LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Sesungguhnya اللهَ Melekat abadi DiHatie dan Jiwaku
............YA اللهَ SUBHANALLAH Sucikanlah Hatieku ini YA ALLAH, Aku berdosa kepadaMU Ampunkan segala dosaKu Sesungguhnya Aku Bertaubat (أسْتَغْفِرُاللهَ) Astaghfirullah dengan sepenuh hatiku Maka dari itu bersihkanlah Hatiku ini
SUBHANALLAH YA ALLAH SUBHANALLAH Maha Suci ALLAH KAU hindari dan JAUHILAH IBLIS DAN SYAITAN YANG DIREJAM DARI HATIKU INI, Sesungguhnya Aku mohon kepadaMU pulihhara dan peliharakan hatiku ini sentiasa bersih dan boleh bertauhid kepadaMu dengan sepenuh hati untuk ALLAH yang MAHA ESA, ALLAH yang Maha Pengampun, ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas segala sesuatu. KUN FAYA KUN. ✔.... .............................................................................
.........................................................................
nak bagi anak solat tanpa disuruh?
.Camana nak bagi anak solat tanpa disuruh?
Dah buat macam2 dah.
Dah doa.
Dah rotan.
Dah nasihat.
Dah ingatkan.
Penatlah setiap waktu camni.
Saya share pengalaman saya ok?
Yang sulong tak ada masalah sangat.
Solat tak payah suruh sejak sekolah rendah lagi. Alhamdulillah..
Biasanya anak pompuan senang sikit bab ni.
Yang banyak kona kiri kona kanan..
Anak lelaki eheee
Tak semua la..
Anak teman2 semua ok.
Saya cakap anak saya je ni..
Bukan tak solat.
Tak tinggal pun solat tapi setiap kali masuk waktu kena tanya..kena ingatkan.
Dah solat belum abg?
Abg dah solat?
Pukul berapa nak solat?
Nak tunggu Subuh???
Haha ini soalan waktu isyak.
Mak pun kepala masuk air jugak kadang2.
Ini cerita masa dia sekolah rendahlah..
Sekolah rendah.
Jangan risau ibu ayah..
Ada pahala tu usaha ibu ayah suruh anak2 solat.
Cuma camana nak bagi anak solat tak payah suruh2 lagi dah?
Ini yang berlaku lepas saya lakukan satu perkara ni..
Nak tahu apa saya buat?
Saya doa sungguh2 waktu tahajud.
Lepas seminggu..
Saya terkejut.
Memang si abg pergi solat sendiri.
Tak payah suruh.
Tak payah gertak2 dah.
Tak payah tanya lagi dah..
Memang saya rasa macam tak caya.
Saya ni bab solat anak2 memang saya tegas sangatlah orangnya.
Apa cerita pun solat!
Tak solat hidup jadi huru hara.
Jiwa kosong.
Tak payah tunggu awak besar untuk awak faham benda ni.
Dari kecil awak dah kena faham..
Solat adalah segalanya.
Kerana solat adalah pertemuan antara hamba & TuhanNya. Tuhan yang mengatur hidup kita.
Tak solat, nak jumpa Allah masa mana?
Pastu agak2 hidup jadi apa?
Jangan mimpi kehidupan jadi indah bila tak solat.
Jangan mimpi..
Tak kira kaya @ miskin.
Tak solat, kehidupan jadi serba tak kena.
Huru hara.
Ramai jugak ibu2 yang inbox saya..
Suami tak pernah solat.
Aduii ini bab lain tapi itulah masalahnya.
Suami tak solat, anak jadi camana?
Pening2...
Macam sahabat saya dulu dia pernah mengadu kat sayalah..
Suami dia tak pernah pergi solat Jumaat.
Kesannya?
Anak lelaki dia tak pernah jejak masjid untuk solat Jumaat.
Masjid 50 langkah saja dari rumah.
Bayangkan..
Apa jadi seterusnya?
Sekarang dah berpisah.
Allahuakbar.
Bila roh Islam sepi dalam rumahtangga.
Tak ada apa lagi yang nak diharapkan.
Keluarga yang rasa perfect pulak,
Yang anak2 elok solat itu ini..
Bukan bermakna bila dah nampak elok tu ia akan berterusan tau..
Tak.
Ibu bapa kena selalu bagi semangat, bagi pencerahan yang buat mereka makin bersemangat & makin bersemangat.
Bagi semangat.
Bagi motivasi.
Bukan bagi kata2 cerca nista.
Bukan bagi kata2 ugutan tak habis2.
Jangan cederakan emosi anak2.
Jangan runtuhkan maruah diri mereka.
Bagi mereka faham hakikat hidup ni camana.
Kesudahan kehidupan ni ke mana.
Kita kena bercerita..
Macam cerita dengan kawan2.
Mereka seronok dengar & nak tahu lagi.
Teruskan jadi sahabat baik kepada anak2 kita.
Jangan biar mereka ganti diri kita dengan orang lain.
Bukannya bila rasa anak aku ok dah..
Tak ada masalah dah.
InsyaAllah ok la tu...
Pastu biar jela.
Pandai la dia.
Tak.
Anak2 kena selalu bagi kata2 perangsang.
Peringatan.
Pujian.
Kefahaman.
InsyaAllah mereka rasa semangat untuk buat lebih baik lagi.
So itu sajalah cerita pengalaman saya sendiri.
Cerita dulu2 la tu..
Semua benda dah buat dah.
Nasihat, teguran, rotan itu ini..
Bukan tak menjadi..
Tapi penat sikitlah.
Last sekali Allah makbulkan lepas doa sungguh2 waktu tahajud.
Bukan nak bagitau kita ni solat tahajud haha
Kena cakap terus terang.
Orang yang membaca ni macam2 persepsi.
Nak bagitahu..
Bila kita dah buat macam2 tapi macam tak ada jalan keluar,
Serupa tu jugak...
Bangunlah di tengah malam.
Mengadulah padaNya.
Berdoalah sungguh2.
InsyaAllah makbul.
Alhamdulillah..
Lepas buat kaedah tu,
Bukan hanya solat 5 waktu..
Solat tahajud pun anak2 boleh bangun sendiri.
Seperti dalam gambar tu.
Masa pergi bercuti.
Kat bilik hotel.
Anak2 tetap mampu bertahajud.
Subhanallah.
Masa saya outstation,
Pembantu saya maklumkan abg Akid bangun tahajud sendiri tak perlu kejutkan dia.
Nak nangis saya dengar.
Tapi seperti yang saya bagitahu atas tadi tulah..
Tak semestinya bila dah ok..
Akan terus ok.
Kita ibu bapa kena tembak lagi peluru "spirit" dalam jiwa mereka.
Kalau dibiarkan..
Akan kembali asal semula.
Tak mustahil pun.
Namapun manusia.
Iman kejap naik kejap turun.
Bangunlah ibu ayah.
Yang ada 1001 masalah.
Selagi kita tak mampu nak bangun solat tengah malam..
Kita lebih sayangkan tidur dari bertemu denganNya..
Bermakna,
Masalah kita tak besar sangat pun.
Jadi..
Teruslah tidur.
Nanti & terus menanti.
Bilakah semuanya akan berubah..
Sedangkan Allah tunggu hambaNya yang pohon doa di waktu orang lain sedang sayang dengan tidurnya..
Sekian..
Semoga bermanfaat💜
**Sumber dari telegram "DILA MUBARAK CHANNEL"
https://t.me/dilamamadil.......
....................
.........SUBHANALLAH YA اللهَ Sucikanlah Hatieku ini YA ALLAH
..........Astaghfirullah YA اللهَ Ampunkan Dosaku YA ALLAH
nak bagi anak solat tanpa disuruh? Moga Bermanfaat
..................... From.....................
....RedzWang-.................................
21 Dis 2020-AU3
.............................................................R@
No comments:
Post a Comment