?”  Rasulullah s.a.w menjawab , “Tidak tahu”.  Jibrail pun menerangkan bahawa itulah para roh segala nabi dan Mursalin yang diwahyukan ALLAH.  Rasulullah s.a.w pun memuji ALLAH dengan pujian berikut :
“Segala puji bagi ALLAH TUHAN yang mengutusku, yang memberi rahmat bagi sekalian alam yang lengkap bagi setiap manusia.  Berita yang menggembirakan serta yang menakutkan dan menurunkanku kitab suci Al-Quran yang di dalamnya mengatakan setiap sesuatu dan menjadikan umatku itu umat yang dikeluarkan baginya segala manusia serta menjadikan umatku itu umat yang terpilih.  Dan menjadikan umatku itu umat yang permulaan takdirnya dan umat yang terakhir.  Dan meluaskan dadaku dan membuangkan daripadaku dosa-dosaku dan diangkatkan bagiku sebutanku dan menjadikanku permulaan dan kesudahan”.
Setelah selesai Rasulullah s.a.w memuji ALLAH. Berkatalah Nabi Ibrahim a.s, “Inilah kelebihanmu wahai Muhammad”.
RASULULLAH TERASA DAHAGA
Setelah melalui beberapa keadaan, Rasulullah s.a.w terasa dahaga lantas Jibrail pun membawakan 3 jenis minuman iaitu susu, arak dan madu.  Rasulullah s.a.w memilih susu untuk diminum.
Maka Jibrail membenarkan pilihan Rasulullah s.a.w sambil berkata, “Sesungguhnya engkau telah memilih asal kejadian dan jika engkau meminum arak, nescaya umat engkau akan ramai yang sesat dan tiada yang beriman melainkan sedikit”.
RASULULLAH DIDATANGI BIDADARI
Seketika Rasulullah s.a.w dipandang oleh bidadari dari langit.  Maka setiap bidadari memohon kepada ALLAH S.W.T untuk menziarahi Rasulullah s.a.w.  Lalu ALLAH pun mengizinkan mereka untuk turun dari Syurga bersama Malaikat.  Sampai sahaja kepada Rasulullah s.a.w, mereka pun solat di belakang Rasulullah s.a.w.  Setelah itu mereka duduk di dinding Baitul-Maqdis dan Rasulullah s.a.w pun mengucapkan salam kepada mereka.  Mereka pun menjawab salam baginda.
“Siapakah kamu semua?”
Lantas mereka pun menjawab, “Kami adalah daripada kalangan orang-orang yang baik dan elok yakni bidadari yang merupakan beberapa isteri bagi kaum yang suci daripada dosa mereka dan mereka itu kekal di situ dan tidak binasa”.
Tersebut dalam hadis, bidadari dijadikan ALLAH daripada za’faran (sejenis pohon) dan ada satu lagi riwayat mengatakan bidadari dijadikan daripada tasbih Malaikat atau titik air sayap Jibrail tatkala ia keluar dari sungai Syurga.
RASULULLAH TIBA DI MIKRAJ
Akhirnya, dalam perjalanan itu, sampailah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail ke Mikraj.  Mikraj adalah tangga yang sangat elok, anak-anak tangganya terbuat daripada emas dan perak yang dikeluarkan dari Syurga Firdaus yang bertahtakan permata yang indah.  Di kiri dan kanan tangga ini ada beberapa Malaikat.  Setiap tangga ke tangga yang lain ialah sejauh 500 tahun perjalanan seperti antara langit dengan bumi dan perjalanan anatar satu langit dengan langit yang di atasnya ialah sejauh 500 tahun perjalanan juga.
Kemudian Rasulullah s.a.w diangkat ke langit pertama, kedua dan demikianlah seterusnya.  Tebal setiap langit ialah 500 tahun perjalanan juga.
RASULULLAH MENAIKI LANGIT PERTAMA
Setelah itu Jibrail pun mendirikan tangga tersebut lalu naiklah mereka berdua ke atas langit yang pertama.  Maka terangkatlah mereka berdua naik ke atas sambil diikuti oleh SKHRAH (batu Baitul-Maqdis tempat berpijak untuk memulakan Mikraj).  Jibrail pun memerintahkan SKHRAH berhenti, lalu berhenti ia di situ, tergantung antara langit dengan bumi tanpa tali sehinggalah hari Kiamat.
Setelah beberapa lama, tatkala seorang perempuan hamil melintasi di bawahnya dan terlihat SKHRAH, dia berasa terkejut hingga gugurlah kandungannya.  Oleh itu, telah diciptakan ALLAH di bawahnya sesuatu yang dapat melindunginya daripada dilihat oleh sesiapa sahaja yang melintasi di bawahnya.
MENAIKI LANGIT DUNIA
Setelah itu, naiklah mereka hingga ke Langit Dunia iaitu di pintu yang dinamakan Babul Hafazah.  Pintu ini dijaga oleh Malaikat bernama Ismail.  Sesungguhnya Malaikat Ismail tidak akan berganjak dari tempatnya melainkan hari wafat Rasulullah s.a.w.  Di bawah jagaannya ada 70,000 Malaikat pula.
Jibrail pun meminta supaya Malaikat Ismail membuka pintu tersebut.
“Siapa engkau?” tanya Malaikat Ismail.
“Aku Jibrail”.
“Siapa bersamamu?”
“Aku bersama Muhammad yang telah diutuskan,” sahut Jibrail.
Lantas pintu itu pun terbuka sambil Malaikat Ismail berkata kepada Rasulullah s.a.w, “Telah engkau dapat keluasan dan engkaulah ahlinya yang dipanjangkan ALLAH daripada saudara dan daripada khalifah ALLAH.  Maka engkaulah sebaik-baik khalifah dan yang didatangi itu”.
RASULULLAH BERJUMPA NABI ADAM
Masuklah Rasulullah s.a.w bersama Jibrail melalui pintu yang telah terbuka itu dan bertemulah baginda dengan nabi Adam a.s.  Rasulullah mendapati apabila Nabi Adam (baginda belum mengenali Nabi Adam pada waktu ini) melihat roh-roh zuriatnya yang Mukmin dia berkata, “Inilah roh yang baik dan nafsu yang dijadikan daripada ali’in (takwa)”.  Apabila dia melihat roh-roh zuriatnya yang kafir, berkatalah dia, “Inilah roh jahat dan nafsu jahat yang dijadikan daripada sijjin (api Neraka)”.
Di sebelah kanan Nabi Adam terdapat beberapa manusia serta satu pintu di mana keluarlah bau yang sangat harum dari situ.  Di sebelah kirinya pula terdapat beberapa manusia serta satu pintu yang keluar darinya bau yang amat busuk.  Apabila Nabi Adam melihat ke sebelah kanan, dia berasa gembira dan senyum tetapi apabila dia menoleh ke sebelah kiri, dia berasa kecewa dan bersedih.
Rasulullah s.a.w memberi salam kepada lelaki itu, salamnya dijawab kemudian dia berkata, “Selamat datang anda orang soleh dan nabi yang soleh.  Baginda pun bertanya kepada Jibrail perihal lelaki tersebut.  Jibrail pun menerangkan, “Bahawasanya itulah bapa kamu iaitu Adam.  Yang kanannya itu ialah beberapa manusia daripada zuriatnya yang terdiri daripada ahli-ahli Syurga manakala disebelah kirinya pula ialah zuriatnya yang menjadi ahli Neraka.
Dia menoleh ke kanan dan berasa gembira lantas senyum kerana zuriatnya itu memasuki Syurga dan apabila dia menoleh ke kiri, dia berasa sedih serta kecewa kerana melihat zuriatnya memasuki Neraka.  Adapun pintu yang terkeluar bau harum itu ialah Pintu Syurga dan pintu yang terkeluar bau busuk itu ialah Pintu Neraka”.
NAIK LANGIT YANG KEDUA
Kemudian, mereka pun naik lagi hingga ke Langit Kedua di mana ia diciptakan pintunya daripada batu yang putih.  Jibrail pun menuntut agar Malaikat penjaga pintu membuka pintunya.  Bertanyalah Malaikat penjaga Langit Kedua itu seperti mana Malaikat yang menjaga pintu Langit Pertama dahulu.  Jibrail pun memperkenalkan dirinya dan siapa bersamanya sebagaimana sebelumnya dan demikianlah pada setiap langit sehingga ke langit ketujuh.
BERTEMU NABI ISA & NABI YAHAYA DI LANGIT KEDUA
Apabila Pintu Langit Kedua terbuka, masuklah Rasulullah s.a.w ke dalamnya dan didapatinya ada dua orang seperti bersaudara iaitu Nabi Isa bin Maryam dan Nabi Yahaya bin Zakaria a.s.  Keadaan mereka berdua hampir serupa pada pakaian dan rambut.  Bersama-sama keduanya adalah kaum masing-masing.
Rasulullah s.a.w pun memberi salam dan salam baginda dijawab oleh keduanya.
Berkatalah mereka, “Selamat datang saudara yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Mereka berdua yang mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w.
BERTEMU NABI YUSUF DI LANGIT KETIGA
Setelah itu, Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun naik ke langit yang ketiga di mana diciptakan pintunya daripada besi.  Setelah berlaku dialog seperti pada Pintu-pintu Langit Pertama, Kedua, maka dibukalah Pintu Langit Ketiga.
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w memasukinya, bertemulah baginda dengan Nabi Yusuf a.s bersama kaumnya.  Rasulullah s.a.w pun memberi salam terhadap Nabi Yusuf dan Nabi Yusuf menjawab salam baginda, lantas berkata, “Selamat datang saudara yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Nabi Yusuf juga mendoakan Rasulullah s.a.w dengan kebajikan.
Sesungguhnya Nabi Yusuf dijadikan oleh ALLAH dengan keelokan rupa paras seperti bulan dipagari bintang.
BERTEMU NABI IDRIS DI LANGIT KEEMPAT
Dari situ Rasulullah s.a.w bersama Jibrail naik lagi hingga sampai ke Langit Keempat yang pintunya dijadikan daripada tembaga.
Setelah pintunya terbuka, bertemulah Rasulullah s.a.w dengan Nabi Idris a.s.  Rasulullah s.a.w memberikan salam lalu dijawab oleh Nabi Idris salam Rasulullah s.a.w. itu lantas mengucapkan, “Selamat datang anak yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Nabi Idris juga mendoakan Rasulullah s.a.w dengan kebahagiaan.
Adalah Nabi Idris bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan jasad dan roh.  Nabi Idris tiada akan mati pada tiupan sangkakala kerana dia sudah mati dahulu kemudian dihidupkan semula sampai sekarang.  Dia tidak dibinasakan seperti Arasy, Kursi, Luh Mahfuz, Qalam, Syurga, Neraka dan roh.  Hal ini termaktub dalam Al-Quran seperti firman ALLAH :
“Setiap yang di atas bumi binasa.  Setiap sesuatu binasa melainkan wajah-NYA”.
Seperti juga dengan Nabi Isa, dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dengan jasad dan roh kerana dia belum mati lagi dan akan turun ke dunia pada akhir zaman dan kemudian dikebumikan di sisi Rasulullah s.a.w di Madinah.
BERTEMU NABI HARUN DI LANGIT KELIMA
Langit Kelima pintunya daripada perak.  Masuk sahaja melalui pintu langit ini, Rasulullah s.a.w ternampak seorang lelaki yang mempunyai janggut berwarna putih dan hitam yang panjang hampir sampai ke pusat.  Lelaki itu dikelilingi oleh beberapa kaum daripada Bani Israel yang asyik mendengar cerita daripadanya tentang khabar-khabar yang dahulu dari umatnya.
Rasulullah s.a.w pun memberi salam lantas dijawab salam baginda.  “Siapakah ini?” tanya Rasulullah s.a.w kepada Jibrail.
“Inilah Harun yang dikasihi oleh segala kaumnya,” terang Jibrail.
BERTEMU NABI MUSA DI LANGIT KEENAM
Kedua-duanya kemudian naik lagi hingga sampai ke Langit Keenam yang pintunya daripada emas.  Jibrail pun menuntut agar dibuka pintu langitnya.  Setelah pintu dibuka, Rasulullah s.a.w dan Jibrail pun masuk ke dalam.  Nampaklah oleh baginda beberapa orang Anbiya (Nabi-Nabi) berbaris di kiri dan kanan.  Rasulullah s.a.w pun berjalan berjumpa dengan mereka seorang demi seorang.  Ada di antara Anbiya itu bersama kaum masing-masing dan ada yang bersendirian sahaja.
Kemudian Rasulullah s.a.w berjumpa dengan kumpulan manusia yang amat ramai.
“Siapakah ini wahai Jibrail?” tanya Rasulullah s.a.w.
“Inilah Musa dan bersamanya semua kaumnya”, jawab Jibrail.  “Angkatlah kepala engkau”.
Rasulullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya.  Tiba-tiba didapatinya kelompok hitam yang amat banyak memenuhi tepi langit daripada pihak ini dan pihak itu.
Jibrail pun berkata, “Inilah umat engkau di mana 70,000 orang memasuki Syurga tanpa hisab dan apabila engkau minta tambah lagi, maka ditambahi pula tiap-tiap satu daripadanya 70,000 orang yang lain pula”.
Apabila berlalu Rasulullah s.a.w dari situ, bertemulah dia dengan Nabi Musa a.s, iaitu seorang lelaki yang mempunyai kulit yang berwarna merah dan tinggi tubuhnya.  Baginda pun mengucapkan salam terhadapnya dan Nabi Musamenjawab salam baginda, lalu berkata, “Selamat datang saudaraku yang soleh dan Nabi yang soleh”.
Nabi Musa a.s pun mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w.  Kemudian dia berkata, “Telah menyangka seluruh Bani Israil bahawasanya aku terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada manusia ini (yakni Muhammad s.a.w) tetapi rupanya dia terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada aku”.
Setelah Rasulullah s.a.w berlalu, Nabi Musa pun menangis.  Apabila ditanya apa yang menyebabkannya menangis, maka jawabnya, “Aku menangis disebabkan aku hilang pahala kerana umatku sedikit sahaja yang beriman dan Muhammad s.a.w dibangkitkan kemudian daripada aku dan umatku.  Umatku (Bani Israil) menyangka bahawasanya aku terlebih mulia di sisi ALLAH TAALA daripada segala anak Adam sedangkan ini seorang lelaki dari anak Adam yang terkemudian daripadaku, di dunia di Akhirat umatnya lebih banyak daripada umatku”.
BERTEMU NABI IBRAHIM DI LANGIT KETUJUH
Maka Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun naik ke langit yang ketujuh yang pintunya diciptakan daripada yakut merah.  Selepas pintu Langit Ketujuh dibuka dan masuk Rasulullah s.a.w dan Jibrail ke dalamnya, ternampaklah dia akan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul Makmur dan di sekitarnya ada beberapa orang daripada kaumnya.
Rasulullah s.a.w pun memberi salam lantas dijawab oleh Nabi Ibrahim lalu berkata, “Selamat datang anakku yang soleh dan Nabi yang soleh”.  Nabi Ibrahim pun mendoakan kebajikan bagi Rasulullah s.a.w.  Kemudian dia berkata lagi, “Anakku, bahawasanya engkau akan berjumpa TUHAN engkau pada malam ini dan bahawasanya umatmu adalah umat terpailih lagi umat yang terakhir dan terlebih daif, maka jika engkau kuasa dan berhajat pada TUHAN-mu pada umat kamu, maka mohonlah.  Wahai Muhammad, suruh umatmu memperbanyak tanaman di Syurga di mana tanahnya sangat baik lagi luas tempatnya”.
Rasulullah s.a.w pun bertanya, “Apakah tanaman itu?”
Ucaplah :  ”Tiada daya upaya melainkan dengan kuasa ALLAH”
Pada satu riwayat yang lain, berkata Nabi Ibrahim a.s, “Khabarkan wahai Muhammad kepada mereka (umatmu) itu bahawasanya Syurga itu sangat baik tanamannya dan sangat tawar airnya dan tanamannya itu ialah dengan 5 kalimah.  Tiap-tiap satu kalimah apabila diucapkan, maka tumbuhlah satu pohon kayu di dalam Syurga iaitu kalimah :
“Maha Suci ALLAH dan segala puji untuk ALLAH dan tiada TUHAN melainkan ALLAH dan ALLAH Maha Besar”.
BERTEMU KAUM YANG MANDI DI SUNGAI
Kemudian Rasulullah s.a.w ternampak beberapa kaum yang muka mereka itu seumpama kertas (berwarna putih) dan ada beberapa kaum yang muka mereka berwarna putih tetapi berubah sedikit (kurang putih).  Kaum yang berwajah kurang putih itu masuk ke dalam sungai dan mandi di dalamnya.  Apabila mereka keluar dari dalam sungai itu wajah mereka telah berubah iaitu bersih sedikit daripada yang asal.  Kemudian mereka masuk ke dalam sungai yang kedua di mana apabila mereka keluar dari situ, wajah mereka bertambah bersih dan putih.  Kemudian mereka masuk pula ke sungai yang ketiga dan mandi di dalamnya, tiba-yiba berubahlah muka mereka menjadi semakin putih dan semakin bersih.
Bertanyalah Rasulullah s.a.w, “Siapakah itu wahai Jibrail?”
Jawab Jibrail, “Adapun muka mereka yang berwarna putih itu ialah mereka yang tidak mencampurkan iman dan perbuatan zalim dengan membuat maksiat.  Dan adapun muka mereka yang bersih sedikit itu adalah mereka yang menyempurnakan amalan yang soleh dengan bercampur kejahatan tetapi akhirnya mereka bertaubat, lalu taubat mereka diterima oleh ALLAH TAALA.  Adapun sungai yang pertama ialah keampunan ALLAH dan kedua Nikmat ALLAH dan ketiga, kemudian Jibrail pun memberitahu Rasulullah s.a.w dengan berkata, “Inilah tempat engkau dan tempat umat engkau”.
MEMASUKI BAITUL-MAKMUR
Di dalam satu riwayat lain mengatakan bahawa dalam perjalanannya itu, Rasulullah s.a.w terlihat umatnya terbahagi kepada 2 kumpulan.  Satu kumpulan daripada mereka memakai selendang berwarna putih dan satu bahagian lagi memakai selendang berwarna kelabu.  Apabila Rasulullah s.a.w memasuki Baitul-Makmur baginda diikuti oleh mereka yang memakai selendang berwarna putih kemudian diikuti mereka yang memakai selendang berwarna kelabu dan mereka beroleh kebajikan.
Rasulullah s.a.w pun menunaikan solat bersertanya segala Mukmin itu.  Sejak dari itu Baitul-Makmur dipenuhi oleh 70,000 Malaikat setiap hari dan tiada ia keluar lagi hingga Hari Kiamat.  Baitul-Makmur itu terletak pada langit yang ketujuh di bawah Syurga dan berkebetulan setentang dengan Kaabah di bumi.  Jikalau dijatuhkan batu dari Baitul-Makmur, nescaya batu itu akan jatuh di atas Kaabah.  Selepas menunaikan solat, Rasulullah s.a.w pun keluar dari situ sambil diikuti oleh mereka yang mengikuti baginda sejak tadi.
POKOK DAN SUNGAI DI SYURGA
Kemudian Jibrail membawa 3 bejana berisi air yang berlainan kepada Rasulullah s.a.w.  Baginda memilih bejana yang berisi susu untuk diminum.  Maka pilihan itu oleh Jibrail mengakui dengan katanya, “Engkau telah memilih asal kejadian engkau serta uamt engkau”.
Lalu mereka berdua pun diangkat ke Sidaratul Muntaha dan di sinilah kawasan terakhir yang dibenarkan sesuatu yang datang dari pihak bumi.
Tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat sebatang pokok kayu yang mana daripada batangnya keluarlah 4 batang sungai yang airnya tidak berubah rasa (air tawar), satu sungai yang airnya berupa susu yang tiada berubah rasa, satu sungai yang airnya berupa arak yang lazat dan satu sungai yang airnya daripada madu yang jernih.  Besar dan tingginya pokok tersebut kira-kira 70 tahun larian kuda tanpa henti-henti.  Bentuk buahnya seumpama air dan bentuk daunnya seperti telinga gajah tetapi lebatnya boleh menutupi seluruh manusia yang ada di bumi.
Pada satu riwayat ada mengatakan sesungguhnya satu daun daripada pokok berkenaan boleh menutupi  seluruh makhluk yang wujud.  Bagi setiap daun ada Malaikat yang mengucapkan tasbih kepada ALLAH TAALA.  Tatkala Malaikat bertasbih, berubah-ubahlah warna daun tersebut dan akhirnya ia menjadi yakut dan zabarjad.
Di ranting pokok itu ada beberapa ekor belalang yang diciptakan daripada emas.
Sesungguhnya 4 batang sungai tadi adalah terdiri daripada 2 batang sungai yang tersembunyi dan 2 batang sungai yang nyata.
Bertanya Rasulullah s.a.w kepada Jibrail, “Wahai Jibrail, sungai apakah ini?”
Jawab Jibrail, “Sungai yang tersembunyi ini ialah sungai yang ada di dalamnya Syurga iaitu sungai yang bernama Salsabil dan Zanjabila.  Dan sungai yang nyata itu ialah Sungai Nil dan Sungai Furat”.
MELIHAT RUPA JIBRAIL YANG SEBENAR
Rasulullah s.a.w diperlihatkan rupa Malaikat Jibrail yang sebenar di Sidratul Muntaha itu.  Malaikat Jibrail mempunyai 600 sayap di mana setiap sayap besarnya kira-kira memenuhi alam ini.  Sayap-sayap itu dipenuhi dengan dar (permata besar-besar) dan yakut.
MEMASUKI SYURGA
Setelah itu Rasulullah s.a.w bersama Jibrail pun memasuki Syurga dan Rasulullah s.a.w melihat di dalamnya sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.  Sesungguhnya Syurga itu ada 8 jenis :
Jannatul Firdaus
Syurga tempat para anbiya’, para syuhada dan para solehin.  Ia paling afdal dan paling tinggi.
Jannatul Adnan - Syurga yang diciptakan daripada qasbul jannah.
Jannatul Khuld - Syurga yang diciptakan daripada marjan.
Jannatul Naim - Syurga yang diciptakan daripada perak.
Jannatul Makwa - Syurga yang diciptakan daripada zabarjad yang hijau.
Jannatul Salam - Syurga yang diciptakan daripada yakut merah.
Jannatul Jalal - Syurga yang diciptakan daripada lu’lu yang putih.
Jannatul Maqamu Wal-Qarar - Syurga yang diciptakan daripada kasturi yang harum.
KELEBIHAN ORANG MEMBERI HUTANG
Tiba-tiba Rasulullah s.a.w ternampak beberapa buah kubah lu’lu’ yang tergangga dan baginda terlihat di pintu Syurga itu tertulis ayat “SEDEKAH ITU ADALAH 10 KALI GANDA DAN MEMBERI HUTANG ITU 18 KALI GANDA”.  Rasulullah s.a.w berasa hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada sedekah, lantas baginda pun bertanya kepada Jibrail.
Kata Jibrail, “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudahpun mempunyai barang tersebut sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat.
Kemudian baginda berjumpa dengan sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih.  Di situ terdapat juga buah delima dan segala macam buah kayu.  Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni Syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seumpama unta.
TELAGA AL-KAUSAR
Rasulullah s.a.w terlihat pula telaga Al-Kausar.  Di dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yaqut dan zabarjad.  Di tepinya terdapat lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah s.a.w.  Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum.  Kemudian keluarlah Rasulullah s.a.w dari Syurga itu.
MELIHAT NERAKA
Kemudian Rasulullah s.a.w pun diperlihatkan keadaan Neraka.  Di dalamnya terdapat ghadaballah (kemarahan ALLAH) terhadap musuh-NYA dan yang ingkar akan perintah-NYA.  Jikalau dijatuhkan batu atau besi ke dalam Neraka tersebut nescaya hancur leburlah ia di dalamnya.
Tiba-tiba Rasulullah s.a.w ternampak beberapa kaum memakan bangkai.  Bertanya baginda kepada Jibrail, “Siapa ini, wahai Jibrail?”
Jawab Jibrail, “Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat”.
Baginda juga dapat melihat Malaikat Malik penjaga pintu Neraka lalu ia memberi salam kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w menjawab salam Malik.  Ia Malaikat yang boleh diketahui akan kemarahannya melalui mukanya yang sangat masam.  Sesungguhnya Neraka itu terletak di bawah 7 petala bumi.  Ia mempunyai 7 jenis iaitu:
Neraka Jahannam
Neraka Lazha
Neraka Khutamah
Neraka Saeir
Neraka Saqar
Neraka Jahim
Neraka Hawiyah
BERPISAH DENGAN JIBRAIL
Kemudian Rasulullah s.a.w diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan.  Jibrail tertinggal lalu Rasulullah s.a.w berhenti menunggu.  Di sini Jibrail pun memasukkan baginda ke dalam nur sambil berkata, “Engkau dan TUHAN engkau sahaja”.
Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Jibrail, “Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?”.
Berkata Jibrail, “Inilah sahaja tempatku, jikalau aku melintasi kawasan ini nescaya terbakarlah aku dengan nur”.
PERJALANAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Rasulullah s.a.w pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz.  Di situ Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam Nur Arasy.
Bertanya Rasulullah s.a.w, “Siapa ini? Adakah Malaikat?”.
“Tidak,” jawab lelaki tersebut.
”Adakah Nabi?” soal Rasulullah s.a.w lagi.
“Tidak.  Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama ALLAH yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua ibubapaku”.
Pada satu riwayat, tatkala Rasulullah s.a.w sampai ke sini, hatinya gundah gulana.  Selepas itu baginda terdengar seperti suara Saidina Abu Bakar memanggilnya, katanya, “Berhenti wahai Muhammad, sesungguhnya TUHAN berselawat kepadamu”.
Rasulullah s.a.w berasa hairan bagaimana Abu Bakar mendahuluinya.  Lalu Rasulullah s.a.w pun bertanya tatkala munajat kepada ALLAH.
Maka firman ALLAH, “Adalah Abu Bakar itu teladanmu dan rapat kepadamu dan aku jadikan suara Malaikat yang menyerupai suara Abu Bakar supaya hilang rasa gundah gulana di hatimu dan adapun selawat-KU ialah seperti firman-KU :
“Sesungguhnya AKU dan Malaikat berselawat kepada Nabi, oleh itu wahai orang yang beriman berselawatlah kepadanya dan sejahterakan ianya”.
MENEMUI ALLAH RABUL JALIL
Kemudian Rasulullah s.a.w diangkatkan ke hadrat Al-Qudsi.  Di sini Rasulullah s.a.w dapat melihat ALLAH dengan tiada apa-apa perantaraan pun, iaitu dengan matanya sendiri.  Tiada seorang pun dari para Nabi ataupun Mursalin melihat ALLAH sebelum ini.  Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w melihat ALLAH, baginda terus sujud menyembah-NYA.
Berfirman ALLAH, “Wahai Muhammad”.
Jawab Rasulullah s.a.w, “Labbaika”.
Firman ALLAH lagi, “Angkat kepalamu, mohonlah apa yang engkau hendak AKU berikan kepadamu”.
Rasulullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya dengan berkata, “Wahai TUHAN, bahawasanya ENGKAU telah melantik Ibrahim sebagai Khalil dan ENGKAU berinya kerajaan yang amat besar dan ENGKAU berkata-kata terus dengan Musa dan ENGKAU berikan Daud kerajaan yang amat besar dan ENGKAU permudahkannya untuk melembutkan besi dan ENGKAU mudahkan baginya kuasai bukit.  ENGKAU berikan Sulaiman kerajaan yang amat besar dan ENGKAU permudahkan baginya jin dan manusia dan syaitan bekerja dengannya ketika dia kehendaki, dan ENGKAU mudahkan baginya angin dan ENGKAU berikannya kerajaan yang tiada seorang pun boleh memiliki selepasnya.  ENGKAU ajarkan Isa dengan Taurat dan Injil dan ENGKAU berikannya boleh merawat orang yang buta, sopak dan menghidupkan orang yang telah mati dengan izin ENGKAU dan ENGKAU peliharanya serta ibunya dari syaitan yang direjam.  Maka syaitan tidak mampu menyesatkan mereka berdua”.
ALLAH berfirman, “Sesungguhnya AKU angkatkan engkau sebagai Habib (kekasih) dan AKU utuskan engkau untuk menusia seluruhnya supaya mengkhabarkan berita gembira dan memberi peringatan.  AKU telah luaskan dadamu dan AKU buangkan daripadamu dosamu dan AKU angkatkan untukmu zikirmu.  AKU jadikan umatmu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia dan AKU jadikan umatmu itu sederhana.  Dan AKU jadikan umatmu orang yang pertama dan orang yang terakhir dan AKU jadikan umatmu itu tiada sah khutbah dan solat sehingga mereka itu berikrar bahawasanya engkau hamba-KU dan pesuruh-KU.  Dan AKU jadikan daripada umatmu beberapa kaum yang mana hati mereka berpaut di dalam hati mereka.
AKU telah jadikan engkau Nabi yang mula-mula dibicarakan pada hari Kiamat.  Dan AKU berikan engkau 7 ayat yang diulang-ulang bacaannya di dalam solat iaitu Surah Al-Fatihah yang ianya AKU beri kepada para Nabi sebelum engkau.  AKU berikan engkau penutup Surat Al-Baqarah harta yang bernilai di bawah Arasy ianya tiada AKU beri kepada para Nabi sebelummu dan AKU berikan engkau dengan 8 saham berharga iaitu Islam, Hijrah, sedekah, menyuruh yang makruf dan menegah yang mungkar, dijadikan engkau pembuka dan penutup, diberikan engkau panji-panji kepujian maka Adam dan lainnya berada di bawah panji-panji engkau.  Dan sesungguhnya pada hari AKU menjadikan 7 petala langit dan bumi, AKU telah fardukan ke atasmu dan umatmu 50 waktu solat maka dirikanlah ia”.
Selesai bermunajat kepada ALLAH, Rasulullah s.a.w pun kembali mendapatkan Jibrail.  Lalu Jibrail pun memimpin tangan Rasulullah s.a.w untuk turun.  Kemudian mereka berdua bertemu Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ibrahim tidak berkata apa-apa.
BERDIALOG DENGAN NABI MUSA
Apabila sampai kepada Nabi Musa, bertanyalah beliau kepada Rasulullah s.a.w, “Apakah yang diperlakukan terhadapmu wahai Muhammad dan apa yang difardukan ke atas kamu dan umatmu?”.
Jawab Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya ALLAH telah memfardukan ke atasku serta umatku dengan 50 waktu solat sehari semalam”.
Berkata Nabi Musa, “Kembalilah engkau wahai Muhammad kepada TUHAN-mu dan pohonkan keringanan untuk kamu dan umatmu, bahawasanya umat kamu tidak mampu untuk menunaikannya.  Sesungguhnya Bani Israel yang gagah tidak mampu melakukan amalan yang lebih sedikit dari itu, sedangkan umatmu lemah tubuh badan, lemah hatinya, mana mungkin mereka mampu melaksanakan tugas seberat itu”.
Setelah mendengar kata-kata Nabi Musa itu, Rasulullah s.a.w pun memandang Jibrail.  Jibrail mengisyaratkan supaya Rasulullah s.a.w pergi kembali ke Sidratul Muntaha untuk menemui ALLAH untuk diringankan apa yang telah difardukan.
Awan yang telah tertutup dahulu kembali terbuka.  Tatkala Rasulullah s.a.w sampai ke hadrat Al-Quds, baginda sujud kepada ALLAH dengan katanya, “Wahai TUHAN-ku, ringankan terhadap umatku apa yang diperintahkan-MU.  Sesungguhnya umatku adalah terlalu daif”.
Firman ALLAH, “Sesungguhnya telah KU-kurangkan untuk umatmu itu 5 waktu solat”.
BERULANG-ALIK ANTARA NABI MUSA DENGAN ALLAH
Rasulullah s.a.w pun turun dan terbukalah awan.  Beliau kembali menemui Nabu Musa dan mengkhabarkan dengan katanya, “Sesungguhnya ALLAH telah mengurangkan untukku 5 waktu solat”.
Berkata Nabi Musa lagi, “Wahai Muhammad, kembalilah engkau kepada TUHAN-mu dan mohonlah keringanan lagi.  Bahawasanya umatmu tidak berkuasa untuk menunaikannya”.
Kembalilah Rasulullah s.a.w kepada ALLAH.  Lalu dikurangkan lagi 5 waktu solat, dan begitulah Rasulullah s.a.w berulang-alik antara Nabi Musa dan ALLAH.  Setiap kali baginda bermunajat dengan ALLAH, ALLAH kurangkan 5 waktu solat sehinggalah tinggal 5 kali sahaja sehari semalam.
Firman ALLAH, “Telah AKU jadikan solat 5 waktu itu pahalanya sama dengan 50 solat itu, tiap-tiap satu solat dinilai dengan 10 dan tiada lagi pertukaran arahan-KU dan tiada juga berubah suratan-KU.  Sesiapa yang bercita-cita untuk membuat kebajikan kemudian dia melaksanakannya akan dituliskan 10 kebajikan.  Dan sesiapa bercita-cita untuk melakukan kejahatan tetapi tiada mengerjakannya maka tiada dituliskan kejahatannya dan jika dia melakukannya maka dituliskan untuknya satu kejahatan sahaja”.
ALLAH MEMFARDUKAN 5 WAKTU SOLAT
Setelah itu turunlah Rasulullah s.a.w dan mengkhabarkan tentang pengurangan 5 waktu solat kepada Nabi Musa.  Berkatalah Nabi Musa, “Kembalilah kamu kepada TUHAN-mu wahai Muhammad, mohonlah keringanan sekali lagi dan sesungguhnya umatmu tiada kuasa untuk melaksanakannya”.
Jawab Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya aku telah berulang-alik kepada TUHAN-ku beberapa kali hingga aku terasa malu terhadap TUHAN-ku dan tetap aku laksanakanperintah-NYA ini”.
Tatkala itu terdengarlah seruan, “Telah AKU laksanakan yang KU-fardukan dan AKU ringankan untuk hamba-KU”.
TURUN SEMULA KE BUMI
Berkata Nabi Musa a.s, “Turunlah engkau wahai Muhammad dengan nama ALLAH”.
Rasulullah s.a.w pun turun bersama Jibrail lalu melintasi beberapa jemaah Malaikat dan mereka tiada berkata apa-apa melainkan satu pesanan, “Biasakan olehmu wahai Muhammad dengan berbekam dan suruhlah umatmu berbekam”.
Apabila melalui Langit Dunia berkata Rasulullah s.a.w kepada Jibrail, “Telah aku lalui isi langit dan tatkala aku memberi salam, semua mereka menjawab salam, memuliakan dan tertawa gembira melainkan seorang tiada aku lihat ia ketawa”.
Kata Jibrail, “Wahai Muhammad, itulah Malik yang menunggu Neraka, dia sejak dijadikan ALLAH tidak tertawa.  Jikalau engkau tertawa terhadap seseorang nescaya dia akan tertawa terhadap engkau”.
Apabila sampai di Langit Dunia, tiba-tiba Rasulullah s.a.w terlihat debu dan asap serta terdengar suara mersik.  Bertanyalah baginda kepada Jibrail apakah gerangannya.  Menurut Jibrail, itulah syaitan yang menutup mata manusia (anak adam) sehingga mereka itu tidak mampu berfikir apa yang ada dalam alam malakut langit dan bumi.  Dan jika tidak dilakukan begitu nescaya manusia dapat melihat keajaiban-keajaibannya.
MENINGGALKAN BAITUL-MAQDIS
Sesampainya mereka berdua ke Baitul-Maqdis, Rasulullah s.a.w pun menunggang Buraq yang tertambat itu menuju ke arah Makkah.  Dalam perjalanan itu, baginda melintasi beberapa ekor unta kepunyaan orang Quraisy yang datang dari Syam.  Di antara unta-unta itu terdapat seekor mempunyai 2 karung di atas badannya, karung-karung itu berwarna putih dan hitam.  Apabila Rasulullah s.a.w kebetulan menuju ke arahnya, terkejutlah unta-unta tersebut dan lari berkeliling-keliling hingga salah seekor daripadanya patah kaki jatuh lalu ditinggalkan di situ oleh pemiliknya.
Dalam perjalanan itu juga Rasulullah s.a.w terlihat sekumpulan unta dan salah seekor daripadanya tersesat.  Rasulullah s.a.w menontonnya hingga terhimpun kembali dalam kumpulannya.  Rasulullah s.a.w pun memberi salam kepada mereka dan mereka mengenali suara baginda tapi ada juga yang tak percaya.  Kemudian baginda mengambil semangkuk yang berisi air, maka baginda minum air itu.
SAMPAI KE MAKKAH
Apabila sampai ke Makkah berkata Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya kaumku tiada mempercayaiku tentang peristiwa ini apabila aku ceritakan kepada mereka nanti”.
Jawab Jibrail, “Sesungguhnya sahabatmu Abu Bakar akan membenarkan”.
Rasulullah s.a.w sampai di Makkah sebelum waktu Subuh.  Setelah baginda turun maka terangkatlah Buraq ke langit dan terus ke Syurga.  Dan setelah waktu Subuh, baginda pun keluar dari rumah sambil berfikir sendiri terhadap apa yang dialaminya dan berasa bimbang tentang penerimaan kaumnya kerana peristiwa itu amat luar biasa dan menyalahi adat pada fikiran manusia.
Dalam waktu itu, datanglah Abu Jahal, lantas bertanya, “Apakah kamu ada apa-apa berita?”.
“Ya”, jawab Rasulullah s.a.w.
“Apakah ia?” tanya Abu Jahal lagi.
“Aku telah diperjalankan pada malam tadi ke Baitul-Maqdis”.
“Apa? Kamu diperjalankan ke Baitul-Maqdis dalam tempoh satu malam?  Apakah engkau mahu aku khabarkan berita ini kepada kaummu?”
“Bahkan aku akan khabarkan apa yang aku khabarkan kepadamu ini” jawab Rasulullah s.a.w.
Abu Jahal pun menyeru dengan suara yang lantang, “Wahai Bani Kaab dan Bani Lua, berhimpunlah kamu semua kepadaku”.
Apabila telah berkumpul semua orang, berkatalah Abu Jahal kepada Rasulullah s.a.w, “Khabarkanlah kepada kaummu seperti yang engkau khabarkan kepadaku, wahai Muhammad”.
Berkatalah Rasulullah s.a.w, “Bahawasanya aku telah diperjalankan pada malam tadi”.
“Ke mana?” tanya kaumnya.
“Ke Baitul-Maqdis” jawab Rasulullah s.a.w.
“Apa! Kamu diperjalankan dalam masa yang singkat itu?”
“Ya” jawab Rasulullah s.a.w.
Gemparlah mereka dan saling bertanya-tanya sesama sendiri.  Ada setengah-setengahnya menepuk dahi.
ABU BAKAR MEMBENARKAN RASULULLAH S.A.W
Dalam suasana riuh rendah kerana orang ramai mempertikaikan pengakuan Rasulullah s.a.w itu, beberapa orang daripada kaum musyrikin Quraisy pergi berjumpa Abu Bakar.
“Wahai Abu Bakar, bahawa sahabatnu Muhammad telah mengatakan dia telah datang dari Baitul-Maqdis dalam satu malam”.
“Adakah dia berkata demikian?” tanya Abu Bakar.
“Ya benar” sahut mereka.
Pantas Abu Bakar mengatakan dia mempercayai tanpa ragu-ragu.  Dia segera pergi untuk menemui Rasulullah s.a.w.
Sementara itu, di tempat orang ramai tadi, ada seorang yang bernama Mata’am Ibn Ad’y yang mendustakan pengkhabaran Rasulullah s.a.w dengan katanya, “Wahai Muhammad, setiap pekerjaan kamu dahulu mudah difahami, lain pula sekarang (tidak masuk akal).  Sesungguhnya aku bersaksi bahawa perkataan engkau adalah dusta kerana berlari unta untuk pergi ke Baitul-Maqdis mengambil masa sebulan lamanya.  Tetapi engkau mendakwa pergi ke Baitul-Maqdis dalam masa satu malam sahaja”.
Mendengar kata-kata itu Abu Bakar dengan marah berkata, “Hei Mata’am, mengapa engkau memperkatakan sejahat-jahat perkataan terhadap anak saudara engkau dengan perkataan dusta.  Demi ALLAH, aku bersaksi dialah yang sebenarnya”.
Peristiwa itulah Abu Bakar digelar as-Siddiq yang bermaksud orang yang membenarkan, sedangkan namanya yang sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah dan gelarannya Atiq.
Mereka yang pernah ke Baitul-Maqdis cuba menguji Rasulullah s.a.w berkata “Wahai Rasulullah s.a.w, ceritakanlah kepada kami tentang rupa Baitul-Maqdis, apakah binaannya daripada batu-batan atau lainnya, berapa pula panjang serta tingginya dan berapa pula hampirnya dengan bukit”.
Rasulullah s.a.w cuba hendak menceritakan keadaan Baitul-Maqdis.  Tetapi Rasulullah s.a.w tidak ingat secara jelas.  Kerana itu, Rasulullah s.a.w didatangi Jibrail a.s lalu Jibrail a.s pun mendatangkan gambaran Baitul-Maqdis di hadapan mata baginda.  Sesungguhnya Jibrail telah menyingkap hijab seolah-olah Baitul-Maqdis di hadapan Rasulullah s.a.w.
Berdasarkan itu Rasulullah menceritakan apa yang ditanya itu dengan tepat.  Namun mereka masih ingkar.  Kemudian Rasulullah s.a.w diminta menceritakan berapa ekor unta yang mambawa dagangan dari Syam dan dari manakah khalifah mereka.  Lalu Rasulullah s.a.w pun menyatakan yang dia bertemu dengan seekor unta yang sesat.  Kehilangan seekor unta itu akhirnya dijumpai semula.  Kemudian Rasulullah s.a.w menyatakan lagi kepada mereka memiliki berwarna merah badannya dan kakinya patah.  Setelah mendengar dengan penuh minat mereka membenarkan berita tersebut.
Rasulullah s.a.w seterusnya menceritakan lagi bahawa di antara mereka ada satu qadah (bekas) yang berisi air tetapi airnya telah diminumnya.  Mendengar cerita itu, salah seorang dari mereka mencelah dengan katanya, “Demi ALLAH sesungguhnya bekas itu memang berisi air, ianya tidak tumpah tetapi tiba-tiba sahaja tiada lagi didapati air di dalamnya”.
Setelah Rasulullah s.a.w menjelaskan semuanya maka tiadalah ruang untuk mereka mendustakan baginda.  Tapi mereka masih berdegil, malah mereka menuduh pula Rasulullah s.a.w melakukan sihir.  Walaupun di antara mereka ada yang mempercayai kata-kat Rasulullah s.a.w, tetapi tidak kurang pula yang murtad dari Islam kerana sikap munafik mereka.  Dan ada juga sesetengah dari mereka bersikap tunggu dan lihat dan sesetengahnya bersikap taraddud (berbolak balik) di dalam hati.  Dengan ini turunlah firman ALLAH :
“Dan tiada KAMI jadikan apa yang engkau lihat, yang KAMI memperlihatkan kepada kamu wahai Muhammad melainkan ianya fitnah bagi segala manusia”
Kata Ibn Abbas a.s, adalah nyata daripada ayat ini bahawasanya Israk dan Mikraj itu berlaku terhadap Rasulullah s.a.w secara jasad dan roh.


💞🖤💜💛❤💚♥️💙🆗️🔁

KEJADIAN LUAR BIASA SUSULI KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W

 Assalamualaikum


KEJADIAN LUAR BIASA SUSULI KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W


KELAHIRAN Nabi Muhammad SAW, sudah diketahui Nabi Isa sebelum Baginda dikandung ibunya melalui wahyu daripada Allah bahawa akan lahir seorang rasul ke dunia dan dialah nabi terakhir.

Pada saat kelahiran Muhammad, keadaan di sekeliling amat luar biasa. Suasana persekitaran sungguh tenang dan indah.

Tanpa rasa sakit, ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah berjaya melahirkan Baginda dengan selamat disaksikan bidan.

Pada malam Aminah melahirkan Muhammad, tiada sebarang tanda pada dirinya yang menunjukkan beliau akan melahirkan anak.

Hal itu menyebabkan beliau menyangka bahawa anaknya lambat lagi dilahirkan.

Bagaimanapun secara tiba-tiba saja pada Subuh hari berkenaan, Muhammad pun dilahirkan.

Biasanya, bayi yang baru lahir akan menangis tetapi Baginda diam saja walaupun bidan menepuk tubuhnya beberapa kali.

Baginda kelihatan seolah-olah seperti sedang berfikir dan matanya bersinar-sinar bagaikan melihat sesuatu.

“Luar biasa sungguh anakmu ini, dia tidak menangis, tetapi matanya kelihatan liar seolah-olah merenung sesuatu di atas," kata bidan kepada Aminah yang terbaring dengan wajah kegembiraan.

Ketika itu Siti Aminah berasa dirinya bagaikan mendapat segunung emas.

“Luar biasa anak ini,” ulang bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. “Apa yang luar biasa?” tanya Aminah.

Jawab bidan: “Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi dia tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun baru dilahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad diceritakan oleh bidan kepada jirannya yang turut hairan dengan keadaan bayi itu.

Bagaimanapun, sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu berubah berseri dipandang serta menjadi tumpuan ramai.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun ada kalanya bulan gelap.

Wanita pula amat suka ke rumah Aminah untuk melihat Aminah serta anaknya yang baru lahir seolah-olah ada tarikan tersendiri pada bayi berkenaan sehingga ada yang datang berkali-kali.

Kisah keistimewaan Muhammad tersebar di merata tempat menyebabkan orang semakin ramai datang, malah orang yang tidak mengenali Aminah pun turut datang untuk melihat Muhammad.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

Kelahiran Muhammad memberi cahaya kepada penduduk kota Makkah di mana keadaan di situ tiba-tiba bertukar wajah.

Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur manakala ternakan yang dulunya kurang biak tiba membiak dengan banyaknya.

💞🖤💜💛❤💚♥️💙

KOLAM AL-KAUTHAR KHUSUS UNTUK RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum

KOLAM AL-KAUTHAR KHUSUS UNTUK RASULULLAH S.A.W

ALLAH menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang melaksanakan perintah-Nya dengan penuh ketakwaan, keimanan, tulus dan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Kebahagiaan dan kenikmatan syurga memang sukar diterangkan. Namun, Rasulullah SAW ada menceritakannya dalam hadis Baginda.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman kepada ahli syurga: "Wahai ahli syurga!

Mendengarkan yang demikian, mereka menjawab: "Kami sentiasa menyahut seruan-Mu ya Tuhan kami! Dan sentiasa memuliakan-Mu, sedangkan segala kebaikan tetap dalam kekuasaan-Mu!

"Tuhan berfirman lagi: "Adakah kamu berpuas hati dengan balasan nikmat syurga yang ada ini?"

Mereka menjawab: "Mengapa pula kami tidak berpuas hati ya Tuhan kami, sedang Engkau telah mengurniakan kami dengan pemberian-pemberian yang tidak pernah Engkau berikan kepada sesiapa pun daripada makhluk-makhluk yang Engkau jadikan?'

Mendengarkan itu, Tuhan berfirman: "Mahukah Aku berikan kepada kamu yang lebih baik daripada itu?" Bagi menjawab pertanyaan itu mereka pula bertanya: "Apa dia yang lebih baik daripada itu?"

"Allah berfirman: "Aku limpahkan kepada kamu keredaan-Ku, maka dengan yang demikian Aku tidak murka kepada kamu sesudah itu selama-lamanya." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Imam Ahmad).

Antara perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercaya dan diakui benarnya ialah di sana ada kolam air bagi setiap nabi untuk diminum oleh umat masing-masing.

Bagi Nabi Muhammad disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada air madu, pialanya banyaktidak terhitung.

Nabi Muhammad akan berada dekat kolam itu pada Hari Kiamat menunggu sesiapa antara umatnya yang datang minum daripada airnya.

Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan berasa haus dahaga selama-lamanya.

Ada pun minuman yang ada dalam syurga, maka disediakan hanya untuk diminum buat berlazat-lazat dan bersuka ria.

Perkara sedemikian kerana: "Sesungguhnya engkau - wahai penduduk syurga - tidak akan berasa haus dahaga dalamnya." (Maksud ayat 119, surah Taha).

Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar bawaan hidupnya yang baik kepada tidak baik, selepas Nabi menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya. Malah, orang yang disebutkan itu disekat daripada sampai ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.

Kolam itu dinamakan ‘Kolam al-Kauthar’ kerana airnya dari sebatang sungai di syurga yang bernama al-Kauthar yang dikurniakan Tuhan, khusus kepada Nabi Muhammad. Sungai itulah yang memenuhi kolam yang disebutkan itu melalui dua saluran emas dan perak.

Bau tanah dasar sungai itu lebih harum daripada kasturi.

Hakikat seperti yang disebutkan itu terkandung dalam hadis berikut:

Daripada Anas, katanya, Rasulullah bersabda: "Dalam masa aku sedang berjalan di syurga (pada malam Mikraj), tiba-tiba aku bertembung dengan sebatang sungai yang ada pada kedua-dua tebingnya kubah-kubah dari mutiara yang dironggakan. Aku bertanya:

"Sungai apa ini wahai Jibril?' Jibril menjawab: "Ini ialah sungai al-Kauthar yang Tuhanmu kurniakan kepadamu..." - (Hadis riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

Daripada Abdullah bin Umar, katanya, Rasulullah bersabda: "Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas; aliran airnya di atas mutiara dan yakut; bau tanah di dasarnya lebih harum daripada kasturi; dan airnya lebih manis daripada air madu; dan lebih putih daripada salji." - (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Daripada Aisyah, katanya: "Aku ada mendengar Rasulullah bersabda ketika Baginda berada antara sahabatnya:

"Sesungguhnya aku akan berada di kolamku, menunggu siapa antara kamu datang hendak minum daripada kolamku itu.

"Apabila datangnya orang itu, maka demi Allah! sesungguhnya ada orang yang disekat-sekat daripada sampai kepadaku, lalu aku merayu dengan berkata: "Ya Tuhanku! Mereka daripada orangku dan daripada umatku!

"Maka, Tuhan berfirman: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sesudah engkau wafat - mereka sentiasa berbalik kepada pegangan dan amal perbuatan mereka yang buku."

"Pada satu riwayat: "Maka aku pun berkata: Jauhlah, jauhlah daripada rahmat Allah, sesiapa yang mengubah ajaranku sesudah aku menerangkannya." - (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Zar, katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah! Apa keadaan piala-piala kolam al-Kauthar itu?

"Rasulullah menjawab: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Sesungguhnya bilangan pialanya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit yang tetap dan yang beredar, pada malam yang gelap gelita, dan yang bersih cuacanya.

"Piala itu adalah piala syurga; sesiapa yang minum dari piala itu tidak akan berasa dahaga selama-lamanya.

"Dua saluran dari syurga menyalurkan air ke dalam kolam itu...

"Pada satu riwayat, Rasulullah ditanya mengenai air kolam itu, lalu Baginda menjawab:

"Airnya lebih putih daripada air susu, dan lebih manis daripada air madu; dua saluran dari syurga menyalur serta menambah air ke dalamnya, satu daripada emas dan yang satu lagi daripada perak." - (Hadis riwayat Muslim).

🖤💜💛❤💚♥️💙💞